1.0 konsep dan justifikasi pemajuan 1.1 tujuan … · rangkaian lebuhraya utara-selatan hubungan...

18
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524 IAP CONSULT 1 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN PENYEDIAAN LCP Laporan Cadangan Pemajuan ini disediakan untuk Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172, bagi Tujuan Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen 137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 (KTN) Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat, Di Atas GRN 27970 Lot 3524, Seluas 5.612 Ekar, Mukim Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan Bagi Tetuan Ang Cheng How & Ang Meng Heng. Kedudukan tapak cadangan adalah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Majlis Daerah Kuala Langat. 1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172, bagi Tujuan Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen 137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 (KTN) Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. Daerah Kuala Langat merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor yang semakin mendapat perhatian pembangunan berbagai sektor ekonomi pada masa sekarang terutamanya perindustrian. Pelbagai program sosio- ekonomi dan infrastruktur yang pesat dibangunkan di daerah ini, menjadi daya tarikan penumpuan para pengusaha kilang dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk disekitar tapak cadangan ini. Sistem perhubungan yang sempurna membolehkan kawasan ini menerima limpahan pembangunan dari Lembah Klang.

Upload: buikien

Post on 10-Aug-2019

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 1

1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN

1.1 TUJUAN PENYEDIAAN LCP

Laporan Cadangan Pemajuan ini disediakan untuk Permohonan

Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172, bagi Tujuan

Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen

137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 (KTN)

Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat Dan

Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2

Tingkat, Di Atas GRN 27970 Lot 3524, Seluas 5.612 Ekar, Mukim Telok

Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan Bagi Tetuan Ang Cheng How

& Ang Meng Heng. Kedudukan tapak cadangan adalah terletak di bawah

pentadbiran Pejabat Majlis Daerah Kuala Langat.

1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN

Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172,

bagi Tujuan Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah

Seksyen 137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200

(KTN) Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat

Dan Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2

Tingkat

DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA

LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

Daerah Kuala Langat merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor

yang semakin mendapat perhatian pembangunan berbagai sektor ekonomi

pada masa sekarang terutamanya perindustrian. Pelbagai program sosio-

ekonomi dan infrastruktur yang pesat dibangunkan di daerah ini, menjadi

daya tarikan penumpuan para pengusaha kilang dan seterusnya

meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk disekitar tapak

cadangan ini. Sistem perhubungan yang sempurna membolehkan kawasan

ini menerima limpahan pembangunan dari Lembah Klang.

Page 2: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 2

Pembangunan ini dibuat adalah untuk menambah peluang pekerjaan dan

hasil pengeluaran perindustrian di sekitar Daerah Kuala Langat. Cadangan

ini disediakan berasaskan kepada maklumat terperinci yang dikemukakan

supaya mematuhi prinsp-prinsip pembangunan yang telah di tetapkan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan.

1.3 JUSTIFIKASI

Terdapat beberapa justifikasi yang menyokong permohonan tukar syarat

ini, adalah seperti berikut :

i. Lokasi tapak cadangan sesuai untuk pembangunan industri

ii. Berdasarkan zoning yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah

Kuala Langat juga menunjukkan ia dizonkan sebagai kawasan

Perindustrian.

iii. Optimumkan penggunaan tanah.

2.0 PELAN LOKASI DAN PELAN TAPAK

2.1 PELAN LOKASI

Secara umumnya, kedudukan tapak cadangan adalah terletak di Kawasan

Perindustrian Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang. Jarak tapak

cadangan dengan pekan Telok Panglima Garang adalah kira-kira 3

kilometer, manakala jarak ke pekan Jenjarom adalah dalam lingkungan

kira-kira 7 kilometer.

Page 3: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 3

3511

3512

809

8593

3514

3515

3516

3517

3518

3519

1032 1033

996

4103

1034

4594

3521

41174116

4115

4114

110

4111

140108

4108

107

105

4107

106

3526

3525

144143

145

3524

147

4595

148

146

3558355735563555355435533552

3542

3543 3544 3545 3546

3536

3535

3534

4600

4596

4598

8592

11138

11139

11136

11137

11148

11143

11142

11141

11140

11147

11146

11145

11144

4110

4113

11134

11135

11130

11131

11132

11133

11129

11128

11125

11124

11127

1112612234

12235

1268012679

10122

404246

414345

6062

45495357

72768084

117121125 107111

62646870

35374143

4648

343638

353739

192 184188 178 172-P.E

21

18

57

12

13

2

25

8 6

23

26

17

1822

5911

12

13

2

27

8 6

12 28 6K.L

9092

133135

98 8896

139

94

141

61656973778185

6872769092

4953576163

5054586264

MSTP

7

3

1

18

16

14

12

10

8

6

2

S.P

K.L

17 15 9 7 5 3 1

141 139 135 131 127 123

S.P

Skala : Tanpa Skala

PELAN KUNCI

Syit Piawai : 107-A

(Rujuk Rajah 1 : Pelan Lokasi)

2.2 PELAN TAPAK

Berikut adalah lot-lot yang bersempadanan dengan tapak cadangan.

