carabelj

25
PEMBELAJARAN SEJARAH EFEKTIF: SATU HURAIAN RINGKAS. (disediakan oleh Dr. Nabir Hj Abdullah, UKM) 1.0 PENGERTIAN DAN METODOLOGI SEJARAH. Sejarah bermaksud penghuraian tentang manusia dan bagaimana mereka bertingkah laku (beraksi) di dalam masyarakat. Terdapat dua bentuk kebenaran penghuraian tersebut. Kebenaran pertama, bersifat mutlak, ialah tingkah laku yang sebenarnya pernah berlaku berserta dengan segala bentuk pemikiran yang berkaitan. Manakala kebenaran kedua, ialah kebenaran yang dihasilkan oleh tanggapan para sejarawan terhadap kejadian sesuatu peristiwa atau keadaan. Kebenaran jenis kedua itulah yang menjadi tatapan kita dalam memahami perkembangan sejarah sesuatu hal. Kebenaran ini dibentuk berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang telah direkodkan. Melalui fakta-fakta ini diinterpretasikan kenapa, bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu berlaku. Usaha-usaha memahami kejadian sesuatu peristiwa itu merupakan tujuan utama ilmu sejarah. Justeru itu dalam mempelajari sejarah, tidak semestinya terhad kepada menghafal atau mengingati fakta-fakta, tetapi seharusnya mampu menggunakan atau melakukan interpretasi kepada fakta-fakta tersebut bagi menghuraikan kejadian sesuatu peristiwa atau keadaan dengan setepat yang mungkin. 1.1 Kegunaan Sejarah: Kegunaan Intrinsik 1. sebagai ilmu 2. bagi mengetahui masalah 3. bagi pernyataan pendapat 4. sebagai bidang pekerjaan Kegunaan Ekstrinsik 1. pendidikan moral 2. menentang pendapat yang mono kausal (satu sebab) 3. bagi pendidikan politik, kebijakan, perubahan, masa depan, keindahan, sebagai ilmu bantu kepada ilmu-ilmu lain, sebagai latarbelakang, sebagai rujukan, sebagai bukti dll. Kegunaan Lain: 1. berguna untuk ilmu lain. 2. bantu ilmu lain bila sejarah guna ilmu itu Banyak faidah yang diperolehi apabila seseorang itu belajar sejarah. Antara yang utama ialah, sejarah memberi pengetahuan latarbelakang kepada semua disiplin (ilmu-ilmu) lain. Sejarah juga jika diajarkan dan dipelajari dengan sewajarnya akan membawa seseorang itu kepada satu tahap baru dalam mengenali diri sendiri dan mencorakkan sikap seseorang terhadap orang lain - iaitu lebih berkesedaran dan berkefahaman. 1

Upload: melania-a-dingkim

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: CARABELJ

PEMBELAJARAN SEJARAH EFEKTIF:SATU HURAIAN RINGKAS.

(disediakan oleh Dr. Nabir Hj Abdullah, UKM)

1.0 PENGERTIAN DAN METODOLOGI SEJARAH.

Sejarah bermaksud penghuraian tentang manusia dan bagaimana mereka bertingkah laku (beraksi) di dalam masyarakat. Terdapat dua bentuk kebenaran penghuraian tersebut. Kebenaran pertama, bersifat mutlak, ialah tingkah laku yang sebenarnya pernah berlaku berserta dengan segala bentuk pemikiran yang berkaitan. Manakala kebenaran kedua, ialah kebenaran yang dihasilkan oleh tanggapan para sejarawan terhadap kejadian sesuatu peristiwa atau keadaan. Kebenaran jenis kedua itulah yang menjadi tatapan kita dalam memahami perkembangan sejarah sesuatu hal. Kebenaran ini dibentuk berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang telah direkodkan. Melalui fakta-fakta ini diinterpretasikan kenapa, bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu berlaku. Usaha-usaha memahami kejadian sesuatu peristiwa itu merupakan tujuan utama ilmu sejarah. Justeru itu dalam mempelajari sejarah, tidak semestinya terhad kepada menghafal atau mengingati fakta-fakta, tetapi seharusnya mampu menggunakan atau melakukan interpretasi kepada fakta-fakta tersebut bagi menghuraikan kejadian sesuatu peristiwa atau keadaan dengan setepat yang mungkin.

1.1 Kegunaan Sejarah: Kegunaan Intrinsik

1. sebagai ilmu2. bagi mengetahui masalah3. bagi pernyataan pendapat4. sebagai bidang pekerjaan

Kegunaan Ekstrinsik1. pendidikan moral2. menentang pendapat yang mono kausal (satu sebab)3. bagi pendidikan politik, kebijakan, perubahan, masa depan, keindahan, sebagai

ilmu bantu kepada ilmu-ilmu lain, sebagai latarbelakang, sebagai rujukan, sebagai bukti dll.

Kegunaan Lain:1. berguna untuk ilmu lain.2. bantu ilmu lain bila sejarah guna ilmu itu

Banyak faidah yang diperolehi apabila seseorang itu belajar sejarah. Antara yang utama ialah, sejarah memberi pengetahuan latarbelakang kepada semua disiplin (ilmu-ilmu) lain. Sejarah juga jika diajarkan dan dipelajari dengan sewajarnya akan membawa seseorang itu kepada satu tahap baru dalam mengenali diri sendiri dan mencorakkan sikap seseorang terhadap orang lain - iaitu lebih berkesedaran dan berkefahaman.

Selain daripada faidah tadi, sejarah juga baik dipelajari kerana ia merupakan sebuah ilmu yang mengutamakan seni kreatif yang bukan sahaja membantu kepada kecerdasan berfikir dan keupayaan menggambarkan sesuatu kejadian atau keadaan dengan penuh keindahan gaya dan bahasa, tetapi juga membantu dalam memantapkan kebolehan berlogika-rasional.

Dari segi ilmu, sejarah memberi konsep, sifat sinkronis dan diakronis.Dari segi seni, sejarah memberi characteristic dan struktur.

Sejarah sebagai seni:1. Perlu intuisi 2. Perlu imaginasi3. Perlu emosi 4. Perlu bahasa

Sehubungan dengan pengertian dan tujuan sejarah itu maka seseorang yang belajar sejarah hendaklah (i) terus menerus meluaskan pengalamannya melalui penglibatan peribadi dan melalui pembelajaran. Peroses inilah yang diistilahkan sebagai "menjadi dewasa/matang" dan "pembelajaran tentang kemanusiaan". Manakala (ii) hendaklah

1

Page 2: CARABELJ

seseorang pelajar itu mengambil faidah dari apa yang telah diajarkan dan diperkatakan tentang pengalaman-pengalaman umum yang dilalui oleh manusia, tentang masyarakat dan tentang peradapan. Seterusnya seseorang pelajar itu perlu memahami cara-cara tertentu para sejarawan berfikir, jenis-jenis sumber yang mereka hadapi atau gunakan dan cara-cara khusus mereka menggunakan sumber-sumber tersebut.

Generalisasi Sejarah mempunyai sifat saintifik, simplifikasi (anti-generalisasi wewenang), konseptual, tematik, spatial, periodik, sosial, kausal, budaya, sistematik, struktural dll.

1.2 Kaedah (metodologi) Sejarah.

Umumnya terdapat lima langkah (metodologi) yang harus dilakukan oleh para sejarawan dalam membuat penulisan sejarah:

1. Memilih tajuk.2. Mencari sumber (heuristic).3. Mengkritik sumber bagi menentukan kebenaran (authenticity) dan perkaitan

(relevancy) sumber dengan kehendak tajuk. Kritik sumber dilakukan melalui dua kaidah, iaitu kritik dalaman dan kritik luaran.

4. Melakukan sintesis dan interpretasi ke atas sumber/fakta.5. Menulis (mempersembahkan).

Sungguhpun di dalam penulisan sesebuah jawapan soalam sejarah menggunakan metod yang berbeza sedikit, tetapi segala unsur yang terdapat di dalam metodologi tadi masih diperlukan.

1.3 KAEDAH PEMBELAJARAN/PEMBACAAN SUBJEK SEJARAH.

PEMBELAJARAN. Lupaan

é Penanggapan èèè Ingatan óóó Penggunaan ô Memproses

Proses pembelajaran adalah suatu binaan hipotesis [proses yang bermula dengan penanggapan ransangan yang diterima oleh pancaindera. Ransangan ini diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Seterusnya pengalaman itu diguna untuk pencapaian matlamat dan untuk menyelesaikan masalah.

Penanggapan - menamakan penanggapan - mengklaskan penanggapan menerbitkan konsep - menerbitkan prinsip.

