concern murabbi

Upload: rahman-manz

Post on 08-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

murabbi

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGANPROGRAM CONCERN MURABBI

TARIKH: 5 OKTOBER 2015 16 OKTOBER 2015

TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA

KERTAS KERJAPELAKSANAAN PROGRAM CONCERN MURABBI

1. TUJUANPelaksanaan Program Concern Murabbi adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEPConcern Murabbi membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Concern Murabbi juga adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Concern Murabbi menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan amalan perihatin merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIFObjektif Concern Murabbi;3.1 Menjiwai amalan penyayang dan prihatin adalah budaya guru.3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

4. JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En.Mohd Alib Bin Sidek Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang LimaPengerusi: En. Jaafar Bin Wahdan Pk Hem Sekolah Kebangsaan Simpang LimaNaib Pengerusi 1: Pn. Fatimah Binti Arabian Pk Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Naib Pengerusi 2: Pn Zanariah Binti Bujor Pk Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Simpang LimaSetiausaha: En. Danial Adam Bin Mohamad AmirNaib Setiausaha : Fatkhur Rahman Bin RahmatBendahari : Muhammad Haziq Bin Abd AzizAhli Jawatankuasa: 1. En. Mohd Lutfi Bin Mohamed 2. En.Kader Bin Shamsudin 3. Pn Nor Haiza Binti Abdullah 4. Pn Siti Hajar Binti Mohd Taib 5. Pn. Samaayah Binti Hasan

5. JAWATANKUASA KERJASemua guru Sekolah Kebangsaan Simpang Lima

6. SASARANSemua murid Sekolah Kebangsaan Simpang Lima

7. TEMPOH PELAKSANAAN 5 OKTOBER 2015 16 OKTOBER 2015 (2 Minggu)

8. AKTIVITIPelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan dua aktiviti berikut;8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid8.2 Memberi penghargaan kepada murid8.3 Melakukan kempen Concern MurabbiAktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

9. ANGGARAN PERBELANJAANSUMBER :Peruntukan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Simpang Lima.

JANGKAAN PERBELANJAAN :Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini adalah pada hari Selasa (6 Oktober 2015) adalah dianggarkan sebanyak RM 17.00

Anggaran Perbelanjaan :BilPerkara Jumlah (RM)

1.Kertas berwarna7.00

2.Kertas Liminate10.00

JUMLAH17.00

10. PENUTUPAdalah diharap dengan adanya program Concern Murabbi akan mencapai objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan. Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih daripada itu. Semoga segala impian SK Simpang Lima akan bertukar realiti.

Disediakan oleh:Disahkan oleh:.. . (EN. DANIAL ADAM BIN MOHAMAD AMIR)(PN. FATIMAH BINTI ARABIAN)Setiausaha ,Guru Penolong Pentadbiran,Program Concern Murabbi,Sek. Keb. Simpang Lima.Sek. Keb. Simpang Lima.

PROGRAM CONCERN MURABBI

ANJURAN:GURU INTERNSHIPSEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA

5

LAMPIRAN APANDUAN AKTIVITI CONCERN MURABBI Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut:BILPROGRAMAKTIVITIKAEDAHPERSONALIA

1MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURIDa. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah

i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru

ii. Semasa murid datang ke sekolah

iii. Semasa murid pulang dari sekolahi. Menyambut kedatangan murid:

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria

b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid

c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid

ii. Membuat Sapaan

a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: Selamat pagi, Selamat datang , Jemput masuk

b. Lambaian pulang Contoh: Selamat pulang, Jaga diri baik-baik, Jumpa lagi

c. Bertanya khabar Contoh: Apa khabar hari ni?, Dah makan ke belum ?

Barisan kepimpinan sekolah Guru yang bertugas mingguan.

iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah

Contoh: a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolahdengan menyediakan kain rentang

Contoh: Kehadiran Anda Impian Kami

b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah

i. Semasa di bilik darjah

ii. Semasa di kantin

iii. Semasa aktiviti kokurikulum

iv. Semasa perhimpunanInteraksi Guru (rapo)

i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa

ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid

iii. Membuat sapaan

iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid

Semua guru

2MENGADAKAN KEMPEN CONCERN MURABBIa. mengadakan kempen Concern Murabbi dalam kalangan guru-guru.

i. Semasa di bilik guru

ii. Semasa di kantin

i. mengadakan kempen dengan memaparkan poster dalam bilik guru.

ii. memberikan kepada guru tentang Concern Murabbi.

Semua guru