siri e-buku menyubur jiwa ramadan ersama ovid-19 · semesta, allah s.w.t. dalam beberapa hari lagi,...

38
RAMADAN BERSAMA COVID-19: TERKURUNG, TIDAK SEKALI TERBELENGGU Shahar, MA & Md Tahir, MF SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA Edisi Khas NASKHAH PERCUMA

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

RAMADAN

BERSAMA COVID-19:

TERKURUNG, TIDAK SEKALI TERBELENGGU

Shahar, MA & Md Tahir, MF

SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA

Edisi Khas

NASKHAH PERCUMA

Page 2: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 1

E

eISBN 978-967-16558-6-3

© Shahar & Tahir. 2020. Hak Cipta Terpelihara.

54000 Kuala Lumpur MALAYSIA

[email protected]

https://www.shahartahir.com

Page 3: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 2

Ramadan bersama COVID-19: Terkurung, Tidak Sekali Terbelenggu

(Judul Asal: Celebrating Ramadan with COVID-19: Locked Down, But Never Bogged Down)

Dr Mohammad Arif Shahar

Dr Mohd Faiz Md Tahir

2020

Page 4: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 3

Untuk barisan hadapan…

Untuk mereka yang kekal duduk di rumah…

Untuk kemanusiaan…

Page 5: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 4

Isi Kandungan Prakata ............................................................................................................. 5

Ramadan: Raikan Anugerah Tuhan .................................................................. 6

Puasa: Perisai di Siang Hari .......................................................................... 8

Tarawih ........................................................................................................ 8

Pandemik COVID-19 ....................................................................................... 10

Maqasid al-Shari’ah ................................................................................... 11

Daruriyyah .................................................................................................. 12

Menjalani Ramadan: Apa perkara yang berubah dan apa pula yang kekal

................................................................................................................... 13

Ruh Ramadan ......................................................................................... 13

Ibadah .................................................................................................... 13

Sedekah dan interaksi sosial .................................................................. 14

Semua Pihak Main Peranan ........................................................................... 16

Maklumat terkini penyakit coronavirus (COVID-19) .................................. 16

Peranan Pemimpin ..................................................................................... 24

Keutamaan ............................................................................................. 24

Maklumat mudah dan dipercayai ........................................................... 24

Empati .................................................................................................... 25

Keselamatan ........................................................................................... 25

Sokongan ................................................................................................ 26

Peranan Pengikut ....................................................................................... 28

Ketaatan ................................................................................................. 28

Penjagaan Kendiri .................................................................................. 29

Kerja Berpasukan ................................................................................... 30

Mengharapkan yang Terbaik ......................................................................... 34

Panggilan untuk kembali kepada Yang Maha Berkuasa ............................ 34

Kesimpulan ..................................................................................................... 35

Bacaan Lanjut ................................................................................................. 36

Page 6: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 5

Prakata Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam. Ia adalah bulan

memperingati turunnya wahyu terakhir dari Tuhan, iaitu al-Qur’an; 30 hari

yang diraikan dengan puasa dan ibadah. Ramadan bukan sahaja dihayati

dengan menambah ibadah bagi mendekatkan diri kepada Tuhan, malah

dengan memperbaiki hubungan sesama manusia dengan bersikap pemurah

dan bersedekah. Dalam dunia umat Islam, Ramadan ialah bulan ‘perayaan’

yang besar.

Dengan kehadiran COVID-19, Ramadan tahun ini pastinya berbeza. Cara kita

berinteraksi antara satu sama lain kian berubah apabila penjarakan sosial dan

perintah berkurung dilaksanakan. Ramai yang berpendapat bahawa akan

menyusul satu ‘norma baharu’ dalam cara kita bersosial berikutan pandemik

ini. Pastinya Ramadan kali ini dan juga pada tahun-tahun yang bakal

mendatang akan terkesan dengan ‘gaya hidup’ baharu ini.

Coretan pendek ini meneroka corak pemikiran yang perlu disesuaikan dengan

corak pemikiran yang diajar oleh al-Qur’an serta nilai-nilai Islam dalam

menghadapi situasi pandemik. Apa yang bakal dihadapi pada Ramadan kali ini

dibincangkan secara ringkas. Kerjasama erat semua yang terlibat diberi

penekanan; fokus diberi pada penyesuaian yang perlu diambil di peringkat

individu serta organisasi dalam menghadapi COVID-19 pada Ramadan kali ini.

Bagi kita, COVID-19 merupakan satu peringatan; agar manusia kembali

kepada Tuhan. Bilakah masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian

melainkan pada bulan khas di mana rahmat dan pengampunan Tuhan

didamba; Tuhan yang Maha Esa dan hanya layak disembah, Pencipta Alam

Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita

mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya tidak pernah pun

dibelenggu.

DR MOHAMMAD ARIF SHAHAR

DR MOHD FAIZ MD TAHIR

Kuala Lumpur

20 April 2020

27 Sya’ban 1441

Tahun COVID-19

Page 7: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 6

Ramadan: Raikan Anugerah Tuhan Ramadan, bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam, akan tiba dalam beberapa hari lagi. Bagi umat Islam, bulan yang mulia ini merupakan bulan keraian, menandakan turunnya wahyu, anugerah yang paling agung dari Tuhan untuk manusia.

ش ن اتم ن ي ب فيهالقرآنهدىللناسو الذيأنزل ان ض م هرر

هر منكمالش هد نش الفرق انف م ىو الهد ان نك م صمهو لي ف بكماليسر يريدالل ر امأخ نأ ي ةم ف رف عد ل ىس ريضاأ وع م

اكم د اه ل ىم برواالل ع لتك ة و لتكملواالعد و يريدبكمالعسر ل و

شكرون لكمت ل ع 185:2-و

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan

yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian

manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan

petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan

yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak

bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa

bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah

ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang

ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang

demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia

tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya

kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu

membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya

kamu bersyukur.” (2:185)1

Kita menerima al-Qur’an sebagai anugerah Ilahi yang paling agung dan

berharga kerana ia membawa manusia daripada kegelapan kepada

kebenaran; daripada kejahilan kepada petunjuk. Tuhan berkata-kata kepada

manusia melalui al-Qur’an. Daripadanya kita mempelajari hikmah dan nasihat

yang membantu manusia menyelusuri kehidupan agar berjaya di dunia ini;

dan juga di akhirat sana.

1 Terjemahan ayat Qur’an dalam buku ini diambil daripada Abdullah Muhammad Basmeih diakses melalui quran.com.

Page 8: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 7

Umat Islam meraikan Ramadan dengan berpuasa. Puasa telah diwajibkan ke

atas kita sepertimana ianya telah disyariatkan kepada golongan Muslimin

terdahulu2 (2:183). Kita juga menyambut Ramadan dengan bertafakur dan

beramal soleh.