Ada beberapa sebab ingatan jadi LUPA1. Penghapusan kesan ingatan vs. guna selalu ingatan (banyak baca)2. Perubahan bentuk kesan ingatan vs hubungkait dengan pelbagai aspek/elak hafalan3. Lupaan yang disebabkan oleh ganguaan vs belajar lebih

(a) gangguan berbalik(b) gangguan terbawa

4. Lupaan berpenggerakan vs wujud rasa suka (liberal, demokratik, interesting)

Pra-syarat bagi mempelajari sejarah ialah, seseorang itu perlu mempunyai fikiran yang terbuka. Berkesedaran bahawa sejarah ialah subjek yang memerlukan banyak pembacaan dan kekuatan daya imaginasi (terkawal). Berkefahaman bahawa sejarah bukanlah sekadar mengingati atau mengumpul faktfakta peristiwa atau kejadian masa lalu, tetapi sejarah lebih merupakan penerangan dan interpretasi pertalian antara fakta-fakta tersebut.

PEMBACAAN

2

Page 3: CARABELJ

Sungguhpun dikatakan pembacaan yang banyak merupakan keperluan asas dalam mempelajari sejarah, tetapi dengan sekadar membaca sahaja belum cukup untuk menghasilkan kesan ingatan yang maksimum. Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan didapati:

1. Belajar dengan cara mendengar syarahan guru sahaja, akan memberi kesan pemahaman kurang dari 20%. [Akan dapat ingat 10% sahaja dari jumlah pemahaman itu selepas tiga hari].

2. Belajar melalui melihat (dan mendengar) akan menghasilkan pemahaman kira-kira 50% sahaja [Akan dapat ingat kira-kira 30% sahaja dari pemahaman itu selepas tiga hari]

3. Belajar melalui melihat (dan mendengar) dan dibayang-bayangkan (imaginasi) secara terkawal di dalam fikiran peristiwa atau kejadian sejarah yang dipelajari itu, boleh mencetuskan pemahaman sampai kepada 70%. [Akan dapat ingat 50% sahaja dari pemahaman itu selepas tiga hari].

4. Belajar melalui melihat (dan mendengar), menggunakan daya imaginasi, dan seterusnya berbincang dengan guru dan kawan-kawan serta melakonkan imbasan kejadian peristiwa sejarah yang dipelajari, boleh menerbitkan pemahaman-ingatan sehingga 90%. [Akan dapat ingat hingga 65% dari pemahaman itu selepas tiga hari].

Oleh itu sekurang-kurangnya cara ketiga, sebaik-baiknya cara keempat, perlu dilakukan bagi mendapat kesan terbaik dalam mempelajari sejarah. Di dalam kedua cara ini, soal imaginasi diutamakan. Apakah coarak imaginasi yang dimaksudkan itu. Bagi memahaminya perhatikan contoh berikut:

"Pada tahun 1914, Henderik Sneeveliet menubuhkan ISDV di Surabaya. Pertubuhan ini merupakan sebuah badan sosialis."

Apabila dibaca huraian tersebut maka imaginasi kita hendaklah digerakan dengan membuat pelbagai persoalan tentang (i) apakah kepentingan tahun 1914, (ii) siapakah Henderik Sneeveliet, (iii) apakah ISDV, ideologinya, para pendukungnya, corak kegiatannya, dll., (iv) kenapa ditubuhkan di Surabaya, (v) mengapa bersifat sosialis. Dalam ertikata lain pertanyaan-pertanyaan "apakah, kenapakah, bagaimanakah, siapakah, dll. hendaklah diajukan kepada setiap ayat yang dibaca di dalam teks sejarah bagi menghasilkan kesan pemahaman yang maksimum terhadap kepentingan apa sahaja yang dibaca.

Oleh itu proses membaca teks sejarah bukanlah seperti membaca buku cerita yang dapat dihabiskan dengan pantas bacaan dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain. Disamping itu buku cerita mempunyai huraian (jalan cerita) yang selalunya mudah dan mempunyai unsur penarik minat pembaca. Berbeza dengan buku sejarah yang setiap ayat cuba menggambarkan peristiwa yang bertali-tali dengan perisitwa-peristiwa atau kepentingan yang bukan sahaja luas/kompleks tetapi juga realiti (kejadian benar yang pernah berlaku pada satu masa yang telah berlalu). Justeru itu pembacaan terhadap teks sejarah hendaklah dilaksanakan secara satu proses aktif menganalisa dan mengenali segala yang berkaitan dengan apa yang dibaca tidaklah sekadar satu proses penerimaan atau penghafalan. Umumnya dalam mempelajari sejarah kita berpandu kepada keperluan melahirkan persepsi aktif yang memberi atau menghidupkan daya cipta (kreatif) dan interpretasi yang imaginatif.

Sesebuah teks itu boleh dibaca secara pantas sekiranya pertama kali kita menatapnya bagi tujuan memahami keseluruhan isi buku tersebut. Pada pembacaan seterusnya perlulah diikuti dengan pemahaman yang dibajai oleh daya imaginasi. Selalukan juga apabila membaca sesuatu perkara atau persoalan sejarah mencari "signal word" iaitu perkataan yang apabila disebut atau ditemui atau diingati akan menolong menghuraikan kembali segala peristiwa yang berkaitan dengannya.

Bagaimanakah harus seseorang itu memperkayakan daya imaginasinya? Cara yang paling baik ialah dengan mengadakan pola pemikiran yang cukup dalam berbagai aspek. Misalnya apabila seseorang itu membaca aspek ekonomi, maka pemikirannya cepat akan menyediakan pola peralatan yang sesuai kepada aspek itu. Antara pola pemikiran aspek ekonomi ialah ia tahu tentang faktor-faktor utama (pengeluaran) ekonomi, iaitu soal tanah, boroh, modal dan pengusaha. Jika aspek ekonomi yang dibaca itu berkaitan dengan tanah, maka pemikirannya harus berkisar kepada lokasi, bentuk fizikal, pemilikan, penggunaan, undang-undang, pencukaian dan dasar tanah. Mungkin tidak semuanya dapat dijawab atau diketahui tetapi kesediaan untuk memikirkan soal tanah dalam pelbagai sudut akan mempertajamkan kefahaman terhadap apa yang dibaca. Malah perkara yang paling awal untuk difikirkan apabila membaca sesuatu aspek ekonomi ialah mengenal pasti sifat atau jenis ekonomi. Jika aspek ekonomi itu

3

Page 4: CARABELJ

berkaitan dengan kegiatan pertanian, maka persoalan seperti apakah jenis (padi atau getah atau lainnya) dan bentuk pertanian (kontan atau sara diri, kecilan atau ladang) itu. Sekiranya pola-pola pemikiran begitu biasa dicetuskan, maka pemikiran terhadap modal, boroh, pengusaha dan tanah yang digunakan dalam pertanian itu akan terbuka pula. Inilah yang dikatakan pemahaman yang dibajai oleh daya imaginasi dan justeru kerana itu, pembacaan sesuatu aspek sejarah tidaklah boleh dilakukan dengan cepat seperti membaca suratkhabar atau tanpa sebarang imaginasi. Begitu juga halnya dengan keperluan kefahaman yang memuaskan terhadap sesuatu istilah. Misalnya, apabila kita bertemu dengan perkataan `lanun' maka harus dikenalpasti siapa mereka, kaedah perlanunan, motif perlanuan, aktiviti mereka, dan seumpamanya. Ada kemungkinan sebahagian daripada persoalan itu dihuraikan oleh bahan bacaan tersebut, tetapi jika tidak ada, maka perlu didapatkan keterangan-keterangan berkaitan melalui bahan-bahan bacaan yang lain.

1.4. PEMAHAMAN SOALAN SEJARAH.

Kesulitan memecah masalah kerana dua jenis kekurangan:1. Kurang tahu cara (kekurangan formal atau metodologik)2. Kekurangan fakta yang relevan (kekurangan material)

Dua cara umum untuk memikirkan pemecahan sesuatu masalah.1. cara berfikir analitik (proposisi berlandasan umum menuju khas) ... deduktif (a priori)2. cara berfikir sintetik (proposisi berlandasan khas/fakta yang unik menuju umum ... induktif

(pembuktian kebenarannya bersifat a posteriori).

Menyediakan dasar-dasar deduksi yang benar, salah satu tugas research ilmiah dalam semua bidang.Menyusun dasar-dasar deduksi yang umumnya berwujud dalili-dalil, hukum-hukum, atau tata-tata (rules) bukan pekerjaan yang mudah (perlu tekun, teliti, cermat kumpul data dan cerdas, tajam, objektif dalam analisa tafsir dan buat kesimpulan).

Kerja pelajar perlu - berencana dan sistematis melalui 3 proses psikologi:1. pengamatan 2. ingatan 3. pemikiran (taakulan)Proses-proses itu jelas menunjukkan korelasi yang positif antara kemampuan dan prestasi pelajar

Berikut diberikan cara-cara bagi memahami sesebuah soalan:

Pemahaman Soalan:Anda perlu memerhatikan kepada 5 perkara di dalam setiap soalan, iaitu: (i) Jenis soalan.(ii) Bentuk soalan.(iii) Induk Persoalan.(iv) Kehendak soalan.(v) Jangkawaktu.

