cerapan dan kepentingannya dalam aktiviti · pdf fileditentukan oleh syarak telah menjadi...

8
165 Cerapan dan Kepentingannya dalam Aktiviti Astrofiqh Ros Maimunah Haji Yahya Zikri, Ibnor Azli Ibrahim, Mohd Hafiz Safiai & Nur Fida’iy Salahuddin Abstrak: Cerapan merupakan elemen sokongan yang amat penting dalam aktiviti astrofiqh dan kosmofiqh. Astrofiqh dan kosmofiqh ialah satu bidang yang cakupannya lebih luas dari astronomi iaitu meliputi bidang akidah, syariah, akhlak, tafsiran astrologi serta kejadian alam semesta berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, tahap kemahiran cerapan yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan pengukuran objek langit dapat dilakukan dengan tepat. Kajian ini bertujuan untuk mengamati kepentingan cerapan dalam kehidupan insan amnya dan muslim khasnya di mana banyak melibatkan isu berkaitan ibadah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah pengumpulan data, analisis dokumen, temubual serta pemerhatian telah dibuat dengan cara lawatan terus ke balai cerap terpilih untuk mengenalpasti amalan dan prosedur dalam menjalankan aktiviti cerapan. Hasil kajian mendapati cerapan astrofiqh mempunyai banyak kepentingan yang mana ianya ada hubungkait dengan kehidupan manusiawi. Oleh itu, kemahiran cerapan tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti astrofiqh kerana kegagalan ahli falak dalam mendapatkan hasil cerapan yang bermutu tinggi boleh menjejaskan kualiti sesebuah penyelidikan. Kata Kunci: Cerapan, Astrofiqh, Kosmofiqh, Kepentingan PENGENALAN Istilah Astrofiqh ini masih baru dan amat jarang didengari malah digunakan. Ia bukanlah satu istilah baru untuk menggantikan istilah astronomi dan falak syarie, tetapi ia merupakan satu bentuk korpus ilmu baru yang menggabungkan sains angkasa dan fiqh Islami seperti yang telah dinyatakan oleh Ibnor Azli (2010: 67). Istilah Astrofiqh ini telah dikemukakan oleh beliau dengan menggandingkannya dengan istilah Kosmofiqh. Beliau mentakrifkan Astrofiqh dan Kosmofiqh (ىا هف افم) sebagai: شسعيت احىبس اخي حلبث اا تجا يخمبخحديد ا خسىيت افبدئ ابا بسوبحح يتبس اجساالع ا ،صيس ىك ا خبحث في ي عشسعيتص اصفك ا قخا عميدةا بداثعب في ا. Maksudnya: “Sebuah ilmu yang membahaskan mengenai alam semesta tentang kedudukan dan pergerakan objek-objek samawi untuk menentukan takwim, mencari arah dan menetapkan waktu yang berkaitan dengan hukum-hukum dalam aspek ibadah, aqidah serta akhlak berlandaskan hukum syarak”. DEFINISI CERAPAN Mengikut Kamus Dewan (2005: 270), cerapan bermaksud memerhatikan, tanggapan iaitu perbuatan atau proses mencerap sesuatu fenomena dan menerima sesuatu dalam hati dengan pancaindera seperti melihat dan mendengar. Manakala menurut Kamus Oxford (1989) pula, cerapan ialah perbuatan memerhatikan sesuatu atau seseorang dengan teliti untuk satu tempoh masa, terutama untuk mempelajari sesuatu. Selain itu, menurut al-Mu‟jam al-Lughah al-„Arabiyyah al-Mu‟asirah (2008: 898) dan al-Qamus al-Muhit (2005: 282) cerapan dalam Bahasa arab ialah زصدyang memberi maksud زلبتiaitu pemerhatian. Dalam buku al-Raid al- Saghir (1982: 393) pula mengatakan cerapan dalam bidang falak itu ialah pemerhatian terhadap bintang- bintang dan pergerakannya serta apa yang berkaitan dengannya dengan menggunakan peralatan cerapan. Merujuk kepada definisi-definisi yang telah diperolehi, maka dapat disimpulkan bahawa cerapan itu membawa makna kepada pemerhatian yang mendalam terhadap sesuatu perkara mahupun keadaan untuk mendapatkan hasil yang tepat dan jitu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Falak di Dunia Islam disunting oleh: Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Hafiz Safiai © Persatuan Falak Syar‟i Malaysia, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor ISBN 978-967-1387-80-1 (2016), http://www.falaksyari.org/