Sesama manusia, umumnya, kita menjadi lebih pemurah di bulan yang penuh

dengan rahmat ini. Perayaan Ramadan boleh dilihat di seluruh dunia Islam; di

mana manusia berpuasa pada siang harinya dan seolah-olah berkenduri pada

malam harinya. Akan tetapi, makanan dikongsikan dan wang dibelanjakan

bukan sahaja untuk diri sendiri, malah buat ahli keluarga, jiran tetangga,

saudara jauh dan dekat; terutama sekali untuk anak-anak yatim, fakir miskin

dan mereka yang memerlukan.

أ سيرا تيماو ي همسكيناو ل ىحب ع ام ع الط يطعمون 76:8-و

“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati

dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang

tawanan,” (76:8)

Semuanya dilaksana demi mendapatkan keampunan dan rahmat Allah s.w.t.

Kita juga lebih bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan agama; tidak lain

dan tidak bukan, kerana janji yang ditawarkan oleh Tuhan bagi mereka yang

berusaha menghidupkan Ramadan.

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan

dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah

lalu.”

Riyad as-Saliheen (Buku 9, Hadith 197)3

Ramadan merupakan perayaan bagi umat Islam. Ia mengingatkan kita akan anugerah Ilahi yang paling agung – penurunan wahyu (al-Qur’an). Kegembiraan kita diserlahkan dengan melakukan amal soleh, ibadah dan

2 Golongan yang beriman kepada Nabi dan Rasul yang terdahulu adalah golongan Muslimin pada zaman mereka. Secara jelas, al-Qur’an menyatakan bahawa Ibrahim, Ismail, Israel (Yakob), Yusuf dan 11 adik-beradiknya, Bani Israel and al-Hawariyun (pembantu Nabi Isa), kesemuanya adalah Muslim (mereka yang tunduk dan akur kepada Allah s.w.t). SIla rujuk (2:132), (2:133), (2: 136), (3:52), (3:84) and (4:111). 3 Sabdaan Nabi Muhammad’s (صلى الله عليه وسلم) (hadith) di dalam buku ini diakses melalui

sunnah.com

Page 9: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 8

kebajikan. Kegembiraan ini disebarkan kepada keluarga masing-masing dan juga kepada mereka yang berada di sekeliling, lebih-lebih lagi untuk mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, tidak syak lagi, Ramadan membawa kegembiraan ke segenap pelusuk dunia, tidak kira di mana dan tanpa mengira siapa.

Puasa: Perisai di Siang Hari

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,

"Allah A.W.J berfirman: Puasa adalah untuk Ku dan Aku yang akan

memberi ganjaran untuknya, (kerana) dia (orang yang berpuasa itu)

meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Ku.

Puasa adalah perisai (dari neraka) dan bagi orang yang berpuasa dua

kegembiraan, kegembiraan sewaktu berbuka puasa, dan

kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. Dan bau mulut orang

yang berpuasa di sisi Allah adalah lebih baik daripada bau kasturi."

Sahih al-Bukhari: 7492 (Buku 97, Hadith 118)

Sawm (puasa) adalah satu ibadah di mana umat Islam menahan diri dari

makan, minum dan hubungan syahwat bermula dari terbit fajar hingga

terbenam matahari (2:187). Bukan sahaja mereka menahan diri dari

keperluan fizikal - secara purata 14 hingga 16 jam sehari - bahkan

diperintahkan agar meninggalkan tingkah laku sosial dan spiritual negatif

seperti mengumpat, bertengkar, berniat jahat dan membuat perkara-perkara

yang tidak berfaedah.

Puasa adalah perisai rohani dan fizikal; menahan diri dari nafsu syahwat,

keseronokan yang sia-sia serta perkara-perkara tidak bermoral. Di akhir

Ramadan, diharapkan umat Islam menjadi golongan yang lebih baik dari segi

hubungan mereka dengan Sang Pencipta dan seluruh ciptaanNya.

Tarawih

Tarawih ialah solat sunat yang ditunaikan selepas solat Isya’4dan ianya

merupakan syariat yang sangat dituntut. Sepertimana yang telah

dibincangkan sebelum ni5, solat tarawih adalah jalan umtuk mencari

keampunan Allah s.w.t. di bulan yang mulia ini. Terdapat perbezaan pendapat

4 Umat Islam wajib menunaikan solat lima kali sehari semalam. Solat wajib yang paling akhir pada waktu malam ialah solat Isya’. 5 Sabda Rasulullah yang direkodkan dalam Riyad as-Saliheen (9) No. 197. Rujuk muka surat 7 buku ini.

Page 10: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 9

tentang panjangnya solat tarawih. Secara umumnya, solat ini dilaksanakan

antara lapan hingga dua puluh raka’at.6

Solat tarawih boleh dilaksanakan samada secara individu atau berjemaah.

Walaubagaimanpun, umat Islam mengambil peluang solat tarawih berjemaah

setiap kali berada dalam bulan Ramadan. Kebiasaannya, kita dapat melihat

kaum Muslimin (lelaki, wanita dan kanak-kanak) meramaikan masjid untuk

menunaikan solat tarawih bersama. Mereka berinteraksi antara satu sama

lain; suasananya amat meriah tidak ubah seperti sebuah pesta. Bezanya

cuma, ia adalah pesta kerohanian yang mana ganjarannya adalah rahmat dan

keampunan; sebuah pesta yang dianjurkan oleh Raja dan Pemilik Sekalian

Alam, Allah a.w.j.

Namun, pada tahun ini, keadaan akan sedikit berbeza.

6 Raka’at (kata nama banyak – plural – untuk ruku’) ialah perbuatan menundukkan kepala serta badan ketika berdiri semasa solat. Tiga raka’at, tiga kali menundukkan kepala beserta badan dalam satu sesi solat. Secara umumnya, lebih banyak jumlah raka’at, lebih panjanglah solat tersebut (cth. bandingkan solat 2 raka’at dengan 4 raka’at).

Page 11: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 10

Pandemik COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa

jangkitan COVID-19 (Severe Acute Respiratory Syndrome Corona Virus 2 –

SARS-CoV-2) sebagai pandemik pada 11hb Mac 2020. 7 Sejak itu, hampir 1.8

juta penduduk dunia telah dijangkiti dan jumlah kematian telah mencecah

melebihi 100,000 orang.8

Ia merupakan sejenis virus yang sangat mudah berjangkit. Pandemik yang

berbahaya ini belum pernah dilhat dunia semenjak wabak ‘Spanish flu’ pada

tahun 1918. Kebanyakan negara, kini mengenakan perintah berkurung;

samada secara separa (perintah kawalan pergerakan) atau secara

menyeluruh (perintah berkurung); bertujuan supaya dapat memutuskan

rantaian jangkitan virus ini. Langkah-langkah ini sudah pasti memberi kesan

kepada semua pihak dari segenap aspek; kesihatan, pengurusan, ekonomi

dan interaksi sosial.

Bagaimana situasi ini memberi kesan kepada dunia umat Islam

dalam menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi?

Apa yang Islam ajar tentang pandemik?

