buletin informasi perbadanan putrajaya … 2 2017.pdf · sambutan bulan ramadan di putrajaya. ......

14
1 BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA KELUARAN 2/2017 EDISI BAHARU BULETIN PPj

Upload: hoangbao

Post on 23-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

1

BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA

KELUARAN 2/2017EDISI BAHARU

BULETINPPj

Page 2: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, E-Buletin PPj Bil. 2/2017 dapat diterbitkan bagi mengimbas dan merekodkan beberapa peristiwa dan acara penting berkaitan PPj sepanjang bulan April hingga Jun 2017.

Beberapa peristiwa penting yang direkodkan dalam edisi kali ini termasuk Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih, Presint 17 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 19 Jun 2017 bagi 1,000 unit pertama daripada keseluruhan 17,530 unit kediaman PPA1M yang akan dibina di Putrajaya menerusi tiga fasa projek pembangunannya. Putrajaya merupakan peneraju bagi projek PPA1M di mana kemajuan pembangunannya bagi kawasan Putrajaya yang diuruskan oleh PPj telah mendahului kemajuan projek-projek PPA1M di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Sepanjang bulan April hingga Jun 2017, lebih 315,000 orang pengunjung telah membanjiri Kompleks PPj dan Dataran Putrajaya, Presint 3 menerusi pelbagai acara yang dianjurkan di kawasan ini antaranya yang utama termasuk Festival Ramadan Putrajaya 2017 dan Rumah Terbuka Aidilfitri Putrajaya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang bahan berita bagi penerbitan E-Buletin PPj edisi ini.

Salam hormat,

Tengku Aina

SEPATAH DUA KATAKETUA EDITOR

YM Tengku Aina binti YTM Tengku Ismail Shah

Puan Haryani binti Kaulan

Encik Amran bin Ashaari

Puan Zuraida binti Zainol

Encik Khalilurrahman bin Kamaruz-zaman

Encik Adi Khirman bin Marji

Puan Nur Nisha binti Mohd Idrus

Encik Mohd Faizal bin Ab. Wahab Chu

Puan Anita binti Abu Bakar

Puan Zakiyah binti Adon

Encik Zulhisyam bin Zakaria

Puan Nor Azimah binti Jamaluddin

Encik Mohd Fairus bin Mohd Padzil

Puan Fadhlul Jannah binti Abd Karim

Puan JaneJasmin binti Benjamin Yuen

Encik Rosmaidi bin Rimin

Encik Asmawi bin Ahmad

Puan Norhaliza binti Hanifah

Puan Wan Aslina binti Wan Awang

Encik Muhammad Shurazi bin Sukhur

KETUA EDITOR

EDITOR

URUS SETIA SOKONGAN TEKNIKAL (ICT)

GRAFIK DAN REKA BENTUK

PENULIS

REDAKSISidang

Page 3: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

3

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

ISI KANDUNGAN

PERTANYAAN

• Hari Sarapan terbesar Milo 2017 meriah

• Laman Iftar tarikan utama pengunjung Festival Ramadhan Putrajaya 2017

• 20,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Putrajaya

• Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2017 tawar hadiah lumayan

• Wetland bukan sekadar tasik

• PM serah kunci PPA1M Selasih

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

13

14

• Ratusan ekor burung merbuk berlagu di Putrajaya

• Kempen Pengurangan Sisa Organik Melalui Pengkomposan terap kesedaran

• Presiden PPj turun padang periksa 12 restoran di Putrajaya

• Pelbagai aktiviti ceriakan ahli

• Seminar Kesihatan Wanita PUSPANITA

• Perbadanan Putrajaya agih bubur lambuk

putrajaya

putrajayacorp

perbadananputrajaya

perbadananputrajaya

+perbadananputrajaya

Sidang redaksi Buletin Perbadanan Putrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca.

Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada [email protected]

Bahagian Komunikasi Korporat,Jabatan Perkhidmatan Korporat,Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Page 4: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

4

Acara penutup sempena Hari Sarapan Terbesar Milo 2017 di Anjung Floria mencatat kunjungan teramai iaitu 25,000 peserta termasuk peserta aktiviti larian.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Philomena Ta, secara keseluruhannya acara yang dijalankan selama dua bulan termasuk di beberapa lokasi lain berjaya menarik lebih dari 60,000 warga Malaysia.

