cerita tentang agama kristian awal isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia,...

8
Pendahuluan Umum 8 Seksyen 1 – Permulaan Agama Kristian (c. 30-70 TM) Pendahuluan bagi Seksyen 1 13 Bab 1 Permulaan 14 Bab 2 Permulaan Gereja Perjanjian Baru 28 Seksyen 2 – Perjuangan Gereja untuk Terus Wujud (70-311 TM) Pendahuluan bagi Seksyen 2 42 Bab 3 Penganiayaan Bermula 44 Bab 4 Gereja Membela Diri 62 Bab 5 Peperangan demi Kebenaran 75 Bab 6 Penganiayaan oleh Rom Berakhir 92 Bab 7 Kehidupan Gereja dalam Abad-abad Awal 104 Seksyen 3 – Kemenangan Gereja dalam Empayar (312 – 500 TM) Pendahuluan bagi Seksyen 3 122 Bab 8 Gereja Menjadi Berkuasa 124 Bab 9 Kedatangan Biarawan 139 Bab 10 Krisis dan Majlis-majlis 151 Bab 11 Agama Kristian Berkembang ke Timur 166 Bab 12 Gereja Bertahan Lebih Lama Daripada Empayar 184 Peristiwa Utama dalam Lima Abad Pertama 200 Bibliografi 201 Kata Pengantar Socrates berkata bahawa kehidupan yang tidak diselidiki, tidak berbaloi untuk dijalani. Buku ini bertujuan untuk membantu kita menyelidiki hakikat kewujudan Kristian yang berpusat pada kehidupan yang berkelimpahan, yang diberikan oleh iman dalam Kristus, dalam tempoh 500 tahun yang pertama dalam sejarah Gereja. Tempoh 500 tahun yang pertama dalam kehidupan Gereja, menggambarkan dengan nyata akan sebabnya orang Kristian percaya bahawa kehidupan sebagai orang percaya dalam Kristus, memang berbaloi untuk dijalani. Kumpulan penulis dan penerbit buku ini mempunyai visi bahawa keluarga Kristian tempatan, yang terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa, akan mendapat pengertian yang lebih baik tentang warisan Kristian mereka. Tujuan kumpulan ini adalah menguatkan iman orang Kristian melalui pengetahuan akan asal usul, kekayaan dan tradisi Gereja yang teruji. Dalam hal ini, iman orang percaya kepada Kristus, baik yang tua dan yang muda, akan ditunjang dengan lebih kukuh untuk bertahan menghadapi angin ribut daripada pihak penentang di luar. Gereja akan belajar bagaimana menghadapi dan “menjawab” keadaan semasa dengan menyelidik cara generasi awal , iaitu nenek moyang rohani kita, telah berjaya menunjukkan iman mereka di dunia nyata yang dipenuhi krisis dan cabaran. Kumpulan ini juga berharap agar gereja-gereja kita akan mengajarkan serta menggunakan sejarah gereja sebagai bahan pelengkap yang amat berharga dalam sukatan pelajaran pembentukan rohani, tanpa menyaingi tempat Alkitab yang terutama. Kumpulan penulis dan penerbit juga bertujuan untuk membantu orang yang mencari kebenaran dan pelajar agama untuk memahami iman Kristian melalui bahan sumber yang lebih ortodoks dan visual seperti buku ini. Visi dan matlamat kumpulan ini telah disampaikan dengan kaedah yang menarik perhatian dan berkesan, yang berisi tetapi menarik, sederhana tetapi mendalam, bergambar tetapi tidak cetek. Fakta-fakta dihidupkan oleh sentuhan biografi nyata dan cerita-cerita pendek yang dijalinkan dengan teks, sehingga membuatnya sangat mudah dibaca dan memberikan maklumat yang berguna. Buku ini mempunyai visual yang sangat baik dan sengaja direka bentuk sebagai buku yang mudah dibaca yang boleh menjadi “primer” yang akan memimpin kepada pemeriksaan dan penyelidikan yang lebih lanjut. Semoga Tuhan memberikan berkat-Nya kepada orang yang menggunakan buku yang penting ini – di sekolah, gereja, rumah atau di tempat lain. Sesungguhnya, buku ini adalah sumbangan penting kepada kita, anak-anak kita dan cucu kita. Bishop Ong Hwai Teik Gereja Methodist di Malaysia Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi

Upload: others

Post on 23-Nov-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

Pendahuluan Umum 8

Seksyen 1 – Permulaan Agama Kristian (c. 30-70 TM)Pendahuluan bagi Seksyen 1 13Bab 1 Permulaan 14Bab 2 Permulaan Gereja Perjanjian Baru 28

Seksyen 2 – Perjuangan Gereja untuk Terus Wujud (70-311 TM)Pendahuluan bagi Seksyen 2 42 Bab 3 Penganiayaan Bermula 44 Bab 4 Gereja Membela Diri 62Bab 5 Peperangan demi Kebenaran 75 Bab 6 Penganiayaan oleh Rom Berakhir 92Bab 7 Kehidupan Gereja dalam Abad-abad Awal 104

Seksyen 3 – Kemenangan Gereja dalam Empayar (312 – 500 TM)Pendahuluan bagi Seksyen 3 122Bab 8 Gereja Menjadi Berkuasa 124Bab 9 Kedatangan Biarawan 139 Bab 10 Krisis dan Majlis-majlis 151Bab 11 Agama Kristian Berkembang ke Timur 166Bab 12 Gereja Bertahan Lebih Lama Daripada Empayar 184

Peristiwa Utama dalam Lima Abad Pertama 200Bibliografi 201

Kata PengantarSocrates berkata bahawa kehidupan yang tidak diselidiki, tidak berbaloi untuk dijalani. Buku ini bertujuan untuk membantu kita menyelidiki hakikat kewujudan Kristian yang berpusat pada kehidupan yang berkelimpahan, yang diberikan oleh iman dalam Kristus, dalam tempoh 500 tahun yang pertama dalam sejarah Gereja. Tempoh 500 tahun yang pertama dalam kehidupan Gereja, menggambarkan dengan nyata akan sebabnya orang Kristian percaya bahawa kehidupan sebagai orang percaya dalam Kristus, memang berbaloi untuk dijalani.

