cerpen 2 tragedi oktober 2008

12
Tragedi Oktober 2008 Jam dinding bilik guru menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku menyusun kembali buku-buku dan kertas yang berselerakkan di atas mejaku. Memang telah menjadi kebiasaan aku berbuat demikian setiap hari sebelum pulang ke rumah. Selepas memastikan meja kemas dan tersusun rapi, aku mencapai beg kerja yang sarat berisi buku latihan pelajar dan terus berjalan menuju ke kereta. Aku menekan punat radio, lagu Tragedi Oktober sedang berkumandang. Aku cuba menghayati senikata lagu itu,. Tajuk lagu tersebut telah mengingatkan aku pada suatu memori sedih ….. Tragedi Oktober 2008. Tanggal 10 oktober, 12.36 tengahari sewaktu membaca akhbar di ruang tamu aku menerima suatu mesej Assalamualaikum cikgu. Sedang buat apa?, cikgu sihat?. Mesej dari pelajarku Fazirul yang kini sedang mengikuti kursus di Shah Alam untuk persediaan ke Jepun. Fazirul memang kerap menghubungi aku bertanya khabar Alhamdulillah, cikgu sihat., terima kasih. Fazirul di mana? sihat?. Balasku

Upload: rizza-rashed

Post on 20-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Tragedi Oktober 2008

Jam dinding bilik guru menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku menyusun kembali buku-buku dan

kertas yang berselerakkan di atas mejaku. Memang telah menjadi kebiasaan aku berbuat

demikian setiap hari sebelum pulang ke rumah. Selepas memastikan meja kemas dan tersusun

rapi, aku mencapai beg kerja yang sarat berisi buku latihan pelajar dan terus berjalan menuju

ke kereta.

Aku menekan punat radio, lagu Tragedi Oktober sedang berkumandang. Aku cuba menghayati

senikata lagu itu,. Tajuk lagu tersebut telah mengingatkan aku pada suatu memori sedih …..

Tragedi Oktober 2008.

Tanggal 10 oktober, 12.36 tengahari sewaktu membaca akhbar di ruang tamu aku menerima

suatu mesej

– Assalamualaikum cikgu. Sedang buat apa?, cikgu sihat?. Mesej dari pelajarku Fazirul yang

kini sedang mengikuti kursus di Shah Alam untuk persediaan ke Jepun. Fazirul memang kerap

menghubungi aku bertanya khabar

– Alhamdulillah, cikgu sihat., terima kasih. Fazirul di mana? sihat?. Balasku

– Saya ada di rumah, saya sakit cikgu. Dua hari lepas saya telah menjalani Ujian Imbasan CT

dan MRI Ada ketumbuhan dalam kepala saya. Ketumbuhan itu di luar otak tetapi telah menolak

otak saya. Minggu depan saya akan menjalani rawatan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur.

Terpaku aku menatap mesej itu. Aku baca berulang kali., seperti tidak mahu percaya pada apa

yang aku baca.

Page 2: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

– Fazirul jangan begini, tolong jangan bergurau dengan cikgu .

Perasaanku cemas menunggu jawapan daripada Fazirul. Aku amat berharap agar Fazirul

hanya bergurau.

– Cikgu jangan sedih dan menangis, mesti kuat semangat seperti saya. Apa-apa maklumat

lanjut saya akan maklumkan nanti. Assalamualaikum

Aku terduduk kaku. Nafasku seakan terhenti seketika. Air jernih mula mengenang di kelopak

mata. Agak lama aku begitu, namun pesanan dari Fazirul tadi telah menguatkan semangatku.

Aku segra menghubungi Cikgu Latipah, guru kelasnya semasa di tingkatan lima. Cikgu Latipah,

begitu terperanjat., kami sama-sama sebak.

Malam itu begitu sukar bagiku memejamkan mata. Pelbagai persoalan bermain di minda.

Mampukah dia menerima semua ini? Mampukah dia bertahan?. Mengapa nasibnya begini?.

Namun aku akur pada ketentuan Allah yang mengetahui dan menentukan segalanya.

Lamunanku berterusan “ Berikut saya bacakan nama-nama pelajar yang telah terpilih sebagai

pembimbing bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Ada seramai sepuluh orang semuanya,

Aidil, Amal Safwan, Fazirul, Nazmi, Khaliliah, Azri, Zaidi, Iqbal , Izzati dan Hazirah. Tahniah dan

saya berharap kamu semua dapat menjadi pembimbing yang berkualiti Sila berdiri semuanya

dan yang lain berikan tepukan”.

Fazirul, pelajar yang berkulit cerah, tinggi, memiliki rambut dan kening yang lebat adalah

merupakan anak bongsu Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa sekolahku. Perubahan sikap

Page 3: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Fazirul begitu ketara selepas itu. Dia memberikan sepenuh tumpuan sewaktu pengajaran yang

akhirnya terpilih sebagai ahli Kelab Elit yang menjadi impian ramai pelajar lain.

