buletin lebuhraya malaysia › documents › publishdoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab...

20
LEMBAGA MALAYSIA edisi 2 * JULAI-DISEMBER 2015 LEBUHRAYA * * JULAI -DISEMBER 2015 BULET I N BULETIN LLM CAPAI INDEKS AKAUNTABILITI BINTANG

Upload: others

Post on 24-Jun-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGA

MALAYSIAedisi 2 * JULAI-DISEMBER 2015

LEBUHRAYA

* * JULAI-DISEMBER 2015

BULETINBULETIN

LLM CAPAI

INDEKS AKAUNTABILITI

BINTANG

Page 2: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

DARI MEJAPENGARANG

EDISI 2

ASSALAMUALAIKUM W.B.TDAN SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Alllah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Tahniah dan syabas kepada seisi warga sidang redaksi dan semua yang terlibat dalam menyumbangkan maklumat dan idea sehingga terhasilnya naskhah ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah berjaya menelusuri tahun 2015 secara penuh gemilang dengan meraih pelbagai kejayaan khususnya penerimaan penganugerahan 4 bintang Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) Tahun 2014 bagi Badan Berkanun Persekutuan. LLM mencapai tahap sangat baik dengan 96.88% markah penilaian AI dan mendapat tempat pertama di antara Badan Berkanun Persekutuan yang dinilai pada tahun 2014. Sekalung penghargaan dititipkan kepada semua warga LLM atas sumbangan dan usaha dalam mencapai kejayaan tersebut.

Bertepatan dengan hasrat LLM, buletin ini memuatkan pelbagai kegemilangan yang dikecapi LLM serta agenda-agenda yang telah dilaksanakan sepanjang 6 bulan terakhir 2015. Diharap aspirasi yang diketengahkan dalam buletin kali ini dapat dijadikan inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga LLM untuk menempa lebih banyak kejayaan.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun akan datang ini, LLM dan seluruh warganya terus menerus melakar kegemilangan.

PENGARANG

AMALKAN INTEGRITIHIDUP DIBERKATI

PENAUNG:YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh

PENASIHAT:Pn. Zuraida Binti Shaharudin

KETUA EDITOR:Pn. Haslina Binti Hashim

PERASMIAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR AINSDALE (SEREMBAN)

TMC BEROPERASI 24 JAM SEMPENA AIDILFITRI

LLM MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN

PEMANTAPAN KOMUNIKASIMEDIA SOSIAL LLM

INOVASI PEMACU PRODUKTIVITI

LALUAN TAMBAHAN AKLEH DIBUKA

PELANCARAN TEAMS VERSION 2

RAI PERSARAAN KAKITANGAN LLM

BENGKEL MENDEPANI MEDIA

“KESELAMATAN KERJA, MATLAMAT KAMI”

ANUGERAH BERPRESTASI BAIKBAGI WARGA LLM

KEJOHANAN BOLASEPAKPIALA KETUA PENGARAH LLM 2015

INOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN INDEKS AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

LLM CAPAI ANUGERAH 4 BINTANG INDEKS AKAUNTABILITI

PROJEK PERSIMPANGANBERTINGKAT SERI KEMBANGANCAPAI KPI

LLM METERAI MOA BERSAMA UiTM

SUDUT LENSA

IKATAN JANJI

PERMATA HATI

M/S 3

M/S 6

M/S 7

M/S 8

M/S 9

M/S 10

M/S 11M/S 4

M/S 5

M/S 14-16

M/S 12

M/S 13

M/S 17-20

EDITOR:Pn. Saharun Nisah Binti Mohd KassimTn. Syed Fahmi Al-Junid Bin Syed ShahromCik Nithiyaa a/p MoorthyEn. Mohd Faizul Bin Yunus En. Ngah Ali Bin AbdullahCik Nur Izzati Binti Sohaimi

FOTOGRAFI:En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri

SIDANG REDAKSI

ISI KANDUNGAN

Page 3: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

3

JULAI

EDISI 2

SEREMBAN, 10 Julai

KAJANG, 10 Julai

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang menuju ke Bandar Seremban kini mempunyai satu opsyen laluan baru dengan menggunakan Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya bersama YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Pembinaan persimpangan bertingkat ini bertujuan mengurangkan kesesakan yang kritikal di Persimpangan Bertingkat Seremban sedia ada sehingga menjejaskan aliran trafi k di laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan. Dalam majlis yang sama, YB Menteri Kerja Raya juga turut melancarkan kempen keselamatan sempena Aidilfi tri 2015, beliau menyeru agar orang ramai berhati-hati ketika memandu dan mematuhi peraturan untuk memastikan keselamatan.

Sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfi tri, Pusat Pengurusan Trafi k (TMC), LLM telah beroperasi selama 24 jam mulai 11-24 Julai 2015 bagi memantau pergerakan dan menyalurkan maklumat trafi k terkini kepada pengguna lebuh raya. Sebagai penghargaan kepada para petugas TMC yang berkhidmat sepanjang cuti perayaan tersebut, Pengurusan LLM telah menyampaikan sumbangan berupa baucer dalam majlis penyerahan yang serba ringkas.

Dalam majlis yang sama juga Koperasi LLM Berhad turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyampaikan sumbangan duit raya kepada petugas TMC dan anak-anak yatim warga LLM. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah mengambil kesempatan mengunjungi TMC, LLM dan meminta agar petugas memberi kerjasama sepenuhnya kepada para pengguna bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka di sepanjang perjalanan di lebuh raya. Pengguna sentiasa dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafi k terkini sebelum memulakan perjalanan dengan menghubungi TMC, LLM di talian hotline 1-800-88-7752 atau di laman sosial facebook dan twitter LLM.

PERASMIAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR AINSDALE (SEREMBAN)

TMC BEROPERASI 24 JAM SEMPENA AIDILFITRI

Page 4: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA4

JULAI - OGOSEDISI 2

KAJANG, 31 Julai

KAJANG, 15 Ogos

Pengurusan LLM telah memperkenalkan Anugerah Berprestasi Baik (ABB) bagi menghargai kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang tahun tetapi dan tidak dapat dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana kekangan kuota penerimaan. Bagi tahun 2014 seramai 11 pegawai dan kakitangan telah dipilih sebagai penerima ABB. Penyampaian ABB telah diadakan semasa Majlis Perhimpunan Pagi LLM Bulan Julai 2015.

Badan Kebajikan Sosial & Sukan, LLM telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah, Piala Ketua Pengarah LLM di Padang Bolasepak LLM. Penganjuran kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baru dan menggilap potensi kakitangan LLM disamping memupuk semangat kesukanan yang tinggi serta mengeratkan jalinan sosial. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak LLM yang telah berjaya menjadi Naib Johan dan sekaligus meningkatkan imej LLM dalam bidang sukan.

ANUGERAH BERPRESTASI BAIKBAGI WARGA LLM

KEJOHANAN BOLASEPAKPIALA KETUA PENGARAH LLM 2015

Page 5: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

5

SEPTEMBER

EDISI 2

KAJANG, 10 September

LLM telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat LLM tahun 2015 selama dua hari bermula 9 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna LLM. Tujuan konvensyen ini adalah untuk menggalakkan budaya kerja inovatif dan kreatif secara berpasukan serta penambahbaikan berterusan dalam industri lebuh raya bertol.

Konvensyen KIK ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori LLM dan Kategori Syarikat Konsesi. Johan dan Naib Johan bagi kategori LLM adalah Kumpulan SUKSESS II dari Bahagian Pengurusan Tanah dan Kumpulan PRO-OPS dari Bahagian Pemantauan Operasi manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan INSPIRA dari Bahagian Pengawasan Tol. Bagi kategori Syarikat Konsesi pula Johan dirangkul oleh Kumpulan TECHNOVATORS dari LATAR, Naib Johan oleh Kumpulan 4 eXteen dari GCE dan tempat ketiga oleh Kumpulan KICC5 dari KESAS. Pada tahun ini, LLM juga menganugerahkan Johan Keseluruhan KIK kepada Kumpulan TECHNOVATORS.

