cerita katak membunuh gergasi

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

325 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    1/10

    FALSAFAH DAN LOGIKA

    JXEA 1104

    KARYA KLASIK

    CERITA BINATANG

    NAMA : NURLEEYANA AIDA BINTI RAHIMY

    NOMBOR MATRIK : JEA 080102

    NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN

    BIN MUHAMMAD

    SEMESTER PERTAMA (SESI 2008/2009)

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

    UNIVERSITI MALAYA

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    2/10

    PENGENALAN

    Cerita binatang amat popular dalam masyarakat kita. Cerita ini menggunakan binatang

    sebagai pelaku atau watak dalam cerita. Watak ini diberi sifat manusia, bercakap, berfikir,

    bertindak, dan melakukan sesuatu seperti manusia baisa. Dengan adanya sifat-sifat

    sedemikian, watak-watak berkenaan berperanan menjadi watak yang cerdik, bijak, sombong

    atau mudah tertipu. Kadang-kala diselitkan juga watak manusia yang sebenarnay tetapi

    bukanlah berperanan sebagai watak utama. Dengan kata lain, watak ini hanya hadir pada

    namanya sahaja.

    Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral disamping menjadi hiburan yang

    berkesan untuk golongan kanak-kanak. Cerita-cerita jenis ini wujud di mana-mana sahaja di

    dunia ini, Cuma yang membezakan adalah watak-watak binatang yang menjadi tokoh dalam

    cerita binatang berkenaan. Dalam masyarakat Melayu binatang yang menjadi watak utama

    ialah Sang Kancil atau Pelanduk.

    Selain itu, cerita binatang ini juga dapat dikaitkan asal usul kejadian binatang dan

    kejadian sifat-sifat tertentu. Contohnya, bagaimana bulu gagak menjadi hitam, mengapa

    hidung anjing sentiasa basah, mengapa kucing menimbus tahinya, mengapa ular sawa tiada

    bisa, mengapa ayam tidak memakai kasut, dan sebagainya. Cerita-cerita binatang seperti ini

    disebut juga cerita asal usul binatang. Sebenarnya cerita binatang dapat dibahagikan kepada

    tiga bahagian iaitu, asal usul binatang, epik binatang, dan fabel.

    FUNGSI CERITA BINATANG

    Penciptaan cerita-cerita binatang oleh masyarakat silam mempunyai pelbagai fungsi.

    Antara fungsi cerita binatang ialah, sebagai suatu bentuk hiburan, sebagai alat pengajaran dan

    didikan moral. Selain itu, fungsinya ialah sebagai alat kritikan sosial dan sindiran serta

    sebagai alat untuk memenuhi tuntutan logik pemiki

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    3/10

    CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    SINOPSIS

    Cerita ini berlaku pada zaman silam. Pada suatu hari berlaku ribut taufan di suatu

    kawasan hutan yang menyebabkan banyak pokok tumbang menyembah bumi. Hal

    ini, menyebabkan gergasi lari dari rumahnya untuk menyelamatkan diri. Semasa melarikan

    diri gergasi tidak sedar dia terlanggar dan terpijak binatang sehingga menyebabkan banyak

    binatang yang tercedera, malahan banyak juga yang mati. Apabila ribut reda, gergasi pulang

    semula ke rumahnya. Gergasi mengerang kesakitan kerana tubuh badannya tercalar dan luka

    ditimpa dahan-dahan kayu. Gergasi cuba untuk merehatkan badannya sambil menahan

    kesakitan yang ditangungnya. Namun begitu, hatinya tidak tenang kerana diganggu oleh

    bunyi bising sekumpulan katak yang tinggal berhampiran dengan tempat kediamannya.

    Keadaan ini menyebabkan gergasi naik marah lalu turun dari rumahnya dan menuju ke tempat

    katak.

    Dalam perjalanan ke lubang katak, gergasi telah memijak dan membunuh banyak

    binatang-binatang kecil termasuk semut api, ular sawa patah tulangnya, manakala burung

    pikau tercabut ekornya. Akhirnya gergasi sampai ke lubang katak dan bertidak membunuh

    kesemua katak yang ada di situ, kecuali seekor katak betina yang menjaga telurnya didalam

    lubang.

