cara tayammum

11
TAYAMMUM Tayammum ialah pengganti wuduk dengan menggunakan debu kerana tiada air. CARA-CARA BERTAYAMMUM 1- Sediakan debu yang suci 2- Membaca: Menghadap kiblat 3- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 4- Menyebut lafaz niat tayammum seperti: Maksudnya:Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala. 5- Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka sambil berniat ``sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka. 6- Menipiskan/mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu. 7- Menyapu debu ke muka 8- Membuangkan debu yang telah digunakan /Mustakmal yang masih melekat di tapak tangan. 9- Menepuk debu dengan kedua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka untuk kali kedua di ttempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.

Upload: dan-marshall

Post on 12-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

agama islam

TRANSCRIPT

TAYAMMUM Tayammum ialah pengganti wuduk dengan menggunakan debu kerana tiada air.CARA-CARA BERTAYAMMUM

1- Sediakan debu yang suci2- Membaca: Menghadap kiblat3- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM4- Menyebut lafaz niat tayammum seperti:

Maksudnya:Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala.5- Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka sambil berniat ``sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.6- Menipiskan/mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu.7- Menyapu debu ke muka8- Membuangkan debu yang telah digunakan /Mustakmal yang masih melekat di tapak tangan.9- Menepuk debu dengan kedua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka untuk kali kedua di ttempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.10- Menyapu tangan kanan dengan cara:10.1 Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali ibu jari10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan 10.6 Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan. 11-Menyapu tangan kiri dengan cara : 11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali ibu jari. 11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri 11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku. 11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku. 11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat 11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri. 12-Menyelati jari kanan dan kiri.

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM1- Tidak ada air setelah usaha di jalankan.2- Mendatangkan bahaya jika menggunakan air.3- Telah masuk waktu solat.4- Menggunakan debu yang bersih dan suci. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM1- Segala perkara yang membatalkan wuduk2- Melihat air sebelum solat ,kecuali bagi orang yang bertayammum kerana sakit.3- Murtad.

Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih ialah: Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu. Tidak dikategorikan sebagai abu. Suci dan tidak bernajis. Tidak mustamal. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu. Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak mengandungi debu tanah. Pasir halus dan pecahan batu halus dibenarkan

Bahan yang tidak dibenarkan untuk bertayammum

Tanah yang tidak mengandungi kandungan debu Menggunakan abu sama ada abu mayat mahupun abu dari pembakaran kayu api. Debu yang digunakan mengandungi najis Musta`mal(iaitu debu yang telah digunakan untuk bertayammum)Tanah berlumpur,bernajis/berbingkah

SIFAT-SIFAT MAHMUDAHSifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Akhlak boleh dibahagi kepada 2 pecahan,yakni Akhlaqul Kariimah ataupun sifat-sifat mahmudah dan Akhlaqus Sayyiah ataupun sifat-sifat mazmumah Merujuk kepada buku ASAS PENGETAHUAN AGAMA ISLAM karya Akhmal Haji Muhammad Zain, Akhlak ialah tindak-tanduk manusia yang dilakukan dengan sedar dan dengan dorongan batin.Dengan akhlak yang baik,sifat-sifat mahmudah akan terhasil.Sifat mahmudah akan melahirkan individu yang mulia dan berakhlak mulia.

Sifat yang ingin diberi penekanan di sini ialah sifat mahmudah.Sifat mahmudah didefinisikan sebagai sifat-sifat yang mulia. Antara sifat-sifat yang diterapkan ialah sifat penyayang,sifat pemurah dan sifat pemaafSifat-sifat yang ditekankan ini sangat penting kerana dari sifat-sifat ini mampu melahirkan individu yang mulia dan berakhlak tinggi sebagai seorang umat islam.Sifat-sifat ini juga amat penting kerana ia sedikit sebanyak mencontohi sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.

Sifat Penyayang.