7 Sumber: Kenyatan media oleh Ketua Pengarah WHO berkenaan COVID-19 – 11hb Mac 2020, diakses dari https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020 pada 13hb April 2020. 8 Data dari CPRC Kebangsaan Malaysia dan WHO pada 13hb April 2020, 10.00 a.m.

Page 12: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 11

Ini merupakan persoalan penting yang perlu dijawab.

Maqasid al-Shari’ah

Kehadiran pandemik COVID-19 memaksa kita mendalami objektif utama

Syariah Islam (Maqasid al-Shari’ah).9

Dalam semua keadaan, umat Islam dipandu oleh Syariah. Respon kita

terhadap pelbagai situasi memerlukan kepada penilaian dan pertimbangan

objektif (iaitu apa yang dikehendaki atau maksud yang hendak dicapai) oleh

Syariah Islam. Objektif atau maksud tersebut, mengikut keutamaan, adalah

seperti di bawah:

1. Memelihara Agama (Islam)

2. Memelihara Nyawa

3. Memelihara Akal (rasional)

4. Memelihara Keturunan

5. Memelihara Harta

Dalam situasi di mana terdapat konflik di antara dua objektif, maksud atau

tujuan yang lebih tinggi diberi keutamaan. Semasa pandemik COVID-19,

masyarakat berisiko dijangkiti melalui titisan dari salur pernafasan10

terutamanya ketika berada di tempat awam yang padat. Ini merupakan satu

fakta, bukan lagi tanggapan. Oleh yang demikian, antara strategi yang

9 Maqasid secara literal bermaksud objektif. Al-Shari’ah secara literal bermaksud undang-undang (i.e. merujuk kepada undang-undang Islam). 10 Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa virus ini tersebar melalui aerosol

Page 13: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 12

dilaksanakan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 adalah dengan

pengharaman perhimpunan besar serta mengamalkan penjarakan sosial.

Beberapa negara di dunia seperti negara China, Korea Selatan dan Taiwan

telah berjaya mengurangkan kadar jangkitan di negara masing-masing melalui

perintah berkurung (secara separa atau menyeluruh); saringan besar-besaran

dan kuarantin.

Kita melihat pihak berkuasa di Malaysia mengharamkan perhimpunan besar

seperti kenduri-kendara dan majlis keraian termasuk juga solat jemaah di

masjid. Kelihatan seperti tidak Islamik, tetapi pada hakikatnya, berdasarkan

Maqasid al-Shari’ah, keputusan ini adalah seiring dengan prinsip agama

Islam, iaitu memelihara nyawa.

Daruriyyah

‘Kemestian’ (daruriyyah) perlu dikenal pasti dan diberi keutamaan. Dalam

situasi pandemik, memelihara nyawa manusia adalah satu ‘kemestian’.

Perkara ini mesti didahulukan berbanding perkara-perkara yang dianggap

sebagai ‘kehendak’ (hajiyyah); yang mana kewujudannya hanya membantu

(bukannya faktor penentu) perlaksanaan Syariah dalam masyarakat.11

Ketiadaan perkara hajiyyah tidak membawa kemudaratan. Oleh yang

demikian, kita boleh memahami bagaimana ulama mencapai keputusan

pengharaman perhimpunan besar dalam usaha memelihara nyawa manusia

(satu perkara daruriyyah) diberi keutamaan berbanding solat tarawih

berjemaah di masjid (perkara hajiyyah).

11 Satu lagi kategori Maqasid al-Shari’ah ialah Tahsiniyyah, iaitu hiasan atau penambahbaikan. Ia adalah sebahagian daripada perkara yang mencantikkan undang-undang Syariah tersebut. Tanpanya, undang-undang tersebut masih boleh dilaksanakan.

Page 14: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 13

Ini adalah aspek undang-undang Syairah berkenaan pandemik COVID-19.

Bagaimana pula dengan isu yang melibatkan individu? Bagaimana wabak ini

memberi kesan kepada kita sepanjang bulan Ramadan?

Menjalani Ramadan: Apa perkara yang berubah dan apa pula yang

kekal

Ruh Ramadan Perkara yang tidak sepatutnya berubah sama sekali adalah ruh (penghayatan)

Ramadan. Umat Islam seluruh dunia tidak sepatutnya melihat penghayatan

Ramadan dengan pandangan berbeza dalam apa jua keadaan sekali pun.

Ramadan adalah bulan padanya Allah s.w.t. merahmati dan memberi

keampunan kepada hamba-hambanya. Dia menganugerahkan al-Qur’an pada

bulan yang mulia ini, satu anugerah yang tidak ternilai. Oleh kerana itu, ruh

penghayatan Ramadan tidak sepatutnya pudar terutamanya ketika ditimpa

ujian dan bala seperti ini.

Ibadah Antara ibadah yang disyariatkan di bulan Ramadan termasuklah berpuasa di

siang hari, solat tarawih pada malamnya, menzahirkan kesyukuran kepada

Allah s.w.t. dan memohon keampunan daripadaNya. Pada dasarnya, kesemua

ibadah di bulan Ramadan ini, kekal seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Namun, beberapa perkara dari sudut adat dan amalan masyarakat setempat

dijangka berubah.

Page 15: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 14

Tiada jamuan iftar12 besar-besaran. Tiada solat berjemaah termasuklah

tarawih atau witr13; tiada juga tadarus14 al-Qur’an secara berkumpulan. Puasa

adalah ibadah yang besifat individu, di mana ganjarannya akan ditentukan

sendiri oleh Allah s.w.t. Tarawih boleh dilaksanakan secara berjemaah di

rumah bersama keluarga. Membaca dan mendalami al-Quran di bulan

Ramadan seharusnya berjalan seperti biasa sebagaimana tahun-tahun yang

lalu; malah berpotensi untuk penghayatan yang lebih mendalam

memandangkan masa lebih banyak diluangkan di rumah untuk bertadabur.

Sedekah dan interaksi sosial Walaupun interaksi sosial terbatas, namun peluang untuk bersedekah dan

berbakti tetap terbuka luas. Bahkan, terdapat banyak peluang untuk menjadi

lebih pemurah sepanjang pandemik ini. Pilihan seperti transaksi digital

membolehkan kita terus membuat sumbangan tanpa berada di tempat

awam; dengan demikian mengurangkan risiko untuk dijangkiti virus. Kita

berterima kasih kepada organisasi yang membantu pihak yang memerlukan;

lebih-lebih lagi usaha mereka dipertingkatkan semasa bulan Ramadan.

Pada peringkat individu, apakah yang lebih bermakna daripada diberi peluang

untuk berbakti kepada jiran yang memerlukan. Perbuatan yang dianggap

kecil seperti memberi sedekah dalam bentuk makanan dan barang keperluan

sebenarnya membawa keberkatan berpanjangan. Sebesar manapun

pandemik ini, ia sepatutnya tidak menghalang kita daripada membuat

kebaikan yang dianggap kecil seperti ini.

