garis panduan geran penyelidikan lembaga penduduk...

26
0 | GARIS PANDUAN GP LPPKN GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (GP LPPKN) LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

Upload: others

Post on 03-Mar-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

0 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

GARIS PANDUAN

GERAN PENYELIDIKAN

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

(GP LPPKN)

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

Page 2: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

1 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

SENARAI KANDUNGAN

VISI DAN MISI ................................................................................................................ 2

BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN .................................................................................... 3

1.1. Definisi .........................................................................................................................................3

1.2. Tujuan ..........................................................................................................................................3

1.3. Kluster Penyelidikan ..................................................................................................................4

1.4. Hebahan ......................................................................................................................................4

1.5. Tempoh Penyelidikan ................................................................................................................4

1.6. Syarat-Syarat Permohonan ......................................................................................................5

1.7. Peraturan Permohonan .............................................................................................................6

1.8. Kriteria Penilaian ........................................................................................................................6

1.9. Kaedah Pembayaran .................................................................................................................7

1.10. Peraturan Kewangan .................................................................................................................8

1.11. Hasil Penyelidikan ................................................................................................................... 10

1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan ............................................. 15

BAHAGIAN 2 : PENILAIAN ......................................................................................... 16

2.1. Penilaian Permohonan ........................................................................................................... 16

BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN ................................................................................... 17

3.1. Implementasi Projek ............................................................................................................... 17

3.2. Pengawalan Projek ................................................................................................................. 17

3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan ............................................................... 18

3.4. Penalti ....................................................................................................................................... 18

BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN ...................................................................................... 19

4.1. Pemberitahuan Keputusan .................................................................................................... 19

4.2 Menandatangani Perjanjian ................................................................................................... 19

BAHAGIAN 5 : PERANAN ........................................................................................... 21

5.1. Peranan Ketua Penyelidik ...................................................................................................... 21

BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN .............................................. 22

6.1. Tajuk Penyelidikan .................................................................................................................. 22

6.2. Ulasan Literatur ....................................................................................................................... 22

6.3. Objektif ...................................................................................................................................... 22

6.4. Kepentingan Penyelidikan ..................................................................................................... 22

6.5. Metodologi ................................................................................................................................ 23

6.6. Rujukan ..................................................................................................................................... 23

6.7. Carta Perbatuan ...................................................................................................................... 23

6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan ..................................................................................... 24

Lampiran A .................................................................................................................. 25

Page 3: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

2 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

VISI DAN MISI

VISI LPPKN

Menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga

MISI LPPKN

Memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif melalui

dasar, kajian demografi keluarga, program dan perkhidmatan

Page 4: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

3 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN

1.1. Definisi

Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) ini adalah merupakan satu dana

penyelidikan yang diwujudkan oleh LPPKN untuk penyelidik menjalankan

projek penyelidikan dalam tiga bidang utama iaitu kependudukan,

kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

1.2. Tujuan

Tujuan GP LPPKN adalah: -

1.2.1. Menggalakkan penerokaan idea/ teori/ konsep/ proses baru

seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu,

penciptaan dan penemuan baru yang inovatif dan terkini.

1.2.2. Meningkatkan kapasiti dan kemahiran penyelidik LPPKN dalam

rangka persediaan LPPKN sebagai pusat kecemerlangan

penyelidikan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan

kesihatan reproduktif yang tersohor di peringkat nasional dan

antarabangsa.

1.2.3. Memperkasakan bidang-bidang penyelidikan di LPPKN yang

memberi impak kepada keluarga, masyarakat dan negara.

1.2.4. Meningkatkan penerbitan saintifik berkaitan penyelidikan

kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

1.2.5. Menggalakkan jaringan kerjasama penyelidikan dengan pakar-

pakar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi penyelidikan

kerajaan lain.

Page 5: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

4 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

1.3. Kluster Penyelidikan

Bidang penyelidikan di bawah GP LPPKN adalah:

1.3.1. Bidang kependudukan yang merujuk kepada penyelidikan

saintifik terhadap populasi manusia seperti Fertiliti, Mortaliti,

Penuaan dan Migrasi.

