cara memasak ayam penyet

Upload: ina

Post on 03-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

TRANSCRIPT

Cara Memasak Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik sudu besar Jintan Manis goreng tanpa minyak hingga naik bau sudu besar Jintan Putih goreng tanpa minyak hingga naik bau3 sudu besar Biji Ketumbar goreng tanpa minyak hingga naik bau1 sudu besar Serbuk Kari Ayam1 sudu besar Serbuk Kunyit sudu besar Serbuk Lada Putih3 ulas Bawang Putih1cm HaliaSedikit Air1 sudu kecil GaramMinyak masak untuk menggoreng.Untuk SambalSedikit minyak masak10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)10 biji Cili padi10 biji Bawang kecil/merah, hiris3 biji Bawang putih, hiris5 biji Tomato, potong 45 cm Belacan2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit3 sudu gula merah/secukup rasaUntuk Nasi3 cawan beras dibasuh dan ditoskan3 ulas bawang putihsatu btg kayu manis4 biji buah pelaga2 kuntum bunga lawangsedikit buttergaramkiub pati ayam/daging6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Ayampenyet Untuk Ayam PenyetMasukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.Sambal_ayam_penyetUntuk SambalPanaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.Untuk SupMasukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.NasiayampenyetUntuk NasiPanaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.