complete bab 1 dr shafia

Upload: tengku-hasnyra-tengku-ibrahim

Post on 09-Jul-2015

1.484 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU KE ATAS PENCAPAIAN PELAJAR. SATU KAJIAN DILAKUKAN. Pengenalan Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ( Falsafah Pendidikan Negara ) Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras kepada semua pelajar sekolah menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Melalui pelaksanaan ini, ianya telah mengubah kedudukan mata pelajaran Sejarah dalam pembelajaran harian. Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis sikap pelajar terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran ini juga telah dirangka dan diselaraskan dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara ( Omar 1992 ). Mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep yang adakalanya sukar difahami. Melalui konsep, ianya penting dalam mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep sekiranya tidak mengetahui makna atau maksud tertentu sesuatu perkataan. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep ( Abd Rahim 2000). Oleh kerana pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu elemen penting dalam proses berfikir, penekanan terhadap teknik pengajaran yang boleh membantu pelajar dalam menguasai sesuatu konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar dilakukan. Oleh itu, penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah satu teknik yang sesuai.1

Orientasi pendidikan Sejarah peringkat sekolah menengah bertujuan memberikan pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah negara. Pemahaman ilmu membawa maksud pemerolehan fakta dan penguasaan idea idea serta kaedah sejarah. Kandungan kurikulum Sejarah dianggap sebagai satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu pendekatan ilmu. Sejarah juga dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang mempunyai cara tersendiri untuk meninjau dan memberikan makna kepada pengalaman masa silam. ( Kementerian Pendidikan Malaysia 1990, halaman 3 )

Melalui penggunaan peta minda ianya secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar lebih fokus,mampu membuat intepretasi dan memahami dengan lebih mudah topik yang dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda yang menarik dan beraneka warna juga akan menarik minat pelajar dan tidak merasakan bahawa Sejarah ialah satu mata pelajaran yang membosankan. Dalam proses P&P, ianya dapat memudahkan pemikiran pelajar melalui pengukuhkan daya ingatan terhadap sesuatu peristiwa, mengingati fakta fakta penting dan sejurus pelajar akan mampu untuk membuat huraian dengan lebih baik dan tepat. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah akan dapat mengubah persepsi pelajar terhadap kurikulum ini. Secara tidak langsung teknik ini akan memberikan kesan positif terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran Sejarah akan lebih diminati dan pengajaran akan mudah difahami, pembelajaran lebih berkesan dan akhirnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu.

1.0

Latar Belakang Kajian Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang wajib kepada semua

pelajar tingkatan satu hingga lima. Kurikulum Sejarah Tingkatan Satu ini telah dirancang agar pelajar mengetahui sejarah sejarah awal negara. Melalui kurikulum ini juga, pihak Kementerian Pelajaran mengharapkan agar pelajar dapat mengrekonstruksi peristiwa peristiwa yang telah berlaku. Melaluinya pelajar dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu dengan mengumpul dan menggabungjalinkan2

maklumat tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui sejarah awal tentang zaman pra sejarah sehinggalah munculnya era modenisasi. Di sini, pelajar dapat membuat perbandingan mengenai kehidupan sekarang berbanding dengan dahulu kala. Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran

ini.Selain itu terdapat juga pelajar yang mempunyai persepsi negatif terhadap mata pelajaran Sejarah. Pada pandangan mereka, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang amat membosankan.Sejarah telah dilihat sebagai satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Ini kerana mata pelajaran Sejarah mempunyai pelbagai idea yang abstrak serta pelbagai konsep dan fakta yang perlu difahami. Tanpa pemahaman yang menyeluruh, pelajar tidak akan dapat membuat huraian yang tepat.Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang terlatih, guru mestilah mempunyai kemahiran dan mengetahui teknik ataupun pendekatan yang sesuai bagi menangani golongan pelajar yang mempunyai masalah demikian. Guru perlu memastikan apa yang hendak disampaikan kepada pelajar mencapai objektif.

