y t yong - jpph.gov.my · kebangsaan dan inovasi. jpph juga turut mengelola pertandingan pantun...

44
BULETIN JPPH Edisi 2/2014 Jun - Disember 2014

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN JPPHEdisi 2/2014 Jun - Disember 2014

Lawatan Timbalan Menteri Kewangan

ke JPPHYB Datuk Chua Tee Yong

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 20142

Sambutan Bulan Integriti, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Hari Inovasi Kementerian ..........13

Lawatan Teknikal Jawatankuasa Perundingan Konsultan JPPH Ke TAQEEM, Arab Saudi ..........17

Majlis Menandatangani MOU Kerjasama Teknikal Antara JPPH dan TAQEEM, Arab Saudi ..........22

Tinta Ketua Editor ..........3Dari Meja Ketua Pengarah Penilaian ..........4

Lawatan Timbalan Menteri Kewangan ke JPPH ..........7

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPPH Tahun 2014 ..........9Pertandingan Berbalas Pantun Sempena Sambutan Bulan Integriti ..........11

Program Bengkel Pelan Transformasi JPPH Siri Ke-2 Tahun 2014 ..........14

Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Ke-68 ..........15

Soal Jawab Bersama Cik Nila ..........31Pengubahan Kategori Kegunaan Tanah ..........32Aktiviti Pejabat JPPH ..........33

Penilaian Akruan JPPH : Bersama Penolong Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal) ..........5

9th NAPREC Conference 2014 ..........8

Program Tailor Made Experience Sharing On Land Acquisition and National Property Information Centre (NAPIC) - JPPH Dengan DJKN ..........18

Majlis Perasmian Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2014 ..........23

Majlis Penutup Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) ..........24

Lawatan Daripada Urbis, Australia ke NAPIC Ibu Pejabat ..........25Lawatan Daripada Jabatan Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) ke NAPIC Ibu Pejabat ..........25

Majlis Konvokesyen Ke-9 INSPEN 2014 ..........26Focus Group Meeting (FGM) Bagi Negeri Selangor, Johor Bahru dan George Town ..........28

Lawatan Kerja Dari Sekusui Chemical, Jepun ..........28Rencana : Peranan Bahagian Penswastaan dan Pelaburan Ibu Pejabat JPPH ..........29

Renungan : Perlakuan Jenayah Rasuah Merupakan Pengkhianatan Kepada Negara ..........37Renungan : AKPK : Semak Penyata Kad Kredit ..........40

Direktori JPPH ..........42

3Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

Tinta Ketua Editor ..........3Dari Meja Ketua Pengarah Penilaian ..........4

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPPH Tahun 2014 ..........9Pertandingan Berbalas Pantun Sempena Sambutan Bulan Integriti ..........11

Soal Jawab Bersama Cik Nila ..........31Pengubahan Kategori Kegunaan Tanah ..........32Aktiviti Pejabat JPPH ..........33

Salam Sejahtera,

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Pengarang dan semua pihak yang memberi kerjasama erat dalam menerbitkan Buletin Edisi 2 ini.

Sumbangan idea dan maklumat daripada pelbagai pihak telah menghasilkan gabungan pelbagai artikel dan program Jabatan dapat dipaparkan. JPPH dalam ruangan eksklusif telah memfokuskan kepada aktiviti Penilaian Perakaunan Akruan ke atas aset tanah dan bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan memaparkan gerak kerja yang telah dilaksanakan secara aktif mengikut sasaran yang ditetapkan.

Liputan majlis lawatan kerja ke JPPH oleh YB Dato’ Chua Tee Yong, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan baru turut dipaparkan. Rombongan beliau telah disambut dengan muhibbah dan diadakan sesi suai kenal serta taklimat tentang peranan dan fungsi Jabatan secara menyeluruh, juga turut diadakan. Selain itu, turut diketengahkan juga adalah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dengan negara-negara Selatan-Selatan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel. Program ini telah mewujudkan kerjasama teknikal pelbagai bidang melalui penyediaan latihan dalam pembangunan sesebuah negara yang dikelolakan oleh JPPH. Di samping itu, JPPH juga menekankan kepada hasil penyelidikan dalam bidang harta tanah dengan menyediakan dana khas oleh Kerajaan Malaysia yang dikendalikan di bawah program NAPREC di INSPEN.

Kepakaran JPPH terus diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh The Saudi Authority For Accredited Valuers (TAQEEM), Arab Saudi dan Direktorat Jeneral Kekayaan Negara (DJKN)/ Directorate General of State Asset Management (DGSAM), Kementerian Kewangan Indonesia. Maklumat dan paparan menarik dalam siri lawatan teknikal ini memberikan gambaran sebenar objektif kerjasama ini. JPPH dalam hal ini, terus diberi kepercayaan untuk menjadi Konsultan Perundingan dalam bidang-bidang penting yang telah dipersetujui sebelum ini. Pembudayaan inovasi dipergiatkan melalui paparan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada Pejabat JPPH yang bertanding telah menampilkan idea baru dan mendapat pengiktirafan oleh Jabatan.

Aktiviti JPPH juga meliputi program besar di peringkat Kementerian Kewangan seperti terlibat dengan Pameran Integriti, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Inovasi. JPPH juga turut mengelola Pertandingan Pantun Integriti sempena Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan yang disertai oleh agensi di bawah Kementerian yang mana artikel disiarkan dengan penuh ceria.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan penerbitan ini dan diharapkan kerjasama erat terus diperluaskan sepanjang masa. Sehubungan itu, saya mewakili editor dan sidang pengarang memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam paparan Buletin ini. Sebarang maklumat dan komen anda boleh dikemukakan ke Laman Web http://www.jpph.gov.my

Sekian, terima kasih.

Norlinda binti Daim

PENAUNGDatuk Abd Hamid bin Abu Bakar

PENASIHATSr Haji Nordin bin Daharom

KETUA EDITORNorlinda bt. Daim

EDITORAyub bin NgahKartini bt. HaronNorhaznan bin Nawawi

URUS SETIA PENERBITANZuraida bt. Abu Zaid

REKA BENTUK & GRAFIKNorafni Juliana bt. MahmudKamarudin bin Yusuf

SIDANG PENGARANGFatihah @ Fatimah bt. OmarZaidah bt. YaacobNoor Farah Mariana bt. OthmanInna Mazlin bt. Eng @ IsmailMohd Haziq bin Abd Aziz

SUMBANGAN• Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan

Harta• Pusat Maklumat Harta Tanah Negara

(NAPIC)• Bahagian Teknologi Maklumat• Bahagian Khidmat Pengurusan• INSPEN• JPPH Negeri Selangor• JPPH Negeri Johor

DITERBITKANBahagian Perancangan KorporatJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia

PERCETAKANUnit Penerbitan dan Media, INSPENHak Cipta Terpelihara.

Sidang Editorial berhak melakukan penyuntingan terhadap tulisan yang diterima untuk penyiaran selagi tidak mengubah isinya. Buletin ini tidak boleh dicetak semula, disalin, ditiru atau diterjemah untuk apa-apa tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada JPPH. Sebarang artikel, cadangan atau komen amat dialu-alukan. Sila alamatkan segala maklum balas kepada:

[email protected] [email protected]

Tinta Ketua Editor

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 20144

Dari Meja Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya Buletin JPPH Edisi 2 2014 ini dapat diterbitkan untuk paparan para pembaca sekalian. Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada sidang pengarang yang berusaha untuk menerbitkan Buletin ini.

Sepanjang pertengahan tahun 2014 ini ( Julai hingga Disember), JPPH semakin menyerlah dengan pelbagai aktiviti mencakupi bidang penilaian dan pengurusan serta aktiviti sosial. Perkongsian pelbagai maklumat mengenai peranan, fungsi dan aktiviti penting JPPH mampu mewujudkan interaksi secara langsung dari segi pengetahuan dengan para pembaca.

Pada kesempatan ini juga,saya mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diraikan bersama dengan Sambutan Hari JPPH Ke-57 yang diadakan dengan penuh meriah dan turut diraikan para pesara dalam Majlis Jasamu Dikenang.

JPPH mengambil peluang ini juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan baru di atas kunjungan hormat beliau ke Jabatan dalam siri program lawatan kerja semua agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Perkembangan JPPH semakin memberangsangkan dan kini mampu meletakkan di atas tahapnya tersendiri. Kemampuan JPPH ini jelas apabila diiktiraf oleh negara luar di peringkat antarabangsa dalam tugas penilaian dengan dilantik menjadi Konsultan Perundingan untuk Saudi Authority for Accredited Valuers (TAQEEM) di Arab Saudi dan Direktorat Jeneral Kekayaan Negara (DJKN) di Indonesia. Program yang dipersetujui dan bakal dilaksanakan pada masa hadapan adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam dokumen Kerjasama Teknikal yang telah ditandatangani. Secara tidak langsung, ini akan mengeratkan lagi hubungan dengan kedua-dua negara

dalam tugas penilaian serta pengurusan harta tanah. Hubungan antarabangsa ini juga diperluaskan lagi dengan program tahunan iaitu Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) khususnya di kalangan negara membangun (TCDC) secara dua hala.

Bertepatan dengan langkah transformasi kerajaan bagi menambahbaik perkhidmatan awam, JPPH secara signifikannya mengambil inisiatif ini dengan melaksanakan Program Pelan Transformasi JPPH yang menjurus kepada lima bidang utama. Dalam program ini, sebanyak tiga (3) kali perbincangan khusus telah diadakan dengan penghasilan strategi, langkah, tindakan dan program lanjutan bagi memperkasakan fungsi Jabatan dapat diketengahkan.

Dalam pemantapan inovasi dan kreativiti, JPPH menggarap idea dengan mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) yang mencakupi bidang pengurusan dan teknikal. Penemuan baru dan idea kreatif ini mampu mencorakkan sistem kerja yang lebih berkesan.

Sementara itu, aktiviti INSPEN menerusi program NAPREC, telah berjaya mengadakan 9th NAPREC Conference dengan empat (4) kertas cadangan berkaitan bidang penilaian harta berjaya dibentangkan oleh pakar dalam disiplin akademik masing-masing.

Sesungguhnya JPPH mendokong hasrat kerajaan dalam mendepani corak penilaian harta tanah utama di negara.

Datuk Abd Hamid bin Abu BakarKetua Pengarah PenilaianJabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan Malaysia

5Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah terlibat dengan Penilaian Perakaunan Akruan yang menjadi tugas baru kepada semua agensi kerajaan. Perubahan ini menjadi lonjakan paradigma baru kepada semua sektor awam dalam mengurus kewangan, aset dan liabiliti kerajaan supaya lebih cekap. Pihak Buletin JPPH telah mendapatkan maklumat tentang penglibatan dan sumbangan JPPH dalam membuat Penilaian Perakaunan Akruan yang diketuai oleh Encik Huan Cheng Kee, Penolong Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal).

Mr Huan, boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang apa itu Penilaian Perakaunan Akruan. Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa sebenarnya saya bukan keseorangan dalam membuat Penilaian Perakaunan Akruan ini, tetapi telah diwujudkan satu pasukan yang diberi nama Unit Perakaunan Akruan yang berfungsi memantau, mengumpul dan melaksanakan Penilaian Perakaunan Akruan terhadap aset kerajaan persekutuan di seluruh negara. Hasil penilaian tersebut akan dibentang dan dilaporkan kepada Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Sebenarnya pelaksanaan Perakaunan Akruan merupakan salah satu langkah penting kerajaan yang memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Ekonomi Baru. Perubahan kepada perakaunan berasaskan akruan ini adalah lebih daripada hanya satu pertukaran dalam asas perakaunan. Ia adalah satu transformasi

fungsi kewangan Kerajaan yang akan memberi kesan kepada Kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya. Inisiatif ini akan membolehkan peningkatan ketelusan bajet dan kecekapan dalam menguruskan aset dan liabiliti Kerajaan.