Upload: duongdan

Post on 24-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

165

Cerapan dan Kepentingannya dalam Aktiviti Astrofiqh

Ros Maimunah Haji Yahya Zikri, Ibnor Azli Ibrahim,

Mohd Hafiz Safiai & Nur Fida’iy Salahuddin

Abstrak: Cerapan merupakan elemen sokongan yang amat penting dalam aktiviti astrofiqh dan

kosmofiqh. Astrofiqh dan kosmofiqh ialah satu bidang yang cakupannya lebih luas dari astronomi

iaitu meliputi bidang akidah, syariah, akhlak, tafsiran astrologi serta kejadian alam semesta

berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, tahap kemahiran cerapan yang tinggi amat

diperlukan bagi memastikan pengukuran objek langit dapat dilakukan dengan tepat. Kajian ini

bertujuan untuk mengamati kepentingan cerapan dalam kehidupan insan amnya dan muslim

khasnya di mana banyak melibatkan isu berkaitan ibadah. Bagi mencapai objektif kajian ini,

kaedah pengumpulan data, analisis dokumen, temubual serta pemerhatian telah dibuat dengan cara

lawatan terus ke balai cerap terpilih untuk mengenalpasti amalan dan prosedur dalam menjalankan

aktiviti cerapan. Hasil kajian mendapati cerapan astrofiqh mempunyai banyak kepentingan yang

mana ianya ada hubungkait dengan kehidupan manusiawi. Oleh itu, kemahiran cerapan tidak boleh

dipisahkan daripada aktiviti astrofiqh kerana kegagalan ahli falak dalam mendapatkan hasil

cerapan yang bermutu tinggi boleh menjejaskan kualiti sesebuah penyelidikan.

Kata Kunci: Cerapan, Astrofiqh, Kosmofiqh, Kepentingan

PENGENALAN

Istilah Astrofiqh ini masih baru dan amat jarang didengari malah digunakan. Ia bukanlah satu istilah baru

untuk menggantikan istilah astronomi dan falak syarie, tetapi ia merupakan satu bentuk korpus ilmu baru

yang menggabungkan sains angkasa dan fiqh Islami seperti yang telah dinyatakan oleh Ibnor Azli (2010: 67).

Istilah Astrofiqh ini telah dikemukakan oleh beliau dengan menggandingkannya dengan istilah Kosmofiqh.

Beliau mentakrifkan Astrofiqh dan Kosmofiqh (فم افه اى) sebagai:

ع يبحث في خك اى صيس، الع األجسا اسبيت حسوبحب اببدئ افىيت األخس خحديد اخمبي اجت األلبث اخي حس األحىب اشسعيت

. في اعببداث اعميدة األخالق فك اصص اشسعيت

Maksudnya: “Sebuah ilmu yang membahaskan mengenai alam semesta tentang kedudukan dan pergerakan objek-objek samawi untuk

menentukan takwim, mencari arah dan menetapkan waktu yang berkaitan dengan hukum-hukum dalam aspek ibadah, aqidah serta akhlak berlandaskan hukum syarak”.

DEFINISI CERAPAN

Mengikut Kamus Dewan (2005: 270), cerapan bermaksud memerhatikan, tanggapan iaitu perbuatan atau

proses mencerap sesuatu fenomena dan menerima sesuatu dalam hati dengan pancaindera seperti melihat dan

mendengar. Manakala menurut Kamus Oxford (1989) pula, cerapan ialah perbuatan memerhatikan sesuatu

atau seseorang dengan teliti untuk satu tempoh masa, terutama untuk mempelajari sesuatu. Selain itu,

menurut al-Mu‟jam al-Lughah al-„Arabiyyah al-Mu‟asirah (2008: 898) dan al-Qamus al-Muhit (2005: 282)

cerapan dalam Bahasa arab ialah زصد yang memberi maksud زلبت iaitu pemerhatian. Dalam buku al-Raid al-

Saghir (1982: 393) pula mengatakan cerapan dalam bidang falak itu ialah pemerhatian terhadap bintang-

bintang dan pergerakannya serta apa yang berkaitan dengannya dengan menggunakan peralatan cerapan.

