c2006_aturcara kontrak & ukur binaan_unit3

29
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 1 KAEDAH BINA KADAR KAEDAH BINA KADAR OBJEKTIF: Objektif Am : Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji, pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja tetulang. Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga dalam kerja kerja taksiran Menghuraikan asas pengiraan kadar harga; Kos bahan Kos buruh Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan Kadar keuntungan Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan tangan Mengira kadar kerja korekan dengan jentera. UNIT 3

Upload: norfatihah-othman

Post on 30-Jul-2015

189 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

1

KAEDAH BINA KADAR

KAEDAH BINA KADAR

OBJEKTIF:

Objektif Am : Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar

harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji,

pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja

konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan

dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan

tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja

tetulang.

Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga

dalam kerja – kerja taksiran

Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;

Kos bahan

Kos buruh

Kos loji dan kelengkapan

Kos pengurusan

Kadar keuntungan

Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan

tangan

Mengira kadar kerja korekan dengan jentera.

UNIT 3

Page 2: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

2

KAEDAH BINA KADAR

KAEDAH BINA KADAR

3.0 PENGENALAN

Didalam kerja – kerja binaan terdapat beratus – ratus matabenda kerja( item of works )

yang terlibat. Semasa kerja – kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai

cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan,

buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan.

Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi

kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka

biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah

disiapkan

Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari

semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan

harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya.

Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah

penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam

menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.

INPUT 3

Page 3: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

3

KAEDAH BINA KADAR

3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA

TAKSIRAN

Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka

bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan –

tujuan yang berikut :

Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan

Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang

dibenarkan oleh pihak majikan

Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasa

akan datang.

3.2 DASAR – DASAR BINA KADAR

Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana

ianya meliputi kesemua harga – harga yang mempengaruhi kos seperti bahan, buruh,

peralatan, pengurusan dan perolehan kepada syarikat.

Oleh itu dasar – dasar bina kadar adalah :

Kos bahan

Kos buruh

Kos loji dan kelengkapan

Kos pengurusan

Kadar keuntungan

Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. Ia

bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina.

Contohnya:

Kerja penggalian dengan tangan

Hanya kos buruh, tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang

perlu diambil kira.

Mengikat batu Bata

Page 4: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

4

KAEDAH BINA KADAR

Mengambil kira faktor kos buruh, bahan, tanggunagn syarikat dan

keuntungan.

Membancuh konkrit menggunakan jentera

Kelima-lima kos diatas perlu diambil kira.

3.2.1 Kos Bahan

Faktor – faktor yang menentukan kos bahan adalah :

Harga asal bahan

Harga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan, kos

pengangkutan dan lain-lain. Merupakan harga bahan di kilang atau

harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.. Harga

asal bahan akan berubah –ubah dari masa ke semasa dan juga dari

satu tempat ke satu tempat.

Kos pengangkutan ke tapak bina

Bayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke

tapak bina. Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa

bahan binaan ke tapak . Biasanya pembekal menentukan harga yang

tertentu mengikut tempat . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau

gudang, maka semakin tinggi kos pengangkutannya. Kos

pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada

menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti “ fork

lift “ atau menggunakan kren.

Kos Menyimpan

Adalah kos untuk menyimpan bahan binaan yang mudah rosak seperti

simen, kaca dan jubin atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti

kayu disamping untuk tujuan keselamatan.

Page 5: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

5

KAEDAH BINA KADAR

Pembaziran dan Kerosakan

Bagi bahan – bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan

sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran. Dianggarkan

antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di

tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan. Nilaian pembaziran

berbeza bergantung kepada jenis bahan, jenis kerja dan kecekapan

kerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa

proses pembinaan. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis

bahan adalah seperti berikut :

Simen 5%

Genting 2%

Kayu 5%

Keluli 10%

3.2.2 Kos Buruh

Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah ia

menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza

mengikut kemahiran seseorang pekerja. Secara amnya terdapat empat jenis

buruh yang terdapat dipasaran ;

Tukang

Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam

segi pertukangan seperti tukang kayu, tukang besi, penurap bata

tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Tukang akan dibayar

upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ).

