ceramah umum jawatankuasa tetap bahasa melayu...

40
CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU (JKTBM) 2014 TEMA SYARAHAN BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 PENCERAMAH DR. SHAHARIR BIN MOHAMAD ZAIN KERJASAMA

Upload: others

Post on 29-Sep-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

CERAMAH UMUM

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU (JKTBM)

2014

TEMA SYARAHAN

BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK

ABAD KE-21

PENCERAMAH

DR. SHAHARIR BIN MOHAMAD ZAIN

KERJASAMA

Page 2: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

2

Page 3: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

1

BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21

Shaharir bin Mohamad Zain

Felo Kanan

Pusat Dialog Peradaban, UM

[email protected]

Abstrak

Pencapaian bahasa Melayu dalam sains dan matematik menjelang abad ke-21 dipaparkan

dari segi pendidikan, penyelidikan dan keantarabangsaannya. Keuntungan berwahanakan

bahasa itu sendiri dalam penatangan ilmu dibicarakan. Datang dan perginya PPSMI disoroti

demi mendapat pengajaran daripadanya. Sebab-sebab penginggerisan pendidikan di IPT

turut dibahaskan. Pengisian pemartabatan bahasa Melayu sekarang dan kelak dalam abad

ke-21 ini dibicarakan bagi merealisasikan tergapainya impian menjadikan bahasa Melayu

bahasa sains dan matematik menjelang pertengahan abad ke-21 ini.

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu yang ada menjelangnya tahun 2002 (menjelang

abad ke-21) perlu diketahui sekurang-kurangnya bagi tujuan menilai kembali kebijaksanaan

atau kebebalan mereka yang ingin mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

ilmu ini di mana-mana peringkat pengajaran atau pendidikan, bahkan penyelidikan, di negara

ini. Pengetahuan ini juga berguna untuk pengajaran dan pembelajaran bagi mendapat

perancangan starategik ke arah pemantapan bahasa Melayu abad ke-21 ini.

PENCAPAIAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU ABAD KE-5 HINGGA

PERTENGAHAN ABAD KE-20 M YANG TERFOSIL

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu sebelum abad ke-20 Masihi (M) mungkin sekali

dianggap oleh ramai pihak sebagai pasti tiada, tak mungkin ada, mungkin ada tetapi sudah

dikalahkan Inggeris, tak perlu tahu dan tak hendak tahu ada-tidaknya. “Pasti tiada” kerana

Sains dan Matematik (SAMA) dalam bahasa Melayu di sekolah pun yang diketahuinya

bermula hanya pada tahun 1959 dan itu pun terjemahan daripada buku teks sekolah Inggeris

Page 4: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

2

sahaja. “Tak mungkin ada” kerana mereka yakin negatifnya jawapan kepada soalan “mana

ada buku SAMA asli dalam bahasa Melayu sebelum 1900”, bahkan mungkin juga mereka

tahu dan percaya kepada cerita Abdullah Munsyi (1849) dalam Hikayat Abdullah bahawa

beliaulah orang pertama memperkenalkan aritmetik kepada orang Melayu dengan

menterjemah buku aritmetik Inggeris ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1846. Kumpulan

ketiga yang tunduk mengaku “sudah dikalahkan Inggeris” dan oleh itu berpendirian tiada guna

lagi bergantung kepada “ilmu Melayu” (apa pun maksudnya), bahkan lebih baik mengikut

sahaja orang yang mengalahkan kita itu dan belajar daripadanya sahaja untuk maju

sepertinya, adalah suatu sikap perhambaan yang dahsyat yang tidaklah kurang ramainya pula

sudah menjangkau dengan yakinnya kepada tahap tidak perlunya lagi kita kembali kepada

Islam dalam hal memajukan bangsa. Mereka ini mungkin tidak sedar dan insaf atau terlepas

pandang betapanya Jerman dan Jepun yang begitu teruk kalahnya kepada Tentera Bersekutu

yang diketuai oleh Amerika Syarikat tetapi tidak pernah bersikap demikian! Tujuan catatan

pendek tentang perkara ini di sini ialah untuk tiga kumpulan pertama itu agar mereka

terpanggil menaksir kembali kepercayaannya selama ini di samping memberi kesedaran

betapa banyak bangsanya kehilangan jati diri mereka menerusi kehilangan atau

kejahilan terhadap warisan sains dan matematik mereka selama ini.

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu sehingga abad ke-19 M bukan sekadar wujud

tetapi ada beberapa unsurnya yang mengatasi ilmu itu dalam bahasa Inggeris. Contoh

unsur sains dan matematik dalam bahasa Melayu yang mendahului dalam bahasa Inggeris

adalah seperti yang berikut:

Penomboran dan Pengangkaan dalam Bahasa Melayu adalah yang Terawal di Dunia

1) Bahasa Melayu mempunyai istilah asli dalam bilangan sa hingga riwu (ribu

sekarang) sejak abad ke-5 M lagi (berasaskan batu bersurat dalam bahasa Melayu

pra-Islam yang dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno, bahasa Kunlun atau bahasa

Campa sahaja) di Dong Yen Chau di Vietnam (sekarang) bertarikh sekitar 400 M) lagi,

sedangkan bahasa Inggeris (mengikut KEBI) ada istilah setaranya, one hingga

thousand, hampir seabad kemudian, dan itu pun hampir semuanya daripada pelbagai

bahasa di Eropah terutamanya Jermanik dan Perancis. Kamus Etimologi Bahasa

Inggeris (KEBI) di internet akan sentiasa digunakan setiap kali perbandingan begini

dilakukan kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

2) Bahasa Melayu ada istilah asli bagi bilangan tiada apa-apa, iaitu kosong, asalnya

soh, son (Funan-Mon dan Funan-Khmer) dan khuong (Campa), dan simbolnya sekali

mulai abad ke-6 M lagi yang menjadi bahasa Melayu adalah bahasa yang tertua di

dunia yang beristilah kosong bersekali dengan angkanya (lebih awal daripada

Page 5: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

3

istilah dan simbol kosong Arab shifr, apatah lagi Hindu, sunya) yang membentuk

sistem nombor perpuluhan seperti sekarang ini. Inggeris hanya menerima angka

perpuluhan Muslim yang diistilahkannya sebagai Arabic Numerals hanya dalam abad

ke-18 M. Malangnya, kita (tentunya oleh Inggeris tersenyum kambing sahaja)

menamakan angka itu sebagai “nombor Orang Putih”, mungkin hingga kini pun.

Bahasa Melayu ada istilah bilangan asli atau inovasi, laksa (=puluh ribu) pada abad ke-7

M lagi, sedangkan Inggeris ada istilah sebegini yang diambilnya daripada perancis,

myriad, pada abad ke-17 M.

3) Bahasa Melayu sudah ada istilah asli atau inovasi, keti (=ratus ribu) pada abad ke-17

M tetapi Inggeris tiada istilah sebegini hingga sekarang pun.

4) Bahasa Melayu sudah ada juta, asalnya iuta (mengikut rakaman Pigafetta

(1524/1969) semasa beliau mengiringi Magellan mengelilingi dunia 1519-1522; sama

dengan transliterasi daripada Hikayat Hang Tuah, dan sama dengan bahasa Aceh

sekarang) sekurang-kurangnya pada akhir abad ke-15 M lagi. Malah Funan-Mon di

Kemboja, yang boleh dianggap satu lagi versi bahasa Melayu pra-Islam, bahasa

Funan, ada versi istilah juta sebelum abad ke-10 M dengan istilahnya, koti (mengikut

Shorto 1971); Campa dijangka sebelum abad ke-15 M (mengikut Aymonier dan

Cabaton 1909) dengan istilahnya, chai/syai dan halan); sedangkan Inggeris ada

istilah yang setara besarnya, million, daripada Perancis pada abad ke-16 M.

5) Bahasa Melayu ada istilah bilion, trilion, katerlion, san(g)kilion, sisilion, sitilion,

witilion, nukalion, wisyilion pada akhir abad ke-19 M (Ahmad Khatib al-

Minangkabawi 1310 H/1893 M). Sungguhpun Inggeris juga ada paradigma istilah

seperti ini, dengan awalan yang berbeza selepas tri- pada sekitar masa yang sama

tetapi nonillion (yang sepadan dengan nukalion) dan decillion (yg sepadan dengan

wisyilion) itu ada mulai abad ke-20 sahaja.

6) Istilah nombor pecahan dalam bahasa Melayu, ada lebih awal daripada di dalam

bahasa Inggeris, bahkan istilah sa-tengah (=setengah) dan sa-paha (=seperempat)

ada dalam abad ke-13 M tetapi dalam bahasa Inggeris ada hampir seabad kemudian.

Ini belum diambil kira adanya nombor pecahan dalam bahasa Melayu pra-Islam

(bahasa Melayu Kuno atau bahasa Kunlun: bahasa Funan-Mon dalam Shorto 1971

dan bahasa Campa dalam Aymonier dan Cabaton 1909) seperti ardhabhaga

(=setengah atau separuh), caturthansa (suku atau seperempat), sasthi

Page 6: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

4

(=sepereanam), saptami (=sepertujuh) dan astani (=seperlapan) dan sebagainya

yang dapat dirumuskan paradigmanya telah wujud sebelum abad ke-10 M lagi (zaman

kerajaan Funan di Kemboja dan Campa di Vietnam). Pelaksanaan undang-undang

terhadap sa-puloh jenis kesalahan yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu

(BBT) bertarikh 1303 M itu jelas memerlukan kefahaman nombor pecahan setengah

dan seperempat itu. Oleh sebab di batu bersurat itu mencatatkan pelaksanaan hukum

hudud, maka pastinya pelaksanaan zakat dan hukum fara‘idh sudah dilaksanakann

dalam abad yang sama. Ini lagi memerlukan kefahaman nombor pecahan lain lagi

seperti “sa-tengah tiga daripada sa-ratos” (iaitu pecahan dua setengah peratus) untuk

zakat harta, dan beberapa pecahan lain lagi untuk zakat pertanian dan pemeliharaan,

serta pelbagai pecahan dalam hukum fara‘idh seperti nisfu (=separuh/setengah/

seperdua), thuluth (satu drp tiga, satu pertiga), rubu‘ (=seperempat), sudus

(=seperenam), thumum (=seperlapan), hingga kepada pecahan “daripada seratus

lapan puluh”. Setiap satu pecahan itu terbit daripada hukum fara’idh yang disebut

sebagai “masalah”, iaitu “masalah dua”, …, “masalah lapan” hingga “masalah seratus

lapan puluh” (yang muncul apabila si mati ada isteri dan ibu, nenek, saudara lelaki dan

seorang saudara perempuan) seperti yang terdapat dalam manuskrip Ghayat al-

Taqrib (abad ke-19 M?), manuskrip MS 1543 di Perpustakaan Negara Malaysia, dan

manuskrip abad yang lebih awal lagi (abad ke-17?) yang baharu dijumpai di Aceh oleh

Munzer drk. (2011), ahli matematik di Universiti Syiah Kuala.

7) Nombor penertib atau nombor ordinal dalam bahasa Melayu telah wujud sebelum

abad ke-10 M lagi, mendahului dalam bahasa Inggeris, kebanyakannya menerusi

bahasa Sanskrit, seperti adi atau agra (selain pertama yang ada pada BBT itu),

dwitiya (untuk kedua),….dwadasi (untuk kedua belas), pancadasi (untuk kelima

belas), dan sebagainya; dan pada abad ke-13 M (terbukti pada BBT bertarikh yang

setara dengan 1303 M) nombor penertib dengan menggunakan imbuhan ke- kecuali

adi (masih dipakai di samping pertama) sudah lengkap adanya. Nombor penertib

dalam bahasa Inggeris wujud selengkapnya seabad-dua kemudian.

8) Kewujudan nombor-nombor di atas serta unit-unit sukatan dalam bahasa Melayu

(BM) pra-Islam (Shorto 1971, Aymonier dan Cabaton 1909, Pou 1992/2004, Shaharir

2013a: Bab 1) bagi panjang (seperti pada, li, danu dan saujana), luas (seperti was

dan jen), isipadu (seperti lih dan wi) , berat (seperti janjin, karsa, pala=4 karsa,

tula=100 pala, dan bhara=20 tula), masa (seperti nalika, kala=450 nalika, katika=15

kala; selain daripada jam, hari, suklapaksa, bulan, dan tahun), dan unit pelbagai

benda khusus (seperti tlon untuk garam dan bijirin, jen untuk luas tanah sawah, anton

Page 7: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

5

untuk cecair, (mas, thil/teil =16 mas, dan dram=12 thil) untuk berat barang berharga)

sejak zaman pra-abad ke-10 M lagi; ditambah pula unit-unit zaman Islamnya

(sekurang-kurangnya mulai abad ke-14 M yang dirakam di dalam Hikayat Raja Pasai,

dan al-Ranyry 1639) seperti mikdarun untuk sukatan lombong emas, (keneri, saga,

bongkal dan bahara) untuk unit sukatan emas dan barang berharga sepertinya,

masa: sa‘at (= saat =1 per 3600 jam, inovasi sa’aaht Arab yang bermaksud jam), dan

daqiqah (=1/60 jam, yang diterjemah Inggeris-Latin sebagai minutes yang, kerana

amnesia, kita ambil sebagai minit atau menit (Indonesia)), koci untuk banyaknya

dakwat, galang untuk rotan, kian = 10 kali saiz bumi (untuk unit sukatan saiz jasad-

jasad di langit), peti dan gudang/gedung (=70 ribu peti) untuk barang yang banyak-

banyak atau besar-besar; dengan keperluan pengeluaran zakat dan pelaksanaan

hukum fara’idh sejak abad ke-13 M membayangkan aritmetik dalam bahasa Melayu

memang telah wujud sejak abad ke-7 M lagi menerusi sistem angka perpuluhan asli

Melayu (hingga abad ke-14 M) dan sistem angka perpuluhan Muslim sejak abad ke-

15 M. Kewujudan istilah hitung (gani, raup, yo’p), kira (karia/kahria/kuhria), taksir

(rasa), tambah(lay), tolak/kurang (las), hasil tambah (panta), kali (bo’ng), ganda (lai),

bahagi (bhaga, pabha) dalam bahasa Funan-Mon, Funan-Khmer dan Campa

sebelum abad ke-10 M lagi memperkuatkan lagi adanya aritmetik (kira-kira) dalam

bahasa Melayu sebelum abad ke-10 M lagi. Aritmetik dalam bahasa Inggeris yang

secanggih dalam bahasa Melayu itu paling awal pun wujud dalam abad ke-17 M

sahaja kerana laporan pengetahuan pelajar yang masuk universiti di UK pada awal

abad ke-18 M sekali pun ramai yang tidak tahu aritmetik. Bahkan istilah arithmetic,

calculate, compute, dan evaluate masing-masingnya wujud dalam pertengahan abad

ke-13 M, pertengahan abad k-16 M, abad ke-17 M, dan abad ke-19 M dan semuanya

daripada Latin atau Perancis; manakala add dan times wujud akhir abad ke-14 M,

manakala assess, deduct dan divide wujud mulai awal abad ke-15 M, yang semuanya

dari Latin; walaupun multiply dan sum, juga dari Latin, lebih awal wujudnya, iaitu

masing-masingnya pertengahan abad ke-12 M dan sekitar 1300 M, tetapi tentunya

dengan makna konteks yang umum sahaja.