Kumpulan penulis dan penerbit buku ini mempunyai visi bahawa keluarga Kristian tempatan, yang terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa, akan mendapat pengertian yang lebih baik tentang warisan Kristian mereka. Tujuan kumpulan ini adalah menguatkan iman orang Kristian melalui pengetahuan akan asal usul, kekayaan dan tradisi Gereja yang teruji. Dalam hal ini, iman orang percaya kepada Kristus, baik yang tua dan yang muda, akan ditunjang dengan lebih kukuh untuk bertahan menghadapi angin ribut daripada pihak penentang di luar. Gereja akan belajar bagaimana menghadapi dan “menjawab” keadaan semasa dengan menyelidik cara generasi awal , iaitu nenek moyang rohani kita, telah berjaya menunjukkan iman mereka di dunia nyata yang dipenuhi krisis dan cabaran. Kumpulan ini juga berharap agar gereja-gereja kita akan mengajarkan serta menggunakan sejarah gereja sebagai bahan pelengkap yang amat berharga dalam sukatan pelajaran pembentukan rohani, tanpa menyaingi tempat Alkitab yang terutama.

Kumpulan penulis dan penerbit juga bertujuan untuk membantu orang yang mencari kebenaran dan pelajar agama untuk memahami iman Kristian melalui bahan sumber yang lebih ortodoks dan visual seperti buku ini. Visi dan matlamat kumpulan ini telah disampaikan dengan kaedah yang menarik perhatian dan berkesan, yang berisi tetapi menarik, sederhana tetapi mendalam, bergambar tetapi tidak cetek. Fakta-fakta dihidupkan oleh sentuhan biografi nyata dan cerita-cerita pendek yang dijalinkan dengan teks, sehingga membuatnya sangat mudah dibaca dan memberikan maklumat yang berguna. Buku ini mempunyai visual yang sangat baik dan sengaja direka bentuk sebagai buku yang mudah dibaca yang boleh menjadi “primer” yang akan memimpin kepada pemeriksaan dan penyelidikan yang lebih lanjut.

Semoga Tuhan memberikan berkat-Nya kepada orang yang menggunakan buku yang penting ini – di sekolah, gereja, rumah atau di tempat lain. Sesungguhnya, buku ini adalah sumbangan penting kepada kita, anak-anak kita dan cucu kita.

Bishop Ong Hwai TeikGereja Methodist di Malaysia

Cerita Tentang Agama Kristian AwalIsi

Page 2: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

14 15

Permulaannya berlaku pada abad yang kita panggil abad pertama TM. Dalam Empayar Rom yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua

dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan penduduk negeri ini, bangsa yang dipanggil Yahudi, kerana negeri mereka terlalu kecil untuk menjadi sesuatu yang penting bagi empayar. Tetapi suatu hari, segalanya berubah. Suatu hal yang menggoncangkan dunia berlaku di wilayah kecil dan tidak penting ini, yang bakal menggoncangkan seluruh Empayar Rom.

Perkara ini bermula dengan beberapa orang Yahudi yang berjalan dari pekan ke pekan dan memberitakan bahawa Tuhan mempunyai berita baik bagi setiap

orang di dunia. Mereka mengatakan bahawa seorang lelaki bernama Yesus Kristus telah mati kerana dosa dunia dan dibangkitkan daripada kematian oleh Tuhan. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, kini orang boleh mempunyai hubungan dengan Tuhan

YesusSiapakah ini?Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat. Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah. Galatia 4:4-5

Pada penghujung tahun 20-an dalam abad pertama TM, sesuatu yang luar biasa berlaku di Yudea1. Di seluruh negeri, orang bercakap tentang seorang lelaki bernama Yesus dari kampung Nasaret. Mereka tidak pernah melihat orang seperti Dia. Mereka memanggil Yesus sebagai guru agung, seorang nabi, bahkan seorang pelaku mukjizat. Dia menyembuhkan penyakit mereka, mengusir roh-roh jahat, mengampunkan dosa dan mengajar orang tentang Tuhan dengan cara yang tidak pernah didengar. Dia menarik ribuan orang di mana saja

yang telah menciptakan mereka. Berita yang menghairankan dan tidak pernah didengar ini menyebabkan kegemparan. Banyak orang percaya dan mereka yang menjadi pengikut Yesus dikenali sebagai orang Kristian, umat Kristus. Berita baik ini cepat tersebar ke wilayah Empayar Rom yang lain dan ke tempat lain juga. Gerakan yang terbesar dalam sejarah manusia telah bermula.

Pada akhir abad ketiga, iman dalam Yesus ini, yang dipanggil sebagai agama Kristian, telah tersebar

Dia pergi, seperti seorang selebriti filem.

Tetapi bukan setiap orang teruja kerana Yesus. Para pemimpin agama Yahudi marah kepada-Nya kerana Dia memanggil mereka munafik. Yesus menuduh mereka sebagai lebih memperhatikan amalan agama secara luaran daripada mempunyai hati yang benar di hadapan Tuhan. Mereka mempersalahkan Yesus kerana mengaku diri-Nya sebagai Anak Allah. Bagi mereka, kenyataan itu adalah kata-kata kufur2 kerana bagi orang Yahudi, hanya satu Tuhan, iaitu Yahweh Tuhan mereka.

ke hampir setiap wilayah Rom, sampai ke Empayar Persia yang berdekatan dan ke sebelah timur sejauh India. Pada abad keempat, ia telah menjadi agama rasmi Empayar Rom. Dan agama ini telah terus tersebar di seluruh dunia sehingga hari ini. Apakah gerakan besar ini? Bagaimanakah ia tersebar dengan begitu cepat?

