cara menguruskan tekanan

7
GAYA HIDUP MODEN TIDAK LENGKAP JIKA TIDAK BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI FAKTOR TEKANAN. KAUM LELAKI PULA KERAP DIKAITKAN DENGAN MASALAH TEKANAN INI. TEKANAN YANG MELAMPAU MAMPU MEMBERI PELBAGAI KESAN BUKAN SAHAJA TERHADAP MENTAL TAPI JUGA FIZIKAL YAKNI KESIHATAN. Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dielak tapi jika diurus dengan baik pasti tidak akan memberi kesan kemudaratan. Oleh itu adalah cukup penting bagi kita mengetahui cara menguruskan tekanan. Namun begitu tahukah anda bahawa emosi yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan hidup seorang individu. Sama ada gembira atau bersedih, anda yang menentukan. Jika anda memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria. Bukan sahaja riak wajah anda lebih tenang tetapi juga memudaratkan anda melalui hari tersebut tanpa sebarang tekanan. Ramai penyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan positif boleh dipupuk dengan dirangsang. Untuk mendapat kegembiraan, anda perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati yang terbuka. Tidak Perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa setiap anugerah Allah s.w.t adalah sempurna. CARA UNTUK GEMBIRA 1Pilih untuk gembira Anda berupaya untuk menjadi hari-hari anda gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif. 2.Sentiasa bersyukur Tidak ada kesudahannyajika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknya pula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih. 3. Menjadi pemaaf Berfikiran negatif, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah.Berusaha untuk melupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengungkitnya semula. 4.Lawan pemikiran negatif

Upload: jivendra-pandian

Post on 21-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Menguruskan Tekanan

GAYA HIDUP MODEN TIDAK LENGKAP JIKA TIDAK BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI FAKTOR TEKANAN. KAUM LELAKI PULA KERAP DIKAITKAN DENGAN MASALAH TEKANAN INI. TEKANAN YANG MELAMPAU MAMPU MEMBERI PELBAGAI KESAN BUKAN SAHAJA TERHADAP MENTAL TAPI JUGA FIZIKAL YAKNI KESIHATAN.

Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dielak tapi jika diurus dengan baik pasti tidak akan memberi kesan kemudaratan. Oleh itu adalah cukup penting bagi kita mengetahui cara menguruskan tekanan.Namun begitu tahukah anda bahawa emosi yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan hidup seorang individu.Sama ada gembira atau bersedih, anda yang menentukan. Jika anda memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria. Bukan sahaja riak wajah anda lebih tenang tetapi juga memudaratkan anda melalui hari tersebut tanpa sebarang tekanan.Ramai penyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan positif boleh dipupuk dengan dirangsang.Untuk mendapat kegembiraan, anda perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati yang terbuka. Tidak Perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa setiap anugerah Allah s.w.t adalah sempurna.

CARA UNTUK GEMBIRA

1Pilih untuk gembira

Anda berupaya untuk menjadi hari-hari anda gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif.

2.Sentiasa bersyukur

Tidak ada kesudahannyajika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknya pula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

3. Menjadi pemaaf

Berfikiran negatif, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah.Berusaha untuk melupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengungkitnya semula.

4.Lawan pemikiran negatif

Anda perlu mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif di sebaliknya.

5.Tambah sahabat

Bahagianya jika mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Walaupun anda lelaki, tidak salah jika mempunyai sahabat untuk berkongsi cerita. Ada pakar berpendapat, bersikap individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan.

6.Lemparkan senyuman

Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

Page 2: Cara Menguruskan Tekanan

7.Berbuat baik

Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan, ia akan membutkan si penerima akan gembira.

8.Gembira jauhi penyakit

Percaya atau tidak, tekanan yang mampu merangsang kepada penyakit mampu diubati dengan kegembiraan. Individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar penyembuhan. Maka tidak hairanlah apabila kumpulan sokongan yang membabitkan pesakit, bekas pesakit, keluarga, rakan dan kakitangan perubatan berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit.

9.Sertai aktiviti

Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manfaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan menjadi sukarelawan. Melalui cara ini, anda dapat menambah kenalan dan belajar banyak perkara baru.

10.Bukan mengenai wang

Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

11.Berilah pujian

Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga dan rakan-rakan. Juga berterima kasih atas bantuan yang mereka hulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik seperti menjadi lebih bersemangat.

12.Terima dugaan

Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka. ia membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

13.Dekatkan diri dengan agama

Ketenagan yang hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. apabila anda berasa susah hati atau dalam kesukaran, ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

14.Bersenam

Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang dan kajian mendapati senaman mampu mengurangkan tekanan. Dengan bersenam ia mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.