1.3.2. Bidang kekeluargaan yang merujuk kepada pelaksanaan

penyelidikan dalam aspek keluarga antaranya Kesejahteraan

Keluarga, Perkahwinan dan Penceraian, Kemahiran

Keibubapaan, Struktur dan Komposisi Keluarga, serta Cabaran

Keluarga Semasa.

1.3.3. Bidang kesihatan reproduktif yang merujuk kepada

penyelidikan yang merangkumi bidang Klinikal, Biomedikal dan

Psikoseksual.

1.4. Hebahan

GP LPPKN dihebahkan melalui laman sesawang LPPKN, laman sesawang

MPRH, media sosial rasmi LPPKN dan surat hebahan kepada Institut

Pengajian Tinggi awam dan swasta (IPTA/S) dan agensi penyelidikan

kerajaan di seluruh Malaysia.

1.5. Tempoh Penyelidikan

Tempoh penyelidikan yang dicadangkan adalah dari enam (6) bulan

sehingga dua puluh empat (24) bulan mengikut keperluan penyelidikan.

Kelulusan untuk melanjutkan tempoh penyelidikan adalah tertakluk kepada

pertimbangan jawatankuasa yang berkaitan di LPPKN.

Page 6: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

5 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

1.6. Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan geran ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di

IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan dengan syarat-syarat berikut:

i. Ketua Penyelidik hendaklah Warganegara Malaysia;

ii. Ketua Penyelidik adalah Profesor/ Profesor Madya/ Pensyarah

Kanan/ Pegawai Penyelidik yang bertaraf tetap;

iii. Bagi Ketua Penyelidik yang bukan warganegara, dimestikan

mempunyai penyelidik bersama yang bertaraf warganegara Malaysia

kakitangan akademik/ pegawai penyelidik yang bertaraf tetap;

iv. Bagi Ketua Penyelidik yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai

penyelidik bersama kakitangan akademik/pegawai penyelidik yang

bertaraf tetap;

v. Ketua Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek

penyelidikan dalam masa yang sama. Sekiranya Ketua Penyelidik

mendapat lebih dari satu (1) geran, maka penyelidik berkenaan

hanya dibenarkan menjadi ahli sahaja dalam penyelidikan tersebut;

vi. Ketua Penyelidik perlulah menghantar Laporan Akhir Penyelidikan

kepada LPPKN sebelum membuat permohonan penyelidikan yang

baru; dan

vii. Setiap projek penyelidikan yang dimohon diharap dapat melahirkan

Modal Insan dalam penyelidikan. Sehubungan dengan itu, sekurang-

kurangnya seorang penyelidik hendaklah terdiri daripada pegawai

LPPKN.

Page 7: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

6 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

1.7. Peraturan Permohonan

i. Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang

menepati bidang penyelidikan, dan syarat permohonan serta

peraturan kewangan yang dinyatakan LPPKN.

ii. Semua permohonan hendaklah disokong oleh pihak yang

bertanggungjawab di IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan

masing-masing untuk pertimbangan LPPKN. Hanya permohonan

yang disokong oleh IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan sahaja

yang akan dipertimbangkan oleh LPPKN.

iii. Semua permohonan yang disenarai pendek perlu dibentangkan

kepada Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN.

iv. Bagi projek penyelidikan yang melibatkan manusia dan haiwan,

projek tersebut perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Etika

universiti masing-masing.