Berikut dihuraikan perkara-perkara tersebut:

(i) Jenis Soalan.Sesebuah soalan boleh diklasifikasikan kepada sama ada jenis soalan tertutup (langsung) atau soalan terbuka (tidak langsung).

(a) Jenis tertutup (langsung): Soalan jenis ini bertanya tentang sesuatu perkara tertentu dan memerlukan huraian yang menjelaskan terus kepada perkara tersebut. Contohnya:

"Apakah sebab-sebabnya diperkenalkan dasar Liberal dan kesan-kesannya sehingga 1901."

4

Page 5: CARABELJ

Soalan ini dikatakan bersifat langsung atau tertutup kerana persoalan utamanya terhad kepada satu perkara tertentu, iaitu "dasar Liberal"; dan huraian yang dikehendakki terhadap persoalan itu (dasar Liberal) ialah "sebab-sebab diperkenalkan" dan "kesan-kesannya sehingga 1910." Oleh itu soalan berbentuk tertutup atau langsung merupakan soalan yang keseluruhan dimensi persoalannya agak jelas dan agak terhad/tetap ruanglingkupnya. Jawapan-jawapan kepada bentuk soalan ini selalunya bersifat huraian/penjelasan beranalisis (analytical-expository), mengutarakan perkara utamanya (dasar Liberal), memberi huraian (sebab-sebab diperkenalkan dan kesan-kesannya) dengan cara tepat atau fakta sebenar disamping sedikit sebanyak penilaian agar setiap huraian berhubung kait menegaskan apa yang dikehendakki oleh soalan dengan jelas.

(b) Jenis terbuka (tidak langsung): Soalan jenis ini mungkin mengungkapkan pertanyaan kepada satu perkara, tetapi memerlukan huraian yang boleh bercorak berbagai corak atau cara. Contoh soalannya:

"Huraikan asal usul sistem Residen."

Soalan ini boleh dijawab dengan berbagai cara seperti (i) menghuraikan perkembangan yang berlaku di Perak dan kemudiannya negeri-negeri lain sehingga diperkenalkan sistem Residen (mungkin boleh dibandingkan dengan sistem Penasihat); atau (ii) menghuraikan tentang motif dan dasar penjajahan Inggeris; atau (iii) menghuraikan tujuan-tujuan sistem itu diperkenalkan dengan menekankan kesesuaian yang difikirkan dan keadaan realiti.

(ii) Bentuk Soalan - iaitu "kata-tanya" yang digunakan di dalam sesebuah soalan seperti: "apakah", "huraikan", "bagaimanakah", "kenapakah", "bincangkan" ""galurkan", "analisakan", "sejauhmanakah", "bandingkan", dll.Bentuk soalan menentukan gaya perbincangan atau penghujjahan (huraian) di dalam sesebuah jawapan. Walau bagaimanapun, tanpa mengira jenis "kata-tanya" yang digunakan, sesebuah jawapan mestilah memuatkan perbahasan yang mantap dan optimum.

(iii) Induk Soalan - iaitu merupakan tema atau kunci atau pokok persoalan. Dari dua contoh soalan yang diberi sebelum ini, satu menjadikan "dasar Liberal" dan satu lagi "sistem Residen" sebagai induk persoalan. Jawapan tidak akan memperkatakan perkara lain selain dari soal induk persoalan.

(iv) Kehendak Soalan - iaitu segala huraian yang diperlukan bagi menerangkan tentang induk soalan. Kehendak soalan merupakan segala bukti, fakta, keterangan, huraian, perbahasan yang menjadi intipati (badan) jawapan (yang sedikit sebanyak ditentukan oleh "kata-tanya" atau bentuk soalan.

(v) Jangkamasa - tempoh yang diliputi oleh soalan (sama ada diberikan secara khusus iaitu dari satu tarikh ke satu tarikh lain, atau diberikan menurut abad, dekad, dll. atau tidak disebut secara langsung tetapi difahami dari ruang waktu yang diliputi oleh perkembangan sesuatu perkara yang ditanya, misalnya "Bincangkan dasar kultur", maka dapatlah dianggap perbincangan akan meliputi tempoh dari Perang Jawa sehinggalah tempoh pengenalan dasar Liberal.

Contoh Pemahaman Soalan:

Soalan:"Apakah sebab-sebanya diperkenalkan dasar liberal dan kesan-kesannya sehingga 1901."

Pemahaman:i. Jenis soalan : jenis langsung atau tertutup [lain-lain: terbuka/tidak

langsung]ii. Bentuk soalan : apakah? [lain-lain, analisis, bandingkan, huraikan

dll.]iii. Induk soalan : dasar Liberal.

5

Page 6: CARABELJ

iv. Kehendak soalan : a. sebab-sebab diperkenalkan. b. kesan-kesannya.

v. Jangkamasa : bermula dari keburukan-keburukan dasar Kulturdan reaksi golongan Liberal di Belanda hinggalah diperkenalkan dasar Etika (lk. 1850 hingga 1905/6).

1.5 KAEDAH JAWAPAN.

Biasakan menjawab dahulu soalan yang bertanyakan perkara yang anda lebih tahu atau minat. Jawab soalan yang bersifat langsung atau jenis tertutup (akan diterangkan lebih lanjut di bawah) jika anda menganggap diri anda bukan seorang yang berupaya untuk berhujjah secara melebar atau konseptual/dan abstrak.

Pilihlah soalan yang tidak terpecah kepada beberapa bahagian kecualilah jika tidak ada soalan mudah yang lain. Bahagikan masa menjawab sama banyak bagi setiap soalan, dan jawablah dengan imbang (kadar panjang dan mutu jawapan) bagi setiap soalan.

Walau bagaimanapun sebelum membuat pemilihan soalan yang hendak dijawab, pastikan anda benar-benar faham keperluan sesuatu soalan. Sesudah memahami soalan, maka dirangka dahulu pendekatan jawapan. Ada tiga pendekatan utama jawapan.

Pendekatan Jawapan:Tiga bentuk pendekatan jawapan yang sering digunakan ialah:

i. Pendekatan bersifat generik (generic).ii. Pendekatan bersifat impresi (impression).iii. Pendekatan bersifat gabungan kedua pendekatan di atas.

(i) Pendekatan Bersifat Generik: Jawapan menggunakan pendekatan ini merupakan asas utama (peringkat pertama) bagi menjawab kesemua persoalan, tetapi sangat sesuai kepada soalan-soalan berbentuk tertutup (langsung).

Bentuk generik ini merupakan penghuraian yang susunannya agak saintifik, iaitu beredar dari "pengenalan/sebab" kepada "penghuraian perkembangan atau pelaksanaan" dan kepada "rumusan atau kesan (konklusi)." Susunan saintifik ini bukan sahaja bagi pembentukan keseluruhan jawapan, tetapi juga merupakan cara memperkatakan setiap fakta atau peristiwa (bukti) yang dikemukakan di dalam sesuatu paragraf/jawapan.

Jawapan yang berdasarkan kepada pendekan atau susunan ini agak kaku pengghujjahannya, tetapi ia merupakan jalan yang paling selamat untuk pembentukan sesebuah jawapan. Cara ini menjadi kebiasaan dan kehehendak jawapan pada peringkat SPM.

(ii). Rangka Jawapan Berbentuk Impressionistik:

Rangka jawapan bentuk ini sangat diutamakan pada peringkat universiti. Apa yang dimaksudkan dengan rangka jawapan berbentuk impressionistik ialah: "Ia melibatkan huraian yang dramatik, mengandungi satu siri perbincangan yang sangat tepat, mampat, terperinci, dan juga tertentu (particularized). Ia seolah-olah "a series of descriptive pictures, which at the very last moment are drawn together and are all shown to manifest an inner thesis or main point." Untuk berjaya membuat jawapan bentuk ini seseorang itu perlu mempunyai keupayaan untuk membentuk sejumlah gambaran-gambaran penghuraian yang tepat dan evokatif sehingga dapat menarik perhatian para pemeriksa dan membuat pemeriksa merasakan bahawa terdapat kepentingan-kepentingan yang munasabah di dalam perincian-perincian pembuktian atau penghujjahan yang diberikan di dalam jawapan tersebut.

6

Page 7: CARABELJ

Bagi menggunakan organisasi (rangka jawapan) berbentuk impresionistik, seseorang itu harus memilikki dengan baik fikiran mendalam kesejarahan kerana beliau perlu mempersembahkan kepada pemeriksa (pembaca) segala perincian butiran (bukti) yang bukan sahaja menarik tetapi juga bertepatan (sesuai) dengan rangkaian atau corak sehingga menegakkan satu huraian keseluruhan.

Oleh kerana tuntutan yang tinggi dari rangka jawapan yang berbentuk impresionistik, maka seseorang yang masih kurang mahir perlu sungguh-sungguh berhati-hati kerana kejayaan penggunaannya bergantung kepada kecekapan seseorang dalam corak-gaya penulisan. Sekiranya seseorang itu tidak mahir maka akan mudah mendatangkan bahaya apabila pendekatan (persembahan dari rangka jawapan itu) menjadi huraian yang indah (tetapi tidak tepat) dan penuh dengan kekaburan sahaja, manakala segala kandungan jawapan akan menjadi perincian yang tidak membawa erti untuk menerbitkan kekuatan kepada sesuatu perbahasan atau pandangan.