Untuk menjawab soalan-soalan ini, kita mesti bermula dengan melihat kepada Yesus dan dunia yang menjadi tempat permulaan agama Kristian.

Yesus dibawa ke istana Gabenor Rom, iaitu Pilatus.

Yohanes 8:28

Seni kaca berwarna klasik yang menggambarkan para rasul menyampaikan Berita Baik daripada bangunan Katedral St. Giles di Edinburgh, Scotland.

Foto oleh: Peter C. T . Lim1 Yudea, namanya berasal daripada kerajaan purba Israel yang bernama Yehuda; Yudea menjadi wilayah Rom pada 6 TM. Ia juga meliputi kawasan Samaria dan Idumea.2 ‘kufur’ bererti mengucapkan sesuatu yang tidak menghormati Tuhan.

1 Permulaan

Permulaan1

BAB

Page 3: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

16 17

Yesus Hidup

Dalam masa empat puluh hari seterusnya, Yesus berkali-kali menampakkan diri kepada para pengikut-Nya. Dia hidup! Tuhan telah membangkitkan Dia daripada kematian. Yesus mengajar para pengikut-Nya bahawa kematian-Nya di kayu salib adalah tindakan yang terbesar bagi kasih Tuhan untuk umat manusia. Dia menanggung hukuman atas dosa yang memisahkan setiap manusia daripada Tuhan. Kini setiap orang yang percaya kepada Yesus boleh hidup selama-lamanya dalam perhubungan baru dengan Tuhan.

Sebelum Yesus kembali ke syurga, Dia memberitahu para pengikut-Nya untuk pergi ke serata dunia dan mengkhabarkan berita baik ini. Para pengikut-Nya mentaati Dia dan pergi ke mana-mana, dan dengan berani bersaksi tentang semua yang telah diajarkan Yesus kepada mereka. Mereka rela menderita, bahkan mati kerana percaya kepada-Nya.

TuhanPerkara yang Dipersiapkan

Para pemimpin politik Yahudi berasa iri hati dan takut akan Yesus kerana Dia menjadi lebih popular daripada mereka. Orang memandang Dia sebagai penyelamat yang akan membebaskan mereka daripada pemerintahan Rom. Para pemimpin politik menjadi takut, jangan-jangan perkara ini membangkitkan kemarahan pihak berkuasa Rom sehingga masuk campur dan mengambil kuasa daripada mereka. Bersama dengan para pemimpin agama, mereka berkomplot untuk menangkap Yesus. Mereka menipu dalam perbicaraan dan menghukum Yesus dengan hukuman mati yang paling kejam – penyaliban, hukuman yang dijatuhkan oleh orang Rom atas penjenayah dan pengacau yang paling jahat.

Orang yang disalib selalunya ditelanjangi dan dibiarkan membusuk di kayu salib?

Penyaliban adalah cara melaksanakan hukuman mati sejak lama dahulu, dan penjenayah itu diikat atau dipakukan pada sebatang kayu salib. Orang yang disalib selalunya ditelanjangi dan kakinya dipatah-kan untuk memastikan dia cepat mati. Selepas mati, jenazah itu dibiarkan di atas kayu salib untuk mem-busuk dan dimakan oleh burung pemakan bangkai serta burung lain. Menurut tradisi lama, orang harus dikubur supaya orang lain menganggapnya meninggal dengan terhormat. Dengan itu, orang Rom menggunakan penyaliban untuk membuat orang meninggal sambil dipermalukan.

ADAKAH ANDA TAHU...

Sekiranya Yesus seorang manusia biasa, kematian-Nya menjadi kesudahan segala sesuatu. Para pengikut-Nya, atau murid-murid-Nya sebagaimana mereka dipanggil, akan mengingati Dia hanya sebagai seorang lelaki yang hendak

menyelamatkan dunia tetapi gagal kerana Dia mati. Tetapi tiga hari selepas penyaliban dan kematian-Nya, cerita disebarkan bahawa kubur-Nya kosong. Tubuh-Nya tiada di situ.

Ramai orang tidak begitu memikirkan berita baik daripada Tuhan, atau ‘injil’3 sebagaimana ia dipanggil. Seorang penulis Yunani, Celsus, telah mengatakan bahawa jika Yesus benar-benar Penyelamat dunia, maka Tuhan tidak bijak untuk mengutus Dia ke suatu bangsa yang tidak dikenal, yang tersembunyi di suatu sudut dunia. Tetapi orang Kristian awal tidak bersetuju dengannya. Mereka tidak percaya bahawa tempat dan masa kelahiran Yesus itu suatu kebetulan sahaja. Mereka melihat tangan Tuhan dalam semua peristiwa yang berlaku, termasuk orang dan keadaan yang berkisar pada kelahiran Yesus, dan penyebaran Injil. Bagi mereka, tiada suatu pun yang kebetulan atau kesilapan dalam seluruh

rancangan Tuhan bagi penebusan dunia.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas, kita mesti melihat pada hal-hal yang telah diatur oleh Tuhan: dunia Rom, budaya Yunani, dan Judaisme, iaitu agama orang Yahudi. Kata-kata Celsus salah apabila dia mengatakan bahawa negara yang tidak penting ini terletak di suatu sudut kecil di dunia. Ia sebenarnya terletak di tengah-tengah empayar, di persimpangan jalan yang menghubungkan benua Asia, Afrika dan Eropah. Tuhan telah memilih dengan baik kerana Yudea berada di kedudukan yang paling strategik bagi para pengikut Yesus untuk membawa Injil ke bahagian dunia yang lain.

