cma punye keje

Upload: nurfarah-nasir

Post on 13-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Introduction

Sejarah membuktikan bahawa masyarakat melayu berkemampuan menghasilkan karya seni halus yang dan teliti seperti mana yang dapat dilihat pada seni tekat. Keunggulan serta ketinggian mutu yang terdapat pada seni tekat tidak dapat dinafikan lagi sejak zaman berzaman. Hasil kerja tangan yang tinggi dan indah nilainya ini memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pelbagai jenis upacara serta adat istiadat dalam kalangan masyarakat melayu nusantara sejak zaman berzaman. Tekatan merupaka hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan disalut dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.( Syed Ahmad Jamal, Rupadan jiwa, Balai Seni Lukis Negara, 1995, hal.113.). Seni ini juga dikenali dengan nama suji timbul, iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji . Asal usul pembuatan dan penggunaan tekstil tekat dikatakan sama usianya dengan tekstil songket. ( Siti Zainon Ismail, Seni Tekat dalam Sirih Pinang, Kumpulan Esei Budaya DBP, Kuala Lumpur, 1987, hal.22). Seterusnya, dalam Kamus Dewan, perkataan suji ialah perkataan lama yang membawa maksud berulang- ulang dalam melakukan sesuatu atau secara bertubi- tubi. Melalui huraian ini menunjukkan maksud yang begitu tepat dan bersesuian dengan kerja membuat tekatan timbul yang memerlukan benang emas disuji secara berulang- ulang dan berturut- turut, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas bertebuk- tebuk tersebut dipenuhi dengan benang emas. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat ini dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket iaitu bahan asasnya menggunakan benang emas. Seni tekatan ini dipercayai telah didatangi dari India dan juga dipercayai mempunyai pengaruh dari China terutamanya tekatan melayu yang dihasilkan daripada negeri selat seperti Melaka dan Pulau Pinang. Seni ini telah berkembang hasil daripada kedatangan pedagang- pedagang asing ke negeri Melaka. Berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan membuktikan bahasa tekstil seni tekat telah berkembang secara meluas setelah jatuhnya kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu di Melaka, sualaman benang emas yang telah diperkenalkan oleh China. Hal ini berlaku disebabkan raja- raja melayu yang menghantar bunga eas keapda Raja Siam dan China kerana tanah melayu pada masa itu berada di bawah pemerintahan Siam. Bunga emas ini dilapik dengan alas sualaman benang emas sebagai mengiringi bunga emas tadi. R.O Winstedt menjelaskan bahawa pada awal abad ke-15, maharaja China telah menghantar kain baldu, sutera dan pakaian bersulam emas kepada Raja Melaka. Pada pakaiannya didapati bermanik dan dihiasi labuci di atasnya beserta motif haiwan seperti naga yang disulam dengan benang emas. ( C.C. Brown, Sejarah Melayu, JMBRAS, 1952, hal. 170 ). Sebagai buktinya dapat dilihat pada petikan.( C.C.Brown, ibid, 1952, hal.93).Maka Raja China pun mengutus ke Melaka bingkisannya jarum sarat sebuah pilu, lain daripada itu sutera, benang emas kamkha dewangga Kaitan seni tekat sebagai kelengkapan dan pakaian di Raja mula dapat dikesan dengan jelas mulai kurun ke- 15 iaitu pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka dimana Raja Melaka telah menerima persembahan hiasan seumpama ini daripada Maharaja China. Walaubagaimanapun, pencipataan tekstil tekat pada kain sutera, kasa atau baldu tidak berkembang dalam kehidupan orang- orang melayu pada waktu itu terutamanya semasa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. (C.C.Brown.ibid.1952, hal. 170). Di Perak, Pahang dan Johor, seni tekat dipercayai bertapak di kawasan utama iaitu Kuala Kangsar di Perak, Pekan di Pahang dan Kota Tinggi serta Kluang di Johor. Tony Beamish menegaskan bahawa sulaman benang emas pada kulit berkembang dan terkenal dalam kalangan generasi melayu di kawasan Johor Selatan atau Johor- Riau. Beliau juga menyatakan bahawa sulaman benang emas lebih terkenal di Perak dan di Klang, Selangor. ( Tony Beamish, The Arts of Malaya, Singapore Mac Donald House, 1954, hal. 67). Pada kurun ke 16 masihi pula, tekat juga terkenal di negeri- negeri seperti Selangor, Perak, Sumatera, Acheh, Palembang dan Minangkabau. Tambahan lagi, kesan dan pengaruh arab parsi digambarkan tentang pakaian raja- raja dan kelangkapan upacara adat istiadat dalam teks sastera melayu. malah istilah suji dan sulaman benang emas dalam budaya masyarakat melayu semenanjung di Acheh disebut sebagai kasab (qasyab) dari bahasa arab yang bermaksud menutupi mempulur untuk menghasilkan permukaan yang timbul. Di Palembang, adat istiadat perkahwinan merupakan upacara yang penuh gilang- gemilang seperti juga di Acheh, Tanapuli dan Minangkabau. Pelaminnya berbentuk rumah gadang sama seperti di Acheh. Keseluruhan pelamin ini iaitu kelambu dan langsirnya adalah hasil tekat yang diukir mengikut ukiran berbentuk bunga dan daun yang ditekat dengan benang emas. Di Perak pula seni tekat pada asalnya jelas dimonopoli oleh golongan istana. Raja permaisuri perak pada akhir abad ke-19 merupakan pereka bentuk dan tukang yang banyak menghasilkan rupa bentuk tekat. Leonard Wray pernah mencatat tentang sulaman benang emas ini iaitu, These were the presents which the Sultan of Perak gave to R.R.H the Prince and Princess of Wales when they visited Singapore in 1901. The Raja Permaisuri is acknowledged to be one of the most artistic designer and worker in the country.( Leonard Wray Native Arts and Handicrafts, Llyods Greater British Publishing Co. Ltd, 1909, hal.237). Namun, kini keunikan reka cipta melayu telah terserlah dan tidak lagi diperngaruhi oleh negeri China, India atau Arab- Parsi. Sebaliknya keaslian tekatan melayu telah mampu menonjolkan keistimewaannya tersendiri. Permukaan yang penuh dengan sulaman atau tekat ini dibentuk menjadi alas bantal/ bantal serga (Hikayat Hang Tuah, hal.193), cuir, ciur antelas ( Sejarah Melayu, hal.221), tikar pancar/ paterana ( Sejarah Melayu, hal.205, Hikayat Hang Tuah, hal.193), kelambu dan tirai langit berpakankan emas ( Hikayat Hang Tuahm hal.195), kipas, ombak- ombak/lemudi pintu, kasut dan lain- lain. Bersesuaian dengan konteks tradisi agung, semua peralatan yang dihasilkan dan digunakan dalam upacara adat istiadat penuh dengan kemeriahan. Seni tekat digunakan sebagai perhiasan pelamin, singgahsana atau dalam upacara persandingan, persiraman, upacara kelahiran, berkhatan al-quran dan sebagainya.