(iii). Rangka Jawapan Berbentuk Gabungan Antara Bentuk Saintifik dan Bentuk Impresionistik.

Boleh dikatakan bahawa cara ini merupakan jalan pertengahan apabila kedua cara digunakan berselang-seli bergantung kepada kemungkinan dan keperluan yang dihadapi oleh seseorang itu.

1.6 KAEDAH PENULISAN

Penulisansyarat-syarat utama untuk membuat penulisan:i ada fakta untuk ditulisii ada pendapat dan haluaniii menurut gaya dan format yang diterima ramaiiv memberi kesan.

Sesuatu penulisan atau karangan mempunyai berbagai-bagai keterangan - sebahagiannya mengemukakan fakta (keterangan/bukti), sebahagian lagi memuatkan pendapat-pendapat, anggapan-anggapan atau dugaan-dugaan (keterangan yang bersifat asumtif atau keterangan hipotesis), di samping mengemukakan kesimpulan-kesimpulan (bersifat konklusif) dan juga saran-saran (bersifat implementatif). Kesemua keterangan itu hendaklah diberi kedudukan yang jelas (eksplisit), tidak dicampur aduk.

Bahasa merupakan medium yang utama bagi menjelmakan sesuatu karangan. Penggunaan bahasa perlulah cermat supaya karangan itu mudah difahami dan tidak menimbulkan pengertian yang salah. Bahasa yang baik menunjukkan pemikiran yang tidak kacau. Jika karangan itu ditulis dengan bahasa yang berbelit-belit, samar-samar pengertian dll. maka pengarang itu menunjukkan fikirannya yang kacau atau dia tidak begitu faham apa yang hendak ditulisnya. Oleh itu penyampaian idea dalam karangan harus menurut sistem yang logika dengan penggunaan syarat-syarat bahasa dengan tepat. Dalam kata lain kalimat-kalimat yang digunakan dalam karangan harus jelas menunjukkan satu kesatuan pengertian.

Umumnya, sesebuah penulisan dapat dilihat kepada dua segi, iaitu ciri-ciri luaran dan ciri-ciri dalaman. Dari segi luaran, sesebuah penulisan seharusnya mempunyai struktur yang terdiri daripada bahagian pendahuluan, isi dan penutup.

Bahagian Pengenalan:Bahagian ini memperkenalkan secara implisit dan eksplisit akan isu atau persoalan yang menjadi tajuk penulisan itu. Perlulah bahagian ini dipersembahkan dengan gaya yang menarik dan bertenaga untuk memberangsangkan minat dan menarik tumpuan perhatian pembaca kepada tema penulisannya. Sekiranya penyampaian dalam bahagian ini hambar maka minat atau perhatian pembaca tidak akan tekal bagi meneruskan pembacaannya.Sebagai bahagian pengenalan, bahagian ini mestilah memperlihatkan perkaitan yang rapat dengan judul penulisan supaya pembaca dapat tahu dengan cepat akan isu, aspek, butiran dan pendekatan yang diketengahkan oleh penulisan itu.

7

Page 8: CARABELJ

Bahagian Isi/Penghuraian.Bahagian ini memperkembangkan dan membicarakan judul yang menjadi fokus penulisan secara mendalam. Dalam bahagian ini akan dimuatkan segala fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan hujah berhubung dengan judul sesebuah penulisan.Di sini dipenuhkan dengan segala pembahasan yang bermaksud menghurai jalan fikiran, keterangan-keterangan dan segala data yang berkaitan dengan persoalan (tajuk/kehendak soalan). Dalam kata lain, bahagian ini mengisi pembahasan problematik secara terperinci dan tepat.

Bahagian KesimpulanBahagian yang mengisi ikhtisar (resume) yang ringkas mengenai inti persoalan dan inti kesimpulan. Yang penting diperhatikan ialah, bahagian ini menyampaikan kesimpulan yang bertalian dengan pokok masalah (yang dimaksudkan oleh soalan/judul) dan (ii) kesimpulan itu hanyalah mengenai soal-soal yang telah dibahas dan yang diperlengkapkan dengan bukti-bukti (seperti terhurai dalam bahagian isi). Selain itu, umumnya, teknik membuat kesimpulan ini sangat berkait rapat dengan jenis penulisan yang diterapkan oleh penulis. Contohnya, jika penulisan itu jenis deskriptif, penutupnya mestilah dapat memberikan gambaran keseluruhan (total impression) tentang isu yang dibicarakan. Jika penulisan itu jenis penceritaan (narration), penutupnya haruslah dapat memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang bermakna. Jika penulisan itu jenis hujahan (argumentative), maka penutupnya mestilah merumuskan bukti-bukti penting (kecondongan penegasan hujah tertentu dilakukan). Jika penulisan itu jenis bujukan (emotional appeals/Persuasion), penutupnya mestilah merumuskan tindakan-tindakan yang diharap akan diambil oleh pembaca.

Sesebuah Karangan atau Penulisan atau Jawapan mempunyai ciri-ciri dalaman dan ciri-ciri luaran:

1. Ciri-ciri Dalaman Penulisan .Ciri-ciri dalaman itu ialah: Kesatuan, Pertautan, Penekanan, Gaya Penulisan.

a. Kesatuan (unity)tumpuan keseluruhan penulisan kepada judul dominan yang menjadi fokus perbincangan sesebuah penulisan. Ada tiga kaedah yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan ciri-ciri kesatuan bagi sesebuah penulisan.1. penulis hendaklah metakrifkan pengertian atau maksud judul dengan jelas sebelum ia memulakan penulisannya kerana dengan memberi takrif yang jelas terhadap judul, penulis akan dapat menentukan isi-isi yang benar-benar berkaitan dengan judul tersebut. Dengan itu ia tidak akan memuatkan sesuatu yang menyimpang daripada judul.2. sesudah judul ditakrif dengan jelas dan tepat, penulis harulah memikirkan isi-isi yang mempunyai kaitan erat dengan judul. Isi-isi ini hendaklah diperkukuhkan dengan bukti-bukti dan contoh-contoh yang jelas, disusun dan dipersembahkan dengan kemas, sejajar dengan tujuan penulisan. 3. isi-isi yang bukan isi utama hendaklah didominasikan ke dalam isi utama dan diberi fungsi untuk memperkukuhkan isi utama. Janganlah dibenarkan isi-isi sampingan menguasai ruang yang lebih besar daripada isi utama. Setiap isi yang dikemukakan itu pula hendaklah dipertalikan dengan jelas dan tepat kepada judul yang menjadi fokus penulisan itu. Tegasnya, seluruh kandungan tesis itu mestilah menuju ke satu arah yang sama, iaitu memperjelaskan atau membicarakan tema yang menjadi pusat atau matlamat penulisan.

b. Pertautan.Pertautan dimaksudkan pertalian di antara satu unsur dengan unsur yang lain yang terdapat di dalam sesuatu penulisan. Oleh itu bukan isi sahaja perlu berhubung rapat dan berhirarki, perhubungan di antara ayat dengan ayat yang lainnya atau di antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya mestilah memperlihatkan hubungan. Tegasnya, di antara satu unsur dengan unsur yang lainnya itu mestilah mempunyai kesinambungan yang logik, yang jelas dapat memperlihatkan pertautan yang kukuh dan erat sehingga penulisan itu terbentuk sebagai satu satuan yang jitu. Kejituan itu bukan sahaja dari segi idea tetapi juga dari segi bahasa dan pengolahannya.Dari segi konotasi, kesatuan dan pertautan memang ada persamaan erti, tetapi sesebuah penulisan yang mempunyai ciri-ciri kesatuan tidak semestinya dapat juga memperlihatkan ciri-ciri pertautan. Isi-isi yang dikemukakan mungkin sememangnya berfokus kepada judul utama tetapi mungkin isi-isi itu tidak dipertautkan dengan kukuh dan mantap di antara satu sama lain, menyebabkan penulisan itu menjadi longgar; seolah-olah tidak mempunyai kesinambungan.Cara untuk mempertautkan di antara satu ayat dengan ayat yang lain atau di antara satu perenggan dengan perenggan yang lainnya di dalam sesebuah penulisan ialaah dengan menggunakan penanda-penanda wacana yang sesuai.

