cerpen gema sepi gadis genious

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 06-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

  • Cerpen: Gema Sepi Gadis Genius

    (AZMAH NORDIN)

    Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

    Sinopsis

    Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul

    program antibusut. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya,

    Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan

    pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.

    Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal

    dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti

    kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya.

    Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan

    masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan

    menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

    Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila

    penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah

    membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah

    sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan

    Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya

    Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal

    dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja

    tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi.

    Basirah cukup terharu.

    Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika

    mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer

    makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya,

    penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan

    menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah

    menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.

  • Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah

    menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang

    indah.

    Tema

    Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.

    Persoalan

    1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer.

    Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.

    2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran

    tinggi.

    3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.

    4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya: Hanani

    dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani

    mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.

    Plot

    Permulaan

    Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul

    program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya,

    Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan

    pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah

    juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

  • Perkembangan

    Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer

    Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh

    pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah

    membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak

    akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu,

    dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

    Klimaks

    Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.

    Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap

    penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal

    Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan

    rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan

    jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan

    rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

    Peleraian

    Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah

    menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang

    indah.

    Teknik penceritaan

    1. Deskriptif (pemerian)

    Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di

    bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)

    2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)

    3. Imbas kembali

    Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus

    peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan

    mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).

  • 4. Imbas muka

    Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)

    Watak dan Perwatakan

    1. Watak utama

    Basirah

    Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.

    Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.

    Siswi dalam jurusan Sains Komputer.

    Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.

    Seorang yang pintar dalam bidang komputer.

    2. Watak sampingan

    Hanani

    Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun.

    Kakak kepada Basirah.

    Seorang yang lincah dan kreatif.

    Suka mengambil berat akan adiknya.

    Mempunyai ramai kawan.

    Seorang yang suka kegiatan rekreasi.

    Latar

    Masa

    Siang Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal

  • Perdana

    Malam Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah

    Hari minggu Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di

    makmal sistem komputer, Makmal Perdana

    Tempat

    Makmal sistem komputer di Makmal Perdana tempat Basirah menjalani latihan

    amali tahun akhir jurusan Sains Komputer

    Pusat bandar Kota Kinabalu tempat letaknya Makmal Perdana

    Sekolah kanak-kanak pintar tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-

    kanak

    Institusi pengajian tinggi di Semenanjung tempat Basirah belajar sebagai siswi

    jurusan Sains Komputer

    Masyarakat

    Masyarakat yang celik komputer Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana,

    dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer

    Masyarakat terpelajar Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah

    institusi pengajian tinggi

    Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti

    rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung

    Gaya Bahasa

    1. Metafora

    Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)

    2. Diksi

  • Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)

    Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)

    Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)

    3. Hiperbola

    Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)

    4. Sinkope

    Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)

    5. Simplok

    Contoh: Dipuji macam bidadari

    Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)

    6. Perlambangan

    Contoh: Busut

    Nilai

    1. Nilai kasih sayang

    Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi

    Basirah yang ke-14.

    2. Nilai berusaha

    Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.

    3. Nilai bertanggungjawab

    Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

    Pengajaran

    1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap

    kepintaran yang tidak sama.

    2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

  • 3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.