cempaka sutera putih 2014.docx

4
Cempaka Dan Sutera Putih. Pak Zaki dan Mak Sita sepasang suami isteri. Mereka sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat. Namanya Cempaka. Kini, Cempaka sudah remaja. Cempaka sudah menjadi gadis sunti yang cantik. Pak Zaki dan Mak Sita sangat menyayangi Cempaka. Mereka mendidik Cempaka “bagai menatang minyak yang penuh” Cempaka seorang gadis yang rajin. Dia selalu membantu ibu dan bapa angkatnya di sawah. Pagi-pagi lagi Cempaka sudah bangun. Dia menyiapkan sarapan untuk ibu dan bapa angkatnya. Kemudian, mereka sama-sama pergi ke sawah. Cempaka bukan saja rajin malah berbudi bahasa. Dia begitu menghormati orang tua. Pak Zaki dan Mak Sita telah menganggap Cempaka seperti anak sendiri. Pada suatu ketika, kampung mereka dilanda kemarau. Sawah mereka menjadi kering- kontang. Semua tanaman penduduk kampung mati. Pak Zaki dan Mak Sita susah hati kerana beras mereka sudah habis. Padi mereka di sawah juga habis mati. Mereka bimbang jika kemarau itu berterusan, sudah tentu mereka sekeluarga akan kelaparan. Pak Zaki dan Mak Sita termenung panjang. Tiba-tiba Cempaka menghampiri mereka. “Mak dan ayah janganlah bersedih. Cempaka akan menolong mak dan ayah. Tetapi mak dan ayah mesti berjanji bahawa tidak akan melihat apa yang Cempaka lakukan”, kata Cempaka kepada Pak Zaki dan Mak Sita pada suatu malam. “Apakah yang akan Cempaka lakukan?” tanya Pak Zaki dan

Upload: mokhzani-cheabdullah

Post on 25-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: cempaka sutera putih 2014.docx

Cempaka Dan Sutera Putih.

Pak Zaki dan Mak Sita sepasang suami isteri. Mereka sudah lama berkahwin tetapi tidak

mempunyai cahaya mata. Akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat.

Namanya Cempaka.

Kini, Cempaka sudah remaja. Cempaka sudah menjadi gadis sunti yang cantik. Pak Zaki

dan Mak Sita sangat menyayangi Cempaka. Mereka mendidik Cempaka “bagai menatang

minyak yang penuh”

Cempaka seorang gadis yang rajin. Dia selalu membantu ibu dan bapa angkatnya di

sawah. Pagi-pagi lagi Cempaka sudah bangun. Dia menyiapkan sarapan untuk ibu dan bapa

angkatnya. Kemudian, mereka sama-sama pergi ke sawah. Cempaka bukan saja rajin malah

berbudi bahasa. Dia begitu menghormati orang tua. Pak Zaki dan Mak Sita telah menganggap

Cempaka seperti anak sendiri.

Pada suatu ketika, kampung mereka dilanda kemarau. Sawah mereka menjadi kering-

kontang. Semua tanaman penduduk kampung mati. Pak Zaki dan Mak Sita susah hati kerana

beras mereka sudah habis. Padi mereka di sawah juga habis mati. Mereka bimbang jika

kemarau itu berterusan, sudah tentu mereka sekeluarga akan kelaparan. Pak Zaki dan Mak Sita

termenung panjang.

Tiba-tiba Cempaka menghampiri mereka. “Mak dan ayah janganlah bersedih. Cempaka

akan menolong mak dan ayah. Tetapi mak dan ayah mesti berjanji bahawa tidak akan melihat

apa yang Cempaka lakukan”, kata Cempaka kepada Pak Zaki dan Mak Sita pada suatu malam.

“Apakah yang akan Cempaka lakukan?” tanya Pak Zaki dan Mak Sita serentak. Mereka

berdua berpandangan.

“Kalau bergitu, baiklah, Cempaka”, kata Mak Sita. Cempaka gembira. “Mulai hari ini, mak

dan ayah janganlah bimbang. Kita tidak akan kelaparan lagi. Mak dan ayah pergilah tidur”.

Cempaka pun masuk ke biliknya. Dia mengunci pintu. Dia berharap agar kedua-dua ibu

bapa angkatnya tidak melihat apa yang dilakukannya itu.

Keesokan harinya, Cempaka mendapatkan Pak Zaki dan Mak Sita.

