3. proses hanyutan benua

Upload: abdmalikahmed

Post on 11-Jul-2015

1.116 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

For STPM Geography Student

TRANSCRIPT

HANYUTAN BENUA ..\..\..\FORM 6\PHYSICAL GEOGRAPHY\POWERPOINT PRESENTATIONS\hanyutan benua.movKonsep hanyutan benua Satu teori yang menerangkan bahawa bahagian-bahagian benua boleh bergerak di permukaan bumi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat pada plat tektonik ( kerak bumi ). Kata kunci bahagian-bahagian benua boleh bergerak kelemahan-kelemahan yang terdapat pada plat tektonik ( kerak bumi )

TEORI TEORI HANYUTAN BENUA (i) Teori awal Salah seorang ahli sains terawal mengemukakan teori hanyutan benua ialah Alfred Wegener pada tahun 1925. Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea. Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali sebagai Panthalassa ( merupakan lautan pasifik hari ini ). Pangea dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan. Benua-benua ini kemudiannya berpecah dan bergerak secara perlahanlahan meninggalkan antara satu sama lain.

225 juta tahun yang lalu ( zaman Karboniferus) Bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea. Daratan atau tanah besar ini dikelilingi oleh sebuah laut purba yang dikenali sebagai Panthalassa ( merupakan dasar lautan Pasifik pada hari ini ). Pangaea ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara dan Gondwana di hemisfera selatan.

200 juta tahun yang lalu ( zaman Triasik tengah ) Berlaku 2 hanyutan atau pergerakan benua. Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada 2 bahagian yang utama iaitu Laurasia di sebelah utara yang mengandungi benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia.Laurasia juga mengandungi lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik. Manakala di sebelah selatan ialah Gondwana yang terdiri daripada benuabenua Afrika, Amerika Selatan,Antartik,Australia dan benua kecil India. Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik Selatan, dan lautan Hindi. Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan terpisah daripada kedua-dua bahagian ini.

-

135 juta tahun yang lalu ( zaman Jurasik Akhir) Proses hanyutan benua telah berlaku dengan lebih giat. Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia bergerak kearah timur dan berpisah daripada Antartik.

65 juta tahun yang lalu ( zaman Kretasius Akhir ) Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius. Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan benua Afrika. Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan menghampiri benua Asia. Benua kecil India terus hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan Atlantik.

.

50 juta tahun yang lalu ( zaman Tertiari ) Proses hanyutan benua terus berlaku. Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah daripada benua Eropah. India telah bersambung dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan bercantum semula. Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulaupulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.

BUKTI-BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA 1. Bukti keselanjaran benua Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika. Kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan.

2. Bukti geologi Persamaan ciri bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan Bastar , India dengan yang dilombong Yampi Sound, Australia. Emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya ( 2,400 juta tahun ) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie, Australia. Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua benua tersebut pernah bercantum.

3. Bukti iklim purba Proses glasier purba zaman Karboniferus membuktikan bahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernah bercantum. Contoh, terdapat persamaan kedudukan batuan yang terdapat di Iapo, berdekatan Sao Paulo, Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di Cape Town , Afrika Selatan. Mendapan glasier Pra Kambrian yang terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama jenis dengan mendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil ( kedua-duanya berusia antara 600 -800 juta tahun )

-

4. Bukti Paleontologi atau fosil G.G. Simpsons ( 1943 ), menyatakan sebahagian besar reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan bersamaan keturunan yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air bernama Mesosaurus. Fosil kerangan dan lapisan batu kapur yang dijumpai di Umaria, bahagian utara India mempunyai persamaan dengan yang dijumpai di Pantai Barat Australia.

-

5. Bukti sistem gunung lipat

-

Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur Amerika utara mempunyai persamaan dengan banjaran-banjaran yang wujud di Scotland. Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat di sebelah barat Greenland dikatakan mempunyai sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia di barat laut Eropah. Kedua-dua persamaan ini membuktikan bahawa benua Amerika utara pernah bercantum dengan benua Eropah.