Sebelum ini, pihak JPPH telah banyak membuat penilaian kepada harta tanah dan liabiliti kerajaan sama ada di negeri, daerah atau pun milik Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, dalam Penilaian Perakaunan Akruan ini, apakah peranan JPPH dalam hal ini.Memang kita di JPPH menjalankan tugas penilaian harta tanah yang diminta atau dimohon oleh pelanggan dan stakeholder sedia ada. Tugas ini adalah berterusan dan tidak terhenti begitu sahaja, walaupun tugas baru untuk Penilaian Perakaunan Akruan telah dikeluarkan untuk dilaksanakan. Secara amnya, JPPH merupakan sebuah jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam penilaian bagi maksud Perakaunan Akruan. Sehubungan dengan itu, JPPH telah diamanahkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas tanah dan bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan. Untuk rekod, sehingga bulan Disember 2014, JPPH telah menerima sebanyak 37,688 aset tak alih kerajaan yang digunakan oleh 24 kementerian yang terletak di seluruh negara. Senarai aset tak alih ini telah dihantar secara berkala oleh kementerian kepada Jabatan bermula pada bulan Januari 2013.

JPPH telah memberi prioriti dan komitmen yang tinggi dalam penilaian perakaunan akruan supaya

PERANAN JPPH DALAM PENILAIAN PERAKAUNAN AKRUANEksklusif Bersama

Penolong Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal)

YBrs. Encik Huan Cheng Kee

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 20146

ia dapat disiapkan sepenuhnya dalam tahun 2014. Sehingga Julai 2014, Jabatan telah menerima sejumlah 24,956 aset dan tambahan sebanyak 12,739 aset diterima dari bulan Ogos hingga bulan Disember 2014.

Sebentar tadi Encik Huan ada menyatakan Penilaian Perakaunan Akruan ini akan dilaksanakan di seluruh negara. Jadi apakah persiapan JPPH dari segi tenaga kerja dan keperluan lain untuk melaksanakan tugas baru ini. Dalam hal ini, JPPH telah merancang dan membuat persiapan awal untuk memastikan jaminan yang telah diberikan kepada kerajaan untuk menyiapkan penilaian dalam tempoh setahun sehingga 31 Disember 2014 bagi aset yang diterima sebelum bulan Julai 2014. Bagi memenuhi sasaran tersebut, Jabatan telah memperolehi kakitangan kontrak seramai 60 orang terdiri daripada 10 orang Pegawai Penilaian, 15 Penolong Pegawai Penilaian dan 35 orang Pembantu Penilaian. Kakitangan kontrak ini telah di tempatkan di seluruh Malaysia mengikut keperluan. Untuk makluman, satu garis panduan penilaian untuk tujuan tersebut telah disediakan

bagi kemudahan dan rujukan semua pejabat JPPH. Pemantauan kesiapan kerja penilaian juga dilakukan setiap bulan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Bulanan Pengarah Penilaian Negeri.

Sehingga kini, bagaimanakah pencapaian prestasi JPPH dalam melaksanakan Penilaian Perakaunan Akruan kepada aset Kerajaan Persekutuan.Sepanjang tahun 2014, JPPH telah berusaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan sehingga kini prestasi yang ditunjukkan adalah sangat baik. Berdasarkan jumlah keseluruhan senarai aset yang diterima sehingga Disember 2014 iaitu sebanyak 37,695 aset, JPPH telah berjaya menyiapkan nilaian sebanyak 34,019 aset iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan berjumlah 24,956 aset. Baki aset yang diterima kemudiannya pula akan disiapkan sebelum 31 Mac 2015. Prestasi ini menunjukkan kejayaan JPPH mampu melaksanakan tugasan yang mencabar untuk kepentingan Negara dalam mencapai pelaksanaan Perakauan Akruan yang telah dijadualkan menjelang tahun 2016.

7Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

LAWATAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN KE JPPH

Kementerian Kewangan Malaysia telah mendapat seorang lagi Timbalan Menteri Kewangan yang baru iaitu YB Datuk Chua Tee Yong pada bulan Julai yang lalu. Majlis angkat sumpah perlantikan beliau telah diadakan di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada bulan Ogos 2014.

Sebagai permulaan pengenalan dengan semua jabatan dan agensi di bawah MOF, YB Datuk Chua Tee Yong, telah membuat lawatan kerja ke JPPH sempena siri Program Taklimat di Kementerian Kewangan Malaysia pada 7 Ogos 2014.

Ketibaan YB Datuk Chua Tee Yong, telah disambut oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian dan pihak pengurusan tertinggi yang lain. Sebelum majlis taklimat khas diadakan, YB Datuk Chua Tee Yong telah menandatangani buku lawatan rasmi Jabatan yang disaksikan oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar dan semua pegawai kanan Jabatan.

Satu majlis mesra suaikenal bersama dengan YB Datuk Chua Tee Yong telah diadakan di bilik mesyuarat utama JPPH. Seterusnya diadakan sesi taklimat khas organisasi Jabatan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan).

Dalam sesi taklimat dan soal jawab berikutnya, YB Datuk Chua Tee Yong menekankan perkhidmatan yang JPPH berikan kepada orang ramai harus diberi publisiti atau hebahan yang meluas agar maklumat tentang harta tanah dapat digunakan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat.

Mengakhiri lawatan ini, YB Datuk Chua Tee Yong dan pihak pengurusan tertinggi serta semua pegawai kanan Jabatan mengabadikan kenangan dengan bergambar di ruang legar di luar bilik persidangan, Aras 9 Ibu Pejabat.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 20148

9th NAPREC CONFERENCE 2014

9th NAPREC CONFERENCE 2014 anjuran INSPEN telah diadakan pada 10 September 2014, di Dewan Nusantara, INSPEN. Acara tahunan yang bertujuan menyalurkan dana penyelidikan harta tanah daripada Kerajaan Malaysia yang diselia oleh NAPREC INSPEN kepada hasil penyelidikan yang terpilih menyaksikan empat (4) orang pembentang membentangkan kertas cadangan mereka.

Kertas cadangan adalah seperti berikut:1. A Realistic Model To Determine Quantitative

Housing Needs In Malaysia: Profesor Dr. Nor Sharipah Sutan Sidi (UTM).

2. An Analysis of Urban Poor and Housing Affordability In Kuala Lumpur, Malaysia: Profesor Madya Dr. Aminah Md Yusof (UTM).

3. Landscape Design As An Added Value To Real Estate Development In Klang Valley: Dr. Mohd Ramzi Mohd Hussain (UIAM).

4. Klasifikasi Fasiliti Perumahan Berstrata Bagi Pembangunan Model Penentuan Dana Pengurusan (DMFM): Profesor Madya Dr. Norngainy Mohd Tawil.

9Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JPPH TAHUN 2014

JPPH telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 20 Oktober 2014 bertempat di Dewan Jubli, INSPEN. Konvensyen ini merupakan salah satu pengisian Sambutan Hari Inovasi Jabatan yang dijalankan setiap tahun yang dahulunya dikenali sebagai Hari Q. JPPH telah memperkenalkan enam (6) kategori Anugerah inovasi termasuk Konvesyen KIK ini. Satu anugerah inovasi telah ditambah pada tahun ini iaitu Anugerah Pengarah INSPEN.

Sebanyak tujuh (7) pasukan KIK telah menyertai pertandingan ini yang dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Teknikal dan Pengurusan. Sementara itu, perasmian Konvensyen KIK telah dilaksanakan oleh En. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Konvensyen KIK sebagai mewakili Tn. Hj. Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) merangkap Pengerusi Sambutan Hari Inovasi dan Konvensyen KIK JPPH.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi JPPH 2014 serta Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPPH telah disempurnakan oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian pada 21 Oktober 2014 di tempat yang

sama. Pada hari kedua Konvensyen KIK ini juga, diadakan ceramah Inovasi yang disampaikan oleh En. Paul Devaraj Michael dari Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan tajuk ceramahnya “Melahirkan Minda Kreatif”.

Secara asasnya, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ini adalah salah satu pendekatan kualiti yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja berkaitan proses kerja tanpa mengubah dasar sedia ada. Peranan KIK ini amat penting kerana ia dapat menilai, mencari punca sebab akibat sesuatu permasalahan secara sistematik dan mampu mengemukakan cadangan penyelesaian masalah dengan tepat, logik dan bersesuaian dengan menggunakan alatan KIK yang sedia ada. Justeru itu, ianya dapat menggalakkan penyertaan pegawai dan staf dalam memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JPPH kepada pelanggan. Ini bermakna, JPPH memberi ruang dan peluang kepada Kumpulan KIK Jabatan untuk mempersembahkan hasil cetusan idea kreatif dan inovatif masing-masing sebagai langkah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya di JPPH ke tahap yang lebih membanggakan.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201410

Bagi mencapai hasrat tersebut, beberapa objektif telah diterapkan untuk dicapai melalui konvensyen KIK ini iaitu antaranya: a. Keupayaan mencipta cara bekerja yang baru

atau menghasilkan inovasi.b. Kebolehan menyelesaikan masalah atau

membuat penambahbaikan kerja.c. Semangat bekerja secara berpasukan.d. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika

kerja positif.e. Penglibatan dan peningkatan komitmen

terhadap kerja.f. Dorongan kerja yang tinggi.g. Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap

diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara.h. Penggalakan penghasilan idea-idea yang

inovatif dan kreatif.i. Kewujudan hubungan yang harmoni di antara

pihak pengurusan dan pekerja.

Sebanyak tujuh (7) pasukan KIK telah mempersembahkan projek mereka. Pasukan ini terdiri daripada pejabat JPPH dari Seberang Prai, Kluang, Seremban, Klang, Teluk Intan dan Batu Pahat. Dua (2) buah negeri telah menghantar lebih satu (1) pasukan iaitu negeri Johor dan Pulau Pinang. Bagi kategori Pengurusan, telah disertai oleh empat (4) pasukan iaitu JPPH Seremban, Klang, Teluk Intan dan Batu Pahat, manakala kategori Teknikal disertai oleh tiga (3) pasukan iaitu dua (2) daripada Pejabat JPPH Seberang Perai dan satu (1) daripada Pejabat JPPH Kluang.

Semua persembahan pasukan KIK ini telah diadili oleh panel juri hakim yang pakar dalam bidang masing-masing diketuai oleh Datuk Zakaria bin Ahmad (Pengarah Quality Management Consultant Sdn. Bhd.) bersama dengan dua (2) lagi panel hakim

yang lain iaitu Tn. Hj. Baharin Yahaya (Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor) dan Pn. Marziah bt. Ahmad (Perbadanan Produktiviti Negara (NPC).

Berikut adalah keputusan pemenang bagi pertandingan KIK bagi kategori Pengurusan:a. Johan dimenangi oleh JPPH Teluk Intan (ETS)b. Naib Johan dimenangi oleh JPPH Batu Pahat

(Infiniti)c. Tempat ketiga dimenangi oleh JPPH Klang

(Dinamik)

Sementara, pemenang bagi kategori Teknikal adalah seperti berikut:a. Johan dimenangi oleh JPPH Seberang Perai

(Prodata)b. Naib Johan dimenangi oleh JPPH Seberang Perai

(Mutiara Berlian)c. Tempat Ketiga dimenangi oleh JPPH Kluang

(Global G)

Para pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut iaitu Johan memenangi wang tunai RM2,000.00, sijil dan plak, Naib Johan memenangi wang tunai sebanyak RM1,500.00 dan ketiga RM1,250.00 berserta sijil. Hadiah wang tunai dan plak kepada para pemenang telah disampaikan semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi JPPH sempena Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah JPPH Ke- 68 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Disember 2014 yang lalu.

11Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN SEMPENA SAMBUTAN BULAN INTEGRITI

JPPH melalui Bahagian Integriti dan Audit Teknikal (BIAT) telah dilantik sebagai urus setia pertandingan berbalas pantun Integriti peringkat Kementerian Kewangan (MOF) yang dilaksanakan secara pusingan awal dan pertandingan akhir. Pertandingan pusingan awal telah dilaksanakan pada 18 November 2014 bertempat di Dewan Utama Perbendaharaan sementara pertandingan akhir pula pada 28 November 2014 di tempat yang sama. Program ini adalah sempena Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan yang dikelolakan oleh Unit Integriti MOF yang bertindak sebagai sekretariat sambutan tersebut. JPPH dan Unit Integriti MOF telah bekerjasama sepenuhnya dalam membuat persiapan dan penyelarasan aktiviti ini. Semua agensi di bawah Kementerian telah dijemput untuk menyertai pertandingan berbalas

pantun ini dan sebanyak lapan (8) pasukan telah menyertainya antaranya adalah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) (dua pasukan), Perbendaharaan (dua pasukan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Akauntan Negara.