( Rujuk Rajah 2 : Pelan Tapak )

Page 4: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 4

3.0 BUTIR-BUTIR HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN

3.1 HAKMILIK TANAH

Maklumat hakmilim tanah ini adalah berdasarkan kepada carian rasmi

tapak cadangan.

Jenis & No.Hak Milik : GRN 27970

No. Lot : Lot 3524

Mukim : Telok Panglima Garang

Luas Lot : 5.612 ekar ( 2.2713 Hektar )

Taraf Pegangan : Selama-lamanya

Kategori Kegunaan Tanah : Perusahaan

Syarat Nyata : Industri Sederhana

Sekatan Kepentingan : Tiada

Cukai Tanah : RM 6,778.00

Rezab : Tiada

Pemilik tanah adalah :

Ang Cheng How, ½ Bahagian

No.K/P : 821015-10-6317

Ang Meng Heng, ½ Bahagian

No.K/P : 570613-10-6049

No.17, Jalan Haji Abd.Karim 31,

Off Jalan Sg.Jati,

41000 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

Page 5: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 5

4.0 ANALISIS TAPAK

4.1 PERIHAL TANAH

4.1.1 Gunatanah Semasa dan Sekitar

Buat masa kini, di atas tapak cadangan adalah kawasan terbiar dan

semak samun. Selain itu, tiada sebarang binaan kekal atau

sementara di atas tapak cadangan. Oleh yang demikian, tiada

sebarang masalah jika tapak cadangan ingin menjalankan aktiviti

perindustrian.

Manakala, gunatanah sekitar bagi tapak cadangan adalah terdiri

daripada kawasan tanaman kelapa sawit dan kawasan

perindustrian. Selain itu, Lot 4595,4596 dan 4598 telah

menjalankan aktiviti perindustrian.

( Rujuk Rajah 3 : Keadaan Sediada Tapak & Rajah 4 : Gunatanah

Sekitar )

Gunatanah Sekitar

Utara : Lot 147 - Tanaman Kelapa Sawit & Pisang

: Lot 145 – Tanaman Buah Naga

Selatan : Lot 4599 – Semak Samun

Timur : Lot 3525 – Tanaman Buah Naga

Barat : Rezab Jalan

Lot 4597 (sebahagian) – Tanah yang telah

dibersihkan

Page 6: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 6

4.1.2 Profil Topografi

Secara keseluruhannya, rupa bumi tapak cadangan adalah rata dan

mendatar. Tiada kawasan dalam tapak yang mempunyai darjah

kecerunan yang tinggi dan memungkinkan risiko bagi pelaksanaan

pembangunan kelak.

4.1.3 Geologi, Landskap dan Kualiti Alam Sekitar

Jenis geologi di tapak cadangan adalah jenis tanah laterit.

Manakala keadaan landskap di tapak cadangan ialah semak

samun. Sementara itu, kualiti alam sekitar tapak cadangan masih

baik.

4.1.4 Saliran dan Perparitan

Kawasan tapak cadang buat masa kini masih belum mempunyai

sistem saliran dan perparitan yang komprehensif. Aliran air hanya

dibentuk melalui parit-parit tanah.

4.1.5 Zon Gunatanah

Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020

menunjukkan tapak cadangan terletak di BPK 2.12 : Kawasan

Perindustrian Telok Mengkuang. Selain itu, tapak cadangan telah

dizonkan sebagai zoning Perindustrian. Maka cadangan

permohonan kebenaran merancang ini tidak bercanggah dengan

zoning semasa.

4.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Pembangunan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan seperti

rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya

Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik

antara kawasan Daerah Kuala Langat dengan kawasan-kawasan

sekitarnya.