Awal pagi pada hari pertama minggu itu, sewaktu masih gelap, para wanita pergi ke kubur dan melihat bahawa batu penutup telah digulingkan dari pintu kubur. Mat. 28:1-4

Setelah Dia membawa mereka ke luar kawasan Betania, Dia mengangkat tangan dan memberkati mereka. Semasa Dia memberkati mereka, Dia meninggalkan mereka dan diangkat ke syurga. Lukas 24:50-52

3 Istilah ‘injil’ berasal daripada perkataan Yunani ‘euangelion’ yang pada asasnya bererti ‘berita baik’.

1 Permulaan 1 Permulaan

Page 4: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

18 19

JALAN RAYA ROMSaliran

Batu TurapBatu Kecil dan KerikilAsas

Dunia RomEmpayar RomPara pengikut Yesus yang mula-mula, hidup pada zaman ketika kuasa besar di wilayah mereka itu satu sahaja – Rom. Empayar Rom pada abad pertama meliputi hampir seluruh wilayah Mediterranean dan merangkumi kawasan yang amat luas dalam tiga benua besar di dunia – Asia, Eropah dan Afrika. Dari Britain ke Afrika dan dari Sepanyol ke Siria, satu antara empat orang di bumi telah hidup dan mati di bawah undang-undang Rom.

Dalam Empayar Rom yang agung itu, di tempat pertemuan bahagian utara dan selatan, di situlah Yudea. Tiada negara lain yang berkedudukan di tengah kesemua lima benua dunia selain negara orang Yahudi. Celsus salah apabila mengatakan

pengganas di laut pada sebelumnya. Terdapat satu saja kekurangannya; orang harus belayar dalam kapal dagang bersama-sama semua barang dan haiwan kerana belum ada kapal penumpang pada masa itu.

Perjalanan di darat mudah dan tidak lagi berbahaya. Orang Rom pakar dalam kejurutera-an dan sangat bangga dengan jalan raya binaan mereka. Mereka merancang dengan teliti rangkaian jalan raya, dan membinanya supaya lurus. Mereka membina jalan raya dengan menggunakan batu sebagai dasar,

yang bertahan sampai hari ini. Walaupun tujuan utama jalan raya itu adalah membolehkan tentera bergerak dengan cepat ke mana saja untuk membela negara, namun rakyat dan pedagang juga diizinkan untuk menggunakan jalan raya itu tanpa berasa takut.

Pax Romana dan sistem jalan raya yang luas serta pelabuhan yang sangat baik telah mengizinkan para pengikut Yesus untuk berjalan ke mana-mana dengan bebas di seluruh Empayar Rom untuk memberitakan Injil (seperti kita lihat dalam Bab 2). Masa Tuhan memang tepat sekali.

Adakah anda tahu bahawa jalan raya Rom dibina dengan teliti supaya menurun dari tengah ke parit di sebelah-menyebelahnya? Dengan cara ini, hujan dapat mengalir dan tidak membuat jalan raya itu terlalu berlumpur. Ketika membina jalan raya di kawasan payah, mereka membina asasnya dengan kayu-kayu kecil dan kulit kambing biri-biri untuk menghalang tanah daripada terbenam.

Orang Rom juga mengebumikan orang mati di tepi jalan yang menuju ke luar dari pekan-pekan. Mereka berharap agar dengan cara ini hantu tidak akan kembali ke rumah lamanya.

Empayar Rom

bahawa negara yang tidak penting ini terletak di suatu sudut kecil di dunia. Sebenarnya, ia terletak di tengah empayar, di persimpangan jalan yang menghubungkan benua Asia, Afrika dan Eropah. Tuhan telah memilih dengan bijak kerana Yudea berada di kedudukan yang paling strategik bagi para pengikut Yesus untuk membawa Injil ke tempat-tempat lain di dunia.

Fail Fakta

Empayar Rom pada kemuncaknya

Keamanan RomPada 27 SM, Augustus, cucu saudara lelaki Kaisar Julius, menjadi Maharaja Rom yang pertama. Dia telah menghentikan beberapa perang saudara5 , memusnahkan musuh Rom dan menyatupadukan seluruh Empayar Rom. Oleh sebab dia seorang maharaja yang cekap, dia membawa keamanan dan kemakmuran kepada seluruh wilayah. Dia mempunyai tentera yang terlatih dan amat banyak, yang

berpangkalan di seluruh empayar untuk menjaga keamanan. Keamanan ini, Pax Romana (keamanan Rom) berterusan selama lebih 200 tahun dan mengizinkan ramai orang, termasuk orang Kristian, untuk berpergian dengan bebas di seluruh empayar tanpa berasa takut terhadap rompakan atau perang saudara.

Pelayaran di laut kini selamat kerana tentera laut Rom telah mengalahkan lanun-lanun yang menjadi

Fail FaktaPalestin, Wilayah Rom

Dalam usahanya untuk menghapuskan identiti orang Yahudi, Maharaja Hadrian menggabungkan wilayah Yudea dan Galilea pada 132 TM dan menamakan kawasan baru ini ‘Palestin’. Kadang-kadang para sarjana menggunakan ‘Palestin’ dan ‘Yudea’ secara berselang-seli untuk merujuk tanah air Yesus. Palestin yang menjadi wilayah Rom, meliputi kawasan yang kini negara Israel, wilayah Palestin, dan bahagian-bahagian di Siria, Lebanon dan Jordan.

