ching ming

6
PESTA CHING MING Ching Ming bermaksud jernih dan terang . Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan saudara-saudara yang telah meninggal dunia. Bagi tahun 2013, hari Ching Ming jatuh pada 4 April 2013. Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu setanggi, lilin berwarna merah, kertas sembahyang dan penyembahan bahan makanan seperti daging babi, ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak. Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu bapa atau nenek moyang mereka beramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Selain itu,

Upload: hidayah-musa

Post on 28-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ching ming

TRANSCRIPT

PESTA CHING MING Ching Ming bermaksud jernih dan terang. Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan saudara-saudara yang telah meninggal dunia. Bagi tahun 2013, hari Ching Ming jatuh pada 4 April 2013. Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu setanggi, lilin berwarna merah, kertas sembahyang dan penyembahan bahan makanan seperti daging babi, ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak.

Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu bapa atau nenek moyang mereka beramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Selain itu, mereka akan bekerjasama membersihkan kubur yang dipenuhi semak samun setelah terbiar hampir selama setahun. Selalunya orang Cina menziarahi kubur pada pagi hari untuk mengelakkan panahan terik matahari. Untuk menentukan sama ada roh nenek moyang mereka datang memakan hidangan yang disediakan, orang Cina akan membaling dua keping duit syiling dan bertanya sudah selesai ke belum? Kalau belum, tolong jadikan kedua-dua syiling ini bunga dan sekiranya sudah, jadikan permukaannya kepala. Setelah roh memberikan jawapan sudah habis makan barulah kertas-kertas sembahyang dan duit-duit neraka, wang perak serta emas dibakar untuk kegunaan pada hari akhirat. Semasa pembakaran berlangsung, arak yang dipersembahkan dalam mangkuk-mangkuk kecil akan dituang di sekeliling kertas yang dibakar itu. Ia bertujuan menghalang roh-roh yang tidak ada pertalian dan kelaparan daripada merampas wang yang dibakar untuk nenek moyang mereka. Selepas upacara pemujaan, kubur itu akan ditabur dengan kertas yang berbagai-bagai warna menghiasi tanah kuburan.

Mereka yang mati muda dan tidak mempunyai saudara-mara akan ditempatkan di dalam tokong. Orang yang mati muda tidak boleh diletakkan papannya di rumah. Menurut tradisi, pemujaan hanya boleh dilakukan oleh golongan muda ke atas orang tua. Jadi orang yang mati muda ini akan disembah pada hari Ching Ming oleh anak-anak buahnya atau adik-beradiknya. Ibu bapa hanya berperanan memberikan panduan bagaimana upacara pemujaan dan sembahyang seharusnya dilakukan. Mereka yang mati dan tidak mempunyai waris disembahyangkan oleh sami-sami yang menjaga tokong-tokong itu. Pelawat yang datang menjamu saudara-mara di tokong itu diwajibkan bersembahyang kepada roh-roh lain yang ditempatkan bersama-sama anak, adik atau saudara-maranya.

Sekiranya tokong atau kubur terletak jauh dari rumah, persembahan boleh dibuat di rumah. Papan nenek moyang diletakkan di sebelah kiri meja pemujaan untuk menunjukkan kurang kepentingannya berbanding dengan dewa-dewa rumah yang lain. Pesta Ching Ming mempunyai sejarah dan latar belakang yang lama. Hari Ching Ming mula disambut kira-kira tiga ribu tujuh ratus tahun dahulu. Ia bermula pada zaman kerajaan Shin sebagai tanda kedatangan musim bercucuk tanam. Bagaimanapun kemunculan agama Confucius, keluarga merupakan institusi sosial yang terpenting dan harus dikekalkan. Oleh itu, nenek moyang dan mereka yang lebih tua dalam keluarga perlu dihormati. Penghormatan kepada mereka berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia.

Sesetengah versi cerita mengatakan bahawa hari Ching Ming bertukar menjadi pesta memuja roh-roh orang mati disebabkan oleh suatu kejadian yang berlaku pada zaman pemerintah Dinasti Chin kira-kira seribu enam ratus tahun lalu. Diriwayatkan pada suatu hari, Raja Ching Sian Kong telah dihasut oleh permaisuri barunya untuk membunuh ketiga-tiga orang putera permaisuri tua. Tindakan raja menghukum ketiga-tiga orang putera baginda itu telah menyebabkan putera sulung membunuh diri. Putera kedua dan ketiga berjaya melepaskan diri. Selepas Raja Ching Siang Kong mangkat, kedua-dua putera baginda balik untuk mewarisi takhta kerajaan. Putera kedua dijadikan raja baru dengan memakai gelaran Raja Jin Wen Kong. Pertabalan Raja Jin Wen Kong disusuli dengan anugerah kebesaran kepada para pembesar negara. Malangnya, seorang pembesar tertinggal daripada menerima anugerah. Pembesar itu, Jie Zi Tui merajuk serta membawa diri ke Gunung Mian Shang. Apabila Raja Jin Wen Kong mengetahui perkara ini, baginda mengarahkan utusan mencari Jie Zi Tui. Tetapi utusan gagal mencarinya. Pilihan lain dibuat iaitu dengan membakar gunung itu dengan niat supaya Jie Ti Zui balik ke pangkuan baginda. Malang tidak berbau, Jie Zi Tui mati terbakar bersama-sama ibunya. Raja Jin Wen Kong berasa sedih dengan kejadian itu dan memerintahkan supaya kematian Jie Zi Tui dikenang pada hari pesta Ching Ming.Beberapa hari sebelum bermulanya pesta Ching Ming, orang Cina akan memakan barang-barang yang sudah sejuk selepas dimasak. Dapur seboleh-bolehnya dibiarkan tidak berasap. Selain itu, orang Cina juga mempunyai pantang-larang dengan meletakkan beberapa helai daun ru di pintu masuk ke rumah untuk menghalau roh-roh jahat daripada memasuki rumah mereka. Pantang larang ini tidak lagi diikuti oleh generasi baru yang lebih liberal dan terdedah kepada ilmu pengetahuan sains teknologi. Pesta Ching Ming merupakan perayaan penting bagi semua orang Cina. Pada hari tersebut, anggota keluarga berkumpul beramai-ramai untuk mengenang atau mengingati nenek moyang dan keturunan mereka. Sesetengah orang Cina mula mengadakan pemujaan di kuburan sehari sebelum pesta Ching Ming atau selepas pesta Ching Ming kerana tuntutan kerja dan mencari nafkah. Di samping itu, untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku pada hari bermulanya pesta Ching Ming. Dalam budaya tradisional China, menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang merupakan aktiviti yang paling penting pada hari Ching Ming. Adat resam itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa etnik minoriti yang lain di China. Pada hari Ching Ming, orang ramai akan menziarahi ke kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbuni tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalani upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan minuman di depan jirat.

Data meteorologi selalunya menunjukkan kebanyakan kawasan di China mendung atau hujan pada hari Ching Ming. Suasana ini menambahkan rasa sedih dan rindu terhadap orang yang sudah meninggal dunia.