INOVASIPEMANGKIN TRANSFORMASI

Page 6: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA6

OKTOBERKAJANG, 16 Oktober

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat LLM telah diadakan sebagai komitmen LLM untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan di kalangan warga LLM. Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan yang berterusan ke arah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 152, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Perlembagaan Persekutuan.

Ucaptama dan perasmiannya Program Memartabatkan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM. Majlis turut diadakan pertandingan pidato, pantun dan penulisan serta deklamasi sajak dan nyanyian lagu puisi oleh para peserta. Penyampaian hadiah berupa wang tunai telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah LLM kepada para pemenang.

LLM MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN

EDISI 2

Page 7: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

7

LLM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengurusan Media Sosial di Pejabat Wilayah Utara LLM, Pulau Pinang. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pegawai pengurusan aduan dan komunikasi media sosial dari LLM dan setiap syarikat konsesi dibawahnya. Bengkel ini bertujuan memantapkan rangkaian komunikasi media sosial LLM dan membincangkan pembangunan serta penyelarasan modul pengurusan komunikasi yang berkesan bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM juga telah turut menyertai bengkel tersebut.

PEMANTAPAN KOMUNIKASI MEDIA SOSIAL LLM

PULAU PINANG, 19 OktoberOKTOBER

EDISI 2

Page 8: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA8

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Hari Inovasi 2015 dengan bertemakan ‘Inovasi Memacu Produktiviti’. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Sempena majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan anugerah kepada wakil kumpulan Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi pertandingan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Kategori Teknikal dan Pengurusan) dan Anugerah Inovasi ICT (AIICT). Majlis juga dipenuhi dengan pelbagai acara seperti pameran oleh Jabatan dan Agensi di bawah KKR dan Bicara Inovasi bertajuk ‘Inovasi Dalam Penyampaian Perkhidmatan’.

INOVASIMEMACU PRODUKTIVITI

EDISI 2

KUALA LUMPUR, 29 OktoberOKTOBER

Page 9: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

9

KUALA LUMPUR, 2 November

EDISI 2

Majlis Pelancaran Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) Fasa 2 telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya secara ringkas di Lebuhraya AKLEH. AKLEH Fasa 2 ini menyambungkan deck sedia ada dari KM4.6, Persimpangan Jalan Jelatek sehingga KM6.0, Persimpangan Jalan Ulu Kelang menghala ke kawasan Ampang dengan menyediakan laluan tiga lorong yang baharu sepanjang 1.4 km.

LLM dengan kerjasama Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. telah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang berkualiti, selesa dan selamat kepada pengguna AKLEH sekaligus menjimatkan masa dan kos. Dengan adanya kemudahan terbaharu ini, dijangkakan masalah trafi k ketika waktu puncak akan berkurangan sebanyak 35%.

LALUAN TAMBAHAN AKLEH DIBUKA

NOVEMBER

KAJANG, 19 November

PELANCARAN TEAMS VERSION 2

Majlis Pelancaran Sistem TEAMS Version 2 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Auditorium, Ibu Pejabat LLM. Sistem ini akan digunapakai oleh LLM, Syarikat Konsesi Lebuhraya dan Perunding Pavmen bagi melaporkan prestasi dan analisa turapan jalan agar sentiasa memenuhi peruntukan Perjanjian Konsesi. Penambahbaikan Sistem TEAMS ini juga adalah bertepatan dengan Visi LLM, untuk menjadikan LLM bertaraf dunia dalam pembangunan, pengurusan dan kawalseliaan lebuh raya.

Page 10: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA10

NOVEMBERKAJANG, 23 November

RAI PERSARAAN KAKITANGAN LLM

KUALA LUMPUR, 25 November

Majlis Perhimpunan Bulanan LLM bagi bulan November 2015 turut meraikan persaraan Pn. Masnah binti Md. Yusoff, Pembantu Tadbir Pejabat Wilayah Tengah dan Cik Ruzita Binti Maarof, Pembantu Tadbir Bahagian Pengurusan Rekabentuk yang telah berkhidmat bersama LLM hampir 30 tahun. Pesara telah menyampaikan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan sokongan yang diterima sepanjang perkhidmatan mereka di LLM. Pengurusan LLM juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan mereka selama ini dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan LLM dan selamat bersara.