1.8. Kriteria Penilaian

Pemilihan projek penyelidikan akan dinilai berdasarkan kepada kriteria

berikut:

i. Penyelidikan yang dimohon mestilah merupakan penyelidikan yang

dapat menghasilkan idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ modul

baharu; atau

ii. Penyelidikan yang dapat menghasilkan sesuatu penemuan baru

yang berupaya membangun atau meningkatkan kualiti perkhidmatan

LPPKN kepada institusi keluarga di negara ini; atau

Page 8: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

7 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

iii. Hasil penyelidikan berupaya menambah baik dasar sedia ada

supaya sentiasa relevan dengan trend dan perkembangan isu

kependudukan dan kekeluargaan semasa; atau

iv. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan

kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan institusi

keluarga di negara ini; dan

v. Penyelidikan mempunyai elemen kolaborasi bersama penyelidik

LPPKN untuk tujuan pertukaran pengetahuan (knowledge transfer)

dalam mana-mana aspek berkaitan penyelidikan.

1.9. Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berdasarkan kepada peringkat

kemajuan penyelidikan.

Bil. Fasa Peratusan Bayaran

6 bulan 12 bulan 24 bulan

1. Setelah selesai

menandatangani Surat

Tawaran dan Kontrak

Perjanjian GP LPPKN.

30% 30% 30%

2. Penyerahan Laporan Insepsi

dan Laporan Kewangan.

30%

(bulan ke-2)

30%

(bulan ke-2)

30%

(bulan ke-2)

3. Penyerahan Laporan

Interim/1 dan Laporan

Kewangan.

30%

(bulan ke-4)

20%

(bulan ke-6)

10%

(bulan ke-8)

4. Penyerahan Laporan Interim

2 dan Laporan Kewangan.

10%

(bulan ke-14)

5. Penyerahan Draf Laporan

Akhir dan Laporan

Kewangan.

10%

(bulan ke-10)

10%

(bulan ke-20)

Page 9: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

8 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

6. Setelah selesai

pembentangan Laporan Akhir

dan penyerahan Laporan

Akhir Penyelidikan, Laporan

Kewangan, ringkasan

penyelidikan, CD yang

mengandungi data mentah

dan kertas pembentangan

penyelidikan.

10%

(bulan ke-6)

10%

(bulan ke-12)

10%

(bulan ke-24)

Jumlah 100%

1.10. Peraturan Kewangan

Penyelidik dikehendaki mematuhi peraturan kewangan, perolehan dan

perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan yang diwartakan

oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Keutamaan adalah seperti

berikut :

Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

Siling upah dan elaun adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah geran.

Perjalanan dan Pengangkutan

Perjalanan domestik dan antarabangsa yang berkaitan dengan projek

tidak melebihi 15% daripada jumlah geran. Sekiranya melebihi 15%

penyelidik perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu GP

LPPKN.

Komunikasi dan Utiliti

Perbelanjaan bagi tujuan komunikasi dan utiliti dibuat atas urusan yang

berkaitan dengan penyelidikan sahaja.

Page 10: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

9 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

Sewaan

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan

barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

Bekalan dan Bahan Penyelidikan

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja

dibenarkan.

Perkhidmatan Ikhtisas

Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,

honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan

komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan

dengan pembangunan prototaip.

Aksesori dan Peralatan

Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan

keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan penyelidikan atau

pembangunan modul sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah

disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling

Perbendaharaan. Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi yang

tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. Jumlah yang

dimohon pula tidak melebihi 40% daripada jumlah geran.

Skop Pembiayaan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan,

perolehan dan perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan

termasuk perbelanjaan untuk pengendalian program bagi mana-mana

penyelidikan yang memerlukan pelaksanaan program seperti penyelidikan

tindakan yang melibatkan program intervensi. Keperluan mengadakan

program hendaklah disertakan justifikasi, perancangan aktiviti,

kandungan, pemudah cara, jangkaan output dan perbelanjaan terlibat

serta lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

Page 11: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

10 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

1.11. Hasil Penyelidikan

1.11.1. Penyerahan Laporan Insepsi

i. Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan insepsi

kepada LPPKN dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh

mula perjanjian Geran Penyelidikan; dan

ii. Laporan merangkumi peringkat awal penyelidikan yang telah

dilaksanakan seperti berikut:

a. struktur organisasi pasukan penyelidik, peranan dan

tanggungjawab setiap penyelidik;

b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif, skop,

metodologi, analisis data kajian dan jangkaan hasil kajian;

dan

c. sorotan kajian (literature review) yang terkini dan

komprehensif dalam bidang berkaitan.