Orang Rom dan Jalan Raya mereka yang Terkenal

Pada kemuncaknya dalam pertengahan abad ke-2 TM, Empayar Rom menguasai tanah seluas kira-kira 9.5 juta km persegi (atau 2.3 juta batu persegi). Ini merangkumi kebanyakan dunia bertamadun pada waktu itu.

5 ‘perang saudara’ merujuk kepada perang antara kumpulan berlainan di negara yang sama.

1 Permulaan 1 Permulaan

Page 5: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

20 21

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Frasa ‘semua jalan menuju ke Rom’ mempunyai kebenaran sejarah?

Semasa pemerintahannya, Maharaja Augustus membina tugu yang sangat indah yang dinamakan Batu Tanda Keemasan di tengah-tengah Rom (dinamakan Forum). Semua jalan raya yang menuju ke kota-kota utama di dalam

empayar dianggap bermula dari Batu Tanda Keemasan dan semua jarak diukur bermula dari titik itu. Rom amat membantu dalam penyebaran Injil ke berbagai-bagai bahagian empayar. Pada hari ini, jika anda melawat Rom, anda masih melihat asas tugu ini.

Kisah Benar Yang Baik, yang Jahat dan yang Lucu tentang Tentera Rom

Terdapat beberapa fakta tentang tentera Rom yang termasyhur. Berikut adalah beberapa hal yang anda tidak mungkin temukan dalam kebanyakan buku sejarah. Bacalah dan perhatikan berapa banyak yang anda benar-benar tahu tentang kehidupan dalam tentera Rom.

Benar atau Salah?

Anda tidak boleh menjadi askar dalam tentera Rom jika ketinggian anda di bawah 5 kaki 4 inci (163 cm).

Askar tidak boleh berkahwin sebelum mereka keluar daripada tentera.

Pakaian seragam, senjata, makanan dan pengebumian seorang askar dibayar oleh maharaja.

Askar Rom tidak menggunakan kertas tandas, tetapi dia menggunakan span yang dipasang pada hujung sebatang kayu yang telah dicelupkan di dalam air sejuk.

Lembing (pilum) seorang askar Rom mempunyai kepala logam yang akan patah setelah mengena pada suatu benda.

Ketua askar akan membawa sebatang rotan untuk menghukum askar yang tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya.

Askar yang melarikan diri dari medan perang akan direjam batu sehingga mati.

Askar yang menyelamatkan tentera yang dikepung akan diberi mahkota emas.

Seorang askar boleh menjadi lebih kaya dengan merampas harta daripada orang yang dikalahkan oleh tentera Rom. Pihak tentera mengambil dua bahagian daripada setiap tujuh bahagian gaji seorang askar dan menyimpannya untuk askar tersebut supaya dia boleh bersara dengan selesa.

ADAKAH ANDA TAHU...

Batu Tanda Keemasan di tengah-tengah Rom yang dinamakan Forum.

5 kaki 4 inci (163 cm) tinggi. Seorang askar Rom menggunakan span.

Seorang askar boleh menjadi lebih kaya.

Askar yang tidak menjalankan tugas akan dihukum.

1 Permulaan 1 Permulaan

Page 6: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

22 23

1. Benar. Ketinggian seorang askar harus di antara 163 cm (5 kaki 4 inci) dan 183 cm (6 kaki). Peraturan ini kadang-kadang dilanggar apabila tentera sangat memerlukan orang.2. Benar. Bagaimanapun, sering kali orang mempunyai isteri di luar kem. Kerana kehidupan dalam tentera boleh membuat askar kesepian, beberapa orang ibu Rom mengirim surat dan bungkusan kepada anak- anak lelaki mereka untuk mengubati rasa rindu anak-anak tersebut akan rumah sendiri.3. Salah. Seorang askar harus membayar untuk semua itu dengan wang sendiri.4. Benar. Mereka akan berkongsi span itu dengan semua orang lain di tandas awam. Kadang-kadang mereka menggunakan segumpal lumut tetapi itu akan dibuang. 5. Benar. Hal itu disengaja supaya musuh tidak dapat mengambil lembing itu dan melempar kannya semula.

6. Benar. Disiplin sangat penting bagi tentera Rom. Oleh itu, askar dihukum kerana kesalahan yang kecil pun. 7. Salah. Askar akan dihukum bunuh dengan dipukul. Bagaimanapun, jika askar itu membahayakan unitnya, dia akan direjam dengan batu sampai mati dan sesama askar dalam unit itu akan merejamnya. 8. Salah. Dia akan diberi hadiah dengan mahkota yang diperbuat daripada rumput yang dipintal. Mahkota emas hanya diberi jika askar itu adalah yang pertama melepasi tembok sebuah kota musuh. 9. Benar. Dia boleh mengambil wang, ternak, atau bahkan orang tawanan untuk dijual sebagai hamba abdi.10. Benar. Seorang askar akan diberi semua simpanannya ditambah dengan sebidang tanah sebagai tempat dia bersara dengan selesa, jika dia hidup lama. Seorang askar akan berkhidmat selama 25 tahun dalam tentera Rom.

JawapanDengan semua faktor ini, suasana keagamaan adalah sesuai bagi penyebaran Injil. Sebarang berita baru dialu-alukan, dan tawaran Yesus akan penyelamatan dan hidup baru bukan saja berita baru tetapi juga berita baik. Agama-agama misteri itu telah membuka jalan bagi kedatangan agama Kristian kerana para penganut Kristian percaya akan suatu jenis penyelamatan dan juga janji hidup kekal. Bagaimanapun, bagi mereka, ini hanya boleh diterima melalui beberapa upacara rahsia. Sebaliknya, Injil menekankan penyelamatan daripada dosa dan hidup kekal bagi setiap orang melalui tindakan Tuhan yang tidak tersembunyi, dan perkara ini menjadi lebih menarik lagi bagi ramai orang.