1.2

Pernyataan Masalah Walaupun mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib kepada semua

pelajar sekolah menengah, namun terdapat juga segilintir pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) telah mengubah mata pelajaran Sejarah sebagai satu kurikulum wajib kepada pelajar sekolah menengah agar ianya dapat mengubah persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran ini. Pada pandangan mereka mata pelajaran ini sangat membosankan dan paling kritikal mereka menganggap Sejarah terlalu sukar untuk difahami. Ini kerana mata pelajaran sejarah mempunyai pelbagai fakta untuk diingati dan difahami. Sejarah juga dilihat sebagai mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal. Oleh yang demikian hal ini menimbulkan kesukaran kepada segelintir pelajar. Memandangkan terlalu banyak fakta dan konsep yang perlu dihafal pelajar menghadapi kesukaran untuk menghuraikan kembali fakta fakta tersebut. Kegagalan mengingat kembali fakta fakta tersebut akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan esei. Ini menyebabkan mereka hanya menghurai fakta yang mereka fikirkan logik. Senario ini juga bertepatan dengan kenyataan Noh & Schmann 1997, kebanyakan pelajar sukar untuk memahami konsep,tetapi mempunyai kefahaman secara intuitif. Berdasarkan maklumat daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003, secara keseluruhan pelajar masih lemah dalam menyusun jalin konsep dan fakta secara sistematik. Kelemahaman ini berpunca daripada3

ketidakfahaman pelajar tentang fakta dan juga konsep konsep yang wujud dalam mata pelajaran Sejarah.

1.3

Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda

dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu dalam pembelajaran Sejarah. Kurikulum Sejarah selain berfungsi sebagai mata pelajaran wajib kepada semua pelajar sekolah menengah, ianya juga telah dirancang agar pelajar dapat mengenal asal usul dan jati diri. Namun, terdapat juga pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran ini dan menganggap ianya terlalu sukar untuk dikuasai dan difahami. Oleh itu, proses pembelajaran dan pengajaran Sejarah menggunakan peta minda diharapkan dapat meningatkan pencapaian pelajar. Menurut Tony Buzan, penggunaan peta minda mampu menghubungkan sel sel otak terutamanya dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat perbezaan dari segi pencapaian antara pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Pembelajaran Sejarah memerlukan pemahaman tentang konsep dan fakta. Justeru itu, penggunaan peta minda merupakan satu teknik yang secara langsung akan membantu pelajar dalam peningkatkan pemahaman dan proses mengingat kembali. Hal ini selaras dengan pendapat Abd Rahim ( 2000 ) mengenai peta minda yang dilihat sebagai agen dalam membantu mengukuhkan daya ingatan, mengingati fakta-fakta penting dan akhirnya dapat menghurainya dengan baik. Melalui penggunaan peta minda ianya memberi ruang dan peluang kepada pelajar. Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah merupakan satu teknik yang baik bagi tujuan kefahaman antara konsep dan fakta. Menurut Enzio dan rakan rakannya (1996) peta konsep dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu dengan memaparkan apa yang ada dalam minda mereka.pelajar akan mengorganisasi struktur kognitif selepas aktiviti pembelajaran. Ini akan membantu pelajar dalam mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari.

1.4 Persoalan Kajian4

Berdasarkan kepada objektif kajian persoalan persoalan kajian adalah seperti berikut:a) Adakah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah tingkatan satu dapat

meningkatkan pencapaian pelajar?b) Adakah terdapat

perbezaan dari segi peningkatan pencapaian antara pelajar yang

diajar menggunakan peta minda dan pelajar yang diajar tidak menggunakan peta minda.

1.5

Batasan Kajian Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau

Pinang. Ianya melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu yang mempunyai persamaan dari segi latar belakang pendidikan. Memandangkan kajian ini hanya dilakukan di daerah Pulau Pinang dan melibatkan sampel hanya daripada pelajar tingkatan satu ianya tidak dapat digeneralisasikan ke seluruh negeri dan juga kepada semua pelajar dari tingkatan yang berlainan.

1.6

Kepentingan Kajian Dalam mempelajari kurikulum Sejarah ianya menuntut kefahaman dan daya ingatan

yang jitu terhadap konsep serta fakta fakta penting. Kegagalan pelajar dalam memahaminya akan menimbulkan kesukaran untuk membuat hubung kait dan menggabungjalin setiap fakta dengan peristiwa peristiwa penting. Menurut Mat Jamaludin 2002, penggunaan peta minda mampu membantu pelajar dalam proses menghubungkait setiap pengalaman pembelajaran lampau. Justeru itu, kepentingan penyelidikan ini adalah untuk melihat sama ada adakah terdapat keberkesanan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah tingkatan satu terhadap pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian antara pelajar yang diajar mengggunakan peta minda dengan yang diajar menggunakan kaedah tradisonal. Oleh yang demikian, pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran Sejarah.