1.11.2. Penyerahan Laporan Interim

i. Tempoh penyelidikan 6 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim dalam

tempoh empat (4) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran

Penyelidikan;

ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim dalam

tempoh enam (6) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran

Penyelidikan;

iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim 1

dalam tempoh lapan (8) bulan dan laporan interim 2 dalam

tempoh 14 bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran

Penyelidikan; dan

Page 12: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

11 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

iv. Laporan merangkumi kemajuan peringkat penyelidikan

antaranya seperti pembinaan instrumen/modul/program

intervensi, pelaksanaan kajian rintis, kerja lapangan

sebenardan pelaksanaan kajian rintis.

1.11.3. Draf Laporan Akhir

i. Tempoh penyelidikan 6 bulan

Tidak berkenaan;

ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan draf laporan akhir

dalam tempoh sepuluh (10) bulan daripada tarikh mula

perjanjian Geran Penyelidikan;

iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan draf laporan akhir

dalam tempoh dua puluh (20) bulan daripada tarikh mula

perjanjian Geran Penyelidikan; dan

iv. Draf laporan akhir ini hendaklah mengandungi penulisan

lengkap keseluruhan penyelidikan termasuk penemuan hasil

penyelidikan.

1.11.4. Penyerahan Laporan Akhir

i. Tempoh penyelidikan 6 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam

tempoh enam (6) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran

Penyelidikan;

ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam

tempohdua belas (12) bulan daripada tarikh mula perjanjian

Geran Penyelidikan; dan

Page 13: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

12 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan

Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam

tempoh dua puluh empat (24) bulan daripada tarikh mula

perjanjian Geran Penyelidikan.

1.11.5. Format Penulisan Laporan Akhir

i. Laporan hendaklah ditulis dalam dwibahasa; Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris sepenuhnya;

ii. Kertas bersaiz A4 dan berwarna putih;

iii. Penaipan (Font):

a. ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang dengan kedudukan

‘justify’

b. ‘Times New Roman’ bersaiz 14, ‘bold’ dan ‘CAPITAL

LETTER’ bagi Heading 1

c. ‘Times New Roman’ bersaiz 14 dan ‘bold’ bagi Heading

2;

iv. Selang baris: 1.5 spacing. Manakala 1.0 spacing digunakan

untuk Abstrak dan Rujukan;

v. Ukuran: Ukuran setiap muka surat seperti berikut:

a. Atas : 2.5cm daripada jidai atas

b. Bawah : 2.5cm daripada jidai bawah

c. Kanan : 2.5cm daripada jidai kanan

d. Kiri : 4.0cm daripada jidai kiri;

vi. Format Am: Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali

subtajuk;

Page 14: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

13 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

vii. Penjilidan: Kulit laporan hendaklah dijilidkan menggunakan

‘matt art card’ dan format kulit laporan penyelidikan adalah

seperti Lampiran A;

viii. Tulang Kulit:

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah

dicetak dengan jenis huruf yang sama pada muka hadapan

laporan penyelidikan dan hendaklah mengikut susunan

berikut:

a. Tahun

b. Tajuk penyelidikan

c. Logo LPPKN

d. Logo IPTA/S atau agensi penyelidikan kerajaan

Contoh tulang kulit:

ix. Sistem Rujukan

Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah

ditulis mengikut sistem American Psychological Association

(APA) yang terkini.