Sehingga ke hari ini, tradisi menyulam atau menekat benang emas ini bukan hanya sekadar menjadi hak milik istana, tetapi dengan nilai tradisi agung dikhaskan penggunaannya pada hari hari upacara menyambut Raja Sehari. Malah seni tekat telah berkembang kepada masyarakat luar istana dan dijadikan sebagai kraf tangan sambilan. Mubin Sheppard menulis, It is the one art above all others for which Perak can claims now to be distinguished and in which the present generation can least of excelling the works of its ancestors and its fine enough to challenge rivalvry in any country ( Mubin Sheppard, Taman Indera, Malay Decorative and Pastimes). Tekatan yang digunakan untuk istiadat perkahwinan meliputi hampir keseluruhan upacara. Dalam upacara pernikahan, tekatan digunakan sebagai ciur pengantin lelaki untuk melafazkan ijab dan Kabul. Tekatan juga digunakan sebagai peralatan pelamin yang terdiri daripada kelambu, tempat letak tangan dan kaki, bantal dan sebagainya. Bagi mempelai pula akan memakai pakaian bertekat atau bertenun tenunan songket dan dipadankan sekali dengan kasut bertekat. Bilik mempelai juga dihiasi dengan tekatan dari lemudi pintu, tutup kekuda, lemudi tikar, tikar coir dan sebagainya. Dalam majlis berkhatam al quran dan berkhatan pula, tekatan digunakan sebagai coir untuk kanak- kanak lelaki membaca al- quran dan bersanding di atas pelamin. Bagi majlis bertindik pula, tekatan digunakan sebagaii kelambu dan lapik katil bayi.