Astronomi

Pengetahuan menerusi bahasa Melayu juga tinggi pencapaiannya dalam astronomi (hora

pada zaman pra-Islam dan falak dan haiah pada zaman Islam) dengan ada nama-nama

planet (graha, bintang siarah) dan bintang asli dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah

seperti yang berikut:

1) Istilah bulan dan bintang adalah asli Melayu;

Page 8: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

6

2) Mengkara untuk bintang yang kemudiannya juga dikenali sebagai Sar(a)tan (daripada

bahasa Arab) sejak sekurang-kurang akhir abad ke-13 M (ada pada batu bersurat

Terengganu bertarikh 1303 M) tetapi sejak abad ke-20 M sudah ditenggelami oleh

istilah Inggeris-Latinnya, Canser;

3) Kala untuk bintang yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Aqrab/Akrab (daripada Arab)

dan sejak abd ke-20 dikenali sebagai Scorpio;

4) Mayang yang kemudiannya dikenali sebagai Sunbulat/Sunbulah (daripada Arab) dan

sejak abad ke-20 dikenali dengan nama Latin-Inggeris, Virgo;

5) Belantik/Beluku untuk nama bintang yang dalam bahasa Inggeris-Latinnya

Hyades/Orion;

6) Biduk/Jung untuk bintang yang dalam bahasa Inggeris-Latinnya Pleides;

7) Tara untuk bintang yang dalam bahasa Inggerisnya Polaris /Loadstar.

Pengislaman kepada nama-nama planet dan bintang dalam bahasa Melayu pra-Islam

(daripada Tamadun Hindu-Buddha) dan teori alam dalam bahasa Melayu pra-Islam

(daripada Hindu-Buddha) dilakukan sehingga semua nama dan teori yang dikaitkan

dengan dewa-dewi Hindu-Buddha itu terhapus/dihapuskan. Berdasarkan catatan di BBT,

pengislaman ini berlaku dalam akhir abad ke-12 dan awal ke-13 M. Umpamnya, pada BBT

ada dinyatakan bintang Sar(a)tan (daripada bahasa Arab, al-Sar(a)tdan yang bermakna “yang

memegang/mengikat” yang berupa pengislaman kepada bintang Melayu-Hindu yang

bernama Karakata/Karkata (bahasa Sanskrit) yang bermakna ketam (sempena bentuk buruj

ini sedemikian) yang dikaitkan dengan mitos dewa-dewi Hindu-Buddha, bagaimana terjadinya

bintang ini.

Teori Alam Kecil berpusatkan Bumi atau Dharani (dewa Bumi)/Pertiwi (dewi Bumi)

dengan dikelilingi oleh Candera (dewa Bulan) dengan enam graha (atau bintang siarah,

planet) lagi dalam istilah Hindu-Buddha (bahasa Sanskrit dan Pali) sempena dewa-dewinya,

iaitu Wudha/Vudha, Syukra (Sanskrit)/Kejora (asli Melayu), Surya (Sanskrit)/Matahari (asli

Melayu), Angara, Brahaspati/Brabbati, dan Sau/Syani/Bhanuja, yang mengelilingi Bumi,

petala demi petala masing-masing itu, diislamkan (meyingkir nama-nama yang disekutukan

dengan dewa-dewi Hindu-Buddha) dengan teori yang berpusatkan Bumi dan dikelilingi oleh

Bulan bahkan Qamar (Arab) dan ‘Utarid/Utarid, Kejora/Zuhrah, Matahari bahkan syamsi

Page 9: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

7

(Arab), Marikh, Musytari dan Zuhal. Teori bentuk alam semesta Hindu yang berpusatkan pada

Brahmanda diislamkan kepada berpusatkan Jabal Qaf yang berada dalam sfera Hansa

(diislamkan kepada al-Kursiy al-‘Aziim) yang berada dalam sfera bernama Meru yang juga

bertempatnya Kahyangan/Kayangan di tempat kediaman para dewa-dewi dalam cerita-

cerita hikayat dan penglipur lara Melayu (yang diislamkan kepada al-‘Arsy al- Kariim dan

dijadikan tempat kediaman segala roh nabi, wali dsbnya) yang berada dalam alam kuboid

bernama Catur Mukha Brahma (yang diislam sebagai al-‘Arsy al-Rahman) dan di

sekelilingnya ada alam yang dikategorikan sebagai Alam Ghaib Lagi Ghaib (asalnya, Alam

Arupa yg bermaksud alam tiada rupa langsung) yang bernama Mahameru, ditempat

diamnya arwah dan roh, diislamkan sebagai ‘Arsy al-‘Aziim. Perinciannya di dalam Shaharir

(1987/2000). Bentuk alam semesta yang berpusatkan Jabal Qaf diperihalkan dengan lebih

rinci lagi oleh al-Ranyry (1639). Yang membentuk 490 ribu alam seperti alam kita yang ada di

bumi ini. Tafsiran geometrinya agak kelekek (berkomplikasi) yang cuba dilakarkan oleh

Shaharir (2014). Tiadalah teori seperti dalam bahasa Inggeris kerana mitos alam Inggeris

ialah dari Yunani yang berbeza daripada Hindia.

Bahasa Inggeris memiliki teori alam semesta daripada Yunani-Mesir (teori Batlamiyus)

menerusi Latin pada Zaman Pertengahan Eropah (abad ke-13 M): Pusatnya earth (bumi)

dikelilingi oleh 10 petala berpusatkan bumi dengan petala pertama (dari bumi) hingga petala

keenam terletaknya masing-masing Lune (bulan), diikuti oleh Mercury (Utarid), Sun

(Matahari/Syamsi), Mars (Marikh), Venus (Kejora/Zuhrah), Jupiter (Musytari), (Zuhal);

kemudian diikuti oleh Sphere of Fixed Stars (Petala Bintang Tetap), Sphere of Crystalline dan

Empyrean. Kemudian Inggeris tidak segera meninggalkan teori Batlamiyus itu dengan

mengambil Teori Kopernigk (Copernicus) menerusi Latin (karya asal Kopernigh, The

Revolutionibus terbitan pertamanya 1543, tahun kematiannya) yang mengubah pusat alam ini

kepada Matahari. Sebaliknya, penindasan oleh kuasawan masa itu (gerejawan) kepada ahli

sains yang bersetuju dengan teori Kopernigk itu dilakukan dengan meluasnya dengan

hukuman yang berat seperti dibakar hidup-hidup atau disalib, dan paling ringannya dipenjara

di rumah seperti yang dikenakan pada Galileo (meninggal 1642). Tidak hairanlah buku

Kopernigk ini tidak pernah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris hinggalah dalam abad ke-20

M sahaja, On the Revolutions of the Heavenly Spheres, terj. C.G. Wallis, terbitan Annapolis,

St John's College Bookstore, 1939. Sebenarnya bahasa Inggeris pada abad ke-17 M masih

bertaraf petani sahaja, bahkan karya agung bangsa Inggeris, Isaac Newton, Philosophia

Naturale. Principia Mathematica 1687 adalah dalam bahasa Latin dan diterjemah kepada

bahasa Inggeris hanya pada 1729 yang dianggap amat tidak memuaskan dan diterjemah

sekali lagi pada 1999. Teori Kopernigk tidak tersebar luas di negara Muslim bahkan ada tanda-

tanda Muslim yang mengetahuinya, mungkin agak lambat pun, tidak bersetuju dan

mendiamkannya sahaja. Di Malayonesia pun, para sarjana-ulamanya nampak tidak bersetuju

Page 10: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

8

dengan teori Kopernigk ini, malah masih ada buku yang laris jualannya (contohnya buku

Ahmad Sabiq 1429 H/skit. 2008 M dan Wardani 2007) yang mengutuk teori Kopernigk ini

tanpa kesedaran yang ulama Malayonesia di Patani seperti Awan Din (1389 H/1969 M) yang

mendedahkan bahawa sarjana Muslim sendiri bernama ‘Atdaduddyn (atau ejaan bebasnya,

Ataduddin) mengutarakan model alam seperti Kopernigk tetapi berabad sebelumnya.

Asal-usul Kejadian Alam Semesta

Teori asal-usul kejadian alam semesta yang dianggap asli dalam bahasa Melayu, iaitu

Teori Nur Muhammad dan Martabat Tujuh wujud sejak abad ke-16 M, tetapi teori

bermaudukkan begini (bukan teori ini) dalam bahasa Inggeris yang diterjemah daripada

Jerman dan Perancis dalam abad ke-19 M dan lebih-lebih lagi dalam abad ke-20 M yang

dinamainya cosmology dan cosmogony/cosmogeny dan cosmogenesis dan banyaklah unsur

ilmu ini yang amat bertentangan dengan Islam.

Teori kejadian benda menerusi lima bahan asas daripada Tamadun Hindu-Buddha dan

Tamadun Islam telah ada dalam bahasa Melayu sejak abad ke-7 M dan pengislamannya sejak

abad ke-15 M menerusi perubahan istilahnya dari istilah Hindu (dalam bahasa Sanskrit):

pancamatra (pertiwi, apah, agni, bayu dan akasa) kepada istilah Buddha (dalam bahasa Pali):

pancatathagata (siti/bumi, banyu, geni, bayu dan akasa) kepada istilah Melayu-Arab: anasir

khamsah (tanah, air, api , angin dan akasa atau al-athir). Bahasa Inggeris mulai tahu teori ini

menerusi Perancis mulai akhir abad ke-14 M, kerana itulah mulanya ada perkataan ether atau

aether yang sama ejaannya dengan sejenis bahan kimia yang dikatahui dalam abad ke-14 M

juga tetapi sifat-sifat yang lengkap diketahui hanya dalam abad ke-19 M. Sejarah kepercayaan

Barat terhadap bahan asas kelima, akasa/eter, ini begitu kuat dalam abad k-17 hingga awal

abad ke-20 M. Pada 1887, Michelson-Morley meyakinkan dunia sains Barat tentang tiadanya

unsur ini, dan Teori Khas Einstein 1909 menguatkan lagi keyakianan ini, tetapi Teori Einstein

yang lebih am 1915 dalam mengembalikan kepercayaan adanya akasa/eter ini. Muslim hanya

menjadi penonton setia yang terpesona sahaja.

Teori Kejadian Fenomenon

Teori kejadian fenomenon menerusi ‘aradh dan jawhar (semacam teori atom) serta

prinsip sebab musabab daripada Tamadun Islam telah ada dalam bahasa Melayu menerusi

buku-buku tasawuf dan tawhid sejak abad ke-16 M tetapi kedua-dua teori ini ada dalam

Page 11: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

9

bahasa Inggeris hanya dalam abad ke-18 M sahaja. Namun, pada abad ke-19 sarjana

Inggeris, Dalton mengutarakan teori atom yang dianggap mengatasi teori ‘arad dan jawhar ini,

tetapi prinsip sebab musabab dari Tamadun Islam itu tidak diabaikan Barat lalu menerbitkan

pelbagai model hukum ketakpastian di dalam sains Barat hingga sekarang yang tidaklah pula

memenuhi kehendak Islam.

Aljabar dan Trigonometri / Muthallathat

Aljabar dan trigonometri dalam bahasa Melayu warisan Tamadun Islam termasuklah punca

persamaan kuadratik dan kubik serta trigonometri atas sfera boleh dipercayai sudah ada

dalam abad ke-17 M menerusi Fakulti Hisab/Matematik (Dar al-Hisab) di universiti di Aceh,

iaitu di Bayt al-Rahman. Walaupun manuskrip yang dijumpai setakat ini bertarikh akhir abad

ke-19 M sahaja, iaitu kira-kira sezaman dengan yang di dalam bahasa Inggeris apabila

mengenangkan matematik sekolah dan universiti dalam bahasa Inggeris di UK dimulai

pertengahan abad ke-19 M sahaja (sebelum ini dalam bahasa Latin dan Perancis).

SEBAB SAINS DAN MATEMATIK SEBELUM ABAD KE-20 DALAM BAHASA MELAYU

“HILANG”

Sejak penjajah Eropah mendominasi cara kehidupan dan pendidikan di Malayonesia ini mulai

abad ke-14 M di Campa (oleh Vietnam), abad ke-16 M di Filipina (oleh Sepanyol), abad ke-

18 M di Hindia Timur Belanda (Indonesia sekarang oleh Belanda) dan abad ke-19 M di Hindia

Timur Inggeris (Malaysia, Brunei dan Singapura sekarang oleh Inggeris) segala

tahu/widya/budi/ilmu (istilah “sains” bangsa yang dijajahnya ini) dipastikan terfosil atau hilang

sahaja. Ini dilakukan dengan memusnahkannya (seperti yang berlaku pada manuskrip

Campa, dan Filipina; bahkan di Aceh juga), atau menerusi sistem pendidik dan pentadbiran

yang memencilkan atau memelukutkan kebudayaan tempatan dan mengganti, membesar

atau mengegah-egahkan cara hidupnya. Maka tibanya abad ke-20 orang Malayonesia sudah

menjadi amnesia budayanya atau memandang rendah kepada apa sahaja warisan

bangsanya. Apa sahaja yang pencapaian bangsanya dahulu dalam sains dan matematik yang

diperihalkan secara keperisaan sahaja di atas itu tidak dipercayainya, atau dianggap mitos

sahaja yang tidak relevan dengan zaman sekarang.

Sejak 1945, bangsa-bangsa di Tenggara Asia yang menggunakan bahasa Melayu moden

kini sudah dikenali dengan sekurang-kurangnya atas nama 4 buah negara-bangsa, iaitu

Page 12: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

10

Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Bahasa Melayu di Filipina, di Thailand dan di

Vietnam-Kemboja sama ada hilang, terfosil, atau berbentuk bahasa loghat percakapan

sahaja. Bagi 4 buah negara bangsa Malayonesia yang baharu itu setiap satunya berpemimpin

yang berhasrat mahu mewujudkan “pembangunan” baharu bagi anak bangsanya mengikut

model negara bangsa penjajahnya sahaja. Oleh itu bagi Persekutuan Tanah Melayu (dan

Malaysia kemudiannya), sejak 1958 bahasa Melayu digemburkan kembali, tetapi dalam huruf

baharunya dari penjajahnya, Rumi (Latin), disulami dengan alasan yang dangkal sahaja

seperti mudah mencapai taraf antarabangsa dan mudah suku kaum lain daripada Melayu

mempelajari bahasa rasmi negara ini. Ini sejarah mengulangi jejaknya: dahulu apabila Islam

bertapak di rantau ini, huruf pra-Islamnya, huruf Palawa, disisihkan sehingga segala tulisan

dalam huruf ini sudah tidak dapat dibaca oleh anak bangsa baharu mulai abake-16 M (Batu

bersurat terakhir orang Melayu mencatatkan buah fikirannya dengan huruf Palawa ialah pada

batu bersurat di Tanjung Kempas, Port Dickson bertarikh 1385 S = 1463 M. Ilmu berbahasa

Melayu ciptaan sarjana daripada abad ke-5 M hingga abad ke-15 M itu sudah tidak dapat

dibaca lagi, kecuali oleh dua-tiga orang sarjana (dan itu pun bukan sarjana tempatan).