“Mak, ambillah kain sutera ini. Mak pergilah ke pekan dan menjualnya”, kata Cempaka sambil

Page 2: cempaka sutera putih 2014.docx

menghulurkan sehelai kain sutera putih kepada Mak Sita. Pak Zaki dan Mak Sita terkejut.

“Dari manakah kamu mendapat benang tenun ini?” tanya Mak Sita kehairanan. Dia

membelek-belek kain sutera itu. Tenunannya sungguh halus.

Setelah didesak oleh Cempaka, Mak Sita pun pergi ke pekan untuk menjual kain sutera itu.

Seorang saudagar telah membeli kain sutera itu dengan harga yang mahal. Saudagar itu

meminta Mak Sita membawa kain-kain sutera itu lagi.

Mak Sita pun pulang ke rumahnya dengan gembira. Wang itu telah digunakan untuk

membeli barang-barang keperluan mereka sekeluarga.

Pagi esoknya, Cempaka datang lagi sambil menghulurkan kain sutera kepada Mak Sita.

Mak Sita berasa kagum bercampur hairan. Lalu dia mengambil kain sutera itu dan

membawanya ke pekan. Dia sudah berjanji dengan saudagar semalam. Saudagar itu berasa

puas hati dan membayar dengan harga yang mahal.

“Mak Sita, esok jangan lupa bawa lagi kain sutera”, pesan saudagar itu. Mak Sita

menganggukkan kepalanya.

Pada malamnya, Mak Sita bercakap-cakap dengan Pak Zaki di bilik mereka. “Saya hairan

bagaimana Cempaka dapat menenun kain itu. Tenunannya sungguh halus”, kata Mak Sita.

“Mari kita intai dan tengok bagaimana Cempaka menenunnya”, kata Mak Sita mengajak Pak

Zaki. Pak Zaki juga teringin melihatnya. Mereka pun berjalan perlahan-lahan dan mengintai

Cempaka melalui celah-celah dinding biliknya. Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat

seekor bangau sedang tekun menenun. “Bangau!” Mak Sita terjerit. Dia memandang ke arah

Pak Zaki.

Bangau jelmaan di dalam bilik Cempaka mendengar jeritan Mak Sita itu. Dia pun

menangis teresak-esak. Lalu dia pun berjalan ke arah Mak Sita dan Pak Zaki. Dia menghulurkan

kain sutera yang baru saja ditenunnya. Tangisannya semakin kuat.

“Mengapakah mak dan ayah melanggar pesan saya?” tanya bangau itu. “Kalau begitu,

inilah kain sutera terakhir yang dapat saya tenun untuk mak dan ayah”, kata bangau jelmaan

itu. “Maafkan mak, Cempaka”, kata Mak Sita. “Emak teringin benar hendak melihat kamu

menenun”, jawab Mak Sita lagi.

Page 3: cempaka sutera putih 2014.docx

“Mak dan ayah, mungkin inilah hari terakhir saya dapat bersama-sama dengan mak dan

ayah”. “Janganlah tinggalkan mak dan ayah, Cempaka”, Mak Sita merayu. Dia benar-benar

menyesal.

“Tidak boleh, mak. Cempaka akan kekal menjadi bangau buat selama-lamanya”.

“Sebenarnya Cempaka telah terkena sumpahan. Jika ada sesiapa melihat Cempaka menjelma

sebagai bangau, Cempaka akan kekal menjadi seekor bangau”, kata Cempaka. “Terpaksalah kita

berpisah”, kata Cempaka sambil menangis teresak-esak.

Keesokkan harinya, bangau jelmaan itu pun terbang jauh dari situ. Mak Sita dan Pak Zaki

menyesal tidak terkira. Mereka benar-benar sedih atas kehilangan Cempaka.

Kini hiduplah mereka suami isteri berdua saja. Setelah musim kemarau berlalu, Pak Zaki

dan Mak Sita kembali bercucuk tanam. Mereka juga ke sawah untuk menanam padi.

Setiap bulan purnama, bangau itu akan datang menjenguk Pak Zaki dan Mak Sita. Dia

datang melawat ibu bapa angkatnya sambil membawa sehelai kain sutera putih. Walaupun Pak

Zaki dan Mak Sita tidak dapat bersama-sama dengan anak angkat mereka tetapi mereka dapat

melepaskan rindu setiap kali bulan purnama.

Dari : Siri Cerita Klasik ‘Maxim Press & Publication Sdn. Bhd.