cegah jenayah

8
1.0 PENDAHULUAN Pada zaman sekarang masalah salah laku jenayah dikalangan remaja amatlah membimbangkan. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah merancang satu program iaitu Kempen Pencegahan Jenayah berfokus kepada salah laku disiplin pelajar di sekolah. Program ini bertujuan supaya pelajar SMK Pandan Jaya sedar tentang bahaya salah laku yang melibatkan jenayah kepada mereka. Jenayah yang dimaksudkan ialah jenayah ringan yang bermula dari tingkah laku membuli sesama rakan. Masalah ini boleh menjadi punca kepada tingkahlaku yang lebih agresif seperti mencuri, pergaduhan, buli, ragut, merokok, merempit dan memeras ugut. Kedudukan sekolah yang berada di kawasan hitam dalam kes-kes jenayah juga merupakan faktor pelajar mudah terdedah dengan gejala jenayah. Hal ini amat membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti polis, PIBG, AADK Kawasan Ampang dan komuniti berdekatan amatlah diharapkan bagi membanteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar tentang akibat daripada melakukan jenayah. 2.0 RASIONAL Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya melibatkan diri dalam perkara yang dikategorikan sebagai melakukan jenayah kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. 3.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar yang bebas daripada jenayah dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Mempertingkatkan kesedaran remaja di peringkat sekolah mengenai bahaya budaya buli

Upload: rizduan-ahmad

Post on 18-Jul-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

JENAYAH

TRANSCRIPT

Page 1: Cegah Jenayah

1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman sekarang masalah salah laku jenayah dikalangan remaja amatlah membimbangkan. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah merancang satu program iaitu Kempen Pencegahan Jenayah berfokus kepada salah laku disiplin pelajar di sekolah. Program ini bertujuan supaya pelajar SMK Pandan Jaya sedar tentang bahaya salah laku yang melibatkan jenayah kepada mereka. Jenayah yang dimaksudkan ialah jenayah ringan yang bermula dari tingkah laku membuli sesama rakan. Masalah ini boleh menjadi punca kepada tingkahlaku yang lebih agresif seperti mencuri, pergaduhan, buli, ragut, merokok, merempit dan memeras ugut. Kedudukan sekolah yang berada di kawasan hitam dalam kes-kes jenayah juga merupakan faktor pelajar mudah terdedah dengan gejala jenayah. Hal ini amat membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti polis, PIBG, AADK Kawasan Ampang dan komuniti berdekatan amatlah diharapkan bagi membanteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar tentang akibat daripada melakukan jenayah.

2.0 RASIONAL

Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya melibatkan diri dalam perkara yang dikategorikan sebagai melakukan jenayah kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang bebas daripada jenayah dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan kesedaran remaja di peringkat sekolah mengenai bahaya budaya bulikepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara.4.2 Membanteras gejala awal penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah.4.3 Melahirkan generasi muda yang bakal memimpin negara dengan memiliki nilai akhlak dan keperibadian mulia yang bebas dari pengaruh negatif.

5.0 TEMA

‘BEBASKAN DIRI DARI JENAYAH’

6.0 SASARAN

Page 2: Cegah Jenayah

Semua pelajar SMK Pandan Jaya.

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN9 hingga 13 Jun 2008.

8.0 PROGRAM PELAKSANAAN

8.1 Pelancaran di perhimpunan rasmi.8.2 Perasmian penutup dan penyampaian hadiah.8.3 Pidato pelajar ( Jauhi Buli )8.4 Ceramah oleh8.4.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )8.4.2Jabatan Polis ( Cawangan Ampang )8.5 Pertandingan8.5.1Mencipta Sajak8.5.2Menulis Esei8.5.3Melukis Poster ( masyarakat penyayang )8.5.4Kuiz Cabutan Bertuah8.6Pameran8.6.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )8.6.2Jabatan Polis ( Bahagian Keselamatan )8.7Edaran pamplet semasa pelancaran.9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Sila rujuk lampiran.