Pengulangan sejarah ini mengakibatkan, segala warisan bangsa dalam huruf Jawi pula sudah

tidak mahu dibaca lagi oleh generasi sekarang. Oleh itu mudahlah pemandaian bangsa

negara baharu ini dilakukan dengan menggunakan benih baharu sama sekali, iaitu benih dari

penjajahnya dahulu (bagi Tanah Melayu dan Malaysia kemudiannya, benih Inggeris sahaja).

SAMA dalam bahasa Melayu moden dibina semula bermula dengan sumber Inggeris sahaja

(terjemahan daripada Inggeris) dan ini diterima dengan baiknya kerana semuanya sudah

mengalami amnesia yang hebat. Sungguhpun perkembangan yang agak pesat berlaku juga

sehingga SAMA dalam bahasa Melayu muncul kembali di persada dunia mulai tahun 1990-

an tetapi jikalaulah pembangunan SAMA di Malayonesia (1958 di Persekutuan Tanah Melayu,

1940-an di Indonesia) dahulu disedari oleh para pemimpinnya sebagai pembangunan semula

ilmu itu dengan merujuk juga kepada warisan ilmunya dahulu di samping ilmu kolonialnya,

maka dapatlah dipercayai kemajuan SAMA ini mungkin sekali boleh berlaku dengan lebih

pesat lagi.

Oleh sebab ketiadaan data yang mencukupi maka pencapaian sains dan matematik dalam

bahasa Melayu di Malaysia sahaja yang dipaparkan di sini. Pemilihan tahun 1970 ialah tahun

wujudnya universiti aliran Melayu yang pertama di Malaysia yang diberi nama Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tahun 2002 dipilih sebagai tahun terakhir pengiktirafan

bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik di Malaysia. Walaupun PPSMI

dimansuhkan mulai 2011 tetapi ini untuk peringkat sekolah sahaja. Di peringkat IPT sehingga

kini (mulai 2005) masih dalam bahasa Inggeris yang mematikan peranan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu. Sebahagian besar tulisan ini dipetik daripada makalah penulis ini yang

terdahulu (Shaharir 1996, 2006a, 2013b).

Page 13: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

11

INGGERISNYA KURIKULUM SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH

Sekolah Menengah aliran bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan pada

tahun 1958 atas desakan rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran seluruh

negara. Itu pun hanya sebuah kelas Tingkatan Satu dibuka di Sekolah Menengah (Inggeris)

Dato’ Abdul Razak di Ipoh dengan hanya 30-an pelajar dari kampung-kampung. Hanya tahun

1959 baharulah ada Tingkatan Satu aliran Melayu di setiap buah negeri tetapi semuanya

menumpang di Sekolah Menegah aliran Inggeris. Sekolah Menengah aliran Melayu

sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1962 di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras Kuala

Lumpur. Buku teks sains dan matematik di Sekolah Menengah aliran Melayu adalah

buku terjemahan teks sains dan matematik aliran Inggeris terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP). Tiadalah sesiapa pun yang menyebut adanya unsur sains dan matematik di

dalam bahasa Melayu Jawi seperti yang diperihal di dalam bahagian sebelum ini. Segenap

lapisan masyarakat masa itu telah pun percaya bahawa sains matematik memang semuanya

daripada kebudayaan Inggeris, malah angka yang digunakan di sekolah (dalam Rumi) itu pun

dipercayainya angka Orang Putih kerana angka itu dipopularkan oleh Inggeris, sedangkan

orang Inggeris sendiri pun tidak pernah mengakui angka itu angka ciptaan bangsanya dan

memang pun tepat sedemikian. Buku matematik di SITC (Sultan Idris Training College yang

ditubuhkan pada tahun 1922), umpamanya ditulis oleh guru-guru dari UK, iaitu Pengetua

pertama maktab itu, O.T. Dusek, dan beberapa orang guru ilmu hisab (nama matematik dalam

bahasa Melayu sehingga 1974) dari UK yang bertugas di SITC seperti Pyne dan Whitfield

yang dirincikan lagi di bawah ini.

Dengan penubuhan SITC 1922, kurikulum Ilmu Hisab atau Kira-Kira (Sekolah Rendah

Melayu) memang berkiblatkan kepada keperluan Hisab di maktab tersebut. Oleh itu tidak

hairanlah buku-Buku Hisab Sekolah Rendah Melayu pun memang dikarang oleh guru-guru di

SITC itu, khasnya oleh Pengetua pertamanya Dussek O.T., Kitab Hisab I, II (dua jilid ini tiada

dijumpai), III (2nd and Rev. ed. Singapore Printers Ltd 1935), IV (cet ke-7, K.Lumpur: Caxton

Press 1952). Jilid V dan VI dijangka ada tetapi tidaklah dapat dikesan. Beberapa orang

pendidik Inggeris di Malaya/SITC sebelum 1950-an yang ditugaskan mentadbir/mengajar di

Sekolah Melayu juga menulis buku-buku teks matematik sekolah seperti Whitfield L.D. (Kitab

Hisab Baharu, London: Thomas Nelson 1941) dan Payne L.M & Harman H.A (Kitab Hisab,

London: Longmans 1950). Ini pun semacam suatu yang disengajakan kerana kemana

perginya warisan Mansor Monsi pengarang buku teks Ilmu Hisab Sekolah akhir abad ke-19

M atau awal abad ke-20 M itu? Hanya sekitar 30 tahun kemudian baharulah ada penulis

tempatan, khasnya Ab. Rahim Hj. Darus dengan karyanya, Ilmu Hisab 1-VI (tiada dijumpai

naskhahnya), dan jilid VII (edisi ke-3, Penang: Sinaran Bros. 1956). Yang lainnya oleh Mohd

Page 14: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

12

Rais bin Haji Hassan (Kitab Hisab 1 hingga 3), Ahmad bin Abdul Wahab, Nuruddin bin Jamin,

Ramli bin Shaari, Samuri bin Alif, Syed Omar bin Syed Ahmad, Wan bin Dus Muhammad

(demikian mengikut Malaysian Education Dialogue Feb 2008, http://sejarah-

pendidikan.blogspot.com/2008_02_01_ archive.html).

Namun penulis-penulis tempatan itu pun sudah terlatih dengan baiknya oleh guru-guru

kolonialnya kerana karya mereka itu tiadalah juga rujukan kepada ilmu hisab yang ada dalam

kitab-kitab fiqah dan tawhid yang diajar di Pondok-Pondok ketika itu dan sebelum itu. Itulah

bagaimana kentalnya pengaruh matematik Inggeris di dalam matematik Melayu sejak

“Sekolah Melayu” diwujudkan di Melaka pada tahun 1846 (mengikut Hikayat Abdullah Munsyi

terbitan pertamanya 1849), bukannya pada tahun 1856 di Singapura yang biasa disebut itu.

Abdullah Munsyi juga jahil dalam manuskrip Melayu apabila beliau menyatakan beliau

bersetuju dengan padri Inggeris di Melaka yang memintanya menterjemah buku “ilmu kira-

kira” (nama aritmetik dahulu sehingga 1970-an) dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu,

kerana katanya buku “ilmu kira-kira” belum ada dalam bahasa Melayu. Buku “Ilmu Kira-Kira”

(nampaknya inilah judulnya) terjemahan Abdullah Munsyi itu masih belum dijumpai. Sejak

“Sekolah Melayu” tajaan Inggeris bertapak di Malaya, buku Matematik Sekolah Melayu

Malaya yang tertua dijumpai setakat ini (Shaharir 1987/1989) ialah karangan Mansor Sanusi

1900, berjudul Ilmu Hisab terbitan Sinar Brothers, Pulau Pinang. Ini pun boleh dianggap

pengarang tajaan Inggeris sahaja kerana di pondok-pondok terkenal di Kedah, Kelantan dan

Terengganu umpamanya, pada masa itu sudah ada ramai ulama yang berkebolehan dan lebih

Arif daripada Mansor ini tetapi tidak dihiraukan oleh sesiapa pun daripada pihak yang

berkuasa pada masa itu.

“Sekolah Melayu” tajaan Inggeris itu memang diwujudkan dengan tujuan mematikan

sistem pendidikan Madrasah dan Pondok yang berkiblatkan Islam dengan pemakaian buku-

buku daripada negara Arab, terjemahan atau saduran. Jika bukan itu maksudnya, sudah tentu

“Sekolah Melayu” tidak dibangunkan di bawah pentadbiran yang berasingan dan tanpa

hubungan sedikit pun dengan tradisi pendidikan Madrasah dan Pondok itu yang memang

pelajarnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Malah ada kemungkinan besar dasar Thomas

Macaulay 1835 di Hindia yang dengan jelas mahu menghilangkan ilmu peribumi di Tanah

Jajahan Inggeris (diamalkan dengan bersistemnya di Hindia seperti yang dijelaskan oleh Raju

2011) memang diperluaskan ke Hindia Timur Inggeris. Sekolah aliran Melayu (oleh itu sains

dan matematik aliran Melayu yang dikenali di sekolah Melayu dahulu sebagai “ilmu kejadian”

dan “ilmu hisab”) wujud sebagi alternatif kepada aliran Inggeris sehinggalah tahun 1979

apabila tahun itu tiada lagi pelajar aliran Inggeris setelah terhapusnya aliran itu secara

perlahan-lahan menerusi dasar kerajaan mengisytiharkan mulai tahun 1969 semua pelajar

Darjah 1 (kini, mengelirukan, dinamai Tahun 1) Sekolah Rendah mestilah dalam aliran Melayu

Page 15: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

13

sahaja. Ini pun berlaku setelah tunjuk perasaan besar-besaran pada tahun 1967 (dikenali

sebagai “Perarakan Keranda 152”) menagih janji kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

bahawa bahasa Melayu dijanjikan menjadi satu-satunya bahasa rasmi negara 10 tahun

selepas Medeka (iaitu 1967), sedangkan janji ini berubah/diubah (tidak akan dikotakan) atas

nama janji baharu menerusi penubuhan Malaysia 1963 (ingin dianjak kepada 10 tahun

selepas penubuhan Malaysia!). Perubahan bahasa pengantar ilmu, terutamanya bahasa

pengantar Hisab/Matematik di peringkat pengajian tinggi yang hanya berlaku secara

menyeluruhnya mulai 1983, sepatutnyalah menjadi suatu unsur penginovasi pendekatan ilmu

itu dan sejauh mana “hukum perkembangan ilmu” ini berlaku di Malaysia akan dibicarakan

kemudian.

Kurikulum Matematik (dan mata pelajaran lain juga) Sekolah Menengah aliran Melayu

yang dimulai pada tahun 1958 memang disamakan kurikulumnaya dengan Sekolah

Menengah Inggeris, iaitu berasaskan kepada kurikulum sekolah di United Kingdom yang

bertujuan untuk mengambil peperiksaan dari UK Sekolah Menengah Melayu. Akibatnya,

tiadalah peluang sesiapa pun yang mahu membuat inovasi dalam kurikulum dan pendekatan

SAMA di Sekolah Melayu. Hal sebegini berlaku lama sehingga tahun 1987; dan di peringkat

universiti juga berlaku demikian terutamanya lebih-lebih lagi sejak sedasawarsa ini apabila

bahasa Inggeris kembali bertakhta. Ini akan dibicara lagi kemudian.

Pada tahun 1960, kurikulum Hisab Sekolah Rendah Melayu disamakan dengan yang

di sekolah Inggeris sesuai dengan serupanya kurikulum Hisab (dan Sains) di sekolah

Menengah aliran Melayu mulai pewujudan sekolah itu pada 1958 dan sempena Rancangan

5 tahun Malaysia Pertama yang antara lainnya bertujuan menstrukturkan semula dan

menyatukan semua kaum di Malaysia. Bagaimana semakin besarnya pengaruh matematik

Inggeris di Sekolah Rendah Melayu dapat disaksikan lagi dengan terjemahan buku

peringkat itu pada tahun 1961, iaitu karya Payne E.M.F (Kira-Kira, terbitan DBP, terj.

Longmans' Practical Malayan Arithmetic, terbitan Longmans, Green & Co. Ltd., London,

sebuah buku teks Matematik Sekolah Rendah aliran Inggeris yang telah dipakai beberapa

tahun sebelum itu lagi). Walaupun penulis tempatan mulai muncul dalam pertengahan

dasawarsa 1960-an dan mengambil alih para penulis Inggeris dahulu seperti Mansur Latif

dengan karyanya, Kira2 untok Sekolah, terbitan DBP 1967 tetapi pendekatan mereka tetap

sama; khususnya mereka yang menggunakan buku-buku itu tetap tidak merasai “kira2”

atau aritmetik itu ialah hasil tamadun bukan Barat. Ini berlanjutan hingga sekarang pun,

malah lebih teruk lagi seperti yang dibicarakan nanti.

Beberapa siri kurikulum baharu sains dan matematik sekolah diperkenalkan satu

demi satu sejak 1960-an tetapi setiap satunya berupa kurikulum yang diimport dari UK.

KBSR dan KBSM masing-masingnya mewakili dua kurikulum baharu Sekolah Rendah dan

Page 16: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

14

dua kurikulum baharu Sekolah Menengah dan mewakili dua zaman Menteri

Pelajaran/Pendidikan. KBSR pertama ialah ringkasan kepada Kurikulum Baru Sekolah

Rendah yang diperkenalkan pada tahun 1983 di bawah Menteri Pelajaran, Abdullah Ahmad

Badawi, dan berakhir pada 1989 dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

yang digubal mulai 1987 bersekali dengan penggubalan falsafah baharu pendidikan sekolah

di bawah Menteri Pendidikan, Anwar Ibrahim. KBSM pertama ialah Kurikulum Baru Sekolah

Menengah yang diperkenalkan pada tahun 1983 dan KBSM yang kedua diringkaskan semula

di sini sebagai KBSM2, ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang diperkenalkan

pada 1989 bersekali dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah itu, diringksaskan semula

di sini sebagai KBSR2. Entah mengapa tarikh pengenalan KBSR2 dan KBSM2 nampaknya

diubah sewenang-wenangnya oleh beberapa orang penulis kepada tahun-tahun selepas

Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan seperti KBSR2 pada tahun 1993/1994

dan KBSM2 1998 (seperti yang ada dalam UPSI 2011, Internet KB, Mohsin & Nasruddin

2008). Tarikh-tarikh terkemudian ini amatlah tidak munasabah kerana adanya tesis Sarjana

oleh Mezuki (1990) berkenaan kajian pelaksanaan KBSM2; buku Wan Zahid (1987), Ketua

Pengarah KPM ketika itu, yang dituju kepada “penyelia” KBSM2; buku terbitan Pusat

Perkembangan Krikulum (PPK 1995) tentang huraian sukatan pelajaran KBSR2 Tahun 5;

buku Adnan (1993) yang berupa antologi makalah hasil kajian pelaksanaan KBSM2;

pengenalan Sekolah Pintar 1995 itu dikatakan berasaskan KBSR2 dan KBSM2; dan dalam

akhir tahun 1998 KBSR2 dan KBSM2 jatuh sakit akibat berlakunya penyingkiran

penaja/penanungnya, Anwar Ibrahim.