Perlawanan berbalas pantun pusingan awal telah dilaksanakan pada 18 November 2014 dengan melibatkan lapan (8) buah pasukan yang menjadi penentu untuk memilih dua (2) pasukan ke pertandingan akhir pada 28 November 2014. Pertandingan Berbalas Pantun Integriti di pusingan awal ini telah dirasmikan oleh Sr Hj. Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) dan turut sama menghadirinya

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201412

ialah Datuk Jaafar bin Mahad, Ketua Unit Integriti Kementerian Kewangan serta En. Ishak bin Zakaria, Pengarah Bahagian Integriti dan Audit Teknikal JPPH.

Setiap pasukan telah melalui jadual perlawanan yang telah disusun mengikut kumpulan masing-masing dan dibuat secara kalah mati. Empat (4) pasukan telah mara ke separuh akhir iaitu JPPH, LHDN, BNM dan LADA. Penentuan ke peringkat akhir menyaksikan perlawanan sengit antara empat (4) pasukan tersebut yang telah berjaya menewaskan lawan masing-masing. Hasilnya, pasukan JPPH dan BNM telah menempah tiket ke perlawanan akhir. Sementara itu, pertandingan akhir berbalas pantun integriti telah diadakan pada 28 November 2014 yang dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Perlawanan akhir ini juga merupakan pengisian salah satu acara Malam Kemuncak Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan 2014. Dalam pertandingan akhir ini, JPPH telah berjaya menjadi Naib Johan dengan membawa pulang wang tunai

RM850 berserta sijil, manakala Johan pula telah disandang oleh BNM dengan memenangi wang tunai RM1,000.00 berserta sijil. Bagi melancarkan pertandingan, pihak urusetia telah menjemput juru pantun yang juga seorang penggiat seni dan pelawak tanah air terkenal untuk mengendalikan pertandingan ini iaitu En. Shahrizan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon.

13Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI, BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN HARI INOVASI KEMENTERIAN

Perasmian Sambutan Bulan Integriti, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Hari Inovasi Kementerian Kewangan Malaysia telah berlangsung pada 28 November 2014 di Dewan Utama Blok Tengah, Perbendaharaan. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Kumaran a/l Santhivaloo, Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi. Pelbagai acara menarik telah disediakan sepanjang bulan November sebagai kempen Bulan Integriti Kementerian Kewangan. Sebanyak sembilan (9) acara telah disusun bagi memberi peluang kepada semua warga Kementerian menyertainya termasuk pameran dari agensi di bawah kementerian dan pihak swasta.

Terdapat tiga (3) kategori acara sambutan telah diwujudkan iaitu kategori penyertaan wajib, penyertaan terbuka dan penyertaan pada hari berkenaan.

Bagi kategori penyertaan wajib ialah acara pertandingan berbalas pantun, pertandingan dikir barat, walk hunt dan pertandingan video kreatif integriti. Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua bahagian dan agensi di bawah Kementerian Kewangan. Dua (2) acara kategori terbuka diadakan iaitu pertandingan selfie Integriti dan pertandingan tagline Integriti. Manakala, bagi program Hari Integriti diadakan persembahan akustika Integriti dan sketsa muzikal, ceramah forum perdana dan tayangan movie Integriti. Pameran Integriti menjadi salah satu pengisian program pada hari perasmian tersebut yang mana sebanyak 17 buah pameran telah menyertainya termasuk JPPH. Bagi JPPH, pameran telah menggabungkan tiga (3)

pihak iaitu NAPIC, INSPEN dan Ibu Pejabat. Aktiviti di pameran JPPH yang disediakan adalah semakan harta tanah e-nilaian, hebahan kursus sijil penilaian di INSPEN dan fungsi JPPH serta kaunter khidmat pelanggan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

Majlis perasmian Sambutan Bulan Integriti, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Hari Inovasi Kementerian Kewangan Malaysia telah diselitkan dengan acara bacaan ikrar Bulan Bahasa Kebangsaan, pemakaian lencana Integriti dan ceramah Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia. Para tetamu khas VVIP juga telah dibawa melawat ke pameran agensi yang mengambil bahagian.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201414

PROGRAM BENGKEL PELAN TRANSFORMASI JPPH SIRI KE-2 TAHUN 2014

Program Bengkel Pelan Transformasi JPPH Siri Ke- 2 Tahun 2014 telah diteruskan lagi dengan memberi penekanan khusus kepada konsep pelaksanaan strategi yang memfokuskan kepada bidang utama dalam perkhidmatan di JPPH. Bengkel ini telah berlangsung pada 25 hingga 26 September 2014 di INSPEN yang merupakan bengkel lanjutan daripada siri pertama yang dibuat pada 8 hingga 9 Mei yang lalu. Bengkel ini memberi tumpuan kepada lima (5) bidang fokus di JPPH iaitu :- i. Merakyatkan perkhidmatan JPPH yang

diambil tindakan oleh Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

ii. Mendasari agensi pembekal data oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

iii. Memanfaatkan teknologi maklumat yang terkini oleh Bahagian Teknologi Maklumat

iv. Memperkasakan modal insan oleh Institut Penilaian Negara (INSPEN)

v. Organisasi kejat dan dinamik yang diambil tanggungjawab oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan). Seramai 52 orang ahli bengkel telah menghadirinya melibatkan semua Pengarah Penilaian Negeri dan Penilai Daerah seluruh negara.

Objektif Bengkel Pelan Transformasi JPPH ini adalah khusus untuk merancang hala tuju strategik dan transformasi Jabatan dalam meningkatkan perkhidmatan bertaraf kelas pertama serta berupaya bersaing di peringkat antarabangsa. Jabatan juga mensasarkan semua pegawai dan staf di setiap bahagian turut menyumbang sokongan kepada Pelan Transformasi JPPH yang perlu dikongsi bersama oleh seluruh warga Jabatan.

Proses transformasi ini juga perlu dilaksanakan secara strategik melalui pelan tindakan yang berstruktur, terancang, berfokus dan dibincangkan di semua peringkat. Melalui pendekatan yang pintar kreatif dan inovatif, JPPH mampu melaksanakan pelan transformasi ini dengan jayanya.

15Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

PERSIDANGAN PENGARAH PENILAIAN NEGERI DAN PENILAI DAERAH KE-68

Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah JPPH ke 68 telah berlangsung di Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu Sabah pada 16 hingga 18 Disember 2014. Persidangan ini dipengerusikan oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian. Pihak Pengurusan Tertinggi JPPH iaitu Sr Haji Faizan bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal) dan Sr Haji Nordin bin Daharom Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) turut bersama menghadiri persidangan ini. Sementara itu, semua Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat, Pengarah Penilaian Negeri, Penilai Daerah dan Pegawai Kader dari Jabatan Insolvensi Malaysia telah hadir sebagai Ahli Persidangan Pengarah Penilaian dan Penilai Daerah kali ke-68 ini.

Dalam persidangan ini, sebanyak 50 kertas kerja dan kertas makluman telah dibentangkan mengikut pecahan iaitu 12 dari Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, 12 dari Bahagian Khidmat Pengurusan, enam (6) dari Bahagian Teknologi Maklumat, tiga (3) dari Bahagian Integriti dan Audit Teknikal, tiga (3) dari Bahagian Perancangan Korporat, sepuluh (10) dari INSPEN dan tiga (3) dari NAPIC serta satu (1) daripada Unit GIS.Pejabat JPPH Negeri Sabah telah menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk para ahli dan keluarga yang menyertai persidangan ini.

Antaranya ialah lawatan ahli keluarga persidangan ke Loke Kawi Wildlife Park Zoo Kota Kinabalu, Pogunon Komuniti Muzium Penampang, Pekan Kundasang, Desa Dairy Farm dan Kampung Luanti di Daerah Ranau, Rumah Terbalik di Tamparuli dan lawatan ke Pulau Gaya. Bagi mengisi ruang riadah dan rekreasi pula, perlawanan persahabatan golf antara ahli persidangan telah diadakan berlangsung di Dalit Bay Golf & Country Club.

Majlis Anugerah Inovasi JPPH 2014 juga turut diadakan dengan penyampaian tujuh (7) kategori Inovasi iaitu Anugerah Khas Ketua Pengarah Penilaian dimenangi oleh Kumpulan Koir Simfoni JPPH Ibu Pejabat, Anugerah Ketua Pengarah Penilaian (Pejabat Pengarah Penilaian Negeri)dimenangi oleh JPPH Negeri Sembilan, Anugerah Ketua Pengarah Penilaian (Pejabat Penilai Daerah) pula dinobatkan kepada JPPH Chukai, Anugerah Pengarah NAPIC dianugerahkan kepada NAPIC Negeri Kedah, Anugerah KIK (Pengurusan) dimenangi oleh JPPH Teluk Intan, Anugerah Kumpulan KIK (Teknikal) dan Persembahan Terbaik KIK dimenangi oleh JPPH Seberang Prai. Manakala, bagi Anugerah Pengarah INSPEN tiada penyertaan yang layak untuk diberikan pengiktirafan tersebut.

Selain itu, pelancaran Penubuhan Koperasi Penilaian Berhad telah dilaksanakan yang dikelolakan oleh

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201416

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Koperasi JPPH. Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian telah menyempurnakan pelancaran koperasi ini yang disaksikan oleh semua ahli persidangan.

Majlis makan malam bersama keluarga turut diadakan di Tabung Haji Kota Kinabalu dengan kehadiran ahli persidangan dan keluarga masing-

masing. Persidangan Pengarah Penilaian dan Penilai Daerah Ke 68 ini telah diakhiri dengan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Sr Haji Faizan Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Penillaian (Teknikal) dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan yang dipengerusikan oleh Sr Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan).

17Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

LAWATAN TEKNIKAL JAWATANKUASA PERUNDINGAN KONSULTAN JPPH KE TAQEEM, ARAB SAUDI

Lanjutan daripada lawatan kerja Saudi Authority for Accredited Valuers (TAQEEM) ke INSPEN pada 30 Oktober 2013, pihak TAQEEM telah berminat untuk melantik JPPH sebagai konsultan perundingan bagi membangunkan profesion penilaian di Arab Saudi.

Ketua Pengarah Penilaian berbesar hati untuk mewujudkan satu jawatankuasa perundingan melibatkan lima (5) bidang utama iaitu Valuation Standard (diketuai Tn. Hj. Faizan bin Abdul Rahman), Pengambilan Tanah (diketuai Tn. Hj. Nordin bin Daharom), Latihan dan Pendidikan (diketuai Datin Faridah bt. Mohammed), Teknologi Maklumat (diketuai Cik Lim Yin Yee) serta NAPIC (diketuai Pn. Khuzaimah bt. Abdullah). Jawatankuasa ini telah bermesyuarat beberapa kali bagi menyediakan dokumen cadangan pembangunan profesion penilaian bagi Program Kerjasama Teknikal di bawah rangka kerja Saudi – Malaysia Joint Committee untuk dibentangkan kepada pengurusan tertinggi TAQEEM di Arab Saudi.

Bengkel Perkhidmatan Perundingan telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2014 di INSPEN, manakala Lawatan Kerja ke Arab Saudi telah diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 7 hingga 12 September 2014. Program lawatan tersebut telah dihadiri seramai tujuh (7) orang pegawai dari JPPH dan 11 orang pegawai dari TAQEEM. Antara program sepanjang lawatan adalah lawatan rasmi ke Ministry of Justice (MoJ) bagi menghadiri mesyuarat dan pembentangan berkaitan Real Estate Index Development, lawatan rasmi ke Ministry of

Municipalities and Rural Affairs bagi menghadiri mesyuarat dan pembentangan berkaitan Comparative Study of Eminent Domain and Best Practices, lawatan rasmi ke King Abdullah District, Riyadh (masih dalam pembinaan), lawatan rasmi ke Saudi Industrial Property Authority (MODON) Headquaters bagi persembahan video korporat, mesyuarat bersama members of Tathmen (Private Valuer) bagi perbincangan berkaitan Valuation Practice in KSA dan pembentangan berkaitan Consultancy Services kepada TAQEEM Standard Committee Members.

