catan

7
CATAN Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. (Wikepedia) Jenis Warna 1. Warna Poster 2. Warna Air 3. Cat Akrilik 4. Cat Minyak 5. Cat Tempera 6. Cat Gouache 7. Fresko - Kapur plaster PROSES CATAN CAT AIR 1. Penyediaan Kertas Cat Air Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape) 2. Penetapan Tajuk Catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi 3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam. 4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan- kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. 5. Kemasan dan Persembahan Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan

Upload: nadaidan6774

Post on 11-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

catan

TRANSCRIPT

Page 1: CATAN

CATANCatan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. (Wikepedia)

Jenis Warna1. Warna Poster2. Warna Air3. Cat Akrilik4. Cat Minyak5. Cat Tempera6. Cat Gouache7. Fresko - Kapur plaster

PROSES CATAN CAT AIR1. Penyediaan Kertas Cat AirRegangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk CatanPemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3. Membuat LakaranMenghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses MewarnaMemulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.

5. Kemasan dan PersembahanCatan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.( Untuk maklumat lanjut dantontonan video--> Klik Sini)

CIRI-CIRI CATAN CAT AIR - Bersifat lutsinar - Boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali - Membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

TEKNIK CAT AIR - basah atas kering

Page 2: CATAN

 - basah atas basah - kering atas kering - kering atas basah   

Teknik Basah Atas Kering 

Ciri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.Campuran WarnaCampuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.CaraWarna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas BasahCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.Campuran warnaCampuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Page 3: CATAN

CaraKertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik berus kering (kering atas kering)Ciri-ciriTeknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.Campuran warnaGunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.CaraGunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

 Teknik kering atas basahCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.Campuran warnaWarna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.CaraAmbil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.

Page 4: CATAN

Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

CAT MINYAK  Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunak pakai secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak adalah kegunaan harian, di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.(Klik sini untuk maklumat lanjut dan video proses)

Sifat cat minyak- Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine.- Ia menggunakan linsid oil( minyak biji rami) sebagai pengilat dalam lukisan.- Dalam cat minyak ia boleh membuat berbagai kesan, tetapi sesuai untuk kesan tegap- Cat minyak ini juga lambat untuk kering- Menggunakan kain kanvas untuk mencatan- Berus jenis keras atau pisau palit

TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK

  Teknik Titik (Pointilistic) Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

Teknik GlazingTeknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih

Page 5: CATAN

lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering.

Teknik ScamblingDalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar, atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan terang. Ia boleh dilapiskan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.

Teknik Alla Prima ( Direct painting)Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan. Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.

Teknik ImpastoTeknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.

Teknik Hard EdgeIa merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong. 

Contoh Karya Cat Minyak