Philomena berkata, objektif sebenar Sarapan Bersama Milo ini adalah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa agar lebih pentingkan sarapan berkhasiat. Dalam acara ini, pengunjung bukan hanya berpeluang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan dengan pelbagai aktiviti menarik, malah menikmati sarapan berkhasiat yang disediakan oleh pihak Milo.

Diharapkan dengan acara ini sedikit sebanyak menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat dengan bersarapan. Amalan bersarapan

HARI SARAPAN TERBESARMILO 2017 MERIAH

Aktiviti Komuniti, Sukan dan Komersial

bukan hanya penting buat golongan dewasa, malah ia lebih diperlukan oleh golongan kanak-kanak.

Berdasarkan kajian, seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kalori pada hari persekolahan biasa. Tenaga digunakan sama banyak seperti aktiviti mendaki gunung, berenang 50 pusingan atau berlari separuh maraton.

Disebabkan perkara tersebut, pihak Milo menyasarkan untuk mendidik ibu bapa di seluruh negara tentang keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, selain menggalakkan amalan bersarapan dalam kalangan masyarakat secara keseluruhannya.

Selain sarapan percuma kepada orang ramai, acara larian sejauh tiga dan lima kilometer turut dianjurkan. Di samping itu juga, senamrobik, demonstrasi penyediaan Bento oleh Chef Selebriti, Brian dan cabutan bertuah serta pencarian harta karun juga diadakan.

Page 5: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

5

LAMAN IFTAR TARIKAN UTAMA PENGUNJUNG FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2017

Acara di Putrajaya

Festival Ramadan Putrajaya 2017 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) telah memasuki tahun kelima penganjuran dan menjadi alternatif kepada masyarakat sekitar Putrajaya bagi membuat persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Festival yang bermula sejak 27 Mei 2017 dan berakhir 24 Jun 2017 masih menggunakan tiga lokasi berbeza seperti tahun sebelumnya iaitu Persiaran Perdana bagi barangan keperluan hari raya, perkarangan Kompleks PPj dan tapak Bazaar Ramadan bersebelahan Istana Kehakiman bagi pilihan juadah berbuka puasa.

Festival yang telah diadakan sejak 2012 ini juga menjadi medium dalam mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. Pada tahun ini, festival yang dianjurkan telah diisi dengan gabungan aktiviti perniagaan, keagamaan, pameran dan hiburan bercirikan Islam sebagai sebuah program bertepatan konsep Wasatiyyah di mana kita diajar mengawal nafsu serta bersederhana di bulan Ramadan.

Komponen utama Festival tahun ini terdiri daripada 300 unit gerai Bazaar Ramadan, 200 unit gerai jualan persiapan raya serta pelbagai program-program kerohanian menerusi anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Manakala tarikan utama pengunjung adalah Laman Iftar, dimana para pengunjung berpeluang untuk berbuka puasa dan moreh dalam suasana santai Bersama keluarga dan rakan-rakan di padang berhadapan Kompleks PPj. Selain daripada itu, PPj turut mengedarkan air zam-zam dan kurma secara percuma kepada pengunjung.

Page 6: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

6

Acara di Putrajaya

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung.

Majlis anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan UMNO Putrajaya ini telah berlangsung di perkarangan kompleks PPj bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. Majlis ini dianjurkan secara bersama bagi memperkukuhkan lagi interaksi dan hubungan mesra antara pemimpin dengan rakyat dan sesama masyarakat.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, majlis rumah terbuka yang diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan sejak tahun 2010 lagi diadakan bagi meraikan seluruh lapisan masyarakat untuk sama-sama merasai kemeriahan Aidilfitri. Disamping itu juga ia merupakan salah satu platform untuk merapatkan hubungan antara pihak kementerian dan orang ramai.

20,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PUTRAJAYA

Lebih 15 juadah istimewa disajikan kepada tetamu antaranya lemang, rendang ayam, kuetiau goreng, mee kari, laksa, kambing golek, durian, air kelapa dan teh panas.

Pada majlis ini juga, Tengku Adnan turut menyerahkan duit raya sumbangan YWP berjumlah RM60,000 untuk 3,000 kanak-kanak termasuk anak yatim di sekitar Putrajaya.

