contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta- cara memupuk semangat kejiranan
DESCRIPTION
karangan fakta - cara memupuk semangat kejirananTRANSCRIPT
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk
kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang
sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah
kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi
sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain
lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat
berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih
rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita
mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan
sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama
jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk
mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat
kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.