cabaran mengekalkan perpaduan kaum

3
keselamatan negara Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing- masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Peningkatan masalah sosial Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal

Upload: daniel-jain

Post on 27-Dec-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH PT3

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.

Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen ‘tak nak’ merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan. Memastikan pembangunan negara seimbang

Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih

Page 2: Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum

mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.

<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

http://www.blogspot.cibnusuhaili88om/2009/01/cabaran-masyarakat-majmuk-di-malaysia.html