cara-cara mengisi masa lapang

2
Keng899-KR-Cara-cara memanfaatkan masa lapang Dalam meniti arus globalisasi dan liberalisasi ini, gejala sosial dalam halakah remaja semakin meruncing bagai berkayuh di sampan bocor. Hampir saban hari, kita dimomokkan dengan berita tentang isu penyalahgunaan dadah, kes jenayah, kes lumba haram dan seumpamanya. Persoalan yang menerjah minda, apakah uslub-uslub untuk memanfaatkan masa lapang agar golongan remaja yang lena dibuai mimpi-mimpi enak dapat mengelakkan daripada terlibat dalam kebobrokkan sosial ini? Antara minhaj yang efektif untuk memanfaatkan masa lapang adalah dengan bersukan. Biar kita ambil contoh, kita boleh melakukan rencaman jenis aktiviti sukan seperti bermain bola sepak, berenang, berbasikal dan sebagainya.Aktiviti sukan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kita dengan ahli kulawarga serta rakan bagai isi dengan kuku, malah dapat menyihatkan tubuh kita, Situasi ini amat bertepatan dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Yang izharnya, aktiviti sukan dapat membantu kita untuk memanfaatkan masa lapang. Seterusnya, kita haruslah sentiasa ringan tulang bagai lebah menghimpun madu untuk membaca. Sebagai misalan. Kita digalakkan untuk membaca buku ilmiah ,surat khabar dan buku keagamaan. Menurut Hamka,ilmu merupakan harta benda yang anda kekal. Malah, hadis ada menyatakan “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada selautan”. Dengan membaca buku , kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak menjadi sepeti katak di bawah tempurung. Ijmalnya, membaca seharusnya dijadikan aktiviti untuk memanfaatkan masa lapang. Di samping itu, kita boleh mengisi masa senggang dengan baik melalui aktiviti berkelah. Ibu pertiwi kita memang kaya dengan pulau-pulau yang menggamit hati. Sebagai contohnya, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Langkawi merupakan antara pulau yang amat indah di Semenanjung Malaysia. Kita dapat mencuci mata di tepi pantai untuk melepaskan tekanan yang bersarang dalam urat saraf minda. Berpaksikan huraian di atas, kita boleh makan angin di mana- mana pusat pelancongan untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Upload: vonash

Post on 14-Jul-2016

197 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mengisi masa lapang

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Mengisi Masa Lapang

Keng899-KR-Cara-cara memanfaatkan masa lapang Dalam meniti arus globalisasi dan liberalisasi ini, gejala sosial dalam halakah remaja semakin meruncing bagai berkayuh di sampan bocor. Hampir saban hari, kita dimomokkan dengan berita tentang isu penyalahgunaan dadah, kes jenayah, kes lumba haram dan seumpamanya. Persoalan yang menerjah minda, apakah uslub-uslub untuk memanfaatkan masa lapang agar golongan remaja yang lena dibuai mimpi-mimpi enak dapat mengelakkan daripada terlibat dalam kebobrokkan sosial ini?

Antara minhaj yang efektif untuk memanfaatkan masa lapang adalah dengan bersukan. Biar kita ambil contoh, kita boleh melakukan rencaman jenis aktiviti sukan seperti bermain bola sepak, berenang, berbasikal dan sebagainya.Aktiviti sukan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kita dengan ahli kulawarga serta rakan bagai isi dengan kuku, malah dapat menyihatkan tubuh kita, Situasi ini amat bertepatan dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Yang izharnya, aktiviti sukan dapat membantu kita untuk memanfaatkan masa lapang.

Seterusnya, kita haruslah sentiasa ringan tulang bagai lebah menghimpun madu untuk membaca. Sebagai misalan. Kita digalakkan untuk membaca buku ilmiah ,surat khabar dan buku keagamaan. Menurut Hamka,ilmu merupakan harta benda yang anda kekal. Malah, hadis ada menyatakan “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada selautan”. Dengan membaca buku , kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak menjadi sepeti katak di bawah tempurung. Ijmalnya, membaca seharusnya dijadikan aktiviti untuk memanfaatkan masa lapang.

Di samping itu, kita boleh mengisi masa senggang dengan baik melalui aktiviti berkelah. Ibu pertiwi kita memang kaya dengan pulau-pulau yang menggamit hati. Sebagai contohnya, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Langkawi merupakan antara pulau yang amat indah di Semenanjung Malaysia. Kita dapat mencuci mata di tepi pantai untuk melepaskan tekanan yang bersarang dalam urat saraf minda. Berpaksikan huraian di atas, kita boleh makan angin di mana-mana pusat pelancongan untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Sudah-sudahnya, kita mesti berjoging untuk mengekalkan kesihata kita. Hal ini ditegaskan dalam sepotong hadis, yakni jagalah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit. Sebagai tamsilannya, kita boleh berjoging di tempat-tempt rekreasi untuk menghirup undara yang nyaman. Dengan ini, kita tidak akan menjadi mandom dan senantiasa berasa letih. Peribahasa pusaka bangsa juga ada mengatakan bahawa otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas. Mukhtasarnya, aktiviti berjoging memang dapat mengalicaukan kita daripada terkebak dalam masalah sosial.

Sebagai intihanya, terdapat ajnas khittah untuk memanfaatkan masa lapang kita. Golongan remaja haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang saking Samuel Johnson pernah menukilkan bahawa masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Selain itu,kesuma bangsa merupakan umarak yang bakal menerajui tampuk pemerintahan. Nelson Mandela pernah berkata “ Jika ingin lihat masa depan sesebuah Negara, lihatlah generasi mudanya hari ini” .