“Menakjubkan sungguh urusan orang beriman, sesungguhnya

kesemua urusannya adalah baik, dan tidak berlaku kepada orang lain

melainkan orang beriman, apabila dia ditimpa kesenangan, dia

berterima kasih (kepada Tuhan), oleh itu ada kebaikan baginya di

dalamnya, dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka ada

kebaikan baginya di dalamnya.

Sahih Muslim: 2999 (Buku 55, Hadith 82)

12 Iftar bermaksud berbuka puasa di waktu terbenam matahari. 13 Witr ialah solat sunat yang dituanikan dalam bilangan raka’at yang ganjil (ruuk nota kaki 6, mukasurat 8 untuk penerangan berkenaan raka’at). Sesetangah ulama berpendapat bahawa solat witr adalah wajib. 14 Tadarus secara literal bermaksud belajar atau menelaah

Page 16: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 15

Merenung sabdaan Baginda Rasulullah, kita seharusnya sedar bahawa

meraikan Ramadan semasa perintah berkurung tidak sepatutnya

membelenggu kita dalam apa cara sekalipun.

Page 17: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 16

Semua Pihak Main Peranan

Maklumat terkini penyakit coronavirus (COVID-19)

Virus yang membawa maut ini dikenali sebagai ‘severe acute respiratory

syndrome coronavirus 2’ (SARS-CoV-2). Ia tersebar melalui titisan pernafasan

dari individu yang telah terjangkit. Semasa individu tersebut menghembuskan

nafas atau batuk – penyebaran virus berbahaya ini berlaku. Titisan pernafasan

tersebut akan jatuh ke permukaan kawasan atau objek berhampiran. Individu

lain dijangkiti apabila tersentuh permukaan atau objek yang tercemar dan

menyentuh mata, hidung atau mulut mereka. Penyakit yang dibawa oleh

SARS-CoV-2 ini dipanggil ‘coronavirus disease 2019’ (COVID-19). Berikutan

peningkatan kes penyakit ini di seluruh dunia, maka pada 11hb Mac 2020,

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai

pandemik.15

Transmisi melalui udara adalah berkemungkinan di dalam situasi-situasi tertentu di mana prosedur atau

rawatan yang menjana aerosol dilakukan.16

Semenjak 17hb April 2020, terdapat 2,034,802 kes yang disahkan dan 135 163

kematian dilaporkan di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

telah mengutarakan rancangan strategik yang memberi fokus kepada

kesihatan awam sebagai salah satu usaha pencegahan untuk menghentikan

15 https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/symptoms-causes/syc-20479963 di akses pada 17hb April 2020. 16 https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/modes-of-transmission-of-virus-causing-covid-19-implications-for-ipc-precaution-recommendations di akses pada 17hb April 2020

Page 18: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 17

penyakit ini daripada menular. Informasi terkini berkenaan virus ini

disediakan dan strategi yang dijana boleh digunapakai oleh setiap benua dan

negara yang menghadapi ancaman pandemik COVID-19 ini.

Kesan secara langsung dan tidak langsung daripada pandemik ini terus

menjejaskan pelbagai sektor di seluruh dunia. Ia tidak mengenal latar

belakang; sama ada bangsa, agama atau kedudukan sosial. Salah satu kaedah

untuk mengurangkan impak pandemik ini adalah melalui penjarakan sosial. Ia

membawa maksud, mengekalkan jarak di antara satu sama lain apabila

berada di luar rumah. Antara ciri-ciri utama penjarakan sosial adalah: (1)

Berada sekurang-kurangnya 6 kaki (2 meter) dari orang lain, (2) Elakkan

berkumpul dan (3) Elakkan berada di tempat sesak atau perhimpunan

keramaian.

Sumber maklumat: https://www.visualcapitalist.com/the-math-behind-social-distancing/

Sungguhpun terdapat pelbagai kempen kesedaran berkenaan penularan

wabak ini, masih terdapat banyak laporan harian berkenaan sebahagian

masyarakat yang masih ingkar dengan peraturan yang telah dikeluarkan oleh

pihak berkuasa. Keadaan ini menjadi satu ancaman besar terhadap usaha

untuk mengurangkan penularan virus serta kemunculan kluster penyakit yang

baharu. Terdapat pelbagai sebab mengapa tingkahlaku tersebut berlaku, ia

merangkumi penerimaan maklumat yang tidak tepat sehinggalah kejahilan

yang nyata. Al-Quran menganjurkan supaya manusia merujuk kepada pakar

bidang di dalam suatu urusan jika mereka sendiri tidak tahu.

Page 19: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 18

كرإنكنتم الذ النوحيإل يهمف اسأ لواأ هل رج إل امنق بلك لن اأ رس م و

عل مون ت 16:43-ل

“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai

Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami

wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai

golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama

jika kamu tidak mengetahui.” (16:43)

Manusia secara amnya adalah makhluk sosial di mana kebanyakan aktiviti

mereka melibatkan interaksi sesama sendiri – seringkali memerlukan

kehadiran secara fizikal. Cara kita berkomunikasi tidak hanya terletak pada

apa yang kita ucapkan, tetapi sebahagian besar daripadanya adalah

bergantung kepada bahasa tubuh kita iaitu cara kita menyampaikan. Seperti

pepatah Inggeris, ‘It’s not what you say, it ‘s how you say it.’

Semua ini kian berubah. Wabak ini telah menghalang norma tingkahlaku

sosial serta aktiviti kebiasaan. Riak atau kesannya dapat dilihat ketika kita

menjalankan urusan harian; cara, ungkapan sosial dan emosi – turut tidak

terkecuali – secara rohani.

Walaubagaimanapun, Allah a.w.j. telah meberi jaminan bahawa setiap ujian

yang dihantar adalah di dalam kemampuan kita untuk mengatasinya.

ال ن ب تر ب س ااكت ام ل يه ع تو ب س اك ام ال ه ه وسع فساإل ن لفالل يك ل ه لت م اح م اإصراك ل ين حملع ت ل او ن ب ار أن اأ وأ خط سين اإنن اخذن تؤ ا ن اعفع ابهو ل ن اق ة ط ال ام لن م تح ل او ن ب ار منق بلن ل ىالذين ع

افرين ل ىالق ومالك اع اف انصرن ن ول م اأ نت من ارح او اغفرل ن -و

2:286

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya

olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia

juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka

berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau

mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai

Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang

berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang

yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau

Page 20: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 19

pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan

maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan

berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,

tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum

yang kafir". (2:286)

Individu atau kumpulan tertentu yang tidak menghiraukan peraturan pihak

berkuasa dan berhimpun menggunakan alasan agama, pada dasarnya tidak

sedar sejauh mana bahayanya pandemik ini – apatah lagi memahami ajaran

agama Islam. Isu ini telah pun dibincangkan secara ringkas di awal penulisan

ini berkaitan Maqasid al-Shari’ah. Kebelakangan ini, adalah menjadi

tanggungjawab bersama untuk kita melindungi antara satu sama lain; dan

seharusnya ia bermula dengan menjaga diri kita sendiri - #kitajagakita

‘I stay at work for you, you stay at home for us.’