Paling ketara, Fazirul amat ikhlas membimbing rakan. Bakat kepimpinannya begitu terserlah.

Dia berusaha memastikan rakan yang dibimbingnya benar-benar faham. Berkat usahanya

serta doa daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan, Fazirul telah membuat kejutan dalam

Peperiksaan SPM 2007 dengan mendapat 10A.

“Fazirul, apa cita-cita awak?” tanyaku sewaktu jamuan akhir kelas. “ Saya nak jadi Jurutera litar

F1 “, balasnya dengan wajah ceria. Kami berbual agak lama. Dari perbualan itu aku

merasakan Fazirul adalah seorang remaja yang bercita-cita tinggi, berjiwa besar dan

mempunyai wawasan dalam hidupnya. Di sudut hati aku berdoa agar Fazirul mendapat apa

yang diimpikan itu. Selang dua hari kemudiannya aku menerima lagi mesej dari Fazirul.

– Cikgu, doktor dah sahkan kanser tahap 4. Ia terlalu besar dan ganas.Telah mula merebak

sedikit ke tulang belakang. Isnin depan saya masuk wad dan akan menjalani rawatan

kimoterapi setiap hari.

Sekali lagi aku terpaku. Aku cuba mententeramkan hati dan perasaan yang tidak menentu. Aku

beristighfar berkali-kali sehingga perasaanku kembali reda. Aku membalas mesej.

– Fazirul ingatlah pada kekuasaan Allah yang pengasih lagi penyayang. Hanya insan yang

mampu dan tabah akan diuji sehebat ini. Semoga Allah akan menitiskan kasih sayang dan

belas kasihan sepanjang Fazirul menjalani rawatan nanti. Tanpa berlengah aku terus

memaklumkan perkara itu kepada pengetua, guru penolong kanan, warden dan guru-guru

yang lain di sekolah.

Page 4: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Pada 14 Oktober, guru penolong kanan memaklumkan yang aku di kehendaki menghadiri

mesyuarat Penyediaan Takwim 2009 di Port Dickson. Ramai guru lain juga turut terlibat.

Justeru kami merancang untuk melawat Fazirul sebelum mengadiri kursus dan sebelum dia

pergi menjalani rawatan ke Hospital Kuala Lumpur.

“Saya risau, apakah dia mampu bertahan dengan kesan sampingan dari rawatan kimoterapi

itu”, suaraku semasa kami bersarapan pagi di kantin. “Dia akan diberi suntikan yang dijangka

mampu membunuh sel kanser namun pada masa yang sama ia turut membunuh sel yang lain.

Kesan sampingannya begitu dahsyat “, sampuk rakanku. Mendengar itu hatiku menjadi begitu

risau.

“ Selalunya rambut akan gugur, cirit-birit, muntah dan kulit akan kelihatan seperti terbakar

malah ada yang tidak sempat menghabiskan rawatan itu ”, kata rakanku yang lain. “ Wah,

begitu menakutkan ! “ , bisik hatiku.

Petang itu kami pergi ke rumah Fazirul di Bukit Cedang. Kehadiran kami disambut mesra oleh

kedua ibu bapanya. “ Fazirul di atas, dia baru saja naik mandi, nanti saya panggilkan”, jelas

ibunya.

Selang beberapa minit kemudian Fazirul pun muncul. Alanglah terperanjantnya aku melihat

Fazirul. Seperti tidak percaya jejaka segak yang dahulunya sentiasa ceria kini kelihatan tidak

bermaya. Badannya begitu kurus dan mukanya cengkung . Aku hampir menitiskan air mata

memandangnya namun aku dapat mengawalnya.

Fazirul duduk di atas kerusi dengan kedudukan menyerong. Kami difahamkan yang berat

badannya telah turun sebanyak 15 kilogram dalam tempoh 2 bulan, manakala penglihatan mata

sebelah kanannya tidak jelas. Dia hanya menggunakan mata kirinya sahaja untuk melihat.

Page 5: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Kami berbual panjang. Ibu bapanya memaklumkan bahawa selain daripada perubatan moden,

mereka juga berusaha dengan cara perubatan traditional. Sekali sekala ibunya menitiskan air

mata. Suasana begitu menyayat hati.

Sebelum beredar, Aku menghulurkan sedikit sumbangan daripada Persatuan Ibu bapa

sekolah dan tidak lupa juga kami berikan kata perangsang kepada Fazirul dan kedua ibu

bapanya. Kami berpelukkan dengan ibu Fazirul . Aku menatap wajah Fazirul dan memohon izin

dari ibunya untuk memegang pipinya. Rasa kasih dan perasaan keibuan menyelinap dalam

jiwaku.

Sekembali dari rumah Fazirul aku terus menghantar masej kepada rakan sekelasnya agar

mereka meluangkan masa untuk datang menziarah Fazirul. Mereka akur dengan permintaanku.

Sepanjang berkursus aku dilanda keresahan memikirkan keadaan Fazirul yang sedang

menjalani rawatan kimoterapi. Aku membaca kembali mesej yang dihantar oleh Fazirul pada

awal paginya.