    Katak betina amat sedih dan kecewa dengan peristiwa malang yang menimpa kaum

    keluarganya.Demi kasih sayang katak betina kepada kaum keluarganya, ia telah bersumpah

    untuk menuntut bela dan membalas dendam terhadap terhadap kezaliman gergasi tersebut.

    Katak betuna telah meminta kerjasama daripada binatang yang menerima nasib yang sama

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    4/10

    dengannya, teraniaya oleh perbuatan gergasi tersebut. Antara binatang tersebut ialah semut

    api, ular senduk(cucu ular sawa), burung pikau, sang harimau dan gajah.

    Kesemua binatang tersebut telah bersetuju untuk bekerjasama dan melaksanakan tugas

    masing-masing. Semut api telah ditugaskan masuk dan mengigit telinga gergasi, manakala

    burung pikau ditugaskan menepur abu di dapur supaya abu masuk ke dalam mata gergasi dan

    ular senduk pula akan bersembunyi di dalam tempayan air dan ditugaskan untuk mematuk

    tangan gergasi.

    .

    Selain itu, gajah ditugaskan mengoncangkan rumah gergasi dan sang harimau pula

    ditugaskan supaya menerkam dan mengigit tengkuk gergasi. Sehubungan itu, dengan

    kerjasama daripada semua binatang tersebut akhirnaya mereka dapat menewaskan gergasi

    tersebut. Gergasi telah mati di bawa arus deras kerana terlajak ketika cuba menyelamatkan

    diri daripada terkaman sang harimau.

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    5/10

    FALSAFAH YANG TERDAPAT DALAM KATAK MEMBUNUH GERGASI

    Mementingkan Diri Sendiri

    Mementingkan diri sendiri dapat disifatkan dimana seseorang individu tersebut

    melakukan sesuatu perkara tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Keadaan ini dimana,

    mementingkan diri sendiri tidak mangambil kira perasaan seseorang individu tersebut. Sikap

    mementingkan diri sendiri bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan akan membuatkan

    orang sakit hati dengan perbuatan tersebut. Sebagai contohnya, dalam cerita Katak membunuh

    Gergasi sikap mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat dalam watak gergasi. Hal ini

    dimana, gergasi yang merasakan dirinya lebih besar serta mempunyai kekuatan yang lebih

    daripada binatang-binatang lain. Gergasi bersikap mementingkan diri sendiri dengan cara

    menganiayai serta berlaku zalim terhadap binatang-binatang lain yang lemah dan kecil seperti

    burung pikau, ular sawa, sang harimau, gajah dan semut api. Akibat perbuatun gergasi yang

    mementingkan diri sendiri sehingga ada yang menyebabkan binatang tersebut mati dan

    tercedera.

    Kerjasama Atau Tolong-menolong

    Kerjasama atau tolong menolong adalah suatu perbuatan yang mulia serta baik.

    Kerjasama atau tolong-menolong ini ini dimana semua pihak sama-sama bersatu padu

    bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Kerjasama atau tolong-menolong ini akan

    membuatkan sesuatu perbuatan atau perkara yang dilakukan akan lebih teratur dan

    tersusun.sikap kerjasama serta saling bermuafakat ini harus ditanam dalam diri setiap individu

    kerana sifat ini memberikan kebaikan terhadap setiap diri individu tersebut. Sebagai

    contohnya, dalam cerita ini sikap bekerjasama serta saling tolong-menolong diantara satu

    samalain dapat dilihat dalam watak katak betina, semut api, burung pikau, ular senduk, sang

    harimau, dan gajah. Semua binatang ini bekerjasama serta saling tolong-menolong untuk

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    6/10

    membalas dendam terhadap perbuatan gergasi yang menyebabkan binatang tersebut ada yang

    terceder serta menyebabkan kaum keluarga mereka terbunuh. Walaupun, semua binatang ini

    tidaklah sebesar serta sekuat gergasi tetapi dengan adanya semangat kerjasama serta saling

    tolong-menolong di antara satu sama lain, akhirnya semua binatang tersebut dapat

    menewaskan gergasi. Keadaan ini dapat dilihat dengan adanya semangat kerjasama serta

    tolong-menolong sesuatu perkara tentu akan dapat dilakukan dengan lebih jayanya.