(‘Kami meneruskan tugas demi anda, anda kekal di rumah untuk kami.’)

Firman Allah a.w.j. di dalam al-Qur’an,

نود هل ك ب لر ان النس 100:6-إن هيد ل ش لك

ل ىذ هع إن 100:7-و

“Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat

Tuhannya. Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan

dengan jelas keadaan yang demikian;” (100:6-7)

Imam As-Sadi mengulas surah di atas:

“Manusia secara fitrah tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan

sukarela, dan seringkali, apabila mereka menunaikannya, mereka

tidak menyempurnakannya atau melakukannya melebihi apa yang

dituntut; sebaliknya fitrah manusia adalah kemalasan dan mereka

tidak bertekad untuk menyempurnakan tanggungjawabnya itu, hal-

Page 21: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 20

hal yang berkaitan dengan harta benda dan tubuh - kecuali yang telah

diberi petunjuk oleh Allah.”17

Sungguhpun keputusan untuk melaksanakan polisi mengurangkan risiko

jangkitan seharusnya datang daripada ketua-ketua negara; namun usaha ini

akan menjadi sia-sia jika ia tidak diiringi oleh komitmen dan kepatuhan semua

orang. Dengan demikian, arahan ketua-ketua negara perlu disampaikan

secara efektif kepada semua supaya keberkesanan polisi yang optimum dapat

dicapai.

Umumnya, jika kita mengambil contoh sebuah institusi yang besar, di mana

di dalamnya terdapat jumlah jabatan dan unit yang banyak – para

pentadbirnya menggalas tanggungjawab yang berat untuk melaksanakan

polisi berkaitan pandemik ini. Tambahan pula, angka kakitangan yang besar

mempengaruhi secara langsung hasil akhir pelaksanaan polisi tersebut.

Amalan kebersihan secara peribadi dan kawalan pergerakan jika tidak

dipertingkatkan atau diselaraskan akan membawa kepada kegagalan polisi

yang ditetapkan.

Penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)18 telah mencetuskan

pelbagai reaksi di seluruh negara. Dengan larangan beberapa amalan

kegamaan semasa bulan Ramadan yang telah menjadi kebiasaan masyarakat

setempat, sebahagian masyarakat dijangkakan tidak dapat menerima arahan

tersebut dengan baik. Pembatalan solat jemaah dan larangan bazar Ramadan

beroperasi mungkin membawa reaksi negatif daripada masyarakat umum.

Pihak berkuasa perlulah bersedia dan proaktif supaya keamanan dan

kesejahteraan terpelihara.

17 https://www.islaam.net/the-quran/understanding-the-quran/tafsir-of-imam-as-sadi/tafsir-of-surah-al-adiyat-the-charging-horses-surah-100/ diakses pada 15hb April 2020 18 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada (PKP) 18hb Mac 2020 untuk mengekang penularan COVID-19.

Page 22: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 21

Pemandangan biasa semasa Iftar di seluruh negara.19

Di peringkat institusi, perhimpunan kakitangan untuk aktiviti tahunan yang

berkaitan dengan aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan ini kini dilarang

bagi tujuan mengurangkan kontak fizikal. ‘Norma baharu’ ini sememangnya

memerlukan masa untuk penyesuaian. Memandangkan secara umumnya

perubahan adalah sesuatu yang sukar, makanya tidak mustahil di kalangan

kakitangan terdapat yang terkesan secara negatif dari aspek produktivi kerja

atau kesejahteraan umum. Pentadbir dan kakitangan mestilah berkerjasama

dan saling bantu-membantu supaya dapat mencapai kejayaan, bukan hanya

dari aspek kerohanian tetapi juga dari segi fizikal. Semua orang memainkan

peranan.

19 Sumber gambar: https://rileklah.com/makan-makan/iftar-kl-2019-jom-buka-puasa-atas-jalan-di-tengah-tengah-ibu-kota-mulai-sabtu-in

Page 23: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 22

Semua orang memainkan peranan. (arah lawan jam)

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengarah

Kesihatan membuat pengumuman pada

sidang media harian berkenaan situasi

COVID-19 di Malaysia.20

Pihak polis dan tentera berkerjasama menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).21

Barisan hadapan di kalangan petugas kesihatan memakai alat perlindungan diri (PPE).22

20 Sumber gambar: https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/577727/28-detained-not-following-mco-orders-police-nsttv 22 Sumber gambar: https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/578704/pm-medical-frontliners-battling-covid-19-get-special-allowance

Page 24: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 23

Rakyat Malaysia memerangi COVID-19 (arah jam)

Jalan raya lengang tatkala rakyat berada di rumah.23

Jumlah kes sehingga 18hb April 2020

menunjukkan penurunan selepas 32 hari

bermulanya PKP.24

Warga universiti juga memainkan peranan di

dalam usaha membendung COVID-19.25

Contoh sebuah kubikel COVID-19; hasil inovasi Dr. Ahmed Kamarulzaman bagi membantu

para petugas kesihatan.26

23 Sumber gambar: https://www.thesundaily.my/images/day-one-of-restricted-movement-order-XA2147231 24 Sumber gambar: Malaysian National CPRC 25 Sumber gambar: https://kl.antaranews.com/nasional/berita/1293098/iium-malaysia-tunda-masuk-kuliah-antisipasi-corona?utm_source=antaranews&utm_medium=nasional&utm_campaign=antaranews 26 Sumber gambar: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/06/covid-19-i3s-cubicle-installed-at-tengku-ampuan-afzan-hospital-in-kuantan

Page 25: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 24

Peranan Pemimpin

Di sini kami ingin mencadangkan LIMA strategi utama yang dapat membantu

para pentadbir untuk menyampaikan amanat berkenaan COVID-19 secara

efektif dan pada masa yang sama membantu kakitangan di bawah mereka

untuk menghadapi wabak ini, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Ia adalah

seperti berikut:

1. Menetapkan keutamaan 2. Memberikan maklumat yang mudah dan dipercayai 3. Menunjukkan empati 4. Menjamin keselamatan 5. Sokongan berterusan

Keutamaan

Penetapan keutamaan dengan jelas membantu mengarahkan fokus bagi

mencapai objektif yang telah digariskan. Ia juga menjadikan proses membuat

keputusan lebih mudah dan berkesan. Selain itu, ia dapat memberi motivasi

kepada seluruh kakitangan serta membantu pasukan pengurusan dalam

mengurangkan risiko; seterusnya menjamin hasil akhir yang lebih baik.

Keutamaannya adalah jelas: untuk mencapai paras kesihatan fizikal dan

rohani yang optima. Sebagai contoh, penangguhan solat berjemaah dan

kuliah keagamaan adalah sebahagian daripada langkah mitigasi untuk

mencegah penyebaran virus; sesuai dengan Maqasid al-Shari’ah (Meliharaan

Nyawa). Jelasnya, kesihatan masyarakat adalah menjadi keutamaan

berbanding keperluan kerohanian individu.