Hasil dari lawatan tersebut beberapa persetujuan telah dicapai melibatkan Term of Referrence yang perlu dirujuk oleh JPPH di dalam penyediaan dokumen perundingan.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201418

PROGRAM TAILOR MADE EXPERIENCE SHARING ON LAND ACQUISITION AND NATIONAL PROPERTY INFORMATION

CENTRE (NAPIC) - JPPH DENGAN DJKN

LAWATAN KERJA DJKN KE MALAYSIA (JPPH)JPPH melalui Pusat Perundingan dan Pembangunan Produk INSPEN menjalankan kerjasama teknikal dengan Direktorat Jeneral Kekayaan Negara (DJKN)/ Directorate General of State Asset Management (DGSAM), Kementerian Kewangan Indonesia. Program ini bermula pada 12 hingga 18 Oktober 2014 yang melibatkan 11 orang delegasi DJKN telah berkunjung ke JPPH dan aktiviti sepanjang mereka berada di sini adalah diseliakan oleh INSPEN.

Program kerjasama teknikal ini bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat dan latihan dalam bidang penilaian harta tanah khususnya dalam proses dan prosedur Pengambilan Tanah serta dalam bidang maklumat harta tanah sebagaimana peranan NAPIC (National Property Information Centre) sedia ada.

DJKN adalah merupakan organisasi yang dibentuk di bawah Kementerian Kewangan Indonesia yang berfungsi untuk menjalankan fungsi mentadbir harta, hutang, aset dan lelong. Pentadbiran aset negara melibatkan penilaian semua aset kerajaan bagi menentukan nilai bagi

maksud perakaunan, dan beberapa maksud yang lain seperti pengeluaran Sukuk, Pelupusan dan Pengurusan Aset. Penilaian adalah merupakan salah satu dari “core business” DJKN.

Sehubungan dengan itu, pihak DJKN telah menghantar 11 orang delegasi mereka untuk mengikuti program latihan dan lawatan kerja teknikal selama tujuh (7) hari di JPPH. Berikut adalah senarai delegasi DJKN, Indonesia iaitu:i. Bapak Edih Mulyadi - Kepala Subdirektorat

Standarisasi Penilaian Propertiii. Ibu Emmy Hermiati Usman - Kepala Sub

Direktorat Analisis Data dan Informasi Penilaianiii. Bapak Suprapno - Direktorat Penilaianiv. Bapak Ahmad Fauzi - Direktorat Penilaianv. Bapak Murtaji - Direktorat Penilaianvi. Bapak Darmawan Dwi Atmoko - Direktorat

Penilaianvii. Bapak Krisdianto - Direktorat Penilaianviii. Ibu Rini Sulistiasari - Direktorat Hukum dan

Humasix. Bapak Salman Paris Muda - Direktorat

Pengelolaan Kekayaan Negara dan Sistem Informasi (PKNSI)

19Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

x. Bapak Ari Susanto - Sekretariat

Program “Tailor Made Experience Sharing Programme on Land Acquisition and National Property Information Centre (NAPIC)” dibentuk khusus bagi memberi pendedahan mengenai Pengenalan Sistem Pentadbiran Tanah dan Penilaian Harta Tanah di Malaysia, Proses, Prosedur dan Penilaian bagi maksud Pengambilan Tanah serta pembangunan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Para delegasi telah menjalani latihan dan lawatan kerja ke INSPEN, Ibu Pejabat JPPH, NAPIC Ibu Pejabat, JPPH Putrajaya, JPPH Kuala Lumpur, JPPH Negeri Selangor, Mahkamah Tinggi Shah Alam serta Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Satu Mesyuarat “High Level Meeting” (HLM) turut diadakan pada 17 Oktober 2014 yang diketuai oleh Sr. Hj. Faizan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal) dan disertai oleh Pengurusan Tertinggi serta 14 orang Pegawai Kanan JPPH yang lain.

Delegasi DJKN pula diketuai oleh Ibu Nuning SR Wulandari, Tenaga Pengkaji Harmonisasi Kebijakan. Mesyuarat HLM ini adalah bagi membincangkan tentang aktiviti usaha sama dan kolaborasi di antara dua (2) negara dalam pelbagai isu harta tanah khususnya aktiviti Pengambilan Tanah dan pembangunan NAPIC

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201420

LAWATAN KERJA JPPH KE JAKARTA, INDONESIA (DJKN)

Program ini merupakan lanjutan daripada lawatan kerja teknikal DJKN ke JPPH dan INSPEN yang diadakan sebelum ini. Pihak JPPH telah membuat lawatan balas kerjasama teknikal ke Jakarta, Indonesia pada 9 hingga 13 Disember 2014 dan seramai tujuh (7) orang delegasi JPPH yang diketuai oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar dan Pengurusan Tertinggi serta Pegawai Kanan JPPH yang lain seperti Tn. Hj. Nordin bin Daharom (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan)), Pn. Khuzaimah bt. Abdullah (Pengarah NAPIC), Pn. Rosni Nawati Ngah (Timbalan Pengarah Bahagian Indeks Harta Tanah), Pn. Norhayati Awang (Ketua Pusat Penilaian & Perkhidmatan Harta), En. Mohd Zamri bin Awang (Penilai Daerah Melaka) dan Mohd Arif bin Mat Hassan (Penyelidik Kanan- Sekretariat).

Pada 10 Disember 2014 bertempat di Bangunan DJKN, Jakarta telah berlangsung program Workshop Penilaian Dalaman Rangka Pengadaan Tanah untuk Kepentingan Umum. Program ini disertai lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai DJKN di Ibu Pejabat dan cawangan di seluruh Indonesia. Program ini turut dihadiri oleh wakil dari Kemenko Perekonomian, Kemendagri dan PPAJP.

Acara dimulakan dengan ucaptama oleh Bapak Meirijal Nur, Direktur Penilaian DJKN dan ucapan keynote oleh Dr. Hadiyanto, Direktur Jeneral Kekayaan Negara, DJKN.

Program dibahagikan kepada dua (2) iaitu pembentangan oleh empat (4) orang panel dari

kedua-dua negara diikuti dengan sesi soal jawab dan perbincangan mengenai isu yang berkaitan Pengambilan Tanah. Perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai pengambilan tanah di antara kedua-dua negara berlangsung dengan lancar.

PROGRAM LAWATAN KE IBU PEJABAT DJKN DAN MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN TECHNICAL COOPERATION

Pada 11 Disember 2014 telah diadakan lawatan ke Ibu Pejabat DJKN yang diketuai oleh Ketua Pengarah Penilaian. Acara dimulakan dengan pembentangan mengenai organisasi, fungsi dan cadangan bidang kerjasama teknikal kedua-dua negara. Pembentangan dimulakan oleh Dr Hadiyanto, Direktur Jeneral Kekayaan Negara, DJKN dan diikuti dengan Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian JPPH.

Selepas pembentangan dijalankan, perbincangan ringkas mengenai cadangan kerjasama dibuat dan diputuskan untuk menjalankan kerjasama teknikal dalam aktiviti Training, Joint Research, Internship/ Staff Exchange, Conference/ Seminar, Sharing Experience dan Workshop.

Seterusnya, Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama Teknikal DJKN dan JPPH telah diadakan. Majlis ini berjalan dengan lancar dan disudahi dengan acara penyerahan cenderamata antara kedua-dua negara.

PROGRAM LAWATAN KE ACCOUNTANT & PUBLIC VALUER DEVELOPMENT CENTER/ PUSAT PEMBINAAN AKAUNTAN DAN JASA PENILAI (PPAJP), KEMENTERIAN KEWANGAN INDONESIA

21Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

Pada hari ketiga (11 Disember 2014), delegasi JPPH dibawa melawat ke Pusat Pembinaan Akauntan dan Jasa Penilai (PPAJP) di Bangunan PPAJP, Jakarta. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Khuzaimah bt. Abdullah, Pengarah NAPIC. Delegasi disambut oleh Kepala Pusat Pembinaan Akauntan dan Jasa Penilai Sekretariat Jenderal Kementerian Keuangan Republik Indonesia (RI) iaitu Bapak Langgeng Subur.

Pusat Pembinaan Akauntan dan Jasa Penilai (PPAJP) adalah satu badan yang bertanggungjawab mengembangkan dan mengawal selia profesion akauntan dan penilaian swasta di Indonesia. Struktur organisasi PPAJP adalah seperti berikut:

Penilai swasta di Indonesia dipanggil “Penilai Publik”. Penilai adalah berdaftar di bawah PPAJP dan disenaraikan dalam satu buku daftar Penilai Publik. Pendaftaran penilai dibuat setelah penilai tersebut lulus ujian yang dijalankan oleh MAPPI. Kod etika dan praktis penilaian untuk penilai dibangunkan oleh badan ini melalui jawatankuasa yang turut dianggotai oleh MAPPI. Buku berjudul “Kode Etik Penilai Indonesia & Standar Penilaian Indonesia 2013” diterbitkan sebagai garis panduan kepada penilai adalah adaptasi dari “International Valuation Standards 2011” oleh IVSC.

PROGRAM LAWATAN KE NATIONAL LAND AGENCY (BADAN PERTANAHAN NASIONAL – BPN) DAN PERJUMPAAN DENGAN MENTERI AGRARIA & TATA RUANG

Lawatan delegasi JPPH diteruskan ke Bangunan BPN, Jakarta pada 12 Disember 2014 dan di diketuai oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian. Delegasi disambut oleh Deputi Bidang Pengadaan Tanah iaitu Dr. Budi Mulyanto dan turut diraikan oleh Menteri Agraria & Tata Ruang. Badan Pertanahan Nasional (BPN) adalah Lembaga Pemerintah Non, Kementerian yang berada di bawah dan bertanggung jawab kepada Presiden dan dipimpin oleh Menteri Ferry Mursyidan Baldan. Delegasi JPPH diberikan penerangan mengenai fungsi BPN dan pengambilan tanah di Indonesia. Fungsi BPN adalah melibatkan perkara yang berkaitan dengan tanah dan dirumuskan bahawa mempunyai fungsi yang seakan sama dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di Malaysia.

Kerjasama dengan Direktorat Jeneral Kekayaan Negara (DJKN) telah lama bermula sejak tahun 2005 menerusi program MTCP. Program Tailor Made Experience Sharing Programme On Land Acquisition And National Property Information Centre (NAPIC) yang telah dibentuk ini adalah merupakan satu permulaan bagi perhubungan kerjasama teknikal dalam jangka masa yang panjang untuk di masa akan datang. Program yang dipersetujui dan bakal dilaksanakan pada masa hadapan adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam dokumen kerjasama teknikal yang telah ditandatangani. Secara tidak langsung, ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kedua negara dalam tugas penilaian serta pengurusan harta tanah.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201422

MAJLIS MENANDATANGANI MOU KERJASAMA TEKNIKAL ANTARA JPPH DAN TAQEEM, ARAB SAUDI

Pada 28 hingga 31 Disember 2014, Jawatankuasa Perundingan JPPH telah dijemput oleh Saudi Authority For Accredited Valuers (TAQEEM) di Arab Saudi untuk membentangkan kemajuan kerjasama teknikal JPPH dengan TAQEEM yang mencetuskan hubungan baik kedua negara dalam profesion penilaian harta tanah melibatkan lima (5) bidang utama dengan pihak TAQEEM.

Dalam lawatan kerja ini, delegasi JPPH telah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi dengan Timbalan Menteri, Mr. Esam H. Almubarak yang juga merupakan Secretary General TAQEEM dan juga diadakan sesi taklimat daripada pihak TAQEEM.