Fail FaktaDaya Tarik Agama-Agama Misteri

Orang Rom suka menerima pelbagai jenis idea dan agama baru. Mereka sangat mengagumi semua yang datang dari Timur Dekat, terutama yang berasal dari Mesir dan Persia. Kultus Mithras dari Persia sangat disukai oleh tentera. Kultus Isis dari

Mesir, dewi keibuan dan kesuburan, dan disembah sebagai ibu dan isteri yang ideal, sangat menarik bagi orang daripada semua lapisan masyarakat. Kedua-dua kultus itu berkembang dalam empayar sehingga abad keempat apabila Maharaja Theodosius mengharamkan amalan agama lain kecuali agama Kristian.

Fail FaktaOrang Rom dan Dewa-Dewa Rumah Tangga Mereka

Setiap rumah tangga orang Rom mempunyai dewa-dewa yang dipanggil Lares (sama dengan rumah-rumah penganut Tao yang mempunyai Dewa Dapur) untuk melindungi mereka dan bekalan makanan. Mereka mempunyai mazbah kecil di dalam rumah dan di situ mereka meletakkan persembahan makanan, bunga, kemenyan, minyak atau bahkan wain. Rumah-rumah yang lebih kaya mempunyai patung-patung kecil atau lukisan dewa-dewa dan dewi-dewi rumah tangga. Mereka percaya bahawa penting sekali menyenangkan hati dewa-dewa dan dewi-dewi itu dengan pemberian dan patung. Mereka juga mempunyai dewa yang dipanggil Penates bagi almari makanan untuk memastikan tiada sesiapa pun curi-curi mengambil makanan untuk jamuan tengah malam, dan dewa Janus yang bermuka dua untuk memperhati orang yang masuk dan keluar dari rumah.

Sebaliknya, orang Kristian tidak mempunyai patung untuk menggambarkan Tuhan atau persembahan untuk menyenangkan hati-Nya. Mereka tidak perlu berasa takut akan Tuhan yang telah mempersembahkan diri-Nya sebagai korban untuk mereka dan kini Dia tinggal dalam kehidupan mereka. Oleh itu, ramai orang meninggalkan dewa-dewa mereka dan mengikut Yesus.

ADAKAH ANDA TAHU...

Bahawa orang Rom mempunyai perkhidmatan pos?

Sedihnya, perkhidmatan pos itu bukan un-tuk rakyat biasa. Ia hanya digunakan untuk tujuan pentadbiran dan hanya beberapa pegawai tertentu yang berhak menggunakannya. Bagi orang biasa, surat-surat adalah kaedah komunikasi yang digemari tetapi hanya dibawa oleh pembawa surat persendirian, kawan-kawan atau sesiapa saja yang pergi ke tujuan yang tepat. Orang Kristian yang menjelajah dari kota ke kota akan membawa surat-surat untuk diedarkan ke gereja-gereja awal. Biasanya, perkhidma-tan pos tidak meliputi lebih daripada 36 batu (58 km) dalam sehari. Oleh itu, berita bergerak dengan amat perlahan berbanding dengan Internet pada hari ini.

Suasana KeagamaanOrang Rom tidak eksklusif dalam kepercaya-an agama mereka. Selain penyembahan kepada dewa-dewa tradisi mereka (seperti Musytari dan Marikh), pihak penguasa Rom bertoleransi terhadap agama lain selagi tidak mengancam ketenteraman awam. Empayar itu penuh dengan berbagai-bagai dewa kerana setiap kali tentera Rom menakluki tanah baru, mereka juga menganuti dewa-dewa di tempat itu.

Bagaimanapun, di beberapa bahagian empayar itu, banyak orang tidak lagi percaya kepada dewa-dewa mereka sendiri kerana merasa bahawa dewa-dewa tersebut tidak melindungi mereka daripada dikalahkan oleh Rom. Mereka tidak lagi percaya pada cerita-cerita hebat tentang dewa-

dewa dan dewi-dewi mereka yang asyik bergaduh dan tidak berakhlak. Orang ingin mendapatkan sesuatu yang baru dan menarik untuk dipercayai. Agama-agama misteri Timur Dekat6 seperti kultus Isis dari Mesir dan kultus Mithras dari Persia kesukaan ramai. Agama-agamaitu dipanggil ‘agama-agama misteri’ kerana melibatkan upacara-upacara rahsia yang hanya diketahui oleh penganut. Ramai orang tertarik dengan kultus-kultus itu kerana mempunyai banyak upacara misteri.

menjadi

Zeus, Raja dewa-dewa Yunani, yang juga dikenali sebagai Musytari oleh orang Rom. Foto oleh: Peter C. T. Lim.

6 Timur Dekat purba merujuk kepada kawasan yang sama dengan Timur Tengah moden – Mesopotamia, Persia, Asia Kecil, Siria, Palestine dan Mesir.

1 Permulaan 1 Permulaan

Page 7: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

24 25

Bahawa Septuaginta (LXX) diterjemahkan oleh 70 orang sarjana dalam 72 hari?

Septuaginta, versi Yunani bagi Perjanjian Lama, diterjemahkan di Alexandria, Mesir, pada kira-kira 250 SM. Nama Septuaginta berasal daripada septuagint dalam bahasa Latin yang bererti ‘tujuh puluh’ kerana suatu cerita yang menyatakan bahawa ia diselesaikan oleh 70 orang sarjana, yang diperintahkan oleh Raja Ptolemy II Philadelphus Mesir. Septuaginta sering ditulis hanya sebagai LXX, iaitu tujuh puluh, kerana angka Rom L dan X merujuk kepada nilai lima puluh dan sepuluh. Terdapat juga cerita-cerita lain tetapi bagi orang Yahudi, Septuaginta telah diilhamkan oleh Tuhan, apapun cerita lain. Ia digunakan oleh orang Yahudi yang berbahasa Yunani dan orang Kristian, dan masih digunakan dalam Gereja Orthodox Timur pada hari ini.