5

1.7

Definisi Istilah1. Peta Minda

- Rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea atau huraian. - Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.

2. Sejarah 3. Abstrak

- Asal-usul,salasilah,perkara yang benar-benar berlaku. - Sifat kebendaan yang tidak dapat dirasa atau dilihat. - Pengertian am,idea yang mendasari sesuatu. - Berasaskan kesedaran dan pemahaman oleh gerak hati. - ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi - ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi - ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak - ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan - ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional

4. Konsep5. Intuitif 6. Ujian pra

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan7. Ujian pasca

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan8. Ujian rintis

terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.9. Kumpulan rawatan

kaedah peta minda. 10. Kumpulan kawalan 1.8 Penutup Melalui penggunaan peta minda, secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam menggabung pemahaman baru dan lama dengan cara membuat gambaran melalui lakaran. Lakaran tersebut merupakan hasil pembelajaran yang telah mereka perolehi. Dengan meringkaskan segala huraian,fakta dan konsep Sejarah yang kebiasaannya padat ianya akan membantu pelajar untuk lebih mengingati isi pelajaran. Penggunaan peta minda juga akan membantu pelajar mengingat kembali pelajaran lampau tanpa perlu banyak menghafal.Dengan ini, secara tidak langsung penggunaan peta minda akan dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.6

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

Pendahuluan7

Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan secara terperinci mengenai definisi konsep peta minda,teori teori yang berkaitan dan juga hasil dapatan dari kajian lampau.

2.0

Peta Minda

Peta minda merupakan bahan grafik yang mewakili simbol pemikiran dan pengetahuan individu terhadap sesuatu pengalaman mahupun maklumat yang telah diperolehi. Ia juga merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat,idea,tugasan mahupun huraian yang padat. Peta minda juga boleh diklasifikasikan sebagai satu pembinaan item item yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.Dalam proses pembelajaran, penggunaan peta minda dapat mengorganisasi pengetahuan dan membantu mengukuhkan lagi kefahaman.Kaedah ini juga dapat membantu pelajar dalam menjana kembali pengetahuan lampau dan membantu dalam menghubungkait setiap satu fakta berkenaan dengan sesuatu tajuk pembelajaran. Peta minda juga turut berfungsi sebagai sebagai satu cara untuk melihat pemikiran dan juga daya pemikiran seseorang.Witkin,et al (1971) telah mentakrifkan peta minda sebagai satu gaya kognitif yang berfungsi secara kendiri yang ditunjukkan oleh seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan intelek. Messick (1976 ),sikap,kecenderungan atau strategi tabiat yang stabil akan menentukan gaya kebiasaan seseorang menganggap,mengingat,berfikir dan menyelesaikan masalah.Melalui alat bantuan kognitif, ianya akan dapat membantu kefahaman lama dan baru saling berinteraksi menjadi satu proses yang bermakna.Dalam aspek kognitif, penggunaan peta minda mengandungi beberapa siri transformasi psikologi di mana seseorang yang menerima maklumat melalui proses pembelajaran akan menerima, mengkod,mengingat kembali dan menyatakan informasi berhubung dengan lokasi serta ciri ciri berkaitan dengan fenomena pembelajaran yang dialami di sekitar mereka.Oleh yang demikian kaedah penggunaan peta minda adalah merupakan satu proses untuk mengingat kembali maklumat yang telah diberikan oleh guru dan maklumat itu akan diproses kembali oleh pelajar melalui catatan nota yang berkesan. Antara perkara yang akan ditulis hanyalah fakta-fakta penting terhadap sesuatu pembelajaran.Konsep pemetaan ini merupakan satu gambaran ataupun persepsi pelajar yang merupakan kefahaman dari hasil pembelajaran dan bukannya hanya mengeluarkan kembali fakta fakta yang dihafal. Fakta yang dihafal sebenarnya tidak8

menggambarkan kefahaman seseorang. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang akan disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati

2.1

Ciri Ciri Peta Minda yang Berkesan

Pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai lagi pada zaman yang serba maju seperti hari ini.Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya diransang oleh pancaindera. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang haruslah melalui strategi yang berkesan agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Secara saintifik elemen yang mampu merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut melalui pancaindera mata. Menurut Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat belajar lebih daripada pembelajaran secara deduktif.Selain itu, beliau dalam bukunya juga turut menyatakan beberapa slogan mengenai konsep peta minda. Antaranya ialah learn more, remember more, use less paper, invest lessS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. 2.20 Teks yang Berkesan Peta Minda yang berkesan mempunyai ciri ciri seperti mempunyai teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiz yang bersesuaian.Peta minda yang digunakan mestilahmemaparkan kaedah penulisan yang berkesan. Keberkesanan ini dapat dilihat melalui saiz tulisan9

yang bersesuai dan juga ditulis dengan jelas, tepat dan ringkas. Berdasarkan paparan pada imej,

warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan kata kunci.Kata kunci ini selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. 2.21 Bahan Grafik

Bahan grafik yang terdapat dalam peta minda mestilah merupakan satu jaringan yang memudahkan pemahaman bagi sesuatu tajuk.Dari segi gambarajah pula,ianya melambangkan kepadatan sesuatu isi dalam teks yang membantu mengukuhkan daya ingatan serta mencerdaskan minda.Ini kerana gambar mahupun gambar rajah merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks.Melalui ilustrasi juga juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Melalui bahan grafik juga dapat memberikan pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. 2.22 Lakaran Simbol Pada Peta Minda

Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan dan diikuti dengan beberapa anak panah yang melambangkan perkaitan antara tajuk. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. 2.3 Penggunaan Peta Minda dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah yang membantu pelajar dalam mengingati apa yang telah diajar oleh guru. Penggunaan peta minda juga dalam pembelajaran akan membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman pelajar. Ini kerana, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang10

menuntut pelajar mengkaitkan segala fakta dan juga konsep konsep yang ada dan perlu difahami. Enzio etal,1996, Novak 1990,penggunaan peta minda sebagai alat pengajaran akan mendatangkan kesan yang positif dalam pembelajaran. Penggunaan peta minda merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan menggalakkan pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara terancang dan teratur. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan dan dapat menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka juga dapat bantu membantu antara satu sama lain.Menurut Mok Soon Sang, seorang guru merupakan jentera penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, guru haruslah bertindak sebagai seorang pendidik yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan telah terlatih dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.Justeru itu, guru yang terlatih haruskah mempunyai pendekatan dalam membantu pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan Proses ini dapat disempurnakan melalui pembinaan peta minda dalam p&p.Abu Hasan,2003, peta minda dapat membantu pelajar dalam mengimbas kembali apa yang telah dipelajari,mengolah kata kunci yang akan digunakan dalam proses pembelajaran serta merancang pembelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Menurut Enzio dan rakan-rakannya(1996),peta minda dapat memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu dengan memaparkan konsep yang ada dalam minda mereka.Konsep konsep ini terdiri daripada bagaimana pelajar mengorganisasikan struktur kognitif mereka selepas selesainya satu sesi pembelajaran.Fenomena ini akan mengukuhkan lagi ingatan pelajar terhadap input pembelajaran mereka.

2.4

Kepentingan Penggunaan Peta Minda Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi

pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Mengikut teori11

perkembangan kognitif Piaget ( Piaget & Inheder, 1969 ) perkembangan corak pemikiran dari peringkat bayi ke dewasa merupakan satu proses aktif dan melibatkan interaksi individu dan persekitarannya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. 2.5 Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Penggunaan peta minda dalam pembelajaran akan mewujudkan situasi latihan dalam pasukan. Peta minda digunakan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Seterusnya ialah percambahan idea melaluilakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.Melaluinya pelajar dapat membina idea serta membuat hubung kait antara fakta yang terlibat. Sejurus itu, potensi individu dapat dikembangan melalui lakaran lakaran grafik.Di sini, pelajar akan memgembangkan maklumat yang telah mereka perolehi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal. 2.6 Hasil Dapatan Kajian Lampau