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MINGGU BEBAS DADAH DAN ROKOK 2008

10.1 Anjuran bersama:10.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling10.1.2 Pembimbing Rakan Sebaya10.1.3 Kelab Pencegahan Jenayah10.1.4 Panitia Bahasa Melayu10.1.5 Panitia Bahasa Inggeris10.1.6 Panitia Pendidikan Seni10.1.7 Panitia Sivik & Kewarganegaraan11.0JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGASPn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)Pengerusi Jawatankuasa

Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad(Penolong Kanan Akademik)

Naib Pengerusi Jawatankuasa

Page 3: Cegah Jenayah

Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi JawatankuasaPn. Norma bt Ramli(Penyelia Petang)

Naib Pengerusi JawatankuasaPn. Norashikkin AliSetiausaha / Pelaksana

Pn Suhaida SamsuddinNaib Setiausaha / PelaksanaGuru Mata Pelajaran Pendidikan Seni menyelaras Pertandingan Melukis Poster di dalam Kelas masing-masing.

Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris menyelaras Pertandingan Menulis Esei di dalam Kelas masing-masing.

Guru Mata pelajaran Sivik & Kewarganegaraan menyelaras Pertandingan Mencipta Sajak di dalam Kelas masing-masing.Pembimbing Rakan Sebaya mengedar Kuiz.12.0 ANGGARAN KOS PELAKSANAAN

Makan dan minum penceramah RM 129.90Cenderamata penceramah RM 52.50Hadiah pertandingan RM 271.65Dokumentasi RM 102.6Alat tulis RM 74.60Jumlah RM 631.25

13.0 JADUAL/PROSES PELAKSANAAN1.Pada 5.5.08 Kaunselor mula merancang tentatif yang sesuai untuk program ini dan menaip kertas kerja.2.Pada 13.5.08 Kaunselor menghantar Kertas Kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah.3.Pada 12.5.08 Kaunselor menyediakan bahan-bahan untuk program dan menghubungi penceramah jemputan4.Pada 14.5.08 Kaunselor berbincang dengan Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Tingkatan dan guru pembuat relief mengenai tempoh program dan jadual guru bertugas5.Pada 22.5.08 Kaunselor menampal notis makluman di pejabat dan sekitar sekolah.6.Pada 9.5.08 program telah dilaksanakan dengan bantuan ahlijawatankuasa program.Pelaksanaan program.

Page 4: Cegah Jenayah

14.0 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Keberkesanan aktiviti-aktiviti Kempen Pencegahan Jenayah ini akan dinilai melalui pemerhatian kaunselor dan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan juga soal selidik secara lisan yang dijalankan kepada guru-guru dan pelajar.

15.0 REFLEKSI PROGRAM

15.1 PROGRAM KUIZ ANTI JENAYAH

Program ini dijalankan di setiap kelas. Ahli Pembimbing Rakan Sebaya mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar dan dikumpulkan oleh ketua tingkatan sebelum diserahkan kepada guru kaunseling. Pelajar akan menjawab soalan kuiz dan pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan yang tepat.

Kekangan dan halangan1.Terdapat beberapa kelas yang tidak menghantar jawapan soalan kuiz kerana pelajar tidak mengambil berat terhadap aktiviti yang dijalankan.2.Pelajar menganggap aktiviti seperti ini tidak penting kepada pelajar.3.Soalan kuiz tidak dapat diedarkan kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah.

Mekanisme Penambahbaikan1.Diharapkan pada masa akan datang guru mata pelajaran waktu kuiz dijalankan akan memantau aktiviti dan memastikan semua pelajar menjawab soalan kuiz yang diberikan.2.Mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah di pintu pagar sekolah supaya pelajar yang lewat juga akan menjawab soalan kuiz.15.2 CERAMAH BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH

Ceramah ini disampaikan oleh YDP PIBG En. Siva Subramaniam. Antara isi ceramah adalah berkaitan dengan kes jenayah seperti mencuri, pecah rumah, ragut dan kes rogol. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 untuk sesi pagi dan pelajar tingkatan 2 untuk sesi petang. Secara keseluruhannya program berjalan lancar.