Upah tukang boleh mencapai RM 80.00 sehari bergantung kepada

jenis dan kerumitan kerja.

Page 6: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

6

KAEDAH BINA KADAR

Buruh Separuh Mahir

Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Biasanya

pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja

yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang. Kadar upahnya adalah

antara RM 25.00 hingga RM 40.00 sehari.

Buruh Kasar

Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka

melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh

separuh mahir. Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk

melakukan kerja – kerja seperti mengangkut bahan binaan,

membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina. Bayaran

untuk buruh kasar adalah antara RM 15.00 hingga RM 25.00.

Kepala

Seseorang yang mengetuai sekumpulan pekerja seperti tukang,

pekerja separuh mahuir dan buruh kasar. Bertanggungjawab untuk

mengendali dan menyelia kerja – kerja di tapak pembinaan bagi pihak

kontraktor. Kepala biasanya orang yang berpengalaman dalam bidang

tertentu termasuklah pengurusan bahan – binaan, alatan, loji dan

menguruskan buruh. Kepala dibayar mengikut gaji bulanan dan

diperuntukkan didalam kos pengurusan syarikat kontraktor

berkenaan.

Page 7: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

7

KAEDAH BINA KADAR

Angkatap Buruh

Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain.

Oleh itu, kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh. Angkat buruh

bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja

menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit – unit tertentu.

Unit – unitnya adalah seperti jam/m, jam/m2, jam/m

3 dan jam/kg.

3.2.3 Kos Loji dan Kelengkapan

Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk

melaksanakan kerja – kerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan

tenaga. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Loji Tidak Berjentera

Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Biasanya dimiliki

sendiri oleh kontraktor. Harga –harga untuk loji tidak berjentera

dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. Contoh –

contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca, tangga, kereta

sorong, peralatan tangan, bakul, baldi dan sebagainya.

Loji Berjentera

Untuk menggunakan loji atau peralatan berjentera kontraktor

hendaklah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli dan atau

menyewa peralatan tersebut. Oleh yang demikian modal untuk

membeli dan menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk

mendapatkan kos modal yang telah dikeluarkan. Cara mendapat balik

wang modal yang digunakan untuk membeli peralatan tersebut ialah

Page 8: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

8

KAEDAH BINA KADAR

dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan

juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut .

Jenis –jenis peralatan berjentera adalah seperti lori, jentolak,

jengkorek, penggaul konkrit , penggetar konkrit, alat pemadat dan

sebagainya.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri

oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor

atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali

sekala.

Cara – cara menganalisa jentera

Analisa jentera yang disewa

Biasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera, pemandu dan

minyak. Kadar semasa ialah antara RM 90.00 hingga RM 160.00

sehari.

Analisa jentera yang dibeli

Jentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari

syarikat pembekal loji.. Modal yang banyak diperlukan dan

kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan.

Pada asasnya kos – kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :

Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jentera

tersebut dijual dengan harga terpakai.

Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakan

untuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan.

Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan

yang dibuat.

Kos selenggaraan iaitu menyelenggara jentera supaya dapat

berfungsi dengan sempurna

Page 9: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

9

KAEDAH BINA KADAR

Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak bina

sepanjang tempoh kerja.

Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu serta

penggunaan bahan api.

3.2.4 Kos Pengurusan Syarikat

Kos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh

syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat.

Perkara – perkara tersebut termasuklah :

Gaji, elaun dan lain – lain bayaran untuk semua kakitangan syarikat.

Sewa pejabat, gedung setor, bengkel dan lain – lain.

Bayaran elektrik, telefon, pos, insuran, telek,telegraf dan lain – lain.

Kelengkapan pejabat seperti perabut, mesin taip, komputer, mesin

fotokopi, kertas, alat tulis dan lain-lain.

Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas –

perkakas yang tidak berjentera

Kos pengurusan dikira secara peratus daripada kos bahan, buruh dan loji iaitu

diantara lima hingga sepuluh peratus. Nilaian peratus kos pengurusan dikira

dengan membahagikan jumlah hitung panjang wang masuk atau wang

pembalikan untuk setahun dengan jumlah kos pengurusan syarikat.