Page 7: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

7

Program Pelancongan

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PELANCONGAN PUTRAJAYA 2017 TAWAR HADIAH LUMAYANPerbadanan Putrajaya (PPj) buat julung-julung kalinya menganjurkan “Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2017”, bermula 1 April – 7 Julai 2017.

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang memaparkan seni bina bangunan yang unik dan keindahan landskap semulajadi menggunakan medium fotografi.

“Pertandingan ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada para peserta mengenai produk-produk pelancongan yang terdapat di Putrajaya seperti taman-taman awam, tasik serta wetland yang menawarkan kepelbagaian flora dan fauna di samping mengumpul koleksi gambar-gambar pelancongan Putrajaya”, menurut YBhg. Datuk Seri Hj. Hasim Bin Hj. Ismail, Presiden PPj di Majlis Pelancaran Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2017 berlangsung di

Perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

“Penyertaan pertandingan adalah percuma dan pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu kategori Senibina Putrajaya, kategori Alam Semula Jadi atau Landskap Putrajaya dan kategori Fotografi Dron yang memaparkan keindahan landskap bandar raya Putrajaya dari pandangan udara melalui penggunaan dron”.

“Pertandingan kategori dron ini merupakan kategori yang pertama dipertandingkan di Malaysia dan sudah tentu akan memberi cabaran kepada para peserta yang bertanding”, katanya lagi.

Juara Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2017 bagi setiap kategori bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM4,000, Naib Juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 berserta hadiah saguhati bernilai RM200. Nilai terkumpul bagi keseluruhan hadiah pertandingan ini dianggarkan berjumlah RM34,000.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Rahimi Rejab dan Ketua Editor MyPutrajayaNews, En. Zamie Bin Suboh yang juga merupakan penaja hadiah iringan penganjuran Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2017.

Page 8: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

8

Wetland bukan sekadar tasikPengurusan ekosistem tasik dan tanah lembab (wetland) yang dikendalikan Perbadanan Putrajaya (PPj) di kawasan berkeluasan 200 hektar berbaloi kerana ia terbukti dapat menjaga kelestarian alam semulajadi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Hasilnya kualiti air, kepelbagaian organisma dan keadaan hidrologi sistem air yang baik dapat diwujudkan dan diuruskan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail berkata, Tasik dan Wetland Putrajaya (TWP) adalah taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia.

Beliau berkata, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Putrajaya, Jabatan Perancangan Bandar, PPj ditugaskan untuk memantau fauna di TWP malah, ia mula dilaksanakan secara berkala sejak 2002.

“Pemantauan fauna penting kerana data-data fauna sebuah ekosistem buatan baru dapat direkod dan dinilai dari aspek evolusi kepelbagaian biologi sejak awal pembangunan Putrajaya hinggalah ke hari ini”.

“Data-data ini memberi petunjuk status semasa ekosistem serta juga menjadi asas dan panduan pihak pengurusan PPj untuk membuat keputusan bagi menambahbaik keadaan semasa,” katanya.

Hebahan Perhubungan Awam

Katanya, TWP yang dikenali sebagai sebuah ekosistem akuatik perbandaran turut mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada pihak UNESCO-International Hydrological Program (IHP) sejak tahun 2010 sebagai tapak demonstrasi program ekohidrologi antarabangsa.

Hasim berkata, pelbagai tarikan sampingan untuk orang awam dan pengunjung di Taman Wetland yang terletak di Presint 13 termasuk Menara Pandang Jauh berketinggian 18 meter, denai semula jadi, kolam flamingo, tasik angsa, kawasan berkelah dan tapak perkhemahan.

Menurutnya, Taman Wetland Putrajaya juga menawarkan kemudahan seperti sewaan basikal dan tram bagi pengunjung yang ingin menikmati dengan menerokai sendiri keindahan taman wetland.

“Aktiviti beriadah di taman menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia pada masa kini. Kami menyediakan caj bayaran berpatutan untuk basikal adalah RM8 sejam (hari biasa); RM10 sejam (hari minggu) manakala, caj bayaran untuk perkhidmatan tram pula adalah RM5 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak seorang.

“Selain itu, jika anda berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk melawati ke Pusat Penghayatan Alam (Nature Interpretive Centre). Di sini pengunjung akan dapat menikmati keindahan wetland secara interaktif,” katanya.