Maklumat mudah dan dipercayai

Memetik kata-kata Muriel Cooper,27 "Maklumat hanya berguna apabila ia

dapat difahami." Kakitangan boleh diberikan maklumat yang mudah dan

boleh dipercayai melalui pelbagai platform media berkaitan amalan

kerohanian sepanjang bulan Ramadan; pada masa yang sama mengamati

dasar dasar nasional terkini mengenai COVID-19; PKP, penjarakan sosial serta

penjagaan kebersihan.

27 Seorang pereka dan pendidik. https://www.aiga.org/medalist-murielcooper diakses pada 15hb April 2020.

Page 26: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 25

Empati

Pemimpin atau pengurus dapat menunjukkan yang mereka lebih mengambil

berat serta menghormati kakitangan mereka dengan lebih mendalam melalui

sikap empati.28 Ini tercapai apabila para pentadbir lebih memahami keperluan

umum dan emosi mereka, terutama ketika menghadapi Ramadan semasa

wabak ini.

Seperti kata-kata “Respect is earned, not demanded”; persekitaran di mana

semua orang saling hormat-menghormati, akan membawa kepada

kecenderungan yang lebih tinggi dalam mewujudkan semangat

berkerjasama; seterusnya mencapai lebih banyak kejayaan sebagai satu

pasukan.

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم ) bersabda:

“Seorang Muslim (adalah di mana) manusia lain selamat daripada

lidah dan tangannya, dan seorang Mukmin (adalah di mana) manusia

lain selamat nyawa dan harta meraka (dalam tangannya).”

Sunan al-Nasa’i: 4995 (Buku 47, Hadith 11)

Keselamatan Secara amnya, setiap pekerja ingin menjalankan tugas di dalam suasana yang

selamat dan terlindung. Persekitaran yang selamat meningkatkan

kesejahteraan di kedua-dua belah pihak – kakitangan dan pihak pengurusan.

Lewat kebelakangan ini, proses menilai dan menangani keperluan psikologi;

memberikan sokongan kesihatan mental kepada para pekerja telah menjadi

sebahagian daripada perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan

organisasi dan syarikat besar di seluruh dunia. Kakitangan yang sihat dan

berdaya tahan tinggi adalah kakitangan yang produktif.

Abu Huraira meriwayatkan Rasulullah (صلى الله عليه وسلم ) sebagai bersabda:

“Seorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah

daripada seorang Mukmin yang lemah, dan pada kesemua mereka

terdapat kebaikan, hargailah mereka yang membawa manfaat dan

28 Voss, Roediger & Gruber, Thorsten & Reppel, Alexander. (2010). Which classroom service encounters make students happy or unhappy? : Insights from an online CIT study. International Journal of Educational Management. 24. 615-636. 10.1108/09513541011080002.

Page 27: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 26

mintalah pertolongan Allah, dan jangan kamu berputus asa, dan jika

sesuatu menimpa kamu, jangan kamu berkata, “kalaulah aku lakukan

begitu begini,” tetapi katakanlah (ia adalah) Qadar Allah dan apa yang

Dia kehendaki, Dia lakukan. Maka sesungguhnya “kalau” itu

membuka amalan Syaitan.”

Sahih Muslim: 2664 (Buku 46, Hadith 52)

Umat Islam digalakkan untuk bersikap proaktif dan tidak menyalahkan orang

lain atau diri mereka sendiri.

Sokongan Akhir sekali, memberi sokongan berterusan kepada kakitangan membawa

beberapa kelebihan. Sokongan itu boleh berbentuk emosi atau kebendaan. Ia

semudah bertanya khabar, “Bagaimana dengan keadaan anda?”, kad ucapan

‘terima kasih’; atau dalam bentuk pemberian insentif, anugerah atau

keistimewaan. Kakitangan yang merasakan dirinya dihargai akan lebih

cenderung untuk mempertingkatkan hubungan serta komitmen di tempat

kerja. Kepuasan berkerja juga bertambah baik dan seterusnya akan memberi

kesan positif terhadap keseluruhan produktiviti sesebuah unit atau organisasi

dalam jangka masa panjang.

Abdullah ibn Amr meriwayatkan:

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda, “Barangsiapa yang ingin diselamatkan

dari api Neraka dan memasuki Syurga, harus mati dalam keadaan

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan harus melakukan kepada

orang lain apa yang dia ingin diperlakukan terhadap dirinya."

Riyad as-Saliheen (Buku 18, Hadith 56)

Komunikasi yang berkesan berlaku secara dua hala. Cabaran atau kesulitan

yang dihadapi dikenalpasti melalui komunikasi berkala antara pihak

pengurusan dan kakitangan. Sebagai contoh, mungkin terdapat kekurangan

keperluan asas yang dihadapi oleh kakitangan dan ahli keluarga mereka;

terjejas akibat wabak COVID-19. Pihak pengurusan dapat membantu

mengatasi isu-isu ini dan meringankan beban secara langsung atau tidak

langsung – dengan menghubungkan kakitangan yang terlibat dengan pihak

yang berkaitan, seperti agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Page 28: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 27

Contohnya, jabatan kebajikan masyarakat, majlis agama Islam negeri, masjid-

masjid serta pertubuhan atau persatuan setempat yang dapat membantu.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan:

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda, “Dia yang memiliki lebihan tunggangan

harus memberikannya kepada orang yang tidak memiliki tunggangan

baginya, dan dia yang mempunyai lebihan bekalan harus

memberikannya kepada dia yang tidak memiliki bekalan, dan baginda

menyebut begitu banyak jenis kekayaan hingga kami menjadi

berpendapat bahawa tidak ada di antara kami yang berhak ke atas

apa-apa lebihan.

Sahih Muslim: 1728 (Buku 31, Hadith 19)

Dengan menghayati bulan Ramadan, semoga LIMA strategi utama ini dapat

meningkatkan kerohanian dan ketakwaan kita semua. Perkara ini mungkin

kelihatan biasa atau kecil bagi para pentadbir, namun kesannya terhadap

kakitangan mereka adalah sangat besar – apatah lagi pada pandangan Islam.

Wallahu a'lam.29

29 Allah lebih mengetahui.

Page 29: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 28

Peranan Pengikut

Bagi mencapai objektif atau matlamat organisasi yang telah ditetapkan,

pemimpin dan pengikut mesti bekerjasama erat. Kami ingin menggariskan

TIGA strategi utama seperti di bawah, yang harus digunapakai oleh

kakitangan sebagai amalan harian mereka sepanjang bulan Ramadan dalam

menghadapi wabak ini.

1. Ketaatan: Mematuhi Peraturan 2. Penjagaan Kendiri: Menguruskan Kesihatan dan Keselamatan 3. Kerja Berpasukan: Tanggungjawab Bersama

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah merencatkan hampir semua aktiviti

seharian kita. Tambahan pula, terdapat juga ketidakpastian selama mana

keadaan ini akan berlanjutan. Bagi memastikan bahawa COVID-19 tidak

tersebar dengan lebih luas, setiap orang wajib mematuhi peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Menguruskan

kesihatan dan keselamatan adalah mustahak kerana setiap orang memainkan

peranan dalam memerangi wabak ini. Oleh kerana kita semua mempunyai

tujuan yang sama, iaitu untuk membasmi COVID-19, kita perlu bekerjasama

secara profesional sebagai satu pasukan. Tidak kira sama ada komuniti besar

atau kecil - kita semua mempunyai sumbangan kepada kemenangan

kemudian hari.

