cerita mtq 2015

9
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Nabi Musa A.S. adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Israil yang pada ketika itu dikuasai olehRaja Firaun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Yaqub dan ibunyabernama Yukabad.Pada suatu hari Firaun telah bermimpi bahawa negeri Mesir terbakar dan semua rakyatnya mati kecuali baniIsrael. Seorang ahli nujum kerajaan menghadap raja dan memberitahu bahwa menurut firasatnya falaknya,seorang bayi lelaki akan dilahirkan dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaannya dan akan membinasakannya. Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang dilahirkan di dalam lingkungankerajaan Mesir dibunuh. Ibu nabi Musa menyembunyikan kelahirannya dengan memasukkan kedalam peti lalu dihanyutkan ke sungai. Akhirnya ia sampai ke istana Firaun. Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, KarenaSesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul. Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka.Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.

Upload: paul-lancaster

Post on 17-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mtq

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA MTQ 2015

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi Musa A.S. adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Israil yang

pada ketika itu dikuasai olehRaja Firaun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa

bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Yaqub dan ibunyabernama Yukabad.Pada

suatu hari Firaun telah bermimpi bahawa negeri Mesir terbakar dan semua

rakyatnya mati kecuali baniIsrael. Seorang ahli nujum kerajaan menghadap raja dan

memberitahu bahwa menurut firasatnya falaknya,seorang bayi lelaki akan dilahirkan

dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaannya dan akan

membinasakannya.

Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang dilahirkan di

dalam lingkungankerajaan Mesir dibunuh. Ibu nabi Musa menyembunyikan

kelahirannya dengan memasukkan kedalam peti lalu dihanyutkan ke sungai.

Akhirnya ia sampai ke istana Firaun.

 

 Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir

terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan

janganlah (pula) bersedih hati, KarenaSesungguhnya kami akan mengembalikannya

kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul. Maka dipungutlah

ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi

mereka.Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang

yang bersalah.

Surah Al-Qasas 7 hingga 8.

Kawan-kawan semua, pembunuhan dan pembuangan bayi kini sangat

membimbangkan semua.Sebagai Muslim sejati, kita wajib menghalang perkara ini

berlaku kerana sifat ini adalah zalim dabAllah swt amat murka dengan perbuatan

seperti ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah nabi Musa hanyut hingga ke Istana Firaun, dayang-dayang istana membawa

peti itu ke padaFiraun. Maka, Firaun memerintahkan supaya bayi itu dibunuh. Asiah,

isteri Firaun merayu supaya bayi

Page 2: CERITA MTQ 2015

 

itu dijadian anak angkat mereka. Firaun pun setuju. Maka membesarlah nabi Musa

dalam IstanaFiraun sehingga dewasa.Apabila Nabi Musa meningkat dewasa , pada

suatu hari berlaku satu pergaduhan yang melibatkanNabi Musa dan

berlaku pembunuhan orang Firaun dengan tidak sengaja. Kerana takut

ataspembunuhan itu, nabi Musa meninggalkan istana Firaun. Nabi Musa menuju ke

kota Madyan iaitukota Nabi Syuaib yang terletak di timur jazirah Sinai.

 Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang

lain Telah beriman." merekamenjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-

orang yang bodoh itu Telah beriman?" Ingatlah,Sesungguhnya merekalah orang-

orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. Surah Al Baqarah ayat 13.

Kawan-kawan semua, kita perlu bersyukur kerana usaha JAKIM melalui radio IKIM

dalam mendidik jiwa masyarakatsupaya mencintai agama Islam dan mengikut

ajaraan Islam yang lurus. Kesannya kita dapati ibu bapa mengetahui

perananmereka dalam mendidik jiwanak-anak mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah beberapa tahun berlalu berada di negeri Kota Madyan, nabi Musa dilantik

oleh Allah swtsebagai seorang Nabi dan Rasul. Nabi Musa diberikan wahyu iaitu

Kitab Taurat menjadi panduan danpegangan kepada umatnya.

 Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah

kaum yang zalim itu,

Setelah itu, nabi Musa menerima perintah supaya berdakwah kepada Firaun. Nabi

Musa berdoakepada Allah swt agar diberikan teman dalam menjalankan misi

dakwah kepada Firaun. Allah swtmengabulkan doanya dan Nabi Harun dilantik

sebagai pembantu Nabi Musa menghadapi Firaun.Nabi Musa berdakwah dengan

hikmat dan lemah lembut namun Firaun takabur dan ego menerimadakwahnya.

Page 3: CERITA MTQ 2015

Firaun menjadi marah dan firaun memanggil semua tukang sihir Mesir menentang

NabiMusa. Dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah swt, tongkat Nabi Musa

menjadi ular besar danmemakan semua ular tukang sihir Firaun. Maka tewaslah

firaun.Kawan-kawan semua, perjuangan rakyat Palestin sekarang membebaskan diri

dari penindasan Israelsepatutnya dikongsi seluruh umat Islam. Mereka berjuang

mempertahankan negara mereka. Kita diMalaysia juga harus berjuang agar negara

kita sentiasa aman dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

 

Akibat kekalahan tersebut, Firaun mahu supaya semua bangsa Bani Israel

ditangkap dan dibunuh.Nabi Musa membawa semua pengikutnya meninggalkan

Mesir. Tentera Firaun mengejar Nabi Musadan pengikutnya hingga mereka

berjumpa laut Merah. Maka semua pengikut Nabi Musa takutdibunuh.Nabi Musa pun

berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan. Maka, Allah swt mewahyukan

kepadaNabi Musa supaya memukul laut dengan tongkatnya. Dengan serta merta

laut di hadapan merekaterbelah dan mereka pun berjalan melaluinya. Maka, Nabi

Musa dan pengikutnya selamat.

÷

 

 Dan lemparkanlah tongkatmu. Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa

melihatnya bergerak-gerak seolah-olah dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik

ke belakang tanpa menoleh. (Kemudian Musadiseru): "Hai Musa datanglah kepada-

Ku dan janganlah kamu takut. Se- sungguhnya kamu termasuk orang-orang yang

aman. Surah Al-Qasas ayat 31.

Kawan-kawan semua, tahun lalu kita lihat dalam berita televisyen banjir yang

berlaku di Ibu KotaThailand, Bangkok. Bencana ini adalah bukti kekuasan Allah swt.

Oleh itu, kita mesti kuatkan imanapabila mengalami bencana seperti ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Page 4: CERITA MTQ 2015

Apabila Nabi Musa dan pengikutnya berjaya menyeberangi Laut Merah, dengan

kuasa Allah swt lautkembali bercantum. Maka, Firaun dan semua tentera Firaun mati

tenggelam di Laut Merah.

 

  ‘

 

Kaum Musa berkata: "Kami Telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang

kepada kami dan sesudahkamu datang. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah

membinasakan musuhmu dan menjadikan kamukhalifah di bumi(Nya), Maka Allah

akan melihat bagaimana perbuatanmu. Surah Al-Aaraf ayat 129.

Kawan-kawan semua, tindakan kerajaan menahan warga Nigeria di Malaysia yang

menjadikan wargakita sebagai keldai dadah harus dibanggakan. Kepada sesiapa

yang membuat perbuatan jahat mestidihukum dengan hukuman yang

setimpal.Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita menjadi umat Islam yang

bertakwa kepada Allah swtdan menjauhkan diri daripada

kejahatan.Wasalamualaikum warahmatululahi wabarakatuh…

Page 5: CERITA MTQ 2015

TAJUK:PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Assalamualaikum w.b.tTerima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH.Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,                         NasyidHijrah itu persaudaraan,                     Hijrah membentuk perpaduan.            Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.

Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah  bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina  Ali dan Saidina Abu Bakar .  Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "              Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan  remaja.Jadi, kita sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta  izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.Rakan-rakan sekalian,                  Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali  tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

  ! ( !   

Ertinya :  “. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”   Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang.  Hadirin sekalian,

Page 6: CERITA MTQ 2015

                  Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba  dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108: )  /    

 )     )  

Ertinya : “ Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. 

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah  mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah  bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan  rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling penting dan utama  dalam kehidupan kita.                      Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :

Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandungAllah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya              Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan             Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Page 7: CERITA MTQ 2015

Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.