cara bermain mencari harta karun
TRANSCRIPT
![Page 1: Cara Bermain Mencari Harta Karun](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022081719/557202a54979599169a3e31b/html5/thumbnails/1.jpg)
CARA BERMAIN / PROSEDUR PERMAINAN
1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 orang
(maksimum 10 orang )
3. Pemain akan bermula di garisan permulaan (stesen 1)
4. Pemain akan berlari ke stesen 2 untuk mencari benda yang tersembunyi
dalam pinggan. ( gula-gula disembunyikan di dalam pinggan yang berisi
tepung)
5. Pemain di stesen dua perlu meniup tepung dan mengambil gula
menggunakan mulut
6. Selepas pemain mendapatkan gula, pemain perlu bergerak ke gelung rotan
yang disediakan dan membuat pusingan sebanyak 5 kali dalam gelung rotan
dengan menggunakan kayu hoki.
7. Setelah 5 pusingan, peserta bergerak semula ke stesen 1 semula dan
bertukar pemain.
8. Pemain kedua dan berikutnya akan melakukan perkara yang sama sehingga
semua tugasan disiapkan.
9. Kumpulan yang awal menyelesaikan tugasan akan dikira sebagai pemenang.
SYARAT / PERATURAN
1. Jumlah ahli dalam kumpulan terdiri daripada lima orang.
2. Setiap peserta mesti menghabiskan setiap halangan dalam stesen.
3. Semasa mencari gula-gula, peserta mesti meniup tepung dan tidak boleh
mengambil gula-gula dengan tangan. Gula-gula tersebut mestilah diambil
dengan menggunakan mulut.
4. Permainan akan ditamatkan selepas lima minit.
5. Kumpulan yang mengumpul gula-gula yang paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
6. Sekiranya peserta gagal mengikuti peraturan yang disediakan disetiap stesen,
maka markah tidak akan dikira.
7. Sebarang unsur penipuan akan menyebabkan markah kumpulan ditolak.
![Page 2: Cara Bermain Mencari Harta Karun](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022081719/557202a54979599169a3e31b/html5/thumbnails/2.jpg)
CARA PEMARKAHAN
1. Satu gula-gula bersamaan dengan satu markah.
2. Markah tidak akan dikira sekiranya peserta tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan
PERALATAN
Alatan yang diperlukan:
Bil. Alatan Jumlah
1 Skitel 8
2 Tali 1 Gulung
3 Wisel 1
4 Gelung Rotan 4
5 Kayu hoki 2
6 Pinggan 4
7 Gula-gula 8 pack
8 Tepung 8 bungkus
9 Stop Watch 2