Bengkel Mendepani Media telah dianjurkan oleh LLM bertempat di Bilik Latihan, Wisma Bernama. Bengkel ini melatih pegawai LLM dalam mendepani cabaran baru media yang diadakan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan adalah penulisan berita dan kenyataan media, pengisian kandungan TV dan Radio serta kaedah menangani wawancara TV dan Radio. Bengkel ini diharap bakal melahirkan lebih ramai jurucakap media yang lebih cekap dan professional.

BENGKEL MENDEPANI MEDIA

EDISI 2

Page 11: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

11

NOVEMBERKAJANG, 27 November

EDISI 2

Program Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Hari OSH merupakan acara tahunan LLM. Program ini merupakan salah satu usaha LLM menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja. Di antara pengisian program adalah senamrobik, demonstrasi menunggang motosikal secara berhemah, ceramah keselamatan maklumat dalam alam siber, taklimat kesedaran pencegahan kebakaran, pameran kesihatan dan kempen derma darah.

“KESELAMATAN KERJA, MATLAMAT KAMI”

Page 12: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA12

EDISI 2

PUTRAJAYA, 2 Disember

LLM CAPAI ANUGERAH 4 BINTANGINDEKS AKAUNTABILITI

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) Tahun 2014 bagi Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan telah diadakan di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada kecemerlangan pengurusan kewangan di setiap Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan yang berjaya.

LLM telah dianugerahkan 4 bintang kerana berjaya mencapai tahap sangat baik dengan 96.88% markah penilaian AI dan mendapat tempat pertama. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM telah menerima anugerah berkenaan daripada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Pengurusan LLM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga LLM yang bekerjasama dalam mencapai kejayaan tersebut.

DISEMBER

Page 13: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

13

EDISI 2

SERI KEMBANGAN, 8 Disember

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan tapak bagi memantau prestasi pembinaan projek Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX). Persimpangan ini menyediakan akses terus dari kawasan Seri Kembangan, Serdang dan Puchong untuk memasuki Lebuhraya MEX. Sempena lawatan tapak tersebut YB Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa persimpangan tersebut dibuka secara rasmi mulai 13 Disember 2015 dan tanpa pengenaan bayaran tol selama sebulan.

PROJEK PERSIMPANGAN BERTINGKATSERI KEMBANGAN CAPAI KPI

SHAH ALAM, 18 Disember

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara LLM dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan di UiTM Shah Alam, Selangor. Memorandum ini adalah lanjutan dari MoU yang telah ditandatangani bagi menjalankan penyelidikan yang merangkumi aspek-aspek penyelidikan dan pembelajaran terutamanya dalam bidang pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia. MoA telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sr. Aziz Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar, Naib Censelor UiTM.

LLM METERAI MOA BERSAMA UiTM

DISEMBER

Page 14: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA14

INFOEDISI 2

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN INDEKS AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN

KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan pengurusan kewangan selaras dengan kehendak Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957. Pengauditan pengurusan kewangan dilaksanakan bagi menentukan sama ada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang ditetapkan serta rekod berkaitan diselenggara dengan lengkap dan kemas kini. Pengauditan ini membolehkan Jabatan Audit Negara memantau prestasi pengurusan kewangan di BBP yang diaudit dan memberi pandangan bagi menambah baik pengurusan kewangannya.

Jabatan Audit Negara telah melaksanakan sistem penarafan indeks akauntabiliti mulai tahun 2007 berdasarkan pengauditan pengurusan kewangan yang dijalankan. Ia sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap motivasi BBP supaya lebih gigih memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan prestasi pengurusan kewangan masing-masing. BBP yang dipilih secara giliran setiap 3 tahun akan dinilai tahap pengurusan kewangan mereka berasaskan kriteria yang diukur secara objektif dan menjadi penanda aras ke arah penambahbaikan demi kecemerlangan pengurusan kewangan. Sistem penarafan berdasarkan indeks akauntabiliti mengambil kira 8 aspek utama kawalan pengurusan kewangan merangkumi kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit, pengurusan aset dan stor, pengurusan pelaburan dan pinjaman serta penyerahan penyata kewangan.