Berpandukan kepada hasil dapat kajian yang telah dijalankan oleh Hasmalina Hamzah dan Hazwin Dalila Harris dalam kajian mereka mengenai Meningkatkan Pemahaman dan Suasana Pembelajaran Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan. Hasil kajian mendapati melalui penggunaan peta minda secara berkumpulan telah membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Biologi. Sebelum kajian ini dilakukan pengkaji telah mencuba pelbagai pendekatan dalam mengatasi masalah dalam pembelajaran Biologi. Melalui penggunaan peta minda secara berkumpulan telah menimbulkan minat pelajar selain dapat membantu pelajar12

dalam menghubungkait aspek dan juga konsep dalam Biologi.Lakaran kefahaman pelajar dalam bentuk grafik membuatkan ianya lebih berguna kerana struktur pengetahuan menjadi eksplisit dan kesalahan konsep yang dilakukan oleh pelajar lebih mudah dikesan. Beberapa kajian lepas yang lain juga mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997). Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkan beliau dalan mengulangkaji dan juga mengingat kembali pelajaran lampau. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Penggunaan peta minda pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Seterusnya ialah dapatan oleh Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.Menurut Abd Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Selain itu, Sarina Mohd Nor dalam tesisnya yang bertajuk Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Karangan Respons Terbuka Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu mendapati bahawa melalui penerapan penggunaan peta minda, telah membantu pelajar dalam mengembangkan idea dari aspek penulisan karangan. Setelah diberikan pendedahan tentang13

penggunaan peta minda, pelajar mula terlibat secara aktif sewaktu sesi pembelajaran.Hal ini telah membuktikan bahawa melalui peta minda dapat membantu pelajar dalam menjana idea idea yang baru di samping tidak mengetepikan pengatahuan sedia ada. Mind mapping is a whole brains technique using visual images and other graphic devices to from impession (Bubble DePorter.Quartem Learning ) Peta minda merupakan satu alat pengurusan yang berguna dalam menghasilkan kesepaduan dan perhubungan terutamanya dalam menghubungkait rangka isi sesuatu penulisan. Kebaikan peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain secara ringkas, tersusun antara isi dan idea utama, tajukndengan tajuk yang lain secara tersusun dan jelas. Pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih menyeluruh dan menjimatkan masa bagi mengolah sesuatu idea dan penyusunan maklumat dapat dilakukan dengan lebih teratur ( Abd Rashid Omar 1999). Lakaran kefahaman pelajar dalam bentuk grafik menjadikan ianya lebih bermakna dan berguna kerana pelajar telah berjaya mempamerkan struktur pengetahuan dan pemahaman dalam bentuk yang lebih eksplisit.Melalui persembahan grafik, pelajar mampu untuk mengaitkan satu maklumat dengan maklumat yang lain dan memudahkan asilimasi berlaku. Oleh kerana lakaran grafik merupakan struktur pengetahuan yang jelas, pelajar akan dapat menghuraikan pengalaman dan pengetahuan mereka dengan lebih jelas dan tepat.

2.7

Teori Teori Berkaitan Dengan Peta Minda Kajian ini telah dijalankan berlandaskan beberapa teori. Menurut Ausebel (1963)

dalam Woolfol (1994), teori pembelajaran bermaksud satu idea pembelajaran bermakna. Dalam teori ini,maklumat dalam bentuk idea,dan hubungan antara idea idea tersebut diambil bersama. Pembelajaran secara menghafal tidak dianggap sebagai satu proses pembelajaran bermakna kerana bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan expositori untuk menunjukkan bermakna lebih baik daripada pembelajaran persepsi. Selain daripada buktibukti kejayaan penggunaan peta minda terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur14

(2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala

pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkait pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi. Ausebel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif yang sedia ada. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuan sedia ada yang terdiri daripada fakta,konsep dan generelisasi pernah dipelajari oleh para pelajar.Ausebel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna lebih berkesan berbanding dengan maklumat yang dipelajari secara hafalan.Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993) yang menyatakan bahawa pelajar yang menghafal maklumat hanya boleh menyimpan maklumat itu untuk satu jangka masa yang pendek. Ini kerana seorang pelajar yang pintar hanya mampu mengingati 7 perkara sahaja berdasarkan maklumat yang diperolehi. Teori pembelajaran konstruktivisme pula menekankan pembinaan pengetahuan

pelajar. Dalam teori ini, pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri dalam satu topik yang dipelajari berbanding dengan mendapatkan kefahaman dipindahkan kepada mereka melalui sumber sumber lain ( Eggen dan Kaunchak 2004).Dalam teori ini, ianya memberikan penekanan kepada pelajar supaya aktif mengaitkan pengetahua baru dengan pengetahuan sedia ada dalam minda mereka dan mengaplikasikan pengalaman sedia ada yang mereka fahami kepada pelbagai situasi ( Shahabuddin Hashim & Rozahini Yaakub 2004 ). Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee15

Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama.Menurut Mintzes,Wandersee dan Novak ( 1997 ), teori ini perolehan makna sebagai teori yang merangkumi teori pembelajaran dan epistimologi dalam pembinaan pengetahuan.Novak telah melihat manusia sebagai individu yang mempunyai satu simbol bahasa yang telah direncam untuk membina makna baru dengan membuat perkaitan antara konsep yang sedia ada dalam minda mereka. Konstruktivisme manusia telah melihat bagaimana pengetahuan sebagai satu prodik yang dibina oeh individu dan bersifat idiosyncratic dan juga dinamik. Pengetahuan ini seharusnya mempunyai makna sepunya tentang konsep santifik dan semasa menghasilkan produk. Hal ini menutut guru bertindak sebagai perunding dalam usaha mencapau matlamat.Penghasilan pembelajaran ini adalah bertepatan dengan prinsip yang tela diutarakan oleh Ausebel ( 1963) dan Vygotsky ( 1962 ). Novak juga turut menyarankan bahawa terdapat beberapa strategi yang berpotensi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka.`Walaubagaimana pun, terdapat juga beberapa pendapat oleh Novak yang telah menyarankan beberapa strategi seperti pengelolaan awal, teknik konfrontasi dan juga pebentukkan dari segi analogi.( Mat Jamaludin 2002) Teori pembelajaran kognitif telah menekankan bagaimana individu mengekalkan maklumat dalam ikatan mereka dalam jangkamasa yang panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan jangka masa yang panjang.Ianya dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang boleh menghubungkan yang antara konsep dan pemahaman pelajar. Pada peringkat ini, ingatan ini akan dikenali sebagai ingatan sensori. Menurut Lefrancois ( 2000) dan Mat Jamaluddin ( 2000 ) rangsangan perlu kepada deria untuk menentukan sama ada pelajar tersebut memberi tumpuan terhadap apa yang dibincangkan. Maklumat yang diterima oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek objek dan juga peristiwa di sekitarnya. Keupayaan ini merupakan ingatan yang tidak terhad kepada bilangan maklumat yang disimpan sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan segara dan maklumat tersebut akan dilupakan dengan cepat ( Lechey & Harris 1997 ). 2.9 Kesimpulan

16

Penggunaan peta minda sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu. Penggunaannya merupakan satu proses refleksi kepada pelajar pada setiap akhir sesi pengajaran selain dari dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Justeru itu,para guru haruslah memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik penggunaan peta minda.Penggunaannya bukan sekadar meningkatkan prestasi tetapi menjadi pemangkin kepada keberhasilan pelajar yang kreatif dan kritis.Selain itu, berlandaskan kepada literatur dan kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah tingkatan satu. Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan.17

Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan juga tatacara pengumpulan data. 3.0 Reka bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan berasaskan kuasi eksperimen untuk melihat adakah penggunaan peta minda dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Penyelidikan eksperimen merupakan satu-satunya jenis penyelidikan yang boleh menentukan hubungan berbentuk sebab dan akibat ( Gall,Gall,& Brog,2003:Gay 1996 ). Untuk mendapatkan data, kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif .Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah. Kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan manakala kumpulan kedua sebagai kumpulan kawalan.Kedua dua kumpulan ini akan diberikan ujian pra sebelum kajian dijalankan. Soalan bagi ujian pra mengandungi 50 soalan objektif diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu a,b,c dan d.Manakala ujian pasca akan diadakan pada minggu pertama selepas berakhirnya kajian. Jangka masa yang diperlukan dianggarkan selama sebulan dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua dua kumpulan ini. Untuk menjalankan kajian ini, dua buah kelas telah dipilih di mana kumpulan rawatan akan menerima pembelajaran menggunakan peta minda manakala kumpulan kawalan akan diajar secara konvesional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa.Ujian pra dan pasca akan diberikan sebelum dan selepas kajian dilakukan.Pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak dan pengkaji telah mengenal pasti sampel bagi kedua dua kumpulan mempunyai kebolehan yang sama dari segi pencapaian akademik. Dalam kajian ini dua pemboleh ubah akan dikaji iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian pelajar dalam mata pelajran Sejarah yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi merupakan pemboleh ubah bersandar iaitu sesuatu yang ingin diukur. Selain itu, terdapat juga pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara18

kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubahpemboleh ubah tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada wujud perbezaan yang signifikan dari segi kebolehan atau pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah sebelum kajian dijalankan.Ujian keseragaman varians akan dijalankan untuk menentukan homogen kumpulan.

