cerita spontan bercerita

6
Hari Kemerdekaan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya? Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ””Hari Kemerdekaan””. Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada setiap tahun, negara kita menyambut kemerdekaan. Pada tahun ini, kita menyambut kemerdekaan yang ke 58 pada setiap 31 Ogos 2015. Saya sangat suka kerana dapat menyambut hari kemerdekaan kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara. Setiap kali tibanya hari kemerdekaan, saya akan memasang bendera di basikal saya. Ayah pula akan memasang bendera di kereta dan rumah kami. Saya sangat gembira. Di sekolah saya pula, banyak bendera yang akan di pasangkan di setiap kelas dan bilik guru. Kami akan menyanyi lagu Merdeka pada waktu pagi semasa perhimpunan.

Upload: cik-winda

Post on 09-Nov-2015

1.035 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

pertandingan

TRANSCRIPT

Hari Kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Hari Kemerdekaan.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Pada setiap tahun, negara kita menyambut kemerdekaan. Pada tahun ini, kita menyambut kemerdekaan yang ke 58 pada setiap 31 Ogos 2015. Saya sangat suka kerana dapat menyambut hari kemerdekaan kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.Setiap kali tibanya hari kemerdekaan, saya akan memasang bendera di basikal saya. Ayah pula akan memasang bendera di kereta dan rumah kami. Saya sangat gembira. Di sekolah saya pula, banyak bendera yang akan di pasangkan di setiap kelas dan bilik guru. Kami akan menyanyi lagu Merdeka pada waktu pagi semasa perhimpunan.

Ha, moral cerita saya pada hari ni ialah kita mestilah menanamkan rasa cinta kepada negara kita dengan menyambut hari Merdeka. Sekian, terima kasih.Menonton televisyen

Wah, seronoklah cerita ini, kan ibu?

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa cerita saya pada hari ini?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Menonton televisyen.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Saya ada ibu, ayah, abang dan kakak. Saya adalah anak bongsu. Saya sayang akan keluarga saya.

Pada setiap hujung minggu, kami akan menonton televisyen bersama-sama.Banyak cerita yang menarik yang di tayangkan ditelevisyen. Saya dan kakak suka tengok cerita kartun, ibu saya suka tengok drama Melayu bersama abang dan ayah.

Moral cerita saya pada hari ini, kita perlu menghabiskan masa dengan keluarga kita agar hubungan kita lebih rapat.Sekian, terima kasih.

Kemalangan Jalan Raya

Eeekkkkkkk......bommmmmm...

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa cerita saya pada hari ini?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Kemalangan Jalan Raya.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Pada hujung minggu yang lalu, ada kemalangan berlaku di hadapan rumah panjang saya. Empat orang sekeluarga termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bas terbabas lalu melanggar kereta yang dinaiki oleh mereka.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Ketika kemalangan itu berlaku, hujan renyai-renyai yang turut menyukarkan bantuan diberikan kepada mangsa ketika kejadian tersebut berlaku.

Haa, kawan-kawan..berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Sekian, terima kasih.

Abang Saya

Gol!!!!! Yeay!

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa cerita saya pada hari?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Abang Saya.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya ada seorang abang. Dia bernama Eroxel. Abang saya belajar di kelas tahun 6. Hobi dia adalah bermain bola sepak. Setiap petang, dia akan bermain bola bersama-sama dengan kawan-kawan di padang sekolah. Selalunya, saya akan melihat dia bermain dan menyokong pasukan abang saya.

Hobi abang saya banyak memberi faedah kepada dirinya. Contohnya, badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Abang saya juga jarang terkena penyakit dan sentiasa sihat.

Moral cerita saya adalah, kita perlu memilih hobi yang memberi banyak faedah kepada diri kita.

Tahun Baru Cina

Kong si kong si kong si ni, yak kong, si kong, si kong si ni..

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa cerita saya pada hari ini?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Tahun Baru Cina.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif, lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Pemberian Ang Pau menjadi tradisi utama dalam masyarakat Cina dan Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.Sekian, terima kasih.