cara memupuk semangat kekitaan

2
Cara-cara Memupuk Semangat Kekitaan Dalam Kepelbagaian Budaya yang Wujud di SekolahSalah Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dimana ianya merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti- aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Upload: azlan-amy

Post on 12-Dec-2014

191 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Semangat kekitaan

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Memupuk Semangat Kekitaan

Cara-cara Memupuk Semangat Kekitaan Dalam Kepelbagaian Budaya yang Wujud di

SekolahSalah

Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dimana

ianya merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.

Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan  kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam

bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti

kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum

ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah

dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara

langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan

bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan

diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu

aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa

jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-

pelajar.

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi

kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira

agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat

dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar

dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah

persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus

kepada tercapainya integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti

pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti

Page 2: Cara Memupuk Semangat Kekitaan

perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di

kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila

menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala

cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk

sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang

datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.