burhanuddin helmi

7
Powerpoint Templates Page 1 Powerpoint Templates Burhanuddin Helmi PISMP PENDIDIKAN KHAS JAN 2013

Upload: momoe-meiji

Post on 05-Jul-2015

995 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 1

Powerpoint Templates

Burhanuddin Helmi

PISMP PENDIDIKAN KHAS JAN 2013

Page 2: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 2

BiodataNama: Dr. Burhanuddin al-HelmiTempat lahir: Changkat Tualang, PerakTarikh lahir: 29 Ogos 1911Tarikh meninggal dunia: 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak.Pendidikan: Mendapat pendidikan awal di Belirang Ulu Bakap dan Kota Bharu. Kemudian mendapat pendidikan agama di Tanah Datar Sumatera Barat, Jitra Kedah dan Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang.

Mendapat gelaran ‘Doktor’ selepas mengikuti bidang homeopati di India. Penganugerahan Ijazah lain ialah Doktor of Divinity dari International Academy Canada dalam bidang perubatan homeopati.

PISMP PENDIDIKAN KHAS JAN 2013

Page 3: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 3

• seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam.

• merupakan ahli tafsir al-Quran dan hadis, menguasai semua pelat bahasa Arab dan nahu saraf.

• dikenali juga sebagai pejuang kebangsaan yang gigih.

Burhanuddin Helmi Burhanuddin Helmi ialah:ialah:

PISMP PENDIDIKAN KHAS JAN 2013

Page 4: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 4

Sumbangan• Beliau adalah pengasas dalam pendidikan homeopati di

Malaysia apabila rekod sejarah menunjukkan bahawa beliau telah mulai mengajar 12 orang murid pertama pada tahun 1953/54. (Perubatan Homoeopati).

• Beliau telah pun membuat perancangan dengan menyediakan nota-nota sebelum memulakan pengajaran seperti nota Falsafah Perubatan Homeopati yang disediakan sewaktu beliau dalam penjara selepas ditangkap akibat peristiwa demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes Natrah (Maria Hertogh).

Page 5: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 5

• Ahli-ahli dalam ilmu-ilmu tertentu kerapkali menghasilkan karya ilmu. Dr. Burhanuddin juga telah menghasilkan tidak kurang daripada tiga buah buku homeopati (yang tidak dicetak di waktu itu) seperti Falsafah Perubatan Homeopati, Materi Medica dan Biochemistry. Dalam politik di mana beliau merupakan seorang pemimpin, beliau sempat menulis beberapa makalah seperti :

• Perjuangan Kita, 1946• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947• Agama dan Politik, 1954, dan• Ideologi Politik Islam, 1957

• Dalam melaksanakan program pengajaran dan pembelaran seperti umumnya terdapat dalam sistem pendidikan di sekolah, Dr. Burhanuddin turut menyenaraikan buku-buku teks yang wajib dipelajari untuk melengkapkan khatam seseorang itu belajar homeopati. Dalam hal ini, beliau menetapkan buku-buku berikut: Teks yang digunakan dalam kuliah bagi generasi pengasas pada waktu itu terdiri daripada: The Organon of Medicine (Hahnemann); Materia Medica (Nash, Kent, Chauldry); Philosophy (Kent); The Chronic Diseases (Hahnemann); Muqaddimah (Ibnu Khaldun) dan termasuk juga kitab Hadis Arbain.

Page 6: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 6

• Dr. Burhanuddin telah menjalankan kuliah-kuliahnya di tempat yang tetap dan dimaklumkan pada awalnya lokasi itu ialah di Health Centre (MHC) di 107, Jalan Sultan Singapura. Pada tahun 1957 terdiri pula Dewan Kesihatan Melayu di Singapura dan Dewan Tata Hidup di Kuala Lumpur. Kuliah-kuliah di tempat lain disediakan mengikut perkembangan semasa dan atas inisiatif murid-murid beliau. Terkemudian, Dr. Burhanuddin juga membawa kuliah dan mengumpul pelajar di Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak.

• Beliau merupakan penggerak kepada tertubuhnya sebuah persatuan homoeopati yang pertama di Malaysia yang dikenali dengan nama “Persatuan Homoeopathy Malaya” (Homoeopathic Society of Malaya). Persatuan Homoeopathy Malaya didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961 di mana Presiden pertamanya ialah Prof. Dr. Burhanuddin sendiri. Belum ada lagi sebarang persatuan seumpama itu di Malaysia pada waktu itu, sama ada didirikan oleh orang Melayu maupun bangsa asing.

Page 7: Burhanuddin helmi

Powerpoint TemplatesPage 7

• Dengan tertubuhnya persatuan itu juga, Dr. Burhanuddin mengesyorkan supaya pusat-pusat rawatan homoeopati ditubuhkan, di mana pusat-pusat itu juga boleh menjadi tempat latihan kepada pelajar-pelajar homoeopati. Penubuhan pusat homeopati ‘dua dalam satu’ merujuk kepada usaha menjadikan pusat itu sebagai tempat memberikan rawatan dan pusat rekrut pelajar serta mengajar homeopati. Kaedah inipun bermula daripada idea Dr. Burhanuddin.

• Sebagai ahli Parlimen Besut (1959-1964), Dr. Burhanuddin juga banyak menyuarakan isu-isu di dalam parlimen. Ini termasuk membawa isu homoeopati ke Parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen. Suaranya yang lantang membolehkan aktiviti mengembangkan ilmu perubatan homoeopati bergerak ke seluruh negara lebih lancar.