Page 9: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

9

Perancangan dan Pembangunan Bandar

PM serah kunci PPA1M Selasih,Presint 17 PutrajayaPerdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menyerah kunci kepada pemilik-pemilik Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) Selasih, di Presint 17 Putrajaya dalam satu majlis khas yang diadakan pada 19 Jun 2017.

Projek PPA1M Selasih ini merupakan projek fasa 1 yang menyediakan 1,000 unit pangsapuri yang terdiri daripada 424 unit berkeluasan 1,000 kps, 288 unit berkeluasan 1,200 kps dan 288 unit berkeluasan 1,500 kps.

Hadir bersama ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail.

Harga PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran dan bernilai di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan. Nilai subsidi yang disediakan oleh

kerajaan adalah di antara RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada keluasan

Selain daripada itu, Kerajaan telah menetapkan kadar bayar bulanan yang munasabah untuk menyelenggara PPA1M iaitu sebanyak RM0.16 sen sekaki persegi bagi meringankan beban penjawat awam.

Pemohon-pemohon yang telah berjaya ditawarkan untuk memiliki kediaman PPA1M Selasih Presint 17 rata-ratanya penjawat awam daripada kumpulan gred 41 ke bawah.

Secara keseluruhannya, PPA1M ini menyasarkan pembinaan lebih 126 ribu unit kediaman untuk penjawat awam di seluruh negara. Setakat ini 3,563 unit telah siap untuk diduduki, dan bakinya sedang giat diusahakan secara berperingkat. Bagi projek PPA1M di Putrajaya, Kerajaan telah merancang sebanyak 17,530 unit PPA1M yang dibangunkan di dalam tiga fasa bagi dimiliki oleh 90,000 orang apabila ianya siap sepenuhnya.

Page 10: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

10

Tuah gurindam merbuk milik Mohd Yashfin Nor Iman apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Gurindam Merbuk Putrajaya 2017 bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya, setelah empat kali mencuba sebelum ini.

Beliau tidak menyangka untuk penyertaan pada tahun ini tuah menyebelahinya kerana mampu bersaing dengan cemerlangnya bersama lebih daripada 500 peserta lain. Beliau turut berharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan supaya lebih ramai peminat gurindam merbuk dapat hadir untuk memeriahkan lagi pertandingan seumpama ini.

Dalam pada itu, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada para peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang berlangsungnya acara.

Penganjuran Gurindam Merbuk Putrajaya kali ini merupakan penganjuran kali ke-5 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Seni Merbuk Malaysia. Pertandingan ini bertujuan mengumpul semua penggemar burung merbuk dan secara tidak langsung meningkatkan kedatangan pelancong di Putrajaya.

Seramai 315 peserta bertanding dalam kategori A (burung merbuk suara kasar), kategori B (burung merbuk suara sederhana), kategori C (burung merbuk suara halus) dan kategori remaja dalam menonjolkan keunikan dan kelunakan melodi suara burung merbuk masing-masing.

Perancangan dan Pembangunan Landskap Program Taman

RATUSAN EKOR BURUNG MERBUK BERLAGUDI PUTRAJAYA

Page 11: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

11

KEMPEN PENGURANGAN SISA ORGANIK MELALUI PENGKOMPOSAN TERAP KESEDARANBuat julung kalinya Perbadanan Putrajaya telah melancarkan kempen pengurusan sisa pepejal dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. iaitu Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan. Majlis pelancaran telah diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Festival Ramadan Putrajaya 2017.

Tahun 2017 bakal menjadi titik tolak bagi PPj dalam usaha menangani masalah sisa makanan apabila melancarkan Kempen Pengurusan Sisa Organik yang akan di proses menjadi baja kompos. Dengan adanya kempen ini, PPj berharap dapat meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tempatan untuk mengelakkan pembaziran serta kepentingan penjagaan alam sekitar.