8

Page 9: CARABELJ

Terdapat empat jenis pertautan yang lazim kedapatan di dalam sesuatu penulisan. Biasanya (tetapi tidak selalunya) setiap jenis itu ditandai dengan penggunaan penanda-penanda wacana yang berlainan. Pertautan yang dimaksudkan itu ialahi. Pertautan dari segi logik (logika-rasional fikiran) - hubungan ini mungkin berbentuk sebab dan

akibat, bukti dan kesimpulan, fakta dan ulasan dll, serta di antara satu pernyataan dengan pernyataan yang seterusnya itu dipertautkan oleh penggunaan penanada wacana seperti, oleh yang demikian, walau bagaimanapun, namun begitu, berhubung dengan itu, dsb.

ii. Pertautan dari segi ruang - merupakan urutan yang memperlihatkan pertalian kedudukan benda-benda yang terdapat di dalam ruang alam ini (lazimnya ini terdapat di dalam penulisan berbentuk penceritaan) dan di antara kata-kata atau frasa yang dapat menunjukkan hubungan tersebut ialah seperti di dalam, di atas, di belakang, di kiri, ke kanan, di samping, ke sana, ke hujung, dll.

iii. Pertautan dari segi waktu - memperlihatkan kesinambungan di antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lainnya dari segi masa. Pertautan ini dapat diperlihatkan oleh penggunaan kata-kata penghubung seperti pada masa dahulu, sebelum itu, kini, lantas, selepas itu, kemudian, sejak zaman merdeka...

iv. Pertautan dari segi emosi - memperlihatkan hubungan perasaan terhadap sesuatu peristiwa yang dialami.

Pertautan dalam dan antara perenggan:Dalam sesebuah penulisan, perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang di antara satu dengan lainnya mempunyai hubungan daripada segi makna dan tatabahasa. Setiap perenggan lazimnya berbeza dari segi kepanjangan, iaitu bergantung kepada tujuan dan fungsinya ditinjau dalam konteks keseluruhan penulisan itu. Setiap perenggan yang baik mestilah mempunyai pertalian di antara satu sama lain, iaitu berkesinambungan, untuk membentuk satu kesatuan yang jitu sebagai sebuah penulisan. Oleh yang demikian, isi yang dibentangkan di dalam setiap perenggan itu mestilah mempunyai pertalian yang erat dengan judul yang menjadi fokus perbincangan, di samping mempunyai "kesatuan dalaman", iaitu, setiap unit di dalam perenggaan itu sendiri mesti dipertalikan dengan idea utama supaya dapat memberi sumbangan untuk menjelaskana atau menghuraikan judul.Setiap perenggan juga haruslah mempunyai pernyataan tesis atau idea utama dan diikuti dengan idea-idea sokongan untuk memperkukuhkan idea utama itu. Kalau terdapat sesuatu yang perlu ditekankan di dalam sesuatu perenggan, penekanan terhadap unsur-unsur itu mestilah diperlihatkan dengan jelas dan dengan menerapkan teknik-teknik tertentu seperti mengulang kata-kata kunci yang mendukung idea utama atau dengan menggunakan kata-kata yang bersifat antitesis untuk menunjukkan dengan jelas bahawa penulisnya menolak idea-idea yang bertentangan dengan idea yang diketengahkannya. Setiap perenggan itu juga mestilah menggalurkan ayat-ayat di dalamnya secara berkesinambungan dengan menyampaikan ideanya secara berperingkat-peringkat sehingga sampai ke bahagian kemuncak.

Umumnya kesemua bentuk atau gaya penulisan hendaklah menafaatkan teknik-tenik asas atau kaedah perkembangan huraian yang tertentu di dalam setiap satu paragraf dan juga dalam keseluruhan esei.Sebuah paragraf yang efektif menyampaikan satu penghuraian pernyataan/keterangan yang baik pertautannya dengan cara ekonomikal (bahasa/ayat) dan menyakinkan (iaitu menghuraikan sesuatu perkembangan melalui contoh-contoh, perbandingan, perbezaan, kronologikal, penghuraian rincian (details), definisi, sebab dan akibat)

c. Penekanan.Penekanan dimaksudkan kepada penyusunan semua unsur di dalam sesebuah penulisan dengan cara yang paling sesuai, yang difikirkana dapat mencapai matlamat penulisan tersebut.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi tujuan ini.1. sesuatu unsur yang hendak diberikan penekanan mestilah dinyatakan dengan tegas, jelas dan terus terang

(eksplisit).2. menyatakan atau meletakkan unsur yang ingin diberi penekanan itu pada posisi tertentu, misalnya pada bahagian

awal karangan, ataupun pada bahagian yang strategik.3. memberi ruang atau liputan yang lebih.4. mengulang-ulangi menyebut idea yang hendak diberi penegasan.5. mempersembahkan unsur tersebut dengan cara yang paling menarik.6. mengemukakan isi yang hendak ditonjolkan itu dalam perenggan yang pendek dan terpisah, iaitu sepertimana

lazim terdapat di dalam laporan atau berita-berita akhbar (hal ini kurang sesuai diterapkan di dalam penulisan tesis sejarah).

9

Page 10: CARABELJ

d. Gaya Penulisan.- ayat perlu kemas- penggunaan bahasa dan istilah yang konkrit dll.- sesuaikan penulisan untuk pembaca yang dituju dan taraf keperluan.- detail tidak berlebihan hingga menyimpang, membawa kontadiksi atau menenggelamkan idea utama- ayat tidak mono/sterotaip, perlu berbagai bentuk dan ragam (pola ayat dasar, ayat yang telah diperluaskan

dengan pelbagai keterangan, ayat songsang, ayat pasif, ayat terbitan dll).- termasuk di sini, teknik-teknik penulisan ilmiah (khususnya gaya ilmiah sejarah).

[Rujuk: Raminah Hj Sabran, Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia untuk Pelatih Maktab Perguruan, Kursus Bahasa Fajar Bakti, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., Petaling Jaya, 1989]

Bentuk-bentuk Penulisan:- Exposition (Penjelasan), Descriptive, Penceritaan (Narration), Hujahan (Argumentative), Laporan; dan Bujukan

Bentuk yang sering digunakan dalam penulisan jawapan sejarah ialah bentuk hujahan.

BENTUK HUJAHAN.

satu bentuk wacana yang bertujuan mendapatkan sokongan atau persetujuan daripada pihak pembaca terhadap sesuatu pendapat atau fikiran. Penulis mengemukakan kenyataan, pendapat atau usul yang mahu pembaca penyetujui atau menerimanya. Kenyataan itu mungkin berupa penegasan, dakwaan atau gagasan. Bentuk ini sangat erat dengan penulisan bentuk penjelasan. Bentuk hujahan perlu ada persamaan ciri penulisan bentuk-bentuk lain untuk menjadikannya bagus. Namun demikian ada beberpa ciri tertentu membezakan bentuk hujahan daripada bentuk-bentuk lain:1. penulisan berbentuk hujahan mestilah mengemukakan bukti atau hujah mengikut prinsip-prinsip logik dengan penaakulan yang betul dan tepat.2. mengemukakan bukti-bukti dalam urutan atau susunan yang khusus.

Pada kebiasaannya, hujah (argument) membawa perkaitan dengan perdebatan - iaitu debat (argue) yang tertera unsur atau konsep konflik dua pihak (idea).Hujah wujud daripada isu yang tidak jelas atau nyata, iaitu ada unsur keraguan. Justeru itu keraguan dikatakan menjadi dinamika perbahasan (the dynamic of argument). Dalam hal ini hujah diperlukan untuk menghilangkan keraguan itu dan situasi ini dinamakan psychological context in argument (konteks psikologi dalam hujahan) - Hujahan itu tidak timbul akibat daripada keraguan, tetapi lahir daripada keinginan untuk mengetahui bagaimana sesuatu itu timbul. Dalam mencari bagaimana sesuatu itu timbul maka hujahan yang timbul bukan lagi bersifat konteks psikologi, tetapi bersifat logical process.

Hujahan bermula dengan proposis/usul atau gagasan (secara mudah dan ringkas). Usul boleh sahaja bersifat usul utama atau usul utama yang disertai usul sampingan. Usul adalah penentu kepada fakta yang menjadi isu atau tajuk yang ingin dihujahkan. Setelah itu barulah hujah-hujah bukti atau fakta diberi atau dijelaskan bagi membuktikan kebenaran usul tadi.

Kaedah Berhujah:1. Kaedah Deduksi (dalam ilmu logik, taakulan deduksi dibentuk atau dirangka dalam satu silogisme,

iaitu dalam bentuk dua pernyataan yang amat bertalian yang membawa kepada satu kesimpulan). Dalam penulisan, bentuk silogisme yang rigid jarang digunakan. Kebanyakan penulis menggunakan teknik-teknik bersifat silogisme retorik seperti enthymeme, epicheireme, disjunction, dilema dana silogisme bersyarat.

