buletinikatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang...

8
Buletin Ogos 2 0 0 7 Ikatan Muslimin Malaysia Tahun 4 | Bil. 32 | Harga RM0.20 Buletin Membina Generasi Bertaqwa Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Untuk Ahli Sahaja http://www.ismaweb.net Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Buletin Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Ikatan Pembentukan generasi Pewaris Mahabbah Wanita ISMA ‘07 Harta sepencarian mengikut perspektif Islam Ketuanan Melayu Terancam muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 MUZAKARAH JKP & KPN Tarikh: 23 OGOS 2007. KURSUS PENGHAYATAN RAMADHAN 2007 Tarikh: 26 OGOS 2007 PERKHEMAHAN BELIA NASIONAL 2007 Tarikh: 30 OGOS - 2 SEPTEMBER 2007. DIARI ISMA Amanat Presiden ISMA Sempena Kemerdekaan 31 Ogos 2007 kita akan menyambut hari jubli emas kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Hari bersejarah ini berhak disambut dengan penuh kesyukuran dan kemegahan kerana ia adalah tarikh keramat buat penduduk di bumi bertuah ini. Hari di mana tamatnya pendudukan orang putih dan bermulanya pemerintahan sendiri. Walaupun perjuangan mengisi kemerdekaan tidaklah kurang sengsaranya dari perjuangan kemerdekaan itu sendiri, seperti kata Tun Dr Mahathir. Hari yang penuh bermakna ini harus disambut dengan penuh penghayatan terhadap detik-detik perjuangan yang panjang, yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Ia tidak harus dijadikan sekadar publisiti politik murahan atau sebagai hari bersukaria, membeli belah, bercuti dan berkelah, atau hari warna warni untuk promosi pelancongan. Hari kemerdekaan sepatutnya digunakan untuk mengajar generasi baru mengenang keagungan silam. Meniupkan dalam diri mereka jiwa merdeka, jiwa perwira, jiwa perjuangan, jiwa pengorbanan, jiwa agung yang menolak sebarang ketundukan dan ikutan kepada selain dari Allah. Hari kemerdekaan ialah hari kita kita mengisytiharkan kehancuran kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan Tuhan. (maksud surah an-Nahl ayat 36). Ini jugalah hari di mana kita sepatutnya merenung sejauhmana usaha-usaha kita selama ini telah membuahkan hasil dan banyak mana lagi pengorbanan yang diperlukan untuk meneruskan perjuangan seterusnya? Kita tidak sepatutnya leka dan berpada dengan kemerdekaan juz’i (terbatas) yang diberikan kepada kita seumpama hadiah yang harus di balas dengan terimakasih. Perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan tidak harus berhenti di sini sahaja, dalam keadaan dunia di perintah olah undang-undang rimba di mana bangsa yang kuat membuli bangsa yang lemah. Negara-negara dunia dibahagi mengikut kasta-kasta, ada Negara Pertama dan Negara Ketiga, negara kaya dan negara miskin. Negara kaya mengawal segala sumber kekayaan dan negara miskin diharamkan daripada sebarang peluang. Politik dunia dicorak oleh kepentingan kuasa besar yang penuh dengan konspirasi dan muslihat.. Allahu Akbar! Betapa dunia ini memerlukan kepada khilafah yang akan memberi keadilan sejagat dan menamatkan segala diskriminasi dan penindasan. Memang tentera penjajah telah meninggalkan kebanyakan negara Islam, namun masih terdapat negara Islam yang masih terjajah seperti Palestin, sebahagian hilang identiti oleh dasar pecah perintah seperti Kasymir, Kusrdistan dll., dan ada yang jadi minoriti seperti Fatani, Filipina dan seumpamanya, ada yang masih berjuang seperti negara-negara di Eropah Timur dan ada yang dijajah semula seperti Iraq dan Afghanistan. Dan ada lagi yang sedang diancam untuk campurtangan dan dijajah. Ini menunjukkan perjuangan belum selesai. Perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan masih berterusan. Kita harus sedar bahawa keluarnya mereka dari negara kita bukan bermakna bahawa kita telah merdeka sepenuhnya, pengunduran mereka hanya pengunduran tektikal. Sistem globalisasi merupakan penjajahan bentuk baru yang memecah sempadan terhadap aliran modal, pasaran terbuka dan tenaga kerja mahir. Globalisasi menjadikan “negara kebangsaan” hanya bertugas untuk memberi khidmat, menyediakan sekolah, menjaga kesihatan dan sebagainya sahaja. Kesedaran kita terhadap maksud kemerdekaan yang sebenar menuntut kita mengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukan, mengatur rancangan untuk merebut hak yang masih berbaki. Oleh itu, kita mesti meneruskan agenda perjuangan dengan dilatari oleh semangat jihad. Kita perlu mengekalkan “tsaqafah al-muqawamah” (budaya perjuangan MENARIK DI DALAM Ust. Abdullah Zaik bin Abd Rahman bersambung di muka 5 1

Upload: duonghuong

Post on 05-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

BuletinOgos 2 0 0 7Ikatan Muslimin Malaysia Tahun 4 | Bil. 32 | Harga RM0.20

BuletinM e m b i n a G e n e r a s i B e r t a q w a

IkatanIkatanIkatanIkatanIkatanUntuk Ahli Sahaja

http://www.ismaweb.net

IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Pembentukangenerasi Pewaris

Mahabbah WanitaISMA ‘07

Harta sepencarianmengikutperspektif Islam

Ketuanan MelayuTerancam

muka 3

muka 5

muka 7

muka 8

MUZAKARAH JKP & KPNTarikh: 23 OGOS 2007.