Page 3: Cara Menguruskan Tekanan

AMALAN gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk menangani tekanan.

Bagaimanapun, kehidupan sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya. Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk kanak-kanak.

Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kemudaratan.

Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu banyak.

Sebenarnya, ada banyak cara mudah dan sihat untuk menguruskan tekanan seperti:

Mandi air suam untuk merehatkan otot yang tegang.

Baring dan buat senaman pernafasan iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga anda tenang.

Jika ada keinginan untuk makan, fikirkan dulu apakah makanan yang anda mahu dan manfaatnya kepada anda. Biasanya dalam keadaan tertekan, kita cenderung memilih makanan berkarbohidrat kerana ia merangsang otak menghasilkan serotonin yang membuatkan kita rasa tenang. Namun dalam keadaan tertekan, biasanya ramai tidak sedar mereka makan banyak.

Untuk meredakan tekanan emosi, anda boleh meluahkan masalah dengan bercakap dengan rakan dipercayai atau menuliskannya dalam buku. Senaman mudah seperti berjalan cepat juga boleh meredakan perasaan.

Ada orang meredakan tekanan dengan membeli-belah. Walaupun kaedah ini berkesan, ia bukan cara sihat kerana anda boleh terdorong untuk membeli barang tidak diperlukan atau berbelanja berlebihan. Cari alternatif lain seperti berbasikal, berjoging, menari atau berenang.

Page 4: Cara Menguruskan Tekanan

Panduan mengurangkan tekanan:

Makan makanan seimbang. Makanan seimbang membantu badan menangani tekanan dengan baik. Pilih makanan yang kaya vitamin B, C dan zink. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Hadkan pengambilan minuman mengandungi kafein dan kurangkan merokok.

Belajar teknik berehat seperti cara pernafasan, senaman tai chi, yoga dan meditasi. Mendekatkan diri dengan agama juga boleh menguatkan jiwa dan minda untuk berfikir lebih rasional apabila menghadapi tekanan.

Tetapkan sasaran (terutama dalam pencapaian kerja) dalam had kemampuan anda. Yakinkan diri bahawa anda boleh melakukannya dalam waktu ditetapkan tanpa perlu mengorbankan kepentingan lain, terutama waktu tidur dan rehat.

Luangkan masa untuk bersenam. Senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari memadai untuk merangsang badan menghasilkan endorfin iaitu bahan yang membuatkan kita berasa tenang dan selesa.

Pastikan anda mendapat tidur cukup iaitu di antara enam hingga lapan jam sehari.

Usah takut menolak tugasan yang diberi jika anda memang benar-benar banyak kerja.

Imbangkan waktu anda antara masa untuk bersendirian, bersama keluarga dan rakan. Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, anda berhak mempunyai masa untuk bersendiri. Gunakan masa ini sebaik-baiknya.

Usah bawa balik kerja ke rumah atau membawa masalah peribadi ke tempat kerja. Gunakan kebijaksanaan anda untuk mengasingkan dua perkara ini.

Kasih sayang adalah penawar keresahan. Pupuk hubungan baik antara adik beradik, ahli keluarga lain dan rakan kerana mereka boleh menjadi kumpulan sokongan apabila anda mengalami tekanan.

Page 5: Cara Menguruskan Tekanan

Lakukan sesuatu yang anda suka dan memberi kebaikan contohnya membaca novel, menonton wayang, mendengar muzik, melukis, memasak, berkebun atau membersihkan rumah.

Berdialog dengan diri sendiri (iaitu dalam fikiran). Dialog positif boleh membantu anda berasa lebih yakin dan mampu menyingkirkan pemikiran negatif. Contohnya katakan pada diri bahawa anda seorang yang tenang, boleh berfikir secara matang dan yakin dengan diri sendiri.

Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit, ada cara boleh dilakukan untuk merehatkan badan tanpa meninggalkan tempat duduk iaitu:

Angkat bahu dan cuba rapatkan bahu ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali ke kedudukan asal. Ulang 10 kali atau sehingga ketegangan di bahu terasa reda.

Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting untuk mengelak mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu banyak menaip.

Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan ulang lima hingga 10 kali.

Tegangkan seluruh badan — genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa saat dan rehatkan seluruh badan. Bagaimanapun, lebih baik jika senaman ini dilakukan ketika anda bersendirian, bimbang ditertawakan rakan sekerja.

Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas. Letakkan tapak tangan pada mata selama beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.