Page 10: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

10

KAEDAH BINA KADAR

Contoh :

Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM

1,000,000.00, Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50,000.00.

Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan

-------------------

Wang Masuk

= RM 50,000.00

----------------- x 100 %

RM 1,000,000.00

= 5%

3.2.5 Kadar Keuntungan

Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna, maka

syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan

pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak.

Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan, buruh dan

loji. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ).

Keuntungan kasar terdiri daripada:

Keuntungan bersih ( nett cost )

Kos Pengurusan ( overhead )

Page 11: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

11

KAEDAH BINA KADAR

Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu

firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak, jenis kerja, beban kerja sedia

ada, risiko kontrak dan jangka masa kontrak.

Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%, maka

Keuntungan kasar = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan

= 5% + 5%

= 10%

Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima

belas peratus.

3.3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN

Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung

kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:

Kerja penggalian dengan tangan ( Manual)

Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok. Sesuai untuk

kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit.

Kerja Penggalian dengan Jentera

Menggunakan jentera seperti traktor, jentolak,jengkaut dan jengkorek. Sesuai

untuk kerja pengorekan yang besar dan luas.

Page 12: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

12

KAEDAH BINA KADAR

Pertambahan Isipadu tanah

Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain, isipadu tanah

tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya. Oleh itu factor pertambahan

isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian. Peratus

pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali.Peratus pertambahan

isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4.4.

Jenis tanah Peratus Pertambahan Isipadu

Pasir

Tanah liat

Tanah Biasa

Batu bata

10%

20%

25%

50%

Jadual 3.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah

Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkara –perkara

Berikut :

Kos untuk menggali

Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali

Kos untuk mengembalikan, mengisi dan menghentak

Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan, dan

Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.

Unit Pengukuran untuk kerja – kerja penggalian adalah dalam meter padu kecuali bagi

kerja – kerja penggalian tanah permukaan yang tidak melebihi 300mm dalam adalah

dalam unit meter persegi.

Page 13: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

13

KAEDAH BINA KADAR

3.3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan

Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang

angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam )

adalah diperlukan.

Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti

jadual 3.1 :

Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

1

2

3

4

5

Menggali timbusan tanah biasa

Menggali peparit tidak melebihi 1.5

meter dalam

Menggali peparit melebihi 1.5 meter

dalam tetapi tidak melebihi 3.00

meter dalam

Mengangkut keluar tanah yang digali

dari tapak pembinaan jaraknya tidak

melebihi 100 meter.

Mengisi tanah kedalam lori

M3

M3

M3

M3

M3

1.20 jam

1.74 jam

2.61 jam

1.2 jam

1.00 jam

Jadual 3.1 : Angkatap Buruh kerja Korekan

Page 14: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

14

KAEDAH BINA KADAR

Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

6

7

8

9

10

11

12

Menggali ruang bawah tanah tidak

melebihi 1.50 meter dalam

Menggali ruang bawah tanah melebihi

1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi

3.00 meter dalam

Penggalian am keatas tanah timbus

Penggalian am keatas tanah liat

Penggalian am ke atas pasir bergerak

Penggalian am ke atas batu batan

Menabur dan menghentak lapisan asas

(hardcore) setebal 100 mm

M3

M3

M3

M3

M3

M3

M2

1.63 jam

3.27 jam

1.31 jam

5.23 jam

7.84 jam

10.45 jam

1.31 jam

Jadual 3.1 : Jadual angkatap buruh untuk kerja korekan

Peringatan :

Jadual angkatap buruh ini bukanlah angka yang sebenar. Angka – angka yang

diberi merupakan andaian sahaja untuk tujuan contoh pengiraan nanti.

Contoh 1

Menggali peparit tidak lebih 1.5 meter dalam, angkut dan buang tanah yang

selebihnya pada jarak tidak melebihi 100 meter. Bina kadar kerja tersebut

untuk satu meter padu.