1.11.6. Pembentangan Laporan Akhir

i. Penyelidik dikehendaki membentangkan laporan akhir

penyelidikan kepada Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN

pada bulan terakhir sebelum tamat tempoh penyelidikan; dan

ii. Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir yang

telah ditambah baik kepada LPPKN dalam tempoh satu (1)

bulan selepas pembentangan laporan akhir. Laporan

hendaklah diserahkan sebanyak tiga (3) salinan dalam bentuk

Perfect Binding dan soft copy (CD-ROM). Perkara-perkara

berikut hendaklah disertakan di dalam CD-ROM:

2021 TAJUK PENYELIDIKAN

Page 15: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

14 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

a. Ringkasan eksekutif penyelidikan

b. Laporan penuh penyelidikan dan penemuan

c. Data mentah penyelidikan

d. Kertas pembentangan penyelidikan

e. Laporan kewangan

f. Laporan aset

1.11.7. Modal Insan

Setiap projek mesti melahirkan seorang penyelidik dalam kalangan

pegawai LPPKN.

1.11.8. Penerbitan

Setiap projek hendaklah menghasilkan sekurang-kurangnya satu

(1) penerbitan dalam jurnal berindeks. Penghargaan kepada GP

LPPKN mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.

Hasil penyelidikan adalah menjadi hak bersama LPPKN dan

penyelidik. Penyelidik boleh menerbitkan hasil penyelidikan

tersebut setelah mendapat kebenaran LPPKN. Penyelidik juga

perlu menyatakan dengan jelas hasil penyelidikan adalah hak milik

penyelidik bersama LPPKN.

1.11.9. Harta Intelek

Penyelidik boleh memohon pendaftaran Harta Intelek sama ada di

peringkat tempatan atau antarabangsa setelah mendapat

kelulusan LPPKN. Segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta

Intelek adalah di bawah tanggungjawab IPTA/S dan agensi

penyelidikan kerajaan.

Harta Intelek hasil GP LPPKN menjadi hak milik IPTA/S atau

agensi penyelidikan kerajaan bersama LPPKN.

Page 16: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

15 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

1.11.10. Penghasilan Modul Program dan Instrumen Penyelidikan

Modul Program dan Instrumen Penyelidikan adalah menjadi hak

milik LPPKN. Sebarang penggunaan di masa hadapan

memerlukan kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah

LPPKN.

1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan

Pihak LPPKN akan memaklumkan tarikh buka dan tutup permohonan GP

LPPKN melalui laman sesawang LPPKN, laman sesawang MPRH, media

sosial rasmi LPPKN dan surat hebahan kepada Institut Pengajian Tinggi

awam dan swasta (IPTA/S) dan agensi penyelidikan kerajaan di seluruh

Malaysia.

Page 17: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

16 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 2 : PENILAIAN

2.1. Penilaian Permohonan

2.1.1. Permohonan GP LPPKN akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal

dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN.

Mesyuarat jawatankuasa ini akan dilaksanakan pada bila-bila

masa secara berperingkat.

2.1.2. Penilaian oleh jawatankuasa berkaitan adalah berdasarkan

syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain

garis panduan jika berkaitan.

2.1.3. Permohonan yang disenarai pendek perlu melalui satu (1) sesi

pembentangan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu

GP LPPKN. Proses ini bertujuan untuk menilai kertas cadangan

terbaik untuk ditawarkan GP LPPKN serta menjamin kualiti kertas

cadangan. Segala kos berkaitan perjalanan dan penginapan

penyelidik ke sesi pembentangan ini tidak akan ditanggung oleh

pihak LPPKN.

Page 18: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

17 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN

3.1. Implementasi Projek

Semua projek yang diluluskan di bawah GP LPPKN akan dipantau dari

aspek prestasi pelaksanaan dan kewangan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pemandu GP LPPKN.

3.2. Pengawalan Projek

Penyelidik hendaklah menghantar laporan prestasi penyelidikan kepada urus

setia GP LPPKN yang terdiri daripada :

i. Laporan prestasi projek mengikut fasa berikut:

BIL.

