cahaya di hujung jalan

1
Cahaya di Hujung Jalan Senja kian berlalu dan malam merangkak tiba. Dammm! Begitu kuat bunyinya daun pintu dihempaskan. Serentak dengan itu lamunan Anis tersentak. Kelam kabut dia bingkas bangun daripada katil kerana sebentar lagi pasti Latif, suaminya yang garang umpama singa itu masuk ke dalam bilik untuk meminta wang daripadanya. Aku nak duit. Duit mana? Duit mana?, kata Latif dengan nada yang keras. Anis mana ada duit lagi, bang. Duit gaji yang Kak Pah bagi semalam semua dah abang ambil beli dadah, ujar Anis dalam nada yang agak bergetar. Ah, aku tak peduli, bagi aku duit sekarang. Aku dah tak tahan lagi ni, bentak Latif dengan mata yang merah menyala. Ketagihan dadah yang maksimum menyebabkan dia tidak berfikiran waras lagi. Lantaran itu tanpa rasa belas rantai pusaka milik isterinya direntap rakus dan bingkas dia keluar daripada rumah untuk mencari ‘pusher’ yang sedia menjual najis itu. Jangan bang, bagi balik rantai tu. Itu rantai pusaka ibu saya!, jerit Anis dalam tangisnya. Sia-sia sahaja rayuannya kerana Latif telah hilang dalam kegelapan malam bersama rantai kesayangannya. Mujurlah Anis tidak cedera teruk dan hanya luka di leher sahaja. Begitulah kelazimannya yang perlu Anis terima acapkali Latif berkehendakkan wang untuk membeli dadah.

Upload: mohamad-nazri-ishak

Post on 07-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sara

TRANSCRIPT

Page 1: Cahaya Di Hujung Jalan

Cahaya di Hujung Jalan

Senja kian berlalu dan malam merangkak tiba. Dammm! Begitu kuat bunyinya daun pintu dihempaskan. Serentak dengan itu lamunan Anis tersentak. Kelam kabut dia bingkas bangun daripada katil kerana sebentar lagi pasti Latif, suaminya yang garang umpama singa itu masuk ke dalam bilik untuk meminta wang daripadanya.

“Aku nak duit. Duit mana? Duit mana?,” kata Latif dengan nada yang keras. Anis mana ada duit lagi, bang. Duit gaji yang Kak Pah bagi semalam semua dah abang ambil beli dadah,” ujar Anis dalam nada yang agak bergetar.

“Ah, aku tak peduli, bagi aku duit sekarang. Aku dah tak tahan lagi ni,” bentak Latif dengan mata yang merah menyala. Ketagihan dadah yang maksimum menyebabkan dia tidak berfikiran waras lagi. Lantaran itu tanpa rasa belas rantai pusaka milik isterinya direntap rakus dan bingkas dia keluar daripada rumah untuk mencari ‘pusher’ yang sedia menjual najis itu.

“ Jangan bang, bagi balik rantai tu. Itu rantai pusaka ibu saya!,” jerit Anis dalam tangisnya. Sia-sia sahaja rayuannya kerana Latif telah hilang dalam kegelapan malam bersama rantai kesayangannya. Mujurlah Anis tidak cedera teruk dan hanya luka di leher sahaja. Begitulah kelazimannya yang perlu Anis terima acapkali Latif berkehendakkan wang untuk membeli dadah.