Hasrat Murni yang Tidak Tercapai

KBSR dan KBSM pertama dianggap oleh sesetengah pihak (seperti UPSI 2011) sebagai

perubahan besar kandungan kurikulum Matematik Sekolah Malaysia tetapi tiadalah

pernyataan yang kami temui setakat ini yang menyatakan kurikulum KBSR dan KBSM

pertama ini melibatkan perubahan dalam pendekatannya (kecuali pernyataan baharu kepada

benda lama, iaitu bermatlamatkan 3M: Membaca, Menulis dan Mengira; meniru dengan cara

kurang berdaya karyanya akan ringkasan Inggeris 3R; sepatutnya MBTK atau MBAKAT atau

sepertinya). Perubahan besar dalam kurikulum itu dimaksudkan perubahan kandungan

matematik sekolah dikatakan pertama kalinya digubal berasaskan kesesuaian dan kebolehan

pelajar Malaysia amnya, iaitu tidak lagi berkiblatkan kandungan matematik di negara lain.

Namun anjakan pemikiran penentuan kandungan kurikulum berpusatkan kesesuaian diri

sendiri ini memang boleh disanjunggi cuma tidaklah boleh dikatakan perubahan kurikulum

kerana perubahan kurikulum perlu disertai dengan perubahan pendekatannya. Pada KBSR2

dan KBSM2 itu barulah benar-benar buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan

Page 17: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

15

Matematik Sekolah Malaysia digubal mengikut kehendak acuan kita sendiri, walaupun

acuan itu boleh dipertikaikan kewajarannya atau kesesuaianya hingga sekarang kerana

konsep “bersepadu” dalam pendidikan cukup banyak seperti yang diperkatakan oleh Shaharir

(2009). Apa pun, kurikulum KBSR2 dan KBSM2 benar-benar berupa usaha kefahaman

penghayatan sebuah falsafah baharu matematik yang mengiktiraf matematik itu juga sebuah

hasil budaya, yang mempunyai sarat nilai. Namun salah-fahamnya maksud nilai dalam

falsafah baharu inilah yang nampaknya antara sebabnya kurikulum baharu ini juga

gagal, atau lebih tepat lagi hilang tanpa kuburnya. Salah faham sudah banyak kali dan agak

lama disuarakan oleh penulis ini sejak mula kurikulum ini dilancarkan menjangkau hingga

menjelang abad ke-21 M (Shaharir & Latif 1988, 1992; Shaharir 1988a,b, 1989, 2002/2003;

dan Shaharir drk. 2005).

Ciri utamanya KBSR2 dan KBSM2 ialah konsep “bersepadu” yang ditafsirkan oleh

Kementerian sebagai kurikulum yang menerapkan 16 nilai murni ke dalam kurikulum itu, yang

diungkapkan sebagai “Penerapan Nilai Merentas Kurikulum” (Adnan 1993). Enam belas nilai

itu ialah (1) baik hati, (2) berdikari, (3) hemah tinggi, (4) hormat menghormati, (5) kasih sayang,

(6) keadilan, (7) kebebasan (di sisi undang-undang dan demokrasi), (8) keberanian, (9)

kebersihan fizikal dan mental, (10) kejujuran, (11) kerajinan, (12) kerjasama, (13)

kesederhanaan, (14) kesyukuran, (15) rasional, dan (16) semangat bermasyarakat. Ini suatu

revolusi dalam pembinaan kurikulum terutamanya di dalam matematik yang selama ini

dianggap subjek yang paling objektif, neutral, tidak berpihak kepada sesiapa atau bebas

budaya dan nilai. Inilah juga pembinaan kaedah sendiri yang pertama dalam Matematik

Sekolah di Malaysia.

Namun banyaklah kelemahannya yang menyebabkan tidak berjayanya revolusi ini. Ini

telah ditimbulkan sejak di peringkat awal penggubalan dan pembenihannya lagi 1988-1989

(Shaharir & Latif 1992; Shaharir 1988a,b, 1989) tetapi tiadalah perubahan yang (sempat)

dilakukan, kalau pun mereka dahulu itu mahu melakukannya, kerana projek ini boleh

dikatakan diambil-alih oleh beberapa peristiwa yang mematikan perjalanannya. Pertamanya,

Menteri yang memulakan revolusi ini hanya berada di portfolio yang berkuasa terus dengan

pendidikan (Menteri Pendidikan yang sebelum itu dinamai Menteri Pelajaran) hanya selama

sepenggal sahaja (sekitar 4 tahun), 1988-1992. Seperti biasalah di Malaysia ini, Menteri

pengganti mahu membuat agenda pendidikannya yang tersendiri pula yang diperihalkan

kemudian. Kelemahan lainnya, yang jauh lebih besar lagi ialah dalam makna dan kefahaman

“penerapan nilai” itu.

Pertamanya, penerapan itu memang bermakna proses mengenakan atau

memasukkan yang menunjukkan benda yang dkenakan atau dimasukkan itu, iaitu di

sini, 16 nilai murni itu dianggap daripada awal-awal lagi bukannya nilai

Page 18: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

16

memang/inheren atau nilai jati/intrinsik matematik (atau subjek lain), iaitu suatu yang tidak

asli ada pada sesuatu judul matematik. Oleh itu, “penerapan nilai” menjadi pemaksaan adanya

nilai dan bukannya yang terbit secara tabiinya atau mulanya daripada subjek (ilmu)

berkenaan; dan tidak juga berupa penerbitan, penyungkilan atau penyembulan nilai asalnya

daripada unsur-unsur matematik berkenaan. Oleh itu, subjek matematik (atau yang lain juga)

tidaklah tercuit sedikit pun hasil daripada “penerapan nilai” ke dalamnya itu. Tegasnya, subjek

Matematik itu tetap neutral atau tidalah saratnya nilai matematik (atau apa subjek pun).

Akhirnya, diimbau pula oleh bentuk soalan peperiksaan yang tidak berubah, guru

matematik pun bukan sahaja menjadi semakin tidak berminat menerapkan nilai-nilai itu

tetapi mungkin sekali menyiapkan laporan yang dibuat-buatnya terhadap pengajarannya

dengan mencatatkan nilai sekian-sekian telah diterapkan di dalam judul sekian-kian.

Jadi “penerapan nilai” itu sebenarnya bertentangan dengan tabii matematik (atau

subjek lain amnya) yang sebenarnya ada nilai memangnya/inherennya atau jati/intrinsiknya

yang berperanan dalam sejarah pembentukan/penciptaan/pengaryaan setiap judul matematik

itu, cuma tidak disedari kewujudannya oleh guru, pengajar, atau penulisnya sahaja. Inilah

datangnya kelemahan keduanya KBSR2 dan KBSM2 ini, iaitu ketiadan kumpulan

penyelidik yang diwujudkan khas untuk menerbitan buku-buku teks matematik yang

sarat nilai asal ilmu itu. Nilai itu boleh jadi nilai dari sistem kepercayaan yang berbeza

dengan sistem kepercayaan umat Malaysia, atau bukan nilai murni itu. Malah nilai asli

matematik yang ada dalam senarai 16 nilai murni itu hanyalah nilai-nilai yang ditebalkan itu,

iaitu keadilan dan rasional, yang boleh dianggap nilai asli matematik, malah seringlah

orang mentakrifkan konsep rasional menerusi matematik. Sebabnya ialah nilai-nilai inilah

yang ada mencetus sesuatu konsep atau tujuan unsur Matematik Sekolah itu dicipta dahulu.

Yang lain itu nilai yang tak relevan atau nilai-nilai yang diada-adakan atau dibuat-buat dengan

unsur matematik sekolah yang ada sekarang. Nilai-nilai lain dalam Matematik Sekolah

memang ada lagi tetapi tidak tersenarai sebagai nilai murni Kementerian Pendidikan.

Kelemahan seterusnya ialah tidak berubahnya soalan peperiksaan, sehingga

akibatnya kaedah latih tubi tetap menjadi cara hidup pengajaran dan pembelajaran Matematik

Sekolah. Huruf B =“Bersepadu” dalam KBSR2 dan KBSM2 itu sepatutnya berupa

pelaksanaan unsur-unsur hasil “Pengislaman Ilmu“, “Pemeribumian Ilmu”,

“Pengetnomatematikan” atau penilaian semula ilmu menerusi budaya sendiri atau

acuan sendiri. Ini tidak berlaku. Penulis ini cuba membentuk kumpulan penulis buku teks

berlandaskan hasrat ini pada 2000 yang diberi namanya pendekatan Matemadesa tetapi

kumpulan ini mati tak berkubur apabila sekolah dilanda oleh PPSMI 2003, walaupun kumpulan

ada meninggalkan karya pelandasnya yang berupa garis panduan penulisan pendekatan

Matemadesa itu (Shaharir 2002).

Page 19: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

17

Apa pun KBSR2 dan KBSM2 yang mula tidak sihat pada 1995 (produk baharu lagi

muncul yang dibicarakan di bawah ini) dan nazak 1998 (setelah tersingkirnya arkitek dan

kemudiannya penaung KBSR2 dan KBSM2) dan seterusnya kurikulum ini sudah menemui

ajalnya tanpa kuburnya. Menggagaulah lagi pihak kuasawan pendidikan negara lalu bertemu

dengan “Sekolah Bestari” dan PPSMI.

Sekarang, kita kembali kepada teori pendidikan Barat lagi dalam usaha mendidik anak

bangsa kita di sekolah supaya “berfikir”. Ini dilakukan dengan berlandaskan kepada teori

pendidikan Bloom (taksonomi Bloom) yang diciptanya pada 1956 yang memisahkan tabii ilmu

dan penerimanya kepada tiga peringkat: pentaakulan, penghayatan dan pengamalan yang

kerana usianya pun sudah cukup banyak kelemahannya. Satu daripadanya ialah pemisahan

nilai dengan peringkat kognitif itu (pentaakulan). Satu lagi ialah taksonomi ini mengandaikan

orang berfikir, iaitu orang yang melakukan penilaian ilmu secara kritis dan menyelesaikan

masalah mengikut kaedah yang dinamainya “Pemenyelesaian Masalah” (Problem Solving)

yang melibatkan “Pemikiran Aras Tinggi” (High Order Thinking, HOT) yang boleh dan patut

diringkaskan dalam bahasa Melayu juga seperti FIKRAT. Ringkasnya, kaedah ini tidak tepat

dengan cara ahli SAMA mencipta ilmunya sepanjang zaman, iaitu tidak begitu kena dengan

cara mereka berkarya yang dapat diselami menerusi kaedah pendekatan sejarah dan falsafah

sesuatu judul dan pencipta judul itu sendiri sahaja. Akibatnya lagi, kaedah Bloom ini akan

mengamnesiakan warisan SAMA sesiapa pun termasuklah warisan kita kerana kaedah ini

khasnya tidak kisah kepada, tiada tempat bagi, atau susah mendapat tempat duduk

sejarah dan falsafah ilmu mengikut acuan sendiri.

Pelahiran Sarjana Muda Bidang Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu di Malaysia

Bagi mereka yang membaca sejarah bangsa berbahasa Melayu di Asia Tenggara ini, mungkin

dengan cepat akan menemui rakaman bahawa universiti pertama menggunakan bahasa

Melayu telah lama wujud, dibangunkan di Aceh dalam abad ke-17 M di kawasan yang menjadi

sebahagian daripada Masjid Bayt al-Rahman di Banda Aceh sekarang, dan universiti itu

bernama Jami‘ah Masjid Bayt al-Rahman. Besarnya universiti ini ialah 17 buah fakulti (istilah

Arab pada masa itu dar, tetapi kini kulliyah yang menerbitkan istilah kuliah dan kolej daripada

Inggeris terlebih dahulu college) yang disusun di sini mengikuti bidang yang hampir dengan

sains dan matematik (mengikut Muslim 2011, Koharruddin 2004) ialah:

(1) Fakulti Matematik (dar al-hisab),

(2) Fakulti Kalam (dar al-kalam),

(3) Fakulti Pertambangan atau Perlombongan (dar al-ardhy), Fakulti Sains Bumi

(4) Fakulti Kimia (dar al-kimiya),

Page 20: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

18

(5) Fakulti Peperangan (dar al-harb),

(6) Fakulti Pertanian (dar al-zira‘ah),

(7) Fakulti Tib atau Perubatan (dar al-tib), dan

(8) Fakulti Siasah/Politik (dar al-siyasaht)

(9) Fakulti Pemerintahan (dar al-wizarah),

(10) Fakulti Perbendaharaan/Kewangan (dar al-khazanaht bayt al-mal),

(11) Fakulti Ilmu Aqal/Kecendekiawanan (dar al-aqli).

(12) Fakulti Filsafat/Falsafah (dar al-filasafaht),

(13) Fakulti Hukum/Undang-undang (dar al-ahkam),

(14) Fakulti Tafsir dan Hadis (dar al-tafsir wa al-hadith),

(15) Fakulti Perbandingan Agama/Mazhab (dar al-mazahib),

(16) Fakulti Sejarah (dar al-tarikh),

(17) Fakulti Tatabahasa (dar al-nahwu)

Dalam abad ke-17 M, universiti-universiti di UK hanya ada bidang yang diistilahkan sebagai

ilmu klasik, iaitu bahasa Latin dan Yunani tetapi tiadalah bidang sains dan matematik sebagai

mata pelajaran apatah lagi sebagai beberapa fakulti seperti di Aceh itu. Universiti di Bandar

Aceh ini pernah menjadi benteng peperangan Aceh melawan Belanda pada abad ke- 19

dahulu sehingga apabila Belanda berjaya menawan benteng ini. Perpustakaan univerisiti ini

dibakar (demikian diperihalkan di dalam buku novel sejarah perjuangan pahlawan masyhur

Aceh, Cut Nyak Din atau ejaan asalnya Tjoet Nja' Dhien, yang ditulis oleh Madelon

1948/2010).

