cara-cara menangani kenaikan harga barang

5
CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 54 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, justeru kita masih tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi,negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita bahawa apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh bagai melepaskan batuk di tangga dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen Berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Memetik kata-kata azimat Lootze, “kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia kea rah kebinasaan”. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya amalan murni ini dapat dijadikan agenda perdana dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Yang afdal, masyarakat

Upload: kkwei93

Post on 21-Oct-2015

313 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Menangani Kenaikan Harga Barang

CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 54 tahun, ibu pertiwi kita yang telah

bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh

selepas hujan. Sehubungan itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya,

justeru kita masih tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang

dikecapi,negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit.

Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi

pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita bahawa apakah yang dimaksudkan dengan

inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, inflasi

didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya

kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh bagai melepaskan batuk

di tangga dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini

bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat

dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian

yang berkesan, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan

Kempen Berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya

sekadar hangat-hangat tahi ayam. Memetik kata-kata azimat Lootze, “kehidupan membazir

dan tamak haloba mendorong manusia kea rah kebinasaan”. Lantaran itu, kempen tersebut

haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya amalan murni ini dapat

dijadikan agenda perdana dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Yang afdal, masyarakat

sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di

badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi dalam berbelanja dengan

mengikut hawa nafsu. Peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati,

ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang

dapat menggamit khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan

sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa Kempen

Berhemat merupakan perisai yang ampuh untuk merungkai masalah kenaikan harga

barangan.

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Namun, terkadang kita melihat dan

menyesali pintu yang tertutup tersebut terlalu lama sehingga tidak dapat melihat pintu lain

yang telah terbuka”. Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan

Page 2: Cara-cara Menangani Kenaikan Harga Barang

matematik Barat sengaja dipetik bagi menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara

yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea,fokus perbincangan ini

akan ditumpukan pada peranan organisasi bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan

Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP

yang mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan

untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi

termasuklah masalah kenaikan harga barangan yang semakin parah. Seterusnya FOMCA dan

CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan

pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan

tidak bertanggungjawab. Deduksinya, organisasi seperti ini haruslah menjalinkan hubungan

ukhuwah ibarat seikat bak sirih,serumpun bak serai dan berpegang pada falsafah

Confusius, “Apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih

baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama”.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa “Tiada masalah yang tidak

boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong”. Kata-kata ini

memang berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan

minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak kerajaan seharusnya

sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak

yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak

kerajaan.Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk

mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat.

Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di

atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasika seterusnya menguatkuasakan

undang-undang secara serius dan telus supaya dapat menggerunkan golongan peniaga.

Tamsilnya, mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah

di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar tidak berulang ibarat pisang

berbuah dua kali.

“Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya

terlebih dahulu’. Persis kata mutiara Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan

semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana

Page 3: Cara-cara Menangani Kenaikan Harga Barang

peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya.Hakikatnya, media massa menggalas kewajipan dalam menangkis masalah

inflasi.Sebagaimana yang kita ketahui, ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat

Malaysia masih berada di takuk lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan

peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh

menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang demikian, media massa

haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan

hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan bantuan pihak media massa,

pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada

dimanipulasikan oleh para peniaga durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga

barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada organisasi seperti FOMCA dan CAP

supaya hak mereka dapat dipertahankan.Tuntasnya, para pengguna, terutamanya suri rumah

tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dalam memperjuangkan hak

mereka.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh

bahawa segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga bersama-sama untuk

mengekang kenaikan harga barangan sehingga ke akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil

dan soleh,kita tidak ajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin

kerana pepatah Melayu ada menyebut, yang bulat tak datang bergolek,yang pipih tak

datang melayang. Oleh itu,semua masyarakat haruslah mendukung semangat habis kapak

berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Dengan itu, Wawasan 2020 yang

dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat bukan lagi angan-angan mat

jenin.