panduan - phg.icu.gov.myphg.icu.gov.my/edoc/panduansolatpesakit.pdf · masalah jama’ solat...

18
PANDUAN CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG UNTUK PESAKIT PERCUMA

Upload: nguyenque

Post on 24-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PANDUANCARA MENGERJAKAN

SEMBAHYANG UNTUK PESAKIT

PERCUMA

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh

Solat 5 waktu telah diwajibkan kepada orang islam dan tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun, kecuali dia tidak sedarkan diri, hilang akal atau gila. Buku Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit diterbitkan bagi memudahkan pesakit melaksanakan ibadat solat fardu khususnya untuk pesakit di hospital dan umumnya di rumah.

Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan dalam buku ini tidak mengambarkan pergerakkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara menyeluruh, ianya hanya contoh bagi membantu pesakit melakukan solat. Anda harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk mengerjakan solat.

2 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

TAKBIR QIAM

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

BERUPAYA SUJUDA

Niat• Angkat kedua tangan jikalau •

berupayaTakbiratul ihram menyebut •

“Allahu Akbar” ketika mengangkat tangan

• Letakkan tangan di dada jika berupayaMembaca doa Iftitah jika • berupayaAfdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum FatihahMembaca surah Al Fatihah• Membaca surah Al-Quran • atau ayat Lazim jika berupaya

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 3

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

BERUPAYA SUJUD

Takbir sambil rukuk dengan • membongkokkan sedikit sahaja badan ke hadapan.Baca tasbih ketika rukuk •

I’tidal iaitu kembali meluruskan • badan sambil membaca bacanya.

RUKUK I’TIDAL

A

4 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

Takbir sambil sujud dengan • sempurna (sujud tujuh anggota)Baca tasbih ketika sujud •

Takbir sambil kembali meluruskan • badan seperti keadaan permulaan solat tadi, ulangi langkah yang sama ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki rakaat kedua) Beberapa penambahan pada rakaat kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

SUJUD TAHIYAT

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

BERUPAYA SUJUDA

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 5

TAKBIR QIAM

SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSIB

Niat• Angkat kedua tangan jikalau •

berupayaTakbiratul ihram menyebut •

“Allahu Akbar” ketika mengangkat tangan

• Letakkan tangan di dada jika berupayaMembaca doa Iftitah jika • berupayaAfdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum FatihahMembaca surah Al Fatihah• Membaca surah Al-Quran • atau ayat Lazim jika berupaya

6 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

Takbir sambil rukuk dengan • membongkokkan sedikit sahaja badan ke hadapanBaca Tasbih ketika rukuk• I’tidal iaitu kembali meluruskan •

badan sambil membaca bacaanyaTakbir sambil sujud dengan •

membongkokkan badan melebihi dari paras semasa melakukan rukuk

Menbaca Tasbih ketika sujud• Takbir sambil meluruskan badan • semula bagi duduk antara dua sujud kemudian membaca doanyaTakbir sambil sujud dengan •

membongkokkan badan melebihi dari paras semasa melakukan rukuk

Membaca Tasbih ketika sujud•

Takbir sambil kembali meluruskan • badan seperti keadaan permulaan solat tadi, ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki rakaat kedua)

Beberapa penambahan pada rakaat kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

RUKUK SUJUD

TAHIYAT

SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSIB

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 7

Boleh duduk mengikut apa saja • bentuk kemampuan seperti melunjurkan kaki ke arah kiblat atau duduk bersila

Niat• Angkat ketua tangan jikalau •

berupayaTakbiratul ikram menyebut “Allah •

Akhbar” ketika mengangkat tangan

Letakkan tangan di dada jika • berupaya

Membaca doa Iftitah jika berupaya• Afdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum FatihahMembaca surah Al-Fatihah• Membaca surah Al-Quran atau ayat •

Lazim jika berupaya

TAKBIR QIAM

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

TIDAK BERUPAYA SUJUDC

8 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

Takbir sambil rukuk dengan • membongkokkan sedikit sahaja badan ke hadapan

Baca Tasbih ketika rukuk• I’tidhal iaitu kembali meluruskan •

badan sambil membaca bacaanyaTakbir sambil sujud dengan •

membongkokkan badan melebihi dari paras semasa melakukan rukuk

Membaca Tasbih ketika sujud • Takbir sambil meluruskan badan •

semula bagi duduk antara dua sujud kemudian membaca doanya

Takbir sambil sujud dengan • membongkokkan badan melebihi dari paras semasa melakukan rukuk