Page 7: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 7

Selain itu, laluan masuk utama ke tapak cadangan buat masa kini adalah

dengan melalui jalan utama Jalan Klang-Banting dan rizab jalan sediada

iaitu Jalan Telok Mengkuang di hadapan tapak di mana ianya akan

menghubungkan kawasan tapak dengan kawasan sekitar.

Manakala, dari segi utiliti bekalan air dan elektrik di sekitar tapak cadangan

telah mempunyai penyediaan utiliti tersebut, maka permohonan ini

bergantung kepada ulasan agensi yang bertanggungjawab terhadap

perkara penyediaan bekalan air dan elektrik ini.

Page 8: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 8

3511

3512

809

8593

3514

3515

3516

3517

3518

3519

1032 1033

996

4103

1034

4594

3521

41174116

4115

4114

110

4111

140108

4108

107

105

4107

106

3526

3525

144143

145

3524

147

4595

148

146

3558355735563555355435533552

3542

3543 3544 3545 3546

3536

3535

3534

4600

4596

4598

8592

11138

11139

11136

11137

11148

11143

11142

11141

11140

11147

11146

11145

11144

4110

4113

11134

11135

11130

11131

11132

11133

11129

11128

11125

11124

11127

1112612234

12235

1268012679

10122

404246

414345

6062

45495357

72768084

117121125 107111

62646870

35374143

4648

343638

353739

192 184188 178 172-P.E

21

18

57

12

13

2

25

8 6

23

26

17

1822

5911

12

13

2

27

8 6

12 28 6K.L

9092

133135

98 8896

139

94

141

61656973778185

6872769092

4953576163

5054586264

MSTP

7

3

1

18

16

14

12

10

8

6

2

S.P

K.L

17 15 9 7 5 3 1

141 139 135 131 127 123

S.P

Rajah 3 : Keadaan Semasa Tapak Cadangan yang masih kosong

Page 9: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 9

Rajah 4 : Keadaan Semasa Sekitar Tapak Cadangan

Rajah 4.1 : Kilang Sediada di Sebelah Tapak

Cadangan

Rajah 4.2 : Kelapa Sawit

Rajah 4.2 : Semak Samun Rajah 4.3 : Jalan Keluar Masuk

Rajah 4.4 : Parit Tanah

Page 10: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 10

4.3 POTENSI DAN HALANGAN

4.3.1 POTENSI

i. Ciri-ciri Fizikal

Keadaan fizikal tapak yang terdiri daripada kawasan yang

rata dan mendatar memberikan potensi tapak untuk

dibangunkan secara optimum dengan kawasan

perusahaan/perindustrian. Selain itu, keadaan semasa

adalah kawasan terbiar dan semak samun serta tiada

sebarang binaan kekal atau sementara di atas tapak

cadangan. Oleh yang demikian, tiada sebarang halangan

bagi cadangan membinan bangunan perusahaan/

perindustrian.

ii. Pembangunan Ekonomi

Buat masa kini di atas tapak cadangan merupakan kawasan

terbiar dan semak samun, bagi menjadikan tapak cadangan

lebih ekonomik, maka cadangan bagi mendirikan bangunan

gudang dan pejabat 2 tingkat ini harus disokong. Selain itu,

ia mampu merangsang pertumbuhan pembangunan

ekonomi setempat.

iii. Pembangunan Sosial

Cadangan bagi mendirikan bangunan perindustrian ini

mampu meningkatkan tahap sosial di kawasan tersebut

terutamanya dari segi dan peluang pekerjaan dan

meningkatkan taraf hidup.

iv. Pembangunan Sekitar

Jika dilihat pembangunan sekitar menunjukkan kawasan

sekitar terdiri daripada perusahaan/perindustrian dan

tanaman kelapa sawit. Selain itu, tapak cadangan juga telah

di zonkan sebagai kawasan perusahaan/perindustruan iaitu

Kawasan Telok Mengkuang.

Page 11: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 11

Halangan

Tiada sebarang halangan bagi pembangunan ini dilaksanakan dari

fizikal tapak, ekonomi, sosial mahupun pembangunan sekitar.

5.0 CADANGAN PEMAJUAN

5.1 ANALISIS CADANGAN PEMAJUAN

Beberapa analisis cadangan pemajuan yang boleh dianalisis adalah

seperti analisis cadangan gunatanah.