Kekangan dan halangan1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 4 hanya 5 kelas sahaja yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22 Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 4 berada di Blok Ilmu. Ini menyebabkan pelajar lewat sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.3.Masalah penggunaan CD yang dibawa oleh penceramah.

Page 5: Cegah Jenayah

Mekanisme Penambahbaikan1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.2.Bahan ceramah perlu diperolehi lebih awal supaya pihak sekolah dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi daripada bahan ceramah.Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar mendapat input yang sama.3.Program ini perlu diadakan sepanjang tahun kerana kes jenayah pelajar berlaku sepanjang waktu persekolahan.

15.3 PROGRAM CERAMAH OLEH POLIS CAWANGAN AMPANG

Ceramah ini disampaikan oleh Anggota Polis Cawangan Ampang kepada 100 orang pelajar lelaki berisiko. Pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 sahaja dan dipilih oleh Unit Disiplin.

Kekangan dan halangan1.Pelajar tidak menunjukkan sikap yang baik kepada penceramah.2.Tajuk ceramah lebih kepada jenayah dadah sahaja.

Mekanisme Penambahbaikan1.Guru perlu memantau sikap pelajar semasa program dijalankan supaya pelajar tidak melakukan perkara kurang sopan kepada penceramah.Perlu mengingatkan kepada penceramah agar mempelbagaikan tajuk berkenaan dengan jenayah.

15.4 PROGRAM CERAMAH JENAYAH DADAH

Program ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Cawangan Ampang. Ceramah ini melibatkan 5 kelas pelajar tingkatan 3.

Kekangan dan Halangan1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 3 hanya 5 kelas sahaja yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22 Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 3 berada di Blok Jasa. Ini menyebabkan pelajar lewat sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.3.Terdapat segelintir pelajar yang membuat bising serta menganggu pelajar lain semasa program.

Mekanisme Penambahbaikan1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.

Page 6: Cegah Jenayah

Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar mendapat input yang sama.2.Penceramah kreatif dan melibatkan pelajar dengan mengadakan kuiz pada akhir ceramah serta meyediakan ganjaran kepada pelajar. Pelajar merasa seronok dan lebih memberi perhatian semasa sesi ceramah.3.Guru mata pelajaran perlu mengawal pelajar kelas masing-masing bagi mengelakkan pelajar menganggu pelajar lain.

15.5 PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK, MELUKIS POSTER JENAYAH DAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar. Pertandingan ini diadakan semasa waktu P&P matapelajaran Sivik, Pendidikan Seni, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang terlibat perlu menjalankan aktiviti di dalam kelas masing-masing dan nama pemenang hendaklah diserahkan kepada guru kaunseling sebelum 13 Jun 2008.

Kekangan dan HalanganAktiviti pertandingan ini tidak dilaksanakan oleh semua guru. Hanya pertandingan mencipta sajak, melukis poster dan menulis esei bahasa melayu sahaja yang menghantar nama pemenang. Ada juga guru yang menghantar nama pemenang pada saat-saat akhir.

Mekanisme PenambahbaikanPihak pentadbir perlu mengingatkan guru supaya menjalankan aktiviti yang dirancang supaya objektif untuk membebaskan diri pelajar dari salah laku jenayah tercapai.

16.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, Program Minggu Pencegahan Jenayah ini telah mencapai objektif yang dikehendaki. Ia juga telah memberi banyak faedah dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar tentang kes salah laku jenayah yang kerap dilakukan oleh pelajar sekolah melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.Disediakan oleh,.......................................(NORASYIKIN BINTI BT ALI)Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMK Pandan Jaya

Disemak oleh ,........................................(HJH. SORIATI ABD SAMAD)Penolong Kanan Hem

Page 7: Cegah Jenayah

SMK Pandan JayaDisahkan oleh,

..............................................(HJH. FAZILAH BT. IBRAHIM)PengetuaSMK Pandan Jaya