Sebagai melihat kembali kemajuan dan perkembangan persiapan Jawatankuasa Perundingan JPPH – TAQEEM. Satu sesi pembentangan dan perbincangan lanjut tentang kerjasama teknikal ini telah dilaksanakan pada 29 dan 30 Disember 2015 untuk lima bidang utama kerjasama teknikal JPPH dan TAQEEM iaitu : i. Training; Proposed New Training oleh Tuan Haji

Mohd Nazri Ahmad Zahari (Timbalan Pengarah INSPEN)

ii. Eminent Domain; Progress Report & Simplified Guidance Notes oleh Puan Mashitoh Halim

iii. International Valuation Standard; Clear Guidance oleh Puan Mashitoh Halim

iv. Real Estate Index oleh Puan Mashitoh Halimv. Teknologi Maklumat : Valuation Summary

Report oleh Puan Mashitoh Halim

Berikutan itu, satu majlis menandatangani memorandum kerjasama teknikal antara JPPH dan TAQEEM telah diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 30 Disember 2014. Memorandum ini telah ditandangani antara Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian mewakili JPPH dan kerajaan Malaysia dengan pihak TAQEEM diketuai oleh Encik Esam Almubarak, Setiausaha Agung TAQEEM sebagai mewakili Kerajaan Arab Saudi.

Hasil persetujuan kerjasama teknikal antara JPPH dan TAQEEM ini akan melakar sejarah sebagai agensi kerajaan Malaysia yang pertama diberikan kepercayaan dan kuasa oleh Kerajaan Arab Saudi untuk memberikan perkhidmatan dalam pembangunan penilaian harta tanah di negara mereka.

Harapan dan ekpektasi tinggi TAQEEM kepada JPPH telah menggerakkan Jawatankuasa Perundingan TAQEEM untuk mempercepatkan kerjasama ini dilaksanakan menjelang tahun 2015. Pihak JPPH telah membuat perancangan teliti dan penyusunan semula secara efektif untuk memperlengkapkan modul perundingan latihan penilaian harta tanah serta penyediaan tenaga pengajar yang lengkap untuk dihantar ke Arab Saudi. Kumpulan pertama ini akan dihantar ke TAQEEM bermula pada tahun 2015.

23Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

MAJLIS PERASMIAN MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) 2014

Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) anjuran INSPEN telah dirasmikan oleh Puan Sharifah Ezneeda Wafa binti Syed Mohd Zulkarnain Wafa, Pengarah Malaysian Technical Cooperation Programme, Bahagian Perancangan Dasar dan Strategi, Kementerian Luar Negeri di INSPEN, pada 22 Ogos 2014.

MTCP kali ini bertajuk International Certificate Course: Valuation of Special Properties 2014 yang merupakan penganjuran kali ke 22 oleh INSPEN. Seramai 17 orang peserta daripada 14 buah

negara seluruh dunia telah menyertainya iaitu negara Brunei, Cambodia, Mauritius, Azerbaijan, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Lesotho, Malawi, Thailand, Tanzania, Seychelles dan penyertaan kali pertama oleh negara Grenada. Program ini merupakan Kerjasama Selatan-Selatan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel, khususnya Kerjasama Teknikal di kalangan negara membangun (TCDC) secara dua hala dengan falsafah “memakmurkan jiran” adalah asas utama bagi program ini.

Di dalam ucapan, Puan Sharifah Ezneeda Wafa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada INSPEN kerana berjaya mengharumkan nama negara dengan menjadi satu-satunya institusi latihan harta tanah yang terlibat dengan MTCP di Asia Tenggara semenjak ia dilancarkan pada 7 September 1980.

Sementara itu dalam aluan Pengarah INSPEN, Datin Faridah bt. Mohammed menyeru para peserta kali ini diharap dapat memanfaatkan ilmu yang bakal diperolehi sepanjang 4 minggu nanti. Beliau juga memberitahu bahawa beberapa peserta MTCP kendalian INSPEN sebelum ini ada yang sudah dilantik menjadi menteri di negara masing-masing dan ini sesuatu yang membanggakan INSPEN dan JPPH sendiri. Program ini menyediakan pelbagai bentuk kerjasama teknikal dalam bidang yang mana Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran. MTCP kali ini juga memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, teknologi maklumat dan komunikasi, perbankan dan Bahasa Inggeris.

Pelbagai program dan modul kursus telah disusun selama mereka berada di sini seperti sesi lawatan teknikal ke agensi kerajaan yang terpilih termasuk lawatan khas ke Ibu Pejabat JPPH.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201424

MAJLIS PENUTUP MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) 2014

Majlis penutup Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2014 telah disempurnakan oleh Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian

di Balai Selera INSPEN pada 12 September 2014.

Seramai 17 orang peserta dari kalangan negara membangun telah mengikuti kursus tahun ini dengan tajuk International Certificate Course: Valuation of Special Properties 2014 selama sebulan bermula 18 Ogos hingga 12 September 2014.

Selain daripada upacara penyerahan sijil tamat kursus, majlis diserikan dengan dua persembahan tradisional Malaysia daripada para peserta iaitu gamelan dan juga tarian “Dia Datang”.

Pegawai JPPH yang turut hadir sama menemani Datuk Abd Hamid ialah Tuan Haji Suhaimi Haron, Timbalan Pengarah INSPEN (Penyelidikan dan Pembangunan), Tuan Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Pengarah INSPEN (Latihan dan Akademik) serta Pegawai Kanan Jabatan.

25Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

LAWATAN DARIPADA URBIS, AUSTRALIA KENAPIC IBU PEJABAT

LAWATAN DARIPADA JABATAN STATISTIK,BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) KE NAPIC IBU PEJABAT

Satu lawatan dari Jabatan Statistik, Bank Negara Malaysia (BNM) telah berlangsung pada 24 September 2014. Mesyuarat ini adalah berkaitan permohonan data NAPIC oleh BNM serta penyerahan data stok status kepada BNM. Delegasi BNM diketuai oleh Pengarah Jabatan Statistik, Encik Azizan bin Khamis bersama dua (2) pengawai. Maklumat mengenai kepentingan data NAPIC dalam membolehkan pelbagai bahagian di BNM menggunakannya juga disampaikan. Pihak NAPIC juga mengemukakan data historikal yang telah disediakan kepada delegasi lawatan seperti mana yang dipohon oleh BNM.

Satu sesi lawatan oleh Mr Jack Backen, Pengarah International Property Economics, Urbis Australia telah berlangsung pada 19 September 2014. Lawatan ini adalah bagi mendapatkan pemahaman lanjut tentang kaedah pengumpulan data dan laporan stok serta status harta tanah yang dikeluarkan oleh NAPIC Ibu Pejabat. Di dalam sesi perbincangan ini, beliau memberikan komen bagaimana data yang dikeluarkan oleh NAPIC diolah dan digunakan oleh pihak luar seperti Urbis Australia dalam mengkaji dan menganalisis tren pasaran serta bilangan stok harta tanah. Beliau juga membuat beberapa cadangan bagi memberi penambahbaikan kepada laporan NAPIC.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201426

MAJLIS KONVOKESYEN KE-9 INSPEN 2014

Majlis Konvokesyen ke-9 Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah dirasmikan oleh Datuk Abd Hamid Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada 25 November 2014 bertempat di Dewan Jubli, INSPEN.

Pada kali ini, seramai 133 orang graduan telah diraikan yang terdiri daripada 44 orang graduan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), 18 orang graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT), serta 71 orang graduan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) sepenuh masa dan separuh masa.

Di dalam ucapannya, Datuk Abd Hamid merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang telah dicapai dan berharap agar ilmu yang telah diterima dapat dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat serta negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini telah memberi pengiktirafan kepada Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) INSPEN sebagaimana Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) INSPEN sebelum ini iaitu setaraf dengan Sijil dari Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia apabila mereka dilantik ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

Malah, pengiktirafan badan profesional terhadap graduan INSPEN terutamanya Sijil Agensi Harta Tanah turut diberikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) yang bertanggungjawab dalam mengawalselia industri penilaian serta perejenan harta tanah Malaysia.

INSPEN telah meneruskan komitmennya dalam memapankan pendidikan harta tanah apabila beberapa siri kerjasama telah diusahakan antaranya dengan Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia serta beberapa universiti terkemuka luar negara antaranya ialah Queensland University of Technology dan University Of Western

Sydney di Australia.

Malah, perbincangan juga turut diadakan untuk membawa para graduan INSPEN menyambung pengajian di dua (2) buah universiti yang mempunyai reputasi hebat dalam industri harta tanah di United Kingdom iaitu University of Reading, England dan University of Ulster, Northern Ireland yang masing-masing berkedudukan di tangga ke-2 dan tangga ke-6 dunia.

Program Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) yang dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa pada tahun ini telah merekodkan pendaftaran paling tinggi iaitu seramai 330 orang tetapi cuma 70 orang sahaja yang diterima

27Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

oleh INSPEN.Semenjak dilancarkan empat (4) tahun lepas, kursus CEA kelolaan INSPEN ini telah menjadi pilihan utama para Perunding Hartanah berbanding kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi lain untuk mendapatkan lesen agensi mereka sendiri.

Datuk Abd Hamid juga turut menyentuh berkenaan program keberkesanan graduan INSPEN yang dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar di mana statistik menunjukkan 30% graduan sedang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, manakala 40% lagi telah mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor swasta atau kerajaan.

Bagi menjaga kualiti serta objektif program sijil-sijil akademik INSPEN, pelantikan Lembaga Pengelola Akademik dari kalangan pegawai kanan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pengajian Tinggi dan para pensyarah dari UiTM, UTM, UM dan UPM serta wakil-wakil industri seperti Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah serta Pertubuhan Jurukur Di Raja Malaysia merupakan langkah tepat dalam mencapai halatuju yang telah disasarkan.

Malah, para pelajar INSPEN turut mendapat perhatian daripada Kementerian Kewangan Malaysia apabila peruntukan elaun makan RM11 sehari mereka telah dinaikkan kepada RM17 sehari.

Penajaan dan bantuan kewangan kepada para pelajar INSPEN juga telah diterima daripada banyak pihak antaranya ialah Yayasan Pahang, Yayasan Johor, Yayasan Terengganu, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang, Pusat Zakat Tawau, Yayasan Wilayah Persekutuan serta yang terbaharu ialah Yayasan Bank Rakyat.

Di akhir ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga dan idea dalam membantu para graduan mencapai kejayaan mereka pada hari ini.

Beliau berharap agar ilmu yang telah dipelajari

oleh para graduan di sepanjang tempoh pengajian mereka akan dimanfaatkan bagi kepentingan masa depan mereka, keluarga, masyarakat serta negara.

Majlis Konvokesyen kali ini turut menyaksikan Anugerah Pengarah INSPEN telah diberikan kepada para pelajar yang menepati kriteria iaitu berjaya mengekalkan pencapaian purata jumlah mata (CG+PA) 3.5 dan lebih bagi semester pengajian dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201428

Focus Group Meeting (FGM) ini telah berlangsung di Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 17 November 2014. Ia telah dihadiri seramai 14 panel pakar yang terdiri daripada pegawai kanan JPPH, Pengarah Penilaian Negeri yang terlibat, pensyarah universiti serta wakil dari industri harta tanah dan Bank Negara Malaysia. Ia juga turut dihadiri kesemua pegawai NAPIC. FGM ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal). Taklimat disampaikan oleh Puan Khuzaimah binti Abdullah (Pengarah NAPIC) dan Puan Ong Chwee Hoon (Timbalan Pengarah NAPIC).

Majlis ini bermatlamat untuk mendapatkan komen dan cadangan daripada panel pakar berkenaan cadangan untuk menerbitkan Indeks Sewaan Bangunan Pejabat Binaan Khas di tiga (3) negeri ini. Maklum balas dan komen ini digunakan sebagai penanda aras dalam memastikan penerbitan yang bakal diterbitkan menepati kehendak industri harta tanah.

