cerita panas harian brunei

5
Cerita Panas Harian Brunei baca kerana ini penting Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 taun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit. Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. #sila share. LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1) mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan

Upload: fadhil-uzuan-idris

Post on 25-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

info

TRANSCRIPT

Cerita Panas Harian Bruneibaca kerana ini penting

Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 taun dapan,isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudungmenutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampakbentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakaiseluar jgn fit.

Boleh kena dakwa tu. Sila rujukPerintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah2013. #sila share.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUANATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki ygmemakai pakaian perempuan dan berlagakmenyerupai perempuan atau mana2 perempuanyg memakai pakaian lelaki dan berlagakmenyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpaalasan yg munasabah adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahandikenakan suatu denda tidak melebihi $1000,dihukum penjara selama suatu tempoh tidakmelebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2)mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan danberlagak menyerupai perempuan atau mana2perempuan yg memakai pakaian lelaki danberlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awamuntuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukansuatu kesalahan dan hendaklah jika sabitkesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi$4,000, dihukum penjara selama tempoh tidakmelebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengansah sebagai wajib untuk membayar zakat ataufitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam danMahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dangagal untuk memperolehi secara rayuan atauselainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagipenaksiran demikian, dengan sengaja gagal untukmembayar zakat atau fitrah tersebut adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah jikasabit kesalahan dikenakan suatu denda tidakmelebihi $8,000, dihukum penjara selama suatutempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanyasekali.KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam ygmelakukan khalwat adalah melakukan kesalahandan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakansuatu denda tidak melebihi $4,000, dihukumpenjara selama suatu tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-manaorang bukan Islam yg melakukan khalwat denganorang Islam adalah melakukan kesalahan danhendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatudenda tidak melebihi $4,000, dihukum penjaraselama suatu tempoh tidak melebihi satu tahunatau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab iniKHALWAT bermakna (a) bersekediaman,bersekedudukan, berkurung; atau (b)Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran ygmendatangkan syak bahawa mereka sedangmelakukan perbuatan maksiat,TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikansembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzursyar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabahadalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklahjika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidakmelebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakansuatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahankedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi$1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.(1) Mana-mana orang yang memakan ataumeminum atau menghisap apa jua tembakauditempat awam semasa waktu berpuasa dalambulan Ramadhan adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahandikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000,dihukum penjara selama suatu tempoh tidakmelebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2)Mana-mana orang yg menjual atau menghidangada jua makanan atau tembakau untukdimakan,diminum atau dihisap dengan serta mertadi tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktuberpuasa dalam bulan Ramadhan adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah jikasabit kesalahan dikenakan suatu denda tidakmelebihi $4,000, dihukum penjara selama suatutempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidakdikenakan kepada mana-mana pengamalperubatan atau mana-mana orang lain yangmenghidang apa jua makanan, minuman atau ubatkepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktuberpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanyapesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yggagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannyasebagai pekerja kepada orang lain, majikannyahendaklah dianggap telah bersubahat melakukankesalahan tersebut dan telah menyebabkankesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itumelainkan dia dapat membuktikan bahawakesalahan tersebut telah dilakukan tanpakebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannyadan dia telah mengambil langkah-langkah yangmunasabah untuk mencegah daripada perbuatanitu dilakukan.HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islamyang melakukan zina dan dibuktikan sama adadengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadahsekurang-kurangnya empat orang syahid menurutHukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hatidengan mengambil kira kehendak-kehendaktazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahandikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jikadia muhshan, direjam sehingga mati dengandisaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatandengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islamdan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zinadan dibuktikan dengan keterangan selain yangdiperuntukan di bawah ceraian (1) adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah jikasabit kesalahan - (a) jika dia muhshan, disebattidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjaraselama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi15 sebatan dan dihukum penjara selama suatutempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-manaorang bukan Islam yang melakukan zina denganseorang Islam dan dibuktikan sama ada denganikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamahberpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukansuatu kesalahan dan hendaklah jika sabitkesalahan dihukum dengan hukuman yang samasebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian(1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yangmelakukan zina dengan seseorang Islam dandibuktikan dengan keterangan selain daripadayang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah jikasabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yangsama sebagaimana yang diperuntukan dibawahceraian (2).HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKANMUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMURBALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukanmukallaf atau belum mencapai umur balighmelakukan zina dan- (a) dibuktikan sama adadengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadahsekurang-kurangnya empat orang syahid menurutHukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hatidengan mengambil kira kehendak-kehendaktazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahandihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan danditahan di mana-mana pusat pemulihan yangdifikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatutempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikandengan keterangan selain daripada ygdiperuntukan dibawah perenggan (a) adalahmelakukan suatu kesalahan dan hendaklah jikasabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15sebatan dan ditahan di mana-mana pusatpemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamahselama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.