Membaca Tasbih ketika sujud•

Takbir sambil kembali meluruskan • badan seperti keadaan permulaan solat tadi, ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki rakaat kedua)

Beberapa penambahan pada rakaat • kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

RUKUK SUJUD

TAHIYAT

SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL

TIDAK BERUPAYA SUJUDC

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 9

CARA SOLAT BARING MENGIRING ATAS LAMBUNG KANAND

Baring di atas lambung / pinggang • kanan permukaan badan menghadap ke arah kiblat

Tangan diletakkan mengikut • keupayaan

Niat• Angkat tangan jika berupaya• Takbiratul Ihram•

Membaca Doa Iftitah jika berupaya• Afdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum fatihahBaca surah Al-Fatihah• Membaca surah Al-Quran atau ayat •

Lazim jika berupaya

Takbir sambil rukuk dengan • menundukkan sedikit kepala sebagai isyarat rukuk

Baca Tasbih ketika rukuk•

TAKBIR

RUKUK

QIAM

10 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

I’tidal dengan mengangkat semula • kepala serta membaca bacaanya

Takbir sambil menggangkat kepala • seperti permulaan solat sebagai isyarat duduk antara dua sujud

Baca doa duduk antara dua sujud • sekiranya berupaya

Takbir sambil sujud iaitu dengan • menundukkan kepala melebihi paras yang dilakukan ketika rukuk sebagai isyarat sujud yang kedua

Baca tasbih ketika sujud•

Takbir sambil kembali menggangkat • kepala seperti permulaan solat tadi, ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki yang rakaat kedua)

Beberapa penambahan pada rakaat • kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

I’TIDAL SUJUD

TAHIYAT

CARA SOLAT BARING MENGIRING ATAS LAMBUNG KANAND

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 11

CARA SOLAT BARING TELENTANGE

Letakkan tangan di dada jika berupaya• Membaca doa Iftitah jika berupaya• Afdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum FatihahMembaca surah Al-Fatihah• Membaca surah Al-Quran atau ayat •

Lazim jika berupaya

Berbaring terlentang dengan kaki • melunjur ke arah Qiblat

Boleh menggunakan alas kepala• Niat• Angkat tangan sekiranya berupaya •

Takbiratul Ihram menyebut “AllahAkhbar”

Takbir sambil rukuk dengan • menundukkan sedikit kepala sebagai isyarat rukuk

Baca Tasbih ketika rukuk•

TAKBIR QIAM

RUKUK

12 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

I’tidal dengan mengangkat • kepala seperti permulaan tadi sebagai isyarat I’tidal serta membaca bacaanya

Takbir sambil sujud iaitu dengan • menundukkan kepala melebihi paras yang dilakukan ketika rukuk sebagai isyarat sujud

Baca tasbih ketika sujud• Takbir sambil mengangkat kepala •

seperti permulaan tadi sebagai isyarat duduk antara dua sujud

Baca doa duduk di antara dua sujud • Takbir sambil sujud iaitu dengan •

menundukkan kepala melebihi paras yang dilakukan ketika rukuk sebagai isyarat sujud yang kedua

Takbir sambil mengangkat kembali • kepala,seperti keadaan permulaan solat tadi, kemudian ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki rakaat kedua)

Beberapa penambahan pada rakaat • kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

I’TIDAL SUJUD

TAHIYAT

CARA SOLAT BARING TELENTANGE

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 13

SOLAT BERDIRI SAHAJAF

Niat • Angkat kedua tangan jikalau •

berupayaTakbiratul Ihram menyebut “Allahu •

Akhbar” ketika mengangkat tangan

Letakkan tangan di dada jika • berupaya

Membaca doa Iftitah jika berupaya• Afdhalnya membaca Au’zubillah •

sebelum FatihahMembaca surah Al-Fatihah• Membaca surah Al-Quran atau ayat •

Lazim jika berupaya

TAKBIR QIAM

14 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

Takbir sambil tundukkan kepala • sedikit sebagai isyarat rukuk

Baca Tasbih ketika rukuk•

I’tidal dengan mengangkat semula • kepala seperti permulaan solat tadi sambil membaca bacaanya

Takbir sambil tundukkan kepala • melebihi paras isyarat rukuk sebagai tanda isyarat sujud