KURSUS PENGHAYATANRAMADHAN 2007Tarikh: 26 OGOS 2007

PERKHEMAHAN BELIANASIONAL 2007Tarikh: 30 OGOS -2 SEPTEMBER 2007.

DIARI ISMA

Amanat Presiden ISMA Sempena Kemerdekaan31 Ogos 2007 kita akan menyambut hari jubli emaskemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Hari bersejarah iniberhak disambut dengan penuh kesyukuran dankemegahan kerana ia adalah tarikh keramat buatpenduduk di bumi bertuah ini. Hari di mana tamatnyapendudukan orang putih dan bermulanya pemerintahansendiri. Walaupun perjuangan mengisi kemerdekaantidaklah kurang sengsaranya dari perjuangankemerdekaan itu sendiri, seperti kata Tun Dr Mahathir.

Hari yang penuh bermakna ini harus disambutdengan penuh penghayatan terhadap detik-detikperjuangan yang panjang, yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Ia tidakharus dijadikan sekadar publisiti politik murahan atau sebagai hari bersukaria, membelibelah, bercuti dan berkelah, atau hari warna warni untuk promosi pelancongan.

Hari kemerdekaan sepatutnya digunakan untuk mengajar generasi baru mengenangkeagungan silam. Meniupkan dalam diri mereka jiwa merdeka, jiwa perwira, jiwaperjuangan, jiwa pengorbanan, jiwa agung yang menolak sebarang ketundukan dan ikutankepada selain dari Allah. Hari kemerdekaan ialah hari kita kita mengisytiharkan kehancurankepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untukmemeperbetulkan kesilapan Tuhan. (maksud surah an-Nahl ayat 36).

Ini jugalah hari di mana kita sepatutnya merenung sejauhmana usaha-usaha kitaselama ini telah membuahkan hasil dan banyak mana lagi pengorbanan yang diperlukanuntuk meneruskan perjuangan seterusnya?

Kita tidak sepatutnya leka dan berpada dengan kemerdekaan juz’i (terbatas) yangdiberikan kepada kita seumpama hadiah yang harus di balas dengan terimakasih. Perjuanganmenuntut kemerdekaan dan kebebasan tidak harus berhenti di sini sahaja, dalam keadaandunia di perintah olah undang-undang rimba di mana bangsa yang kuat membuli bangsayang lemah. Negara-negara dunia dibahagi mengikut kasta-kasta, ada Negara Pertama danNegara Ketiga, negara kaya dan negara miskin. Negara kaya mengawal segala sumberkekayaan dan negara miskin diharamkan daripada sebarang peluang. Politik dunia dicorakoleh kepentingan kuasa besar yang penuh dengan konspirasi dan muslihat..

Allahu Akbar! Betapa dunia ini memerlukan kepada khilafah yang akan memberikeadilan sejagat dan menamatkan segala diskriminasi dan penindasan.

Memang tentera penjajah telah meninggalkan kebanyakan negara Islam, namunmasih terdapat negara Islam yang masih terjajah seperti Palestin, sebahagian hilang identitioleh dasar pecah perintah seperti Kasymir, Kusrdistan dll., dan ada yang jadi minoriti sepertiFatani, Filipina dan seumpamanya, ada yang masih berjuang seperti negara-negara di EropahTimur dan ada yang dijajah semula seperti Iraq dan Afghanistan. Dan ada lagi yang sedangdiancam untuk campurtangan dan dijajah.

Ini menunjukkan perjuangan belum selesai. Perjuangan menentang penjajah danmenuntut kemerdekaan masih berterusan. Kita harus sedar bahawa keluarnya mereka darinegara kita bukan bermakna bahawa kita telah merdeka sepenuhnya, pengunduran merekahanya pengunduran tektikal. Sistem globalisasi merupakan penjajahan bentuk baru yangmemecah sempadan terhadap aliran modal, pasaran terbuka dan tenaga kerja mahir.Globalisasi menjadikan “negara kebangsaan” hanya bertugas untuk memberi khidmat,menyediakan sekolah, menjaga kesihatan dan sebagainya sahaja.

Kesedaran kita terhadap maksud kemerdekaan yang sebenar menuntut kitamengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukan, mengatur rancangan untuk merebuthak yang masih berbaki. Oleh itu, kita mesti meneruskan agenda perjuangan dengan dilatarioleh semangat jihad. Kita perlu mengekalkan “tsaqafah al-muqawamah” (budaya perjuangan

MENARIK DI DALAM

Ust. Abdullah Zaik bin AbdRahman

bersambung di muka 5

1

Page 2: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Email Pengarang :[email protected]

Menjaga Percakapan

Salah satu perkara yang wajib kitaberikan perhatian adalah perihal lidah.Lidah merupakan anggota yang kecildan tidak bertulang. Akan tetapi iamempunyai peranan yang besar dalamkehidupan manusia. Lidah bolehmengangkat seseorang. Lidah jugaboleh menjatuhkan seseorang. Lidahboleh membawa kejayaan. Lidah jugaboleh membawa kebinasaan. Bak katapepatah: sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa.

Mari kita renung sejenak. Kitaperhatikan dan dengar dengan telitiperbualan para remaja dan kanak-kanak sekarang ini. Kemudian kitaperhatikan pula perbualan kita apabilakita bercakap-cakap dengan kawanrapat kita. Kita perhatikan: adakahperkataan-perkataan yang kitaucapkan tersebut mempunyai unsurumpatan dan pembohongan ataupunsebaliknya.