    Jangan Berlaku Zalim Atau Kejam Terhadap Golongan Yang Lemah

    Perbuatan zalim atau kejam ini dimana seseorang individu melakukan kejahatan

    terhadap golongan yang lemah serta tidak berdaya. Mereka yang melakukan kezaliman seperti

    menindas, membuli, mengherdik, dan lain-lain terhadap mereka yang lemah. Sehubungan itu,

    perbuatan menzalimi seseorang individu tidak sepatutnya ada dalam diri setiap individu.

    Perbuatan zalim atau kejam akan mendatangkan kesusahan terhadap diri sendiri serta akan

    menyebabkan masyarakat membenci kita akibat perbuatan kita sendiri. Situasi ini dimana,

    setiap perbuatan yang tidak baik, seseorang individu akan mendapat balasan yang setimpal

    diatas perbuatan mereka. Sebagai contohnya, dalam cerita Katak membunuh Gergasi

    perbuatan berlaku zalim atau bersifat kejam terhadap golongan yang lemah terpapar melalui

    watak gergasi..Gergasi telah bertindak kejam serta berlaku zalim terhadap binatang yang

    lemah seperti katak, burung pikau, semut api, ular sawa, sang harimau dan gajah. Gergasi

    telah menyebabkan binatang-binatang tersebut mengalami kecederaan serta menyebabkan

    kaum keluarga mereka terbunuh akibat perbuatan zalim serta tidak berperikemanusian

    gergasi. Perbuatan yang dilakukan oleh gergasi tersebut menimbulkan kemarahan serta semua

    binatang tersebut ingin membalas dendam terhadap kezaliman atau kekejaman yang telah

    dilakukan oleh gergasi terhadap binatang tersebut serta terhadap kaum keluarganya. Oleh

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    7/10

    yang demikian berlaku zalim atau kekejaman ini bukannya mendatangkan kebaikan malahan

    akan merugikan diri setiap individu tersebut.

    Tidak Mudah Berputus Asa

    Dalam melakukan sesuatu perkara setiap individu seharusnya tidak mudah berputus asa

    serta menyerah kalah jika sesuatu perkara yang dilakukan tidak berjaya. Sehubungan itu,

    setiap individu tersebut hendaklah kuatkan semangat serta tidak mudah berputus asa dalam

    melakukan sesuatu perkara. Sikap tidak mudah berputus asa dan teruskan berusaha akan

    membuahkan hasil kejayaan dengan kesabaran yang ada dalam diri setiap individu tersebut.

    Keadaan ini dimana, setiap individu haruslah berfikir terlebih dahulu apabila menghadapi

    sesuatu masalah dan jangan mudah mengaku kalah serta tidak mudah berputus asa. Sebagai

    contohnya, dalam cerita Katak membunuh Gergasi sifat tidak mudah berputus asa tergambar

    melalui watak katak betina. Katak betina tidak mudah mengaku kalah dan tidak mudah

    berputus asa walaupaun ia sedar bahawa dia tidak mampu untuk menewaskan gergasi yang

    lebih besar dan lebih kuat daripadanya. Namun, katak betina menggunakan akal fikiran

    bagaimana cara yang terbaik untuk membunuh gergasi, iaitu dengan cara bekerjasama serta

    saling tolong-menolong di antara satu sama lain (binatang-binatang yang pernah dianiyai oleh

    gergasi). Hal ini dapat dilihat, dengan adanya semangat tidak mudah berputus asa serta

    menyerah kalah dalam melakukan sesuatu perkara akan mendaptkan hasil kejayaan. Oleh itu,

    sikap tidak mudah berputus asa haruslah disematkan dalam diri setiap individu kerana sikap

    ini akan mendatangkan kebaikan terhadap diri individu tersebut.

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    8/10

    Jangan Bersikap Angkuh Dan Sombong

    Bersikap angkuh dan sombong ini dimana seseorang bangga diri serta merasakan

    dirinya lebih berkuasa daripada orang lain. Individu tersebut angkuh serta sombong dengan

    kekuatan, kehebatan, kebesaran, dan kekuasaan yang ada dalam diri individu tersebut.

    Sehubungan itu, sikap angkuh dan sombong tidak seharusnya ada dalam diri setiap individu

    tersebut kerana sikap ini tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri serta merugikan.

    Sebagai contohnya, sikap angkuh dan sombong terpancar melalui watak gergasi. Gergasi

    bersikap angkuh dan sombong dengan kekuatan serta kehebatan yang ada pada dirinya.