Bak kata pepatah,

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Ketaatan Sebagai kakitangan (pengikut), ajaran Islam menganjurkan agar kita

mematuhi pihak berwajib, selama mana peraturan dan undang-undang yang

digariskan itu tidak bercanggah dengan perintah Tuhan.

Ibn Umar meriwayatkan:

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم ) bersabda, “Seorang Muslim mesti mendengar dan

taat (perintah pemerintahnya) sama ada dia menyukainya atau tidak,

asalkan perintahnya tidak menyuruh kepada kemaksiatan (kepada

Page 30: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 29

Allah), tetapi jika diperintahkan kepada kemaksiatan, maka tidak

(perlu) dengar dan tidak (perlu) taat."

Sahih al-Bukhari: 7144 (Buku 93, Hadith 8)

Berkaitan dengan usaha nasional bagi mengawal menularan COVID-19,

adalah menjadi kewajiban kita sebagai pengikut untuk:

• Elak pergerakan atau perjalanan yang tidak perlu • Elak berkumpul • Elak menyebar berita palsu • Elak berijtihad30 tanpa merujuk kepada pihak berkuasa

Penjagaan Kendiri Kesihatan dan keselamatan adalah sentiasa menjadi teras setiap organisasi.

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم ) bersabda:

“Kebersihan adalah separuh dari iman dan Alhamdulillah (Segala puji

bagi Allah) memenuhi timbangan, dan Subhanallah (Maha Suci Allah)

dan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) mengisi apa yang ada di

antara langit dan bumi, dan doa adalah cahaya, dan amal adalah bukti

(iman seseorang) dan sabar adalah penerang dan al-Qur’an adalah

hujah bagi pihak kamu atau terhadap kamu. Semua lelaki keluar pada

awal pagi dan menjual dirinya, dengan itu dia membebaskan dirinya

atau memusnahkan dirinya.”

Sahih Muslim: 223 (Buku 2, Hadith 1)

Kakitangan diharapkan dapat menjaga amalan yang bertujuan untuk

mencegah penularan COVID-19.

Ini termasuk:

• Mengamalkan kebersihan diri secara optima • Memakai topeng muka atau alat pelindung diri yang sesuai • Penjarakan Sosial • Kekal sihat

Pemakanan, hidrasi dan senaman yang mencukupi • Pemantauan kendiri

30 Ijtihad adalah berusaha mencapai keputusan berdasarkan prinsip Islam dalam masa yang sama mengambil kira situasi semasa yang mana tidak disebutkan dalam al-Qur’an, hadith atau Ijma’ para Sahabat.

Page 31: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 30

Pengasingan diri apabila mengalami gejala dan segera mendapatkan nasihat perubatan

Walaupun terdapat pelbagai halangan, bulan Ramadan yang suci ini dapat dihidupkan dalam pelbagai cara seperti meningkatkan fokus pada:

• Puasa • Mengambil bahagian dalam sesi e-pembelajaran (kuliah) bersama

guru agama • Menolong orang yang memerlukan dengan bersedekah atau zakat.31

Kerja Berpasukan Ungkapan “a chain is no stronger than its weakest link” ("suatu rantai itu

tidaklah lebih kuat daripada mata rantainya yang paling lemah") pertama kali

dirakamkan pada tahun 1786 oleh Thomas Reid.32 Ia membawa makna

bahawa sebuah kumpulan atau organisasi adalah hanya sekuat anggotanya

yang paling lemah. Dari catatan ini, kerja berpasukan adalah penting untuk

sebuah organisasi berjaya. Kerja berpasukan secara amnya bermaksud

kesediaan setiap anggota bekerjasama mengutamakan objektif yang telah

dipersetujui melebihi kepentingan diri sendiri.

Dalam keadaan pandemik yang berlaku sekarang ini, kita telah menyaksikan

bagaimana seorang yang dijangkiti dapat memberi kesan terhadap

perkhidmatan kesihatan: peningkatan beban kerja untuk menyiasat setiap

kes yang disyaki dan memberikan rawatan. Bebanan tambah termasuklah

usaha pengesanan kontak dan pengasingan untuk mengekang penularan

virus tersebut. Sebagai pengikut, adalah penting untuk kita berfikir sebagai

satu pasukan dan bertindak sebagai satu pasukan. Sebaik mana kita

memainkan peranan sendiri, kita juga berkewajiban untuk mengingatkan

orang lain agar turut melakukan yang terbaik.

Allah s.w.t. berfirman,

صر الع 103:1-و ل فيخسر ان النس 103:2-إن

31 Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam. 32 “Essays on the Intellectual Powers of Man,” oleh Thomas Reid’s diterbitkan pada 1786.

Page 32: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 31

بر وابالص اص و ت و ق وابالح اص و ت اتو الح ملواالص ع نواو آم الذين إل

-103:3

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali

orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula

berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan

sabar.” (103:1-3)

نف عالمؤمنين ىت كر الذ رف إن ك ذ 51:55-و

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana

sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-

orang yang beriman." (51:55)

Antara ciri-ciri penting kerja berpasukan adalah komunikasi yang berkesan

serta maklum balas yang membina.

Abu Huraira meriwayatkan, "Orang yang beriman adalah cermin

saudaranya. Orang yang beriman adalah saudara seiman yang lain.

Dia melindunginya dari kerugian dan membelanya dari belakang."

Al-Adab Al-Mufrad: 239 (Buku 12, Hadith 2)

Kerja berpasukan adalah penting kerana ia meningkatkan usahasama,

motivasi dan produktiviti.

Allah s.w.t. berfirman,

ل يكمإذ ع الل ت اذكروانعم قواو ف ر ت ل ميعاو ج بلالل صموابح اعت و ف ا ل ىش كنتمع اناو تهإخو حتمبنعم قلوبكمف أ صب ين ب أ لف اءف كنتمأ عد

ح دون هت لكمت اتهل ع ل كمآي ينالل يب لك ذ اك نه كمم أ نق ذ ارف الن ن ةم -فر

3:103

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama

Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat

Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa

jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu

Page 33: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 32

(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka

menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang

bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka

(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan

kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah

Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya

kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (3:103)

Di dalam sebuah hadith dirawayatkan oleh Abu Musa:

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم ) bersabda,

"Orang yang beriman kepada orang yang beriman (yang lain) adalah

seperti batu bata, saling menguatkan." Ketika (baginda

menyebutnya) Nabi (صلى الله عليه وسلم) merapatkan tangannya, dengan menjalin

jari-jemarinya.

