contoh dokumentasi

11

Click here to load reader

Upload: faida-hamid

Post on 09-Aug-2015

297 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ini adalah contoh dokumentasi sebagai template sekiranya perlu

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH DOKUMENTASI

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SMK SULTAN BADLISHAH

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

TARIKH :

06 JULAI 2012 (JUMAAT)

TEMPAT :

BILIK MESYUARAT SMK SULTAN BADLISHAH

ANJURAN:

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SMK SULTAN BADLISHAH

DENGAN KERJASAMA:

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG KULIM

Page 2: CONTOH DOKUMENTASI

1.0 RASIONAL

Kursus asas ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas

pertolongan cemas. Selain itu ia dapat memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kalangan

peserta. .

2.0 PENGENALAN

Umum mengetahui pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama

yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam kemalangan atau mengalami

kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulance , doktor atau pakar

perubatan. Sehubungan dengan itu, kemahiran dan ilmu ini perlu dipelajari dan dapat

dipraktikkan oleh individu-individu yang diiktiraf dalam sesuatu organisasi khususnya di

sekolah agar kemalangan dan kecederaan yang berlaku dikalangan warga sekolah dapat

diatasi sebelum ianya menjadi lebih buruk.

Antara tujuan pertolongan cemas adalah:

menyelamatkan nyawa

mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa

mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk

menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan ahli bsmm yang terlatih dalam asas pertolongan cemas

3.2 Melahirkan ahli bsmm yang berdisiplin dan berkualiti

3.3 Melahirkan ahli bsmm yang bertanggungjawab , berpengetahuan dan

berkeyakinan sewaktu melaksanakan tugas membantu mangsa

Page 3: CONTOH DOKUMENTASI

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 06 Julai 2012

Hari : Jumaat

Bilangan Peserta : Semua ahli BSMM (Tingkatan 1 – 4 ) – 50 orang

Bil guru – 7 orang

Tempat : Bilik mesyuarat SMK Sultan Badlishah

5.0 MAKLUMAT PENCERAMAH

EN ISMAIL BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA KEHORMAT,BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,CABANG KULIM,D/A 47, LORONG SALAD 2/1, TAMAN SALAD,09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN.

6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

800 pagi – 830 pagi Pendaftaran

830 pagi – 1030 pagi Ucapan aluan pengerusi majlisCeramah : Asas Pertolongan Cemas ( Slot 1 )

1030 pagi – 1100 pagi REHAT – Minum pagi

1100 pagi – 1200 tengahari Sesi praktikal dan soal jawab ( Slot 2 )

1200 pm – 1215 pm Penutup dan penyampaian cenderamata

Page 4: CONTOH DOKUMENTASI

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Bahagian Tindakan Perincian Tugas

Pendaftaran Pn Jamiyatul Rasyidah

Pn Elhidayah Binti Elias

Menyediakan borang pendaftaran dan

urusan pendaftaran peserta

Menguruskan surat kebenaran waris bagi

setiap peserta dan menghantar borang-

borang tersebut untuk ditandatangani

Memaklumkan kepada peserta untuk

menyediakan segala peralatan yang perlu

untuk program terutama kain anduh

Persediaan

tempat dan siar

raya dan

peralatan

Cik Humaira Syadia Binti

Harun

Memasang projector LCD

Memastikan mikrofon berfungsi dengan

baik

Menyediakan peti pertolongan cemas

Membuat fotokopi modul yang disediakan

penceramah

Membuat tempahan bilik mesyuarat

Dokumentasi En Ku Ahmad Yusuf Mengambil gambar semasa program

berlangsung

Membuat laporan dan dokumentasi (hantar

2 minggu selepas program berlangsung)

Jamuan makan

untuk guru dan

penceramah

Pn Kalthom Menyediakan jamuan untuk penceramah ,

guru

Menguruskan segala perkara berkaitan

makan dan minum sepanjang program

berlangsung

Sijil dan

cenderamata

penceramah

serta kaji selidik

keberkesanan

program

Pn Zaini Menyediakan dan mengumpul semula

borang soal selidik yang telah diberikan

kepada peserta berkenaan keberkesanan

program

Menyediakan sijil dan cenderamata untuk

penceramah

Pengacara ,

Jemputan dan

sambutan

Pn Hufaidah Binti Abd

Hamid

Menjadi pengacara

Menyediakan surat jemputan untuk

penceramah dan urusan sambutan

Page 5: CONTOH DOKUMENTASI

Menjemput PK Koko

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Pendapatan Perbelanjaan

1. RM 5.00 x 40 orang pelajar = RM 200.00

2. Tuntutan bantuan kokurikulum(Bantuan Khas Kokurikulum) = RM 200.00

1. Bayaran honorarium penceramah = RM 100.00

2. Cenderahati Penceramah dan jamuan makan penceramah = RM 60.00

3. Makan t/hari ahli BSMM = RM 200.00

4. Sijil = RM 40.00

Jumlah Pendapatan = RM 400.00 Jumlah Perbelanjaan = RM 400.00

9.0PENUTUP

Adalah diharapkan kursus yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan

jayanya. Jua diharapkan agar ianya dapat sokongan sepenuhnya daripada pihak

pengurusan dan semua guru yang terlibat agar semua objektif dan matlamatnya tercapai