Allah s.w.t berfirman di dalam surahAn-Nisaa, ayat 114:

Ertinya: Tidak ada gunanya padakebanyakan dari bisikan-bisikan merekamelainkan sesiapa yang menyuruh memberisedekah, atau berbuat baik, ataupunmengadakan perdamaian antara bangsamanusia. Dan barangsiapa yang melakukandemikan kerana mengharapkan keredhaanAllah maka Kami (Allah) akan memberinyaganjaran yang besar.

Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t dengantegas mengatakan bahawa perbualanmanusia adalah sia-sia kecuali padatiga perkara: menyuruh orang memberisedekah, menyuruh orang berbuat baikdan mendamaikan antara dua pihakyang bergaduh.

Mari kita dengar apa yang Rasulullahs.a.w. sabdakan dalam hadith ini:

“Bukanlah seorang mukmin itu yang jadipencaci, pelaknat, bukan yang suka berkatakotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.”

Inilah sifat orang mukmin, orang yangberiman dengan Allah dan RasulNya.Kita beriman dengan Allah danRasulNya. Kita adalah orang yangberiman. Maka selayaknya kitameninggalkan perkataan yang kotor,caci maki dan hina menghina.

T a r b i y y a h

2

Menghargai Ahli Agama

Manusia ada yang memimpin dan ada yang dipimpin. Yang memimpinmempunyai peranan yang besar dalam membawa mereka yang dipimpin kearah satu kejayaan. Yang dipimpin pula wajib patuh kepada pemimpin selagimana ia membawa kebaikan dan tidak bercanggah dengan agama.

Pemimpin pula ada berbagai rupa. Ada pemimpin politik. Ada pemimpinorganisasi. Ada pemimpin agama dan sebagainya. Pemimpin agama inilahdinamakan ulama dan asatizah. Mereka berkewajipan memimpin umat manusiake jalan yang benar, ke jalan yang diredhai oleh Allah. Tidak ada nabi dan rasulselepas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Maka siapakah yangberkewajipan memastikan agar agama Islam terus dijunjung? Siapakah yangberkewajipan memastikan agar umat Islam terus di landasan yang benar? Merekaitulah ulama.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w menyifatkan para ulama sebagai warispara anbiya‘. Mereka mewarisi tugas para nabi dalam memastikan manusiatetap menyembah Allah dan agama Islam tetap dijunjung tinggi.

Cuba bayangkan negara tanpa asatizah dan ulama. Siapakah yang akanmemikul tanggungjawab memberitahu kita mana satukah yang halal, dan manasatukah yang ditegah. Siapakah yang akan menarik kita apabila kita semakinjauh dari landasan Islam? Siapakah yang akan menegur kita apabila kita semakinleka dengan nikmat dunia? Siapakah yang akan memastikan generasi akan datangterus mampu membaca dan memahami Al-Quran?

Ingatlah akan ketetapan Allah. Bahawa jika tiada seorang pun yangmenjalankan amar ma’ruf nahi mungkar, nescaya kemusnahan daripada Allahbakal menimpa kaum tersebut.

Untuk melahirkan para ulama bukanlah satu perkara yang mudah. Iamemerlukan ketekunan dan pendidikan agama yang mendalam. Kita melihatbagaimana para ulama dahulu kala dididik. Mereka mula membaca malahmenghafal Al-Quran sejak usia kanak-kanak lagi. Mereka didedahkan denganilmu agama dari awal lagi. Ini adalah kerana waktu terbaik untuk mendidikseseorang adalah ketika dia masih kecil. Ia akan kekal sehingga dewasa kelak.Pepatah Arab ada mengatakan:

“Belajar di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Belajar di waktu besar sepertimenulis di atas air.”

Kita akur bahawa ulama memainkan peranan yang penting dalampembangunan ummat. Oleh itu umat Islam wajib terus menghasilkan ulama. Iaadalah perintah dari Allah dalam surah At-Taubah, ayat 122:

Ertinya: Dan tidaklah semua orang Islam itu wajib pergi berperang. Hendaklahsegolongan dari mereka yang mendalami agama agar mereka dapat memberi peringatan terhadapkaum mereka apabila mereka pulang kelak supaya mereka berjaga-jaga dari melakukan dosa.

Dari itu kita juga hendaklah memelihara dan memperkembangkaninstitusi yang melahirkan para ulama ini. Hendaklah kita memastikan ia terusberfungsi dengan berkesan bagi melahirkan para ulama dan menjadi institusiyang cemerlang.

Namun dalam menekankan peranan ulama, ia tidak pula bermakna orangIslam lain boleh berlepas tangan terhadap agama ini. Setiap orang Islambertanggungjawab membela dan memartabatkan agama ini mengikut keupayaanmereka.

Ibnu Katsir ketika menghuraikan ayat 104 Ali ‘Imran menyatakan: “Perluada satu kumpulan daripada umat ini yang menangani perkara ini (melaksanakandakwah, menyuruh makruf dan mencegah mungkar), sekalipun perkara ini wajibke atas setiap individu umat. Dan semua mereka (wajib melaksanakannya)mengikut keadaan mereka.”

Ya, pada asalnya, perkara ini wajib ke atas setiap individu umat.Kemudian Allah mewajibkan pula ke atas mereka serta pemerintah untukmemastikan sekumpulan ulama dan pendakwah melakukannya secara terancangdan kolektif. Ini kerana usaha individu berbeza dengan usaha sekumpulanpendakwah atau ulama yang melakukannya secara terancang dan kolektif.

Ringkasnya setiap umat Islam berkewajipan mendaulatkan Islam ini, disamping berkewajipan melahirkan sekumpulan ulama pendakwah yangmemikul tanggungjawab ini.

