contoh cover letter guru ganti

Upload: nurul-izzah-khalil

Post on 12-Jul-2015

6.594 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Nurul Izzah binti Khalil No.25, Perumahan UNITEN, 26700 Muadzam, Pahang. 10 January 2007. Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, 26700 Muadzam, Pahang Darul Makmur. Tuan, Permohonan Untuk Menjadi Guru Ganti. Saya adalah seorang bekas guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu yang baru menamatkan pengajian pada bulan November barubaru ini. Saya telah menyempurnakan sebelas semester pengajian dalam major Prasekolah dan minor Muzik dan Pendidikan Jasmani. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya kini mencari tempat untuk menjadi guru secara sambilan memandangkan tarikh sebenar kumpulan kami akan ditempatkan secara tetap di sekolah adalah dijangka pada bulan Jun nanti. Tujuan saya membuat permohonan ini adalah untuk menimba pengalaman sebenar sebagai guru dan ingin mencari pendapatan bagi membantu keluarga dan menampung kos sara hidup sementara mendapat kerja tetap. Saya berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi menerima saya sebagai guru ganti di sekolah tuan jika mempunyai kekosongan. Bersama ini saya lampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar,

(Nurul Izzah binti Khalil)