Penubuhan UKM pada 1970 dengan pertolongan tenaga pengajar dari Indonesia, dan

Fakulti Sains (terletaknya juga bidang matematik) dan Fakulti Perubatan diwujudkan sejak

mula terdirinya universiti itu. Di Indonesia universiti aliran bahasa Melayu yang tertuanya ialah

Universitas Islam Indonesia di Yogyakarta 1947 (sebuah univerisiti swasta) tetapi tiadalah

bidang sains dan matematik diwujudkan (fakulti yang paling hampirnya dengan sains pada

masa penubuhan universitas ini hanyalah Fakultas Ekonomi); hanya tahun 1960-an baharu

ada bidang yang lebih hampir dengan SAMA lagi diwujudkan, iaitu teknik (kejuruteraan),

kedokteran dan Farmasi. Universiti kedua Indonesia dimulai pada tahun 1949, Universitas

Gadjah Mada, Yogyakarta, tetapi dimulai dengan hanya Fakulti Hukum dan Fakultas

Kesusasteraan sahaja. Fakultas Kedokteran (Perubatan di Malaysia), Teknik (termasuk

Page 21: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

19

fizik/ilmu alam dan matematik/ilmu pasti) dan pertanian diwujud beberapa tahun kemudian

sahaja. Universitas ketiga tertua ialah Universitas Indonesia di Jakarta pada 1950 dan sekali

gus bidang sains dan matematik juga diadakan. Apa pun, universiti di Malaysia dan Indonesia

sejak mulanya hingga kini pun berasaskan model penjajah masing-masing sahaja, iaitu

Belanda dan Inggeris, tanpa rujukan sedikit pun kepada universiti di Aceh, atau SAMA

bangsanya. Dalam keadaan mereka sedang mengalami amnesia warisan ilmunya (hingga

kini pun) universiti itu ditubuhkan dan dikembangkan.

Kembali ke Malaysia, sejak kemeriahan bahasa Melayu mencapai kemuncak

pertamanya dalam abad ke-20, iaitu tahun 1987 (tahun lenyapnya sekolah aliran Inggeris di

semua peringkat), sehingga 2003 (tahun bermulanya kemeriahan berbahasa Inggeris)

sekurang-kurangnya secara puratanya kira-kira 4000 orang prasiswazah SAMA aliran

bahasa Melayu dihasilkan oleh universiti-universiti awam di Malaysia setiap tahun.

Jadi, sehingga 2002, sudah seramai 60 ribu orang prasiswazah SAMA aliran bahasa

Melayu). Oleh itu, sebanyak itu jugalah tulisan Latihan Ilmiah SAMA dalam bahasa

Melayu yang terhasil setiap tahun tetapi malangnya tiada usaha menerbitkannya untuk

menjadi khazanah ilmu kita yang baharu yang mudah dicapai, sebaliknya sudah hampir

terfosil semuanya. Namun seramai itu jugalah prasiswazah dari seberang laut dalam aliran

bahasa Inggeris. Tidak hairanlah keberadaan prasiswazah dalam aliran bahasa Melayu itu

tidaklah berdampak tinggi terutamanya disebabkan tiada pihak yang mempromosinya. Jika

dilihat dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering difitnahkan

sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau dibangunkan dalam bahasa Melayu

kerana kepantasan perkembangan ilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya

pelajar aliran bahasa Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun

menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. (Apa lagi data di Negara Maju yang tidak

menggunakan bahasa Inggeris seperti di Negara-Negara Maju di Eropah, kecuali UK dan

Ireland), Jepun, Korea dan Taiwan. Pertamanya, bidang TM telah diajar dalam bahasa

Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di bawah program sains komputer, dan ijazah

dalam bidang ini pertama kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti

Teknologi Maklumat hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Akan tetapi Fakulti TM, Sains

Maklumat, Sains Komputer atau gabungannya di IPTA lain telah beberapa tahun ditubuhkan

lebih awal daripada itu lagi yang semua programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga.

Umpamanya Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM), di UTM ditubuhkan pada

1984 lagi. Namun sebelum tertubuhnya fakulti ini pun, sejak 1985 lagi UTM sudah pun

melahirkan puluhan prasiswazah TM dalam aliran bahasa Melayu setiap tahun. Sejak 1994

kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun dapat dikeluarkan oleh UKM dan sekitar

itu jugalah di lima buah universiti awam yang lain (semuanya dalam bahasa Melayu juga

terutamanya selepas 1982). Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001 seramai tidak

Page 22: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

20

kurang drp 2500 orang pelajar SAMA dianugerahi ijazah pertamanya masing-masing

termasuklah bidang TM seramai tidak kurang daripada 400 orang (Buku cenderamata

konvokesyen UKM 2001).

Suatu yang jelas juga, sungguhpun pengajaran dan pembelajaran serta penulisan

Kajian Ilmiah tahun akhir pelajar IPT adalah dalam bahasa Melayu tetapi semuanya berupa

pengungkapan kembali SAMA yang ada dalam bahasa Inggeris dalam keadaan

seadanya sahaja yang tidak pernah dikaitkan dengan status dan keperluan ilmu itu dalam

kebudayaannya sendiri. Buku-buku teks yang dihasilkan sehingga 2002 sejumlah sekitar

1,200 buah judul itu semuanya ilmu yang bertaraf sedemikian yang jelas kepada

pembacanya tentang asingnya ilmu itu, dan jelasnya ilmu itu dari bahasa Inggeris

sahaja. Hanya sejak 1983 usaha mengorientasikan semula kedudukan ilmu ini secara amnya

dilakukan atas prakarsa penulis ini di UKM menerusi pengenalan kursus wajib Sejarah dan

Falsafah Sains yang menghasilkan sebuah buku bidang ini yang pertama di Malaysia

(Shaharir 1987/2000). Namun kursus ini semakin tersingkir dan disingkir mulai menjelangnya

abad ke-21 M kerana menyahut keperluan negara (“sumber daya manusia”) dan

sejagatisme/globlisme (yang ditafsirkan sebagai penyanjungan kebudayaan Inggeris sahaja).

Yang lebih penting lagi kurikulum dan pendekatan seluruh mata kuliah SAMA di IPT tetap

berpusatkan Inggeris dan semakin sedemikian dengan penekanan kepada hanya penulisan

dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di dalam jurnal-jurnal bahasa Inggeris terbitan ISI (di

Amerika Syarikat) sahaja.

Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu

Siswazah Sarjana aliran Melayu (tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains

dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan peringkat Doktor Falsafah

bermula pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM. Sarjana dalam TM

dihasilkan mulai 1985 di UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat PhD dihasilkan

mulai 1998. Sejak 1980 hingga 2002, UKM sahaja telah menghasilkan kira-kira 2 ribu

buah tesis Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), dan dalam bidang TM sahaja sejak 1995

hingga 2002, UKM telah menghasilkan hampir 300 buah tesis. Universiti awam lain juga

boleh dianggap menghasilkan siswazah Sarjana dan PhD dengan tesisnya dalam bahasa

Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun selepas semua program ijazah pertamanya

dalam bahasa Melayu) sehingga 2002 sudah sekitar 10 ribu tesis Sarjana dan PhD dalam

bahasa Melayu dan bidang SAMA yang terhasil dari universiti-universiti awam di Malaysia.

Namun, lagi sekali penerbitan daripada tesis-tesis ini dilakukan hampir semuanya

diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dalam bentuk makalah yang sesuai untuk

disiarkan di dalam jurnal luar dan dalam negara. Akibatnya jurnal dwibahasa (Inggeris

Page 23: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

21

dan Melayu) terbitan dalam negara terpinggir dan dasar memuatkan 30% makalah dalam

bahasa Melayu dalam setiap keluarannya jarang tercapai. Kini hampir semua jurnal

dwibahasa ini telah dijadikan atau terjadi jurnal dalam bahasa Inggeris sahaja kerana

menyahut dasar baharu kerajaan menjadikan universiti bertaraf dunia (yang ditafsirkan

semestinyalah di dalam bahasa Inggeris sahaja dalam segala urusan keilmuannya). Sejak

2003, semua tesis digalakkan atau diwajibkan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Penulisan Antarabangsa

Buku dan makalah sains dan matematik (termasuk sejarah dan falsafah sains dan matematik)

dalam bahasa Melayu telah juga mula dibaca oleh sarjana di luar Malaysia menerimanya

menerusi terjemahan mereka. Malah beberapa buah jurnal dwibahasa (Melayu dan

Inggeris) keluaran UKM, persatuan Sains Matematik Malaysia, Persatuan Fizik Malaysia

dan Akademi Sains Islam Malaysia mula mendapat perhatian seluruh dunia sejak

beberapa tahun kebelakangan ini, dan lonjakan pengiktirafan terhadap jurnal dwibahasa ini

telah bermula dengan penyenaraian jurnal Sains Malaysiana (sebuah jurnal Sains dan

Matematik keluaran UKM sejak 1970-an) oleh pendokumentasi jurnal terbesar dan berprestij

di dunia, Scopus, mulai 2009 telah berjaya meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan

beberapa buah jurnal dwibahasa (tribahasa dan caturbahasa) di dunia keluaran negara-

negara yang bertradisi lebih lama dan agak lebih maju (tetapi belum mencapai taraf Negara

Maju) daripada Malayonesia ini termasuklah Tiongkok dan Ceska/Czech. Sejak beberapa

tahun ini pula jurnal Sains Malaysiana telah diiktiraf sebagai jurnal ISI yang melonjakkan lagi

citra bahasa Melayu menerusi jurnal dwibahasa ini. Jurnal Kesturi terbitan ASASI (Akademi

Sains Islam Malaysia) yang juga jurnal dwibahasa (Melayu dan Inggeris) sudah menjadi

rujukan pelajar dan sarjana antarabangsa yang membuat kajian di dalam sains peribumi

(daripada artifak, kraftangan dan teknologi Malayonesia) dan sains Islam (menerusi

pengislaman ilmu). Oleh itu hujah sesetengah pihak yang mengatakan bahasa Melayu

tidak layak menjadi bahasa sains antarabangsa adalah sikap dan pandangan melulu

semata-mata yang tidak tahu betapanya bahasa Melayu dahulu (antara abad ke-5

hingga ke-12) pernah mengatasi bahasa Tiongkok, kemudian merosot akibat

penjajahan ke bawah, dan kini nampaknya semakin menuju setaraf dengan bahasa-

bahasa sains yang baharu menyembul seperti Mandarin, Korea, Jepun dan

Ceska/Czech. Pengembangan ini tentunya akan segera atau telah pun menguncup dengan

dasar PPSMI yang masih diteruskan dengan gah dan agahnya hingga sekarang ini di IPT.

Bahkan semenjak PPSMI dilancarkan 2003, semua penerbitan buku ilmiah dalam bahasa

Melayu dihentikan; pembelajaran dan pengajaran SAMA dalam bahasa Melayu dilarang

keras, penulisan tesis SAMA dalam bahasa Melayu tidak dibenarkan, dan penulisan buku dan

Page 24: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

22

makalah dalam bahasa Melayu oleh ahli akademik tidak digalakkan atas pelbagai sebab oleh

pihak berkuasa IPT dan pihak sarjana secara individu kerana perubahan sistem nilainya

sehingga jurnal-jurnal dwibahasa yang bertaraf dunia di atas itu semakin menjadi sebahasa

sahaja (iaitu bahasa Inggeris). Institut Penterjemahan Negara pun diubah matalamatnya

kepada tidak lagi mencuba, bahkan belum pun sempat dilakukan, menterjemah buku-buku

ilmiah agung dari bahasa-bahasa asing tetapi kepada terjemahan buku-buku umum dari

bahasa asing ke bahasa Melayu atau dari bahasa Melayu (yang tentunya hanya novel dan

karya-karya popular oleh “kenalannya” sahaja). Bahasa Melayu sudah mulai tergenang,

terkambus dan seterus akan terfosil kembali!

Pengiktirafan Dunia terhadap Produk Sarjana Aliran Bahasa Melayu

Produk Sains di Malayonesia yang pertama di antarabangsa (ke Eropah) ialah bidang

perubatan setelah sarjana Belanda, Jacob Bontius, yang menghasilkan sebuah buku

perubatan dalam bahasa Belanda berasaskan kearifan Malayonesia berjudul, Tropische

Geneeskunde terbitan di Armsterdam yang mengandungi cukup banyak unsur tib (dengan

pengamalnya, tabib; istilah dalam bahasa Melayu untuk “perubatan” dan “doktor perubatan”

sekarang sehingga 1950-an) di Malayonesia. Sudah tentu maklumat asalnya yang ditulis

dalam buku ini adalah di dalam bahasa Melayu atau rumpunnya seperti Iban, Bugis dan Jawa,

iaitu bahasa Austronesia, oleh itu layak dikatakan perubatan bahasa Melayu (lisan sekurang-

kurangnya), tetapi mungkin sekali juga beliau merujuk manuskrip tib yang ratusan adanya

sampai sekarang. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di Eropah

termasuklah bahasa Inggeris dalam tahun 1679 M dengan judul The Tropical Medicine

terbitan London. Buku terjemahan Inggeris ini ada pada Dr. Alinor seorang penggerak kajian

sains dan matematik Malayonesia yang paling giat pada masa ini, dan beliau sedang mencari

sarjana yang berminat untuk menterjemahkan buku terjemahan ini kepada bahasa Melayu

(supaya “sirih pulang ke gagang” atau “belut pulang ke lumpur”).

Produk sains kedua dari Malayonesia yang diantarabangsakan dengan lebih luas

lagi ialah bidang kepelbagaian biologi setelah Wallace berada di rantau yang dianaminya

sendiri sebagai The Malay Archipelago (Kepuluan Melayu) selama 8 tahun, 1860-1868, dan

menghasilkan puluhan makalah laporan ribuan spesies flora dan fauna di Kepulauan Melayu

ini yang menjadi asas kepada Teori Evolusi tuan gurunya Charles Darwin di UK (malah teori

itu saranan beliau pun). Ini bermulanya, nama-nama flora-fauna Melayu (yang tak dapat

diterjemah kepada Inggeris, dan tidak dapat dikaitkan dengan spesies yang pernah mereka

jumpai di tempat lain) dijadikan perkataan biasa Inggeris dan juga asas nama sainsnya seperti

Page 25: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

23

langsat menjadi langseh dengan nama sainsnya langsium dan lain-lain yang dibicara lagi

selepas ini. Buku rakaman beliau terhadap rantau kerja lapangannya berjudul “The Malay

Archepelgo: The Land of Urangutan and the Bird of Paradise” yang diterbitkan pada 1868

menjadi buku laris jualan hingga sekarang: diulang cetak oleh banyak penerbit berlainan,

dibuat suntingan baharu demi suntingan baharu dengan mengundang sarjana berlainan untuk

menulis pengenalannya. Di samping adanya cetakan kembali 2014 terhadap suntingan

terdahulu atau cetakan lama yang paling dekat dengan tahun cetakan pertama dahulu,

memang ada suntingan terbaharunya terbitan 2014 (annotated edition) dengan

penyuntingan/pengenalan oleh van Wyhe terbitan NUS Press. Di dalam buku Wallace ini,

cetakan terdahulu, hanya beberapa flora dan fauna sahaja yang dicatatkan nama dalam

bahasa Melayu, seperti Urangutan (masa itu bahasa Melayu hanya dieja dengan huruf Jawi,

mungkin satu perkataan juga, هوتنڠأور ) dan manok awan yang dikatakannya nama tempatan

bagi burung di Sarawak yang di dalam bahasa Inggerisnya bird of paradise. Manok awan itu

memang burung yang dicarai-carinya selama ini kerana terlampau banyak mitos tentang

burung ini dalam tulisan di Eropah, seperti katanya burung ini hanya ada di Mount Ophir (nama

di Eropah kepada Gunung Ledang) tetapi ternyata beliau tidak menemuinya di sini. Tahulah

kita manok awan itu ialah cenderawasih. Flora-fauna lain yang disebut dalam buku itu

semuanya sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris sehingga tidaklah diketahui nama

asalnya dalam bahasa Melayu atau rumpunnya Malayonesia dengan bahasanya telah

dinamai oleh ahli linguistik Jerman, Schmidt, sebagai Autronesia (yang bermaksud bahasa

Orang Selatan). Buku Wallace ini memang sepatutnyalah sudah lama diterjemah oleh

Institut Terjemahan Negara dan diulangi di sini supaya diterjemahkan suntingan yang

terbaharu ini kerana dilaporkan suntingan baharu ini banyak ditambah nama-nama tempatan

terhadap flora-fauna Wallace itu supaya “sirih pulang ke gagang” lagi.