FASA MENGIKUT

TEMPOH

PENYELIDIKAN

PERATUSAN KEMAJUAN

6 Bulan 12 Bulan 24 Bulan

1. Laporan Insepsi 20%

(bulan ke-2)

20%

(bulan ke-2)

20%

(bulan ke-2)

2. Laporan Interim/1 50%

(bulan ke-4)

50%

(bulan ke-6)

30%

(bulan ke-8)

3. Laporan interim 2 30%

(bulan ke-14)

4. Draf Laporan Akhir 20%

(bulan ke-10)

10%

(bulan ke-20)

5. Laporan Akhir 30%

(bulan ke-6)

10%

(bulan ke-12)

10%

(bulan ke-24)

Jumlah 100%

Page 19: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

18 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

ii. Pemakluman status penghantaran satu (1) artikel jurnal kepada

jurnal berindeks berkaitan penyelidikan dihantar dalam tempoh satu

(1) bulan selepas penyelidikan dibentang.

3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis sekurang-kurangnya satu (1)

bulan dari tarikh tamat kontrak. Tempoh perlanjutan yang dibenarkan adalah

hanya sehingga (1) bulan dari tarikh akhir yang telah ditetapkan dalam

kontrak perjanjian.

3.4. Penalti

i. Setiap IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan perlu memastikan

semua projek perlu mencapai prestasi pelaksanaan dan kewangan

yang memuaskan berdasarkan carta perbatuan;

ii. Ketua Penyelidik yang telah dikenal pasti bermasalah akan disenarai

hitam bagi tempoh dua (2) tahun sebelum diberi kebenaran untuk

membuat permohonan geran yang baharu;

iii. Prestasi projek perlu mencapai modal insan dan penerbitan seperti

dalam cadangan yang telah diluluskan; dan

iv. Kegagalan penyelidik melaksanakan projek mengikut kelulusan yang

telah diberikan dan/ atau gagal membuat pembetulan apabila

diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa GP LPPKN akan

membolehkan kelulusan yang diberikan kepada penyelidik

dibatalkan pada bila-bila masa dan penyelidik perlu membayar

keseluruhan jumlah geran yang telah diberikan sebelum ini.

Page 20: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

19 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN

4.1. Pemberitahuan Keputusan

4.1.1. Surat kelulusan projek akan disampaikan kepada Naib Canselor

Universiti/ Ketua Jabatan dan sesalinan surat kelulusan akan

dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti dan

pemohon.

4.1.2. Setelah pemohon menerima surat tawaran GP LPPKN, pemohon

perlu memberi maklum balas kepada LPPKN dengan

mengembalikan borang jawapan dalam tempoh lima (5) hari

bekerja. Sekiranya urus setia GP LPPKN tidak menerima

sebarang maklum balas, tawaran dianggap terbatal.

4.1.3. Pembayaran secara berperingkat akan dibuat kepada IPTA/S

atau agensi penyelidikan kerajaan setelah surat kelulusan GP

LPPKN dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang

diluluskan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN.

4.1.4. Keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN

adalah muktamad.

4.2 Menandatangani Perjanjian

4.2.1. Satu sesi menandatangani perjanjian penyelidikan akan

dilaksanakan antara LPPKN dan Ketua Penyelidik di Bahagian

Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK), Aras 16,

Bangunan LPPKN. Segala kos berkaitan kehadiran pemohon ke

LPPKN adalah dalam tanggungan pemohon sendiri.

Walaubagaimanapun sesi menandatangani perjanjian ini adalah

tertakluk kepada situasi semasa.

Page 21: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

20 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

4.2.2. Sebanyak lima (5) salinan perjanjian GP LPPKN perlu

ditandatangani oleh LPPKN dan pemohon yang berjaya:-

i. Dua (2) salinan perjanjian untuk simpanan LPPKN;

ii. Dua (2) salinan perjanjian untuk pemohon; dan

iii. Satu (1) salinan perjanjian untuk simpanan Unit

Perundangan LPPKN.

4.2.3. LPPKN akan menguruskan proses “mematikan” setem dan

salinan perjanjian tersebut akan diserahkan kepada pemohon

setelah proses dilaksanakan.

4.2.4. Ketua Penyelidik hendaklah membawa bersama salinan kad

pengenalan dan salinan maklumat akaun Bendahari IPTA/S atau

Unit Kewangan agensi penyelidikan kerajaan.

