carta alir prossedur permohonan pinjaman dana kecemerlangan perubatan uitm-unhas · pdf...

4
CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS Taklimat/brosur (Februari) Semakan kelayakan oleh urusetia Penghantaran Borang Permohonan (Mac-April) Kursus persediaan Intensif Mengikuti program ISM di UiTM/IPTA lain sekiranya memohon (memohon sendiri) 1. Lulus pemeriksaan kesihatan 2. Lulus Program Persediaan ke Luar Negara BTN 3. Membuat Visa Rep. Indonesia 4. Membayar tiket perjalanan ke Makassar (dibayar semula oleh Dana) Ujian kelayakan UNHAS Temuduga (Mei-Jun) Permohonan kelulusan keluar negara ke JPT melalui agen yang dilantik UNHAS Temuduga dijalankan oleh panel dari UiTM dan UNHAS : 1. Panel UiTM untuk permohonan Dana Kecemerlangan Perubatan 2. Panel UNHAS untuk penempatan di Fakultas Kedokteran UNHAS Berjaya Gagal Tidak layak Layak Mengikuti program ISM di UiTM/IPTA lain sekiranya memohon Penerbangan ke Makassar dan Pendaftaran di UNHAS (Ogos) (Lulus ASASI & Diploma UiTM)

Upload: lydung

Post on 08-Feb-2018

286 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS · PDF file · 2014-03-19Ujian kelayakan UNHAS (Mei Temuduga ... Program penghantaran pelajar perubatan

CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS

Taklimat/brosur

(Februari)

Semakan

kelayakan

oleh urusetia

Penghantaran Borang

Permohonan (Mac-April)

Kursus persediaan

Intensif

Mengikuti program ISM di UiTM/IPTA lain

sekiranya memohon (memohon sendiri)

1. Lulus pemeriksaan kesihatan

2. Lulus Program Persediaan ke Luar

Negara BTN

3. Membuat Visa Rep. Indonesia

4. Membayar tiket perjalanan ke Makassar

(dibayar semula oleh Dana)

Ujian kelayakan

UNHAS

Temuduga

(Mei-Jun)

Permohonan kelulusan keluar negara ke

JPT melalui agen yang dilantik UNHAS

Temuduga dijalankan oleh panel dari

UiTM dan UNHAS :

1. Panel UiTM untuk permohonan Dana

Kecemerlangan Perubatan

2. Panel UNHAS untuk penempatan di

Fakultas Kedokteran UNHAS

Berjaya

Gagal

Tidak layak

Layak

Mengikuti program ISM di

UiTM/IPTA lain sekiranya memohon

Penerbangan ke Makassar dan Pendaftaran di UNHAS (Ogos)

(Lulus ASASI & Diploma UiTM)

Page 2: CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS · PDF file · 2014-03-19Ujian kelayakan UNHAS (Mei Temuduga ... Program penghantaran pelajar perubatan

LATARBELAKANG

Seiring dengan aspirasi negara dan agenda Universiti Teknologi MARA

untuk melahirkan tenaga mahir profesional bumiputra khususnya di

bidang perubatan, pergigian, farmasi dan sains kesihatan UiTM sentiasa

berusaha untuk menambah graduan di bidang ini melalui program-

program sedia ada di UiTM, program–program berkembar dan kampus

pesisir.

Oleh kerana pengambilan dan penempatan di Fakulti Perubatan, UiTM

terhad, ramai pelajar-pelajar cemerlang lepasan Asasi Sains dan Diploma

Sains, Sains kesihatan, Farmasi, Mikrobiologi dan sebagainya yang

berminat untuk mengikuti program perubatan tidak mendapat tempat

pengajian walaupun mereka mendapat PNGK yang tinggi di peringkat

diploma. Majoriti pelajar juga adalah dari kelompok yang tidak mampu

membiayai kos pembelajaran di luar negara atau universiti swasta dalam

negara. Sehubungan dengan itu UiTM telah mencari penempatan

alternatif untuk memastikan pelajar bumiputra yang berpotensi dan

berminat ini mendapat tempat pengajian sewajarnya. Selari dengan itu

UiTM juga membantu menyediakan sumber kewangan untuk penajaan

pelajar-pelajar tersebut.

Program penghantaran pelajar perubatan ke Universitas Hasanuddin

(UNHAS), Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, dimulakan pada tahun

2007 dan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah kini.

Kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan khas pembiayaan untuk

tempoh 5 setengah tahun pengajian. Geran tahunan ini di kawal-selia

oleh UiTM di bawah satu tabung khas, Dana Kecemerlangan Perubatan.

Pengeluaran Dana tersebut adalah dalam bentuk pinjaman kepada

pelajar melalui kelulusan Jawatankuasa Dana Kecemerlangan Akademik

UiTM. Pembiayaan pinjaman pelajaran di Fakultas Kedokteran,

Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia (UNHAS) meliputi yuran

pengajian dan elauan sara hidup serta elaun perjalanan yang berkaitan.

Pelajar yang mendapat pinjaman diikat dengan kontrak perjanjian

pembayaran balik pinjaman dengan UiTM dalam tempoh 10 tahun,

setelah mereka menamatkan pengajian. Hasil dari pembayaran balik ini

akan digunakan untuk menyediakan pinjaman kepada pelajar–pelajar

yang akan datang

Jadual 1: Statistik penghantaran pelajar UiTM untuk kursus

perubatan di UNHAS, Makassar

TAHUN JUMLAH PELAJAR

2007 14 orang

2008 20 orang

2009 44 orang

2010 47 orang

2011 67 orang

2012 69 orang

2013 61 orang

Pelajar yang berminat dan layak, boleh memohon Dana Kecemerlangan

Perubatan UiTM-UNHAS. Mereka yang terpilih akan melalui ujian khas

dan sesi temuduga yang dijalankan oleh panel-panel dari UNHAS dan

UiTM. Pinjaman akan diluluskan setelah mereka berjaya mendapat surat

tawaran penempatan pengajian untuk program perubatan di UNHAS.

Page 3: CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS · PDF file · 2014-03-19Ujian kelayakan UNHAS (Mei Temuduga ... Program penghantaran pelajar perubatan

PEMILIHAN CALON-CALON UNTUK PROGRAM PERUBATAN KE INDONESIA MELALUI PINJAMAN TABUNG AMANAH KECEMERLANGAN PERUBATAN

a) Syarat-Syarat Dan Kriteria Pemilihan Permohonan

Warganegara Malaysia.

Berumur di bawah 23 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat.

Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM/setaraf

Lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua matapelajaran termasuk Matematik, Fizik, Kimia, Biologi atau Sains dan Bahas Inggeris

Lulus Asasi sains UiTM dengan PNGK UPU 3.50 Atau Diploma UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50.

b) Syarat-syarat untuk Pinjaman

Warganegara Malaysia.

Berumur di bawah 23 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat.

Lulus temuduga pemilihan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA yang diadakan pada Jun setiap tahun.

Lulus Ujian Khas Kemasukan Perubatan Universiti Indonesia (Indonesian University Entrance Medical Exam) yang diadakan pada Mei-Jun setiap tahun

Lulus temuduga yang dianjurkan oleh pihak Universitas Hasanuddin (UNHAS), Indonesia yang diadakan pada Mei-Jun setiap tahun.

Berjaya mendapatkan surat tawaran belajar daripada UNHAS

c) Prosedur Permohonan Permohonan dibuka sekali setahun, iaitu dibuka pada 1 Mac dan ditutup pada 30 April setiap tahun. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan di dalam proses permohonan (di bawa semas temuduga, tidak perlu dihantar bersama borang permohonan):

Salinan Kad Pengenalan (pelajar, ibubapa/penjaga).

Salinan Surat Beranak (pelajar, ibubapa/penjaga).

Salinan keputusan peperiksaan peringkat asasi/ diploma / Tahun Akhir Diploma.

Salinan Sijil SPM.

Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.

Borang permohonan pinjaman boleh di download dari website Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Urusetia

Dana Kecemerlangan Perubatan, UiTM

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Aras 4, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,

Universiti Teknologi MARA,

40450, Shah Alam, Selangor.

Prosedur pengambilan dirumuskan di dalam carta alir di Lampiran.

Page 4: CARTA ALIR PROSSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM-UNHAS · PDF file · 2014-03-19Ujian kelayakan UNHAS (Mei Temuduga ... Program penghantaran pelajar perubatan

DANA KECEMERLANGAN PERUBATAN UiTM

UNTUK PENGAJIAN DI FAKULTAS KEDOKTERAN

UNIVERSITAS HASANUDDIN (UNHAS), MAKASSAR,

REP. INDONESIA