    Gergasi telah menganiayai binatang-binatang yang lebih kecil daripadanya serta lemah. Hal

    ini dimana, gergasi telah menyebabkan binatang-binatang tersebut tercedera. Namun beritu,

    sikap angkuh dan sombong gergasi ini akhirnya menimbulkan kesusahan kepada dirinya

    sendiri. Gergasi akhirnya mati dibunuh oleh binatang-binatang tersebut.

    Berani Dalam Melakukan Seseuatu Perkara

    Bersikap berani ini ialah mempunyai kekuatan diri serta berani dalam melakukan

    sesuatu perkara. Keberanian haruslah ada, kerana sikap berani ini dapat membantu kita dalam

    melakukan sesuatu perkara. Hal ini dimana, keberanian yang ada dalam diri setiap individu

    akan dapat membuatkan seseorang individu tabah untuk menghadapi segala cabaran yang

    terpaksa ditempuhinya dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap individu perlu berani dalam

    menegakkan dan mengadili sesuatu yang benar. Sebagai contohnya, sifat berani dapat dilihat

    dalam watak katak betina. Katak betina berani menentang gergasi walaupun ia sedar dia

    tidaklah sebesar serta sekuat gergasi. Katak betina telah menyusun satu strategi dan

    bekerjasama dengan binatang-binatang lain seperti semut api, ular senduk, berung pikau, sang

    harimau.dan gajah untuk membalas dendam terhadap perbuaan gaergasi. Keberanian yang ada

    dalam diri setiap binatang tersebut akhirnya menimbulkan kejayaan apabila gergasi dapat

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    9/10

    ditewaskan dan akhirnya mati ditangan binatang tersebut. Oleh ini, keberanian yang ada ini

    mendatangkan kebaikan serta kejayaan.

    Patuh Atau Taat Kepada Arahan Ketua

    Setiap individu haruslah patuh kepada serta taat setiap arahan yang diberikan dan

    diamanatkan oleh ketua. Bersikap patuh dan taat adalah penting dalam melakukan sesuatu

    pekerjaan atau perkara. Setiap individu sewajarnya menuruti segala arahan yang diberiakn

    oleh ketua supaya pekerjaan yang dilakukan akan berjalan dengan lebih teratur dan berjalan

    lancar. Sebagai contohnya, dalam cerita ini binatang-binatang seperti semut api, ular senduk,

    burung pikau, sang harimau dan gajah patuh serta taat kepad segala arahan yang diberikan

    oleh katak betina. Binatang-binatang tersebut tidak membantah segala arahan yang diberikan

    oleh katak betina tersebut. Binatang-binatang tersebut telah melaksanakan tugas dan

    tanggungjawab masing-masing sehingga rancangan mereka untuk membunuh gergasi

    menghasilkan kejayaan.

    Kasih Sayang

    Kasih sayang ialah perasan kasih dan sayang setiap individu terhadap diri seseorang

    individu yang lain. Kasih sayang ini bukan sahaja terhadap diri sesama manusia bahkan kasih

    sayang terhadap binatang juga sama. Keadaan ini dimana, kasih sayang terhadap keluarga,

    kekasih, binatang dan lain-lain. Sifat kasih sayang adalah sifat yang terpuji perlu ada dalam

    diri setiap individu sebagai contohnya, katak betina dan binatang-binatang lain merasa sedih

    dan kecewa kerana kehilangan kaum keluarganya yang disayangi. Atas sifat kasih sayang

    inilah binatang tersebut bertindak membalas dendam terhadap gergasi yang telah melakukan

    kezaliman terhadap binatang-binatang tersebut serta kaum keluarganaya.

  • 8/14/2019 CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

    10/10

    BIBLIOGRAFI

    Awang Sariyan. 2007.Falsafah dan Logika Melayu

    Selangor : synergymate Sdn Bhd

    Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logika, Teori nilai dan Etika Melayu.

    Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu.

    Mutiara Sastera Melayu Tradisional (Longman), Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saluhudin,

    dan Zakaria Perngis.

    Mutiara sastera Melayu Moden ( Federal Marshall Cavendish), Mohd. Pauzi.

    Dewan Bahasa Dan Puastaka.

    Nota Jejak Gemilang Mutiara Sastera Melayu Tradisional,ABSEN, Guru Cermelang, Sekolah

    Menengah Kebangsaan Hamzah 1.