Page 3: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Pembentukan Generasi Pewaris

Sidang Redaksi Buletin Ikatan | Penasihat Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman | Ketua Pengarang Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali | Timbalan KetuaPengarang Ustaz Awang Suffian Bin Awang Piut | Editor Ahmad Tarmizi Bin Zakaria | Wartawan Mohd Jaini Bin Mohd, Azizuddin, Ahmad Amri Bin Zainal Adnan, UstazNadzri Bin Musnman | Layout Mohd Azizuddin Sahiddin | Edaran Azizuddin | Laman Web www.ismaweb.net | Penerbit Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), No 27-1-1, JalanMedan PB1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. | Tel 03-89261520 | Fax 03-89262520 | Kepada pembaca Buletin Ikatan, pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang komen, cadangan dan juga sumbangan berita, iklan, artikel dan sebagainya untuk tujuan disiarkan di buletin ini. Sebarang komen, cadangan dansumbangan bolehlah dikemukakan kepada pihak kami menerusi pos (Atas nama: Editor Buletin Ikatan) atau emelkan terus kepada editor di alamat [email protected].

K e l u a r g a

3

Pentarbiyahan bermula dari rumah lagi, melahirkanseorang dai’e bukanlah merupakan kerja yang mudah. Ianyamenuntut pengorbanan yang amat besar bermula darisebelum sesebuah rumahtangga itu dibina lagi. Halatujuyang jelas merupakan perkara asas yang perlu dibina didalam sesebuah rumahtangga itu sendiri. Proses ke arahmerealisasikan ketuanan islam di muka bumi ini bakaltercapai dengan terlahirnya binaan-binaan yang kukuh ini.

Generasi pewaris yang unggul sememangnyamenjadi idaman setiap ibu dan bapa. Namun begitu adakahcukup hanya dengan menyediakan segala keperluan merekaseperti pakaian, tempat tinggal yang selesa, persekolahandan kemewahan mampu merealisasikan hasrat kita ini ?Ketahuilah sesungguhnya anak-anak merupakan kain putihyang bersih, kitalah yang mencorakkan mereka samaadamenjadi majusi, nasrani ataupun islam. Perancangan awaldalam sesebuah rumahtangga amatlah penting dalammemastikan pewaris agama ini di kalangan mereka yangbakal memperjuangkannya dengan segala-galanya yangdimiliki.

Peranan yang perlu dimainkan oleh seorang isterimahupun suami perlu dibincangkan bersama diperingkatawal perkahwinan lagi. Bagaimanakah keluarga yangdiinginkan? Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukandalam memastikan diri masing-masing serta anak-anakkemudiannya berkeperibadian dai’e dansentiasa bangga untuk memikul tugassebagai seorang dai’e? Harapan-harapanyang sering kita pohonkan di dalam doa-doa kita agar tuhan mengurniakan kepadakita pasangan serta anak-anak yang bakalmenjadi penyejuk mata kita insyaallahbakal dipermudahkan lagi denganterlaksananya perancangan-perancangantersebut.

Mengapakah tidak cukup denganhanya menghantar anak-anak kita kesekolah-sekolah yang bercirikan Islam bagimelahirkan keperibadian yang unggul?Mengapakah perlu dilakukan usaha-usahatambahan selain didikan di rumah dalammendidik anak-anak memahamitanggungjawab serta realiti hidup di hariini? Alihkan pandangan kita sejenakkepada realiti masyarakat pada masa kini,nescaya akan kita temui jawapannya.

Setiap saat yang dibiarkan kosong, maka syaitanakan berusaha memasukinya. Sehubungan dengan itulahkita perlu sentiasa menyediakan diri serta anak-anak kitadengan bekalan-bekalan iman sedari mereka kecil lagi. Diajarmereka ayat-ayat suci Al-quran, didendangkan alunankenabian serta sirah para nabi di peringkat mereka masihbayi lagi. Dibiasakan dengan amalan-amalan sunat sertayang wajib apabila mereka sudah mula boleh memahamidan menuruti. Dibawa mereka berfikir tentangkeagungannya serta realiti kehidupan dan masyarakat

sehari-hari. Menjadikan mereka anak-anak yang sentiasaberfikir.

Disamping itu diajarkan juga kepada mereka sifat-sifat mahmudah serta erti tanggungjawab menerusi amalanberjadual serta pembahagian tugas di antara adik-adiknya.

Dieratkan perhubungan serta perkongsianpermasalahan dan pemberian pedomanhidup menerusi usrah mingguan, tasmi’ Al-quran bersama serta sembahyangberjemaah. Meluangkan sedikit masa danmengambil tahu berkenaan kegiatanseharian dan diri anak-anak walau sesibukmanapun pekerjaan ibu dan bapa.Sekurang-kurangnya salah seorang daripasangan mengambil tahu urusan sehariananak-anak seandainya pasangannya tidakberkesempatan dan kemudiannyadikhabarkan kepada pasangannya itudiwaktu lain agar mereka berdua sentiasadekat di hati anak-anak.

Contohilah tokoh-tokoh pejuangIslam yang telah pergi dan menunaikanjanjinya dengan Allah. Biarpun begitu sibukdengan tugas sebagai da’ie sehinggakandikatakan bahawa kerja yang merekalakukan lebih banyak dari masa yang ada,

namun pengabaian didikan mereka terhadap rumahtanggaterutamanya anak-anak tidak sekali-kali berlaku. Malahmereka didapati lebih unggul lagi berbanding generasi hariini dalam mentarbiyah anak-anak sebagaimana As-syahidImam Hasan Al-Banna serta Dr. Abdullah Azzam. Denganusaha kita yang berterusan serta tidak mengenal jemu inisemoga tuhan menggolongkan kita ke dalam golongantenteranya yang terus berjalan di setiap kurun dalammenegakkan ketuanan islam di muka bumi ini serta meraihsyurganya. Amin. Wallahua’lam.