Pada abad ke-20 dan kini, Malaysia sudah mempunyai puluhan orang sarjana dalam

setiap bidang sains asas (sains fizik, sains kimia, sains hayat dan sains matematik) yang

mencipta teori di persada dunia (seperti dalam sains matematik: splin Said, kaedah Abdullah,

batas Darus, rumus mudarabah dan musyarakah Maheran;… dan lain-lain lagi yang

dipercayai agak banyak lagi). Sejak alaf ini (ambillah sebelum 2003), tidak kurang daripada

puluhan orang setahun sarjana Malaysia yang memenangi pingat emas dalam pertandingan

reka cipta sains di luar negara termasuk di Eropah; puluhan sarjana Malaysia yang beroleh

taraf Felo atau Zamali dari persatuan ilmuwan di Negara Maju. Sebahagian besar mereka

ini berpendidikan “sains dan matematik” dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya

hingga ke peringkat SPM, malah ke ijazah pertama dan kedua. Contohnya, pada tahun

2002, empat orang sarjana sains fizis dan seorang ahli sains kejuruteraan dari UKM

(Muhamad Mat Salleh, Muhammad Yahya, Sahrim Ahmad, Sarani Zakaria dan Mohd Sabri

Takrif) memenangi Pingat Emas dan Perak di International Exhibition of Invention di Geneva,

Page 26: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

24

tiga orang sarjana perubatan (Hapizah Mohd Nawawi, Khalid Abdul Kadir dan Khalid Yusof)

memenangi Anugerah Ahli Sains Cemerlang di International Clinical Chemistry and

Laboratory Medical Congress Kyoto, dan seorang sarjana biokimia (Azimahtol Hawariah

Lope Pihie) memenangi Pingat Emas di Seoul International Invention Fair. Kecuali 4 orang

daripada 10 orang sarjana ini (2 orang ahli sains fizis dan dua orang pakar perubatan),

semuanya yang lain itu adalah sarjana yang berupa lulusan sains dalam aliran Melayu

sehingga ijazah pertama; manakala dua daripada empat orang sarjana yang mendapat ijazah

pertama dalam aliran Inggeris (di seberang laut) sebenarnya perpendidikan sains dan

matematik sekolah dalam aliran Melayu. Pendeknya sebahagian besar sarjana Malaysia di

UKM yang “bertaraf dunia” itu berpendidikan aliran Melayu. Sarjana-sarjana dari

universiti lain (di Malaysia) juga ada yang berprestasi seperti ini, yang latar belakangnya

sekurang-kurang belajar “sains dan matematik” dalam bahasa Melayu sehingga peringkat

SPM.

Pada amnya, amatlah menghina bahasa-bahasa bukan bahasa Inggeris (bukan

bahasa Melayu sahaja) jika seseorang mengatakan hanya pendidikan sains dan matematik

dalam bahasa Inggeris sahajalah yang mampu melahirkan sarjana berteraf dunia kerana

sebahagian besar sarjana yang hebat-hebat di dunia sejak telah dan lani (dan tentunya kelak

juga) tidaklah berpendidikan sains dan matematik mereka itu dalam bahasa Inggeris

sekurang-kurangnya di peringkat sekolahnya. Hanya bebalis sahaja yang berfikiran begitu.

Sebab Datang dan Perginya PPSMI di Sekolah

Sebabnya PPSMI dapat diterima dengan mudahnya oleh masyarakat pada tahun pelancaran

projek ini 2003, selain daripada sebab feudalismenya masyarakat Melayu (yang melahirkan

sikap aparti, takut (sekurang-kurangnya “kena sumpah”) dan kepercayaan kepada benarnya

apa sahaja tindakan pemimpinnya), adalah seperti yang berikut:

1) Amnesianya atau jahilnya masyarakat Melayu terhadap warisan ilmunya pra-abad

ke-20 M dan tidak tahunya mereka pada tahap pencapaian SAMA dalam bahasa Melayu

sejak semua universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar SAMA

sehingga 2002. kewujudannya diperihalkan di dalam bahagian sebelum ini.

2) Hegemoni bahasa Inggeris menerus kuasa besar dunia, khasnya Amerika Syarikat

digabungkan pula dengan diktum hebat “Kuasa itu Kebenaran”, memang memudahkan

untuk berhujah, “kalau kita mahu kuat seperti Amerika, kita kena belajar sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris”.

3) Konspirasi dunia korporat dan majikan amnya mengutamakan lulusan aliran bahasa

Inggeris.

Page 27: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

25

4) Tidak cukupnya bilangan siswazah aliran bahasa Melayu untuk mendominasikan

dunia pekerjaan di Malaysia ini kerana (meskipun ketika semua universiti melaksanakan

bahasa pengantar ilmunya dalam bahasa Melayu 1987-2002) bilangan siswazah aliran

bahasa Inggeris dari seberang laut sama ramainya dengan bilangan siswazah lulusan

dalam negara menerusi aliran bahasa Melayu.

5) Muflisnya ilmu dalam bahasa Melayu, iaitu tiadanya buku teks dan rujukan terutamanya

di IPT dalam bahasa Melayu atau jauh daripada mencukupi. Umpamanya, pada tahun

2002 bilangan buku itu dalam bahasa Melayu hanyalah sekitar 1200 buah judul sahaja

(dan itu pun kerana tiada perancangan yang baik, banyak yang hanya sesuai di

peringkat tahun pertama dan kedua sahaja), sedangkan keperluan buh pertama) adalah

sekitar 7 ribu buah.

6) Agak ramainya, pemimpin dan orang Malaysia yang “berkuasa ekonomi” di Malaysia ini

yang berpegang pada nilai terkolonialnya, iaitu “yang terbaik itu semestinyalah

daripada kebudayaan Inggeris”.

8) Hampir semua rakyat Malaysia percaya bahasa hanya alat komunikasi sahaja;

tiadalah sesuatu bahasa itu berperanan apa-apa pun ketika bahasa itu digunakan

dalam penyampaian apa-apa ilmu pun, lebih-lebih lagi sains dan matematik yang

dianggapnya neutral, tiada berpihak kepada apa-apa kebudayaan atau sistem

kepercayaan. Tegasnya, ilmu tidak berubah apa-apa jika diajar dalam bahasa Inggeris

berbanding dengan jika diajar dalam bahasa Melayu, Tamil atau Mandarin.

Sebab PPSMI dibatalkan, selain daripada desakan rakyat yang berdemonstrasi

dengan slogan “Demonstrasi 100 Ribu Rakyat Menuntut Penghapusan PPSMI” pada 7

Mac 2009, ialah semata-mata kemerosotan hasil peperiksaan dalam sains dan

matematik dengan berertinya, bukan kerana sangkalan 7 hujah perlunya PPSMI yang

disenaraikan di atas. Ini menjadi satu daripada punca suara pro-PPSMI tidak henti-henti

kumandangnya. Sebab “pemansuhan PPSMI secara pendaratan lembut” itu tidak relevan

atau cukup kuat kerana jika ditakdirkan keputusan peperiksaan pelajar baik atau sama dengan

semasa pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu, maka

PPSMI masihlah juga suatu dasar bebalis, dan oleh itu masih perlu dibatalkan. Hujah

mudahnya ialah kerana kita perlu dan patut ikut sistem pendidikan Negara Maju, sedangkan

daripada 42 buah jumlah semuanya Negara Maju sekarang, hanya dua buah negara sahaja

yang bahasa perantaraan sains dan matematik di sekolah bukan bahasa rakyat terbanyaknya,

iaitu Singapura dan Afrika Selatan. Hujah mudah yang keduanya ialah kita perlu dan patut

ikut sistem pendidikan sains dan matematik negara-negara yang berprestasi cemerlang

dalam pertandingan olimpiad sains dan matematik, TIMMS dan PISA, sedangkan 10 buah

Page 28: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

26

negara yang berada pada agrasana (kedudukan yang tinggi-tinggi) dalam pertandingan ini

hampir semuanya menggunakan bahasa majoriti rakyatnya sebagai perantaraan pengajaran

dan pembelajaran sains dan matematiknya. Hujah yang lebih bermakna lagi tetapi memang

lebih sukar difahami agaknya ialah betapanya bahasa Melayu bukan sahaja bahasa majoriti

rakyat Malaysia tetapi terbukti bahasa Melayu juga sudah membuktikan berperanan sebagai

penemu ilmu seperti yang diperihalkan di bawah ini.

Terbuktinya Bahasa Melayu pun sebagai Penemu Sains dan Matematik Baharu

Terjemahan membawa makna baharu kepada sesuatu ilmu yang sedia ada lalu

berkemungkinan membuka ruang pengkritikan ilmu yang perlu bagi penemuan baharu ilmu

yang berkenaan itu. Selama ini, hukum pembangunan SAMA ini belum terbukti berlaku dalam

bahasa selain daripada bahasa-bahasa di Eropah, khasnya bahasa Inggeris. Namun sejak

UKM menjadi pencetus pembangunan SAMA dalam bahasa Melayu, dan sarjananya semakin

insaf akan kebudayaannya sendiri, maka menjelang abad ke-20 ini terbuktilah benarnya

hukum ini dalam bahasa Melayu juga.

Contoh yang mungkin mudah difahami oleh pembaca yang umum ialah terjemahan

nama nombor antara sepuluh dengan dua puluh dari bahasa Inggeris eleven to nineteen:

eleven menjadi sebelas, twelve menjadi dua belas ,…. nineteen menjadi sembilan belas.

Buku sejarah penomboran dalam bahasa Inggeris mungkin ada memerihalkan bagaimana

terbitnya istilah eleven hingga nineteen itu: eleven asalnya one left (over ten)= tinggal satu

selepas diambil sepuluh, twelve asalnya two left (over ten) = tinggal dua selepas diambil

sepuluh, tetapi thirteen asalnya three is added to ten = tiga ditambah pada sepuluh (satu

nombor sial dalam kebudayaan Inggeris yang berasal drp kejadian yang berlaku pada Nabi

‘Isa ‘AS ketika Makan Larut Malam Terakhir (The Last Supper) sebelum baginda (kononnya)

di salib), fourteen ialah four is added to ten= empat ditambah kepada sepuluh,…. nineteen

ialah nine added to ten = sembilan ditambah pada sepuluh . Bagi yang hanya menyampaikan

ilmu pembilangan ini dalam bahasa Melayu berasaskan terjemahan harafiah ini tentu sahaja

akan menjelaskan asal usul sbelas hingga Sembilan belas itu demikian juga adanya. Inilah

yang diadakan menyampaikan ilmu terkjemahan seadanya. Namun bagi yang insaf akan

bahasanya akan terpanggil untuk menimbulkan persoalan terhadap dirinya sendiri adakah

benar nombor belasan itu juga berasal demikian? Beliau akan terpanggil untuk melakukan

kajian etimologi terhadap nombor belasan itu dalam kebudayaan Melayu. Inilah yang

dikatakan terjemahan akan membuka ruang secara tabiinya terhadap kritikan terhadap ilmu

yang diterjemah itu. Dalam hal ini, ahli bahasa Melayu akan menjelaskan nombor belasan itu

Page 29: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

27

ialah hasil balasan membilang jari tangan sepuluh jari lengkap dan kembali ke jari pertama

dahulu hasilnya sa-balas (iaitu ditambah satu selepas sepuluh), … dan begitulah seterusnya

sehingga sembilan belas (iaitu ditambah Sembilan seleps sepuluh). Ini tafsiran baharu

terhadap pembilangan dan cukup berbeza dengan tafsiran daripada bahasa Inggeris itu.

Contoh yang kedua ialah dalam teori kebarangkalian dan kemungkinan masing-

masingnya hasil terjemahan seadanya daripada ilmu probability dan possibility dalam bahasa

Inggeris tidak menimbulkan apa-apa kritikan terhadap ilmu. Namun bagi yang insaf kepada

makna barangkali dan mungkin yang mendalam di dalam bahasa dan kebudayaannya

berbanding dengan makna daripada teori berkenaan yan berasaskan probe dan possible

dalam bahasa Inggeri-Latin itu, terjemahan itu membuka pandora kritikan terhadap teori yang

ada sekarang ini. Ini dibicarakan dengan panjangnya dalam buku Shaharir 2012/2013).

Ada ketikanya, konsep baharu sains dan matematik muncul dengan tabiinya menerusi

perkataan dalam bahasa Melayu yang bebas daripada terjemahan daripada bahasa lain.

Contohnya perkataan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang membawa makna

yang berkait dengan ketakterhinggaan. Di dalam Hikayat Raja Pasai (HRP), dijangka ditulis

antara abad ke-14 M hingga abad ke-16 M, ada tiga ungkapan yang seakan-akan sama

maknanya tetapi melihat penggunaannya tidaklah demikian, iaitu “tiada terkira-kira”, “tiada

terhisabkan” dan “tidak tepermanai”. Tiga ungkapan ketakterhinggan dalam HRP ini, jika

dihalusi, penggunaaannya agak berbeza maknanya mengikut konteksnya: “tiada terkira-kira”

itu untuk benda yang berharga atau tinggi nilainya, “tiada terhisabkan” untuk benda yang

memang sukar dihitung dan “tidak tepermanai” itu untuk benda selainnya. Ini seanalog dengan

teori ketakterhingga Barat Inggeris, infinity, abad ke-20 yang membeza dua jenis

ketakterhinggaan: ketakterhinggaan boleh bilang dan ketakterhinggaan tak boleh bilang;

tetapi ketakterhingga dalam HRP lebih halus (ada tiga jenis) dan nampaknya masih berpotensi

untuk dicanggihkan lagi menerusi model matematik yang sesuai sehingga dijangka dapat

menyaingi teori ketakterhinggaan Inggeris yang diambilnya dari karya Jerman (dalam bahasa

Jerman) dalam abad ke-20 M. (Perinciannya dalam Shaharir 2006b)

Teori kepemimpinan dan kepengurusan yang diajar dalam bahasa Melayu selama

ini masih ilmu terjemahan bulat-bulat daripada bahasa Inggeris. Puncanya kerana jiwa

perhambaan kita dalam keilmuwan. Khususnya, bahasa sendiri dirasakan/dipercayai tak

relevan atau tak akan menghasil ilmu yang lebih baik drp yang dalam bahasa Inggeris yang

diterjemahkan kepada bahasa Melayu itu. Namun jika kita berubah tempurung kediaman kita

ini kepada yang lebih terbuka, khususnya kita mempersoalkan segi bahasa kita pimpin dan

urus dengan bahasa Inggeris lead dan manage maka kita akan mendapat kecerahanan

baharu sebab ternyata dua bahasa ini memang berbeza maksudnya dalam bahasa masing-

masing. Ini belum dipersoalkan lagi daripada segi nilai kita yang berasaskan Islam yang akan

Page 30: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

28

membuka pandorama untuk mengkritik lebih banyak lagi teori kepengurusan dan

kepengurusan dalam bahasa Inggeris itu. Ini telah dibicarakan oleh Shaharir (2008/2010).