Merujuk kepada definisi-definisi yang telah diperolehi, maka dapat disimpulkan bahawa cerapan itu

membawa makna kepada pemerhatian yang mendalam terhadap sesuatu perkara mahupun keadaan untuk

mendapatkan hasil yang tepat dan jitu.

Prosiding Persidangan Antarabangsa Falak di Dunia Islam disunting oleh: Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Hafiz Safiai

© Persatuan Falak Syar‟i Malaysia, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor

ISBN 978-967-1387-80-1 (2016), http://www.falaksyari.org/

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

166

AMALAN CERAPAN DALAM TAMADUN ISLAM

Perkembangan ilmu falak yang terawal, tertumpu kepada beberapa tamadun utama yang terawal, iaitu

tamadun Maya, Sumeria, Babylon, Yunani dan China. Lokasi di mana bertapaknya tamadun Sumeria dan

Babylon di Mesopotamia, merupakan tempat yang sama munculnya tamadun Islam pada kurun ke 9M

sehingga 15M. Antara catatan pencerapan terawal ilmu falak dalam tamadun manusia, sebagaimana

dilakukan oleh kaum Assyrian di Sumeria (sekarang di selatan Iraq), kira-kira 2000 tahun SM. Mereka telah

merekodkan kejadian-kejadian gerhana yang berlaku di tempat mereka melalui artifak dan lukisan purba.

Rekod terawal cerapan ilmu falak dalam tamadun Islam pula dilakukan oleh Ahmad al-Nahawandi

(184H/ 800M) untuk mengkaji pergerakan matahari di Jundishapur (Nasr, 1976). Menurut Hosking &

Gingerich (1999: 50), sebahagian cendiakawan yang berada di Jundishapur ini merupakan pengikut-pengikut

sekolah Aristotle dan Ptolemy yang ditutup oleh Maharaja Zeno pada kurun ke 5M. Walau bagaimanapun,

penterjemahan pertama karya matematik falak adalah dilakukan oleh al-Fazari pada tahun 160H (722M),

dengan menterjemahkan karya al-Sindhind al-Kabeer dari Sanskrit ke Arab (King, 1997). Berdasarkan

Encyclopaedia of Islam (1979), terdapat juga maklumat bahawa penterjemahan karya Zidj al-Arkand

dilakukan di wilayah Sind, India seawal tahun 117H (735M).

Aktiviti ilmu falak pada peringkat awal tamadun Islam dipraktikkan dalam dua bentuk iaitu ilmu falak

amalan biasa (folk astronomy) daripada tradisi Arab dan Yunani serta ilmu falak yang menggunakan teknik-

teknik matematik. Tujuan utama kedua-dua pendekatan ini ialah menggunakan ilmu falak dalam kehidupan

seharian.

KEPENTINGAN CERAPAN DALAM AKTIVITI ASTROFIQH

Al-Quran menjelaskan bahawa seluruh kandungan alam semesta penuh dengan tanda-tanda kekuasaan Allah

dan hanya manusia yang berilmu sahaja yang dapat mengamati dan memahaminya. Ilmu astronomi juga

adalah ilmu yang tertua daripada semua ilmu pengetahuan alam di mana ilmu ini menjelaskan tentang

kemajmukan langit dan bumi. Selain itu, astronomi juga mempunyai hubungkait dengan urusan ibadah

seharian dalam Islam sebagai contoh penentuan arah kiblat, solat, puasa dan lain-lain. Hal ini diterangkan

dengan terperinci di dalam ilmu falak syarie.