– Cikgu, saya ditempatkan di Klinik Radioterapi , Tingkat 3, Wad 3C bilik nombor 5..

Aku cuba menghubungi Fazirul dan ayahnya, namun tiada balasan. Namun pada sebelah

malamnya aku menerima mesej daripada bapa Fazirul.

– Hari ini Fazirul terima rawatan sebanyak 6 botol kimo , 2 botol air dan 1 botol antibiotik. Dia

muntah 2 kali dan tidur keletihan sepanjang hari.

Mesej itu sungguh menyedihkan dan aku hanya mampu berdoa agar Allah meringankan

penderitaan yang ditanggung oleh Fazirul.

Page 6: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Jarum jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku membuka jendela bilik penginapan,.

Suasana hening dan dingin Aku lontarkan pandangan menembusi kelam malam. Bayu malam

membelai wajahku. Ingatanku masih tertumpu pada Fazirul. Lantas aku mencapai pena lalu aku

titipkan sebuah sajak khas untuknya.

Oh Tuhan

Apakah ini takdir darimu

Benarkah ini dugaanmu

Mungkinkah ini kasih dan cintamu

Menjelma wajah itu ..Tergiang suara itu

Hatiku didamba rindu

Tergambar segak tubuh itu

Namun kini lesu …. Layu

Perasaan dihuni sayu, pilu

Page 7: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Memori lalu menjengah minda

Kau yang selama ini ku kagumi

Kemesraanmu , kesungguhanmu , kerajinan dan semangatmu

Mempersona hatiku.

Alangkah indah jika dapat menemanimu

Meringankan kesedihan …menghapuskan kedukaan …

Menghilangkan kesakitanmu

Semoga ada penawar sakitmu

Seandainya itu suratan hidup buatmu

Sabarlah,redalah sayang

Doaku iringkan dalam solatku …. saban waktu

Page 8: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

Semuga ada kesempatan untuk kita ketemu

Berbicara … berutus khabar seperti selalu

Ke mana rawan jiwa dapat dikesampingkan

Fazirul selalu dihati cikgu

Sekembalinya dari mesyuarat, aku terus memperbanyakkan sajak tersebut dan memaparkanya

pada papan kenyataan setiap kelas tingkatan 5. Aku ceritakan apa yang terjadi. Mereka amat

bersimpati dan ada dari kalangan mereka yang mengenali Fazirul. Aku memohon agar mereka

sentiasa mendoakan Fazirul agar cepat sembuh.

– Cikgu saya dah berada di rumah. Doktor benarkan saya balik ke rumah selama seminggu

sebelum menyambung rawatan semula.

Segera aku hebahkan berita itu kepada rakan guru. Dan pada hujung minggu tersebut kami

sekali lagi beramai-ramai menziarahnya. Alangkah bersyukurnya bila melihat keadaan Fazirul

yang bertambah sihat dan bertenaga.

Kesan keguguran rambut kelihatan tidak begitu ketara, mukanya kembali bersinar.. Namun

mata kanannya masih lagi tidak dapat melihat dengan baik. Kami di maklumkan bahawa doktor

akan cuba merawat matanya.

Hari-hari seterusnya aku yakin yang Fazirul akan menerima banyak lagi rawatan. Aku berdoa

agar Fazirul akan sentiasa tabah serta sembuh sepenuhnya. Harapanku agar suatu ketika nanti

Page 9: Cerpen 2 Tragedi Oktober 2008

aku berkesempatan menghantar Fazirul ke Lapangan Terbang Antara Bangsa yang akan

menerbangkannya ke JEPUN.

——————————————————————————————————————————

———————

Coretan Hati

Kalau ada jalan pintas menuju kejayaan……….

Perancangan pendahuluan merupakan suatu yang penting bagi kita dalam mencapai sasaran

hidup, Belum cukup hanya dengan memiliki impian dan harapan malah kita juga harus

mengetahui bagaimana kita boleh merealisasikannya.

Hal ini melibatkan suatu persiapan yang teliti dalam perancanganya. Sasaran hidup kita adalah

tempat tujuan , kita perlu merancangkan segala hal yang mungkin terjadi dalam perjalanan

hidup ini. Kejayaan tidak terjadi begitu saja.

Apabila kita memutuskan sasaran hidup kita, , janganlah berubah, dan yang boleh berubah

adalah rancangan bagaimana mencapainya Kalau kita tidak boleh mencapai sasarannya

dengan suatu taktik, maka gantikan dengan taktik lain.

Perancangan akan meluruskan jalan dan menyingkirkan segala kebetulan. Kalau ada jalan

pintas menuju kejayaan, maka hal itu adalah perancangan yang tepat. Perancangan seperti ini

akan menghilang kebiasaan menunggu datangnya nasib baik atau kesempatan.

Perancangan tepat akan mengarah anda langsung ke sasaran….

Coretan oleh

AZIZAH MOHAMAD 2009