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.- Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan hadis di atas,sifat kasih sayang itu amat penting dalam agama islam dan penting terhadap diri sendiri.Sifat ini juga melengkapkan iman seseorang individu.Sifat kasih sayang sesama umat islam amat penting.Kita perlulah mengasihani orang lain seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri.Dengan sifat penyayang yang terbina sesama kita,ia akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sifat-sifat mazmumah berlaku dalam masyarakat kita.Sifat-sifat penyayang yang dipupuk didalam diri setiap umat islam dapat mengeratkan hubungan sesama kita.Ia sekaligus dapat membuat musuh agama islam berasa gerun terhadap umat islam.Sifat penyayang yang terjalin antara kita dapat memperkukuhkan ummah.Pada pandangan saya,agama islam merupakan agama yang suci dan mulia kerana didalam Al-Quran iaitu kitab suci agama islam,terdapat banyak cerita yang menceritakan tentang sifat kasih sayang sesama umat islam.Rasullulah mempunyai sifat penyayang yang perlu kita contohi,seperti mana yang berlaku pada zaman Rasullulah.Rasulullah amat menyayangi sahabat-sahabatnya dan saudara-saudaranya,beliau juga menyayangi seluruh umat islam.Suatu ketika,At-Tufail bin Amru Ad-Dausi dari kabilah Daus telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata kepadanya: Sesungguhnya kaum Daus telah bertengkar dan enggan untuk menerima Islam maka berdoalah kepada Allah untuk membinasakan mereka. Rasulullah SAW pun menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangannya.Melihat keadaan sedemikian,orang ramai berkata bahawa kaum Daus pasti akan binasa.Sebaliknya Rasulullah SAW telah berdoa seperti berikut: Wahai Allah!Berilah hidayah kepada Daus dan datangkanlah mereka kepadaku (sebanyak tiga kali).

Sifat pemurah.

Maksud sifat pemurah ialah sifat suka menderma,suka menolong orang tidak kira dari segi harta dan tenaga.Sifat ini seharusnya diamalkan oleh setiap umat islam,tidak kira sama ada mereka berharta ataupun tidak berharta.Senyum juga diklasifikasikan sebagai sifat pemurah kerana senyum juga merupakan satu bentuk sedekah.Terdapat banyak lagi perbuatan yang boleh dikelaskan sebagai sifat pemurah.sesungguhnya ALLAH SWT yang Maha Pemurah menyukai orang-orang(hamba-hambanya) yang pemurah.ALLAH SWT amat menyukai dan menyayangi umatnya yang mempunyai sifat pemurah dalam dirinya.Antara ciri-ciri orang yang bersifat pemurah ialah sanggup mengorbankan harta dan tenaga terhadap orang yang lain tanpa memikirkan diri dan mementingkan diri.Orang yang bersifat pemurah juga mempunyai sifat yang mulia kerana mereka tidak mengharapkan pujian apabila mereka melakukan sesuatu kebaikan.Mereka juga tidak mengungkit sebarang bantuan atau sumbangan yang telah mereka berikan kepada pihak tertentu.

Oleh itu,sifat pemurah adalah salah satu sifat mahmudah dan wajar diamalkan kerana sifat ini mampu menyempurnakan iman seseorang muslimin. Ini kerana ALLAH SWT telah menjelaskan sifat ini pada awal setiap surah yakni dengan bacaan bismillah.

Sifat pemaaf

Maka maafkanlah(mereka) dengan cara yang baik-(Al-Hajr):85)

Ayat suci di atas telah menggambarkan bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang saling memaafi antara satu sama lain tidak kira hubungan antara ALLAH dengan hambaNya dan insan dengan insan. Disini terserlahlah satu lagi nilai-nilai yang murni terdapat dalam agama Islam.

Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datangmenghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Kesimpulannya,kita wajar mengamalkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita kerana sifat-sifat ini amat disukai Allah dan ianya membantu kita sebagai umat Islam untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang berakhlak mulia.

Bibliography

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? KARYA FATHI YAKAN.ASAS PENGETAHUAN AGAMA ISLAM. KARYA AKHMAL HAJI MOHD ZAIN.Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. (2005). Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman? Kuala Lumpur: PTS MILLENIA SDN. BHD.godam64. (2008, Januari 30). Pengertian Tayamum, Cara, Syarat, Rukun, Sebab & Sunat Tayammum Wudhu Dengan Debu / Tanah. Dirujuk daripada Organisasi.org: http://organisasi.org/pengertian-tayamum-cara-syarat-rukun-sebab-sunat-tayammum-wudhu-dengan-debu-tanahhina, H. A. (2009, Jun 19). Musafir Seorang Hamba. Dirujuk daripada Blogger: http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-tayammum.htmlMalaysia, J. K. (2005 (cetakan ketiga)). PANDUAN TAYAMMUM, WUDU DAN SOLAT BAGI PESAKIT. Dirujuk daripada islam.gov.my: http://www.islam.gov.my/tayammum/tayammum.pdfMd. Dzul Fahmi. (1995). Bimbingan Kecantikan Akhlak & Keluhuran Budi. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.Panduan Tayammum. (2009, Februari 10). Dirujuk daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayammum#Panduan_Bertayam

mum