2. Kaedah Induksi3. Kaedah Analogi

10

Page 11: CARABELJ

BENTUK PENJELASAN.Kesemua penulisan yang berkaitan dengan mengemukakan fakta dan idea dikenali sebagai penulisan berbentuk penjelasan. Prinsip-prinsip penjelasan ialah: bermula dengan definisi dan kemudian diikuti selangkah ke selangkah penerangan tentang “bagaimana” (sesuatu itu demikian berlakunya).

cara-cara penulisan berbentuk penjelasan:a. cara penerangan tentang sesuatu proses - iaitu bagaimana sesuatu itu dilakukan atau dibentuk, bagaimana cara

mekanisme berlaku. Memberi huraian itu secara tertib mengikut perkembangan atau urutan waktu. Setiap langkah dalam sesuatu proses dihuraikan dalam susunan yang sebenarnya ia berlaku atau dilakukan. Oleh itu penghuraian itu disampaikan dengan arah pandangan yang tekal.

b. cara pengklasifikasian - sesebuah jawapan yang analitikal akan memuatkan cara ini, iaitu pembahagian sesuatu hal yang kompleks kepada bahagian-bahagian tertentu berdasarkan kepada hubungan logika antara unsur-unsur yang boleh ditempatkan ke dalam satu-satu bahagian.

c. cara perbandingan dan perbedaan - melakukan pengukuran kepada sesuatu hal berdasarkan kepada tanggapan (persepsi). Walaupun perbandingan dan perbezaan mungkin berlainan dari segi kaedah tetapi keduanya adalah sejenis dan seringkali diguna serentak dalam melakukan pengukuran. Kedua kaedah menerangkan kepada pembaca tentang persamaan dan perbezaan sesuatu dengan lebih jelas lagi dari apa yang diketahui oleh pembaca itu.

d. cara sebab dan akibat:- Jawapan kepada soalan yang meminta “sebab dan akibat” selalunya dimulakan dengan sedikit

sebanyak penghuraian tentang “akibat”, kemudian diikuti oleh penghimpunan fakta-fakta yang membawa kepada satu rumusan terhadap apakah yang mencetuskan kesan yang dihuraikan awal tadi. Cara penyampaian sedemikian menekankan jawapan kepada “sebab” (bukannya kepada “akibat”). Jawapan boleh juga dilakukan dengan cara sebaliknya, iaitu memulakan dengan membentangkan fakta-fakta sebab dan menunjukkan bagaimana fakta-fakta itu mencetuskan “akibat” - oleh itu jawapan begini lebih menekankan “akibat” (bukannya kepada “sebab”)Untuk mengaitkan sesuatu hal kepada faktor “sebab” (penyebab) maka kaedah bahasan induktif digunakan, iaitu cara membawa/memperolehi kebenaran kemungkinan (probable truth). Walau bagaimanapun, fakta mesti tepat, tipikal, relevan dan mencukupi [jika tidak rumusan atau deduksi yang dibuat berisiko tidak berkeselarasan (non sequitur) antara fakta/kenyataan dengan rumusan.Apabila mengaitkan sesuatu akibat kepada sesuatu sebab maka tentukan samada sebab itu sebab semerta atau sebab utama atau sebab langsung atau sebab tidak langsung atau tidak rapat/utama...dan jangan salah dalam bahasan (reasoning) sehingga mencetuskan kesalahan rumusan tidak sudah/berakhiran (post hoc fallacy [post hoc, ergo propter hoc - misalnya: “selepas ini, oleh itu kerana ini”]Jangan terlalu positif rumusan, ingat deduksi kita hanyalah kemungkinan benar begitu atau begini (probable truth), juga jangan guna kata-kata superlative (seperti tersangat benar..., begitu tepat sekali jika dikatakan...), atau membuat telahan atau rumusan wewenang seperti “saya agak atau jangka”, “Adalah mungkin untuk dirumuskan”, “Mengikut pandangan atau pendapat saya....” (tanpa didahului oleh beberapa pernyataan pandangan/bukti lain)

e. cara definisi - istilah-istilah abstrak seperti cinta, patriontisme, kepahlawan memerlukan kaedah penjrlasan (cara) definisi. Tidak seperti huraian kepada sesuatu mengikut cara proses (sesuatu yang ada komponen mekanisme), hal-hal yang bersifat abstrak ini perlu dihuraikan (didefinisikan) hal-hal esensi semulajadi. Oleh itu berhubung dengan hal-hal abstrak ini, kita harus melakukan sintesis iaitu mengabungkan kesemua bahagian ke bagi membentuk satu keseluruhan pandangan/pendirian (bukannya melakukan analisis peranan satu-satu bahagian).

Definisi ada dua jenis: logikal atau rasmi dan lanjutan (melebar) atau tidak rasmi.

11

Page 12: CARABELJ

Definisi logikal/rasmi adalah serupa dengan definisi yang selalu dibuat dalam kamus - iaitu berciri ketat dan padat dalam bentuk yang berstruktur tiga bahagian: bahagian istilah/makna, bahagian penjenisan (kelas atau kelompok atau genus; dan bahagian perbezaan fungsi atau pengkhususan peranan - misalnya: topi keledar (istilah) ialah penutup kepala (jenis) untuk perlindungan dari kecederaan (perbezaan fungsi).

Definis melebar/tidak rasmi - untuk mendefinisikan benda/perkara yang abstrak seperti perkataan “demokrasi”.

Cara definisi ini boleh juga menggunakan cara kronologikal (urutan tarikh-peristiwa), contoh, perbandingan, analogi, kontras, pengasingan-pengecualian (exclusion) atau cara

menentang erti istilah/penjenisan atau fungsi (negation).

Jawapan yang menggunakan cara definisi boleh menggunakan salah satu kaedah umum perkembangan: kaedah deduksi atau kaedah induksi.

Setiap cara yang dihuraikan tadi boleh membantu cara atau cara-cara yang digunakan dalam satu penulisan. Cara-atau gabungan cara-cara ini juga boleh digunakan bagi membantu penulisan

dalam bentuk lain (baikpun bentuk hujahan, deskriptif dll).

BENTUK DESKRIPTIF.Setiap deskripsi menekankan kepada dua pendekatan asas kepada subjek (isu), samada pendekatan realistic atau impressionistic (keduanya perlu fakta dan detail yang terkawal hadnya baikpun bagi mendeskrip tentang tempat, orang atau individu atau tentang apa yang dilihat, didengar atau dirasakan). Kadangkala gaya bahasa dalam penulisan berbentuk deskriptif adalah agak berukiran indah (tetapi jangan terlalu gembar gembur gambaran sesuatu subjek itu sehingga penuh dengan mainan kata-kata yang tidak tepat atau melampau-lampau)..BENTUK LAPORAN [REPORT], BENTUK BUJUKAN [EMOTIONAL APPEAL] dan BENTUK PENCERITAAN [NARRATION] jarang digunakan dalam jawapan kertas sejarah.

1.7 Kesimpulannya:

Sesebuah jawapan itu memerlukan daya pemikiran kreatif dan imaginasi historikal serta keupayaan tinggi dalam bidang penulisan-penghujjahan. Apa yang sering dicari di dalam sesebuah jawapan (oleh para pemeriksa) ialah ketepatan dan perincian keterangan, pemahaman menyeluruh tentang apa yang dibincangkan dan asimilasi penghuraian dengan induk persoalan, ksemuanya dipersembahkan dengan licin dan tersusun serta berkisar sekitar idea-idea pokok. Aspek ketulinan (originality) dan ketajaman pemerhatian atau bahasan serta corak penilaian yang dipaparkan dalam isi jawapan seseorang pelajar juga menjadi kriteria utama yang dicari oleh seseorang pemeriksa.

Kesemua keupayaan yang tersebut tadi dapat dibentuk dengan mengadakan latihan menjawab atau sekurang-kurangnya merangka jawapan kepada 15 hingga 20 soalan yang pernah atau sering muncul dalam peperiksaan. Seseorang pelajar itu bolehlah membandingkan corak jawapannya dengan jawapan-jawapan yang terdapat dalam pelbagai ulangkaji (bagi tajuk-tajuk yang berkaitan). Seharusnya corak jawapan anda lebik baik dari jawapan tersebut. Anda juga boleh melakukan latihan membentuk keupayaan menjawab dengan baik melalui perbincangan berkumpulan.

Apabila menjawab sesebuah soalan, anda harus menggunakan fakta dan contoh yang sesuai bagi menyokong sebarang rumusan atau kenyataan umum (termasuklah menggunakan petikan atau nukilan dari bahan-bahan bacaan utama), tetapi harus dielakkan perbuatan memberi perincian yang keterlaluan atau sebaliknya mengalorkan sahaja satu persatu fakta-fakta dengan tidak menghubungkaitkan kepentingan mereka dengan induk persoalan kerana "fakta tidak dapat berdiri sendiri" hanya kita sahaja yang dapat memberi makna dan kepentingan kepadanya.

12

Page 13: CARABELJ

Justeru itu sesebuah jawapan perlu memuatkan:

1. Fakta-fakta yang berkaitan. Apabila berhujjah hendaklah memberikan bukti-bukti yang jitu (biasanya berbentuk fakta yang diberikan oleh buku-buku teks atau para pengkaji).

2. Hendaklah melakukan pengulangan penegasan tema utama, kenyataan atau bahasan yang dianggap sebagai tema atau matalamat utama huraian jawapan. Cara bagaimana penengasan dilakukan:

- memulakan dengan "contention" (pernyataan) tertentu.- berulang kali melakukan "contention" itu (seolah-olah ia satu rumusan).- memberi ruang perbincangan yang agak besar kepada "contention" tersebut.