Kempen ini dilihat sebagai satu inisiatif PPj untuk mengurangkan sisa organik yang dihantar ke tapak pelupusan dan dikitar semula menjadi baja kompos Putrajaya (Putra Kompos) yang dijual di Pusat Kitar Semula Putrajaya dan program serta pameran-pameran kitar semula yang diadakan di Putrajaya. Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB)

Sebagaimana lazimnya, setiap tahun PPj akan menyediakan tong MGB 120 liter untuk pembuangan sisa di sekitar Festival dan Laman Iftar. Perbezaannya pada tahun ini sebahagian daripada tong tersebut akan dilekatkan dengan sticker berwarna biru khas untuk sisa organik yang akan diproses menjadi kompos. Peniaga dan pengunjung perlu mengasingkan sisa-sisa mereka iaitu : sisa organik boleh kompos (tong dengan sticker biru) dan tong biasa (hijau) bagi sisa yang tidak boleh dikompos seperti bekas makanan dan minuman, plastik, tulang gearbox, hampas tebu, kulit kerang dsb. Sisa -sisa organik yang boleh dikompos akan dibawa ke mesin kompos di Presint 18 dan diproses menjadi Putra Kompos.

Aktiviti Penyelenggaraan

Page 12: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

12

Operasi melibatkan kekuatan 30 orang anggota ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi membudayakan pendekatan “turun padang” oleh Presiden PPj selain bagi memastikan premis makanan di Putrajaya pada tahap bersih dan selamat serta mencegah berlakunya kes keracunan makanan.

Bermula pada jam 9.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam, operasi ini menjalankan pemeriksaan terhadap 32 premis makanan. Mana-mana premis makanan yang didapati tidak mencapai gred minimum yang ditetapkan PPj, akan dikenakan notis arahan tutup bagi membolehkan pengusaha terlibat menjalankan tindakan pembersihan dengan segera dan bukan sebagai satu bentuk hukuman.

Selain itu, orang ramai juga disaran agar peka terhadap persekitaran dengan mengelakkan kunjungan terhadap premis-premis yang kotor dan melaporkan aduan premis kotor kepada PPj.

Perbadanan Putrajaya (PPj) komited menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Premis Makanan ke atas premis makanan di sekitar pusat komersial Bazar@8 dan Ayer@8, Presint 8, diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasim Hj. Ismail, Presiden PPj.

Operasi bersepadu ini merupakan pemeriksaan rutin yang dilaksanakan PPj bagi memastikan pematuhan premis-premis makanan di Putrajaya terhadap elemen-elemen penting tatacara pengendalian makanan berdasarkan peruntukkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (PPj) 1999 dan Akta Makanan 1983. Aspek-aspek pemeriksaan bukan sahaja terhad kepada kebersihan premis, malahan termasuk kesalahan-kesalahan lain seperti meletakkan struktur tambahan atau ubahsuai pada premis tanpa kebenaran, halangan di kaki lima, pembuangan sisa makanan ke dalam sistem perparitan dan tempoh sah laku lesen premis perniagaan.

PRESIDEN PPJ TURUN PADANG PERIKSA 32 RESTORAN DI PUTRAJAYA

Aktiviti Penguatkuasaan (Penguatkuasa, Alam Sekitar & Tasik)

Page 13: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

13

Program KrisPutra / PUSPANITA

Seminar Kesihatan Wanita PUSPANITA

Pelbagai aktiviti ceriakan ahli

Dewan Sri Siantan PPj20 April 20178 pagi - 2 petangPeserta dari ahli puspanita PPj, KWP dan DBKL

Aktiviti :* Ceramah Kesihatan* Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang SPM* Cabutan Bertuah* Pemeriksaan Kesihatan* Senamrobik

Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit

Page 14: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 2 2017.pdf · sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. ... bagi kategori Remaja yang dianjurkan oleh

14

Program Pegawai Muda

disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada pegawai muda dan kakitangan PPj, Krisputra, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bergotong-royong memasak dan membungkus 3,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan ke surau-surau komuniti, kawasan kejiranan dan pengunjung Festival Ramadan Putrajaya mulai jam 12.30 tengah hari hingga 6 petang.

Sebanyak 150 kilogram beras dan lebih 15 kilogram daging serta ayam kisar sebagai ramuan utama di samping daun pandan, daun kari, rempah sup, rempah kurma dan rempah nasi goreng untuk memasak bubur lambuk di dalam 15 periuk.

Program ini juga merupakan salah satu aktiviti Festival Ramadan Putrajaya dan bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan program bubur lambuk yang bermula dari jam 7.15 pagi hingga 12.30 tengah hari di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Program ini merupakan penganjuran yang ke-5 dan telah

PERBADANAN PUTRAJAYAAgih Bubur Lambuk