FOCUS GROUP MEETING (FGM)BAGI SELANGOR, JOHOR BAHRU DAN

GEORGE TOWN

LAWATAN KERJA DARI SEKUSUI CHEMICAL, JEPUN

Lawatan kerja oleh Puan Nariko Shiroma dan dua (2) penterjemah ke NAPIC Ibu Pejabat telah berlangsung pada 19 Disember 2014. Tujuan lawatan beliau adalah untuk mendapatkan maklumat inventori harta tanah berkaitan rumah sesebuah di Malaysia dan meninjau prospek bagi mengembangkan sayap perniagaan syarikatnya ke Malaysia. Konsep yang cuba diperkenalkan syarikat ini adalah ‘IBS System’ untuk rumah sesebuah kelas tinggi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah NAPIC, Puan Khuzaimah binti Abdullah.

29Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

PERANAN BAHAGIAN PENSWASTAAN DAN PELABURAN IBU PEJABAT JPPH

Bahagian Penswastaan & Pelaburan (BP&P) ini adalah satu daripada bahagian yang diwujudkan di bawah Bahagian Penilaian & Perkhidmatan Harta di Ibu Pejabat JPPH. Bahagian ini mempunyai kekuatan staf yang terdiri daripada seorang Pengarah W52, dua (2) orang Penolong Pengarah W44, dua (2) orang Penolong Pegawai Penilaian W27, seorang (1) Pembantu Penilaian W22 dan seorang Pembantu Setiausaha N17 (PA). Tugas utama bahagian ini adalah mewakili Jabatan dalam mesyuarat berkaitan penswastaan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain apabila diminta. Selain itu, Bahagian ini juga mewakili Jabatan untuk mesyuarat berkaitan pengeluaran sukuk di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan berkaitan penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan di Kementerian Kerja Raya (KKR).

Di samping mewakili Jabatan dalam mesyuarat berkaitan di atas, Bahagian ini akan melaksanakan permohonan nilaian harta tanah ke Pejabat JPPH berkenaan bagi mendapatkan nilaian harta tanah (jika diperlukan) seperti mana yang diputuskan

dalam mesyuarat tersebut. Kemudiannya, Bahagian ini melaporkan nilaian tersebut kepada agensi yang memerlukan nilaian berkenaan. Bagi tujuan penswastaan ini, biasanya harta tanah yang diswastakan adalah merupakan tanah yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Tanah ini akan dijadikan tanah ganti (swap) atau sebagai balasan kepada projek-projek yang dibina oleh swasta untuk agensi Kerajaan tersebut. Antara projek-projek berkenaan ialah seperti pembinaan pejabat untuk agensi Kerajaan, hospital, sekolah, universiti, pelabuhan, stadium, terminal pengangkutan awam, balai dan kuarters polis, kem tentera dan lain-lain, manakala bagi projek-projek yang mana boleh menjana pendapatan seperti lebuhraya atau pelabuhan, Kerajaan akan memberikan konsesi kepada syarikat berkaitan untuk mengutip tol atau fi daripada pengguna bagi suatu tempoh tertentu dengan kadar tol/fi yang dipersetujui.

Oleh kerana Jabatan ini adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Tetap di UKAS, maka Bahagian ini akan dijemput hadir dalam setiap peringkat sesi perbincangan projek dengan syarikat iaitu bermula daripada pembentangan awal projek, rundingan projek secara terperinci, penentuan time line,

Oleh : Bahagian Penswastaan dan Pelaburan

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201430

rundingan berkaitan persetujuan nilaian tanah (jika berkaitan) dan seterusnya, perbincangan bagi memuktamadkan perjanjian projek tersebut. Walaubagaimanapun, jika projek tersebut ditenderkan maka bahagian ini akan mewakili Jabatan dalam urusan menentukan kriteria penilaian atau pemilihan dan skornya bagi Penilaian Kewangan tender berkenaan dan seterusnya, menilai tender berkaitan.

Bahagian ini turut mewakili Jabatan ini di UKAS dalam Jawatankuasa Khas bagi menimbangkan permohonan terhadap Dana Mudahcara (Facilitation Fund) UKAS. Dana ini merupakan bantuan Kerajaan kepada projek-projek

yang mana mempunyai impak tinggi kepada ekonomi negara seperti pembinaan berkaitan pelancongan (hotel), kilang, skim perumahan, PPA1M dan seumpamanya. Biasanya, sumbangan dana ini adalah merupakan satu peratusan (%) daripada kos projek yang melibatkan item-item dibenarkan atau dikenalpasti sahaja. Antara item-item yang dibenarkan tersebut ialah kos pembinaan infrastruktur untuk pembinaan jalan, jambatan, longkang dan sebagainya, bagi meringankan bebanan pemaju berkenaan.

Kesimpulan daripada di atas, jelaslah peranan JPPH terhadap negara adalah amat besar walaupun tidak secara langsung terutamanya dari segi pembangunan infrastruktur awam, aspek infastruktur pembelajaran, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. Di samping itu, Jabatan ini juga membantu Kerajaan dalam mendapatkan sumber kewangan seperti sukuk atau bon iaitu dalam peranannya menilai aset-aset terlibat bagi tujuan sebagai pajakan atau cagaran kepada institusi dalam mahu pun luar negara. Ini semuanya adalah bagi menampung perbelanjaan dan peruntukan pembangunan dalam Rancangan Malaysia.

31Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

SOAL JAWAB BERSAMA CIK NILA

Soalan 1

Saya ingin membeli rumah dengan menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk pembiayaan. Bolehkah saya menggunakan khidmat JPPH untuk menjalankan nilaian bagi menentukan nilai pasaran rumah untuk tersebut sebelum saya membelinya ?JawapanMaaf, JPPH tidak membuat nilaian pasaran rumah kepada individu untuk menentukan nilai rumah tersebut sebelum dibeli.

Soalan 2

Saya ingin menjual rumah yang saya miliki. Bolehkah saya menggunakan khidmat JPPH untuk menjalankan nilaian bagi menentukan nilai pasarannya ?JawapanMaaf, JPPH tidak membuat nilaian pasaran kepada rumah individu sebelum penjualan dilakukan.

Soalan 3

Adakah JPPH terlibat dengan penilaian kenderaan ?JawapanYa, JPPH juga menjalankan penilaian kenderaan

Soalan 4

Adakah JPPH menjual data pindah milik harta tanah ?JawapanYa, JPPH menjual data pindah milik harta tanah tetapi perkhidmatan ini hanya kepada penilai, pentaksir, dan ejen harta tanah yang berdaftar dengan pihak Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Negara (BOAVEA) sahaja.

Soalan 5

Adakah NAPIC boleh menyelesaikan masalah harta tanah tidak terjual apabila mereka telah memperolehi maklumat yang diperlukan dari pemilik maklumat ?JawapanNAPIC tidak boleh menyelesaikan masalah harta tanah tidak terjual. Walau bagaimanapun, kami berharap dengan menyediakan maklumat penawaran dan permintaan harta tanah, pihak pemaju harta tanah boleh membuat keputusan yang sempurna. Oleh itu, masalah harta tanah tidak terjual dapat dikurangkan.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201432

Penilaian untuk maksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau syarat nyata di dalam hakmilik adalah dijalankan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

PENGUBAHAN KATEGORI KEGUNAAN TANAH

Mengikut Seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, semua tanah yang diberi milik terbahagi kepada tiga (3) kategori kegunaan tanah iaitu “Pertanian”, “Bangunan”, dan “Industri”. Semua pemilik tanah sepatutnya menggunakan tanah berkenaan mengikut kategori kegunaan tanah dan syarat nyata di dalam hakmilik. Kegagalan berbuat demikian adalah melanggar syarat yang ditetapkan dan Pihak Berkuasa Negeri boleh merampas balik tanah terlibat. Oleh itu, tuan tanah yang ingin menggunakan tanahnya untuk kategori selain daripada yang tercatat dalam hakmilik perlu mengambil tindakan untuk mengubah kategori kegunaan tersebut. Seksyen 124 dan 124A KTN dan juga Kaedah-Kaedah Tanah Negeri di Malaysia membolehkan tuan tanah berbuat demikian. Pihak Berkuasa Negeri akan mengenakan bayaran premium tambahan ke atas setiap permohonan tukar syarat yang diluluskan. Permohonan untuk mengubah kategori kegunaan atau syarat nyata tanah dirujuk sebagai pengubahan kategori kegunaan tanah (tukar syarat).

PERANAN JPPH

JPPH akan menjalankan penilaian ke atas tanah berkenaan dan memberi nasihat kepada PentadbirTanah.

PENILAIAN OLEH JPPH

Nilaian JPPH akan dijadikan asas kepada perkiraan bayaran premium tambahan bagi setiap permohonan tukar syarat. Perkiraan kadar premium serta asas penilaian adalah berbeza di antara negeri-negeri di Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri yang berkenaan. Pada kebiasaannya, nilai pasaran perlu ditentukan.

ASAS PENILAIAN

Dari segi teori, bayaran yang dikenakan untuk pengubahan syarat ialah peratusan daripada perbezaan nilai di antara kategori kegunaan baru dan kategori kegunaan sedia ada. Nilaian yang ditentukan adalah berdasarkan kepada nilai pasaran bagi kategori kegunaan tanah baru dan kategori kegunaan sedia ada. Kadar peratusan dan

asas perkiraan premium dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri masing-masing. Faktor-faktor yang diambil kira di dalam penentuan nilai termasuk keadaan tanah pada tarikh lawat periksa, jenis pembangunan yang boleh diluluskan, lokasi dan keluasan tanah berkenaan.

PIAGAM PELANGGAN

Jika permohonan penilaian disertakan dengan maklumat dan pelan yang betul dan lengkap, JPPH akan melaporkan nilaian kepada Pejabat Tanah dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan oleh pejabat.

PERMOHONAN TUKAR SYARAT

Tuan tanah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dengan mematuhi segala kehendak Pejabat Tanah. Kerjasama tuan tanah juga mustahak apabila JPPH memerlukan maklumat tambahan.

Maklumat yang diperlukan daripada pemilik tanah

• Salinan hakmilik;• Alamat harta, (jika ada);• Pelan tapak;• Pelan lokasi;• Cadangan pembangunan;• Kajian kemungkinan, (jika ada); dan• Laporan Nilaian, (jika ada).

PENGUBAHAN KATEGORI KEGUNAAN TANAH

Pemohon

Pejabat Tanah/ Pengarah

Jabatan Tanah dan Galian

JPPH Proses Penilaian

Dalam Masa 14 Hari

Pejabat Tanah/

Pengarah Jabatan Tanah dan

Galian

Pemohon

33Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

AKTIVITI PEJABAT JPPH

BENGKEL PENYEDIAAN JADUAL HARGA DAN SEWA

Pada 14 hingga 16 Disember 2014, Pejabat JPPH Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Penyediaan Jadual Harga dan Sewa Harta Tanah di Hotel Morib Gold Coast, Banting. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Normala Mat Ajid, Ketua NAPIC Negeri Selangor dengan dibantu oleh semua Ketua NAPIC Daerah. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan jadual harga dan sewa bagi Laporan Pasaran Harta 2014. Para peserta terdiri daripada semua Penolong Pegawai Penilaian yang menjalankan kerja penilaian tersebut.

PERSIDANGAN PEGAWAI PENILAIAN JPPH NEGERI SELANGOR BIL. 2/2014

Pada 27 hingga 29 Oktober, Persidangan Pegawai Penilaian JPPH Negeri Selangor telah diadakan di INSPEN dan dipengerusikan oleh Dr. Zailan binti Mohd Isa, Pengarah Penilaian Negeri Selangor. Peserta terdiri dari semua Penilai Daerah, Ketua NAPIC Negeri dan Pegawai Penilaian Gred W41 ke atas. Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan dan beberapa isu teknikal turut dibincangkan. Objektif persidangan ini ialah untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang penilaian selain dapat meningkatkan kualiti kerja teknikal, sejajar dengan arus pembangunan yang menagih sistem kerja yang lebih cepat dan efisyen.

Lawatan teknikal ke KLIA2 yang baru beroperasi telah diadakan pada 29 Oktober 2014. Rombongan JPPH Selangor telah diberikan taklimat dan juga penerangan sepanjang lawatan tapak tersebut.