Page 15: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

15

KAEDAH BINA KADAR

1. Kos Buruh

Masa untuk menggali peparit tidak lebih 1.5 m dalam 1.74 jam

( Rujuk jadual angkatap buruh)

Masa untuk mengangkut dan membuang tanah yang 1.00 jam

Digali pada jarak tidak lebih 100 meter

Pertambahan isipadu tanah adalah 25% ( anggap tanah biasa )

= 25 x 1.00 jam (masa untuk angkut dan buang) 0.25 jam

-----

100

-----------------

Jumlah masa yang diambil untuk menggali, mengangkut dan 2.99 jam

Membuang

Katakan upah buruh bekerja sehari adalah = RM 25.00 sehari

Upah buruh sejam adalah = RM 25.00

-------------

8 jam

= RM 3.13

Jumlah upah buruh adalah = 2.99 jam x RM 3.13 RM 9.36

2. Keuntungan dan pengurusan ( 10 % )

= 10 x 9.36 RM 0.94

----

100

-------------

Harga untuk satu meter padu kerja penggalian RM 10.30

=======

Page 16: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

16

KAEDAH BINA KADAR

Contoh 2:

Menggali timbusan (bulk) ke atas tanah biasa, mengangkut dan

membuang jauhnya tidak melebihi 100 meter. Berapakan harga untuk

menggali satu meter padu. ( tanah yang dikorek adalah tanah biasa )

1. Kos Buruh

Masa untuk menggali timbusan tanah biasa 1.00 jam

Masa untuk angkut dan buang tanah yang di

Korek pada jarak tidak lebih 100 meter 2.61 jam

Pertambahan isipadu tanah ( 25%)

= 100

25 x 2.61 jam 0.65jam

4.26 jam

Jumlah masa untuk kerja penggalian

Jumlah kos buruh = 4.26 jam x RM 3.13 RM 13.33

2. Keuntungan dan Pengurusan ( 10% ) RM 1.33

Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 13.33

Page 17: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

17

KAEDAH BINA KADAR

Contoh 3

Menggali permukaan tanah subur purata kedalaman 250mm,ratakan dan tolak

tanah yang digali pada jarak tidak lebih 100 meter dari tapak. Bina kadar

untuk kerja pengggalian bagi satu meter persegi.

Kos Buruh

Masa menggali tanah permukaan 1.00 jam

Membawa keluar tanah yang digali 2.61 jam

Pertambahan isipadu tanah ( 25% )

= 25 x 2.61 0.65 jam

------

100 -------------

Jumlah masa kerja penggalian 4.26 jam

Kos buruh = 4.26 jam x RM 25.00 RM 13.31

------------

8 jam

3. Keuntuntungan dan pengurusan (10%)

= 10 x 13.31 RM 1.33

------

100 -------------

Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 14.64

Page 18: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

18

KAEDAH BINA KADAR

Kos kerja penggalian untuk satu meter persegi

= 64.141000

250 RM 3.66

Ooo….Untuk mendapatkan

kadar harga per meter

persegi mesti bahagikan

kedalaman korekan ( dalam

mm ) dengan 1000 mm.

Page 19: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

19

KAEDAH BINA KADAR

3.3.2 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Jentera

Terdapat banyak jentera untuk kerja – kerja penggalian bergantung kepada cara

dan tujuan penggalian. Setiap jentera pula mempunyai keupayaan masing –

masing. Jadual 4.4.2 dibawah menunjukkan daya keluaran jentera bergantung

kepada jenis dan keupayaan jentera.

Operasi Jenis jentera Keupayaan/saiz

( m3

)

Daya keluaran

( per jam )

Mendapatkan aras

Menggali bilik

bawah tanah

Menggali peparit

Menggali Lubang

Tractor Crawler

Face shovel/

Dragline/

Backactor

Backactor/

Backhoe

Backactor

1.00

0.60

0.50

0.50

0.40

0.40

30 – 40 m3

40 – 50 m3

25 – 35 m3

20 – 30 m3

15 – 20 m3

10 –15 m3

Jadual 3.2 (a) : Jadual daya pengeluaran berbagai jentera

Page 20: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

20

KAEDAH BINA KADAR

Saiz Mangkuk

( m3)

Purata

pengeluaran

Sehari ( m3

)

Penggunaan Minyak

(Liter/jam)

Disel Pelincir

0.2

0.3

0.4

0.6

8.41

13.76

19.11

32.76

3.41

4.55

4.55

6.82

0.11

0.20

0.24

0.33

Jadual 3.2 (b) : Jadual Purata Pengeluaran dan

Penggunaan Minyak.