Sahih al-Bukhari: 481 (Book 8, Hadith 128)

"Sistem yang menggunakan sumber yang sedikit untuk mencapai tujuannya

adalah dianggap cekap, berbeza dengan sistem yang banyak membazir

sumbernya."33 Sekiranya kerja berpasukan tidak wujud, produktiviti akan

terancam. Walaupun terdapat jumlah hasil yang banyak, namun kecekapan

belum tentu berada pada paras optima. Antara sumber yang berharga dalam

memerangi COVID-19: modal insan, peralatan berkaitan kesihatan, wang dan

masa. Sebagai pengikut, sekiranya kita gagal mematuhi peraturan; dan

seterusnya dijangkiti dan menularkan virus - Naudzubillah min dzalik34 - kita

sebenarnya bertanggungjawab diatas penggunaan sumber yang tidak ternilai

itu. Jelas, kita telah melakukan pembaziran.

فورا هك ب انلر يط الش ان ك اطينو ي الش ان انواإخو ك رين ذ المب -إن

17:27

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara

Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur

kepada Tuhannya.” (17:27)

33https://www.britannica.com/topic/efficiency-economics-and-organizational-analysis. Diakses pada 18hb April 2020 34 Kami berlindung dengan Allah daripada perkara itu.

Page 34: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 33

Secara ringkasnya, kita semua terlibat dalam memerangi COVID-19. Sama ada

kita adalah sebahagian daripada pihak pentadbir (pemimpin) atau kakitangan

(pengikut), kita harus memainkan peranan kita masing-masing. Sepertimana

kita merindui Ramadan pada tahun-tahun yang lalu; solat berjemaah, kuliah

agama sebelum atau selepas solat fardu, iftar beramai-ramai, tadarus al-

Qur’an – dan mungkin juga bazar Ramadan – kita semua mempunyai tujuan

yang lebih tinggi untuk dicapai iaitu: Memelihara Nyawa – selaras dengan

tuntutan Maqasid al-Shari’ah.

Walaupun masjid-masjid di seluruh negara kosong kerana tiada kunjungan

jemaah pada tahun ini, namun hati para jemaah – dengan izin Allah - tidak

pernah kosong daripada sebuah kerinduan, lalu mengangkat serta menadah

tangan mereka dan berdoa dengan tulus ikhlas, memohon keampunan

daripada Tuhan mereka – Allah Azza wa Jalla – Tuhan Semesta Alam.

Page 35: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 34

Mengharapkan yang Terbaik

Panggilan untuk kembali kepada Yang Maha Berkuasa

Pada masa ujian dan bala, Tuhan memberi peringatan agar kita tidak kembali

kepada sikap asal kita yang bersahaja dan terus melakukan dosa apabila ‘ribut

taufan’ telah reda.

اتهإن نآي كمم ليري تالل حربنعم جريفيالب ت الفلك أ ن اتأ ل مت ر ي ل لك فيذ

كور ارش ب 31:31-لكلص

ف منهم اهمإل ىالب ر ان ج ف ل م ين ل هالد مخلصين واالل ع ل لد الظ وجك همم شي اغ إذ و

فور ارك ت خ كل اإل اتن دبآي جح اي م صدو قت 3231:-م

( 31 ) Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal

belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan

kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya?

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-

keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang

tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

( 32 ) Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka

dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-

kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa

kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya

semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke

darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil

(lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan

sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami

melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat

tidak mengenang budi. (31:31-32)

Dia memanggil kita untuk kembali kepadaNya melalui kepayahan dan

kesusahan yang datang bersama wabak ini.

Page 36: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 35

Kesimpulan

Pandemik COVID-19 adalah suatu yang nyata. Virus ini mungkin dipandang

sebagai penghalang usaha kita untuk menyambut Ramadan ini. Tidak

semestinya. Virus ini juga boleh diambil sebagai faktor utama yang akan

menghalang amalan kebiasaan kita pada bulan Ramadan ini. Tidak

semestinya. Virus ini pada tahap tertentu telah dinyatakan sebagai alasan

utama yang akan terus mengancam kita secara rohani sepanjang bulan suci

ini. Tidak semestinya. Tidak semestinya dan tidak sekali-kali.

Terdapat banyak cara untuk kita meraikan dan memakmurkan Ramadan pada

tahun ini. Dari satu sudut perspektif yang lain, PKP ini boleh dilihat sebagai

satu peringatan untuk kita semua mendekatkan kita kepada Tuhan - bagi

mereka yang senantiasa berfikir dan membuat renungan.

Penyesuaian terhadap dasar semasa dan perubahan gaya hidup adalah

penting untuk memerangi COVID-19. Oleh itu, dalam kesungguhan kita

menyambut Ramadan; mengamalkan kebersihan diri dan juga awam,

penjarakan sosial serta mematuhi dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

untuk mengekang penyebaran penyakit mesti dipatuhi. Bukankah ianya

sebahagian daripada tuntutan agama Islam? Dari pihak pemimpin, mesej

yang jelas harus disampaikan kepada pengikut mereka dan pada masa yang

sama memperlihatkan empati dan belas kasihan.

Ringkasnya, memakmurkan bulan Ramadan yang suci sepanjang tempoh PKP

ini adalah tanggungjawab bersama. Sesungguhnya, menyambut Ramadan

tahun ini bakal berbeza. Namun, tenyata ia untuk sesuatu yang lebih baik

untuk kita semua. Pada Kebijaksanaan Tuhan kita berserah dan kepadaNya

kita akan kembali. Dari perspektif kerohanian, tidak ada pandemik yang dapat

mengurung kita sepanjang bulan Ramadan. Dan tidak ada COVID-19 yang

dapat membelenggu kita dalam usaha untuk mengabdikan diri kepada Allah -

Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta dan Pemelihara Alam Semesta.

Page 37: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 36

Bacaan Lanjut

1. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/331767/WHO-

2019-nCoV-Ramadan-2020.1-eng.pdf

Page 38: SIRI e-BUKU MENYUBUR JIWA RAMADAN ERSAMA OVID-19 · Semesta, Allah s.w.t. Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan tiba. Kita mungkin tampak seperti dikurung, tetapi pada hakikatnya

Muka | 37

DR. MOHD FAIZ MD TAHIR adalah tenaga pengajar

subjek perubatan psikiatri di peringkat siswazah serta

pascasiswazah di Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM). Beliau juga menawarkan

perkhidmatan klinikal di Pusat Perubatan UIAM serta

beberapa pusat kesihatan yang lain. Bergiat aktif di

dalam bidang akademik, beliau juga menyediakan

serta menyelaraskan kursus-kursus yang berkaitan

dengan kesihatan mental dan Islamisasi ilmu manusia

(Islamisation of human knowledge) di segenap

peringkat.

DR. MOHAMMAD ARIF SHAHAR adalah ketua

jabatan endokrinologi di Hospital Pakar AVISENA.

Seorang bekas Prof. Madya di UIAM, beliau

meneruskan kerjasama dengan Dr. Faiz Tahir

sehingga hari ini.