Beberapa buah istilah bermatematik yang asli Malaysia dalam abad ini telah pun

dicipta oleh sarjana Malaysia sendiri. Sesetengahnya terilham bersahaja atas penghayatan

bahasanya, Melayu, dan kebudayannya sendiri lalu menjadi istilah antarabangsa yang tidak

mungkin diterjemah kepada bahasa Inggeris umpamanya. Buat pertama kali dalam abad ini

kita menjadi pengasak fikiran mereka untuk menerima istilah ini. Contohnya seperti resapion

(Shaharir dan Nik Rusdi 2000), pemeribumian (Shaharir 1995),duniawi, ukhrawi, optiwus,

optimah, wusta (Shaharir 2005, 2007, 2011, 2012; Hassilah drk. 2013), Mud(h)arabah dan

Musyarakah (Maheran dan Shaharir 2002- 2004) dan lain-lain lagi diperkenalkan dipersada

dunia. Sebelum ini pun sudah ada istilah sosiologi ciptaan Sayed Hussein Al-Attas yang

berasal daripada perkataan Melayu, bebal dengan membentuk Inggeris-Melayu, bebalist

(bebalis) dan bebalism (bebalisme) dalam tahun 1970-an dahulu itu (Alattas 1972). Lim

mengantarabangsakan istilah budi dan budic logic mengenai pemikiran Melayu dalam tesis

PhD beliau 2003, “Budi as the Malay Mind”; dan Wan Mohd Nor (2009) mengantarabangsakan

istilah adab, biadab, hikmah, budi, luhur, akal amali, dan makam keruhanian dalam falsafah

pendidikannya. Ada sekurang-kurangnya dua cara menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu antarabangsa, selain daripada menulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya dalam

jurnal-jurnal dwibahasa (Inggeris dan Melayu), iaitu dengan gaya penulisan dalam bahasa

Inggeris tetapi istilah dalam tulisan itu dimasukkan juga istilah dalam bahasa Melayunya

kerana dirasakan tidak tepatnya terjemahan Inggeris terhadap istilah berkenaan seperti dalam

penulisan Wan Mohd Nor (2009); dan Shaharir (1995/1997, 2011) dan memasukkan bahan

rujukan yang berupa karya dalam bahasa Melayu di dalam sesebuah karya dalam bahasa

Inggeris seperti yang dilakukan oleh kedua-dua penulis ini di dalam banyak penulisannya.

Istilah tatanama dalam biologi (zoologi dan botani) cukuplah banyak yang diambil

daripada istilah dalam bahasa Melayu, lalu sekaligus bahasa Melayu menjadi unsur bahasa

sains. Hal sebegini berlaku sejak pertengahan abad ke-19 M lagi apabila seorang ahli alam

tabii Inggeris, Wallace berada di rantau yang beliau sendiri menamakannya The Malay

Archipelago (selama 8 tahun) yang diterjemah kepada Gugusan Kepulauan Melayu itu. Beliau

memungut ratusan ribu spesies haiwan dan tumbuhan di rantau ini yang sebahagiannya

dirakamkan juga nama tempatan spesies itu seperti yang terkenalnya ialah manok awan

(untuk cenderawasih yang diInggeriskan sebagai bird of paradise, dan Orang Utan/Hutan

yang diInggeriskan sebagai Orangutan. Sudah sepatutnyalah semua spesies pungutan

Wallace di Kepulauan Melayu ini dikumpulkan bagi memastikan semuanya ada nama

tempatan dan nama sainsnya agar ilmu itu semakin menjadi khazanah ilmu Malayonesia. Ini

bermakna dalam bidang botani dan zoologi, ratusan perkataan dalam bahasa Melayu atau

Page 31: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

29

Malayonesia sudah pun diantarabangsakan sejak pertengahan abad ke-19 M menerusi

tatanama flora-fauna di Kepulauan Melayu (atau Malayonesia) ini oleh Wallace dan pengikut-

pengikutnya kemudian. Perkataan-perkataan Melayu yang biasa juga banyak yang diambil

menjadi perkataan Inggeris. Ini hasil interaksi mereka dengan penduduk di Malayonesia sejak

abad ke-18 M, bermula dengan kegiatan perniagaan dan seterusnya penjajahannya di

Malayonesia ini sejak abad ke-19 M dan siri penyelidikan sarjana mereka di Malayonesia

seperti yang dilakukan oleh Wallace itu. Contoh nama-nama spesies biologi itu dalam bahasa

Malayonesia yang telah diterima sebagai perkataan biasa Inggeris (dengan kesesuaian

ejaannya) adalah seperti yang berikut:

Nama biasa Inggeris bagi flora/tumbuhan dan fauna/haiwan dengan perkataan dalam

kurungan ialah perkataan asal Malayonesia:

Flora: agar (agar-agar), bamboo (bambu/semambu), belimbing (tanpa perubahan,

belimbing), camphor (kapur), cempaka mariri (cempaka), dammar (damar), gambier (gambir),

gutta-percha (getah perca - sejenis tumbuhan), gingham (ginggam - sejenis tumbuhan),

jackfruit (darp Portugis drp portugis jaca atau juncko yang diambil drp nangka), lanseh tree

(duku/langsat), mango (mangga), mangosteen (manggis), utan/hutan), paddy (padi),

pandanus (pandan), ramie (rami), upas (pohon) upas), *rangkong/Sulawesi rangkong

(rangkong – tiada dlm KBBI & KD), rattan (rotan), sago (sagu).

Fauna: babyrusa (babi rusa), banteng (tanpa perubahan, banteng), binturong (binturung

(KD)/benturung (KBBI), sejenis musang), blibong pendeta (burung pendita), cassowary

(kasuari), cockatoo (kakatua), cootie (kutu), cuscus atau kuse bear (kuskus), dugong

(duyung), garoupe/grouper (kerapu), gecko/tokey/tucktoo lizard (gekok/toke/tokek),

gourami/goramy (gurami), komodo (komodo – biawak besar), lory/small parrot (nuri/luri),

Malay civet (musang tanggalong, yang dijenamai semula Inggeris sebagai musang Melayu),

orangutan (orang hutan), pangolin (tenggiling/penggoling), trepan (teripang – sejenis ikan

laut),... banyak lagi (mungkin ratusan).

Nama sains (tatanama flora-fauna Malayonesia) berasaskan perkataan Melayu:

Flora: Bambusae sp. (bambu), Averrhoa bilimbi (belimbing), Michelia champaca (cempaka

kuning/putih), Artocarpus champeden (cempedak), Durio Zebethinus (durian), uncaria

Page 32: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

30

gambir (gambir), Cinnamomum lawang (kayu lawang), Cinnamoman burmani (kayu

manis), Lansium domesticum (langsat/duku), Mangifera indica (mangga; Tamil: mankay),

Garcinia mangostana (manggis), Pandanus amarilly folius (pandan), Salacca zalacca

(salak), Shorea y (seraya/meranti x), Surian atau Sureni (drp pokok Suren di Indonesia).

Fauna: Babyrousa babyrussa (gabungan babi dan rusa), Arctctis binturong (binturong),

Cacatua sulphurae (kakaktua), Dugong dugong (duyung), Gekko gecko (toke(k) – sejenis

haiwan spt. Cicak besar/mengkarung), Macaca tonkeana (monyet tonkean), Macrogalidia

musschenbroekii (musang Sulawesi), Strigocuscus celebensis (kuskus Sulawesi, Varanus

komodoensis (komodo - biawak besar), Viverra tangalunga (musang tanggalong).

Mohammad Salleh (2002) melaporkan usahanya beberapa tahun sebelum 2002

tentang penemuan kumbang yang ditemuinya membuat lonjakan mengantarabangsakan lagi

bahasa Melayu menerusi tatanama kumbang yang dijumpainya di Malaysia apabila beliau

memasukkan warna Melayu (biru, hijau, hitam, bopeng, tompok dll) dan kata sifat Melayu

yang lain (ajaib, bukit, dwiwarna, indah dll.) ke dalam nama-nama kumbangnya. Antara

contohnya: Arthrotus hijau, Atrachya hitam, Dercetina bopeng, Itylus biru, Metrioides molek,

monolepta cantik, Ophrida kuning, Paleosepharia lawa, Podontia jalur, Pseudosastera indah,

Sphenoraia tompok, Nandrana warisan, Neolepta bukit, nandra dwiwarna, Paleosepharia

jambuica, Plsayyxantha nagaii, sarawakiola ajaib, Satroides unik, Sinoluperus beta,

Trichomimastra kurnia, Xenoda lapan.

Bijak bestari Malayonesia dahulu pula mungkin lebih terserlah lagi kerana adanya

sekurang-kurangnya 120 jenis tumbuhan dan 260 jenis haiwan Malayonesia yang

dijadikan bahan metafora membentuk peribahasa. Malah ada 27 jenis tumbuhan dan

70 jenis haiwan yang belum pun dikenali oleh ahli biologi Malayonesia kini bahkan tiada

dalam kamus muktabar Melayu itu, dan sebahagian lagi ada dalam kamus tetapi masih tidak

dapat dikenali kerana tiada nama sainsnya (ahli sains Malayonesia kini belum tahu namanya).

Contoh tumbuhan dan haiwan itu ialah jentayu, kelembuai, kelik, kesturi, langau, mura, pikat,

sepasin/sipasin, tekek/tokek, tuma, tuntung, uir/uir-uir dan umang. Perinciannya dalam

Shaharir (2003, 2005b). Ahli biologi Malayonesia kini sepatutnya menjadi pakar dalam semua

tumbuhan dan haiwan dalam peribahasa ini. Bidang yang paling hampir dengan biologi atau

sains hayat menjadi sebuah fakulti di universiti di Aceh dalam abad ke-17 M dahulu, iaitu

Fakulti Pertanian (dar al-zira‘ah) yang disebut sebelum ini; namun kami belum mendapat

sebuah manuskrip pun lagi dalam bidang ini.

Page 33: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

31

Strategi Pemartabatan Bahasa Melayu Sekarang dan Kelak dalam Abad

Ke-21

Bahasa Melayu hanya termartabatkan dan bermartabat tinggi jika bahasa ini dimuliakan.

Bahasa yang dimuliakan ialah bahasa yang banyak ilmunya (ilmu orang dan ilmu sendiri),

khasnya sains dan matematik. Jika sains dan matematik dalam bahasa Melayu hanya ada di

peringkat sekolah sahaja umpamanya, maka bahasa Melayu amat rendah martabatnya, yang

akhirnya orang Melayu sendiri akan menuntut supaya bahasa Melayu tidak digunakan lagi

disekolah sekali pun. Jika bahasa Melayu hanya dipakai di sekolah dan universiti sahaja

(suatu yang berlaku 1987-2002 sahaja) maka bahasa Melayu menjadi tidak relevan selepas

alam persekolan, iaitu tidak relevan di alam kehidupan sebenar. Lantaran itu, sudah pun

terbukti bahasa Melayu tidak dapat dipertahankan, bahasa Melayu tidak terlestarikan.

Setelah meredah tempat-tempat dan era bersejarah kecemerlangan dan keruntuhan

pencapaian sains dan matematik dalam bahasa Melayu sejak abad ke-5 M hingga

menjelangnya abad ke-21, maka sampailah pula masanya untuk mencartakan strategi

peningkatan pencapaian maqam-maqam tinggi dalam sains dan matematik abad ke-21 ini.

Umum

SU1. Guru dan pensyarah SAMA perlu melengkapkan dirikan dengan ilmu warisan

bangsanya seperti ilmu Malayonesia yang diperihalkan dalam bahagian awal makalah ini,

atau warisan Hindia dan Tiongkok/China untuk memperkayakan kemahiran mengajar mereka

dan sekaligus memupuk petriotisme, menghakis rasa rendah diri bangsanya, dsbnya. Ini

menjadikan teramalnya etnosains dan etnomatematik di sekolah dan IPT seperti yang

dilakukan di Brazil sejak tahun 1990-an dahulu.

SU2. Kelab dan persatuan SAMA sekolah/IPT perlu digiatkan dengan mengundang

penceramah dari kalangan ahli SAMA yang arif dalam etnosains dan etnomatematik.

Sekolah dan Kementerian Pendidikan

SK1. Guru SAMA sekolah digalakkan (menerusi pertandingan, anugerah widyawan tahunan,

kenaikan pangkat,…) menulis (dalam bahasa Melayu) yang dimuatkan di dalam repositori

karya guru yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Daerah.

SK2. Mata pelajaran bahasa Melayu sekolah perlulah mengadakan ruang pelajar membaca

karya SAMA dalam bahasa Melayu (Jawi pra-1900) dan kini) yang sesuai.

Page 34: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

32

IPT dan Kementerian Pendidikan

SPT1. Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT 2011-

2015 perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguhnya oleh setiap IPT seperti yang

digariskan di dalam pelan tersebut. Pelan sebegitu untuk tahun-tahun selanjutnya perlulah

digubal sehingga semua urusan keilmuan di IPT didominasi oleh budaya berbahasa Melayu.

Kementerian menerusi AKM (Agensi Kelayakan Malaysia)/MQA (Malaysian Qualification

Agency) diberi kuasa memantau dan menghukum universiti yang tidak melaksanakan pelan

ini dengan memuaskan.

SPT2. Tulisan tesis dan sebagainya mestilah di dalam bahasa Melayu dan pengecualian perlu

diluluskan oleh Senat untuk kes tertentu sahaja seperti ketiadaan pembaca/penilai di dalam

bahasa Melayu. Sehubungan dengan ini mana-mana universiti sekarang yang mempunyai

peraturan supaya tesis dsbnya ditulis dalam bahasa Inggeris hendaklah dimansuhkan.

SPT3. Penulisan makalah dan buku dalam bahasa Melayu hendaklah dinilai sewajarnya.

SPT4. Jurnal terbitan tempatan mestilah sekurang-kurangnya dwibahasa (Melayu dan

Inggeris) dengan memastikan adanya makalah dalam bahasa Melayu dalam setiap

keluarannya sehingga kepada nisbah 1:1 dalam masa 20 tahun nanti.

SPT5. Setiap IPT perlu mewujudkan repositori catatan kuliah dan manuskrip buku

teks/rujukan/umum, dan tesis/disertasi/latihan ilmiah yang bagus (B+ ke atas).