Pada persidangan ini juga diselitkan dengan Jamuan Makan Malam yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara sesama pegawai. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal), Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman serta isteri dan Pengarah INSPEN, Datin Faridah binti Mohammed.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201434

BENGKEL TRANSFORMASI PEMBANTU PENILAIAN JPPH NEGERI SELANGOR

Pada 1 Oktober 2014, JPPH Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Transformasi Pembantu Penilaian di Dewan Gerakan, Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pengarah Penilaian Negeri Selangor, Dr. Zailan binti Mohd Isa, telah mengetuai bengkel sehari ini. Serentak dengan itu semua Penilai Daerah di empat (4) Pejabat JPPH iaitu Shah Alam, Klang, Bandar Baru Bangi dan Gombak turut menghadiri bengkel ini sebagai memberi input serta menjayakan bengkel yang bermanfaat ini.

Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan percambahan idea para peserta ke arah Transformasi Tugasan Pembantu Penilaian JPPH Selangor sesuai dengan situasi semasa. Ianya mempunyai objektif utama iaitu untuk :i. ‘Review’ secara holistik tugas Pembantu Penilaian di Program Penilaian, NAPIC dan kerja pemetaan,ii. Penyediaan dan keperluan bagi menghadapi transformasi tugas Pembantu Penilaian,iii. Merancang tugasan dan keperluan tugas Pembantu Penilaian.

Peserta adalah terdiri daripada Pembantu Penilaian di semua Pejabat JPPH di Negeri Selangor serta beberapa orang Pelukis Pelan yang terpilih telah memberikan komitmen baik sepanjang bengkel ini berlangsung. Pelaksanaan bengkel ini menyaksikan, para peserta telah dibahagikan kepada enam (6) kumpulan dan hasilnya, beberapa idea telah dapat dikemukakan sebagai cadangan penambahbaikan ke arah persediaan menghadapi era tranformasi tugas Pembantu Penilaian yang lebih dinamik.

35Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

HARI INOVASI PERINGKAT PEJABAT

Hari Inovasi peringkat Negeri Johor telah diadakan di Hotel Pelican, Batu Pahat pada 20 November 2014. Majlis ini dihadiri lebih kurang 118 orang warga JPPH yang terdiri dari JPPH Negeri Johor, JPPH Johor Bahru, JPPH Batu Pahat, JPPH Muar, JPPH Segamat dan JPPH Kluang.

Antara acara yang diadakan adalah :

a. Ceramah Inovasi yang disampaikan oleh Tuan Hj Khairil Bin Sulaiman, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Ceramah yang disampaikan adalahbertajuk Kualiti Kerja Cemerlang.

b. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan dalam program ini dan di antaranya ialah aktiviti Dinamika Kumpulan, pameran-pameran dan permainan sukaneka.

c. Dinamika Kumpulan – Program Membina Pasukan. Program ini disertai oleh semua warga kerja yang hadir dan dibahagikan kepada enam (6) kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh staf dari semua Pejabat JPPH seluruh Negeri Johor. Penceramah juga bertindak selaku moderator bagi aktiviti permainan dalam kumpulan.

d. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201436

LAWATAN TEKNIKAL KE PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC)

Pada 27 dan 28 Oktober 2014, telah diadakan mesyuarat Sempadan Negeri Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) bertempat di Pulai Desaru Beach Resort & Spa.

Di dalam agenda mesyuarat tersebut termasuklah lawatan ke Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) pada 28 Oktober 2014. Seramai 25 ahli mesyuarat telah dibawa menaiki

bas yang disediakan oleh pihak PIPC dari hotel ke pejabat Pengerang Marine Operations Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada DIALOG Group Berhad. Kakitangan JPPH telah disambut oleh Dato’ Kapt. Hj Abdul Rahim, CEO Pengerang Marine Operations Sdn. Bhd. dan diperkenalkan kepada warga kerja DIALOG.

Taklimat telah disampaikan oleh pihak DIALOG berkenaan operasi penyedia perkhidmatan minyak, gas dan petrokimia, manakala wakil RAPID anak syarikat Petronas pula membentangkan operasi syarikat dan status pembangunan tanah di Pengerang. Warga JPPH juga telah dibawa melawat ke bilik kawalan komunikasi yang mengawal dan menjadualkan operasi pembekalan dan penyimpanan minyak dari kapal-kapal. Selain itu, lawatan ke kawasan laut yang telah ditambak bagi maksud operasi DIALOG di masa hadapan juga turut dijalankan. Melalui lawatan ini ia dapat memberi pengalaman dan bertukar pandangan, idea di samping mewujudkan jalinan hubungan profesional di antara JPPH dengan pihak DIALOG dan RAPID.

LAWATAN TEKNIKAL TAKLIMAT TEBUS GUNA TANAH OLEH JBB BUILDERS (M) SDN. BHD.

Pada 13 November 2014, seramai 10 pegawai dari JPPH Johor termasuk seorang pegawai dari INSPEN telah melakukan lawatan teknikal ke pejabat JBB Builders (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Tampoi Utama.

Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan penerangan berkaitan kerja tebus guna tanah (land reclaimation) dan kos terlibat bagi menambah pengetahuan teknikal di dalam bidang ini. JBB Builders adalah sebuah syarikat yang aktif di dalam menjalankan kerja-kerja penambakan laut di pesisir Selat Johor.

Kehadiran warga JPPH telah disambut oleh Pengerusi JBB Builders iaitu Dato’ James Eng dan taklimat yang telah disampaikan adalah berkaitan kerja operasi penambakan laut dan kos-kos yang terlibat. Dengan taklimat tersebut telah memberi input yang berguna kepada pegawai yang hadir untuk diaplikasikan di dalam menjalankan kerja-kerja penilaian yang berkaitan tebus guna tanah.

37Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

PENTAKRIFAN RASUAHPerkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi, undercounter payment, duit pelincir, wang ekstra, kutipan tol, wang pelepasan, hadiah, cagaran berharga dan sebagainya.

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.

Dalam konteks sebagai penjawat awam, rasuah merupakan penyalahgunaan kuasa untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam. Ianya juga berbentuk pemberian sesuatu supaya seseorang akan menyalahgunakan kuasanya dan bertindak memihak kepada pemberi rasuah dan rasuah juga lebih dikenali sebagai amalan yang membolehkan seseorang memperolehi ganjaran melalui cara-cara yang tidak halal.

KEDUDUKAN INDEKS PERSEPSI RASUAH (CPI) Menurut Malaysian Insider, pada tahun 2014, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah berjaya meletakkan aktiviti anti rasuah pada laluan yang betul dengan mewujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam mahupun swasta sejak lima tahun lalu.

Laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mencatatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia melonjak ke tangga-50 pada 2014, berbanding tangga ke-53 tahun sebelumnya dengan skor sebanyak 52%. Sekaligus menjadikan

negara ini berada pada kedudukan paling baik dalam tempoh 10 tahun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Idris Jala. Ini telah meletakkan Malaysia berada di kedudukan kedua di belakang Negara Singapura antara negara ASEAN lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Indonesia.

Kedudukan Malaysia itu juga selari dengan pencapaian dalam indikator asing lain seperti kaji selidik World Bank Doing Business yang menyaksikan Malaysia menduduki tangga ke-6 pada tahun 2014 berbanding ke-23 pada tahun 2010.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Kebangsaan (NKRA) Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam dalam satu kenyataan berkata, amalan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen turut membolehkan Malaysia berada pada kedudukan tersebut. Di samping pembentukan Jabatan Integriti dan Pengurusan Standard (JIPS) tahun ini dan pengenalan Ujian Integriti bagi kenaikan pangkat dan tawaran jawatan dalam kalangan pegawai polis turut memainkan peranan. Langkah penubuhan Unit atau Bahagian Integriti di setiap agensi kerajaan dilihat dapat memantau salah laku, tindakan dan menggalakkan budaya integriti diamalkan secara menyeluruh mampu mengurangkan gejala rasuah.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) juga banyak menyumbang kepada pengurangan gejala rasuah ekoran pendekatan yang telus, bertanggungjawab dan integriti yang ditekankan menjadi amalan penjawat awam. Juga pengenalan kepada pelaksanaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertujuan menubuhkan sebuah suruhanjaya anti-rasuah yang lebih bebas dan berkuasa menyiasat kes-kes melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh semua pihak tanpa berkecuali.

BENTUK-BENTUK RASUAHSecara umumnya bentuk kesalahan rasuah yang

PERLAKUAN JENAYAH RASUAH MERUPAKAN PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA

Oleh : Mohd Farhan DarwisDalam : Blog integriti_rbd.moh

Suntingan : Bahagian Perancangan Korporat

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201438

sering dilakukan mencakupi perlakuan-perlakuan yang boleh dikelaskan dalam tiga (3) kategori berikut:i. Menerima dan Memberi Sogokan sama ada

secara a. Rasuah Spontan iaitu melibatkan mereka

yang tidak mengenali antara satu sama lain dan biasanya perbuatan ini berlaku tanpa dirancang seperti pegawai penguatkuasa undang-undang jalan raya yang meminta “kertas biru” supaya boleh melepaskan seorang pemandu yang melanggar had laju.

b. Rasuah Bersindiket Sogokan berlaku apabila wujud persetujuan bersama. Biasanya pemberi dan penerima telah saling kenal mengenali. Perbuatan jenayah mereka ini telah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang lain.

ii. Menyalahgunakan kuasa atau kedudukana. Kesalahan ini berlaku dengan menggunakan

kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri sendiri. Kesalahan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu kerana menggunakan kedudukan awamnya bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 APR 1997. Contohnya memberikan projek perumahan atau tanah kepada sanak saudara terdekat tanpa mengistiharkan kepentingan.

b. Seksyen 15 ini sebenarnya adalah ubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Dharurat No. 22 Tahun 1970 yang masih terpakai sekarang. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faedah lain bagi diri sendiri, saudara-mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage) .

c. Terdapat anggapan di bawah seksyen 15(2) Akta ini yang menyatakan, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan atau apa-apa tindakan di mana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan

kedudukannya untuk mendapat suapan.

iii. Mengemukakan Dokumen PalsuKesalahan ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya. Contohnya tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran bayaran penginapan dan perbatuan yang palsu, butir-butir resit bayaran atau invoice bekalan yang palsu dan seumpamanya.

SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH Rasuah berlaku kerana wujud tiga (3) unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan peluang:i. Kuasa iaitu memiliki kuasa melalui pelantikan

jawatankuasa pentadbiran melalui pilihanrayaii. Kelemahan dalaman, kawalan dalam organisasi

kawalan diri - Moral dan Etika (Keimanan).iii. Peluang

Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman.

Di samping itu, beberapa faktor berkaitan juga telah dikenalpasti menjurus kepada perlakuan rasuah iaitu faktor kelemahan individu sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi, perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya, sikap suka berjudi dan berhutang serta boros, faktor sosial dan kebudayaan, kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika, keadaan masyarakat yang buta huruf, amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan, keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada. faktor kepimpinan dan pentadbiran, kelemahan pemimpin sesuatu organisasi, faktor pembangunan ekonomi dan modenisasi, perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan. Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba. Faktor politik mencari kekayaan melalui politik, menyalahgunakan kuasa dan nepotisme.

39Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

KESAN-KESAN RASUAH Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti iaitu:i. Ketidakadilan Sosial Mengakibatkan berlaku penindasan ke atas

golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu.

ii. Meninggikan kos hidupPara peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat.

iii. Membahayakan nyawa Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

iv. Mengancam keselamatan negara Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara.

v. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih atau selective enforcement dan double standard berlaku.

vi. Pengaliran Keluar Modal Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar.

vii. Mempengaruhi Dasar Pembangunan Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk

pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat.

viii. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran

Dalam Negara Kasar.

ix. Menjual Maruah Diri Pegawai atau pemimpin yang menerima rasuah

sebenarnya menjual kuasa dan juga menggadai maruah diri kepada pemberi rasuah.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PERLAKUAN RASUAHi. Peranan Pemimpin dan Ketua Jabatan

Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Pemimpin sebagai “role model” Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak sekali.

ii. Peranan Individu (Pekerja)Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu. Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni, tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan, bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan, Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diri, teliti dalam setiap urusan, Ikhlas bekerja tanpa harapkan balasan dan segera membuat laporan percubaan menyogok rasuah serta sentiasa muhasabah diri.

