contoh borang soal selidik pa sem 2

6
LAMPIRAN 1 Borang Soal Selidik Soal selidik ini berkaitan dengan Kajian Adat Melenggang Perut dalam Kalangan Belia di Felda Bukit Kepayang. Diharapkan anda dapat memberi respons dengan seikhlasnya. Semua respons anda dirahsiakan. Kerjasama dari anda amat saya hargai. Sekian, terima kasih. BAHAGIAN A: Demografi Responden Bagi pernyataan berikut, sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan 1. Umur : 24 tahun ke bawah ( ) 25-30 tahun ( ) 31-35 tahun ( ) 36 tahun ke atas ( ) 2. Taraf pendidikan : Sekolah rendah ( ) SRP/PMR ( ) SPM ( ) STPM ( ) Diploma/Ijazah ( ) 3. Petempatan asal : Bandar ( ) Felda ( ) Kampung Tradisional ( ) BAHAGIAN B: Tatacara Melenggang Perut Bagi pernyataan berikut, sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan 1. Jenis lenggang perut Lenggang perut Melayu Jawa Valaikaappu (cara India)

Upload: eirul-muizz

Post on 16-Jan-2016

304 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Borang Soal Selidik PA STPM Semester 2

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Borang Soal Selidik PA Sem 2

LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik

Soal selidik ini berkaitan dengan Kajian Adat Melenggang Perut dalam Kalangan Belia di Felda Bukit Kepayang. Diharapkan anda dapat memberi respons dengan seikhlasnya. Semua respons anda dirahsiakan. Kerjasama dari anda amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN A: Demografi Responden

Bagi pernyataan berikut, sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan

1. Umur  : 24 tahun ke bawah    ( ) 25-30 tahun ( )

     31-35 tahun    ( )        36 tahun ke atas   ( )

2. Taraf pendidikan : Sekolah rendah ( )     SRP/PMR    ( ) SPM ( )     STPM ( ) Diploma/Ijazah  ( )

3. Petempatan asal  : Bandar    ( ) Felda ( )

         Kampung Tradisional   ( )

BAHAGIAN B: Tatacara Melenggang Perut

Bagi pernyataan berikut, sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan

1. Jenis lenggang perut

Lenggang perut Melayu Jawa

Valaikaappu (cara India)

2. Alat yang digunakan semasa melenggang perut

Kelapa

Segantang beras

Benang

Minyak urut

Page 2: Contoh Borang Soal Selidik PA Sem 2

Tujuh helai kain dengan tujuh warna lain

Tepak sirih

Duit pengeras

Damar

3. Aturcara semasa adat melenggang perut

Lenggang perut Melayu

Mandi sintuk limau

Telur dan cermin diselitkan di kain basahan pada bahagian perut

Air buyung dijirus pada si ibu

Telur dijatuhkan dari perut

Bercermin

Baring diatas tujuh helai kain berlainan warna

Si ibu diurut bidan dengan minyak

Buah kelapa digulingkan dari atas perut hingga ke hujung kaki sebanyak tujuh kali

Bidan melenggangkan tujuh helai kain tersebut di atas perut si ibu

Valaikaappu

Si ibu akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu

Pemberian hadiah oleh para tetamu kepada si ibu

Si ibu didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan

Si ibu akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya

Si ibu dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli

Page 3: Contoh Borang Soal Selidik PA Sem 2

oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu

Upacara sembahyang dan upacara aalatti dijalankan kepada si ibu

Si ibu akan memakan salah satu nasi yang disediakan

Si ibu itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini sebagai penentu kepada jantina anak

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin

BAHAGIAN C : Persepsi Golongan Belia terhadap Adat Melenggang Perut

Bagi pernyataan berikut, sila tandakan (/) pada ruang yang sesuai berdasarkan skala yang disediakan. Pilih satu respon sahaja untuk menyatakan pendapat anda itu.

1.  Amat tidak setuju  (ATS)2.  Tidak bersetuju  (TS)3.  Tidak pasti  (TP)4.  Setuju   (S)5.  Amat Setuju  (AS)

NoItem

Kenyataan ATS TS TP S AS

1. Pengalaman melihat anggota keluarga yang lain menarik minat saya untuk melenggang perut.

         

2. Saya tertarik untuk melakukan adat melenggang perut kerana tiada ahli keluarga yang melakukan adat tersebut.

         

3. Saya melakukan adat melenggang perut ini kerana dorongan dari ahli keluarga yang lain.

         

4. Ahli keluarga mengambil berat tentang kandungan sehingga meminta saya melakukan adat ini.

         

5. Risau akan kedudukan kandungan adalah dorongan utama saya untuk melakukan adat melenggang perut ini.

         

Page 4: Contoh Borang Soal Selidik PA Sem 2

6. Saya turut melakukan adat ini apabila melihat anggota masyarakat melakukan adat melenggang perut ini.

         

7. Saya melakukan adat ini kerana berasa terjamin untuk melahirkan anak dengan selamat.

         

8. Saya melihat kesan yang buruk terhadap anggota masyarakat yang tidak lagi mengamalkan adat ini semasa hamil.

         

9. Tiada kesan buruk yang dapat dilihat sekiranya saya tidak mengamalkan langsung adat melenggang perut ini.

         

10. Adat melenggang perut ini dilihat sebagai terlalu ketinggalan zaman untuk diamalkan pada zaman moden ini.

         

11. Anggota masyarakat yang lain turut menggalakkan saya agar melakukan adat melenggang perut ini.

         

12. Saya melakukan adat melenggang perut ini untuk kandungan anak pertama sahaja.

         

13. Saya melakukan adat melenggang perut ini untuk setiap anak kandungan saya.

         

14. Saya yakin bahawa adat melenggang perut ini membantu saya agar mudah melahirkan anak.

         

15. Saya berminat dengan adat ini kerana telah mempelajarinya sewaktu di bangku sekolah lagi.

         

16. Penglibatan dalam persatuan adat dan kebudayaan melayu di sekolah menarik minat saya melakukan adat melenggang perut ini.

         

17. Penglibatan dalam kajian adat ini semasa di sekolah menarik minat saya agar melakukan adat ini untuk kandungan saya.

         

18. Pengetahuan agama yang saya pelajari di sekolah langsung tidak menarik minat saya untuk melakukan adat ini.

         

19. Cara dan kaedah sepanjang adat ini langsung tidak menarik minat saya untuk berlenggang perut.

         

20. Keluarga kurang menggalakkan saya untuk melakukan adat ini kerana melenggang perut hanyalah sekadar adat sahaja.

         

21. Pengetahuan yang ahli keluarga saya pelajari, menjadikan saya untuk tidak melakukan adat ini.

         

Page 5: Contoh Borang Soal Selidik PA Sem 2

22. Setelah menghadiri pengajian agama, saya merasakan adat ini tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat Islam.