Contoh 1:

Penggalian bilik bawah tanah, bermula dari paras tanah lebih dari 1.50 m dan

tidak lebih dari 3.00 m dalam. Bina kadar kerja penggalian dengan jentera untuk satu

meter padu.

1. Kos Jentera ( Backactor )

Kadar sewa sejam RM 50.00

2. Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00

Penjaga ( Banksmen ) = 1 orang x RM 2.50 RM 2.50

50.6RM

Page 21: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

21

KAEDAH BINA KADAR

3. Kos Minyak

Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.70 RM 3.19

Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 3.60 RM 0.86

------------

RM 4.05

------------

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 50.00 + RM 6.50 + RM 4.05

= RM 60.55

4. Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 19.11 m3

sejam

( Rujuk jadual yang dilampirkan )

Kos jentera untuk menggali 19.11m3 tanah = RM 60.55

Kos menggali satu meter padu = RM 60.55

---------- x 1 RM 3.17

19.11

5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 3.17 RM 0.32

------

100

Kadar Harga untuk satu meter padu RM 3.49

Contoh 2

Bahan lebihan penggalian, campak dari tapak purata jarak 50.00m dari tempat

penggalian.

1. Kos Jentera ( 2.30m3 Dumper )

Kadar sewa sejam RM 20.00

Page 22: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

22

KAEDAH BINA KADAR

2. Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00

--------------

RM 4.00

3. Kos Minyak

Minyak Disel = 3.41 liter x RM 0.70 RM 2.39

Minyak Pelincir = 0.11liter x RM 3.60 RM 0.40

------------

RM 2.79

------------

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 20.00 + RM 4.00 + RM 2.79

= RM 26.79

4. Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 12.30 m3

sejam

( Rujuk jadual yang dilampirkan )

Kos jentera untuk menggali 12.30m3 tanah = RM 26.79

Kos menggali satu meter padu = RM 26.79

---------- x 1 RM 2.18

12.30

5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 2.18 RM 0.22

------

100

-------------

Kadar Harga untuk satu meter padu RM 2.40

-------------

Page 23: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

23

KAEDAH BINA KADAR

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan – soalan berikut sebelum meneruskan

unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas

dihalaman sebelah.

3 – 1 Nyatakan faktor – faktor yang perlu diambil kira untuk membina kadar kerja – kerja

binaan.

3 – 2 Dalam menentukan harga bahan – bahan binaan terdapat beberapa faktor yang perlu

diambil kira. Nyatakan perkara – perkara tersebut.

3 – 3 Huraikan perkara –perkara berikut :

a. Pertambahan isipadu tanah

b. Upah Buruh

c. Angkatap Buruh.

3- 4 Kirakan kos kerja pengorekan untuk satu meter padu bagi asas papak melebihi 1.5 m

dalam. Pengorekan dibuat dengan tangan dan dibuang sejauh 50 meter dari tempat

pengorekan dengan menggunakan kereta sorong. Jenis tanah ialah tanah biasa.

MAKLUMAT

1. Pengorekan dengan tangan tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam/m3

2. Pengorekan dengan tangan melebihi 1.5 m dalam tetapi

Tidak melebihi 3.00m dalam 3.40 jam/m3

3. Pengisian tanah yang telah dikorek kedalam kereta

Sorong. 1.10 jam/m3

AKTIVITI 3

Page 24: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

24

KAEDAH BINA KADAR

4. Mengangkut keluar tanah yang telah dikorek menggunakan

Kereta sorong. 0.43 jam/m3

5. Upah buruh sehari RM 35.00

6. Keuntungan dan Pengurusan 10%

7. Peratus pengembangan tanah 25%

Page 25: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

25

KAEDAH BINA KADAR

3 – 1 Faktor – faktor membina kadar adalah :

a. Kos bahan

b. Kos Buruh

c. Kos Loji

d. Keuntungan

e. Kos pengurusan syarikat.