SPT6. Setiap IPT perlulah ada pusat pembinaan kurikulum sekolah dan universiti yang

mengahasilkan kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baharu dan

berkesan.

SPT7. Sarjana perlulah sentiasa kembali melakukan refleksi terhadap ilmunya (dalam

karyanya dan pendidikan ilmunya) yang dikaitkan dengan kebudayaannya (bahasa dan

agamanya) dengan penuh keinsafannya.

Kerajaan

SK1. Kerajaan memberi insentif potongan cukai tahunan yang berpatutan kepada setiap

institusi swasta yang mewujudkan budaya berbahasa Melayu yang memuaskan diinstitusinya.

SK2. Semua nama bangunan, syarikat, tempat (taman dsbnya), dan sebagainya hendaklah

dipastikan ada nama dalam bahasa Melayu yang lebih besar daripada bahasa-bahasa lain.

SK3. Kerajaan perlu memastikan semua salinan manuskrip di seberang laut dapat dibeli untuk

diletakkan di Perpustakan Negara Malaysia.

Page 35: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

33

SK4. Kerajaan menerusi Perpustakaan Negara atau Arkib Negara perlu mengupah sarjana

untuk membuat sinopsis yang lengkap untuk semua manuskrip yang ada di dalam dan luar

negara dengan menonjolkan kandungan SAMA dan teknologi, bagi memudahkan kajian

selanjutanya terhadap manuskrip itu.

SK5. Kerajaan tempatan mewujudkan pertandingan penghayatan bahasa Melayu di kalangan

pasaraya dan gedung-gedung niaga besar.

DBP dan ITBN

S1. Menyiapkan segera kamus etimologi bahasa Melayu.

S2. Memastikan semua perkataan dalam prasasti dan manuskrip agung Melayu ada dalam

kamus

S3. Memastikan semua nama flora-fauna dalam Kamus Dewan itu ada nama sainsnya.

S4. Pasti semua karya Wallace diterjemahkan, dan begitu juga dengan buku Bontius yang

disebut di dalam makalah ini. Dala masa yang sama ITB perlu melantik sarjana rundingan

bagi menentukan buku-buku agung SAMA yang wajib diterjemahkan.

Persatuan SAMA

SP1. Setiap persatuan ilmuwan dan ikhtisas mewujudkan pertandingan penulisan pelbagai

kategori (dalam bahasa Melayu).

Page 36: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

Rujukan

Abdullah Munshi. 1849. Hikayat Abdullah. Ditulis antara 1840-1843.Singapore: B.P.

Keasberry. Ada di Arkib Negara Singapura.

Adnan K. (Pnyut.). 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pandangan dan Maklum

Balas. Bangi: Penerbit UKM.

Ahmad Khatib al-Minangkabawi. 1310 H/1893. ‘Alam al-Hussab fi al-‘Ilm Hisab. Mekah:

Mathbaah al-‘Amirah al-Meriyah, 1313 H.

Ahmad Sabiq b.A.L.A.Y. 1429 H/skit. 2008. Matahari Mengelilingi Bumi. Sebuah Kepastian al-

Qur’an dan as-Sunnah serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari.

Cetakan ke-5 (Cetakan pertama 1427 H). Srowo-Siday-Gresik, Jawa Timur: Pustaka

Al Furqon.

Alattas S.H. 1972. Modernization and Social Change. Sydney: Angus & Robertson.

Al-Ranyry N.D. 1639. Aaman Bada‘ Khalq al-Samawat wa al-Ardh. Manuskrip Ms 781(1) di

Perpustakaan Negara Malaysia.

Aymonier E. dan Cabaton A. 1906. Dictionnare Cam-Francais. Paris: de L’ecole Francaise

D’etreme-Orient.

Awan Din I.M.H. (Hj.). 1389 H/1969. Muqaddimaht al-Hdayaht. Thailand: Cetakan Jala (Jawi)

Diffloth HG. 1974. “Austro-Asiatic languages”. Encyclopadia Britannica, 15th ed. Macropaedia

2: 480-484.

---------------. 2005. The Contribution of Linguistic Paleontology to The Homeland Austroasiatic.

Dlm. Sagart L. , Blench R. dan Sanchez-Mazas A. (Pnyut.), The Peopling of East Asia:

Putting together Archeology, Linguistics and Genetics. RoutledgeCurzon, pp. 79-82.

Hassilah Salleh, Rusmi Rasul dan Shaharir b.M.Z. 2013. Two-dimensional Model of

Lexicographic Preference. Applied Mathematical Sciences 7, 108: 5353-5363.

Hikayat Hang Tuah. (Tidak diketahui pengarangnya). Manuskrip asalnya dalam Jawi bertarikh

dipercayai sekitar 1700 M. Yang dirumikan oleh Kasim Ahmad ialah salinannya

bertarikh 1172 H (1758 M) yang ada di Leiden Cod. Or. 1762. Terbitan DBP

danYayasan Karyawan 2008.

Hikayat Raja Pasai. Asalnya, Jawi yang dijangka ditulis antara Abad ke-14 hingga ke-16 M.

Dirumikan 1992 terbitan Yayasan Karyawan.

Internet KB. (t.t). KBSR secara menyeluruh. http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm

KEBI. Internet: etymological dictionary.

Page 37: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

Koharuddin M.b.M.B. 2004. Tradisi Keilmuan dan Pendidikan dalam Tamadun Melayu di

Nusantara. Jurnal Kemanusiaan, UTM. 3: 48-62. Tercapai di https:// docs.google

comreviewer?a=v&q=code (21 Mac 2014).

Lim K.H. 2003. Budi as the Malay Mind. A Philosophical Study of Malay Ways of Reasoning

and Emotion in Peribahasa. Ph.D Thesis, Department of Austronesian Studies, the

Asia-Africa, University of Hamburg.

Madelon H. S-L. 1948/2010. Cut Nyak Din: Kisah Ratu Perang Aceh

Komunitas Bambu (terbitan pertama 1948).

Maheran bt. M.J. & Shaharir b.M.Z. 2002. Model “baru” Pinjaman Mudarabah Berasaskan

Ekuiti. Pros. Simpos. Kebang. Sn Matema. Ke-10. Skudai: UTM, pp. 179-190

-------------------------------------------. 2003. Persamaan Beza Mudharabah Perniagaan.

Prosiding Simpos. Keb. Sn Matema.ke-XI. K.Kinabalu: UMS: 202-209.

-------------------------------------------. 2004. Mudharabah Model for Business Loan Based on

Equity. Proc. Sem. on Non-Bank Financial Institutionns: Islamic Alternatives. 1-3 Mac

2004, K.Lumpur: 1-10.

----------------------------------------------. 2004. Model Pelaburan Mudharabah dan Musyarakah.

Pros. Seminar Kebangsaan Matematik ke-12, di UIAM. Makalah Matematik Gunaan bil.

19.

---------------------------------------------. 2004. Kelemahan Amalan Bank Islam di dalam

Pengagihan Untung Pelaburan Mudharabah. Di dlm. Pros. Sem. Matematik dan

Masyarakat, KUSTEM & PERSAMA 25-26 Feb 2004.

Mezuki M. b.A. 1990. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Satu Kajaian

Pelaksanaannya di Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah. Tesis MEd. UM.

Mohammad Salleh M.S. 2002. Quo Vadis Taksonomi Serangga. Syarahan Perdana Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohsin M.b.M.S. & Nasruddin Y. 2008. Halangan-Halangan kepada Usaha Memupuk

Kreativiti di kalangan Pelajar . Pros SKIKS 2008.

http://eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdf.

Munzir S. , Salmawaty A. dan Harun M. 2011. Achenese Manuscript of Fara‘idh. A preliminary

study. 3rd Internat. Conf. on Aceh and Indian Ocean Studies (ICAIOS), Banda Aceh.

Muslim A.D. 2011. Sekilas tentang “Aceh”.

http://kantorkemenagacehtimur.wordpress.com/2011/03 (tercapaikan 19 Mac 2011)

Page 38: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

Pigafetta A. 1524/1969. Magellan's Voyage - A Narrative Account of the First

Circumnavigation. Terj. drp Perancis yang diterjemah drp catatan Pigafetta asalnya

dalam bahasa Italia 1524. Terbitan Dover Publications.

Pou S. 1992/2004. Dictionnare Vieux Khmer-Francais-Anglai. An Old Khmer-French-English

Dictionary. 2nd ed. Centre de Documenttaion et de Recherche sur La Civilisation

Khmere, Paris. Snt. Pertama 1992.

Raju C.K. 2011. Ending Academic Imperialism: A Beginning. Kesturi (Akademi Sains Islam

Malaysia) 21(1): 1-34.

Shaharir b.M.Z. 1987/1989. Pendokumentasian Buku/Manuskrip Matematik dan Ilmu Falak

dalam Bahasa Malaysia Sebelum 1957. Laporan penyelidikan 1987. Ada di

Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Abstraknya di dlm. Sharifah Mastura S. A. et al.

Abstrak Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 1980-1989.Bangi: Penerbit

UKM: 326-330.

----------------------.1987/2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. ke-2 dan

diperluaskan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Cetakan pertama

1987.

------------------------.1988a. Sorotan Buku Teks Matematik KBSR Darjah Tiga. Asasains. 2/88:

16-24.

-----------------------. 1988b. Sorotan Buku Teks Matematik KBSR Darjah Empat. Asasains.

1/88: 26-34.

----------------------. 1989. Perkembangan Sains Moden: Implikasi kepada Pedidikan Sains

Sekolah. Buletin Guru. 2:20-22

----------------------.1995/1997. Towards a Quantum Leap in The Development of Islamic

Science with Particular References to Malaysia. Dalam/in Anuar AbRazak dan Abu

Bakar Majeed (Pyt./ed.), Islam Science and Technology. Pasca-sidang 1995. IKIM,

Kuala Lumpur 1997: 47-76.

-----------------------. 1996. Pembangunan Sains dan Teknologi di Malaysia menerusi bahasa

Melayu. Syarahan Raja Ali Haji. Persatuan Linguistik Malaysia.

------------------------. (Pnyut.). 2002. Garis Panduan Prinsip dan Pelaksanaan Matemadesa.

Persatuan Sains Matematik Malaysia.

---------- ----------. 2002/2003. Unsur-unsur Kemanusiaan dalam Matematik Sekolah. Jurnal

Pendidik Dan Pendidikan USM 18:15-28.

Page 39: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

-------------------------. 2003. Etnosains Melayu Tertua Setakat Ini: Kajian Kasus Etnobotani

Melayu daripada Prasasti Talang Tuwo Abad Ke-7 Masehi dan Peribahasa.

Malaysian Jour. of Sc. And Technology Studies 1: 78-113.

------------------------. 2005a. Sains Matematik dan Pengurusan. JQMA/JuSQA, Pusat

Pengajian Sains Matematik, UKM 1(1): 1-43.

------------------------. 2005b. Haiwan-Haiwan yang Tercetus daripada Peribahasa Melayu yang

Belum Jelas Segi Sainsnya: Satu Cabaran Terhadap Ahli Biologi dan Ahli Leksikografi

di Alam Melayu. Malaysian Jour. of Sc. & Technol. Studies 3: 105-135.

------------------------. 2006a. Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: dari Desa ke Kota, dari Petani ke

Industri, dari Setempat ke Sejagat. Jurnal Melayu Antarabangsa 5(2): 169-236.

-------------------------. 2006b. Ulasan buku “Hikayat Raja Pasai”. Jawhar 3(1):1-17

-------------------------. 2007. A Development In Mathematical Sciences in Our Own Mould. Proc.

Internat. Conf. on Mathematical Sciences (ICMS), PERSAMA, Bangi. CP: 94-117

----------------------. 2008/2010. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan

Kepengurusan Rumpun Melayu. Suntingan ke-2. K.Terengganu: UMT.

------------------------. 2009. Kemajuan Pendidikan Sains Terkamir di Malaysia dengan

Penekanan Khas Kepada Sains Matematik. Dlm Ahmad Mohamad Said & Mohd

Nasir Mohd Tap (Pnyut.). 2009 Pembudayaan Ilmu: Membina Jati Diri

Ketamadunan. Kolej Dar al-Hikmah: 206-243.

-------------------------. 2011. A New Paradigm in Optimization and Sustainability. Sem. On

Values and Sustainability, PDP, UM 2011. Akan terbit 2014.

-----------------------. 2012. A New Paradigm in Sustainability. Journal of Sustainability

Development (Canada) 5(1): 91-99.

----------------------. 2012/2013. Berakhir Sudahkah Ilmu dalam Acuan Sendiri? Snt kedua.

Terbitan, PDP-UM.

-----------------------. 2013a. Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu.

Terbitan USM.

------------------------. 2013b. Status Sains dalam Tamadun Melayu. Pertemuan Kemuncak

Sejarah Melayu oleh Persatuan Sejarah Malaysia di Kuala Lumpur, pada 24 Disember

2013.

--------------------------. 2014. Kritikan Teori Kejadian Alam Smesta. Kuala Lumpur: Penerbit UM

Shaharir b.M.Z. dan Latif A, b. S. 1988. Pengislaman sains matematik. Jurnal Pendidikan

Islam ABIM . 2(7): 13-35; Muncul juga dalam Osman b.B. (Pyt.). Islam dan Pemikiran

Page 40: CERAMAH UMUM JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU …pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=7400C68DA098749110… · 1 BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK ABAD KE-21 Shaharir bin

Sains Masa Kini. Akademi Sains Islam Malaysia. 1989: 49-72. Berasaskan Seminar

ASASI 1987.

---------------------------------------. 1992. Matematik Bersepadu Peringkat Sekolah. Siri Monograf

IKD. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Shaharir b.M.Z. , Beh S.H, Lim S.Y dan Tam Y.K. 2005. Tabii dan Tahap Penerapan Nilai

dalam Buku Teks Matematik Tingkatan Satu: Rujukan Khas kepada Penulisan

Pecahan, Peratus, Perimeter dan Luas. Diges Pendidikan 5(1): 39-48.

Shaharir b.M.Z. dan Nik Rusdi. 2000. Model Resapan Zarah Schroedinger. Jur. Fiz. Malaysia.

21(3&4): 81-89.

Shorto H.L. 1971. A Dictionary of the Mon Inscriptionns from the Sixth to the Sixteenth

Centuries. London: OUP.

UPSI 2011. Program Pensiswazahan Guru. Modul Matematik Pendidikan. Tajuk 2.

Perkembangan Kurikulum Matemtik. UPSI.

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_ SEMESTER_1/ MTE3102_

Kurikulum_Pendidikan_Matematik.pdf (5 Mac 2013).

Wan Mohd Nor W.D. 2009. Dewesternization and Islamization: Their Epistemic Framework

and Final Purpose. The International Conference on Islamic University Education in

Rusia & Its Surrounding Areas, 27-30 Sept. 2009.

Wan Zahid M.b.M.N. 1987. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Implikasinya

kepada Penyeliaan. Kuala Lumpur: JNSP.

Wardani I. 2007. Qishotul Khalq (Kisah Penciptaan : Dari ‘Arasy hingga ke Bumi). Jasmin.