buletin - ptta.uthm.edu.my · kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan...

4
S eramai 857 pelajar baharu program Diploma sesi 2018/2019 yang mendaſtarkan diri di kampus UTHM, Pagoh telah menghadiri program Literasi Maklumat yang disampaikan oleh Pustakawan Kanan, En. Muhamad Azrul Hisam bin Salleh pada 24-28 Jun 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat 6, Bangunan A1. Antara kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah. B engkel “How To Get Publish “ telah berlangsung pada 26 Jun 2018, disampaikan oleh En. Mico Zhan, Eksekutif Pemasaran Greater China and South East Asia, IOP Publishing. Bengkel ini memberi pendedahan kepada kaedah terbaik untuk menerbitkan artikel dan penulisan akademik dalam jurnal-jurnal bidang fizik. Seramai 42 orang pensyarah dan pelajar telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di Auditorium al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Bengkel IOP Publishing KANDUNGAN : * Bengkel IOP Publshing * Pelajar Baharu Hadiri Taklimat Perpustakaan * Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit * Program i-Talk * Program Tazkirah Ramadan * Sambutan Hari Raya PTTA Pelajar Baharu Hadiri Taklimat Perpustakaan http://library.uthm.edu.my/v3/ BULETIN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH Bil.2/2018

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - ptta.uthm.edu.my · kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah. B engkel “How To Get Publish

Seramai 857 pelajar baharu program Diploma sesi 2018/2019 yang mendaftarkan diri di kampus UTHM, Pagoh telah menghadiri program Literasi Maklumat yang disampaikan oleh Pustakawan Kanan, En.

Muhamad Azrul Hisam bin Salleh pada 24-28 Jun 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat 6, Bangunan A1. Antara kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah.

Bengkel “How To Get Publish “ telah berlangsung pada 26 Jun 2018, disampaikan oleh En. Mico

Zhan, Eksekutif Pemasaran Greater China and South East Asia, IOP Publishing. Bengkel ini memberi pendedahan kepada kaedah terbaik untuk menerbitkan artikel dan penulisan akademik dalam jurnal-jurnal bidang fizik. Seramai 42 orang pensyarah dan pelajar telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di Auditorium al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.

Bengkel IOP Publishing KANDUNGAN :

* Bengkel IOP Publshing * Pelajar Baharu Hadiri Taklimat Perpustakaan

* Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit

* Program i-Talk * Program Tazkirah Ramadan * Sambutan Hari Raya PTTA

Pelajar Baharu Hadiri Taklimat Perpustakaan

http://library.uthm.edu.my/v3/

BULETIN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH

Bil.2/2018

Page 2: BULETIN - ptta.uthm.edu.my · kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah. B engkel “How To Get Publish

Perpustakaan Tunku Tun Aminah telah mengadakan Program ‘Jom baca bersama untuk 10 minit’ peringkat PTTA bagi tahun 2018. Ia merupakan program simbolik kepada pembacaan serentak

di seluruh negara yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM). Program ini telah diadakan pada 24 April 2018 dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi di jabatan masing-masing. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan yang dijalankan setiap tahun bagi menggalakkan aktiviti pembacaan dikalangan ahli masyarakat.

Perpustakaan Tunku Tun Aminah dengan kerjasama pelajar latihan industri, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM telah menganjurkan program i-Talk pada 24 April 2014 bertempat di

Aras 3, PTTA. Beberapa program telah dijalankan antaranya adalah Bicara Kerjaya yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja yang membincangkan mengenai prospek kerjaya mahasiswa, tips menghadapi temuduga dan persediaan mahasiswa menghadapi alam pekerjaan. Selain dari itu turut diadakan slot bersama usahawan Aily Qairy dan Sulaiman Gadgjet. Program i-Talk turut diceriakan dengan aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan, gerai-gerai jualan dan sebagainya.

Program Jom Baca Bersama untuk minit

Program i-Talk : Cungkil Potensi Diri Pelajar

Page 3: BULETIN - ptta.uthm.edu.my · kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah. B engkel “How To Get Publish

Sepanjang bulan Ramadhan 2018 Perpustakaan Tunku Tun Aminah telah mengadakan Program Tazkirah Ramadhan yang bertemakan Ramadhan Pemangkin Budaya Kerja Berkualiti. Seramai 3 orang

penceramah telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah iaitu Ustaz Hafiz Noramli bin Halimi, Ustaz Fuad bin Osman dan Ustaz Lotfi bin Solihin. Program ini bertujuan mempersiapkan diri dengan kehadiran Ramadhan sebagai bulan ibadah dan memupuk semangat berlumba-lumba dalam mendapatkan keberkatan di sepanjang bulan mulia.

Program Tazkirah Ramadan

Page 4: BULETIN - ptta.uthm.edu.my · kandungan taklimat tersebut adalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah. B engkel “How To Get Publish

GALERIPerpustakaan Tunku Tun Aminah

Latihan penggunaan Turnitin bersama staf akademik dan pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat , UTHM, 4 April 2018

Program i-Talk : Bicara Kerjaya, 24 April 2018

Sambutan Hari Raya PTTA 2018

Program Bicara Ilmu disampaikan oleh Dr. Muhammad Abdul Khalid, Pengasas dan Pakar Ekonomi (DM

Analytic) bertajuk Kebolehpasaran Graduan (GE) dan Cabaran Ekonomi Masakini, 3 April 2018