3 – 2 Faktor – factor yang mempengaruhi harga bahan binaan :

a. Harga asal bahan

b. Kos pengangkutan

c. Kos penyimpanan

d. Pembaziran dan pengecutan

3 – 3 a. Pertambahan isipadu tanah

Pertambahan isipadu tanah bermaksud tanah yang telah digali telah

bertambah isipadunya disebabkan berlakunya pergemburan tanah

dimana ruang – ruang diantara tanah telah diisi oleh udara.

b. Upah Buruh

Upah yang dibayar kepada buruh setelah menyempurnakan sesuatu

kerja. Kadar upah buruh berbeza – beza mengikut kemahiran dan jenis

kerja. Upah buruh di bayar mengikut kadar harian iaitu selama lapan

jam sehari.

c. Angkatap Buruh

Angkatap buruh adalah masa yang diperlukan oleh seorang buruh

melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga siap. Masa ini dikira secara

purata setelah dibuat beberapa kajian.Unit – unit untuk angkatap buruh

sama ada jam/m, jam/m2, jam/m

3 atau jam/kg bergantung kepada jenis

kerja.

MAKLUMBALAS 3

Page 26: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

26

KAEDAH BINA KADAR

3 – 4 Kos Buruh

Masa untuk mengorek tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam

Masa untuk mengisi dalam kereta sorong 1.10 jam

Pertambahan isipadu tanah = 100

25 x 1.10 jam 0.28 jam

Masa untuk mengangkut keluar tanah yang telah

dikorek dengan kereta sorong 0.43 jam

Pertambahan isipadu tanah = 100

25 x 0.43 0.11 jam

Jumlah masa untuk 1m3 kerja korekan 4.22 jam

Upah buruh sejam = RM 8

00.35

= RM 4.38

Jumlah upah buruh = 4.22 jam x RM 4.38 RM 18.48

Keuntungan dan pengurusan 10% RM 1.85

Jumlah kos kerja korekan untuk 1m3 RM 20.33

Page 27: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

27

KAEDAH BINA KADAR

SOALAN 1

Berdasarkan maklumat yang diberi kirakan kos kerja pengorekan bagi asas papak yang

menggunakan jentera pengorek.

Saiz asas papak : 1.50m x 1.5m x 300 mm tebal

Dalam korekan : 1.60 m

Bilangan asas papak : 12

Jenis tanah : Tanah biasa

DATA

Jentera pengorek

Sewa jentera RM 150.00/jam

Keupayaan mesin 3.00m3/jam

Pengendali 1 orang

Pembantu 1 orang

Angkatap Buruh

Korekan lebih 1.5m dalam 1.45 jam/m3

Angkut keluar tanah 1.50 jam/m3

Timbus kembali dan padat 1.10 jam/m3

Lain – lain

Upah Pemandu RM 70.00/hari

Upah pembantu RM 30.00/hari

Keuntungan 10%

Penggunaan diesel 4.55 liter/jam

Minyak Pelincir 0.24 liter/jam

Harga diesel RM 0.90/liter

Harga minyak pelincir RM 5.60/liter

PENILAIAN KENDIRI

Page 28: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

28

KAEDAH BINA KADAR

SOALAN 1

Kos Jentera

Kadar sewa sejam RM 150.00

Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM8

70 RM 8.75

Penbantu ( Banksmen ) = 1 orang x RM8

30 RM 3.75

RM 12.50

Kos Minyak

Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.90 RM 4.10

Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 5.60 RM 1.34

------------

RM 5.44

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 150.00 + RM 12.50 + RM 5.44

= RM 167.94

Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 3 m3

sejam

Kos jentera untuk menggali 3m3 tanah = RM 167.94

Kos menggali satu meter padu = RM 167.94

MAKLUMBALAS 3

Page 29: C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan_UNIT3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

29

KAEDAH BINA KADAR

---------- RM 55.98

3

Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 55.98 RM 5.60

------

100

Kadar Harga untuk satu meter padu RM 61.58

Isipadu korekan asas

= 12 (1.5 x 1.5 x 1.6)

= 12 x 3.6 m3

= 43.2 m3

Kos korekan asas papak = RM 61.58 x 43.20 m3

= RM 2660.00