Soal ini sangat berkait rapat dengan apa yang dikatakan sebagai kesatuan penghuraian. Kesatuan penghuraian boleh dicapai dengan cara:

- mendefinasikan atau mentakrifkan konsep yang terdapat pada judul (induk persoalan) terlebih dahulu.

- mengenal-pasti isi-isi yang benar-benar berkaitan.- menyusun isi-isi dalam satu rangkaian yang bertali-terus.

3. Mengimbangkan antara fakta utama (primari) dengan interpretasi para sejarawan moden ke atas fakta tersebut. Sekiranya dapat diberikan juga dan pandangan dan perbahasan anda terhadap fakta dan interpretasi itu, hendaklah dilakukan. Walau bagaimanapun elakkan dari berlebih-lebihan memberi bukti kepada sesuatu persoalan, atau memberi fakta tanpa interpretasi, atau melakukan interpretasi kepada fakta dengan tiada kekuatan atau kepentingan (kepada induk persoalan), atau membuat interpretasi yang kabur. Biasanya interpretasi dilakukan dengan beberapa cara: (a) interpretasi deduktif, (b) interpretasi induktif, dan (c) interpretasi analogi (perbandingan).

Interpretasi deduktif ialah interpretasi rumusan dari fakta-fakta atau perkembangan-perkembangan kejadian yang dihuraikan sebelumnya. Interpretasi induksi ialah bermula dari satu pernyataan, maka kita memberi bukti atau hujjah yang membahaskan sama ada kebenaran/kesilapan/keraguan wujud kepada pernyataan tersebut. Interpretasi analogi ialah pembuktian atau penghujjahan secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

4. Dapat menggunakan petikan istilah atau definisi popular dari buku jika bersesuaian.

5. Apabila membuat petikan (quotation) janganlah sekadar memetik kenyataan tersebut, tetapi hendaklah petikan itu dibahaskan bagi tujuan menegaskan sesebuah kenyataan/bahasan. Begitu juga dengan petikan terhadap statistik atau data, perlu dijelaskan kepentingan mereka kepada sesuatu huraian.

6. Sesebuah jawapan hendaklah tersusun dan jelas penghuraiannya atau bersimfoni indah dengan persoalan utama tidak pernah tenggelam dalam bahasan atau perincian yang dilakukan.

7. Berhati-hati terhadap erti sesuatu perkataan yang digunakan. Gunakan istilah atau perkataan yang tepat/sesuai.

8. Ayat atau bahasa dan tulisan mestilah baik dan kemas.

9. Transisi (perkaitan) antara ayat atau antara paragraf mestilah dijaga baik supaya tidak terputus-putus huraian atau bahasan. Pertautan atau transisi ialah suatu ciri yang memperlihatkan pertalian atau persambungan di antara satu idea dengan satu idea yang lain. Ciri pertautan dalam sesebuah penulisan dapat dicapai dengan menggunakan kata-kata atau rasa yang dapat memperlihatkan empat jenis urutan iaitu urutan logik, urutan masa, urutan ruang dan urutan perasaaan atau emosi.

CONTOH:

13

Page 14: CARABELJ

TAJUK - Kang Yu Wei merupakan pengasas Gerakan Pembaharuan China (1898) atau Gerakan 100 hari dan nyatakan sebab-sebab kegagalan gerakan ini.

Negeri China telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Perang China-Jepun pada 1894-5. Selepas itu negara-negara Barat telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi-konsesi dari negara China 1896-1897.

Kang Yu Wei berpendapat bahawa China perlu mengadakan pembaruan-pembaruan yang radikal dari segi politik dan sosial. Pembaruan-pembaruan ini akan berasaskan institusi-institusi Barat.

Kang Yu Wei dan rakan-rakanya telah pun mengemukakan idea-idea Gerakan Islah kepada Maharaja Kuang Hsu. Antara idea-idea Gerakan ini ialah untuk menguatkan lagi tentera China, menghapuskan sistem peperiksaan awam yang berdasarkan klasik-klasik China dihapuskan dan sistem peperiksaan awam berasaskan hal ehwal semasa diadakan, jawatan-jawatan yang tidak penting dihapuskan dan sekolah-sekolah teknikal dan menengah didirikan.

Gerakan ini bermula dari bulan 11 Jun 1898 dan berakhir pada 21 September 1898 iaitu berlaku selama 100 hari.

Tetapi gerakan ini tidak berjaya oleh beberappa sebab. Salah satu sebab yang penting ialah ketidaksokongan golongan sarjana dan golongan birokrat China. Golongan sarjana tidak menyokong dan menentang gerakan ini kerana ideologi yang bertentangan. Idea-idea yang dikemukakan seperti kerajaan berpelembagaan tidak boleh diterima oleh gologan ini. Idea-idea gerakan ini adalah bertentangan dengan prinsip politik dan tatasusilaan agama Confucius.

Golongan pegawai kerajaan pula menentang gerakan ini kerana pembaharuan-pembaharuan yang disarankan seperti menyusun semula jentera kerajaan dan anti-korupsi akan mengancam kedudukan mereka. Pegawai-pegawai lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri dan tidak peduli tentang rakyat.

Salah satu lagi kegagalan gerakan Islan ialah tentangan oleh Maharani Dowager dan Parti Utara. Maharani Dowager yang bersifat konservatif dan anti-pemodenan tidak bersetuju dengan gerakan ini. Maharani Dowager yang memegang kuaas sebenar dalam politik kerajaan China lebih berpegang teguh kepada institusi-institusi lama China.

Parti Utara yang merupakan parti konservatif yang terdiri daripada golongan istana juga enggan memberi sokongan kepada gerakan ini.

Oleh itu Kang Yu Wei telah mendesak Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager. Yuan Shih Kai telah disuruh membunuh Jung Lu (penasihat utama Maharani Dowager). Beliau berharap tindakan ini akan dapat melemahkan pengaruh Maharani Dowager .

Malah, Yuan Shih Kai telah berpaling tadah dan telah menyokong Maharani Dowager pula. Maharaja Kuang Hsu telah ditangkap pada 11 September 1898 dalam satu rancangan menumpaskan gerakan ini. Kang Yu Wei telah melarikan diri ke Jepun dan enam daripada ahli gerakan ini telah diberi hukuman mati tanpa bicara.

Salah satu lagi sebab kegagalan gerakan islah ini, ialah gerakan ini tidak terdapat sokongan orang ramai. Rakyat China dan kerajaan China tidak ingin atau memahami perubahan-perubahan yang disarankan. Mereka masih merasa bahawa peradaban China adalah terbaik di China dan di dunia. Oleh itu, idea-idea Barat, nilai-nilai dan institusi Barat tidak mempunyai nilai kepada mereka. Tanpa sokongan rakyat Gerakan ini tidak boleh berjaya.

Rancangan ini juga tidak mendapat sokongan kuasa-kuasa Barat yang menyokong kerajaan Manchu. Kuasa-kuasa asing ingin mengekalkan keamanan agar kepentingan perdagangan mereka tidak terancam. Oleh itu mereka tidak sokong gerakan ini.

Salah satu lagi sebab yang sangat penting ialah ketidakcekapan pemimpin-pemimppin gerakan islah.

Ada dikatakan bahawa gerakan ini mungkin berjaya jikalau diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang cekap, dinamik dan mempunyai kematangan politik.

14

Page 15: CARABELJ

Kang Yu Wei dan Maharaja Kuang Hsu tidak mempunyai sifat-sifat ini.

Kang Yu Wei tidak berpengalaman dan berpengetahuan. Dia telah melakukan beberapa kesilapan yang mengakibatkan kegagalan gerakan ini. Antaranya ialah langkah Kang Yu Wei mendorong dan memujuk Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager. Mereka sepatutnya berusaha mendapat sokongan Maharani Dowager kerana beliau adalah terpengaruh sekali di China. Jika mereka berusaha mendapat sokongannya, maka gerakan ini mungkin berjaya.

Kang Yu Wei juga tidak berpandangan jauh dari pengalaman dan pengetahuannya mengenai sistem Barat adalah terhad. Pengetahuannya hanya berdasarkan kepada buku-buku mubaligh Kristian, penterjemah-penterjemah dan juga dari buku Jepun.

Beliau tidak sedar bahawa pembaharuan-pembaharuan radikal seperti yang dikehendaki olehnya, tidak boleh dijalankan serta merta. Dia haruslah sabar dan memperkenalkannya secara berperingkat untuk menyediakan rakyat dan juga kerajaan.

Maharaja Kuang Hsu pula mempunyai perwatakan terlalu lemah dan tidak mempunyai pimpinan politik langsung. Dia sendiri tidak memahami dengan jelas pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan olehnya. Dia juga senang dipengaruhi oleh orang ramai. Dia tidak berkebolehan untuk berfikir sendiri. Ini membawa kesan buruk apabilanya ditangkap kerana cuba menentang Maharani Dowager kerana dihasut oleh Kang Yu Wei.