RUKUK I’TIDAL

SOLAT BERDIRI SAHAJAF

Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit 15

Baca Tasbih ketika sujud• Takbir sambil mengangkat kepala •

seperti permulaan solat tadi sebagai isyarat duduk di antara dua sujud

Baca doa duduk di antara dua sujud• Takbir sambil tundukkan kepala •

melebihi paras isyarat rukuk sebagai tanda isyarat sujud yang kedua

Takbir sambil mengangkat kembali • kepala seperti keadaan permulaan solat tadi, kemudian ulangi langkah yang sama untuk rakaat kedua dan seterusnya (anda sudah memasuki rakaat kedua)

Beberapa penambahan pada • rakaat kedua dan rakaat akhir seperti Tahiyyat Awal, Tahiyyat Akhir dan Salam

SUJUD TAHIYAT

Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan di dalam buku ini tidak mengambarkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara menyeluruh, ianya hanyalah yang penting untuk membantu ibadat solat pesakit. Anda mestilah sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk mengerjakan solat.

SOLAT BERDIRI SAHAJAF

16 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit

CARA MENUNAIKAN SOLAT BAGI PESAKIT

1. Bagi pesakit yang boleh menunaikannya secara biasa hendaklah berbuat demikian (setelah syarat-syarat solat tadi dipenuhi). Firman Allah S.W.T : Maksudnya. (‘Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’).

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya :Imran Bin Husin bercerita: Adalah aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya nabi, sabdanya:”Solatlah secara berdiri, jika engkau tidak berdaya, duduklah. Jika tidak berdaya juga, maka solatlah secara berbaring merusuk (kanan)”.(HR Bukhari, Abu Daud dan Ahmad Bin Hanbal).

2. Pesakit yang tidak dapat berdiri hendaklah dia solat secara duduk iaitu: i) Duduk secara iftirash (seperti duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal) ii) Duduk bersila iii) Duduk mengikut cara yang mampu dilakukan vi) Menghadap kiblat3. Jika tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah melakukan isyarat dengan kepala iaitu

tunduklah bagi sujud lebih rendah daripada tundukan bagi rukuk.4. Jika tidak mampu duduk hendaklah dia solat secara mengiring di atas lambungnya. (pada bahagian

kanan tubuh, jika tidak dapat, mengiringlah pada bahagian kirinya dengan dihadapkan seluruh badan ke arah kiblat).

5. Jika tidak boleh, solat secara telentang dengan menjadikan kedua-dua kakinya menghadap ke arah kiblat dan melakukan isyarat dengan kepala atau matanya, jika tidak berdaya juga maka hendak-lah dia solat dengan menggunakan isyarat (dengan apa-apa sahaja seperti kepala atau mata dan sebagainya).

6. Bagi yang tidak dapat menghadapkan mukanya ke arah kiblat dan tidak ada orang yang membantu-nya sekalipun dengan bayaran, hendaklah dia bersolat di dalam keadaanya itu.

7. Sekiranya dahinya dibalut, bolehlah baginya sujud di atas balutan tersebut dan tidak perlu lagi diulangi solat itu.

Masalah jama’ solat (kumpul dua fardu solat dalam satu waktu ) bagi pesakit. Ulama Islam mempunyai dua pandangan dalam masalah ini:

1. Mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian ulama Maliki berpendapat. “Pesakit tidak dibenarkan menjama’ dua solat pada satu-satu waktu kerana kesakitan yang dialaminya”.

2. Mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian ulama Mazhab Syafie seperti Al-Qadi Husain dan Al-Mutawalli berpendapat:

“ Dibenarkan berbuat demikian malah dibenarkan menunaikannya sama ada secara Jama’ Taqdim (dahulukan) atau Ta’khir (akhirkan): Seperti mengumpulkan zuhur dan asar dalam waktu zuhur dan waktu asar.

Pendek kata, masalah jama’ ini adalah terpulang kepada pesakit itu sendiri, dia dibenarkan memilih mana yang lebih baik baginya. Begitu juga bagi doktor-doktor yang melakukan pembedahan yang memakan masa yang panjang, sekiranya pekerjaan tersebut tidak dapat dihentikan kecuali selepas dua waktu solat, maka dibenarkan bagi mereka melakukan solat jama’ tersebut. (61)

RUJUKAN: Al-Faqir Ilalah, Abu Anas Madani, Pokok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. www.abuanasmadani.com

Diterbitkan olehBahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan MalaysiaLaman Web: www.myhealth.gov.my www.infosihat.gov.my Sihat Sepanjang HayatKEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIABUT.12.KKM (Cetak/ICT)237/2008.50,000