cakap ajuk – cakap pindah

5
9/4/2015 1 1. Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendaklah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan. Cakap Ajuk Cakap Pindah Di mana / di manakah / ke mana / ke manakah Tentang tempat Bila / bilakah Tentang waktu Apa / apakah Tentang perkara / tentang barang / tentang masalah Siapa / siapakah Tentang identiti individu Bagaimana / bagaimanakah Tentang cara / tentang keadaan Kenapa / kenapakah / mengapa / mengapakah Tentang sebab / tentang punca / tentang faktor Berapa / berapakah Tentang harga / tentang bilangan Adakah Bertanya sama ada Benarkah Bertanya tentang kebenaran Contoh: Cakap Ajuk: “Petang semalam engkau pergi ke mana?” tanya Aik Sheng kepada Samantha Kok. Cakap Pindah: Aik Sheng bertanya kepada Samantha Kok tentang tempat yang ditujuinya petang semalam.

Upload: cikgu-tan-cl

Post on 11-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BACA NOTA

TRANSCRIPT

  • 9/4/2015

    1

    1. Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendaklah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan.

    Cakap Ajuk Cakap Pindah

    Di mana / di manakah / ke mana / ke manakah

    Tentang tempat

    Bila / bilakah Tentang waktu

    Apa / apakah Tentang perkara / tentang barang / tentang masalah

    Siapa / siapakah Tentang identiti individu

    Bagaimana / bagaimanakah Tentang cara / tentang keadaan

    Kenapa / kenapakah / mengapa / mengapakah

    Tentang sebab / tentang punca / tentang faktor

    Berapa / berapakah Tentang harga / tentang bilangan

    Adakah Bertanya sama ada

    Benarkah Bertanya tentang kebenaran

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Petang semalam engkau pergi ke mana? tanya Aik Sheng kepada Samantha Kok.

    Cakap Pindah: Aik Sheng bertanya kepada Samantha Kok tentang tempat yang ditujuinya petang semalam.

  • 9/4/2015

    2

    2. Kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua hendaklah diubah menjadi kata ganti diri ketiga apabila orang yang bercakap itu diri yang ketiga.

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Chern Hong berpesan kepada Kang Ying, Jika saya tidak datang menjemput awak sebelum pukul dua petang ini bolehlah awak balik sendiri dengan bas.

    Cakap Pindah: Chern Hong berpesan kepada Kang Ying bahawa jika dia tidak datang menjemput Kang

    Ying sebelum pukul dua petang bolehlah dia balik sendiri dengan bas.

    3. Semua kata dasar yang tidak berimbuhan, terutamanya kata kerja, perlu diberikan imbuhan yang sesuai berdasarkan makna yang disampaikan.

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Awak nak lawat Muzium Negara petang esok? tanya Prashanya kepada Ruben.

    Cakap Pindah: Prashanya bertanya kepada Ruben sama ada dia hendak melawat Muzium Negara esok.

  • 9/4/2015

    3

    4. Semua singkatan perlulah ditukar kepada kata yang lengkap.

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Awak nak lawat Muzium Negara petang esok? tanya Prashanya kepada Ruben.

    Cakap Pindah: Prashanya bertanya kepada Ruben sama ada dia hendak melawat Muzim Negara esok.

    Cakap Ajuk Cakap Pindah

    nak hendak

    mau mahu

    tak tidak

    tapi tetapi

    mak emak

    5. Gantikan semua kata tunjuk dan kata arah yang berkaitan.

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Ini isteri aku, kata Wei Jun kepada Junyi.

    Cakap Pindah: Wei Jun memperkenalkan wanita tersebut kepada Junyi sebagai isterinya.

    Cakap Ajuk Cakap Pindah

    itu tersebut

    ini tersebut

    begini begitu

    sini situ

    situ sana

  • 9/4/2015

    4

    6. Anda harus mengenal pasti frasa yang tidak berbentuk dialog kemudian menukarnya kepada ayat atau frasa berbentuk formal.

    Contoh:

    Cakap Ajuk: Jangan kacau Hao-You, nanti dia marah, kata Kimberly kepada Vicky.

    Cakap Pindah: Kimberly memberi amaran kepada Vicky

    supaya tidak mengganggu Hao-You kerana dia akan berasa marah.

    7. Tukar perkataan berbahasa Arab kepada bahasa Melayu yang formal.

    Cakap Ajuk Cakap Pindah

    Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan

    Astagafirullahalazim / lahaulawala kuwatailla

    mengucap panjang

    Assalamualaikum memberi salam dengan bertanya khabar

    Walaikumusalam menjawab salam

    Allah subbahanahuwatallah memuji keagungan Tuhan yang Maha Esa

  • 9/4/2015

    5

    Contoh:

    Cakap Ajuk:

    Encik Fauzi: Assalamualaikum Pak Mat, apa khabar?

    Pak Mat: Walaikumusalam, khabar baik.

    Cakap Pindah:

    Encik Fauzi memberi salam dengan bertanya kepada Pak Mat. Sejurus selepas itu, Pak Mat menjawab salam Encik Fauzi dengan mengatakan bahawa khabarnya baik.

    8. Tukar kata seru kepada kata formal yang sesuai.

    Cakap Ajuk Cakap Pindah

    Cis Dengan perasaan marah

    Aduh Meraung kesakitan

    Wahai muridku Memanggil muridnya dengan penuh harapan

    Aduhai Mengeluh

    Nah Memberikan sesuatu

    Wah Meluahkan rasa kagum

    Eh Dengan perasaan hairan / Dengan perasaan tidak sangka

    Ah Dengan nada tidak mempedulikan apa-apa

    Syukur Mengucapkan terima kasih kepadaTuhan

    Amboi Dengan nada mengejek

    Oh Dengan nada seolah-olah sudah memahami