catan cina

19
Catan Cina Xu Beihong Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara- negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang

Upload: steven-tian

Post on 16-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

china

TRANSCRIPT

Catan Cina

Xu Beihong

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.

Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Catan airSejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.

Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkangenrelukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Seni bina

Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.

Contoh senibina sebelum merdeka:(1)Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).(2)Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).(3)Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).(4)Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).(5)Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).(6)Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

RumusanPerkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.

Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka

Seni PlastikIstilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.

Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.

Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya avant-garde yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan.

Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk menerapkan ciri nasional atau keaslian seni plastik moden. Seniman pada sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.

Seni Arca

Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru berbanding dengan catan.

Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.

Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal The Link (1963), yang sama tema dengan catannya.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin Api (1959), Forest (1968) dan Ecstacy (1986)

Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.

Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.

2.5.3Seni Bina

Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum.

Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:

1.Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.2.Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium dan sebagainya.3.Bangunan-bangunan kerajaan.4.Bangunan-bangunan perniagaan.5.Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan sebagainya.6.Taman-taman dan kawasan rekreasi.

Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-bandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial, anglo-Indian, elektik dan sebagainya.

Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen (1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964), Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat.

Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden.

2.5.4Seni Moden

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau.Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidangFine Art, Commercial ArtdanInterior Designdi samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu.Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidangFine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidangPainting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, PhotographydanCommercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus.Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah.USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

2.5.5Seniman

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan.Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

2.5.6 Karya-karya terkenal

2.5.6.1 Yong Mun Sen (1896 -1962)

1. Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951

2.Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 19603.Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962

4. Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963

5. Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963

2.5.6.4 Datuk Syed Ahmad Jamal1. Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963

Datuk Syed Ahmad Jamal,Mandi Laut,Cat Minyak Atas Papan, 1957

2.5.6.5 Anthony Lau (1933 - )

Anthony Lau,Djin Api, Kayu, 1959

2.Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963

Anthony Lau,Rimba, Besi, 1968

4. Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966

2.5.6.6 Tay Hooi Keat (1910 - 1989)1. Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955

2.Pondok Melayu, Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952

3. Pemandangan PohonMedia : Campuran Tahun : 1961

Tay Hooi Keat,Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

5. Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966

2.5.6.7 Ibrahim Husin (1939 - )

1. Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969

Ibrahim Husin,Pak Utih, Campuran, 1967

Ibrahim Husin, Are You Alone Out There ?,Arkrilik, 1969

2.5.6.8 Zulkifli Dahalan

1.Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974

2.Satu Hari Di Bumi Larangan Media : Cat Imulsi Tahun : 1977

2.5.6.9 Dzulkifli Buyung (1948 - ) Dzulkifli Buyung,Kelambu, Kapur Pastel2.Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967

Dzulkifli Buyung,Kapal Kertas, Kapur Pastel, 1966

4. Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962

2.5.6.10 A. Latiff Mohidin

A.Latiff Mohidin,Pago Pago, Cat Minyak, 19622.Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969

A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu2.5.6.11Mazli Mat Som

Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964

Mazli Mat Som,Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965

2.5.6.12 Khaw Sia1.Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958

2.5.6.13 Lai Foong Moi

Lai Foong Moi,Waktu Pagi Di Kampung, Cat Minyak, 19582.5.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 - )

Patrick Ng Kah Onn,Menjemur Kain, Gauce, 1961

Patrick Ng Kah Onn,Semangat Angin, Tanah Dan Air, Cat Minyak, 1958

2.5.6.15 Yeoh Jin Leng (1929 - )

1.Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963

2.5.6.16 Jolly Koh Jolly Ko,Paku Kipas, Cat Minyak, 1968

2.5.6.17 Khalil Ibrahim

1.Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988

Khalil Ibrahim, Pantai Timur 2, Lilin Dan Pewarna Batik,1978

2.5.6.18 Chua Thean Teng

1. Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958

Chua Thean Teng,Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968