cfm kenyataan media - 20.07.13

2
1 CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA) 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel / Fax : + 60 3 7957 1457 Email: [email protected] 20hb Julai 2013 Kenyataan Media Persekutuan Kristian Malaysia Penganut Kristian tersinggung dengan penyata MB dan Menteri Masyarakat Kristian berasa tersinggung dengan penyata-penyata terkini yang dilaporkan dinyatakan oleh Mentri Besar Kedah dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengenai isu penggunaan perkataan “Allah” dalam Al-Kitab. Kedua-dua penyata itu tidak munasabah dan dianggap bulat-bulat bercanggah dengan Penyelesaian 10-Perkara yang telah dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan pada April 2011 lalu. Sepuluh perkara ini telah disampaikan kepada Persekutuan Kristian Malaysia secara khususnya dalam surat bertarikh 11 April 2011 daripada Perdana Menteri sendiri. (salinan surat dilampirkan) Usaha Menteri terhormat untuk mempertahankan saranan Ibrahim Ali supaya Kitab Suci kami dibakar atas alasan bahawa Kitab Suci kami mengandungi salah-cetak merupakan sesuatu yang amat menyinggung perasaan kami dan tidak boleh diterima. Penggunaan perkataan “Allah” dalam Al-Kitab BUKAN dan TIDAK PERNAH menjadi sesuatu kesilapan dalam pencetakan seperti yang dikatakan oleh Menteri terhormat. Tanggapan sebegini sememangnya tidak prihatin, malah bersifat menghina dan menghasut. Kami menegakkan pendirian kami bahawa penggunaan perkataan “Allah” merupakan hak masyarakat Kristian. Penyata terbaru Mentri Besar Kedah yang melarang penggunaan perkataan “Allah” oleh yang bukan-Islam dalam negeri beliau adalah sesuatu yang melanggar perlembagaan. Perkara 11 (1) dan (3) (a) Perlembagaan Persekutuan memberi setiap individu hak untuk

Upload: sivin-kit

Post on 20-Jul-2015

144 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)

26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel / Fax : + 60 3 7957 1457 Email: [email protected]

20hb Julai 2013

Kenyataan Media Persekutuan Kristian Malaysia

Penganut Kristian tersinggung

dengan penyata MB dan Menteri

Masyarakat Kristian berasa tersinggung dengan penyata-penyata terkini yang dilaporkan dinyatakan oleh Mentri Besar Kedah dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengenai isu penggunaan perkataan “Allah” dalam Al-Kitab.

Kedua-dua penyata itu tidak munasabah dan dianggap bulat-bulat bercanggah dengan Penyelesaian 10-Perkara yang telah dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan pada April 2011 lalu. Sepuluh perkara ini telah disampaikan kepada Persekutuan Kristian Malaysia secara khususnya dalam surat bertarikh 11 April 2011 daripada Perdana Menteri sendiri. (salinan surat dilampirkan)

Usaha Menteri terhormat untuk mempertahankan saranan Ibrahim Ali supaya Kitab Suci kami dibakar atas alasan bahawa Kitab Suci kami mengandungi salah-cetak merupakan sesuatu yang amat menyinggung perasaan kami dan tidak boleh diterima.

Penggunaan perkataan “Allah” dalam Al-Kitab BUKAN dan TIDAK PERNAH menjadi sesuatu kesilapan dalam pencetakan seperti yang dikatakan oleh Menteri terhormat. Tanggapan sebegini sememangnya tidak prihatin, malah bersifat menghina dan menghasut. Kami menegakkan pendirian kami bahawa penggunaan perkataan “Allah” merupakan hak masyarakat Kristian.

Penyata terbaru Mentri Besar Kedah yang melarang penggunaan perkataan “Allah” oleh yang bukan-Islam dalam negeri beliau adalah sesuatu yang melanggar perlembagaan. Perkara 11 (1) dan (3) (a) Perlembagaan Persekutuan memberi setiap individu hak untuk

2

memeluk dan mengamalkan agamanya dan pada masa yang sama juga mengizinkan setiap kumpulan beragama uruskan hal ehwal agama masing-masing.

Kami menyeru Kabinet Persekutuan supaya tepati Persetujuan 10-Perkara tersebut dan kuatkuasakan semua aspek berkenaan dengannya; di mana Kerajaan Persekutuan khususnya harus memastikan bahawa Penyelesaian 10-Perkara tersebut dipatuhi pada setiap lapisan kerajaan dan oleh semua pihak pentadbiran yang terbabit. Hak-hak setiap masyarat yang berlainan agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati dalam setiap negeri dalam negara kita yang tercinta, termasuknya Kedah.

Yang ikhlas, Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi, bersama Jawatankuasa Eksekutif

Persekutuan Kristian Malaysia