Cerapan Untuk Penentuan Arah Kiblat

Utara Sebenar ialah arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara secara geografinya. Utara Sebenar

kebiasaannya berbeza dengan Utara Magnetik. Utara Sebenar ialah arah geografi yang diwakili pada peta

dan glob oleh garisan longitud. Arah Utara Sebenar ditandai di langit oleh kutub cakerawala utara dan

kedudukan ini ditandai dengan bintang Polaris. Kutub Utara sebenar dan Kutub Selatan dirujuk kepada titik-

titik di mana paksi memotong bumi. Walau bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arahnya kerana

mengalami anjakan dengan tempoh 25.800 tahun. Paksi putaran bumi hari ini terarah kepada bintang Polaris.

Dalam 3000 Sebelum Masihi, ia menunjuk kepada bintang Thuban.

Kiblat merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi umat Islam. Pada

mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini dikenali sebagai Jurusalem, namun pada tahun 624M

ia mengarah ke Kaabah iaitu di Mekah, dan kekal sehingga kini. Kiblat merupakan perkataan Arab yang

merujuk arah apabila seseorang Muslim menunaikan solat.

Kiblat merupakan titik rujukan dari mana-mana tempat di Bumi ke arah Kaabah. Dalam amalan

agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak

menyembah Kaabah atau kandungannya, bahkan Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat. Kiblat

menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi berbentuk seperti bebola, laluan ini membentuk

bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (21°25'24"N, 39°49'24"E) boleh ditentukan secara

geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Kaedah Menentukan Arah Kiblat

Menggunakan peralatan ukur, memerlukan belanja dan kemahiran yang cukup untuk memastikan ketepatan

yang tinggi. Bagi orang awam, premis persendirian, dan aktiviti perkhemahan misalnya, tidak perlu sehingga

mendapatkan bantuan alatan ukur untuk mendapatkan arah kiblat. Memadai dengan menggunakan kaedah

alternatif yang lain, seperti berikut:

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

167

Menggunakan Buruj Bintang

Buruj bintang tertentu yang boleh dan sesuai menjadi penunjuk arah, membolehkan pemerhatinya

menganggarkan arah kiblat berdasarkan kedudukan bintang/ buruj berkenaan. Contohnya, buruj Biduk (Ursa

Major) menjadi petunjuk arah utara. Dengan pengetahuan bahawa arah kiblat bagi Malaysia adalah anggaran

68° ke barat dari buruj tersebut, anggaran arah kiblat dapat dibuat.

Menggunakan arah matahari

Sedikit pengetahuan mengenai arah matahari (yang juga boleh diperolehi menggunakan sofwer Mizwalah),

anggaran arah mata angin, dan seterusnya arah kiblat dapat dibuat. Termasuk juga adalah kedudukan

matahari di atas kaabah 2 kali setahun pada 28 Mei dan 16 Julai.

Menggunakan pelan tanah

Penggunaan pelan tanah untuk menentukan arah kiblat ialah perkara biasa dalam kerja ukur tanah dan kiblat

masjid. Namun ia juga boleh dipraktikkan menggunakan sedikit konsep geometri, maklumat pada pelan

tanah dan pelan rumah untuk mendapatkan arah kiblat bagi premis persendirian, dengan tahap kejituan yang

memadai.

Menggunakan tongkat istiwa

Kaedah tradisional yang biasa dilakukan dalam menentukan arah kiblat ialah dengan menggunakan tongkat

istiwa di mana untuk menentukan kedudukan garisan meridian iaitu arah utara/ selatan dan juga dapat

menentukan arah timur/ barat dari sesuatu tempat. Menurut Baharuddin (2002) kaedah ini mempunyai

perkaitan dengan aplikasi astronomi iaitu pergerakan matahari. Kaedah ini juga telah dipraktikkan sejak

dahulu lagi sehingga kini.

Gambar 1: penandaan arah utara/ selatan dan timur/ barat dengan

tongkat istiwa Sumber: Ar-Risalah fi Ta‟yin al-Qiblah

Langkah-langkah penandaan garisan Utara/ Selatan dan Timur/ Barat:

Pacakkan sebatang kayu yang lurus dan tegak di tengah-tengah kawasan lapang.

Buatkan bulatan dengan menjadikan tiang tersebut sebagai pusat bulatan. Tandakan pusat bulatan

sebagai (O).