6 . Bukti Paleomagnetisme / kemagnetan purba S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa pembentukannya dan akan menetap medan magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi iaitu ke arah utara . Kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah kutub utara mula mengalami perubahan pada zaman geologi yang berlainan. Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku disebabkan pergerakan benuabenua.

-

KESAN-KESAN FIZIKAL AKIBAT HANYUTAN BENUA 1. Pemisahan benua-benua utama / pembentukan benua-benua Semasa zaman karboniferus, bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea . Pergerakan atau hanyutan benua telah menghasilkan benua-benua baru seperti sekarang seperti benua Asia, Afrika, Amerika utara, Amerika Selatan, Eropah, Austrlia dan Antartika.

2. Pembentukan jurang lautan selari dengan bumi Hanyutan benua telah menghasilkan jurang-jurang lautan terutama sekali di pinggir benua Asia, iaitu di Lautan Fasifik dan Lautan Hindi seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanao, Jurang Jepun, Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan sebagainya.

3. Pembentukan garis pantai yang panjang. Pemisahan benua tunggal ( Pangea ) telah menghasilkan benua-benua dan pulau-pulau di permukaan bumi.

-

Pembentukan benua-benua dan pulau-pulau telah menyebabkan kawasan pinggir pantai ( garis pantai ) lebih panjang daripada sebelumnya.

4. Pembentukan pulau-pulau Evolusi hanyutan benua pada zaman tertiari menjelaskan benua Amerika Utara telah berpisah dengan benua Eropah, Benua Kecil India bersambung dengan benua Asia, Amerika Selatan dan Amerika Utara bercantum. Saki baki tanah yang tertinggal membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan kepulauan Fasifik.

5.

Pembentukan ciri-ciri fizikal khusus di permukaan bumi khususnya di kawasan pinggir pantai seperti fiord, tebing tinggi dan sebagainya.

6. Pembentukan laut dan selat Hanyutan benua telah mewujudkan laut-laut baru dan selat-selat seperti Lautan Fasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan selat-selat seperti Selat Melaka , Selat Bass, Selat Gibraltar dan sebagainya.

(ii)

TEORI PELUASAN / PEREBAKAN DASAR LAUTAN - Teori yang dikemukakan oleh ahli geoglogi berdasarkan penemuan permatang dan lurah di dasar laut. - Magma yang panas daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian kerak bumi didasar lautan. - Dasar lautan kemudiannya akan mengalami retakan dan retakan ini dikenali sebagai sempadan pencapahan. - Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan menyebabkan magma tersebut memenuhi retakan atau rekahan tersebut lalu membeku dan membentuk permatang dasar laut. - Pergerakan magma yang berlaku secara berterusan menyebabkan retakan menjadi semakin membesar. - Dasar laut lama akan tertolak kearah kedua-dua belah bagi membolehkan dasar laut baru yang lebih besar terbentuk.

- Ianya di buktikan dengan mengkaji batuan di dasar lautan di mana batuan berdekatan dengan permatang lautan adalah lebih muda berbanding batuan yang jauh daripada permatang lautan. - Ini menunjukkan magma baru telah mengalir keluar dan membeku di zon permatang dasar lautan. - Batuan yang lebih jauh telah lama terbentuk.

Rajah : Perluasan / perebakan dasar lautan

(iii)

TEORI TEKTONIK PLAT Mengikut teori ini kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat. Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan. Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut. Pergerakan plat-plat dalam pelbagai arah sama ada mewujudkan pertembungan plat, pencapahan plat atau perselisihan plat. Daya mampatan ( pertembungan plat ) akan menyebabkan kerak bumi terlipat lalu menghasilkan gunung lipat dan daya tegangan ( pencapahan plat ) akan menghasilkan lurah.

Rajah.: Sel-sel Arus Perolakan Magma di Bawah Kerak Bumi.

