ciri cir ayat majmuk

4
Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.

Upload: yew-hooi-kheng

Post on 25-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Cir Ayat Majmuk

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal

disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,

seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )

            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat

Majmuk )

Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu

kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya

sendiri-sendiri.

4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku

mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk

digunakan apabila diperlukan.

5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza

tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik

jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu

dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti

sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat

sunyi.

7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi

tidak ada yang bersempang.

8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata

ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari,

kekuda, dan sebagainya.

9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah

apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

Page 2: Ciri Cir Ayat Majmuk

10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah

pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa

kelas seperti yang berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam

kelas kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita

rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan

dua ratus lima puluh.

14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf,

cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang

imbuhan.

Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu

domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah,

membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri,

menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.

17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada,

kepada, dan sedari.

18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,

demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan

meskipun.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

1                    Ayat majmuk gabungan

Page 3: Ciri Cir Ayat Majmuk

2                    Ayat majmuk pancangan

3                    Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Pancangan 

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini

bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau

lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama

dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila,

sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat

dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat kompleme

Ayat majmuk pancangan relatif

-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya.

.         Ayat Relatif

                                      Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan

ayat  

                                      kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.

                                     Contohnya:

i.          Budak yang menangis itu sudah diberi makan.

Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)

 Budak itu menangis.  (Ayat kecil)