contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta- kebaikan buah-buahan tempatan
DESCRIPTION
karangan fakta - kebaikan buah tempatanTRANSCRIPT
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Fakta: Kebaikan Buah-buahan TempatanRakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang kebaikan buah-
buahan tempatan.
** * *** *** *** ***
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-
buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih
segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan
vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini
seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di
kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan
sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar
memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam
menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan
pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat
Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.