Peta. : Plat-Plat Tektonik Sekarang.

JENIS SEMPADAN PLAT TEKTONIK o Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan pertembungan. o Manakala pergerakan plat-plat ke arah yang bertentangan menyebabkan terjadinya sempadan pencapahan / pemisahan.

Pergerakan Plat Secara Pertembungan

Pertembungan Plat Benua Dengan Plat Lautan Perhatikan Rajah di atas Plat Benua bertembung dengan Plat Lautan diatas menunjukkan pertembungan antara plat benua dengan plat lautan. Kejadian ini menyebabkan plat lautan menjunam ke bawah plat benua. lni berlaku kerana plat lautan lebih tumpat. Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam. Misalnya pertembungan Plat Pasiflk dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia.

Pertembungan Plat Benua Dengan Plat Benua Apabila Plat Benua bertembung dengan Plat Benua seperti rajah di bawah, mampatan benua akan berlaku. Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan

Pertembungan Plat Lautan Dengan Plat Lautan

Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut.

Peta. : Plat Tektonik Asia Tenggara

Peta : Plat-plat tektonik yang utama di dunia KEJADIAN GEMPA BUMI o Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi. o Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba. o Ini menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi.

o Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan berlaku di kawasan yang tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada mangsa. o Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter. o Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;1. gempa bumi di sempadan perpisahan plat lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud lapan dan focusnya sedalam 25 km. 2. gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3 3. gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitud melebihi 9. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar bentuk pergerakan gelombang. o Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk. o Ukuran kekuatan gempa bumi diukur dengan alat Seismograf dalam bacaan skala ritcher diperkenalkan oleh Charles Ritcher 1935. ( Bacaan kurang daripada 2 tidak dirasai oleh manusia, manakala bacaan lebih daripada 6 dianggap sebagai gempa bumi yang serius.) o Laporan Gempa Bumi besar dalam sejarah yang dicatatkan adalah di China 1976 ( kematian 255 000 orang ), Jepun 1923 ( kematian 143 000 orang ), Peru 1970 ( kematian 66 000 orang ) dan Iran 1990 ( kematian 50 000 orang ). o Lokasi kawasan aktif gempa bumi adalah 1. Sekitar Lautan Pasifik ( Lingkaran Api Pasifik ) 2. Permatang Tengah Atlantik. 3. Kawasan Hotspots ( Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Long Island. 4. Jaluran Kawasan Mediterranean.

Rajah. : Keratan rentas kerak bumi Asia Tenggara yang menggambarkan prosesproses Plat Tektonik ( Gempa Bumi ) dalam zon pertembungan plat.

Peta Dunia : Taburan gunung berapi, penara basalt dan kawasan gempa bumi yang utama

Gempa Bumi Di Aceh

Stpm 2006 1.a). Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua. b). Huraikan mengapa belaku hanyutan benua. c). Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi. 2. a). Apakah yang anda faham tentang istilah tenaga endogenetik. b). Jelaskan secara ringkas Teori Perebakan Dasar Lautan dan Teori Plat Tektonik. c). Jelas kesan pengaruh kawasan plat tektonik dalam mencorakkan landskap muka bumi. 3. a). Jelaskan secara ringkas tentang jenis-jenis gerakan bumi. b). Terangkan bagaimana pergerakan-pergerakan bumi tersebut mempengaruhi bentuk muka bumi. c). Huraikan pengaruh pergerakan-pergerakan bumi tersebut terhadap kehidupan manusia. 4. a). Apakah yang faham tentang gempa bumi. [5] b). Jelaskan bagaimana gempa bumi boleh belaku. c). Huraikan kesan-kesan fizikal dan budaya akibat daripada gempa bumi. 5.(a) Pada peta dunia yang disediakan, labelkan satu kawasan aktiviti gunung berapi bagi setiap benua. (b) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi. (c) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia.

[5] [10] [10 ] [5] [10] [10] [5] [10] [10] [10] [10]

[5] [8] [12]