PENUTUPRasuah adalah suatu gejala dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, daif akal-budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah secara apa jua yang boleh dan termampu sama ada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja, bukan sahaja keutuhan Perkhidmatan Awam dapat dipertahankan, malahan negara akan bebas dari gejala rasuah.

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201440

Menjelang akhir tahun, pengguna kad kredit digalakkan untuk menyemak secara terperinci penyata kad kredit bulan Disember. Anda dinasihatkan untuk menyemak penyata kad kredit untuk mengenal pasti penggunaannya sepanjang tahun tersebut. Ambil masa untuk baca serta fahami penyata tersebut untuk menjejaki perbelanjaan anda.

1. Pada setiap penyata bulan Disember, pengeluar kad kredit diminta oleh Bank Negara Malaysia untuk menyatakan butiran tersebut:

• Jumlah kredit untuk tahun tersebut.• Jumlah faedah yang dikenakan.• Jumlah bayaran fi dan caj yang dikenakan.• Penjelasan tentang amaran bayaran minimum.

2. Semak penyata kad kredit anda untuk bulan Disember untuk jumlah kredit yang telah anda gunakan sepanjang 12 bulan terakhir.

3. Jika anda pernah tidak membayar baki kad kredit anda dengan jumlah sepenuhnya sepanjang tahun ini, anda akan dikenakan caj faedah. Jumlah faedah yang ditanggung hanya akan ditunjukkan pada penyata bulan Disember.

4. Pastikan juga anda semak jumlah bayaran fi dan caj yang dikenakan.

5. Jika ada percanggaahan atau transaksi meragukan, sila beritahu pengeluar kad kredit dengan segera menerusi telefon dan buat surat susulan secepat mungkin.

6. Jika anda tidak faham sebarang pernyataan pada penyata kad kredit anda, sila berhubung dengan pengeluar kad kredit untuk penjelasan.

7. Bayar sebanyak mungkin baki tertunggak yang anda mampu seawal mungkin. Anda akan menyelesaikan hutang kad kredit lebih awal dan menjimatkan faedah yang boleh disimpan untuk kegunaan lebih baik, seperti persaraan.

Ilustrasi jika membuat pembayaran minimum:

Jadual di bawah menunjukkan individu yang membayar minimum 5% daripada baki kad kredit yang berjumlah RM3,000 memerlukan masa 4 tahun 8 bulan untuk menjelaskan jumlah tersebut beserta dengan faedah yang berjumlah RM1,055 dikenakan. Sebaliknya, jika anda membayar jumlah minimum RM 150 dengan tambahan RM50 iaitu berjumlah RM200, maka jangkamasa pembayaran dapat dikurangkan kepada 1 tahun 6 bulan dengan penjimatan faedah sebanyak RM631.

Baki tertunggak RM 3,000Bayaran minimum(5% dari baki tertunggak) RM 150Tarikh Akhir Pembayaran 15 April 2012

(Artikal: Sinar Harian,12 Mei 2014)

AKPK : SEMAK PENYATA KAD KREDIT

41Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

Amaran Pembayaran Minimum: Jika anda membuat pembayaran minimum setiap bulan, anda terpaksa membayar faedah yang lebih banyak dan akan mengambil masa lebih lama untuk membayar baki tersebut.

Sebagai contoh:

Tip Membeli-Belah:

1. Membeli-belah ketika jualan penghabisan stok.2. Buat senarai barangan yang hendak dibeli dan berbelanja berdasarkan bajet yang dibuat agar tidak

terlebih belanja.3. Jangan terlalu ghairah dan membeli apa sahaja barang yang terlintas kecuali anda betul-betul

memerlukannya.4. Elakkan membeli-belah dijadikan aktiviti rekreasi.5. Elakkan membeli-belah bersama mereka yang suka berbelanja.6. Elakkan membeli barangan yang mempunyai satu fungsi atau barangan istimewa. Belilah barangan

yang mempunyai pelbagai guna. Jika boleh, beli barangan yang boleh digunakan berulang kali.7. Sebelum keluar membeli-belah, pastikan anda makan dahulu di rumah. Kajian menunjukkan bahawa

orang ramai berbelanja dengan banyak ketika mereka lapar. Jika anda lapar, minda dan akal fikiran anda mempunyai kurang kawalan.

8. Anda boleh pergi ke butik yang menjual barangan berjenama yang terpakai. Disana, anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah.

9. Jika anda ingin juga membeli barangan berjenama, anda boleh berjimat dan menabung dahulu sebelum membelinya. Anda tidak perlu membelinya secara terburu-buru.

10. Berbelanjalah menggunakan wang tunai, kad debit atau cek daripada menggunakan kad kredit. Jika menggunakan kad kredit, cuba jangan berbelanja lebih daripada apa yang anda mampu membayar balik dalam tempuh sebulan atau dua bulan.

11. Tip membeli-belah yang terbaik adalah dengan membandingkan harga.12. Ketahui kenapa anda ingin membeli barang tersebut. Jika anda tidak perlukannya, letak balik. Anda

boleh pusing dan mengambil balik barangan tersebut setelah anda ingat dan tahu kenapa anda ingin membelinya.

13. Cuba membeli-belah seperti kebanyakan lelaki. Mereka pergi ke kedai, ambil barang, bayar dan pulang ke rumah. Mereka tidak berjalan ke seluruh kedai tersebut. Mereka membeli, bukan berbelanja.

Jika anda tidak membuat caj tambahan menggunakan kad kredit ini dan setiap bulan, anda bayar..

Anda akan membayar baki yang ditunjukkan dalam penyata ini dalam masa

Dan akan akan membayar faedah berjumlah..

Hanya bayar minimum 4 tahun 8 bulan RM1,055RM200 1 tahun 6 bulan RM424 (jimat 631)

Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 201442

• IBU PEJABAT • Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9001 Laman Web: http://www.jpph.gov.my

• PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGARA (NAPIC) • Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9007/ 9049

• INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) • Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Persiaran INSPEN, 43000 KAJANG, SELANGOR Tel: 603 - 8911 8800/ 8888 Faks: 603 - 8925 8100 Laman Web: http://www.inspen.gov.my

PERLIS • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perlis Tingkat Mezanin, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR, PERLIS Tel: 604 - 9762 978/ 977 Faks: 604 - 9761 010 Tel: 604 - 977 3008/ 3012

KEDAH • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah Aras 2, Zon C, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, 06550 ALOR SETAR, KEDAH Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 00- 700 1904 • JPPH Alor Setar Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 - 700 1905 • JPPH Sungai Petani Tel: 604 - 4213 024/ 4210 490 Faks: 604 - 4220 264 • JPPH Langkawi Tel: 604 - 9660 478 Faks: 604 - 9668 832 • JPPH Kulim Tel: 604 - 4917 429/ 430 Faks: 604 - 4907 362

PULAU PINANG • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang Tingkat 41, Bangunan KOMTAR, 10593 PULAU PINANG Tel: 604 - 2612 607/ 2612 576 Faks: 604 - 2615 990 • JPPH George Town Tel: 604 - 2612 607/ 576 Faks: 604 - 2615 990 • JPPH Seberang Perai Tel: 604 - 398 1828/ 8544 Faks: 604 - 3988 533

PERAK • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perak Tingkat 8, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30593 IPOH, PERAK Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2544 310 • JPPH Ipoh Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2557 451 • JPPH Taiping Tel: 605 - 8072 344/ 464 Faks: 605 - 8064 206 • JPPH Teluk Intan Tel: 605 - 6223 711/ 712 Faks: 605 - 6227 122 SELANGOR • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor Tingkat 8, Plaza Perangsang Persiaran Perbandaran, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR Tel: 603 - 5518 4603/ 5519 7825 Faks: 603 - 5510 7397 • JPPH Shah Alam Tel: 603 - 5519 4823/ 4824 Faks: 603 - 5510 8622 • JPPH Bandar Baru Bangi Tel: 603 - 8925 5467/ 5469 Faks: 603 - 8925 1041 • JPPH Klang Tel: 603 - 3344 1270/ 1272/ 1264/ 1263

Faks: 603 - 3344 1275 • JPPH Gombak Tel: 603 - 6186 1719/ 1751 Faks: 603 - 6186 1832

WILAYAH PERSEKUTUAN • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 • JPPH Kuala Lumpur Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 • JPPH Putrajaya Tel: 603 - 8886 9060 Faks: 603 - 8886 9009 • JPPH Labuan Tel: 6087 - 416 446/ 445 Faks: 6087 - 410 337

NEGERI SEMBILAN • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 8 & 9, Bangunan Yayasan Negeri Jalan Yam Tuan, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 • JPPH Seremban Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 • JPPH Jempol Tel: 606 - 458 4400 Faks: 606 - 458 5402

MELAKA • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Ayer Keroh, 75450 MELAKA Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 202 • JPPH Melaka Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 103 JOHOR • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor Kementerian Kewangan Malaysia Bangunan JARO, No. 18, Jalan Sungai Chat 80100 JOHOR BAHRU Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 • JPPH Johor Bahru Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 • JPPH Batu Pahat Tel: 607 - 4343 311/ 645 Faks: 607 - 4317 026 • JPPH Kluang Tel: 607 - 7723 566/ 7769 602 Faks: 607 - 7743 810 • JPPH Segamat Tel: 607 - 9323 300/ 9321 201 Faks: 607 - 9324 322 • JPPH Muar Tel: 607 - 9542 244/ 9543 344 Faks: 607 - 9544 499

PAHANG • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pahang Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, Bangunan KWSP, Bandar Indera Mahkota 25200 KUANTAN, PAHANG Tel: 609 - 5715 111 Faks: 609 - 5715 112 • JPPH Kuantan Tel: 609 - 5715 000 Faks: 609 - 5715 001 • JPPH Temerloh Tel: 609 - 2961 844/ 850 Faks: 609 - 2963 790 • JPPH Raub Tel: 609 - 3551 744/ 800/ 3556 700 Faks: 609 - 355 7743

TERENGGANU • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Tel: 609 - 6221 266/ 305 Faks: 609 - 6220 721 • JPPH Kuala Terengganu Tel: 609 - 6264 266/ 6265 266 Faks: 609 - 6221 240 • JPPH Chukai Tel: 609 - 8592 166 Faks: 609 - 8598 296 • JPPH Jerteh Tel: 609 - 6903 436/ 350 Faks: 609 - 6903 920 KELANTAN • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kelantan Kementerian Kewangan Malaysia Aras 4, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam 15592 KOTA BHARU, KELANTAN Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 • JPPH Kota Bharu Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 • JPPH Kuala Krai Tel: 609 - 9666 757 Faks: 609 - 9664 728 SABAH • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 4, Blok B, Kompleks KUWASA Jalan Karamunsing, Beg Berkunci 2043 88999 KOTA KINABALU, SABAH Tel: 6088 - 248 325/ 326/ 328 Faks: 6088 - 242 328 • JPPH Kota Kinabalu Tel: 6088 - 243 433/ 434 Faks: 6088 - 233 435 • JPPH Tawau Tel: 6089 - 779 823/ 776 185 Faks: 6089 - 770 166 • JPPH Sandakan Tel: 6089 - 675 302/ 35 Faks: 6089 - 675 312

SARAWAK • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sarawak Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 3, Wisma Hong, No. 202, Batu 23/4, Jalan Rock 93200 KUCHING, SARAWAK Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 426 226 • JPPH Kuching Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 256 117 • JPPH Miri Tel: 6085 - 417 226/ 427 226/ 437 226 Faks: 6085 - 415 226 • JPPH Sibu Tel: 6084 - 327 407/ 063 Faks: 6084 - 327 064

43Buletin JPPH Edisi 2 Tahun 2014

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan Malaysia

Aras 8, Perbendaharaan 2No. 7 Persiaran Perdana

Presint 2, 62592 PutrajayaTel : (603) 8886 9000Fax : (603) 8886 9001

Portal : www.jpph.gov.my