Mengapakah tidakcukup dengan hanyamenghantar anak-anakkita ke sekolah-sekolahyang bercirikan Islam bagimelahirkan keperibadianyang unggul? Mengapakahperlu dilakukan usaha-usaha tambahan selaindidikan di rumah dalammendidik anak-anak ......

Page 4: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Bandar Baru Bangi - KRIM Hulu Langattelah berjaya menganjurkan programmotivasi mirip MAP Training yangdiberi nama Program Gergasi Mindapada 21 Julai 2007 yang mensasarkangolongan remaja. Seramai 44 orangremaja mengikuti dengan program ini

Program ini juga turut menarikpenyertaan remaja dari kawasan lainseperti kawasan Gombak dan ShahAlam. ISMA Gombak telah menghantarseramai 19 orang wakil remaja untukmenyertai program ini.

Program dikendalikan olehpakar motivasi dari utara tanah airiaitu Tn Hj Mohd Arif yang berjayamemberi penyampaian yang padu,menarik dan menyentuh perasaan.Program ini bertujuan bagi membina

kekuatan dalaman remaja dalammenghadapi cabaran kehidupan dankepentingan pelajaran dalam mencapaikebahagiaan masa depan.

Peserta juga di ingatkan tentangbetapa pentingnya perasaan hormat dankasih sayang yang perlu dicurahkankepada ibubapa mereka. Pesertaseterusnya dibayangkan tentang asalkejadian mereka dan pengorbanan yangdicurahkan oleh ibubapa dalammembesarkan dan mendidik mereka.Jasa dan pengorbanan mereka amattinggi nilainya

Selain itu prasyarat yang lainuntuk mencapai kecemerlangan ialahhubungan erat setiap pelajar denganAllah s.w.t. Terutamanya dari sudutsolat dan doa. Sesungguhnya tiada

Belajar “Power”- Gergasi Minda

Santai di Pantai LinggiBandar Baru Bangi - Alhamdulillahpada 6-8 Julai yang lalu, IkatanMuslimin Malaysia (ISMA) kawasanHulu Langat telah menjayakan programyang dirangka untuk merapatkanukhuwah dikalangan Ahli ISMAkawasan tersebut. Program yangdinamakan “Santai di Pantai Linggi”merupakan yang julung kalinyadiadakan telah mengumpul seramai 19orang peserta. Program bermula pada6 Julai apabila peserta bertolak dariBangi ke Linggi, Melaka.

Pada keesokannya programdimulakan dengan sesi ta’aruf danpembahagian kumpulan. Setiapkumpulan akan bertanding sesamasendiri untuk acara yang telahdirancang iaitu antaranya ialah bolatampar pantai, bola sepak pantai dan

sukaneka. Pertandingan ini telahdimenangi oleh Kumpulan Satu yangdiketuai oleh saudara Azib.

Pada sebelah malamnya pulaialah acara yang dinanti iaitumemancing sambil membakar hasiltangkapan secara ‘BBQ’. Malangnyatidak banyak hasil tangkapan yangberjaya didaratkan diakibatkan olehkurangnya kemahiran dan cuaca yangkurang baik. Walaubagaimanapunsemua peserta masih dapat menikmatihidangan BBQ yang telah disediakanlebih awal oleh penganjur. Antaranyaialah ikan Siakap dan daging kambing.

Menurut pengarah programiaitu Ust. Abd. Mutalib program iniberjaya mencapai objektifnya iaitumerapatkan ukhuwah dan bersantai.Malah beliau berbangga dengan

komitmen yang ditunjukkan oleh semuapeserta dan urusetia memandangkonsep program ini baru kali pertamadilaksanakan. Ust. Mutalib seterusnyamembayangkan harapannya supayaprogram ini dapat diteruskan danmendapat penyertaan yang lebih ramai.

nilainya kecemerlangan tanpa ketaatankepada Allah.

Seterusnya prasyarat yangturut ditekankan ialah berakhlak muliaterutamanya dengan keluarga, guru-guru, orang yang lebih tua dan rakansebaya. Akhlak adalah cerminan kepadakeperibadian dan nilaian keilmuankepada seseorang. Kecemerlangan tanpaakhlak ibarat buah yang cantik tetapipahit rasanya.

Rata-rata peserta yang ditemuiselepas program memberi maklumbalas yang baik dan mereka merasakanprogram ini amat bermanfaat. Malahmereka melahirkan hasrat untukmengikuti program-program sete-rusnya yang telah dirancang oleh KelabRemaja ISMA (KRIM)

Ucapan dari pengarah Program Tekun mendengar penyampain Pengerusi & Penceramah

Suasana di waktu senja

4

B e r i t a I S M A

Page 5: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Bandar Baru Bangi - Satu programkhusus untuk ahli wanita ISMAbahagian Hulu Langat telah dianjurkanpada hari Sabtu,16 Jun 2007 yang lalu,bertempat di Masjid Hasanah, BandarBaru Bangi.

Program yang berlangsungdari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petangitu telah disertai oleh 39 orang ahliwanita ISMA kawasan. Program yangjulung-julung kalinya diadakan inimengupas mengenai aspek “Fikhwanita terbilang dalam sejarah Islam”.Penceramah pertama iaitu UstazahNorsaleha bt. Salleh telah membawapeserta-peserta untuk memahamiperjalanan hidup Ummu Sulaim;seorang wanita terbilang di zamanRasululullah SAW. Manakalapenceramah kedua iaitu Ustazah SitiZaharah membincangkan mengenaitafsir surah At-Tahrim yangmenjelaskan mengenai peristiwa/

kerenah 2 daripada isteri RasulullahSAW. Ini disusuli dengan kisah isteriNabi Lut dan Nabi Nuh serta kisahAsiyah isteri Fir’aun dan Maryam bintiImran.