Tandakan bayang tiang yang menyentuh garisan bulatan sebelum dan selepas istiwa. Tandakan titik

bayang tiang sebelum istiwa sebagai (B) dan bayang selepas istiwa sebagai (T).

Sambungkan antara titik (B) dan (T) yang juga merupakan garisan timur dan barat. (T) mewakili timur

manakala (B) mewakili barat.

Bagi mendapatkan arah utara dan selatan, buatkan satu garisan yang melalui titik (O) dan bersudut tepat

dengan garisan timur dan barat.

Setelah garisan timur/ barat dan utara/ selatan diperolehi, maka memudahkan untuk mendapatkan arah kiblat

tempat tersebut. Menurut Ar-Risalah Fi Ta‟yin Al-Qibla, arah kiblat boleh ditentukan dengan melakukan

sedikit hitungan dan menggunakan pita pengukur berdasarkan prinsip Pythagoras.

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

168

Istiwa A’zam

Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat sama ada solat

fardu mahupun solat sunat. Jadi umat Islam mesti memastikan kedudukan arah kiblatnya tepat mengadap

Kaabah. Setiap tahun, ada dua waktu yang mana matahari akan berada betul-betul tepat di atas Kaabah.

Fenomena ini dipanggil sebagai Istiwa A‟zam. Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 Mei setiap tahun, tepat jam 5.16 petang, dan;

16 Julai setiap tahun, tepat jam 5.28 petang.

Pada dua waktu ini setiap bayang-bayang objek yang terhasil daripada cahaya matahari di seluruh dunia akan

menghala tepat ke arah Kaabah. Lantaran itu, dua waktu tersebut merupakan waktu yang paling tepat untuk

menandakan arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Gambar 2: kedudukan matahari tepat diatas Kaabah pada 28 Mei dan 16 Julai

pada setiap tahun. Sumber: Falak Online

Surah al-Baqarah ayat 149:

ب حع ع بغبف ب ا زبه حك إ سجد احسا ه شطس ا ج ي حيث خسجج ف

Maksudnya: “Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-

Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan”.

Cerapan Untuk Penentuan Waktu Solat

Solat ialah perkataan Arab yang membawa maksud doa atau puja, untuk bermunajat kepada Tuhan, untuk

mengharap rahmat daripada Tuhan dan sebagainya. Perkataan solat telah digunakan untuk maksud

sembahyang sejak zaman dahulu kala lagi. Walau bagaimanapun, perkataan solat dalam al-Quran bermaksud

sembahyang yang wajib ditunaikan lima kali sehari semalam pada waktu tertentu. Secara tidak langsung,

solat bermakna sembahyang, manakala perkataan doa yang diambil dari bahasa Arab selalu digunakan dalam

Islam untk merujuk kepada perbuatan memohon sesuatu daripada Tuhan.

Solat merupakan satu daripada lima rukun Islam. Sebagaimana firman Allah swt di dalam al-Quran:

شسوي ا ال حىا ا اصالة ألي احم إي يبي

Maksudnya: “Dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah swt”. (ar-Ruum: 31)

Allah telah menentukan setiap ibadat fardu itu tempat dan waktunya yang tersendiri. Waktu solat yang

ditentukan oleh syarak telah menjadi syarat sah solat fardu, kerana solat fardu akan terbatal sekiranya

dilakukan di luar waktunya. Walaupun waktu solat ini dinyatakan secara umum dalam al-Quran, perkara ini

telah diperincikan lagi melalui hadis-hadis. Antara dalil al-Quran dan hadis yang berkaitan adalah seperti

berikut:

دا ش افجس وب لسآ افجس إ لسآ س إ غسك اي اصالة دن اش أل

Maksudnya: “Dirikanlah solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah solat subuh sesungguhnya solat subuh

itu adalah disaksikan (keistimewaannya)”. (al-Isra‟: 78)

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

169

اسيئبث ذه ذوس راوسي ب احسبث ير إ اي شفب بز اصالة طسفي ا أل

Maksud: “Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan yang

buruk, itulah peringatan bagi orang-orang mahu beringat”. (Hud: 114)

Antara hadis Nabi SAW yang berkaitan ketetapan masuk waktu solat pula adalah seperti berikut:

Daripada Abdullah Ibnu Amru. Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Waktu Zohor bermula apabila gelincir matahari sehingga panjang

bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut. Dan Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama

panjang dengan objek sekiranya matahari belum kekuningan. Dan waktu Maghrib pula sekiranya belum hilang syafak ahmar (cahaya merah dikaki langit barat) dan waktu Isyak pula bermula apabila hilang syaraf ahmar sehingga tiga perempat malam. Dan waktu Subuh

bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila terbitnya matahari. Apabila telah terbit matahari maka janganlah kamu mendirikan solat. Bahawa terbitnya diantara dua tanduk syaitan”. (Riwayat Muslim) Dari Jabir bin Abdullah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. didatangi Jibrail a.s katanya kepada Nabi: “Bangun. Dirikanlah solat”. Mereka

dirikan solat Zohor ketika gelincir matahari. Kemudian Jibrail datang lagi katanya: “Bangun, Dirikan solat”. Mereka dirikan solat Asar ketika panjang bayang sama dengan tinggi objek. Kemudian Jibrail datang lagi pada waktu maghrib, katannya: “Bangun. Dirikan solat”.

Mereka dirikan solat Maghrib ketika terbenam matahari. Kemudian Jibrail datang lagi, katanya: “Bangun. Dirikan solat”. Mereka

dirikan solat Isyak ketika hilang syafak (syafak ahmar). Kemudian Jibrail datang lagi ketika waktu fajar (Subuh) ketika fajar bercahaya (fajar sadiq). Kemudian Jibrail datang keesokan harinya. Bagi waktu zohor, katanya: “Bangun. Dirikanlah solat”. Mereka mendirikan

solat Zohor ketika sesuatu bayang tinggi menjadi tinggi sepertinya. Kemudian Jibril datang pada waktu Asar, katanya: “Bangun. Dirikan

solat”. Mereka solat Asar ketika bayang-bayang sesuatu dua kali panjangnya. Kemudian Jibril datang lagi ketika waktu solat Maghrib sama seperti waktu sebelumnya. Kemudian Jibril datang pada waktu Isyak ketika selepas separuh malam atau disebut sepertiga malam,

mereka dirikan solat Isyak. Kemudian Jibril dating ketika langit kekuningan yang amat sangat (cahaya benar), katanya: “Bangun.

Dirikan solat”. Mereka dirikan solat fajar. Kemudian Jibril berkata: “Saat di antara dua waktu ini adalah waktu solat”. (Riwayat Imam Ahmad, Imam an-Nasaii, Imam al-Tarmizi dan kata Imam al-Bukhari, itulah waktu solat yang paling tepat, iaitu Jibril menjadi Imam.

Hadis-hadis di atas jelas menerangkan tempoh bermula dan berakhir setiap waktu solat fardu yang

diajarkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w secara amali.

Huraian Hadis:

Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan

tingginya.

Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga

matahari hampir terbenam.

Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di

sebelah barat.

Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari

setengah malam.

Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

Dalil-dalil di atas memperlihatkan bahawa waktu bagi setiap solat fardu adalah berlainan. Allah

memerintahkan hambaNya menunaikan solat fardu lima waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak).

Sehubungan itu, amat penting bagi umat Islam untuk mengetahui waktu masuk dan akhir bagi setiap solat

fardu. Ini membolehkan umat Islam memelihara solat dengan cara mengerjakan solat fardu di dalam

waktunya demi memperoleh keredhaan dari Allah swt, seterusnya mendapat ganjaran pahala dariNya.

Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Siapa yang menjaga dan memelihara solatnya, ia menjadi cahaya

keterangan dan kemenangan di hari kiamat dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya, ia tidak akan

mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan dan adalah ia bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay bi

Khalaf al-Jamhi di hari kiamat”, (Riwayat al-Baihaqi)

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

170

Gambar 3: Cerapan menandakan masuknya waktu Zohor yang mana bayangnya kelihatan

sama panjang dengan objek dan sedikit panjang dari bayang zawal

Gambar 4: Cerapan waktu Asar: apabila panjang bayang sama

dengan panjang objek ataupun lebih.