Badan Berkanun Persekutuan akan diberi markah terhadap setiap pematuhan kepada peraturan kewangan bagi aspek utama kawalan pengurusan kewangan dan penarafan diberi berdasarkan markah keseluruhan yang diperoleh oleh BBP.

Jadual penarafan prestasi pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

Pengauditan ini dilaksanakan bagi tujuan untuk menilai pengurusan kewangan di BBP dan membolehkan penarafan diberi terhadap prestasi pengurusan kewangannya.

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada:

a. Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.b. Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, perbelanjaan, pengurusan akaun amanah, aset dan stor, pelaburan serta pinjaman.c. Wujudnya polisi bagi pengurusan kewangan di BBP dan ianya mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.d. Rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.

Pada tahun 2014, analisis menunjukkan 5 BBP atau 14.7% berada pada tahap Sangat Baik manakala 28 BBP atau 82.4% pada tahap Baik dan satu BBP atau 2.9% lagi pada tahap Memuaskan. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah dianugerahkan 4 bintang kerana berjaya mencapai tahap Sangat Baik dengan 96.88% markah penilaian AI dan mendapat tempat pertama.

Sumber : Jabatan Audit Negara

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN DANPENGURUSAN KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

2014

TAHAPMARKAH KESELURUHAN

90 - 100

70 - 89

50 - 69

< 49

Sangat Baik

Baik

Memuaskan

Tidak Memuaskan

PENARAFAN

Page 15: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

15

EDISI 2

INFOPrestasi keseluruhan pengurusan kewangan LLM menunjukkan peningkatan daripada tahap Memuaskan iaitu 69.72% pada tahun 2011 kepada tahap Sangat Baik iaitu 96.88% pada tahun 2014. Pengurusan akaun amanah/kumpulan wang amanah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 53.7% iaitu daripada 46.3% pada tahun 2011 kepada 100% pada tahun 2014. Ini disebabkan LLM telah mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

• Menguruskan akaun amanah selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa dan menutup akaun amanah yang tidak aktif.• Mendokumenkan pinjaman kenderaan, pinjaman komputer dan pendahuluan pelbagai dengan lengkap dan kemas kini.• Menguruskan deposit dengan baik melalui penyelenggaraan lejar am deposit dan lejar subsidiari yang lengkap serta tiada deposit yang tidak dituntut melebihi 12 bulan yang perlu diwartakan.

Selain itu, peningkatan daripada 57.9% pada tahun 2011 kepada 99.9% dalam tahun 2014 bagi pengurusan aset dan stor adalah disebabkan oleh penambahbaikan seperti berikut:

• Penerimaan aset dibuat oleh Pegawai Penerima yang dilantik.• Aset disimpan di tempat yang selamat dan dikawal rapi.• Penggunaan minyak Kenderaan Khas Pegawai adalah mengikut kelulusan bertulis Ketua Pengarah.• Penyenggaraan aset dibuat mengikut perancangan yang disediakan melalui Senarai Aset Yang Memerlukan Penyenggaraan (KEW.PA-13) dan Daftar Penyenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14).• Pelupusan dibuat selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Peningkatan sebanyak 32.9% dalam pengurusan pelaburan dan pinjaman daripada 65.9% kepada 98.8% pula adalah disebabkan oleh penambahbaikan seperti berikut:

• Pelaburan dibuat mengikut polisi dan prosedur yang disediakan.• Pelaburan dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa, diakaunkan dengan lengkap dan kemas kini.• Rekod pinjaman disediakan dengan lengkap, teratur dan kemas kini.

Butiran lanjut adalah seperti carta berikut:

Sumber : Jabatan Audit Negara

88.14

95.87100.00 100.00 100.00

96.8799.88 98.81

90.00

79.17

69.32

85.92

46.27

57.8865.86 66.67

100.00

80.00

60.00

40.00

%

Pengurusan Bajet Terimaan

Kawalan

2014 2011

Perbelanjaan Pengurusan AkaunAmanah/Kumpulan

Wang Amanah

Pengurusan AsetDan Stor

PengurusanPelaburan Dan

Pinjaman

Penyata Kewangan

Page 16: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA16

EDISI 2

INFOTAHAP PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2014

Page 17: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

17

SUDUTLENSA

10 Julai 2015

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK BADAN KEBAJIKAN SOSIAL & SUKAN, LLM