Page 22: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

21 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 5 : PERANAN

5.1. Peranan Ketua Penyelidik

5.1.1. Membuat permohonan;

5.1.2. Menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah

diluluskan;

5.1.3. Menghantar laporan kewangan, prestasi penyelidikan dan laporan

akhir seperti yang dikehendaki dalam garis panduan melalui Pusat

Pengurusan Penyelidikan Universiti atau agensi penyelidikan

kerajaan masing-masing;

5.1.4. Mengurus program penyelidikan dan penyelidik; dan

5.1.5. Setelah tamat tempoh geran penyelidikan, sekiranya terdapat

keperluan, penyelidik pada bila-bila masa dikehendaki

membentangkan hasil penyelidikan dalam mana-mana

seminar/ persidangan/ bengkel/ mesyuarat anjuran LPPKN.

Page 23: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

22 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN

6.1. Tajuk Penyelidikan

6.1.1. Tajuk merupakan permasalahan dalam penyelidikan dan

pemilihan tajuk penyelidikan adalah berdasarkan perkara yang

ingin dikaji oleh penyelidik.

6.1.2. Tajuk hendaklah ringkas, tepat dan jelas menggambarkan

penyelidikan yang dijalankan.

6.2. Ulasan Literatur

6.2.1. Rujukan hendaklah relevan dan dalam skop lingkungan isu

penyelidikan yang dijalankan.

6.2.2. Rujukan mestilah meliputi isu penyelidikan yang dijalankan dan

berkaitan dengan persoalan penyelidikan.

6.2.3. Rujukan mestilah dianalisis dan diolah berdasarkan penyelidikan

yang dijalankan.

6.3. Objektif

Bahagian ini menjelaskan objektif penyelidikan yang boleh diukur dan

menyatakan hasil yang dijangka.

6.4. Kepentingan Penyelidikan

Bahagian ini menerangkan tentang faedah penyelidikan yang dilakukan.

Kepentingan penyelidikan yang dijalankan haruslah dapat membantu LPPKN

dalam menambah baik sesuatu program, pendekatan dan dasar yang sedia

ada.

Page 24: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

23 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

6.5. Metodologi

Metodologi penyelidikan menjelaskan tentang rekabentuk penyelidikan yang

akan dijalankan. Ia perlu mempunyai teknik analisa data dan kaedah

penyelidikan secara terperinci. Terdapat enam (6) bahagian utama yang

perlu dibentangkan iaitu:

i. Lokasi penyelidikan;

ii. Pemilihan sampel;

iii. Pembinaan instrumen;

iv. Pengumpulan data;

v. Pengukuran pemboleh ubah; dan

vi. Penganalisisan data.

6.6. Rujukan

6.6.1. Bahan rujukan mestilah dalam lingkungan sehingga 5 tahun ke

belakang sahaja.

6.6.2. Teknik penulisan rujukan menggunakan format American

Psychological Association (APA).

6.7. Carta Perbatuan

6.7.1. Menjelaskan perancangan jangka masa bagi proses penyelidikan.

Ianya penting bagi penyelidik merangka dan membentangkan

proses penyelidikan yang akan dilakukan dan peruntukan

kewangan.

6.7.2. Tempoh adalah bergantung kepada jenis penyelidikan yang akan

dilakukan dan peruntukan kewangan.

Page 25: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

24 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan

Penjelasan secara terperinci mengenai peruntukan kewangan yang

diperlukan dalam menjalankan penyelidikan seperti dalam perenggan 1.10.

Page 26: GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA PENDUDUK …rimc.uum.edu.my/images/Garis_Panduan_GP_LPPKN_Pemohon.pdf · 2021. 1. 17. · b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif,

25 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N

Lampiran A

ANALISIS PENCERAIAN DI MALAYSIA

IRDINA MANSOR

MOHD NASIR TAIB

DISEMBER 2021*

*Nota: Bulan Penyerahan Laporan Akhir