Gambar 5: Cerapan dengan mata kasar di Gambar 6: Cerapan syafaq ahmar di

mana matahari kelihatan mulai terbenam Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Cerapan Penentuan Awal Bulan Hijri

Hubungan di antara ilmu falak dan penentuan awal bulan Hijri sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di

Malaysia. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim Hijriah dan seterusnya menentukan tarikh-tarikh

penting di dalam Islam seperti Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Asas astronomi bagi Takwim Hijriah adalah

berdasarkan sistem qamariyyah dengan berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Cerapan hilal merupakan asas penentuan permulaan bulan yang baru dalam kalendar Hijri. Justeru,

aktiviti cerapan hilal menjadi kemestian kepada ahli astronomi bagi mendapatkan data-data berkaitan untuk

tujuan penentuan awal bulan. Data hilal akan sukar diperolehi jika dicerap dengan menggunakan mata kasar.

Ini disebabkan oleh pelbagai faktor perlu diambil kira untuk hilal seperti meteorologi, astronomi dan

psikologi (Kordi, 2003). Oleh yang demikian, menurut (Joko Satia A. et al, 2013: 95) pencerap boleh

menggunakan instrumen astronomi seperti teodolit dan teleskop yang dilengkapi peralatan perakam seperti

kamera dan video supaya dapat membantu para pencerap melihat hilal yang mempunyai cahaya yang amat

minimum.

Dari perspektif astronomi, ahi astronomi telah mengambil kira kriteria tertentu untuk hilal kelihatan

yang mana kriteria ini lahir daripada dua pendekatan sama ada pendekatan empirikal atau teoritikal. Secara

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

171

empirikal, ia berdasarkan rekod cerapan hilal dalam tempoh tertentu. Ahli astronomi menganalisis dan

membentuk kriteria kenampakan hilal tertentu. Manakala pendekatan teoritikal pula, kajian dijalankan

dengan mempertimbangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi kenampakan hilal. Seterusnya, model-model

matematik yang deskriptif akan dibentuk. Kriteria teoritikal yang dihasilkan mengambil kira beberapa

pembolehubah seperti jarak bulan dan matahari, kelebaran anak bulan, keamatan cahaya anak bulan,

kecerahan langit, kesan bayang gunung-ganang di bulan dan peranan mata manusia dalam cerapan hilal

(Nurul Kausar Nizam et al, 2014).

Justeru, Malaysia telah menerima pakai pendekatan berdasarkan kaedah empirikal yang telah diputuskan

dalam Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik

Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) untuk diaplikasikan pada 1 Jun 1992 (Samad Abu

et al, 2001: 10). Kriteria yang dipersetujui tersebut berdasarkan kepada syarat anak bulan dianggap kelihatan

apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

Ketika matahari terbenam

ketinggian bulan tidak kurang daripada 2; dan

jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3.

atau,

Ketika bulan terbenam

umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

Hasil perbincangan mendapati, cerapan dalam aktiviti astrofiqh ini adalah amat penting dalam kehidupan

insan amnya dan muslim khasnya kerana melibatkan isu berkaitan ibadah seperti solat, penentuan arah kiblat,

penentuan awal bulan dan sebagainya. Jika cerapan yang dilakukan ini tidak tepat ataupun tidak jitu, ia boleh

menyebabkan ibadah kita tersalah dan tersilap.

KESIMPULAN

Bidang astronomi melibatkan pemerhatian dan pencerapan ke atas fenomena langit dan jasad samawi.

Menurut Jamil Ragep (2001), bentuk keilmuan astronomi adalah bercorak sains tradisional dengan aktiviti

utama berkisar mengenai cerapan terhadap pergerakan jasad-jasad samawi di langit seperti pergerakan

matahari, bulan dan planet-planet yang boleh dilihat dengan mata kasar. Hasil proses cerapan tersebut

kemudiannya cuba dihubungkaitkan dengan perjalanan kehidupan seharian manusia seperti pertanian,

penternakan, pengembaraan, keagamaan dan lain-lain. Oleh yang demikian, selari dengan perkembangan

sains moden, ilmu astronomi turut berkembang maju dari memahami pergerakan jasad-jasad samawi kepada

pemahaman tentang ciri-ciri fizikal, struktur dalaman dan kandungan kimia. Semangat ingin tahu inilah yang

membawa kepada penerokaan dan pemerhatian yang mendalam terhadap semua jasad yang terdapat di alam

semesta.