Agama Yahudi pada Abad PertamaPersiapan yang paling besar bagi kedatangan Yesus adalah dalam Judaisme, agama Yahudi, umat pilihan Tuhan. Selama berabad-abad Tuhan telah memberi mereka nabi-nabi untuk mengajar tentang siapa Dia dan bagaimana cara hidup sebagai bangsa yang dipanggil dengan nama-

Nya. Orang Yahudi amat setia menyembah Tuhan yang esa ini dan menunggu penepatan janji bahawa Dia akan membangkitkan seorang Mesias (ertinya

‘Yang Diurapi’ dalam bahasa Ibrani) dalam kalangan mereka untuk membebaskan mereka daripada dosa. Mereka telah menantikan Mesias

atau Kristus ini (Yunani bagi ‘Yang Diurapi’) untuk sekian lama. Pada waktu yang ditentukan Tuhan, Yesus dilahirkan dalam keturunan

orang Yahudi untuk memenuhi misi-Nya sebagai Kristus, dan itulah sebabnya Dia bernama Yesus Kristus. Orang Yahudi,

dalam sepanjang sejarah mereka sebagai bangsa milik Tuhan, mereka telah tersebar ke banyak negara di luar

Yudea. Pada waktu Yesus lahir, lebih banyak orang

Budaya Yunani Kisah Benar Ayam dan Hati

Adakah anda kalah dalam peperangan jika anda tidak sabar terhadap ayam? Rupanya orang Rom beranggapan begitu! Tentera Rom pun mempunyai dewa-dewa dan kepercayaan karut. Seorang jeneral mungkin melihat hati suatu binatang untuk mendapatkan petanda tentang keadaan peperangan nanti. Mereka juga mungkin memperhati cara ayam keramat mereka makan makanan ayam.

Ada sebuah cerita yang mengisahkan seorang komander tentera laut, Claudius Pulcher, yang membawa ayam-ayam keramatnya belayar di laut ketika dia berperang dengan tentera laut Carthage dalam Perang Punic. Apabila beberapa ayamnya tidak makan (mungkin ayam itu mabuk laut), dia memerintahkan supaya ayam itu dibuang ke laut dan berkata, “Jika ayam itu tidak makan, biarlah ayam itu minum!” Lalu dia kalah dalam peperangan dan askar-askarnya mempersalahkan dia kerana dia telah melemaskan ayam-ayam keramat.

Orang Yunani juga menyumbang kepada persiapan dunia untuk menerima agama Kristian baru melalui bahasa dan idea mereka. Aleksander Agung dan tenteranya menjadikan Yunani atau budaya Yunani – kesenian Yunani, idea Yunani dan bahasa Yunani – disukai ramai di mana saja mereka pergi. Orang Rom sangat dipengaruhi oleh budaya Yunani, terutama dalam kesenian dan kesusasteraan. Ramai rakyat Rom celik huruf dan suka akan pertukaran pendapat, suatu kesinambungan daripada tradisi Yunani dalam perbahasan bebas. Hal ini membuat mereka terbuka untuk mendengar orang Kristian awal ketika mereka menceritakan iman mereka. Semasa rasul Paulus berada di Atena (Kisah 17:16-34), kita mendapati dia berdebat dengan orang di sana dan dijemput untuk berkongsi dengan mereka tentang ajaran barunya.

Bahasa Yunani adalah salah satu sumbangan terbesar budaya Yunani kepada dunia purba. Walaupun Latin adalah bahasa rasmi dalam Empayar Rom, bahasa Yunani7 ialah bahasa sepunya yang digunakan, terutama di wilayah-wilayah timur, sama seperti bahasa Inggeris pada hari ini. Kebanyakan orang mengetahui bahasa Yunani dan juga dialek mereka sendiri. Oleh itu, berbeza dengan mubaligh moden kita yang harus menggunakan beberapa tahun untuk mempelajari bahasa di negara yang ditujui, orang percaya yang mula-mula boleh bercakap kepada mana-mana kumpulan orang darihal Yesus dalam bahasa Yunani, ke mana saja mereka pergi dalam empayar. Bahasa sepunya ini sangat membantu dalam penyebaran berita Injil. Pada awalnya, pusat-pusat utama agama Kristian terletak di bahagian timur empayar yang berbahasa Yunani.Semua tulisan yang akhirnya membentuk Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani.

Adakah BENAR…

Bahkan terdapat juga terjemahan Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani, iaitu Septuaginta, untuk orang Yahudi yang berbahasa Yunani atau berbudaya Yunani yang tinggal di luar Yudea dan tidak tahu bahasa Ibrani. Seluruh kitab yang kini menjadi Alkitab kita, mula-mula terdapat dalam bahasa Yunani dan membuka jalan bagi orang untuk membaca sendiri Firman Tuhan.

Bahagian dalam rumah ibadat Yahudi adalah seperti ini pada zaman Yesus. Gambar diambil daripada Siri Penjelajahan Alkitab Kanak-Kanak, Berita Baik Jilid 1.

Apollo (anak lelaki Zeus, Raja dewa-dewa), dewa Yunani bagi kerasionalan. Foto oleh: Peter C. T. Lim.

Dalam mitos Yunani, Hermes, seorang lagi anak lelaki Zeus, ialah pembawa berita daripada dewa-dewa kepada manusia dan penjaga para pengembara. Hermes juga dikenali sebagai Utarid oleh orang Rom. Foto oleh: Ps Chris Choo

7 Bahasa Yunani ini dipanggil Yunani ‘koine’ (koine bererti ‘sepunya’ dalam bahasa Yunani). Ia bangkit sebagai dialek sepunya dalam kalangan tentera Aleksander Agung. 8 Menurut Polybius, ahli sejarah Yunani pada abad kedua SM.