Disediakan oleh,

..................................................................Nama guru(Penyelaras program )

Disemak oleh ,

.................................................................En Zakuan Bin Abu Bakar(Penolong Kanan Ko-kurikulum)

Disahkan oleh,

..................................................................Hjh Zaharah Binti Ishak( Pengtua SMK Sultan Badlishah )

Page 6: CONTOH DOKUMENTASI

LAPORAN KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS BSMM 2012

Pada 6 Julai 2012( Jumaat ) , Bulan Sabit Merah Malysia SMK Sultan Badlishah telah berjaya

menjalankan suatu program iaitu Kursus Asas Pertolongan Cemas kepada semua ahlinya.

Program yang diadakan ini bertujuan untuk: a) melahirkan ahli BSMM yang terlatih dalam asas

pertolongan cemas b) melahirkan ahli BSMM yang berdisiplin dan berkualiti. c) melahirkan ahli

BSMM yang bertanggungjawab , berpengetahuan dan berkeyakinan sewaktu melaksanakan tugas

membantu mangsa.

Program ini telah dilaksanakan di sekitar SMK Sultan Badlishah dengan dihadiri oleh seorang

penceramah jemputan yang memang arif tentang pertolongan cemas iaitu En Ismail Bin Abdullah

selaku Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kulim, 7 orang guru penasihat

BSMM pagi dan petang dan ahli BSMM tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Program ini bermula seawal 8.30 pagi dimana semua ahli telah berada di bilik mesyuarat untuk

mengikuti sesi teori berkenaan pertolongan cemas dan mereka dibekalkan bahan rujukan untuk

digunakan semasa program. Teknik penyampaian yang cukup berkesan dan menyeronokkan telah

menarik perhatian semua murid terhadap ceramah yang disampaikan sehingga tamat slot teori.

Slot seterusnya diteruskan dengan sesi praktikal di dewan terbuka. Semua ahli didedahkan

dengan teknik-teknik pertolongan cemas asas secara lebih dekat.

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah kerana program yang telah dirancang ini dapat berjalan

dengan lancar, dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelbagai pihak termasuk pihak

pentadbiran, penceramah , guru dan murid-murid. Apa yang diharapkan, agar ilmu yang telah

disampaikan dapat dipraktikkan oleh ahli BSMM sewaktu melaksanakan tugas membantu mangsa

Page 7: CONTOH DOKUMENTASI

KEKUATAN

Aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar

Semua ahli lebih mudah faham dengan demonstrasi yang ditunjukan oleh penceramah

Penceramah mempunyai pengalaman yang amat luas berkenaan pertolongan cemas, dan

semua soalan yang diajukan kepadanya dapat dijawab dengan sempurna dan yakin.

Penyertaan yang positif daripada murid semasa program berlangsung dengan memberikan

respons yang baik dalam setiap slot ceramah.

KELEMAHAN

Masih terdapat ahli yang segan untuk bertanya

Kekurangan dana dan bahan untuk didemonstrasikan kepada murid

CADANGAN

Ahli BSMM perlu didedahkan dengan peranan masing-masing dalam program seperti ini,

iaitu guru seharusnya memberi kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan majlis.

Bahan atau dana perlu diperlengkapkan supaya majlis berlangsung dengan lancar

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar, teratur dan banyak memberi manfaat

kepada ahli BSMM mahupun guru-guru penasihat khususnya dalam pertolongan cemas asas.

Tahniah dan syabas kepada ahli BSMM kerana memberikan komitmen yang tinggi sepanjang

program ini berlangsung.

Disediakan oleh,

………………………………………………….

( )

Page 8: CONTOH DOKUMENTASI

LAMPIRAN

Peserta melihat demonstrasi yang ditunjukkan penceramah

Penceramah membuat demonstrasi cara balutan akibat luka

Peserta memberi perhatian sepenuhnya terhadap slaid penceramah

Page 9: CONTOH DOKUMENTASI

Penceramah membuat demonstrasi apabila berlaku kekejangan otot