3.1

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini ialah melibatkan 300 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang.Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Sejarah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas tingkatan satu secara bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 70 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang dikelompokkan ke dalam kumpulan rawatan, manakala 35 orang lagi dikelompokkan sebagai kumpulan kawalan.

3.2

Instrument Kajian

Instrument kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set soalan objektif mata pelajaran Sejarah tingkatan satu untuk kegunaan ketika ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Soalan ujian ini mengandungi 50 soalan objektif yang merangkumi 3 tajuk utama iaitu Sejarah dan Kita, Zaman Pra Sejarah dan juga Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Kesemua item ujian telah dibina sendiri berdasarkan Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Bagi menentukan kesahan kandungan soalan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan

19

guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai. 3.3 Prosedur Pelaksanaan Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Kepala Batas Pulau Pinang yang melibatkan 70 orang sampel kajian. Sampel kajian ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Sebelum pengkaji menjalankan kajian, kedua dua kumpulan ini akan menduduki ujian pra. Ujian tersebut akan dikendalikan sendiri oleh pengkaji.Pengkaji juga akan menyemak sendiri skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.Dalam hal ini, pengkaji turut bertindak sebagai tenaga pengajar bagi kedua-dua kumpulan sampel. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.Kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan menggunakan kaedah peta minda. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpul untuk dianalisis.

3.4

Penganalisan Data

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows Release 14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian-F. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F digunakan untuk melihat keseragaman varians bagi setiap kumpulan.

3.5

Rumusan

Kajian yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kuasi eksperimen dan menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan dua kumpulan sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Kepala Batas Pulau Pinang.Kajian ini bertujuan untuk melihat adakah penggunaan peta minda dalam pengajaran Sejarah Tingkatan Satu dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan dianalisiskan20

dengan menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu berkesan atau tidak dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Rujukan Abdul Rahim Abd. Rashid.2000.Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd Rashid Omar ( 1999 ).Pancaminda Edisi Kedua.Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak 1995 Abedah Ismail & Noraini Hassan.2004. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta konsep. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004.

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.Kuala Lumpur.Universiti Teknologi Mara. Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian.

21

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya http://www.islam.gov.my/e-rujukan 15.08.2010

ingatan

penting

Semasa

Belajar.

Al Tabliq bt Ali,(2006),Asma Ishak,(2005),Rusilah Jais.Pendekatan Pengajaran Berbantukan Peta Konsep Ausebel dalam Ee Ah Meng (2005)Jurnal Pendidikan Enzio et al,1996,Novak 1990 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):35 Dhilip Mukerjea (1996).SuperBrain Eggen dan Kauchak( 2004) Hasmalina Hamzah dan Hazwin Dalila Haris.Kajian Tindakan.Penggunaan Peta Minda Secara Berkumpulan Bagi Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Biology Kementerian Pelajaran Malaysia 1990.Pusat Perkembangan Kurikulum. Lembaga Peperiksaan Malaysia.2003 Mat Jamaludin Jamrin.2002.Keberkesanan Penggunaan Pendidikan.Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia http://aapps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian 2005 (30.01.2007) http://essaycapital.com/biology.essay.htm http://www.uwaxlax.edu/biology/com Noraini Idris.Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Novak. J.D 1990.Concept Maping. A useful tool for science education. Jurnal of Research in Science Teaching.27(10):937-949. Sarina Mohd Nor.Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu Dalam Karangan Respons Terbuka.Jurnal Pendidikan. Trowbrid & Wan Dersee (1988),Noak & Govin (1988),Kinchin,et,al,2005 Tony Buzan et.al (1960 ) Wahidin,Kamisah Osman & T.Subahan Mohd Meerah.2004 Penggunaan Peta Konsep dalam meningkatkan prestasi pelajar.Jurnal Pendidikan 29,125,144 Woolfolk,A.E.1994.Educational psychology.5 ed.Boston:Allyn and Bacon Zaenab,A.E.1994.Penggunaan pembelajaran.Penyelidikan Tindakan di Sekolah Rendah.Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. peta minda.Disertasi Sarjana

22

23