Astronomi antara cabang ilmu yang mampu mendekatkan umat Islam dengan Allah SWT. Bidang

astronomi bukan sekadar melihat bulan, bintang dan cakerawala. Dalam Islam ia lebih kepada penghayatan

kepada kekuasaan Allah. Firman Allah SWT:

اث في خك اس بز آليبث ألي األببة إ ا اخخالف اي األزض

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah

SWT) bagi orang yang berakal”. (al-Imran: 190).

Berlandaskan ayat al-Quran ini, boleh disimpulkan bahawa cerapan astrofiqh mempunyai banyak

kepentingan yang bersangkut paut dengan kehidupan manusiawi dan ia tidak boleh dipisahkan daripada

aktiviti astrofiqh. Justeru, kegagalan ahli falak dalam menjalankan cerapan yang bermutu tinggi boleh

menjejaskan kualiti sesebuah penyelidikan serta hasil pengamatan objek-objek angkasa yang mana ia

melibatkan data-data yang sangat konsisten.

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini ditaja oleh Dana Pembangunan Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi

Kumpulan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI: DPP-2015-HADHARI); Geran Universiti

Penyelidikan (GUP-2016-018, GUP-2015-011 dan GUP-2015-013); Projek Tindakan/Strategik (PTS-2014-

008) dan Dana Penyelidikan STEM (STEM-2014-002).

PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA FALAK DI DUNIA ISLAM

172

RUJUKAN

Al-Baihaqi. 1990. Sha’b al-Iman. tahqiq: Ibn Basyuni Zaghlul, Abi Hajar Muhammad al-Said, cet.1, Juz. 3,

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Fairuzabadi, Maj al-Din Muhammad ibn Yaakub. 2005. Al-Qamus al-Muhit, Beyrut: Muassasah al-

Risalah.

Baharruddin bin Zainal. 2002. Aplikasi Ilmu Falak Dalam Fardu Ain. Kursus Falak Syarie. Kuala Lumpur:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

F. Jamil Ragep. 2001. Freeing Astronomy from Philosophy: An Aspect of Islamic Influence on Science.

Dalam Osiris, 16.

Hoskin, Michael & Gingerich, Owen. 1999. Islamic Astronomy Dlm. The Cambrige Concise History of

Astronomy, Michael Hoskin (editor). Melbourne: Cambridge University Press.

Ibnor Azli Ibrahim. 2010. Ilm al-Falak wa al-Tanjim min al-Manzur al-Syarie, Tesis Dr. Fal., Fakulti Ilmu

Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

John Simpson & Efdmund Weiner. 1989. Oxford English Dictionary. Oxford University Press.

Joko Satia A, Chin Wei Loon, Nazhatulshima Ahmad et al. 2013. Pensabitan Hilal Menerusi Teknik

Pengimejan, dlm Dimensi Penyelidikan Astronomi Islam, (ed.) Saadan Man et al. Kuala Lumpur:

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Jubran, Mas‟ud. 1982. Al-Raid al-Saghir. Beyrut: Dar al-„Ilm li al-Malayin.

Kamus Dewan, 2005, Ed. Ke-4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

King, David. A. 1997. Astronomy in The Service of Islam. Vermont: Variorum Reprints.

Kordi, Ayman S. 2003. The Psychological Effect on Sightings of the New Moon. The Observatory 123.

Nasr, Sayyid Hossien. 1976. Islamic Science an Illustrated Study. London: World of Islam Festival

Publishing Company Ltd.

Samad Abu et al. 2001. Kaedah Penentuan Awal Hijrah. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM).

Umar, Ahmad Mukhtar. 2008. Al-Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu’asirah. Juz 2. Al-Qahirah: „Alim

al-Kutub.

http://falakonline.net/semesta/2014/05/istiwa-adzam-28-mei-2014.