Jadual 5.1.1 : Jadual Gunatanah

PERKARA

UNIT

EKAR

%

PERINDUSTRIAN

Bangunan Gudang 1 Tingkat &

Pejabat 2 Tingkat

1

0.990

41.13

Kawasan Hijau & Perimeter

Planting

-

0.036

1.50

Pondok pengawal

1

0.005

0.21

Kebuk sampah

1

0.003

0.12

Tapak pencawang elektrik

1

0.058

2.41

Rezab Jalan Dan Pelebaran Jalan

Awam

-

1.298

53.93

Jumlah Keseluruhan

4

2.407

100.00

Page 12: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 12

5.2 KONSEP REKA BENTUK

Konsep reka bentuk pembangunan industri yang dicadangkan ialah

industri sesebuah atau “ free standing building”.

5.3 AKSESIBILITI DAN SIRKULASI

Aksesibiliti dan sirkulasi yang di cadangkan adalah mengikut

piawaian yang telah di tetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan

kepada keperluan JKR Negeri Selangor.

5.4 SALIRAN DAN PERPARITAN

Sistem saliran dan perparitan yang dicadangkan adalah mengikut

piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan

kepada keperluan JPS Kuala Langat.

5.5 KEMUDAHAN

Kemudahan yang dicadangkan adalah mengikut piawaian yang

telah ditetapkan dan bergantung kepada keperluan dari Jabatan

Perancangan Pembangunan, Majlis Daerah Kuala Langat.

5.6 UTILITI

Penyediaan utiliti yang dicadangkan adalah mengikut piawaian yang

telah ditetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan kepada keperluan

TNB dan SYABAS.

5.7 CADANGAN LANDSKAP

Cadangan landskap ini meliputi penyediaan jaluran hijau (perimeter

planting), kawasan hijau dan kawasan lapang.

Page 13: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 13

6.0 IMPAK CADANGAN PEMAJUAN

6.1 IMPAK FIZIKAL

Cadangan pembangunan di tapak cadangan akan memberi perubahan

kelak dimana dari kawasan terbiar dan semak samun kepada

pembangunan perusahaan/perindustrian yang mematuhi undang-undang

atau syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib.

6.2 IMPAK EKONOMI

Pembangunan yang dicadangkan sudah tentu memberi impak kepada

ekonomi kawasan sekitar, seperti penawaran peluang pekerjaan,

meningkatkan nilai tanah sekitar dan sebagainya.

6.3 IMPAK INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Kewujudan sesuatu pembangunan sudah tentu disokong dengan

penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan utiliti. Ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan kualiti dan penyediaan kemudahan

infrastruktur dan utiliti sediada di kawasan tersebut.

6.4 IMPAK SOSIAL

Dari segi impak sosial, mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada

penduduk setempat. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan taraf

hidup penduduk setempat.

6.5 IMPAK ALAM SEKITAR

Impak pada alam sekitar, tidaklah membawa kepada perkara negatif,

kerana permohonan ini mengikut garis panduan atau piawaian yang telah

ditetapkan termasuk mengambil kira ulasan atau pandangan dari jabatan

Alam Sekitar negeri Selangor (JAS).

Page 14: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 14

7.0 PEMATUHAN DASAR DAN GARIS PANDUAN

7.1 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR

Berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan permohonan ini, antaranya

pematuhan dasar adalah seperti berikut :

Wawasan Pembangunan Negeri Selangor

“ Negeri Selangor Sebagai Negeri Maju Syumul Menjelang 2005 Dan

Sebagai Penggerak Utama Pembangunan Negara Dalam Merealisasikan

Wawasan Malaysia Negara Maju Menjelang Tahun 2020 “.

Bagi mencapai wawasan ini, 10 sasaran utama telah diwujudkan.

i. Transformasi Selangor menjadi negeri industri yang maju.

ii. Pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 10% setahun.

iii. Penurunan kadar kemiskinan ke paras 5%

iv. Pembentukan masyarakat penyayang.

v. Penambahan industri ‘mesra alam’ dan peka sosial.

vi. Transformasi selangor sebagai kuasa ekonomi antarabangsa

vii. Peningkatan kualiti kemahiran dan dalaman rakyat Selangor.

viii. Peningkatan tahap kualiti hidup rakyat selangor.

ix. Kepastian wujudnya strategi kesinambungan usaha pembangunan.

x. Berpandangan secara futuristik dan penuh kesediaan.