21 Ogos 2015

SIDANG MEDIA PELAKSANAAN PEMBAYARAN TOL SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI LEBUHRAYA SMART, AKLEH DAN DUKE

EDISI 2

1 Oktober 2015

LAWATAN OLEH MINISTRY OF TRANSPORT (MOT) VIETNAM KE MALAYSIA MELALUI KERJASAMA

3M MALAYSIA

Page 18: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYA

MALAYSIA18

28 Oktober 2015

LAWATAN BERSAMA YB MENTERI KERJA RAYA DAN RAKAN MEDIA KE LEBUHRAYA

PANTAI TIMUR 2 (LPT2)

30 Oktober 2015

LAWATAN PENGERUSI BARU LLM

EDISI 2

30 Oktober 2015

MALAM MEDIA KKR 2015

SUDUTLENSA

Page 19: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

LEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA

19

30 November 2015

BENGKEL PEMANTAPAN MEDIA SOSIALLLM SESI 2

EDISI 2

4 Disember 2015

SUKANEKA PERNITA

17 November 2015

A DAY OUT WITH CEO

SUDUTLENSA

Page 20: BULETIN LEBUHRAYA MALAYSIA › documents › PublishDoc › pub... · melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan ... Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Antara fokus yang diketengahkan

Ikatan Janji

Permata Hati

MOHD SHAMSUL IZUAN BIN CHE MUSA &AINNUR FATHINLYIANA BINTI JOHAN

MOHALANA3 Oktober 2015

SITI AMIRA BINTI NOH &KAMALRUL AZIZI BIN KARIM

7 November 2015

MOHAMMAD NAZRI BIN RIOHENDRY& NOORAIM BINTI MOHD NOOR

31 Oktober 2015

FARAHATIQAH BINTI MOHD ADNI & MOHAMAD FITRI BIN SYAFRI

27 Disember 2015

njinjiIkatan JanjiCHHE MUSA &CH &&NTTI JOHANNTI TI NT

RYENDRYRYENDROOR

MOHD SHAMMSUL IZUAN BIN CAINNUR FATATHINLYIANA BIN

MMOHALANA15153 OOktober 2015

AM N RIOHEZRI BINMMAD NAZZM N RIOHEZRI BINMMAD NAZZNO MOHD NONTI MORAIM BINTNTNOO

r 2015er 31 Oktobee

MOHAM& NN

PPerm HPPPPPPPPPP mmata HPerm Ha HtarmrmataPerm Ha Ha HP H

HAATIQAHHATRAHAMO AMADMOHAMO

Dis27 D

FAR&

&INTI NOH &&BBIMIRA BSITI AMMZI BIN KARIMMAZIZI L AZKKAMALRUL

2015ember 2ee7 Nove

MUHAMAD SYAFIQ BIN KAMARUDIN& SITI NURUL HANA BINTI KUSNINNAMA ANAK: AINUHA SURAIYA BINTI MUHAMAD SYAFIQTARIKH LAHIR: 22 OKTOBER 2015

NURIL ASLINA BINTI CHE HUSSIN& MOHD HALIMI BIN HALIMNAMA ANAK: NURIL EIDRIANA BINTI MOHD HALIMITARIKH LAHIR: 24 JULAI 2015

MOHAMAD FADLI BIN ISMAIL& NABILAH BINTI SUHAIMY

NAMA ANAK: DARWISY FADHLULLAHBIN MOHAMAD FADLI

TARIKH LAHIR: 2 SEPTEMBER 2015

tiHatP HPPP mmataPerm Ha Hta H

MOHAMAD & NABILAH

NAMA ANAK: DARWBIN

TARIKH LAHIR: 2 S

MUHAMAD SYAFIQ BIN K& SITI NURUL HANA BINTNAMA ANAK: AINUHA SU

BINTI MUHTARIKH LAHIR: 22 OKTO

CHE HUSSINHALIMEIDRIANA BINTI HALIMI

ULAI 2015

KAMARUDINTI KUSNINURAIYAAMAD SYAFIQ

OBER 2015