Statement of problem

Masalah yang dihadapi oleh seni tekat pada masa kini ialah sedang mengalami kepupusan disebabkan seni tekat ini merupakan satu peningalan warisan yang sudah lama dan ditinggalkan. Tambahan lagi sei tekat ini juga merupakan salah satu seni halus yang sedang mengalami ancaman kepupusan kerana tanggapan dan pemikiran masyarakat pada masa kini yang berulang semula seperti suatu masa dahulu dan masih mengekalkan penggunaan seni tekat kepada eleman tertentu sahaja dan sehingga sekarang seni tekat pada tekstil hanya dapat dilihat semasa akad nikah sahaja iaitu ciur untuk melapik tepat duduk pengantin lelaki semasa pernikahan. Sedangkan pada masa dahulu seni tekat juga terdapat pada cadar pengantin, kipas pengantin, bantal dan lain- lain. Namun, kini penggunaan seni tekat kelihatan sangat terhad kegunaannya dalam kalangan masyarakat yang suatu masa dahulu merupakan seni halus yang menjadi kegunaan warisan diraja. Tambahan lagi, seni tekat juga tidak mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat terutamanya untuk golongan muda yang menanggap bahawa seni tekat ini merupakan satu elemen yang sudah lapuk dan lama serta tidak mempunyai unsur kemodenan dan tidak sesuai digunakan lagi pada zaman yang serba moden ini dan lebih sukakan benda yang ringkas dan mudah untuk didapati. Hal ini disebabkan seni tekat ini tidak mempunyai dan berlaku sebarang inovasi dan pembaharuan seperti seni tekstil yang lain contohnya seperti seni batik, songket yang merupakan satu seni warisan lama tetapi diberi nafas baru dan pembaharuan yang menjadikan seni ini dapat diterima oleh masyarakat pada masa kini. Seterusnya, seni tekat ini juga mempunyai masalah kelokekan pengusaha untuk menjalankan pengusaha seni tekat ini supaya dapat mengeluarkan penawaran yang tinggi di pasaran.

Disebabkan tidak ramai pengusaha yang mengusaha seni tekat ini juga menjadi punca dan sebab seni tekat tidak mempunyai perubahan dan inovasi bersesuaian dengan zaman dan memenuhi kehendak permintaan masyarakat pada masa kini kerana tidak ramai usahawan yang menjalankan perusahaan seni tekat ini sedangkan seorang usahawan memainkan peranan yang penting kerana mempunyai kreativiti dan inovasi dalam mengeluarkan sesuatu hasilan. Namun, berdasarkan maklumat hanya segelintir kecil ushawan yang benar- benar menjalankan perusahaan seni tekat ini dengan bersungguh- sungguh. Antara yang boleh dikenali dengan perusahaan industri seni tekat ini ialah Puan Azizah Mohd Yusof, 65 tahun yang merupakan salah seorang generasi lama yang masih aktif menghasilkan produk seni tekat benang emas. Beliau juga telah berjaya mendapatkan pasaran produk seni tekat benang emas ini sehingga di peringkat antarabangsa,Di luar negara, sulaman tekat benang emas yang dihasilkan masyarakat di negara ini memang dipandang tinggi. (Puan Azizah Mohd Yusof)Beliau juga merupakan pengusaha seni tekat benang emas yang berjaya melakukan inovasi dan pembaharuan dalam bidang seni tekat benang emas ini dengan menghasilkan pelbagai jenis hasil tekat unik dan menarik membabitkan barangan perhiasan tempat tidur pengantin, sarung bantal, kipas, alas meja, beg tangan, kasut pengantin dan barangan cenderamata.http://www.hmetro.com.my/articles/Tekadterusmenekat/Article/Namun, jelas di sini bahawa tidak ramai yang melakukan usaha seperti Puan Azizah Mohd Yusof ini dan jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha dan mempunyai kesedaran maka memerlukan masa yang lama untuk mempertahankan seni tekat ini. Hakikatnya, jika berlaku kepupusan warisa seni tekat ini akan menyebabkan masyarakat pada masa kini seharusnya tidak kenal dan lupa dengan corak- corak dan motif yang terdapat dalam seni tekat ini yang mempunyai kepelbagaian corak dan motif yang sangat menarik. Tambahan lagi, masyarakat juga akan lupa dengan kaedah pembuatan penghasilan seni tekat ini disebabkan tidak ramai golongan muda generasi masa kini yang menjadi penyambung warisan kerana tidak kenal dengan baik seni tekat dan tidak mempelajari daripada generasi lama disebabkan kurang kesedaran untuk meneruskan warisan yang berharga ini. Maka, situasi ini menyebabkan seni tekat ini hanya tinggal sebagai sejarah warisan sahaja dan tidak akan diteruskan sehingga kepada generasi akan datang.

Significant of study

1.4.1 Untuk memperkenalkan motif corak tekat.

1.4.2 Untuk membentuk reka bentuk kontemporari yang melibatkan teknik tekat dengan gabungan bersama teknik lain seperti batik dan fiber.

(pilihan 2) untuk memperkenalkan teknik tekat dengan gabungan bersama teknik lain seperti batik dan fiber.

1.4.3 Untuk memartabatkan semula seni warisan tekat kepada generasi baru supaya dapat didaptasi kepada fesyen masa kini.