Page 15: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 15

7.2 RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

Dasar dan cadangan am pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah

Kuala Langat (MDKL) perlu dilihat agar pembangunan yang dicadangkan

tidak bercanggah dengan dasar-dasar atau cadangan am yang dikeluarkan

oleh pihak MDKL. Berikut merupakan dasar yang berkaitan dengan

cadangan pembangunan yang dikemukakan, adalah seperti berikut :

Matlamat RTKL 2020

“ KUALA LANGAT SEBAGAI HUB INDUSTRI, PELANCONGAN DAN

PERTANIAN BAGI WILAYAH LEMBAH KLANG II YANG MEMPUNYAI

PERSEKITARAN KEHIDUPAN YANG BERKUALITI “.

Objektif Pembangunan yang Berkaitan Dengan Permohonan

i. Memperkukuhkan pembangunan ekonomi yang mampan dalam

pelbagai sektor bagi Daerah Kuala Langat dengan mengambil kira

kepentingan semua pihak.

ii. Melaksanakan sistem objektif pengangkutan integrasi bagi

mempertingkatkan kemudahsampaian ke kawasan-kawasan dalam

dan luar Daerah Kuala Langat juga sebagai sistem sokongan dan

pembangunan metropolitan.

Berdasarkan kepada objektif pembangunan yang tercatat dalam rancangan

Tempatan kuala Langat 2020, menjelaskan bahawa cadangan

pembangunan ini harus disokong, ekrana ia selari dengan kehendak MDKL

selain menepati zoning yang telah ditetapkan.

Page 16: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 16

8.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada pertimbangan lokasi tapak, pembangunan sekitar, haluan

pembangunan, permintaan pasaran serta kesesuaian dari segi perancangan

adalah di dapati konsep cadangan projek pembangunan ini adalah menyeluruh

dan efektif dari segi aspek sosial, ekonomi dan fizikal. Ini disebabkan rasional

pembangunan yang dikemukakan adalah rumusan daripada analisis yang telah

dibuat berdasarkan kepada potensi dan kemampuan tapak cadangan untuk

dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung.

Cadangan pembangunan perindustrian ini dijangka akan dapat membantu dalam

menyediakan ruang industri yang selesa dan selamat. Dalam masa yang sama ia

juga dapat menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap peluang

pekerjaan khususnya di dalam daerah Kuala Langat dan seterusnya ke kawasan-

kawasan lain. Justeru itu, penilaian terhadap keadaan fizikal, konsep, elemen dan

potensi terhadap permohonan ini mempunyai matlamat yang seiring dengan dasar

dan langkah kerajaan negeri untuk membantu penduduk untuk mendapatkan

keperluan pekerjaan.

Maklumat yang terkandung dalam Laporan Cadangan Pemajuan ini diharap dapat

membantu dalam membuat penilaian bagi permohonan ini.

Page 17: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 17

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.0 TUJUAN PENYEDIAAN LCP 1

1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN 1

1.3 JUSTIFIKASI 2

2.0 ANALISIS TAPAK 2

2.1 LOKASI 2

2.2 PELAN TAPAK 3

3.0 BUTIR-BUTIR HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN

3.1 HAKMILIK TANAH 4

4.0 ANALISIS TAPAK 5

4.1 PERIHAL TANAH 5

4.1.1 GUNATANAH SEMASA DAN SEKITAR 5

4.1.2 PROFIL TOPOGRAFI 6

4.1.3 GEOLOGI, LANDSKAP DAN KUALITI 6

ALAM SEKITAR

4.1.4 SALIRAN DAN PERPARITAN 6

4.1.5 ZON GUNATANAH 6

4.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 6-7

4.3 POTENSI DAN HALANGAN

4.3.1 POTENSI 10

Page 18: 1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN 1.1 TUJUAN … · rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524

IAP CONSULT 18

5.0 CADANGAN PEMAJUAN

5.1 ANALISIS CADANGAN PEMAJUAN 11

5.2 KONSEP REKABENTUK 12

5.3 AKSESSIBILITI DAN SIRKULASI 12

5.4 SALIRAN DAN PERPARITAN 12

5.5 KEMUDAHAN 12

5.6 UTILITI 12

5.7 CADANGAN LANDSKAP 12

6.0 IMPAK CADANGAN PEMAJUAN

6.1 IMPAK FIZIKAL 13

6.2 IMPAK EKONOMI 13

6.3 IMPAK INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 13

6.4 IMPAK SOSIAL 13

6.5 IMPAK ALAM SEKITAR 13

7.0 PEMATUHAN DASAR DAN GARIS PANDUAN

7.1 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 14

7.2 RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT 15

8.0 PENUTUP 16