Program ini telah mendapatsambutan yang memberangsangkandaripada para peserta yang rata-rataseronok dengan topik kupasan serta

Mahabbah Wanita ISMA ’07

bersyukur atas peluang untukmenjalinkan ukhuwwah di antarasesama ahli ISMA kawasan. Pihakpenganjur berterima kasih kepadasemua pihak yang menjayakanprogram ini, dan berharap agar iamenjadi titik-tolak untuk programseumpama ini pada masa akan datang,Insya-Allah

Sesi bengkel Sesi ceramah

bersambung dari muka hadapan

dan tidak menyerah kalah), mendidikma-syarakat kita dengan selok-belokcara menghadapi “ghazwu al-fikri”(serangan pemikiran) dan “siasahtatbi’” (polisi menjinak danmenormalisasikan bangsa terhadapsegala agenda penjajahan).

Kemerdekaan sebenar akanberlaku apabila kita benar-benarkembali kepada Allah dan menjadiIslam sepenuhnya. Wahai orang orangyang beriman masuklah kamu kedalam Islam dan jangan kamumengikut jejak langkah syaitan.Kerana masuk Islam membawakemerdekaan dan kemuliaan. Se-dangkan mengikut syaitan membawakepada “tab‘iyyah” (kedudukansentiasa terikut dan tunduk kepadapihak lain) dan kehinaan.

Islam mengajar kita kebe-basan yang sebenar dari kalimahsyahadah itu sendiri; yakni sem-bahlah Allah dan jauhkan diri darithoghut. Islam tidak mengenalpemisahan antara kalimah dakwahdan kalimah jihad. Musuh Islam tidakberhenti-henti untuk menghapuskansemangat jihad dari jiwa muslimsupaya mereka menjadi jinak danmengalah. Mereka mentafsirkan jihaddengan berbagai tafsir……tafsiran

yang tidak diredai oleh Allah. Denganitu senanglah mereka melakukan segalaperancangan mereka terhadap umatIslam.

Rib’i bin ‘Amir pernah me-nyebut bila ditanya oleh Rustum: “Allahmengutuskan kami untuk mengeluarkansesiapa yang mahu, daripada menyembahhamba kepada pengabdian diri hanya kepadaAllah…”

Kalimah merdeka padalazimnya mengandungi dua sendi;kebebasan dan berdikari. Tapi Islammembawa pengertian yang lebihmenyeluruh dan lebih menggarappermasalahan sebenar. Islam mahukemerdekaan di mana kalimah Allahlebih tinggi dari segala kalimah. Iabukan sekadar kemerdekaan dari segipendudukan tentera tetapi kemer-dekaan politik, ekonomi, budaya,teknologi dan lebih penting dari itusemua ialah kemerdekaan insan itusendiri.

Kemerdekaan insan adalahmuqaddimah kepada segala bentukkemerdekaan yang lain. Tanpa insanyang merdeka, kemerdekaan sebenartidak akan tercapai dan perjuangankemerdekaan hanya akan terhentiseparuh jalan seperti apa yang kita lihathari ini.

Perjuangan kemerdekaan me-merlukan jiwa kental yang hanyadapat dibekalkan oleh Islam, jiwa yangmemiliki pandangan dan memahamidimensi perjuangan dan beban yangharus dipikul. Mereka yang mema-haminya dalam konteks ‘ubudiah dankewajipan menegakkan Islam secarasempurna sahaja yang sanggupberkorban untuk satu perjuanganyang panjang. Perjuangan untukkemerdekaan kemanusiaan selu-ruhnya bukan sekadar perjuangansebidang tanah, seluas sekangkangkera.

Di era globalisasi dan kapitalis,kemerdekaan tanah tidak memberibanyak makna. Kerana negara bangsayang ditubuhkan atas asas wataniah(tanahair) dan kebangsaan hanyamempunyai kedaulatan terbatas takubah seperti pengurus bandaran yangmengurus hal-hal kebajikan rakyatsemata-mata. Adapun hal-hal ber-kaitan politik, keamanan dan ekonomi,maka ia terletak di bawah hegemonikuasa tunggal dunia. Apalah ertikemerdekaan yang ada ini…jika tidakdiringi dengan semangat juangberterusan dengan semangat jihaduntuk membawa dakwah sehingga latakuna fitnah wa yakuna ad-din lillah.

B e r i t a I S M A

5

Page 6: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Kita sebenarnya mudah lupa.Justeru, sentiasa saling ingat-mengingati ituboleh menjadi ubat dan menghindarkanlupa. Hal ini penting apatah lagi kepadabelia remaja kerana mereka jugamerupakan kelompok yang mudah lupa.Lantaran elemen ini menjadikan kitamemerlukan kepada suntikan ingatanberupa nasihat dan pandangan yang bolehmenolong menolak kelupaan. Apapentingnya untuk kita tidak mudah lupa?Memang ia suatu yang amat penting danberguna.

Ingatan ini amat berharga untukkita renungkan bersama apatah lagi di saatkita berdepan dengan pelbagai cabaran danpengaruh budaya baru iaitu gemarkankepada berhibur dan mengadakan hiburan.Kenapa hiburan itu boleh merosakkan kitaapatah lagi kepada generasi muda, belia danremaja. Hiburan yang tidak dapat dikawal

akan menghasilkan virus sosial serta mewujudkan elemen sosial yang negatif.Justeru, belia remaja akan menjadi kelompok yang lebih banyak bilangannya

menjiwai suasana sedemikian. Sesungguhnya, gejala-gejala hiburan haram tidak pernahmendatangkan keuntungan. Namun tarikannya terlalu mengasyikkan hinggakan iamerupakan salah satu punca dari berlaku peningkatan masalah sosial belia remajadalam sesebuah masyarakat.

Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita semua di negara ini dalammenikmati kesenangan, kemakmuran, keamanan dan banyak lagi mungkin akan hilangperlahan-lahan jika ianya diwarnai dengan gejala sosial yang tidak terbatas. Mungkinbanyak yang beranggapan ia hanyalah merupakan hiburan ringan. Contohnya, ramaiyang berpendapat, kalau setakat nyanyian berkaraoke, pergaulan bebas dalam hiburan,pesta tari-menari dan seumpamanya bukanlah satu kesalahan. Namun jikadiperhatikan, bukankah perkara sedemikian ini jika bergabung dengan kesempatanyang dikunjungi ramai akan berubah menjadi suatu hiburan yang lebih berani darimatlamat asalnya. Perasaan agresif dan kemahuan yang lebih akan sentiasa bergeloradengan keadaan yang dianggap menyeronokkan.

Bermula dari sini akan wujudlah pembawaan salah yang justeru membuahkanperkara-perkara yang menjadi larangan dan tegahan agama. Selalunya kelalaian banyakberlaku dalam kealpaan dengan pelbagai keseronokan. Kealpaan ini pula selalu diseliputioleh keindahan-keindahan tingkah laku dalam pergaulan yang merosakkan diri danpengunjungnya. Barangkali belum terlambat untuk kita semua apatah lagi di kalanganbelia remaja untuk menilai semula terhadap kesan-kesan negatif dari kemelut ini. Kitaperlu belajar mewujudkan rasa lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dannegara. Kita tidak perlu jadi ‘pak turut’ terhadap keseronokan yang merosakkan danmemusnahkan kehidupan.

Kita tidak perlu membiarkan suasana yang ada ini menjadi karat yang akanmenjerumuskan diri dan masyarakat kita kepada suatu perubahan sosial yang tidakmenguntungkan. Di saat-saat pihak berkuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawabmembasmi gejala sedemikian ini, kita sepatutnya bersama-sama berperanan untukmenghentikan dan sekaligus menghapuskan kecenderungan supaya ia bukan onardalam masyarakat kita. Tidak ada orang yang akan membantu kita dalammenyelamatkan keadaan sosial masyarakat jika kita sendiri tidak mahu berperananmenjadi benteng untuk mencegahnya.

R e m a j a

6

Remaja Hilang Pedoman

Segala nikmat yangdikurniakan Allah ke-pada kita semua dinegara ini dalam menik-mati kesenangan, kemak-muran, keamanan danbanyak lagi mungkinakan hilang perlahan-lahan jika ianya diwarnaidengan gejala sosial yangtidak terbatas. Mungkinbanyak yang berang-gapan ia hanyalah meru-pakan hiburan ringan.Contohnya, ramai yangberpendapat, kalau seta-kat nyanyian berkaraoke,pergaulan bebas ....... “

Page 7: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Pengertian hartasepencarian disebutdengan jelas di dalamEnakmen Undang-Un-dang Keluarga Islam iaituharta yang diperolehisecara bersama olehsuami isteri sama ada se-cara langsung atau tidaklangsung, semasa per-kahwinan berkuatkuasamengikut syarat-syaratyang ditentukan olehhukum syara’. Termasukdi dalam pengertian iniialah harta suami atauisteri sebelum merekaberkahwin dan dijadikanmodal untuk dimajukanatau dikembangkan se-cara bersama atau secarabersendirian selepas per-kahwinan.

Islam mengiktiraf harta seseorang tanpa mengambil kira jantinanya lelakiatau perempuan, suami atau isteri. Pengiktirafan yang diberikan oleh Islam terhadappemilikan harta seseorang adalah meliputi hak memiliki, hak berbelanja, hakmengawal, hak melindungi dan hak mengembangkan harta tersebut. Pengikiktirafanini tidak berlaku kepada golongan wanita yang terdapat di dalam prinsip CommonLaw Inggeris apabila mereka berkahwin kerana hak pemilikan hartanya akanberpindah kepada pihak suami.

Harta sepencarian pada mulanya merupakan amalan/adat dalam masyarakatMelayu yang kini diterima pakai sebagai sebahagian daripada hukum fiqh dandikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam. Penerimaannya adalahberdasarkan kepada adat yang tidak bercanggah dengan undang-undang Islamadalah diterima sama seperti hukum syara’. (al-‘Aadah Muhakkamah). Disebabkanpenerimaan ini, maka peruntukan undang-undang telah diberikan kepada pihak-pihak yang ingin menuntut harta sepencarian sama ada di dalam Akta atau EnakmenUndang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.

