cincin hikmat

2
Cincin Hikmat Di hujung sebuah kampong, tinggal sepasang suami isteri yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak bernama Damak. Hidup mereka sangat susah. Kadang kala mereka sekeluarga terpaksa berlapar kerana tiada makanan. Damak selalu bermain seorang diri. Tiada siapa yang mahu bermain dengannya. Dia selalu diejek kerana pakaiannya yang comot dan compang-camping. Pada suatu hari, Damak duduk seorang diri di tepi sungai. Dia menangis mengenangkan nasibnya. Tiba-tiba seorang tua muncul di hadapannya. Orang tua itu memberinya sebentuk cincin dan meminta Damak menjaganya. Kemudian tiba-tiba orang tua itu hilang. Damak melihat di jarinya ada sebentuk cincin yang buruk. Dia segera berlari pulang. Dia menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibunya. Ayah dan ibu Damak tidak mempercayai ceritanya dan menyuruh Damak membuang cincin iotu. Damak merasa sungguh sedih. Dia menyorokkan cincin itu di dalam sebuah bakul buruk sebelum masuk tidur. Pada tengah malam itu, damak terjaga kerana bilik tidurnya terang benderang dengan cahaya yang keluar dari bakul buruknya. Tiba-tiba Damak mendengar satu suara yang menyuruhnya memakai cincin itu dan meminta apa saja. Damak segera memakai cincin itu dan meminta sebuah rumah yang besar dan harta yang banyak. Tiba-tiba pondok buruk mereka menjadi sebuah rumah yang besar dan cantik. Ibu dan ayah Damak terkejut dan gembira melihat apa yang berlaku. Sejak hari itu, mereka menjadi orang yang kaya. Cincin hikmat banyak memberi harta kepada mereka. Damak mula menjadi tamak. Dia tidak berhenti-henti meminta berbagai- bagai benda, Pada suatu hari, ibu Damak menasihatkannya agar tidak meminta apa-apa lagi kerana bimbang Damak akan lupa diri.

Upload: xxx

Post on 18-Aug-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cerita pendek

TRANSCRIPT

Cincin HikmatDi hujung sebuah kampong, tinggal sepasang suami isteri yang miskin.Mereka mempunyai seorang anak bernama Damak.Hidup mereka sangat susah.Kadang kala mereka sekeluarga terpaksa berlapar kerana tiada makanan. Damak selalu bermain seorang diri.Tiada siapa yang mahu bermain dengannya. Dia selalu diejek kerana pakaiannya yang comot dan compang-camping. Pada suatu hari, Damak duduk seorang diri di tepi sungai.Dia menangis mengenangkan nasibnya.Tiba-tiba seorang tua muncul di hadapannya.Orang tua itu memberinya sebentuk cincin dan meminta Damak menjaganya.Kemudian tiba-tiba orang tua itu hilang.Damak melihat di jarinya ada sebentuk cincin yang buruk. Dia segera berlari pulang. Dia menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibunya.yah dan ibu Damak tidak mempercayai ceritanya dan menyuruh Damak membuang cincin iotu. Damak merasa sungguh sedih.Dia menyorokkan cincin itu di dalam sebuah bakul buruk sebelum masuk tidur. Pada tengah malam itu, damak terjaga kerana bilik tidurnya terang benderang dengan cahaya yang keluar dari bakul buruknya.Tiba-tiba Damak mendengar satu suara yang menyuruhnya memakai cincin itu dan meminta apa saja. Damak segera memakai cincin itu dan memintasebuah rumah yang besar dan harta yang banyak.Tiba-tiba pondok buruk mereka menjadi sebuah rumah yang besar dan cantik. !bu dan ayah Damak terkejut dan gembira melihat apa yang berlaku."ejak hari itu, mereka menjadi orang yang kaya. #incin hikmat banyak memberi harta kepada mereka.Damak mula menjadi tamak. Dia tidak berhenti-henti meminta berbagai-bagai benda, Pada suatu hari, ibu Damak menasihatkannya agar tidak meminta apa-apa lagikerana bimbang Damak akan lupa diri. Damak tidak menendahkan nasihat ibunya keranadia akan meminta apa saja selagi cincin hikmat itu ada padanya.Damak merasa seronok kerana tiada siapa yang dapat menandingi kekayaannya. Dengan angkuhnya dia meminta agar rumahnya di kelilingi oleh laut supaya orang-orang kampong tidak dapat meminta bantuan daripadanya lagi."ekelip mata saja rumahnya di kelilingiair laut,Kemudian dia meminta harta yang bertimbun-timbun tidak berhenti-henti. #incin hikmat menurut semua permintaan Damak. Harta muncul bertimbun-timbun tanpa henti sehingga tiada tempat untuk Damak meletakkan hartanya. Damak mula bimbang lalu meminta cincin hikmar berhenti mengeluarkan harta . Tetapi cincin hikmat tidak menurut perintahnya.$umah Damak mula tenggelam kerana terlalu banyak harta.Damak tidak dapat lari kerana rumahnya dikelilingi air laut.Damak menyesal tidak mendengar nasihat ibunya.khirnya Damak tenggelam di dalamlaut bersama rumah dan hartanya. %egitulah kisah yang boleh kita jadikan iktibar agar tidak bersikap tamak seperti maksud pantun lamaDalam semak ada duri,Ayam kuning buat sarang,Orang tamak selalu rugi,Bagai anjing dengan bayang-bayang.