1 Permulaan 1 Permulaan

Page 8: Cerita Tentang Agama Kristian Awal Isi...yang begitu besar sehingga meliputi tiga benua dunia, terdapat sebuah wilayah kecil bernama Yudea. Pada umumnya, orang Rom tidak mempedulikan

26 27

Fail Fakta

Salasilah Keluarga Orang Yahudi Diaspora

Orang Yahudi Diaspora (juga dipanggil Orang Yahudi dalam Penyerakan)(mereka tinggal di luar Yudea dan ramai antara mereka tidak tahu bahasa Ibrani, bahasa ibunda mereka)

Orang Yahudi ditawan oleh orang Asyur dan orang Babilo-nia beberapa abad lebih awal

dan mereka tidak pernah kembali ke tanah air mereka.

Orang Yahudi berpindah sebagai pedagang, peladang dan kerjaya lain untuk mencari peluang yang

lebih baik, terutama selepas zaman Aleksander Agung.

Orang Yahudi dipaksa menjadi askar oleh penakluk mereka atau ditawan sebagai tawanan perang untuk menjadi hamba abdi; mereka mendapat kemerdekaan

tetapi terus tinggal di negara-negara itu.

Jangan sekali-kali menganggap rendah kuasa daripada perkara kecil atau yang tidak penting. Penulis Yunani, Celsus berfikir Tuhan itu bodoh kerana mengutus Penyelamat ke wilayah kecil yang tidak terkenal tetapi sejarah menunjukkan bahawa Tuhan memang bijaksana. Palestin terletak di persimpangan yang dikenal pada masa itu dan menjadi pusat penyebaran Injil.

Percayalah bahawa Tuhan itu berdaulat dan mengawal seluruh sejarah. Dia telah menyusun segala sesuatu, termasuk kaum dan bangsa yang berperanan penting dalam kewujudan dan penyebaran agama Kristian. Bahkan ketika anda tidak memahami apa yang berlaku di dunia atau dalam kehidupan anda, percayalah bahawa Tuhan yang sama bekerja di sebalik peristiwa dan sentiasa menguasai segala sesuatu.

Gunakan segala sesuatu yang tersedia demi kepentingan Injil. Para mubaligh yang mula-mula menggunakan segala kesempatan yang disediakan oleh dunia zaman mereka – rangkaian perhubungan yang baik, Pax Romana, dan kebebasan untuk pergi ke mana-mana – untuk menyebarkan berita baik. Apakah sumber dan peluang yang tersedia pada hari ini yang dapat digunakan oleh gereja?

Menghadapi Cabaran

Sudut SembangFikirkan negara anda…

Menurut anda, dalam hal apakah Tuhan telah mempersiapkan negara anda menjadi sebahagian rancangan-Nya untuk menyebarkan Injil?

Bebarapa pemikiran:

Misalnya, Malaysia dan Singapura terletak secara strategik di antara Timur Tengah, India dan China, dan Asia Tenggara.

Dengan latar belakang pelbagai budaya, kebanyakan orang Malaysia atau Singapura tidak menghadapi masalah banyak untuk menyesuaikan diri dengan budaya negara-negara di sekeliling, berbanding para mubaligh yang berasal dari bahagian barat dunia.

Yahudi tinggal di negara luar berbanding bilangan yang ada di tanah air. Mereka dipanggil Yahudi Diaspora dan mereka tersebar ke seluruh Empayar Rom dan di tempat-tempat lain. Mereka mempunyai sekolah dan rumah ibadat sendiri, suatu tempat bagi mereka berkumpul untuk berdoa dan belajar Kitab Suci serta beribadat kepada Tuhan pada hari Sabat. Kerana itu, agama Yahudi dikenali oleh orang di sekeliling mereka. Banyak orang bukan Yahudi, atau dikenali sebagai bangsa-bangsa lain, tidak puas hati dengan agama mereka sendiri dan tuhan yang banyak. Mereka tertarik pada agama Yahudi dengan Tuhan yang

Pada abad pertama Tahun Masihi, negara-negara di sekeliling Yudea, terutama Empayar Rom dengan budaya Rom dan Yunani, telah dipersiapkan untuk kedatangan Yesus. Pada ‘masa yang ditentukan’, Yesus Kristus, Anak Allah, datang ke dunia untuk melaksanakan rancangan Tuhan untuk memulihkan hubungan dunia dan segenap umat manusia dengan Tuhan.

satu dan ajaran-Nya untuk menjalani hidup yang benar dan berakhlak.

Oleh itu, banyak orang bangsa lain menjadi penganut baru, iaitu menjadi pengikut agama Yahudi. Terdapat juga orang yang percaya tetapi tidak mahu menjadi penganut. Mereka dikenali sebagai orang bangsa lain yang takut akan Tuhan dan mereka beribadat bersama-sama orang Yahudi di rumah ibadat Yahudi. Banyak orang daripada golongan ini bersedia untuk percaya apabila Berita Baik dikongsi dengan mereka kerana mereka sudah mengetahui cerita tentang Tuhan dan janji-janji-Nya.

Kelanjutan buku ini meneruskan cerita tentang Tuhan yang bekerja apabila berita baik-Nya tersebar dan mengesankan kehidupan orang dan bangsa-bangsa sepanjang 500 tahun pertama dalam sejarahnya. Dengan kedatangan Yesus, maka pentas tersedia untuk kewujudan gereja Perjanjian Baru, yang kita akan lihat dalam bab seterusnya.

Pelancaran Gerakan Yesus

1 Permulaan 1 Permulaan