Pengertian harta sepencarian disebut dengan jelas di dalam EnakmenUndang-Undang Keluarga Islam iaitu harta yang diperolehi secara bersama olehsuami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa perkahwinanberkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara’. Termasukdi dalam pengertian ini ialah harta suami atau isteri sebelum mereka berkahwin dandijadikan modal untuk dimajukan atau dikembangkan secara bersama atau secarabersendirian selepas perkahwinan. Oleh yang demikian di dalam menentukan jumlahharta sepencarian, Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar,membicara dan seterusnya membuat keputusan menentukan bahagian dan hakmasing-masing. Sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh pihak mahkamah, mahkamahterlebih dahulu akan mengambil kira sumbangan-sumbangan yang dilakukan olehsuami isteri sama ada di dalam bentuk wang ringgit, harta benda, usaha tenagasehingga terhasilnya sesuatu harta. Dengan yang demikian, seorang suri rumah(yang tidak bekerja) berhak untuk membuat tuntutan harta sepencarian berdasarkankepada usaha atau tenaga yang telah diberikan sehingga suaminya berjayamengumpul harta. Persoalan ini dijelaskan di dalam kitab at-Turuq al-Hukmiyyah fias-Siasah as-Syar’iyyah karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah iaitu:

Yang bererti: “Di antaranya ialah, di kalangan ahli perundangan Islam telah sepakat berpendapatbahawa di dalam kes tuntutan antara suami isteri yang sama-sama berusaha dalam mendapatkanharta rumah tangga dan berkedai, tuntutan yang sedemikian hendaklah diterima berdasarkanketerangan yang membuktikan tuntutan itu. Sebenarnya di dalam persoalan ini, pemilikan sesuatuharta itu tidak dikira hanya semata-mata berdasarkan nama yang tertera di dalam harta itu. Setakatnama yang tertera di dalam sesuatu harta itu belum tentu membuktikan pemilikannya. Kenyataansebegini adalah kerana seandainya diambil kira hak milik sesuatu harta semata-mata mengikutnama yang tertera di dalam harta, maka nescaya serban yang dipakai di kepala seseorang yangmerampas serban kepunyaan orang lain akan dikira sebagai serban kepunyaan perampas itu,sedangkan pengiktirafan yang sedemikian adalah suatu kezaliman dan tidak diambil kira”.

Di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang dikarang oleh as-Sayyid as-SyarifAbdul Rahman bin Muhammad bin Hussain bin Umar muka surat 159 adamenyebutkan:

Yang bererti: “Telah bercampur harta suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebihbanyak-tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya-kemudian berlakuperpisahan antara keduanya ataupun mati, maka tidak sah salah seorang dari mereka (suami isteri)atau warisnya memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum dapat dibezakan ataupunsebelum dibuat perdamaian (al-Sulh), kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak adamurajjih (tidak ada tanda yang membezakan)”.

Harta Sepencarian Menurut Perspektif Islam

F a t w a

7

.........bersambung di keluaran hadapan

Page 8: BuletinIkatan ://petugasisma.files.wordpress.com/2007/08/bil32.pdf · kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan

Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

Ketuanan Melayu TerancamTeguran Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo baru-baru ini kepada pemimpin UMNOyang takut untuk memperjuangkan isu keistimewaan Melayu kerana bimbangkehilangan undi dari orang bukan Melayu adalah realiti yang tidak dapat disangkallagi.

UMNO yang suatu ketika dahulu dilihat dan diharapkan sebagai parti yangmemperjuangkan hak orang Melayu telah mula kehilangan taringnya. Beberapaisu yang timbul sejak kebelakangan ini seolah-olah mencabar ketuanan Melayumelalui tuntutan yang melampau seperti artikel 11, isu azan, isu murtad Lina Joydan pembahagian kerusi baru kepada calon bukan Melayu di dalam pilihanraya.

Golongan pendesak dan ahli politik komponen bukan Melayu dilihat cubamempengaruhi dan mendesak kerajaan supaya tunduk dengan permintaan mereka.Walaupun belum berjaya sepenuhnya, kumpulan ini telah berjaya membangkitkansentimen dan mendapat liputan luas akhbar tempatan serta perhatian dari kuasaluar seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Britain.

Walaupun diasak dengan hebat oleh golongan ini, belum ada kesepakatan daripemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh untuk menentang ancaman ini.Dengan tiadanya tentangan, ia akan memberi semangat kepada golongan ini untukterus memperjuangkan hak mereka tanpa segan silu dan rasa takut.

Masyarakat Melayu dan Islam Malaysia menaruh harapan yang besar kepadaUMNO yang menerajui kerajaan untuk melindungi kepentingan bangsa Melayudan agama Islam dari ancaman seperti ini. Kegiatan yang cuba memporak perandamasyarakat Malaysia berbilang bangsa perlu dibendung dan setiap kaum harusmemahami sensitiviti kaum lain.

Tanggungjawab untuk menjaga kepentingan agama dan bangsa juga tidak hanyadipikul oleh UMNO sahaja malahan parti politik pembangkang seperti PAS danKeadilan (bahkan semua pihak) juga perlu mengambil langkah yang sama. PartiPembangkang tidak seharusnya berpeluk tubuh apabila kerajaan ditekan oleh partibukan Melayu, mereka juga wajib bersatu menentang ancaman itu dan tidakmenangguk di air yang keruh. Kemungkinan sikap berdiam diri yang diambil olehparti pembangkan melayu akan dilihat juga sebagai strategi untuk mengambilhati pengundi bukan melayu menyokong mereka semasa pilihanraya.

Bangsa Melayu perlu sedar tentang ancaman ini, apatah lagi kemasukkanpendatang tanpa izin (PATI) seolah-olah tidak dapat dikawal lagi. Sekiranya kitatidak mengambil serius hal ini, kita bukan sahaja akan kehilangan maruah malahkuasa juga akan hilang nanti.

Walaupun diasak dengan hebatoleh golongan ini,belum ada kesepa-katan dari pemimpinUMNO yang ber-s u n g g u h - s u n g g u huntuk menentang an-caman ini. Dengantiadanya tentangan, iaakan memberi sema-ngat kepada golonganini untuk terus mem-perjuangkan hak me-reka tanpa segan siludan rasa takut.

Dapatkan NaskahAnda Sekarang!

Hubungi03-8926 1520

Dato' Seri Dr. Mohd Khir ToyoMenteri Besar Selangor

I s u S e m a s a

““

8