Jelaslah di sini gerakan islah tidak boleh berjaya kerana Maharaja Kuang Hsu tidak berkebolehan melaksanakan dasa-dasar gerakan ini.

Sebab akhir sekali ialah konflik perkauman. Majoriti ahli-ahli gerakan ini terdiri daripada orang China kecuali Maharaja Kuang Hsu. Ini sangat membimbangkan istana dan kerajaan Manchu.

Lagipun, terdapat perasaan anti-Manchu dalam penerbitan-penerbitan gerakan islah ini. Oleh itu, orang Manchu bimbang kepentingan dan pengaruh mereka mungkin terjejas. Mereka juga membimbangkan keselamatan mereka. Oleh itu, orang Manchu telah bangun untuk menentang gerakan islah ini.

Oleh itu, walaupun gerakan islah ini mempunyai idea-idea yang baik dan bertujuan untuk memodenkan negeri China dan mempertahankannya daripada dikuasai oleh orang-orang Inggeris. Tetapi disebabkan oleh penentangan dari semua golongan yang begitu pegang kepada pentadbiran lama China dan tidak ingin melihat pembaharuan, maka gerakan islah telahpun gagal.

CONTOH JAWAPAN PELAJAR.

Tajuk: Sejauhmanakah peranan Melaka sebagai pentas dialog dan pertembungan budaya pada abad ke-15 dan ke-16.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, kesultanan Melayu Melaka merupaan kesultanan Melayu agungyang menjadi permulaan suatu tradisi dan akhirna menjadi dasar budaya dan politik di Tanah Melayu. Tidak dapat kita nafikan juga bahawa kesultanan Melayu Melaka meninggalkan warisan yang amat penting dari segi politik dan kebudayaan Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dengan peranan Melaka sebagai pentas dialog dan pertembungan pada abad ke-15 dan ke-16.

Cuba ita imbas kembali sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Pelabuhan Melaka dikatakan amat sibut dan merupakan pelabuhan terpenting ketika itu. Para pedagang berduyun-duyun ke Melaka dari seluruh pelusuk negara dengan membawa barang-barang dagangan mereka. Bagaimanakah Melaka dapat muncul sebagai pelabuhan tunggal ketika kurun ke-15.

Terdapat beberapa faktor yang mengalakkan para pedagang berminat untuk berdagang di Melaka. Faktor pertama ialah kedudukan geografi Melaka yang strategik. Melaka terletak di pertengahan jalan antara timur dan barat.

15

Page 16: CARABELJ

Pelabuhannya besar, dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun. Melaka juga mempunyai bukit yang melindungi negeri itu daripada serangan musuh atau lanun. Ini menjadikan para pedagang berasa selamat untuk berdagang di Melaka. Selain daripada itu, kestabilan politik dan struktur pentadbiran yang tersusun turut memainkan peranan yang penting dalam menarik para pedagang. Sultan sebagai ketua negeri dibantu pula oleh pembesar empat lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Syahbandar. Di bawah pembesar empat lipatan, tersusun pembesar berlapan, pembesar enam belas, pembesar tiga puluh dua dan penghulu. Struktur demikian menjadikan Melaka dijaga dengan rapi baik di darat mahupun di laut. Faktor terakhir kemasukan para pedagang ke Melaka ialah kemudahan pelabuhan yang lengkap. Pelabuhan Melaka telah disediakan tempat tinggal untuk para pedagang dan menjadikan mereka dapat berdagang di Melaka dengan selesa. Dengan tertulisnya faktor-faktor di atas, maka tidak hairanlah Melaka dapat menjadi pelabuhan entreport yang terunggul pada ketika itu. Andaikan pelabuhan muara sering diserang lanun, memberi layanan yang buruk kepada para pedagang, mengenakan cukai yang tinggi dan mempunyai pelabuhan yang sempit, sudah tentulah tiada pedagang yang berminat untuk berdagang di situ. Jadi, faktor-faktor tersebut amat penting bagi sebuah pelabuhan perdagangan seperti Melaka.

Pelabuhan Melaka sebagai pentas dialog dan pertembungan budaya pada abad ke-15 dan ke-16 merupakan kesan tidak langsung daripada perkembangan perdagangan antarabangsa Melaka. Pelabuhan tu didatangi oleh pelbagai pedagang daripada pelbagai negeri setiap tahun. Ada di antara mereka yang datang hanya berdagang atau sekali sekala dan ada juga terus bermastautin secara tetap di Melaka. Para pedagang ini yang tinggal tetap di Melaka tidak dapat meninggalkan adat dan cara hidup mereka lalu telah mengamalkannya di Tanah Melayu. Ada juga di kalangan para pedagang ini yang terlibat dalam institusi pentadbiran. Kehadiran mereka ini sudah tentu sedikit sebanyak mempengaruhi adat resam dan budaya orang tempatan. Selain daripada itu, para pedagang yang berkahwin dalam masyarakat tempatan juga menghasilkan asimilasi. Golongan Tamil-Islam, Hindu-Buddha merupakan hasil daripada perkahwinan campur. Tidak keterlaluan jika dikatakan golongan ini mengamalkan cara hidup daripada campuran kedua-dua budaya yang bebeza ini.

Pedagang-pedagang dari Arab dan Parsi telah membawa dan menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu. Kerabat diraja menjemput para ulama untuk mengajar agama di istana. Manakala bagi golongan rakyat, surau dan masjid telah dibina. Ini menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam yang terkemuka ketika itu. Pengaruh Islam dalam Melaka dapat dilihat dalam institusi pentadbiran yang dulunya dipengaruhi oleh Hindu.

Bukan sahaja pedagang-pedangan Arab dan Parsi sahaja yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Sebaliknya ada juga pedagang dari China, India dan Gujerat yang datang setiap tahun. Walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, bahasa-bahasa lain turut dipertuturkan di Melaka. Ada pihak ang mengatakan bahawa pada ketika itu terdapat 84 jenis bahasa yang digunakan. Keadaan in sungguh menakjubkan kerana ini menunjukkan Melaka penuh dengan pelbagai jenis pedagang yang mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang bebeza-beza. Pelbagai bahasa yang digunakan di Melaka telah menjadikan bahasa Melayu turut menerma pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Contohnya bahasa Sanskrit.

Undang-undang di Melaka turut menerima pengaruh daripada luar terutama Hindu. Seperti dinyatakan dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, undang-undang di Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan adat Temenggong dan mengandungi 44 fasal mengenai hukum hakam Islam, sistem pentadbiran dan sistem perhambaan. Undang-undang Laut Melaka adalah mengenai perkapalan dan untuk menjaga anak-anak kapal.

Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan entreport yang unggul telah membuatkan pertembungan dari segi cara hidup, agama, bahasa, undang-undang dan institusi pentadbiran seperti yang telah saya nyatakan tadi. Peranan Melaka sebagai pentas dialog memang penting dan terdapat beberapa kesan beriutan daripada itu.

Kesan-kesan Melaka seabgai sebuah pentas dialog dan pusat pertembungan dapat dillihat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Saya membahagikan kepada ketiga-tiga ciri ini agar mudah dilihat dan difahami. Pertama dari segi politik, konsep devaraja telah digunakan di Melaka iaitu raja atau sultan memegang tampuk pemerintahan. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, pada mulanya institusi pentadbiran mempunyai pengaruh Hindu dan kemudian menerima pengaruh Islam. Konsep daulat juga merupakan kesan politik yang memberikan hak-hak istimewa kepada raja atau sultan dari segi warna iaitu warna diraja kuning dan putih, bahasa dalam seperti gering dan mempunyai alat kebesaran seperti cop mohor dan sebilah keris. Kesan ekonomi ialah daripada

16

Page 17: CARABELJ

sistem pertukaran barang telah ditukar kepada sistem matawang. Antara matawang yang digunakan ialah wang perak dan timah. Manakala kesan-kesan sosial dapat dilihat dari segi wujudnya mobiliti sosial samada mendatar dan menegak dan wujudnya institusi perhambaan. Hamba boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba biasa dibahagikan lagi kepada hamba abdi yang membuat kerja-kerja berat, hamba dengan iaitu hamba yang dibeli dan hamba biduanda, hamba kepunyaan raja.

Setelah saya membicarakan mengenai faktor-faktor kedatangan para pedagang ke Melaka, cara-cara pertembungan dari segi cara hidup agama, bahasa, undang-undang dan institusi pentadbiran dan akhir sekali kesan-kesan berikutan Melaka sebagai sebuah pentas dialog, maka ini dapat memperllihatkan peranan Melaka yang penting dan utama sebagai sebuah pentas dialog. Pertembungan tersebut masih lagi dapat dirasai sehingga ke saat ini. Malah tidak keterlaluan jika saya nyatakan, jika Melaka tidak menjadi pusat perdagangan agung sewaktu kurun ke 15 mungkin pertembungan budaya ini tidak berlaku.

17