cadangan kertas kerja gangsa perak bukit ramun

8
CADANGAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA DAN KERIS PERAK PENGAKAP 48 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PULAI PERDANA 1. PENDAHULUAN Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap 48, Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada ahli- ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak. 2. MATLAMAT. Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh

Upload: mecha-bee

Post on 10-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pengakap

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA DAN KERIS PERAK

PENGAKAP 48 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PULAI PERDANA

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak ini adalah salah satu aktiviti

kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap 48, Sekolah Kebangsaan Sri

Pulai Perdana. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih

daripada ahli-ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana. Aktiviti ini

dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin

mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai

aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke

alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan

kelak.

2. MATLAMAT.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan

disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan

diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun

dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat

diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan

dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar

dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara

yang mampan.

Page 2: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

3. OBJEKTIF

1.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.

1.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.

1.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.

1.1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial

4. KUMPULAN SASARAN

1.4. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4 , 5 dan 6 yang telah menyiapkan buku log dengan sempurna.

1.5. Jumlah peserta adalah 40 orang sahaja.

1.6. Jumlah fasilitator adalah 10 orang

5. CADANGAN TARIKH

1.7. Tarikh yang di cadangkan adalah pada 4/10/2013 hingga 5/10/2013.

1.8. Selama 2 hari 1 malam

6. TEMPAT

1.9. Padang Sekolah dan Dewan Terbuka

7. PERASMIAN PENUTUPAN

1.10. Guru Besar SK Sri Pulai Perdana - En. Jaafar Bin Warmat

8. JAWATANKUASA

Page 3: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

TUGAS NAMA

Penasihat

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

Ketua Kem

Pendaftaran

Penginapan

Makanan

Alatan

Perasmian Penutupan

Fasilitator/Penilai

Guru BesarEn. Jaafar Bin Warmat

Gpk Ko KurikulumTn. Hj. Abd. Ladi Bin Hassan

Pn Hjh Noraini Bt Atan (Gpk 1)Pn Zauyah Binti Abd. Hamid (Gpk Hem)

En Zainal Bin Md Saim

En Sahril Aswan Bin Sawal

En Emir Nashriq Bin Kassim

Cik Zurehan Binti Md. Dan

En. Norazlan Bin Zainuddin

Cik Norhidayah Binti Jalil

En. Mohd Rizal Bin Abd. Halim

Cik Sarah Binti Fauzi

En. Emir Nashriq Bin KassimEn. Sahril Aswan Bin SawalEn. Norazlan Bin ZainuddinEn. Zainal Bin Md SaimEn. Khairul Affendy Bin AhmadCik Norhidayah Binti JalilCik Zurehan Binti Md Dan

9. TENTATIF PROGRAM

Page 4: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

Rujuk lampiran A

10. SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

10.1 Sumber Kewangan

Duit peruntukkan Ko-Kurikulum

Sumbangan PIBG

10.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1

Makan

Minum pagiAir teh+kuih 2 keping

Makan tengah hariNasi+ayam+sayur+air sirap

Minum petangAir teh+ roti

Makan malamNasi+ayam kicap+air sirap

Minum malamAir teh+ biskut

Sarapan pagiBihun goreng+ air teh

Minum pagiAir teh+kuih 2 keping

Makan tengah hariNasi ayam+air mineral

RM2.00 x 40

RM4.00 x 40

RM2.00 x 40

Rm4.00 x 40

Rm2.00 x 40

RM2.00 x 40

RM2.00 x 40

RM4.00 x 40

RM80.00

RM160.00

RM80.00

RM160.00

RM80.00

RM80.00

RM80.00

RM160.00

2Lencana

Ahli penunggang basikal

Penghibur

RM3.00 x 40

Rm3.00 x 40

RM120.00

RM120.00

Page 5: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

Ahli kraftangan

Ahli sains

Pengembara

Keris Gangsa

Keris Perak

Sijil

Rm3.00 x 40

Rm3.00 x 40

Rm3.00 x 40

Rm3.50 x 40

Rm3.50 x 40

Rm2.00 x 40

RM120.00

RM120.00

RM120.00

RM120.00

RM140.00

RM140.00

3

Runcit RM100.00 RM100.00

JUMLAH RM 1980.00

11. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga

segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan ini akan dipraktikkan

Page 6: CADANGAN KERTAS KERJA Gangsa Perak Bukit Ramun

dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang

dan terbilang.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

(EN EMIR NASHRIQ BIN KASSIM) ( TN. HJ. LADI BIN HASSAN) Pemimpin Pengakap 48 GPK Ko-Kurikulum SK Sri Pulai Perdana SK Sri Pulai Perdana

Disahkan oleh :

(EN. JAAFAR BIN WARMAT)

Guru besar SK Sri Pulai Perdana

Catatan